Wednesday, August 17, 2011
A131764 Chen Cai Ling LJ04
A131782 Po Jia Neng LJ04
Selamat sejahtera. Ini merupakan journal keempat yang saya tulis buat khursus pengurusan emosi, ZT2253. Journal ini berdasarkan apa yang saya belajar pada kuliah pengurusan emosi yang bertarikh 17 Ogos 2011. Dalam kuliah tersebut, doctor telah memuji antara rakan-rakan kita yang membuat journal dengan baik sekali. Ini telah membangkitkan semangat rakan-rakan kita untuk membuat dengan lebih baik pada masa hadapan. Dr Zamri turut memberi sedikit banyak informasi tentang tugasan yang kedua iaitu tugasan berkumpulan. Dr. Zamri turut memberi banyak contoh tajuk untuk tugasan kedua misalnya persepsi pelajar-pelajar terhadap emosi, bagaimanakah emosi dapat memotivasikan diri, apakah perkara yang menggembirakan anda,senyuman kita membuatkan kita gembira atau kita senyum kerana kita gembira, serta kajian-kajian seperti kajian Albert, kajian Miller dan Kesan tsunami ke atas penduduk Jepun dan lain-lain. Dr Zamri turut mendedahkan kita beberapa alamat website yang dapat kita rujuk dalam membuat tugasan kedua ini.
Menurut kuliah yang diberi oleh Dr Zamri, beliau telah menyatakan emosi mempunyai dua jenis, iaitu sama ada positif atau negative, dan ia tidak mempunyai emosi neutral. Terdapat empat komponen dalam emosi kita. Menurut Dr Zamri, jika kita suka akan sesuatu, kita dapat melakukan tugasan itu dengan baik. Contohnya, jika kita amat berminat dengan melakukan sesuatu, kita akan mempunyai emosi positif terhadap tugasan tersebut. Secara tidak langsung, kita akan lebih menumpukan perhatian dalam tugasan tersebut dan menjayakan tugasan tersebut dengan sempurna. Saya sendiri turut pernah mengalami perasaan emosi yang mencetuskan motivasi saya. Misalnya saya amat menyukai music yang dimainkan dengan piano. Ini mencetuskan motivasi dalam diri saya untuk belajar piano dan saya mendapati bahawa saya lebih mudah mempelajari piano jika dibandingkan dengan mereka yang dipaksa untuk mempelajari piano.
Emosi juga akan menjadi penghalang. Kadanng-kandang, emosi itu akan menyebabkan kita tidak melakukan perkara dengan baik. Contohnya, jika seseorang itu tidak suka akan sesuatu perkara, kita tidak melakukan perkara tersebut dengan baik. Misalnya, semasa saya berada dalam tingkatan empat, saya telah diberi tugasan untuk menghias bilik darjah. Saya memang tidak suka dengan projek-projek yang melibatkan mengunting dan menampal, akan tetapi, projek yang diberi memang merangkumi aktiviti mengunting dan menampal. Akibatnya, saya tidak melaksanakan tugasan tersebut dengan baik.
Dr Zamri turut mendedahkan kita dengan James-Lange theory. Emosi merupakan perubahan fisiologikal, penilaian kognitif, perasaan, tingkah laku untuk bertindak dipengaruhi oleh budaya. Seperti yang dinyatakan olehDr Zamri, orang yang terdiri daripada kaum dan budaya yang lain mengekspresikan emosi kita secara berlainan. Contohnya, orang barat berjabat tangan semasa bertemu manakala orang melayu bersalaman semasa bertemu. Orang barat juga akan mencium pipi kawan mereka semasa bertemu manakala bagi orang melayu, ini tidaklah beberapa sesuai.
Dr Zamri turut mendedahkan kita konsep yang berkaitan dengan motivasi. Terdapat tiga konsep berkaitan dengan motivasi iaitu motivasi, drive dan incentive. Motivasi melibatkan factor-faktor luar dan dalam seseorang itu dan menyebabkan tindakan seseorang itu. Bagi drive pula, ia merupakan suatu factor dalaman ataupun sesuatu yang menyebebkan keperluan dan mengekalkan keseimbangan homeostasis badan kita. Incentive pula merupakan sesuatu factor luaran yang menyebabkan terjadinya atau mengelakkan sesuatu. Selain itu, motivasi juga melibatkan konsep instinct dan arousal. Emosi menekankan arousal manakala motivasi menekankan tindakan. Dr Zamri turut menyatakan bahawa beliau tidak begitu setuju dengan perbuatan pelajar yang belajar buku perubatan semasa kelas ZT ini. Beliau berpendapat bahawa masa yang digunakan untuk belajar buku perubatan semasa kelas ZT merupakan satu kerugian kerana seorang itu tidak akan dapat menumpukan perhatian dalam dua perkara dalam satu masa. Terdapat tiga peringkat dam kehidupan kita. Yang Pertama merupakan perkara asas dalam kehidupan. Ini melibatkan keperluan fizikal dan juga keperluan keselamatan. Keperluan fizikal termasuklah makanan, air dan lain-lain. Peringkat yang kedua merupakan keperluan emosi. Contohnya, seseorang itu haruslah mempunyai kawan ataupun keluarga untuk berkongsi emosi diri. Peringkat yang ketiga pula merupakan pencapaian diri. Contohnya, seseorang itu haruslah mempunai pencapaian supaya berasa lebih yakin dengan diri sendiri.
Dr Zamri telah mendedahkan kita dengan beberapa teori semasa dalam kelas. Teori yang pertama adalah Teori James-Lange. Teori ini telah menyatakan bahawa semasa kita menerima signal ataupun menghadapi sesuatu, ini akan menyebabkan perubahan arousal fizikal dan perubahan sikap seseorang itu. Ini diikuti dengan emosi yang dihadapi oleh seseorang itu. Contohnya, semasa seseorang itu ternampak ular, dia akan lari dari tempat tersebut. Ini menyebabkan seseorang itu mengalami ketakutan. Manakala dalam Cannon's challenge, ia menyatakan bahawa semasa seseorang itu menghadapi sesuatu, ini akan menyebabkan berlakunya perubahan emosi dan arousal fizikal secara serentak. Contoh yang diberi adalah semasa seseorang itu sedang menonton filem berunsur hantu, seseorang itu akan berasa takut dan menjerit. Teori yang seterusnya ialah two-factor theory. Teori ini merujuk kepada semasa seseorang itu menghadapi sesuatu perkara, dia akan mengalami arousal fizikal dan label cognitive untuk arousal dan diikuti dengan emosi yang diperasan. Contoh yang diberikan adalah semasa seseorang itu ternampak seseorang orang jahat, dia menggigil ketakutan. Ketakutan yang menyebabkan orang tersebut menggigil. Ini merujuk bahawa orang tersebut dalam ketakutan.
Semasa kita berdepan dengan sesuatu, kita akan mengalami emosi dalam diri kita. Ini diikuti dengan reaksi tubuh. Tetapi mengikut James-Lange theory, semasa kita berdepan dengan sesuatu, kita akan mempunyai reaksi tubuh sebelum mempunyai emosi. Ini adalah kerana menurutnya, organ dalam tubuh kita yang menyebabkan perubahan emosi dalam diri kita. Kesimpulannya, sesuatu stimulus itu akan mengakibatkan tindakan dan seterusnya barulah mempengaruhi emosi seseorang. Akan tetapi, kita selalunya mengalami emosi dahulu sebelum aksi. Contohnya, semasa seseorang itu ternampak beruang, seseorang itu akan berasa takut dan seterusnya orang tersebut akan melarikan diri.
Dr Zamri turut menyatakan tentang transfer of excitation. Ini boleh diberi contoh semasa seorang itu menyebabkan kemarahan pegawai yang menemu bual, orang seterusnya yang ditemu bual turut akan dimarahi kerana pegawai yang menemu bual tersebut tersebut membawa kemarahannya kepada orang yang seterusnya. Ini juga dapat kita Nampak dalam kehidupan kita. Contohnya seorang guru bergaduh dengan ahli keluarganya dan selepas itu, beliau terus mengajar dalam bilik darjah. Ini mungkin akan menyebabkan guru tersebut memarahi murid-muridnya atas kesalahan yang kecil. Ini membuktikan bahawa kemarahan ini boleh dibawa ke situasi lain.
Kesimpulannya, akspresi sesorang itu dapat menunjukkan emosi seseorang pada masa tersebut. Akspresi seseorang dapat meluahkan perasaan seseorang. Emosi yang positif pula haruslah kita semaikan dalam kehidupan seharian kita. Cuba bayangkan, jikalau seseorang itu asyik terpengaruh oleh emosi-emosi yang negative, seseorang itu pasti tidak akan berasa gembira dan seterusnya tidak Berjaya dalam menyelesaikan masalah dengan baik.
A132035 Nurashidah bt Musa LJ04 -Terus Bersemangat !
Pengurusan Emosi, A131865, Vittarino Bin Johnny
A131736 Lim Wei Kuan LJ04 Emosi dan motivasi??
A131736 Lim Wei Kuan LJ04 Emosi dan motivasi??
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Dr. Zamri dan sahabatku. Ini merupakan jurnal keempat saya dalam khusus Pengurusan Emosi. Sebelum bermula kuliah pensyarah telah memberi taklimat tentang tugasan kumpulan.
Tajuk kuliah ini "Emosi dan Motivasi" mengulaskan bagaimana emosi seseorang boleh menjadikan motivasi untuk melakukan sesuatu perkara. Kuliah ini termasuk isi-isi yang diajar dalam kuliah dulu seperti empat komponen dalam emosi. Seperti yang dikatakan dalam kuliah dulu, emosi boleh dibahagi kepada emosi positif dan negatif. Emosi emosi yang dipaparkan dalam kita termasuk empat komponen yang penting iaitu: perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan. Dalam nota kuliah terdapat satu ayat yang saya rasa sangat bermakna: Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Dalam proses ini terlahirnya motivasi untuk mendorong seseorang melakukan sesuatu. Contohnya, apabila seseorang berasa marah kerana dipecat oleh majikannya, kemarahan itu mungkin boleh menjadi dorongan kepadanya untuk melakukan sesuatu supaya boleh melepaskan geramnya seperti membunuh majikannya.
Berkaitan dengan emosi dan motivasi ini terdapat beberapa teori seperti Teori James-Lange, Cannon's Challenge, dan Teori Two-Factor. Walaupun terdapat sedikit perbezaan antara ketiga-tiga teori ini tetapi mereka mempunyai ciri-ciri yang sama: rangsangan, perubahan fisiologikal dan emosi yang dihasilkan. Contohnya, apabila seseorang berjalan di lorong yang gelap tiba-tiba terdapat satu barang menepuk bahunya (rangsangan). Orang itu terkejut dan aktiviti fisiologikalnya berubah seperti denyutan jantung meningkat dan berpeluh. Dia juga akan berasa takut (emosi yang dihasilkan) atas rangsangan itu lalu berlari dan menjerit sekuat-kuatnya. Oleh itu boleh kita katakan bahawa emosi merupakan reaksi adaptasi yang dilahirkan dalam badan kita untuk menyesuaikan kita dalam keadaan dan emosi ini boleh membantu kita berkomunikasi dengan orang lain seperti menjerit, menangis, dan sebagainya.
Menurut Bickhard, 1997, motivasi terlibat satu pemilihan dari aspek salah satu proses. Motivasi ialah penyebab seseorang melakukan sesuatu perkara (Mook, 1996). Dalam teori motivasi, motivasi boleh merupakan faktor luar atau faktor dalam seseorang yang mengubah perlakuan seseorang. Dorongan merupakan keadaan yang memulakan tingkahlaku seseorang. Insentif merupakan faktor yang melahirkan motif untuk seseorang melakukan sesuatu. Terdapat juga teori-teori seperti teori naluri, teori arousal, teori kemanusiaan dan lain-lain yang mengatakan bahawa motivasi ini adalah secara semula jadi di badan kita dan kita tidak akan sedar tentang kewujudan motivasi itu. Teori naluri mengatakan bahawa motivasi ini datang secara semula jadi seperti motivasi untuk mendapat makanan dan melarikan diri dari kesusahan. Dalam Teori Arousal, arousal merupakan fisiologikal dan psikologikal yang diaktifkan. Dalam teori kemanusiaan, Abraham Maslow menyebut bahawa motif seseorang boleh dibahagi kepada beberapa tahap: keperluan asas, keperluan psikologikal dan keperluan memenuhi sendiri. Jadi pendak katanya emosi yang menekankan arousal seseorang dan motivasi pula menekankan tindakannya.
Pada pendapat saya, saya bersetuju bahawa emosi boleh membawa motivasi untuk seseorang melakukan sesuatu tetapi saya rasa bukan semua orang boleh melahirkan motivasi yang sama dalam keadaan yang sama. Contohnya apabila keputusan peperiksaan dipaparkan, orang yang gagal dalam peperiksaan mungkin akan berasa sedih atau mungkin tidak. Bagi mereka yang gagal dan berasa sedih pula ada yang mungkin mempunyai motivasi untuk berusaha lagi dan ada yang berasa mereka tidak berguna lalu mempunyai motivasi untuk menukar khusus. Dari contoh itu, mustahilnya setiap orang akan mempunyai emosi dan motivasi yang sama dalam keadaan yang sama. Ini disebabkan kerana pengalaman dan keadaan setiap orang tidak sama dan oleh itu mereka akan melahirkan motivasi yang tidak sama berdasarkan pengalaman dan keadaan mereka.
Kuliah hari ini juga meliputi tajuk "Teori-Teori Fisiologikal, Kognitif, dan Psikoanalitik". Dalam teori-teori yang akan disebutkan, kebanyakan mereka bersetuju tentang beberapa komponen yang menentukan emosi: perasaan subjektif, proses kognitif, arousal fisiologikal, pergerakan badan dan motivasi. Namun begitu masih terdapat perbezaan antara teori-teori berdasarkan kepentingan dan urutan komponen tersebut.
Dalam fisiologikal teori, emosi merupakan hasilan dari otak serta sistem saraf manusia dan emosi ini dihasilkan berdasar kepada rangsangan. Terdapat tiga teori dalam teori fisiologikal: Teori The James-Lange, Teori The Cannon-Bard, dan Teori Psikobiologikal.
Teori James-Lang merupakan teori psikologi yang paling lama dihasilkan oleh Willian James (1884) dan disokongkan oleh Carl Lange (1887). Teori ini mengatakan bahawa perubahan fisiologikal dalam badan kita terhadap sesuatu rangsangan akan melahirkan emosi. Sebagai contohnya, apabila kita ternampak lipan aktiviti fisiologikal dalam badan kita akan mula berubah seperti menambah denyutan hati dan melepaskan hormon-hormon ke organ badan kita. Atas aktiviti-aktiviti fisiologikal ini emosi takut dihasilkan. Malangnya teori James-Lang ditentang oleh Walter Cannon berdasarkan tiga alasan: penghasilan emosi dari organ-organ tertentu berdasarkan rangsangan sangat lambat, emosi selalunya berlaku dengan cepat selepas rangsangsan, dan reaksi fisiologikal terlalu lambat untuk menyebabkan reaksi emosi. Oleh itu terhasilnya Teori Cannon–Bard. Teori Cannon-Bard mengatakan bahawa rangsangan akan melahirkan emosi dan selepas itu baru ada reaksi sama ada fizikal ataupun fisiologikal. Teori fisiobiologikal yang diulaskan oleh Jack Panksepp (1982, 1992) mengatakan bahawa terdapat empat emosi asas iaitu ketakutan, kemarahan, kecemasam, dan kejangkaan. Keempat-empat emosi ini boleh berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain. Namun begitu teorinya ditentang oleh Magda Arnold (1960) dan James Averill (1982).
Dalam teori kognitif pula, ahli teori mengatakan bahawa pemikiran itu yang melahirkan emosi. Teori-teori yang mengokong teori kognitif adalah: Schachter's Cognitive Labeling Theory, Misattribution, Transfer of Excitation dan Cognitive Appraisal Theory.
Teori Schachter bersetuju tentang Teori James-Lang tetapi beliau telah mengubah sedikit dengan menambahkan faktor kognitif ke dalam teori itu. Beliau mengatakan bahawa interpretasi reaksi fisiologikal itu berdasarkan keadaan dan pengalaman dulu (proses kognitif) dan ini akan mendorong kita menghasilkan emosi. Dengan menggunakan contoh yang disebutkan di atas, apabila kita terlihat lipan, bukan sahaja badan kita mempunyai perubahan fisiologikal malah minda kita juga akan terfikir tentang kebahayaan lipan. Gabungan antara perubahan fisiologikal dan pemikiran kita baru boleh terhasilnya emosi takut. Seterusnya ialah Misattribution yang bermaksud kesilapan dalam menganggap sesuatu yang hasil daripada sesuatu yang lain. Contoh dalam note kuliah ialah penganggapan terhadap sindrom premenstrual. Kadang kala kita akan tersilap menganggap bahawa seseorang wanita berada dalam sindrom ini apabila dia menunjukkan kemarahan dan kemurungan. Tetapi sebenarnya wanita itu tidak mempunyai sindrom ini dan emosi yang dipaparkan di wanita itu langsung tidak berkaitan dengan sindrom itu.
Sebagai kesimpulannya, emosi boleh melahirkan motivasi yang mendorong kita melakukan sesuatu sama ada perkara itu perkara baik atau buruk. Selain itu teori fisiologikal dan kognitif mengulaskan bagaimana emosi itu terjadi dan walaupun terdapat banyak teori yang menyokong dan membangkang, saya masih dapat banyak belajar tentang emosi.
Sekian, terima kasih.
A131966 Nur Syuhada Binti Othman-LJ 04 : Emosi & Motivasi serta Teori-Teori
| " My theory ... is that the bodily changes follow directly the perception of the exciting fact, and that our feeling of the same changes as they occur is the emotion. Common sense says, we lose our fortune, are sorry and weep; we meet a bear, are frightened and run; we are insulted by a rival, are angry and strike. The hypothesis here to be defended says that this order of sequence is incorrect ... and that the more rational statement is that we feel sorry because we cry, angry because we strike, afraid because we tremble ... Without the bodily states following on the perception, the latter would be purely cognitive in form, pale, colorless, destitute of emotional warmth. We might then see the bear, and judge it best to run, receive the insult and deem it right to strike, but we should not actually feel afraid or angry " Daripada teori ini secara kesimpulannya, emosi tercetusnya apabila ada situasi. Situasi à reaksi tubuh à emosi. Sebelum ini, saya tidak pernah terfikir proses-proses ini akan berlaku dalam tercetusnya emosi seseorang itu. Kesan daripada pembelajaran saya pada kali ini, memang ada logiknya mereka menghasilkan teori ini. Sekiranya tiada situasi, bagaimana kita hendak melahirkan sesuatu emosi. Walaubagaimanapun dalam Teori Schater, beliau menyokong Teori James & Lange tetapi beliau telah memperkenalkan unsure kognitif dalam proses emosi Situasi à Kognitif + Reaksi Tubuh à Emosi. Teori beliau turut mendapat kritikan. Antaranya emosi adalah berdasarkan pengalaman yang lepas dan bukannya daripada hasil tindak balas dalam masa yang singkat. Saya juga belajar mengenai Misattribution pada hari ini. Apa yang saya dapat huraikan berdasarkan pemahaman saya mengenai tajuk ini ialah kesilapan dalam menanggap sesuatu hasil daripada sesuatu yang lain. Dalam kuliah tadi, Misattribution yang paling biasa dilakukan apabila seorang wanita mengalami haid. Kalo si dia murung dan sebagainya kita menyalahkan haid itu sendiri tanpa mengambil kira factor yang boleh mendorong kepada permasalahan itu. Bagi saya, ini perkara semulajadi manusia, dalam erti kata lain mugkin boleh dikaitkan dengan first impression. Kita sering membuat andaian sebelum menyelidik. Sekiranya tidak ditangani dengan baik, misattribution boelh membawa kepada konflik. Seterusnya berkaitan dengan Transfer of Excitation. Menurut kesimpulan yang dibuat oleh Doff Zillman, beliau mengatakan arousal from one source may influence otherwise unrelated cognition and reactions. Arousal is a physiological and psychological state of being awake or reactive to stimuli. It involves the activation of the reticular activating system in the brain stem, the autonomic nervous system and the endocrine system, leading to increased heart rate and blood pressure and a condition of sensory alertness, mobility and readiness to respond. There are many different neural systems involved in what is collectively known as the arousal system. Four major systems originating in the brainstem, with connections extending throughout the cortex, are based on the brain's neurotransmitters, acetylcholine, norepinephrine, dopamine, and serotonin. When these systems are in action, the receiving neural areas become sensitive and responsive to incoming signals. Arousal merupakan salah satu komponen yang turut dinyatakan dalam James and Lange Theory of Emotion. Jadi pentingnya komponen ini dalam melahirkan emosi. Berbalik kepada Transfer of Excitation dimana emosi seseorang itu boleh mendorong kepada emosi orang lain atau ataupun sesuatu yang dapat mendorng kepada perubahan emosi seseorang. Contohnya, apabila dimarahi oleh pensyarah, kita cenderung untuk melepaskan kemarahan kepada kawan-kawan kesan daripada dimarahi sebelum ini. Tidak pernah pula terfikir wujudnya Transfer of Excitation. Selama ini apa yang saya tahu, apbila situasi seperti di atas wujud, kita sekadar mahu melepaskan kepada orang sekeliling kita. Sekian, terima kasih. |











