Salam satu Malaysia saya tujukan kepada Dr.Zamri dan rakan-rakan pembaca jurnal sekalian. Ini merupakan jurnal penulisan saya yang ketiga menerusi kursus pengurusan emosi.Kuliah tajuk ketiga iaitu pada 10 Ogos 2011 berlangsung seperti biasa pada pukul 2 petang. Dr telah memulakan kelas dengan beberapa buah video menarik yang dihubungkaitkan dengan tajuk perkuliahan iaitu "Emosi Negatif meliputi takut,malu,sedih dan marah." Kemudian Dr.Zamri menerangkan emosi takut atau fear. Berdasarkan penerangan Dr.Zamri, takut merupakan emosi yang muncul apabila kita berada di situasi yang bahaya atau kerisauan. Ketakutan itu muncul supaya kita bertindak balas untuk menyelamatkan diri sendiri daripada situasi bahaya.Simptom-simptom emosi takut boleh dibahagikan kepada fisiologikal atau somatik. Contohnya, ketegangan otot, jantung berdebar-debar, tekanan darah meningkat, bernafas dengan cepat, mulut kering, berpeluh dan bergetar. Terdapat juga simtom emosional. Sebagai contoh, ketakutan, gelisah, berasa seperti diawasi oleh seseorang. Yang ketiga, simptom kognitif. Contohnya termasuklah kekhuatiran yang tidak realistik bahawa sesuatu yang buruk akan terjadi, sukar untuk menumpukan perhatian, ketakutan yang tidak terkawal, keberwaspadaan yang berlebihan. Simptom keempat ialah simptom dari segi tingkah laku. Sebagai contoh, agresif, terpaku, melarikan diri, mengelak tidak dapat berbicara dan bergerak, ketidakmampuan secara kognitif yang kompleks. Ketakutan ini adalah emosi negatif kerana kadang kala ianya akan menghalangkan kita daripda mencuba sesuatu yang baru kerana kita takut akan risikonya dan kegagalan. Emosi takut biasanya akan secara automatik diterjemahkan pada mimik muka seseorang itu. Misalnya ialah dengan adanya tanda-tanda seseorang itu kelihatan dalam ketakutan seperti anak mata akan mengembang seterusnya bibir atas akan naik ke atas kening akan ke dalam dan bibir akan tertarik secara melintang.
Seterusnya emosi malu adalah satu emosi yang kurang selesa yang dihadapi apabila seseorang itu melakukan atau telah melakukan sesuatu yang tidak dapat diterima secara sosial ataupun professional.Setahu saya selama ini perasaan malu lahir secara semula jadi kerana persekitaran yang mengawalnya sebagai contoh seseorang itu malu apabila kena disoal di depan ramai oaring, selain itu malu untuk menampilkan diri dalam kalangan orang ramai.Tahap malu yang paling teruk akan berlaku apabila perbuatan seseorang itu akan menyebabkan dia kehilangan maruah.Malah, terdapat dua jenis perasaan malu iaitu personal dan professional. Contoh malu yang bersifat personal termasuk apabila perhatian orang lain bertumpu pada hal-hal peribadi seperti kesilapan diri dalam kelakuan seharian. Apabila kami berasa malu, emosi itu sering diiringi dengan pelbagai reaksi seperti tersipu-sipu, berpeluh, gelisah, atau tergagap-gagap. Satu lagi ialah malu profesional. Hal ini demikian akan melibatkan urusan yang berkaitan dengan kerja rasmi atau tempat kerja, hal kewangan, atau nyawa orang. Kita malu sebab tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
Selain itu, perasaan sedih pula dimaksudkan sebagai perasaan yang menggambarkan kekurangan atau kehilangan.Jika perasaan ini mendominasi diri kita,ianya boleh membawa kemurungan dan seterusnya mampu mumukat seseorang itu untuk malakukan perkara yang tidak diterima agama seperti membunuh diri.Kebiasaanya,jika seseorang itu dalam keadaan sedih,seseorang itu mula mengasingkan diri dan mula menjadi pendiam, nampak kurang bertenaga dan selalu suka untuk bersendirian.Menurut kajian Forgas,orang yang gembira akan lebih mudah menyerap sesuatu informasi atau pengetahuan barbanding dengan orang yang sedih.Hal ini boleh dikaitkan dalam kehidupan seorang pelajar di mana setiap pelajar sentiasa rasa gembira jika mahukan ilmu yang dipelajarinya menjadi senang untuk difahami dan mudah untuk diingati. Sesebuah lagu itu boleh menyampaikan banyak mesej, di antaranya termasuklah emosi sedih. Untuk memberi impresion sedih, biasanya lirik itu menggambarkan situasi yang sedih. Contoh-contohnya termasuk 'alangkah sedihnya hatiku, luka meliputi…' dan sebagainya. Emosi sedih itu adalah sesuatu emosi yang menggambarkan perasaan kerugian atau kehilangan. Jika situasi itu serius, ia boleh membawa kesan negatif yang serius. Emosi ini boleh membawa kepada kemurunga. Apabila kami dalam keadaan sedih,seseorang itu bia akan menjadi pendiam, tidak bersemangat dalam melakukan sesuatu aktiviti, dan suka berada secara diri sendiri sahaja. Dia mungkin tiada niat untuk keluar dan menjadi aktif, lagi niat untuk berinteraksi dengan orang lain. Bagaimana kami boleh mengesan tanda-tanda sedih? Seseorang itu biasanya tunduk kepala mereka, mempunyai lambat dan lemah aktiviti fizikal. Sedih ini dianggap sebagai emosi yang bertentangan dengan gembira. Kata lain yang boleh digunakan termasuk sayu, murung, muram dan lain-lain. Suatu persoalan yang menarik telah ditanya, adakah lelaki boleh menangis? Menurut kata doctor, semua orang memounyai emosi oleh itu bukan salah untuk menangis. Menurut kajian Forgas 1992 dan 1994, orang yang sedih biasanya proses maklumat dengan lebih perlahan dan kurang tepat berbanding dengan orang yang gembira. Mereka juga memerlukan mood yang baik untuk menjalankan kerja dengan efektif. Kajian juga menunjukkan kesan Halo effect, iaitu apabila orang mengenal pasti emosi yang diekspresi, mereka akan membawa lebih watak dan ciri yang berkaitan dalam emosi tersebut. Contohnya, orang yang sentiasa bergembira mempunyai sifat penyayang. Orang yang selalu bersedih, lemah dan kurang upaya untuk melakukan sesuatutugasan. Seseorang yang marah dilihat sebagai berkuasa.
Marah juga merupakan suatu emosi negatif. Ia merupakan suatu respons fisiologikal terhadap keadaan sakit, distress, ugutan dan sebagainya. Ugut itu boleh yang benar, berbincang atau imaginasi. Ia boleh diekspresikan secara pasif atau aktif. Secara aktifnya merupakan dengan serangan fizikal atau verbal. Marah yang pasif biasa ditunjuk sebagai merajuk, tension dan lain-lain. Marah dialami hasil daripada rasa empati. Contohnya marah kalau orang lain telah dizalimi. Kemarahan seseorang boleh menjadi lebih besar jika dia berpendapat bahawa kasakitan itu dilakukan secara sengaja.
Seterusnya, Dr.Zamri telah membentangkan kuliah 'Teori Aras Adaptasi' kepada kami.Mengikut teori ini, kita bertindak balas kepada stimuli berdasarkan tahap adaptasi kami.Setiap orang akan menjalin satu adaptasi terhadap apa-apa jua stimuli secara automatic.Kalau seseorang hendaklah gembira,dia memerlukan stimuli yang lebih tinggi daripada aras adaptasinya. Selepas itu, Dr. Zamri menyampaikan kuliah seterusnya yang bertajuk "Teori Solomon". Teori Solomon merupakan teori ubahsuaian daripada teori adaptasi. Setiap emosi akan menyebabkan emosi yang bertentangan berlaku. Emosi yang bertentangan akan ditahan oleh emosi yang sedang kita berasa. Sesuatu perkara akan mencetuskan emosi pertama dan emosi bertentangan pada satu orang.Makin emosi pertama dirasai, makin kurang emosi bertentangan ditahan. Maksudnya, lama kemudian, emosi bertentangan akan dirasai oleh orang tersebut dan emosi pertama akan hilang atau menjadi lemah dirasai. Contohnya, pada mulanya skydriver berasa lebih takut daripada keseronokan, tapi lama-kelaman, mereka akan berasa keseronokan lebih daripada perasaan takut.
Secara kesimpulannya,dalam kuliah ini saya telah berjaya memetik info-info mengenai emosi negatif,teori aras adaptasi dan juga teori Solomon yang turut penting dalam kehidupan kita. Kesemua ini telah menjelaskan kepada saya bahawa mengapakah sesuatu perasaan akan hilang mengikut masa. Dengan adanya adaptasi, orang yang sedih kerana kehilangan orang yang disayangi dapat sembuh daripada perasaan sedih. Namun, dengan wujudnya adaptasi, orang yang berbudi kepada kita, mudah kita lupakan dan apabila orang lain membantu kita, kita mungkin akan rasa pertolongannya hanyalah perkara remeh temeh kerana kita sudah sering kali ditolong orang.
No comments:
Post a Comment