Sunday, September 4, 2011

A131422 AMIR BIN ABDUL RAHMAN LJ05 PERSONALITI=IDENTITI

       



          Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya tujukan ucapan ini kepada semua pelajar perubatan Tahun 2 kerana kita setinggi syukur masih lagi diberi peluang untuk meneruskan karya penulisan jurnal buat kali yang kelima pada tika dan masa ini.Saya rasa masih tidak terlalu lambat untuk mengucapakan juga salam akhir Ramadhan khas ditujukan kepada muslimin dan muslimah yang bakal pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut hari lebaran yang sudah pasti sangat dinanti-nantikan iaitu Hari Raya Aidilfitri.Walaubagaimanapun,jangan dilupa juga kepada sahabat-sahabat kita,ahli keluarga kita yang tidak berkesempatan untuk menyambut hari lebaran bersama-sama kerana setiap daripada yang hidup akan menempuhi masalah yang tidak dijangka kehadirannya.Sememangnya,kegembiraan untuk menyambut hari raya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata mahupun ungkapan,tetapi perlu diingat bahawa emosi kegembiraan perlu dikawal dengan baik dan tidak dizahirkan secara berlebihan kerana ia mempengaruhi tingkah laku seterusnya menggambarkan personaliti kita.Jadi,amat sesuai sekalilah dengan tajuk yang ingin saya kupas pada kali ini berkaitan dengan emosi dan tingkah laku atau dengan kata yang lebih saintifik ialah teori psychoanalytic.Jika didengar buat pertama kalinya tentang teori ini,anda pasti akan mengerutkan dahi tanda seribu persoalan tanpa kefahaman.Inilah yang turut terjadi kepada saya pada permulaanya tetapi setelah diteliti dengan terperinci,akhirnya teori ini dapat difahami dengan mudah sekali.
 
 
 
           Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan psychoanalytic?Psychoanalytic adalah satu orientasi yang merangkumi proses fisiologi dan kognitif yang menganggap bahawa pengalaman emosi adalah proses sedar.Setiap tindak balas yang berlaku pada tubuh badan kita adalah disebabkan oleh fungsi otak yang mengaktifkan anggota-anggota badan untuk melakukan sesuatu perkara bersesuaian dengan keadaan persekitaran.Oleh itu, setiap perbuatan yang dilakukan atas kerelaan diri sendiri oleh setiap manusia akan menunjukkan emosinya secara sedar.Di sini,ingin saya mengambil contoh situasi seorang peminta sedekah.Sekiranya kita cakna dan prihatin terhadap keadaan mereka,sudah pasti kita akan dapat lihat perubahan yang terpancar pada wajah mereka ketika menerima bantuan daripada kita.Kita dapat lihat perubahan tersebut melalui ucapan terima kasih yang kebiasaanya akan diiringi dengan senyuman penuh kesyukuran.Semua ini berlaku dalam sedar peminta sedekah itu sendiri.Mengapa saya berpendapat begini kerana masakan pengemis itu akan tersenyum secara sendirinya melainkan dengan kehendak sendiri untuk menghargai semula sumbangan si penderma tersebut.Namun demikian,terdapat teori lain juga yang dinyatakn oleh Sigmund Freud bahawa beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan di atas,dan baginya pengalaman emosi adalah proses tidak sedar.
 
 
           Menurut hasil kajian psychoanalytic daripada Carl Jung, Katharine C. Briggs, and Isabel Briggs Myers,yang pada permulaanya salah seorang daripada mereka iaitu carl Jung telah menemukan bahawa setiap orang mempunyai bentuk psikologinya yang unik yang tersendiri.Melalui personaliti ini, kita akan menggunakannya sewaktu menerima segala maklumat, mengenalpasti perkara yang berlaku dan seterusnya bertindak balas terhadap perlakuan itu .Akan tetapi,apabila kita menerima maklumat,kita akan menerima segala input tersebut melalui deria kita atau kata hati kita dan dalam pada masa yang sama,kita akan memilih dan membuat keputusan melalui objective logic dan subjective.Secara normal dan fitrahnya,setiap orang telah mengaplikasikan keempat-empat fungsi di atas,tetapi apa yang membezakan mereka adalah tahap aplikasi terhadap objek sekeliling.Hal yang demikian inilah membentuk personaliti kita yang unik lagi beerbeza ini.Di sebalik semua itu,masih ada satu fungsi yang sangat mempengaruhi setiap tindak-tanduk kita iaitu fungsi dominant.Oleh itu,berdasarkan huraian di atas,para pengkaji telah membahagikan personaliti seseorang kepada 8 bahagian,iaitu,
 
A)Extraverted Sensing (modern types: ESFP, ESTP)
       B)Introverted Sensing (modern types: ISTJ, ISFJ)
              C)Extraverted Intuition (modern types: ENFP, ENTP)
D)Introverted Intuition (modern types: INFJ, INTJ)
E)Extraverted Thinking (modern types: ESTJ, ENTJ)
F)Introverted Thinking (modern types: ISTP, INTP)
G)Extraverted Feeling (modern types: ESFJ, ENFJ)
H)Introverted Feeling (modern types: INFP, ISFP)
 
 
Kemudian, Katherine Briggs telah menyambung kajian Carl Lung dengan lebih melanjut. Akhirnya, anak perempuannya, Isabel Briggs Myers telah berjaya menghasilkan kajian itu. Hasil kajian itu telah mendapati, setiap orang mempunyai primary mode dalam fungsi-fungsi personaliti yang disebut seperti di bawah ini,iaitu:
 
      a)Our flow of energy, iaitu sumber kita untuk mendapatkan informasi kita, sama ada kita mendapat informasi itu secara diri sendiri (Introverted) atau kita mengetahui sesuatu daripada orang lain dan sumber luar (Extraverted)
 
      b How we take in information, iaitu cara kita mendapatkan informasi kita. Terdapat dua cara untuk mendapatkan informasi, sama ada kita bergantung kepada lima kuasa badan kita (sense) ataupun kita lebih bergantung pada gerak hati kita(Intituition)
 
      c) How we prefer to make decisions, cara kita membuat keputusan. Adakah kita membuat keputusan berdasarkan bukti-bukti dan skill logic kita (thinking)? Ataupun kita membuat keputusan berdasarkan perasaan keperibadian kita? (Feeling)
 
     d) The basic day-to-day lifestyle that we prefer, iaitu cara membuat pilihan untuk kehidupan kita, sama ada kita hidup dalam keadaan sekeliling yang lebih teratur structured dan organized-(Judging). Ataupun sebaliknya, kita lebih menyukai kehidupan yang mempunyai perubahan dan lebih bebas? (Pereiving)
 
 
 
         
Setiap personaliti yang dihuraikan di atas akan menghasilkan 16 personaliti yang berbeza.Berdasarkan kategori di atas,saya telah mendapati bahawa saya merupakan ENTJ. Mengikut kajian ini, saya merupakan seorang yang lebih mengutamakan logik dan rational.Saya berpotensi untuk memegang jawatan ketua kerana saya mudah dalam menyelesaikan masalah secara lebih efektif.Malangnya,saya tidak dapat bertolak ansur dengan sesuatu perkara yang tidak mengikut kehendak saya kerana saya bukanlah seseorang yang penyabar.Oleh itu,kelihatan cepat marah dengan sesuatu per.kara yang tidak bertepatan dengan kehendak hati saya.Namun demikian,saya  lebih suka berinteraksi dengan orang lain dan dapat berbuat demikian dengan mudah.Kelebihan seorang yang ENTJ ialah mereka berminat dengan idea dan pendapat orang lain,bersemangat,tinggi komitmen,berfikiran terbuka,pengurusan wang yang baik,lurus,fasih berkomunikasi dan sebagainya.Tetapi,sebagai seorang ENTJ,semangat berkobar-kobar yang ditunjukkan kadangkala menimbulkan tanggapan negatif bagi sesetengah pihak bahawa mereka seorang yang angkuh lagi sombong.Sikap tidak mengenal erti putus asa yang hanya inginkan kemenangan dan kejayaan juga boleh menyebabkan orang disekeliling berasa seperti ditindas dan dikawal dan ini menjadi satu bebanan kerana mereka akan dianggap seperi bos dan orang-orang yang berada dibawah kawalannya dilayan seperi hamba abdi.Ini adalah satu tanggapan yang salah kerana seseorang yang ENTJ adalah sangat profesional dalam tugasannya.Individu ENTJ lebih mengutamakan kebajikan anak buahnya melebihi diri sendiri.
 
Oleh itu,sebagai kesimpulannya,ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa emosi sangat memberi impak yang besar dalam menonjolkan personality dan imej bagi setiap orang.Teringat saya kata-kata guru Bahasa Melayu ketika disekolah dulu bahawa imej dan personality ibarat pakaian.Jika pakaian itu cantik,maka baiklah pandangan orang pada kita.Tetapi alangkah sangat baiknya jika budi pekertinya cantik kerana itulah sebaik-baik pakaian di dunia mahupun di akhirat kelak.Saya berharap moga-moga kita semua memilih pakaian yang sesuai dengan tuntutan,bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri.Sekian,terima kasih. 

A132033 Siti Dzulaikha Zulkifli


 
Personality has power to uplift, power to depress, power to curse, and power to bless. 
Paul Harris
Ahad, 4 September 2011, 5.35 p.m.
                Assalamualaikum. Ini adalah kali kelima aku menulis learning jurnal. Aku mmg blurred la masa nak tulis ni. Aku tak tau la nak karang apa nak bagi cukup 1000 patah perkataan. Selalunya aku akan siapkan jurnal pegurusan emosi awal-awal tapi perkara yang sebaliknya berlaku. Mungkin disebabkan aku tak mengdadiri kuliah ayahlong pada minggu tersebut. Mungkin juga disebabkan aku masih dalam mood raya :D . walaupun aku dah buat personality test yang diuploadkan oleh ayanhlong tetapi aku masih blurred. Ye la,aku bukannya betul-betul faham pun bahasa yang digunakan dalam test tu. Aku jawab yang mana aku rasa nak jawab ja la. Soalan dye pun aku tak paham sangat tapi aku jawab jugak la. Bahasa dia guna tu tinggi sangat kot. Tapi ada jugak la yang aku faham. So,boleh aku tulis untuk jurnal kali ini.
                Oleh sebab jurnal kali ini lain sikit daripada jurnal-jurnal yang sebelum ni aku buat,aku rasa memang lama la masa yang aku kena ambil untuk siapkan jurnal ni.huhu.. tapi aku harap sangat aku dapat habiskan jurnal ni dalam masa 2 jam J. Huraian yang pertama ialah  tentang  video mengenai personality type A dan B yang aku baru ja lepas habis tonton. Sebelum ini aku tak perasan pulak yang video tu dah diupload. Alhamdulillah bertambah lagi ilmukun dan ada la idea sikit aku nak tulis tentang apa. Kalaw suruh aku pilih aku ni personality jenis mana aku rasa aku tak taw nak pilih yang mana satu. Kadang-kadang aku rasa jenis A tapi selalunya aku rasa aku ni jenis B la.. :D selalu ja aku relaks bila tak siap kerja rumah. Tak payah ambik contoh yang jauh la,jurnal ni boleh dijadikan contoh. Malam ni date lines tapi aku selamba ja baru mula buat petang ni. Tu pun bukan,boleh duk selit lagi dengan buka facebook..hehe.. Tapi aku harap boleh la siap.
                Personality type A ni merujuk kepada orang yang suka tergesa-gesa,kalut,selalu tegok jam,mementingkan kesempurnaan dan sebagainya. Walupun sekali pandang golongan yang mempunyai personality seperti ini dianggap tidak bagus namun kita haruslah mengakui bahawa personality seperti ini penting untuk menghasilkan mutu kerja yang berkualiti. Tetapi jika orang yang mempunyai personality seperti ini menjadi bos kita buruk juga padahnya..hehe. ya la..mana taknya semua kerja nak sempurna.. mana boleh la kan… nobody perfects :D. Aku rasa aku mempunyai personality type B. Golongan yang mempunyai personality type ini lebih relaks,penyabar dan sebagainya. Golongan ini lebih mudah untuk dibawa bekerjasama kerana mereka boleh bertolak ansur tidak terlalu mementingkan kesempurnaan. Namun bagi aku setiap individu mampu menukar personalitinya dengan menukar mind setting diorang.Segalanya mungkin. Hal ini disebabkan kita bertindak selari dengan pemikiran kita. Ini pada pendapat aku je lah. Setakat mana kebenaranya wallahuaklam :D
                Seterusnya ialah aku akan huraikan tentang ujian personality kedua yang aku jawab. Ujian tersebut ialah Big 5 Personality Test. Kalaw kita dengar tajuk pun kit dah boleh agak yang test ini mempunyai lima personality. Agak menguji kesabaran jugak la test ini sebabnya banyak soalan terpaksa dijawab. Selepas itu kami dikehendaki mengira markah. Berdasarkan test tersebut personality saya ialah agreeableness yakni bermaksud persetujuan la kot..heee. berikut merupakan  sifat-sifat golongan yang mempunyai personality seperti ini. Ini selepas aku translate guna google translator..thanks google translator J
1.kecenderungan untuk belas kasihan dan kerjasama dan bukannya yang mencurigakan dan bermusuhan terhadap orang lain.

2.nilai mendapatkan bersama-sama dengan orang lain.

3.bertimbang rasa, mesra, murah hati, suka menolong, dan bersedia untuk berkompromi demi kepentingan mereka dengan orang lain.

4. mempunyai pandangan yang optimistik terhadap sifat manusia.

5.percaya bahawa rakyat pada dasarnya jujur​​, sopan, dan boleh dipercayai.
Kalaw nak dibandingkan dengan sifat aku,adalah betulnya jugak test ni. Lebig kurang 95% la ketepatannya. Tetiba ja aku rasa lapar. So, aku kena berhenti dulu la walaupun memang tengah bayak idea lagi ni. Rasa rugi pulak nak berhenti menulis..huhu. Apapun  kesihatan harus diutamakan. Kalaw aku tak makan nanti sakit perut  lagi la tak boleh siapkan jurnal ni. Memang la ada ubat tapi mencegah lebih baik daripada merawat. Nampaknya aku dah mengarut lebih ni.. ok2..berhenti dulu :D..
                Seterusnya aku akan sambung dengan test MBTI. Test ini tak lah banyak sangat solannya tapi banyak jugak la..huhu. Selepas menjawab teori ini keputusan personality yang aku perolehi ialah ESTJ. :D Selepas digoogle translate inilah ciri-ciri individu ESTJ.. Untuk ESTJs penggerak dalam kehidupan mereka adalah kemahuan  untuk menganalisis dan membawa masuk ke dalam perintah logik dunia luar acara, orang, dan perkara-perkara yang. ESTJs suka untuk menyusun  apa-apa yang datang ke dalam kepentingan mereka,dan mereka akan bekerja dengan penuh bertenaga untuk menyelesaikan tugas-tugas jadi mereka dengan segera boleh bergerak dari satu tugasan ke tugasan yang lain. Perasaan mereka mengarah kepada mereka kepada fakta dan realiti semasa, dan dengan itu memberikanpemikiran mereka yang berkualiti pragmatik. ESTJs mengambil tanggungjawab merekasecara serius dan mempercayai orang lain berbuat demikian juga.
            Pada pendapat aku ketepatan test ini dengan cifat aku yang sebenar ialah 95 % juga hal ini disebabkn terdapat banyak perkara yang dinyatakan bertepatan dengan sifat aku.Sebagan contoh, aku akan menyenaraikan tugasan yang perlu aku buat dan menyelesaikan dengan cepat supaya aku sapat membuat tugasan lain. Masalah yang timbul daripada sifat ini ialah tugasan aku yang lain akan tergendala apabila aku gagal menyiapkan tugasan yang terdapat dalam senarai aku. Aku akan merasa sangat puas apabila dapat menyelesaikan satu persatu tugasan aku. Aku juga akan menjadi lebih bertenaga untuk menyiapkan tugasan yang lain apabila aku dapat menyiapkan sesuatu tugasan. Itu merupakan salah satu kelebihan aku dan individu yang mempunyai personality ESTJ.
                Kesimpulannya kiata tidak harus mempercayai test itu semata-mata.hal ini disebabkan setiap individu mempunyai sifat-sifat semulajadi yang mampu diubah oleh diri mereka sendiri. Sebagai contoh kita tidak bolehlah menggangap golongan yang pessimist itu merupakan golongan yang teruk kerana mereka sudah terdidik dengan cara begitu.jadi kita tiaj bolehlag menghakimi seseorang itu berdasarkan personality test sebaliknya kita haruslah mengkaji mengapa seseorang individu itu berpersonality sedemikain rupa. Kita juga seharusnya membantu golongan yang berpersonality seperti itu untuk merubah personality mereka.  Selain itu kita juga haruslah menerima kelemahan orang lain kerana kita harus sedar bahawa kita pun bukanlah sempurna walau sehebat manapun  kita.. renung2kan dan selamat beramal..wassalam :D
 

Rasheena Binti Abd Rahim A131801 - Personaliti Diri

Assalamualaikum. Alhamdulillah ini adalah  jurnal terakhir saya (LJ05). Pada minggu ini kuliah bermula seperti biasa pada jam dua petang. Pada minggu ini tiada kuliah tetapi ada aktiviti pembelajaran yang lain. Terdapat special task pada minggu ini di mana kami dikehendaki untuk menulis jurnal berdasarkan pada task yang telah diberikan. Terdapat tiga task iaitu teori psikoanalitik, soalselidik MBTI dan Teori Besar Lima.
 Untuk task yang pertama, kami perlu membaca slide dan teks tentang teori psikoanalitik. Untuk task ini juga, kami telah ditayangkan dengan satu klip video dan perlu mengaitkan  kilp video tersebut dengan teori psikoanalitik. Sambungan dari teori FKP yang lepas, teori psikoanalitik adalah berbeza dari teori fisiologikal dan teori kognitif. Seperti apa yang telah saya fahami melalui slide ini, teori fisiologi mengatakan bahawa emosi datangnya hasil dari otak dan system saraf kita tetapi terdapat percanggahan dalam teori James Lange. Teori James  ;Lange mengatakan bahawa emosi bergantung sepenuhnya pada tindak balas yang dihantar oleh sistem saraf autonomic dan somatic. Tetapi bagi orang yang broken necks,mereka mempunyai emosi walaupun tiada signal yang dihantar ke otak. Dalam teori Cannon-Bard pula, beliau menganggap emosi adalah sama sekali tidak bergantung kepada signal dari autonomic dan somatic. Tetapi, apa yang didapati adalah respon autonomic dan somatic terhadap stimulus emosi dapat mempengaruhi emosi seseorang. Buktinya, apabila seseorang tinggal di dalam rumah berhantu akan membuatkan dia menjadi lebih  sensitive terhadap bunyi bising. Teori kognitif pula mengatakan bahawa pemikiran memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan emosi. Kedua-dua teori fisiologi dan kognitif ini menganggap pengalaman emosi yang dihasilkan adalah secara sedar. Tetapi tidak bagi Sigmund Freud, beliau tidak bersetuju dengan kedua-dua teori tersebut. Sigmund Freud mengatakan bahawa pengalaman emosi yang berlaku adalah secara tidak sedar. Menurut Sigmund Freud di dalam teori psikoanalitik, kita tidak sedar akan emosi, motif dan pengalaman memori kita tetapi ketidaksedaran kita ini dapat m empengaruhi tingkah laku kita. Kebiasaannya golongan yang mengalami emosi di bawah tahap ketidaksedaran ini adalah golongan kanak-kanak. Penekanan emosi tidak sedar ini adalah lebih kepada emosi negative seperti bimbang dan marah. Kadang-kadang kita akan rasa marah dan bimbang tanpa sebab yang kukuh. Setelah menonton klip video "Childhood Experience", saya serba sedikt dapat mengaitkannya dengan teori psikoanalitik. Semasa kita kanak-kanak, kita akan selalu menganggap hidup kita adalah yang paling sempurna  dan kita akan selama-lamanya bahagia tanpa mengalami sebarang&nbs p;kesulitan dan kekecewaan. Kita merasakan di mana ada kegelapan,pasti akan sentiasa ada cahaya yang akan menerangi hidup kita. Semasa kita kanak-kanak, kita mudah untuk beremosi, kita mudah untuk merasakan marah, benci,perasaan memberontak, perasaan tidak puas hati dan pelbagai perasaan yang negatif. Kite sering marah apabila kawan kita mengkhianati kita, kita sering mempersoalkan kesusahan yang kita alami dan kesenangan yang dialami orang lain, kita selalu mengharapkan balasan di atas setiap apa yang kita lakukan, kita menganggap kasih sayang itu sia-sia dan  tidak berguna, kita sering merasakan hidup kita keseorangan, tidak pernah puas dengan kehidupan yang sedia ada dan mudah untuk mempercayai orang lain. Semua yang kita rasai semasa zaman kanak-kanak adalah secara tidak sedar. Emosi itu datang dengan sendirinya dan tanpa dapat kita kawal. Kita tidak berfikir secara mendalam sehingga satu hari kita sedar dan mula untuk berfikir secara positif dan sedar. Kita akan sedar bahawa bukan setiap orang yang kita jumpa ingin berkawan dengan kita, tidak semua apa yang kita inginkan akan kita dapat, kita& nbsp;akan memikirkan bahawa setiap apa yang ibubapa kita katakan adalah untuk kebaikan kita, dan jangan sesekali kita mudah untuk mempercayai orang lain. Kita akan mula untuk berfikir dari sudut yang positif dan memikirkan penyelesaian bagi setiap masalah. Teori psikoanalitik adalah teori yang menceritakan bagaimana emosi yang kita rasai berlaku tanpa kita sedar namun ia mampu untuk mempengaruhi segala tingkah laku kita. Dalam klip video ini, saya mempelajari bahawa semasa kita kanak-kanak, segala emosi ysng kita tunjukkan sebenarnya adalah dipengaruhi oleh teo ri psikoanalitik. Kadang-kadang, kita marah tanpa sebab yang kukuh, memberontak tidak tentu pasal dan semua ini adalah emosi yang kita hasilkan tanpa kita sedar. 
Seterusnya, kami ditayangkan dengan video tentang personaliti diri iaitu type A dan type B. Orang yang type A mempunyai personaliti makan cepat, bangun tidur awal, selalu dalam keadaan terburu-buru, tidak sabar, kerja yang tersusun, sentiasa inginkan kesempurnaan, selalu meneliti jam tangan, memandu laju dari biasa, suka bersaing. Type B pula mempunyai personaliti  yang tenang, memandu dengan kadar kelajuan biasa atau minimum, seorang yang ringkas, makan dengan perlahan, penyabar, tidak terburu-buru dan terlalu bimbang, bercakap dengan perlahan, dan relaks.  Melalui kajian ini, saya dapati saya lebih menjurus kepada personality type B. Bagi seseorang yang type A, mereka perlu lebih relaks dan menenangkan diri supaya tidak mudah mendapat penyakit seperti sakit jantung dan sebagainya. 
Seterusnya kami dikehendaki untuk menjawab soalselidik MBTI. Terdapat empat komponen MBTI iaitu Extrovert atau Introvert (E atau I), sensitif atau intuitif (S atau N), pemikir atau perasa (E atau F), dan memahami atau menilai (J atau P). Ekstravert versus Introvert. Individu dengan perwatakan ekstravert digambarkan sebagai individu yang ramah, suka bergaul, dan tegas. Sedangkan individu dengan personaliti introvert digambarkan sebagai individu yang pendiam dan pemalu. Sensitif versus Intuitif. Individu dengan perwatakan sensitif digambarkan sebagai individu yang praktis&nb sp;dan lebih menyukai susunan. Mereka fokus  pada detail. Sebaliknya, individu dengan perwatakan intuitif bergantung kepada proses-proses tidak sedar dan melihat gambaran umum. Pemikir versus Perasa. Individu yang termasuk dalam perwatakan pemikir menggunakan alasan dan logik untuk menangani masalah, sedangkan individu dengan perwatakan perasa bergantung nilai-nilai dan emosi pribadi mereka. Memahami versus Menilai. Individu yang cenderung memiliki perwatakan memahami menginginkan kawalan dan lebih suka dunia mereka teratur dan tersusun sedangkan individu dengan perwatakan menilai cenderung  lebih fleksibel dan spontan.
Task yang terakhir adalah Teori Besar Lima. Teori ini meliputi OCEAN iaitu Openness, Conscientiousness, Extraversion, Agreeableness dan Neuroticism. Openness merujuk kepada appreciation for art, emotion, adventure, unusual ideas, curiosity, and variety of experience. Conscientiousness  adalah tendency to show self-discipline, act dutifully, and aim for achievement; planned rather than spontaneous behaviour. Extraversion adalah Energy, positive emotions, surgency, and the tendency to seek stimulation in the company of others. Agreeableness adalah tendency to be compassionate and  ;cooperative rather than suspicious and antagonistic towards others. Neuroticism  adalah a tendency to experience unpleasant emotions easily, such as anger, anxiety, depression, or vulnerability. Saya merasakan saya adalah dalam personaliti conscientiousness. 
Secara kesimpulannya, kajian soal selidik personaliti ini telah membuatkan saya untuk lebih mengenali dan memahami perwatakan diri saya. Bagi saya, seseorang yang menginginkan kejayaan dan kesempurnaan dalam hidup, dia perlulah memiliki personaliti yang seimbang dan belajar untuk memahami diri sendiri.

A131405 kamarul Hatem LJ05: Personaliti aku

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua.
Ini merupakan jurnal terakhirku  dan selesailah sudah tugasan pertama bagi modul pengurusan emosi ini. Seperti biasa, jurnal akn dibuat selepas selesai kuliah yang disampaikan oleh Dr.Zamri. dan paa 24 ogos yang lepas, Dr Zamri tidak memberi kuliah, tetapi megubah sedikit cara pembeljaran dengan menayangkan video-video seperti "chillhood Experience", lagu "here I waiting for you" serta ujian personality.
Sebelum ini, ujian personality dijalankan, kami diperkenalkan personality yang besar terbahagi kepada 2 iaitu personality Type A dan personality Type B. type A adalah seseorang yang perfectionisnt iaitu, mementingkan, masa, teratur dan lain-lain lagi. Berbeza pula dengan Type B adalah seseorang yang rilek, dan sederhana. Selepas itu, kami diberi ujian personaliti untuk mengetahuai personaliti masin-masing.
Ujian personaliti yang dijalankan adalah Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) assessment is a psychometric questionnaire designed to measure psychological preferences in how people perceive the world and make decisions. These preferences were extrapolated from the typological theories proposed by Carl Gustav Jung and first published in his 1921 book Psychological Types (English edition, 1923).
The original developers of the personality inventory were Katharine Cook Briggs and her daughter, Isabel Briggs Myers. They began creating the indicator during World War II, believing that a knowledge of personality preferences would help women who were entering the industrial workforce for the first time to identify the sort of war-time jobs where they would be "most comfortable and effective". The initial questionnaire grew into the Myers-Briggs Type Indicator, which was first published in 1962. The MBTI focuses on normal populations and emphasizes the value of naturally occurring differences.
Seperti yang kita dapat lihat daripada rujukan diatas nama ujian ini diambil sempena nama-nama orang yang mengkaji nya. Ujian jenis ini adalah untuk mengukur emosi dan personalitdari segi psycoanalatikal emosi. Selepas menjalani ujian personaliti ini, saya dikelaskan didalam kelas ESFP(performer) mengikut Dr zamri, seseorng dalam personaliti ini seorang yang berprestasi tinggi. Tapi dalam konteks diri saya,saya kurang bersetuju kerana saya adalah orang yang berprestasi rendah samaada dalam akademik atau lain-lain bidang. Untuk mendapat penjelasan yang lebih saya telah membuat rujukan aripada internet yang menyatakan tentang personaliti PERFORMER:
ESFPs live in the world of people possibilties. They love people and new experiences. They are lively and fun, and enjoy being the center of attention. They live in the here-and-now, and relish excitement and drama in their lives. 

ESFPs have very strong inter-personal skills, and may find themselves in the role of the peacemaker frequently. Since they make decisions by using their personal values, they are usually very sympathetic and concerned for other people's well-being. They're usually quite generous and warm. They are very observant about other people, and seem to sense what is wrong with someone before others might, responding warmly with a solution to a practical need. They might not be the best advice-givers in the world, because they dislike theory and future-planning, but they are great for giving practical care. 

ESFP is definitely a spontaneous, optimistic individual. They love to have fun. If the ESFP has not developed their Thinking side by giving consideration to rational thought processing, they tend to become over-indulgent, and place more importance on immediate sensation and gratification than on their duties and obligations. They may also avoid looking at long-term consequences of their actions. 

The ESFP under a great deal of stress gets overwhelmed with negatives thoughts and possibilities. As an optimistic individual who lives in the world of possibilities, negative possibilities do not sit well with them. In an effort to combat these thoughts, they're likely to come up with simple, global statements to explain away the problem. These simplistic explanations may or may not truly get to the nature of the issue, but they serve the ESFP well by allowing them to get over it. 

ESFPs are likely to be very practical, although they hate structure and routine. They like to "go with the flow", trusting in their ability to improvise in any situation presented to them. They learn best with "hands-on" experience, rather than by studying a book. They're uncomfortable with theory. If an ESFP hasn't developed their intuitive side, they may tend to avoid situations which involve a lot of theoretical thinking, or which are complex and ambiguous. For this reason, an ESFP may have difficulty in school. On the other hand, the ESFP does extremely well in situations where they're allowed to learn by interacting with others, or in which they "learn by doing". 

The ESFP is a great team player. He or she is not likely to create any problems or fuss, and is likely to create the most fun environment possible for getting the task done. ESFPs will do best in careers in which they are able to use their excellent people skills, along with their abilities to meld ideas into structured formats. Since they are fast-paced individuals who like new experiences, they should choose careers which offer or require a lot of diversity, as well as people skills. 

ESFPs usually like to feel strongly bonded with other people, and have a connection with animals and small children that is not found in most other types. They're likely to have a strong appreciation for the beauties of nature as well. 

Seperti yang kita dapat rujuk diatas, seorang yang ESFP dikatakan akan mempunyai masalah dalam pembelajaran di sekolah kerana seorang yang memeliki personaliti jenis ini, mempelajari sesuatu dengan membuat. Mugkin yang dimaksudkan adalah belajar secara praktikal bukan teoritikal. Namun pengalaman saya yang dikategorikan sebagai ESFP ini, selama saya belajar di alam persekohan saya, boleh dikatakan saya boleh mengikuti pelajaran dengan baik dan tidak pula menghadapi masalh dalam proses pembelajaran selama ini.
Selain personaliti ini, kami juga diajar tentang Big Five personaliti iaitu openess, conscientious, extroversion, agreeableness dan emotional stability yang mana sebelum diajar tentang ini, Dr Zamri telah menyangkan lagu "here I waiting For You" yang mana menunjukan seseorng yang sanggup menuggu kekasihnya, menerima apa saja tentang kekasihnya dan lain-lain lagi. Dan bagi pandangan ku, ujian-ujian ini adalah tidak 100 peratus tepat kerana ada sesetengah situasi dalam soalan kajian yang kita hanya melakukannya jarang sekali, dan ade juga pertembungan. Selain itu, personaliti ini kita dapat bentuk dengan mempelajari dan mugkin juga semulajadi.
Inilah yang saya pelajari pada hari itu, dan sedikit ulasan yang saya dapat beri pada personaliti sya sendiri yang sedikit dapat saya ulaskan kerana saya kurang mahir untuk bercakap mengenai personaliti ini. Sekian terima kasih

sumber

A131746 Lee Weng Hoong LJ05 Personality Gets You The Heart

Salam sejahtera.

 

This is my last journal for ZT2253 Pengurusan Emosi. As usual, I attended the lecture on 24th August 2011. The teaching method this time was entirely different and to me, was very interesting. I really thank and appreciate our lecturer's effort on making the lecture such interesting and interactive for us the students.

 

We were showed 2 videos, one entitled 'Childhood Experience' and another about type A and B personality. For the first video 'Childhood Experience', we were asked to relate it to psychoanalytic theories. Psychoanalytic theories are different from other cognitively or physiologically oriented theories in the sense that the psychoanalytic theories suggest that emotional experiences are of unconscious nature. On the other hand, emotional experiences, according to cognitively or physiologically oriented theories, are elements that will influence a person's behavior under one's conscious mind. In the video, the creator of the video started to lose faith in his childhood perception towards the outside world at one point in his grown-up life. Perhaps, that time was a period filled with overwhelming challenges for this video creator. However, he soon regained his faith on his childhood experiences. After a struggle, he eventually believed back in what he had believed in since childhood, and those beliefs were exactly part of this video creator's childhood experience. Relating to the psychoanalytic theories in this case, I believe that the childhood perception that had long been shaped in this creator's mind still played a dominant role in influencing his behavior when he grew up. Although there were some doubts and uncertainties towards this perception, those negative thoughts were eventually overridden by a positive childhood experience that resided long in his mind and unconsciously influence the creator's behavior. And this childhood experience was what shaped the childhood perception towards the world. Personally, both theories make sense. I believe those theories may not be mutually exclusive. They may co-exist and influence people's behavior depending on which is more dominant.

 

Done with video on 'Childhood Experience', we proceed to personality type. Type A people eat quickly, get up early, and are always in a hurry. They are impatient, organized, and a perfectionist. They frequently check the clock, drive faster than normal and more impatiently, and they are competitive. On the other hand, type B people have calm activities, drive at speed limit or even less. They are easy going, patient, eat slowly and do not rush or worry. These people speak slowly, always relaxed and have a pleasant existence. People with type A personality is at higher risk of heart diseases. These people should really sit back, relax and learn from the type B people how to enjoy life. For me, in some situations I resemble a type A person, in others I show type B traits, surprisingly. Honestly, if you ask me, I have very little idea on which type of person I am. But during the class when Dr. Zamri asked us which type of person we are, I chose type A. I believe what matters most is not being able to differentiate whether you are type A or type B, but rather being able to differentiate the times when you are stressed and learn to relax and take a break at those times.

 

Next is about the MBTI cognitive style inventory. I searched from the Internet and came to know that MBTI actually stands for Myers-Briggs Type Indicator. In this test, we need to determine between extraversion or introversion; sensing or intuition; thinking or feeling; and judgement or perception. For the first one (extraversion or introversion), I was more to extraverted. I enjoy socializing and interacting with people. I can be very talkative at times. However, in some situations I do tend to be introverted. Personally, it depends not only on our personality, but also on the context and situation we are in to be either extraverted or introverted. On the second comparison (sensing or intuitive), this pair of comparison is about information-gathering function. I am more to sensing, meaning that I tend to believe information that is concrete and well-supported by fact. Those who prefer intuition tend to trust information that is more abstract or theoretical and that can be associated with other information. The third pair (thinking and feeling) is about the decision-making function. I am the feeling type. When making a decision, I usually consider other people's feelings intuitively. However, this does not mean a bad decision making as both thinking and feeling style of decision-making is based on a rational mind. To integrate all four pairs of comparion, I am the ESFJ type of people. This test is quite accurate as the interpretations actually fit me quite well. I am the caregivers!

 

The last part of the class was on Big Five Personality Test. I got agreeableness for the personality test. Again it is quite right. In summary, this type of people tends to show compassion and cooperation to others. They tend to be friend with others rather than be enemy and go against others. These people also usually possess an optimistic view of human nature and tend to believe others.

 

In summary, this class on different types of personality really opens my eyes on the different types of people out there. We should never expect others to behave and to think as we do. We must not place our standard of doing and thinking on others as well. Once we realize this fact, we will not get angry when others do not conform to our way of doing a thing. What we think is wrong may not be wrong in their eyes. And all these actually boil down to individual personality. Also, I believe we need to learn how to appreciate the diversity of people out there. If not for the different types of characteristics and personalities, the world would not have been as wonderful as it is.

 

Learn to explore about your own personality and bring the best out of this personality of yours. In this world, you are unique just the way you are.

 

To conclude, throughout all these 5 lectures that I have attended, I truly learnt something about emotions and personalities. Hopefully, all of us can apply what we have learnt in our daily life and see the change! Lastly, I would like to convey my thanks to Dr. Zamri for making class ZT such interesting. =)

A131744 AISYATUL NADIAH BT. MOKHTAR ALFAKARI LJ05 - PERSONALITI SAYA

A131744 AISYATUL NADIAH BT. MOKHTAR ALFAKARI LJ05 – PERSONALITI SAYA
 
            Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Dr. Zamri dan rakan-rakan yang sudi membaca jurnal terakhir saya ini iaitu LJ05 yang akan menyentuh tentang personaliti. Pejam celik sekejap sahaja telah sampai ke siri jurnal terakhir bagi Tugasan 1 Kursus ZT2253 – Pengurusan Emosi. Pada minggu lepas, kami diperkenalkan dengan tajuk kuliah berkenaan personaliti. Bagi  saya tajuk ini adalah yang paling menarik berbanding tajuk-tajuk kuliah sebelum ini dan saya yakin juga rakan-rakan yang lain yang hadir pada hari tersebut. Oleh itu, amat rugi bagi mereka yang tidak menghadirkan diri pada kuliah tersebut. Saya peroleh bahawa dari emosi hingga personaliti terdapat banyak teori-teori yang dihasilkan dan dikemukakan.
Permulaan kuliah kami diperdengarkan video bertajuk 'Freedom' dan dr. meminta kami menghayatinya kerana perkaitannya dengan kuliah pada hari tersebut. Video tersebut berkenaan dengan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestine. Saya tidak sanggup melihat video tersebut kerana lahir perasaan yang amat geram dan sedih terhadap penderitaan yang mereka alami kerana ketamakan dan kepentingan diri manusia yang tidak berperikemanusiaan tetapi saya mula berasa amat bersyukur dengan kehidupan saya sekarang yang mempunyai keluarga dan tidak perlu sentiasa mendengar letupan dan dalam keadaan berhati-hati. Ibu, bapa, adik-beradik dan saudara-mara yang sentiasa di sisi. Tiada tangisan pilu.  Saya tidak pasti bagaimana mengaitkan video tersebut dengan Teori Psikoanalisis. Hal ini kerana melalui nota kuliah yang saya baca, ia menyatakan teori ini menekankan pengalaman emosi itu berlaku secara kita tidak sedar dan ia lebih mengutamakan kepada emosi negatif seperti bimbang dan marah tetapi berlaku tanpa sebab. Bukankah menonton video tersebut menjadi sebab kepada lahirnya emosi tersebut. Adakah yang dimaksudkan lahirnya marah tersebut ialah semula jadi dan mempengaruhi tingkah laku.
Video seterusnya tentang personaliti jenis A and B. Saya mengkategorikan diri ini tengah-tengah antara dua jenis tersebut. Terdapat sikap saya yang dinyatakan dalam ciri-ciri A seperti seorang sempurna, tidak sabar, hendak cepat, tersusun dan bersaing manakala bagi jenis B hanya ada satu ciri sahaja yang berkaitan iaitu saya seorang yang makan perlahan tetapi kadang-kadang rakan saya mengatakan saya makan laju. Oleh itu, kebanyakan sikap saya menunjukkan lebih ke arah personaliti jenis A. Orang A ini kerap dikaitkan mengalami tahap stress tinggi yang boleh membawa pada risiko sakit jantung. Saya hendak ubah tetapi sikap tersebut berlaku tanpa sedar dan percaya berlaku kerana pengaruh peristiwa-peristiwa lampau. Sikap-sikap tersebut membentuk personaliti saya sendiri.
Kemudiannya, kami diminta menjawab soalan-soalan berkaitan 2 ujian personaliti iaitu MBTI dan TBF. Bagi ujian MBTI, kami diharuskan menjawab 4 bahagian soalan. Setiap bahagian terdiri daripada 2 ciri yang harus dipilih iaitu yang paling mendekati ciri diri sendiri. Contohnya bahagian 1, antara 'extraverted' dan 'introverted'. Bagi saya, diri lebih menyerupai ciri-ciri 'introverted' walaupun terdapat 1 ciri 'extraverted' mengenai diri saya iaitu saya seorang yang bertindak dahulu baru berfikir atau bermuhasabah kemudiannya. Kerap perkara seperti berlaku kepada saya. Saya sentiasa bertindak melulu tanpa berfikir secara mendalam sama ada betul dan terbaik atau sebaliknya. Oleh itu, ramai menyatakan melakukan kesilapan itu kadang-kadang mengajar kita menjadi seorang yang lebih matang terutamanya dalam menyelesaikan masalah. Saya mempunyai ciri-ciri 'introverted' iaitu memerlukan sentiasa masa untuk bersendirian, saya lebih minat hubungan secara 'one-to-one'  begitu juga dari segi komunikasi. Bagi bahagian 2 pula antara 'sensing' dan 'intuitive' dan saya memilih 'sensing' sebagai ciri yang sepadan dengan diri saya iaitu saya mudah mengingati peristiwa-peristiwa mahupun fakta-fakta. Bukan terlalu detail tetapi saya lebih mudah mengingati wajah-wajah yang berada di sekeliling saya ketika itu. Saya sangat tidak suka meneka sekiranya faktanya masih tidak jelas.
Seterusnya bahagian 3 pula antara 'thinking' dan 'feeling'. Berbanding berfikir, saya lebih kepada rasa iaitu saya lebih memikirkan perasaan orang lain berbanding diri sendiri sebab seperti yang saya pernah katakan bahawa saya benci pada bergaduh. Saya rasa setiap perbincangan terutamanya bagi menyelesaikan masalah dapat diselesaikan tanpa konflik sekiranya setiap orang bekerjasama. Sensitif ialah sikap paling tidak boleh diubah pada sesiapa. Bahagian terakhir ialah antara 'judging' dan 'perceiving'. Pada bahagian ini saya tidak pasti yang mana lebih menyerupai diri sendiri dari nama sahaja saya ingat diri ini dalam kategori  'perceiving' tapi setelah menjawab soalan kebanyakannya pada 'judging' iaitu saya selalu lebih fokus pada 1 kerja dan menyiapkannya terlebih dulu sebelum mula pada yang baru tetapi saya bukan seorang yang tidak stress sekiranya bekerja 'last minute' seperti yang dikatakan dalam ciri-ciri 'judging'.
 Setelah menjawab soalan-soalan tersebut maka terbentuk 4 huruf iaitu ISFJ yang berdasarkan MBTI ini mewakili personaliti saya sorang Pembela atau Pemelihara. MBTI mengatakan bahawa saya seorang  bertanggungjawab terhadap setiap yang ditugaskan kepada saya waktu sekarang dan saya amat mementingkan orang lain terutama memerlukan bantuan. Ia juga menyatakan bahawa ISFJ merupakan teratur, mengambil berat dan berdikari dalam setiap dilakukan. Memang ciri-ciri yang dinyatakan tidak semua mengenai diri saya tetapi kebanyakan serupa. Saya seorang yang amat serius terhadap kerja yang perlu dilaksanakan sebab itu kadang-kadang orang takut dengan saya. Seterusnya ialah kami perlu menjawab soalan-soalan berkenaan ujian personaliti TBF ( Theory Big Five). Ujian tersebut memerlukan kami menjawab 5 bahagian yang setiap bahagian mempunyai soalan-soalan tersendiri dan juga diwakili satu personaliti. Bahagian yang mempunyai markah tertinggi mewakili personaliti diri. Contohnya bahagian A  mewakili personaliti keterbukaan, bahagian B pula berhemat, bahagian C bagi personaliti 'extraversion', bahagian D kepada orang mengenangkan dan bahagian E merujuk kepada mereka yang mempunyai emosi tidak stabil atau nama lain 'neuroticism'.
Saya mendapat bahagian E markah tertinggi yang merujuk diri saya seorang yang 'neuroticism' Saya bersetuju dengan ujian ini kerana berdasarkan penerangan bagi personaliti ini banyak dapat dikaitkan dengan saya. Saya sedar bahawa personaliti diri saya lebih bersikap negatif. Mungkin sebab saya sensitif menjadikan saya seorang mudah mengalami perubahan mood. Selain itu, saya paling tidak suka diganggu terutamanya pada waktu malam dan bersendirian. Semasa saya tidur, saya sangat sensitif pada sebarang bunyi yang mengganggu saya terutamanya sekiranya ketika itu saya tidur lewat. Pasti keesokannya saya akan menjadi 'bad mood'. Senyum tidak dan rasa macam hendak marah sahaja. Selain itu, saya jenis pelupa dan sentiasa akan lupa setelah meletakkan barang di suatu tempat. Kemudian saya akan cepat menggelabah sekiranya tidak dapat mencarinya. Berdasarkan penerangan diberikan, yang tidak ada pada diri saya ialah apabila beremosi negatif selalunya tidak berlaku dalam jangka masa panjang cuma saya jenis tidak mudah melupakan walaupun setelah dimaafkan.
Saya mudah membayangkan sesuatu walaupun kadang-kadang rakan lain agak sukat menggambarkan apa yang saya boleh gambarkan. Mungkin kerana saya suka menonton banyak cerita dan movie. Saya suka pada corak yang abstrak. Abstrak merupakan perkara yang menarik dan cantik bagi saya. Saya tidak menyukai menyelerakkan barang kerana merimaskan dan memeningkan kepala. Saya mempunyai rakan sedemikian. Memang rasa hendak lemas dan saya tertanya bagaimana dia boleh secara begitu. Penuh satu meja buku-buku. Saya jenis orang yang akan menyusun barang secara teratur agar mudah bagi saya mencapai dan mengelakkan terlupa kedudukannya tetapi saya tidak suka mengikut peraturan. Saya suka membuat perkara mengikut kehendak sendiri tanpa melibatkan atau menyusahkan orang lain. Personaliti 'extraversion' paling tidak sesuai dengan saya. Hal ini kerana saya seorang pendiam dan hanya aktif setelah diaktifkan oleh benda lain. Saya amat kekok sekiranya bersama orang yang lebih tua dari saya. Saya hanya bercakap banyak dengan mereka saya sangat kenali dan terus terang saya katakan bahawa saya seorang yang banyak cakap.
  Apabila mereka mengatakan diri seorang sensitif mungkin saya boleh katakan mereka seorang yang berhati lembut. Sukar menerima sebarang tingkah laku atau perkataan yang negatif. Saya amat benci sekiranya saya bercakap orang yang mendengar tersebut tidak layan atau buat kerja lain. Ini menjadikan saya seorang yang tidak suka di'isolate'kan. Saya yakin tidak sesiapa pun suka. Emak saya selalu kata bahawa kelemahan saya ialah saya mudah simpati kepada orang lain. Simpati itu satu ciri yang bagus tetapi saya ini terlebih sehingga mudah di tipu oleh orang lain. Banyak kali berlaku kepada saya terutamanya dilakukan oleh sahabat yang sangat saya percayai dan sayangi. Perkara tersebut menjadikan saya takut untuk menjalinkan hubungan erat dengan rakan-rakan lain. Kesimpulannya, ujian-ujian yang dilakukan tidak semestinya tetap menggambarkan seseorang. Ia sekadar bagi pendapat saya bertujuan untuk kita memahami sikap manusia itu sendiri.