Wednesday, August 17, 2011

Syazwani Azwa Sulaiman A131368 LJ04

Emotion and motivation go together hand in hand^^     
                Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada Dr. Zamri. Ini merupakan penulisan jurnal saya yang keempat berdasarkan kuliah pada 17 Ogos 2011. Kuliah pada hari tersebut juga merupakan kuliah terpanjang ZT yang pernah diadakan. Hal ini kerana taklimat tentang tugasan berkumpulan menelan masa selama sejam. Berbalik semula pada kuliah, terdapat 2 tajuk yang dibincangkan iaitu emosi dan motivasi;dan teori FKP.
                Tajuk kuliah yang pertama iaitu emosi dan motivasi merupakan kesinambungan daripada kuliah yang lepas juga. Maka saya ingin mengatakan sekali lagi kenyataan terkenal mengenai tajuk ini iaitu "Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi" (Baron & Logan, 1993) dan
"Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional" (Lang et al, 1992). Seperti yang kita sedia maklum emosi terdiri daripada emosi positif dan negatif dan terdapat empat komponen emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan.
Menurut Lang juga emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional . Maka motivasi yang terlahir ini mendorong seseorang melakukan sesuatu. Bagi saya dalam kebanyakan masa, tindakan atau tingkah laku yang akan kita lakukan atau tidak adalah berdasarkan emosi kita. Kita memilih tindakan kita berdasarkan emosi apa yang kita ingin rasai atau berdasarkan emosi apa yang kita ingin hindari. Contohnya, semasa kita kecil atau pelajar apakah yang akan mendorong kita untuk mengangkat tangan semasa guru bertanya? Ianya bergantung pada apa yang kita inginkan the most: Untuk mendapatkan 'pleasure' atau pujian jika menjawab dengan benar atau  untuk menghindari perasaan malu jika menjawab dengan salah. Maka kita dapat lihat bahawa emosi itu memainkan peranan penting dalam kehidupan sehinggalah dalam 'self-improvement'. Dan kebiasaannya orang yang berjaya adalah orang yang tahu mengawal emosi mereka dan menggunakannya untuk kebaikan atau manfaat bagi mereka. Menurut Napolean Hill dalam bukunya yang bertajuk  'Think and Grow Rich', "when emotion and desire are used together , it creates a very powerful manifesting energy. Emotion and motivation energizes your desire and gives it power and momentum. With emotion and motivation, your true power of intent will shine through". Maka apabila kita menggunakannya dengan bijak, emosi dan motivasi boleh menjadi pendorong yang kuat yang menjadi pembantu untuk kita mencapai perkara-perkara besar.
So, it's obvious that emotions are more than just 'fleeting feelings'.
Terdapat tiga teori berkaitan dengan tajuk ini iaitu Teori James-Lange, Cannon's Challenge, dan Teori Two-Factor.
Teori James-Lange:
Satu pengalaman yang mendalam (usus reaksi) dilabel sebagai sebuah keadaan emosi. Kita  mempunyai beberapa reaksi autonomi terhadap rangsangan. Kita memerhatikan sensasi fizikal dan melabelkan mereka sebagai perasaan. Teori ini adalah permulaan tetapi mempunyai banyak masalah:
Respons viscera tidak mungkin berlaku dengan cepat ke akaun emosi secara tiba-tiba.
Beberapa jawapan mendalam tidak diterjemahkan sebagai emosi.
Pada tahun 1924, Marañon melaporkan percubaan di mana subjek yang telah diberikan adrenalina (adrenalin) untuk meningkatkan denyutan nadi mereka,dan lain-lain subjek  berkata bahawa mereka berasa seolah-olah  takut, bukan bahawa mereka takut.
Pelbagai emosi nampaknya banyak yang lebih luas dan lebih kompleks daripada pelbagai tindak usus reaksi.
Teori Cannon-Bard:
Apabila adanya dengan rangsangan, thalamus mengaktifkan kedua-dua tindak balas fisiologi dan tindak balas emosi.  Thalamus serentak member isyarat kepada system saraf autonomi dan korteks serebrum.  Tetapi, selebihnya sisitem limbic kini dikenali untuk memainkan peranan dalam tindak balas emosi. Tindak balas fisiologi dan tindak balas emosi tidak boleh berlaku serentak.
Teori Schachter-Singer ("dua faktor teori" atau teori kognitif-arousal):
Ini adalah asas teori ketawa dalam tin. Rangsangan menyebabkan arousal fisiologi; ini dipertimbangkan dalam isyarat alam sekitar dan sosial. Arousal kemudiannya ditafsirkan sebagai keadaan emosi yang berasaskan kepada isyarat.
Dalam erti kata lain, alam sekitar, terutamanya tingkah laku orang lain digunakan untuk menerangkan keadaa fisiologi.
Peristiwa-peristiwa penting kepada kesejahteraan diri sendiri adalah penting dalam menentukantindak balas emosi. Emosi boleh berlaku tanpa arousal fisiologi. Fakto-faktor fisiologi sahaja contohnya dalam keadaan dadah boleh menyebabkan emosi.

Sekarang, apa itu motivasi? Motivasi ialah penyebab seseorang melakukan sesuatu perkara (Mook, 1996). Dalam teori motivasi, motivasi boleh merupakan faktor luar atau faktor dalam seseorang yang mengubah perlakuan seseorang. Dorongan merupakan keadaan yang memulakan tingkahlaku seseorang. Insentif merupakan faktor  yang melahirkan motif untuk seseorang melakukan sesuatu. Terdapat juga teori-teori seperti teori naluri, teori arousal, teori kemanusiaan dan lain-lain yang mengatakan bahawa motivasi ini adalah secara semula jadi di badan kita dan kita tidak akan sedar tentang kewujudan motivasi itu. Teori naluri mengatakan bahawa motivasi ini datang secara semula jadi seperti motivasi untuk mendapat makanan dan melarikan diri dari kesusahan. Dalam Teori Arousal, arousal merupakan fisiologikal dan psikologikal yang diaktifkan. Dalam teori kemanusiaan, Abraham Maslow menyebut bahawa motif seseorang boleh dibahagi kepada beberapa tahap: keperluan asas, keperluan psikologikal dan keperluan memenuhi sendiri. Jadi pendak katanya emosi yang menekankan arousal seseorang dan motivasi pula menekankan tindakannya.
Maka, "Emotion emphasizes arousal, while motivation emphasizes action.
 
            Tajuk kuliah kedua pula ialah Teori FKP: Teori-Teori Fisiologikal, Kognitif, dan Psikoanalitik. kebanyakan mereka bersetuju tentang beberapa komponen yang menentukan emosi: perasaan subjektif, proses kognitif, arousal fisiologikal, pergerakan badan dan motivasi. Namun begitu masih terdapat perbezaan antara teori-teori berdasarkan kepentingan dan urutan komponen tersebut.
 Dalam fisiologikal teori, emosi merupakan hasilan dari otak serta sistem saraf manusia dan emosi ini dihasilkan berdasar kepada rangsangan. Terdapat tiga teori dalam teori fisiologikal,Teori The James-Lange, Teori The Cannon-Bard, dan Teori Psikobiologikal. Teori James-Lang mengatakan bahawa perubahan fisiologikal dalam badan kita terhadap sesuatu rangsangan akan melahirkan emosi. Sebagai contohnya, apabila kita ternampak ular aktiviti fisiologikal dalam badan kita akan mula berubah seperti bertambah  denyutan jantung dan hormon-hormon dilepaskan ke organ badan kita. Maka  emosi takut dihasilkan. Malangnya teori James-Lang ditentang oleh Walter Cannon berdasarkan tiga alasan: penghasilan emosi dari organ-organ tertentu berdasarkan rangsangan sangat lambat, emosi selalunya berlaku dengan cepat selepas rangsangsan, dan reaksi fisiologikal terlalu lambat untuk menyebabkan reaksi emosi. Oleh itu terhasilnya Teori Cannon–Bard. Teori Cannon-Bard mengatakan bahawa rangsangan akan melahirkan emosi dan selepas itu baru ada reaksi sama ada fizikal ataupun fisiologikal. Teori fisiobiologikal yang diulaskan oleh Jack Panksepp (1982, 1992) mengatakan bahawa terdapat empat emosi asas iaitu ketakutan, kemarahan, kecemasam, dan kejangkaan. Keempat-empat emosi ini boleh berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain. Dalam teori kognitif pula, ahli teori mengatakan bahawa pemikiran itu yang melahirkan emosi. Teori-teori yang mengokong teori kognitif adalah: Schachter's Cognitive Labeling Theory, Misattribution, Transfer of Excitation dan Cognitive Appraisal Theory.
                Teori Schachter  telah mengubah sedikit dengan menambah faktor kognitif ke dalam teori itu. Beliau mengatakan bahawa interpretasi reaksi fisiologikal itu berdasarkan keadaan dan pengalaman dulu (proses kognitif) dan ini akan mendorong kita menghasilkan emosi. Dengan menggunakan contoh yang disebutkan di atas, apabila kita terlihat ular, bukan sahaja badan kita mempunyai perubahan fisiologikal malah minda kita juga akan terfikir tentang kebahayaan ular. Gabungan antara perubahan fisiologikal dan pemikiran kita baru boleh terhasilnya emosi takut. Seterusnya ialah Misattribution yang bermaksud kesilapan dalam menganggap sesuatu yang hasil daripada sesuatu yang lain. Contoh PMS(Premenstrual syndrome). Apabila seseorang perempuan menunjukkan perasaan marah maka kita akan menganggap bahawa dia berada dalam sindrom ini padahal emosi tersebut tidak langsung berkaitan dengan sindrom itu.
                Akhir sekali, suka saya untuk menyatakan sekali lagi sebagaimana jurnal-jurnal penulisan saya yang dahulu iaitu untuk mengawal kehidupan ini maka kita harus pakar atau bijak dalam mengawal emosi kita dahulu. Dan semua ini hanya dapat kita lakukan dengan pengalaman dan ilmu.

A131960 AHMAD AFIF BIN AZZERI EMOSI DAN MOTIVASI BERSAMA MANUSIA

Assalamualaikum, salam palestin, serta salam kamunting. Pada 17/8/11 memandangkan dr zamri datang agak lambat, maka kami diberikan tugasan untuk membincangkan mengenai tajuk kumpulan yang bakal kami  lakukan untuk kajian yang bakal kami lakukan nanti. Kami telah diberi maklumat secara ringkas mengenai kajian tersebut.

Sesudah dr zamri hadir ke kuliah, maka kami semua yang sebelum ini berada dalam kelompok-kelompok kumpulan kecil bersurai untuk memberikan perhatian kepada kuliah yang kami akan dengar daripada dr zamri. Dr zamri pada mula kuliah ini telah menerangkan lagi tentang tajuk-tajuk kajian yang kami akan lakukan ini. Cadangan-cadangan tajuk-tajuk yang diberikan adalah seperti persepsi pelajar-pelajar perubatan terhadap emosi, pendapat pakar psikologi dan lain-lain lagi. Kami kemudian di arahkan untuk mengisi borang mengisi mengenai tajuk kajian yang akan kami lakukan nanti. Kami diberikan lagi taklimat ringkas mengenai cara-cara untuk mengisi borang pendaftaran kumpulan secara padat.

Maka pada pukul 3.40 petang, dr. Pon mula memulakan kuliahnya yang bertajuk emosi dan motivasi. Dr. Mengulas balik berkenaan dengan emosi dan motivasi kerana berliau menyatakan bahawa kuliah ini pernah disentuh dahulu. Seperti biasa, dr melakunkan  bagaimana emosi-emosi adalah berdasarkan perasaan-perasaan tertentu seperti kita gembira kerana kita sayang seseorang, dan kita melahirkan perasaan marah dan tidak suka kerana perasaan benci yang kita ada terhadap seseorang itu. Misalnya saya juga pernah marah kepada seseorang kerana perasaan benci saya kepada dia kerana dia membuatkan saya malu.

Jadi dalam  kuliah ini, kami deberikan pendedahan bagaimana emosi boleh menjadikan sesuatu motivasi pada diri. Motivasi bermaksud factor-faktor luaran dan dalaman yang mebuatkan seseorang mempunyai tingkahlaku tertentu.selain itu, konsep-konsep  yang boleh diaktikan dengan motivasi adalah 'drive' dan 'incentif'. Antara lainnya adalah, konsep-konsep seperti 'instinct' iaitu motif adalah semulajadi dan 'arausal' adalah bermaksud kita didorong untuk mengekalkan aras kebangkitan yang optimum. Melalui pengalaman, saya pernah mendapat motivasi hanya daripada semangat-semangat yang 'arose' ataupun datang dengan tiba-tiba untuk melakukan sesuatu. Seperti yang kita tahu, kita perlu mememuhi tuntutan-tuntutan manusia yang memang ada secara syariatullah ataupun perkara yang telah ditetapkan secara saintifiknya oleh Allah. Dr. Mengerangkan berkenaan dengan 'self-fulufilment needs', 'psychological needs', 'basic needs' yang memang ada dalam diri setiap insane dan perkara-perkara ini memang secara normal nya perlu depenuhi oleh setiap manusia untuk merasai dan mecari makna kehidupan. Dr. Juga ada menerangkan mengenai hubungan emosi dan motivasi , dimana emosi menerangkan tentang 'arousal' iaitu kebangkitan dan motivasi menerangka tentang 'action' atau tindakan kita terhadap emosi tersebut. Jadi sebenarnya emosi dan motivasi ini, memang tidak boleh dipisahkan ibarat irama dan lagu kerana dua perkara ini saling berkaitan antara satu sama lain. Satu tokoh insan yang mempunyai emosi yang sangat stabil dan seterusnya menghasilkan satu aksi atau tindakan yang amat hebat yang dapat saya bawakan di sini adalah Muhammad bin Abdullah ataupun Rasulullah SAW. Jika kita mengkaji sirah Rasulullah iaitu bagaimana cara dan gaya hidup Rasulullah yang hebat kerana baginda di tarbiyyah sendiri oleh Allah SWT. Maka segala tindak tanduk baginda adalah perkara yang patut semua manusia bukan sahaja umat Islam contohi, kerana itulah semua wajar contohi baginda.

Selepas diberikan beberapa minit rehat oleh dr, kami diperdengar lagu yang didendangkan oleh Halim Yazid bertajuk Bangkit asal. Maka lirik lagu tersebut memang meningkatkan motivasi mereka yang memahaminya kerana lagu tersebut didendangkan dalam loghat Kelantan. Namun, dr menunjukkan kepada kami lirik lagu nya supaya kami bagi yang tidak memahami lagu ini dapat faham akan apa yang ingin disampaikan oleh Halim Yazid. Lagu ini sudah lama di hasilkan dan ada seorang rakan saya menyatakan bahawa dia dahulu mendapat motivasi apabila dia diperdengar lagu ini semasa dia kecil dahulu. Seperti saya, saya mendapat motivasi jikalau spesifik kepada lagu, maka lagu yang menaikkan semangat saya menyebabkan saya yang ketika itu dalam keadaan tertekan menjadi gembira dan bersemangat adalah lagu-lagu yang berkaitan dengan Palestine dan umat-umat Islam yang ditindas di seantero dunia. Jika kita mengkaji juga sejarah peperangan-peperangan yang berlaku contohnya ketika salahaddin al-ayyoubi ketika menawan Palestine kembali dan bagaimana Sultan Muhammad Al-fateh yang menawan konstantinople memerlukan motivasi yang tinggi kerana mereka berhadapan dengan tentera-tentera secar fizikalnya tampak hebat dari segi peralatan peperangan, bilangan tentera dan sebagainya. Jadi antara cara yang telah dilakukan oleh salahddin al-ayoubi dan sultan Muhammad Al-fateh adalah dengan mendedangkan nasyid-nasyid yang meningkatkan motivasi-motivasi para tentera Islam yang ketika itu mempunyai emosi yang bercampur baur antara negative dan positif.

Kuliah kemudian diteruskan dengan tajuk yang kedua iaitu berkenaan dengan physiological, cognitive dan psychoanalytical. Dr menerangakn tentang common-sense theory yang mana berbeza dengan James-Lange theory dimana  emosi dan reaksi yang dimanfestasi oleh diri. Cannon-Bard theory pula mengkritik James-Lange theory dimana Walter Cannon menerangkan akan emosi tidak boleh berlaku selepas reaksi tubuh kerana perkara itu bertentangan dengan cara tubuh badan berfungsi secara normal. Cannon-bard theory memberikan contoh seperti apabila kita melihat labah-labah, maka kita akan takut, baru kita akan ada tindakan dalaman yang menyebabkan kita ingin lari dari tempat itu. Kemudian, dr menerangkan mengenai psychobiological theory dimana Jack Panksepp menyatakan bahawa ada 4 emosi asas iaitu takut, geram, panic dan pejangkaan. Beliau menyatakan secara saintifik berkenaan dengan perkara ini, dimana emosi –emosi asas tersebut terjadi kerana system-sistem saraf yang menyebabkan adanya impulse-impulse yang dihasilkan supaya ianya dapat dihantar kepada otak manusia untuk menjadikan sesuatu emosi.  Magda Arnold dan james Averill mengkritik thory yang dibawa oleh jack. Dr akhirnya menambah theory yang seterusnya yang dicadangkan oleh schachter yang dinamakan cognitive theory. Beliau menyatakan akan satu situasi yang dialami manusia mempunyai berlainan reaksi terhadap emosi-emosi tertentu. Schachter's cognitive labelling menerangkan, bahawa, satu perkara, atau situasi menerangkan reaksi yang berlainan dari sudut tahap-tahap emosi tersebut. Contohnya, saya apabila mendapat ipad daripada seseorang secara tiba-tiba pasti akan melonjak kegembiraan dengan teramat sangat namun ada yang bila mendapat ipad, mereka tidaklah segembira bagaimana saya rasa. Misattribution pula bermaksud kesilapan dalam tanggapan. Misalnya seperti dr terangkan perempuan apabila mereka monyok atau sedih atau dalam keadaan emosi yang tidak stabil, kita terus menganggap ianya kerana haid yang wanita itu rasai, tetapi sebenarnya kita selalu silap dalam hal itu. Kami juga telah didedahkan mengenai transfer of excitation dimana dr menyatakan bahawa pelajar sukar untuk membezakan antara perkara ini dan miscommunication. Transfer of excitation bermaksud pindahan emosi. Misalnya saya merasa marah apabila berada di makmal kerana dimarah oleh pensyarah akibat daripada tidak menyiapkan kerja yang diberikan. Maka marah itu saya masih bawa ke kuliah menyebabkan saya tidak melayan sesiapa dalam kuliah itu dan saya tidak dapat fokus kepada pelajaran yang diberikan kerana memikirkan perkara yang saya marah tadi. Akhir sekali, dr memberhentikan kuliah kerana banyak lagi yang perlu di pelajari dan dr tangguh ke minggu hadapan. insyaAllah, minggu hadapan bersama dengan jurnal yang baru pula. Wallhua'alam.

A131547 Amy Khoo Mei Yee LJ04 Emosi Dan Motivasi

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Dr zamri dan rakan-rakan sekalian yang sudi meluangkan masa untuk membaca jurnal saya ini.

Hari ini, 17 Ogos 2011, merupakan kuliah Pengurusan Emosi yang kelima dalam semester ini. Tajuk kuliah pada hari ini ialah Emosi dan Motivasi. Dalam kuliah ini, Dr zamri juga mengulaskan sedikit sebanyak tentang Teori-teori Fisiologikal, Kognitif dan Psikoanalitik. Kuliah ini memerlukan kita fahami kuliah-kuliah sebelum itu sebagai asas untuk kuliah ini, kita pertu tahu tentang apa itu emosi, dan dapat membezakan emosi-emosi positif dan negative.

Istilah emosi mengikut Daniel Goleman (1995), seorang pakar kecerdasa emotional, emosi sebagai satu pegolakan, fikiran, perasaan, nafsu, setiap keadaan mental yang meluap-luap. Secara lanjutnya, emosi merujuk kepada suaty fikiran dan perasaan yang kahs, suatu keadaan yang biologis dan psikologis, dan serangkaian kecenderungan untuk bertindak. Emosi dapat dibahagikan kepada dua, iaitu emosi positif dan emosi negative, seprti yang dipelajari minggu lepas. Untuk motivasi pulak, Mengikut JP Chaplin, motivasi dapat didefinisikan sebagai suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri membangkitkan,  individu, yang dapat mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku ke arah suatu tujuan tertentu. Motivasi berhubungan dengan yang berada di dalam diri (dorongan) manusia.

Terdapat empat komponen dalam emosi, iaitu, perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tingkah laku berkaitan. Oleh itu, Mengikut (Baron & Logan, 1993), emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Hal ini sedemikain kerana emosi seseorang akan menentukan tingkah lakunya, sama ada baik atau buruk. PErkataan yang dihuraikan tadi telah dapat dibuktikan dalam Lang et al, 1992 yang mengatakan emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional. Motivasi dapat dibahagikan kepada dua, pendorong dan bukan pendorong. Contohnya, jika saya gagal dalam peperiksaan, saya akan merasa sedih dan kecewa. Kesedihan dan kekecewaan itulah yang akan mendorong saya untuk elajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Motivasi yang saya mengalami, ialah pendorong. Untuk motivasi bukan pendorong, saya akan berputus asa dan tidak belajar lagi slepas gagal dalam peperiksaan atas kesedihan dan kekecewaaan yang berlebihan.

Mengikut James Lange theory, autonomic system kita akan member respond kepada perbuatan kita (Psychological behaviour). Dalam teori ini, autonomic system kita rangsang emosi, kemudian emosi inilah yang merangsang perbuatan, berlaku secara satu demi satu. Event ==> arousal ==> interpretation ==> emotion. Contohnya, saya  nampak seekor beruang yang amat besar dalam hutan, otot (muscle) saya tense, kemudian kadar degupan jantung menigkat, oleh itu saya takut. Teori ini berbeza dari Cannon's challenge, autonomic system kita merangsangkan emosi dan perbuatan (psychological changes) dalam masa yang sama. Event ==> Simultaneous arousal and emotion. Contohnya, saya Nampak seekor beruang yang amat besar, saya takut, pada masa yang sama,  otot saya tense untuk menyediakan saya larikan diri dari beruang yang menakutkan itu. Terdapat satu teori lagi, iaitu, Two factor theory of emotion yang berkaitan emosi dan motivasi. Teor ini menghuraikan tentang otak kita akan mengintepretkan emosi dan motivasi kita, iaitu, Event ==> arousal ==> reasoning ==> emotion. Kita akan membuat keputusan dan bertindak secara munasabah untuk apa yang sedang berlaku.

Mengikut Bickhard 1997, motivasi merupakan pilihan dan ramalan Sesutu perbuatan yang berkemungkinan berlaku.. Motivasi tidak dapat dilihat bahkan adakalanya tidak dapat disadari. Motivasi yang sama dapat tampil dalam bentuk tingkah laku yang berbeda..Motivasi yang berbeda bisa saja tampil dalam bentuk tingkah laku yang sama.Sebuah tingkah laku bisa dilandasi oleh beberapa motivasi sekaligus. Terdapat beberapa teori dan komponen dalam konsep motivasi ini, iaitu motivasi, drive dan insentif. Motivasi boleh merupakan faktor luar atau faktor dalam seseorang yang mengubah perlakuan seseorang. Drive merupakan komponen luar yanag membawa kepada reaksi yang paling bagus yan bersesuaian, untuk restore heamostasis. Insentif merupakan komponens yang akan mendorong kita ke suatu perbuatan yang berkemungkinan, sama ada baik atau buruk.

Teori yang lain yang berkaitan dengan motivasi ialah Instinct, arousal, humanistic theory, dan unconscious motivation. Homeostasis merujuk pada ketahanan atau mekanisme pengaturan lingkungan keseimbangan dinamis dalam (badan organisme) yang konstan. Homeostasis merupakan salah satu konsep yang paling penting dalam biologi Bidang fisiologi dapat mengklasifkasikan mekanisme homeostasis pengaturan dalam organisme. Umpan balik homeostasis terjadi pada setiap organisme. Dalam konteks incentive pula, insentif akan mepengaruhi suatu keputusan seseorang. Insentif seperti duit, hadiah, reputasi akan membawa seseorang membuat keputusan yang membolehkan dia akan mendapat kesemua insentif itu. Contohnya, kanak-kanak akan belajar secara bersungguh-sungguh untuk mendapat hadiah daripda ibu bapanya. Jadi, insentif- hadiah sudah menjadi motivasi kepada kanak kanak itu untuk belajar. Dalam instinct pula, instinct merupakan sesuata yang berlaku secara semula jadi, tanpa kita sedari. Sebagai contoh, kita tidur karana keletihan, burung membuat sarang tanpa diajari. Kesemua ini berlaku secara semula jadi. Aurosol pulak, ia merupakan sesuatu physiological respond yang membolehkan kita sedar kepada apa yang sedang berlaku, agar kita dapay betindak dengan lebih munasabah dan untuk kebaikan kita. Sifat ingin tahu termasuklah dalam konteks ini juga, kerana sifat ini akan membolehkan kita mengetahui apa yang sedang berlaku secara lebih mendalami, menyedari Sesutu perubahan dan pembaharuan.

Humanistik adalah aliran dalam psikologi yang muncul tahun 1950an sebagai reaksi terhadap behaviorismedan psikolonisme. Aliran ini secara eksplisit memberikan perhatian pada dimensi manusia dari psikologi dan konteks manusia dalam pengembangan teori psikologis. Permasalah ini dirangkum dalam lima postulat Psikologi Humanistik dari James Bugental (1964), sebagai berikut: Manusia tidak bisa direduksi menjadi komponen-komponen., Manusia memiliki konteks yang unik di dalam dirinya, Kesadaran manusia menyertakan kesadaran akan diri dalam konteks orang lain., Manusia mempunyai pilihan-pilihan dan tanggung jawab. Manusia bersifat intensional, mereka mencari makna, nilai, dan memiliki kreativitas Secara konkusinya, emotisi lebih mementingkan arosal manakala motivasi lebih menutamakan perbuatan. Kebiasaannya, emosi akan mempengaruhi perbutan, sama ada baik atau buruk.

Secara izharnya, selepas kuliah ini, saya telah dapat megetahui bahawa Sesuatu emosi akan mempengaruhi perbuatan kita dan memberi motivasi kepada kita. Motivasi bukan sentiasanya menjai pendorong kepada kami. Oleh itu, untuk mencapai secara lebih gemilang, saya seharusnya mempunyai ikap yang baik dan betul untuk menhadapi emosi saya. Biarkan emosi saya menjadi pendorong saya untuk mencapai kejayaan yang lebih dalam kehidupan dan bukanya sebaliknya.

Sekian, terima kasih. 

A131850 Nurul Zahirah Binti Zainal LJ04 Emosi dan Motivasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan-rakan seperjuangan sekalian dan tidak lupa juga kepada pensyarah yang dikasihi iaitu Dr. Zamri. Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana saya masih lagi dalam keadaan sihat walafiat dan masih gagah untuk  meneruskan perjalanan hidup ini sebagai seorang hamba Allah swt, seorang anak kepada ibu bapa saya dan pelajar kepada pensyarah-pensyarah saya. Tidak mahu panjangkan cerita lagi, saya ingin teruskan dengan penulisan jurnal saya ini. Kuliah pada hari ini adalah bertajuk Emosi dan Motivasi. Kuliah ini disertakan dengan video yang sangat menyentuh hati. Tiada kuiz diadakan kerana kesuntukan masa. Hal ini disebabkan oleh  Dr. Zamri sendiri dimana beliau menghadiri ke kuliah agak lewat kerana kesesakan lalu lintas.

Baiklah, pelajaran yang saya dapat hari ini adalah pengertian emosi. Kedua, hubungan antara emosi dengan motivasi. Emosi adalah sesuatu respon ( fikiran atau perasaan) terhadap sesuatu peransang yang menyebabkan perubahan fisiologi pada diri seseorang. Emosi ini boleh dibahagikan kepada emosi positif seperti gembira, bahagia, sayang, dan cinta atau pun emosi negatif seperti sedih,marah dan malu. Motivasi pula bermakna sesuatu yang mempengaruhi, menggerak, dan mengarahtuju seseorang dalam tindakannya sama ada secara negative atau positif.

Terdapat empat komponen dalam perkataan emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tingkahlaku berkaitan. Namun begitu, emosi tidak boleh dipisahkan dengan motivasi kerana emosi sendiri boleh menjadi sebagai motivasi kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perkara dan motivasi itu pun boleh bertukar menjadi emosional. Contoh yang boleh saya bagi adalah berkenaan dengan motif pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya. Pembunuhan keatasnya adalah disebabkan oleh konflik perniagaan yang membawa kepada emosi marah, geram, dan dendam. Emosi-emosi negatif inilah yang mendorong dan menggerakkan seorang pembunuh itu untuk bertindak membunuh Datuk Sosilawati Lawiya.  Selain itu, emosi positif seperti cinta juga dapat mempengaruhi seseorang itu untuk bertindak melakukan sesuatu. Contohnya, sekiranya saya merindui kucing saya di kampung, saya akan mengambil telefon bimbit saya dan melihat aksi-aksi dan gelagat kucing-kucing saya dalam video yang telah saya rakamkan ketika saya di kampung dulu. Tindakan ini dapat membantu saya untuk melepaskan rindu saya pada kucing-kucing saya.

Namun begitu, tidak semua pendorong adalah berasaskan dari emosi. Ada yang mendorong seseorang  untulk bertindak adalah disebabkan keadaan sekeliling. Mungkin bagi pelajar yang berasal dari keluarga yang susah akan lebih terdorong untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan. Bagi golongan seperti  ini, kejayaan mampu memberi kesenangan dan kebahagiaan buat diri dan keluarganya. Saya teringat akan nasib ayah saya dan keluarganya sebelum dia mula berumah tangga. Ayah saya datang dari keluarga yang susah. Maka segala benda sukar baginya untuk dicapai. Mungkin anda semua boleh bayangkan bagaimana kehidupan orang yang susah dan hidup dalam kemiskinan. Kalau tiap-tiap hari ikan masin dan nasi campur kicap, telur mata lembu pun perlu dibahagi empat adik beradik apatah lagi kalau mahu bercakap tentang perbelanjaannya untuk sekolah. Sewaktu ayah saya dalam zaman persekolahan, sukar baginya untuk menuntut ilmu kerana masalah kewangan. Untungnya ada abang sulung yang sanggup berkorban untuk membiayai persekolahan ayah saya sampailah ayah saya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Master. Kini, ayah saya pun telah menjadi seorang pensyarah yang berjaya.Walaupun sangat sedih dan pilu apabila ayah saya menceritakannya kepada saya, cerita inilah, keadaan seperti inilah yang mendorong saya juga untuk belajar bersungguh-sungguh. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh ayah saya juga telah memotivasikan saya untuk mencari kejayaan dalam hidup ini.

Dalam kuliah hari ini, Dr. Zamri telah menerangkan tentang Teori James Lange. Teori ini menunjukkan hubungkait antara peransang (stimulus) yang menjadikan seseorang itu mengalami perubahan fisiologi dan kebangkitan dan terus kepada perubahan emosi. Contohnya, seorang gadis ternampak seorang lelaki misteri di kawasan letak kereta. Lalu si gadis itu lari dan membuatkannya menjadi lebih takut. Manakala Teori Cannon's Challenge pula berkata, kesedaran emosi dan perubahan kesedaran fisiologi berlaku dengan serentak setelah mendapat peransang.

Saya juga ada belajar mengenai kebangkitan (arousal) dimana ia melibatkan perubahan riak wajah dan perubahan badan, otak, perasaan, dan keupayaan terhadap sesuatu tindakan. Hal ini bermaksud emosi boleh bertindak sebagai respon badan terhadap sesuatu kejadian dan menjadi satu alat untuk berkomunikasi dengan orang lain. Emosi menyebabkan kita bergerak, mengambil keputusan atau tindakan, dan mengadaptasikan diri dengan persekitaran. Arousal adalah keadaan psikologi dan fisiologi untuk sentiasa dalam keadaan sedar.

Abraham Maslow berpendapat motif terbahagi kepada beberapa tingkat bermula dari keperluan asas ke keperluan psikologi hinggalah ke keperluan untuk kepuasan.

Keperluan asas merangkumi fisiologi (makan,minum, dan rehat) serta keselematan( jagaan dan keselamatan). Keperluan asas ini amat penting kerana tanpa keperluan asas ini, kita tidak mampu untuk bertahan sepanjang kehidupan ini. Kita perlu menjaga makan dan minum kita. Maksud saya, kita haruslah mengambil pemakanan yang seimbang,minum yang cukup dengan sekurang-kurangnya  8 gelas air mineral sehari. Selain itu, kita perlu menggunakan masa untuk tidur yang secukupnya. Tidurlah mengikut waktu yang betul. Rehat dan makan yang secukupnya dapat member tenaga untuk kita dalam melakukan kerja seharian. Saya sebagai seorang pelajar akan memastikan bahawa diri saya telah mengambil makanan yang secukupnya dan seimbang serta tidur yang cukup supaya diri saya ada tenaga untuk belajar dan mengelak diri dari tertidur sewaktu kuliah.

 Keperluan psikologikal pula terbahagi kepada rasa kepunyaan dan kasih sayang. Ertinya, seseorang merasakan dia memerlukan seorang kawan dan mungkin juga ingin mencintai dan dicintai. Saya juga akan pastikan bahawa saya mempunyai hubungan yang erat dan baik antara saya dengan rakan-rakan saya.  Saya akan menyayangi dan menjaga rakan-rakan yang saya kenal. Satu lagi adalah keyakinan diri seperti mencapai kejayaan atau kemajuan.  Kejayaan amat penting bagi saya kerana kejayaan menentukan samaada kita belajar atau tidak. Maksud saya, tidak semestinya untuk mencapai kejayaan, kita perlulah mendapat segulung ijazah. Apa yang dimaksudkan adalah cara kita aplikasikan apa yang kita belajar dalam kehidupan seharian dan bagaimana tindakan kita itu memberi kesan dari semua aspek. Kejayaan bagi saya bermaksud ,bagaimana kita belajar dari kesilapan. Kita tahu di mana silap kita dan cuba untuk memperbaikinya. Itulah kejayaan.  Bak kata pepatah, sekiranya hari ini hari yang baik, jadikan esok pula hari yang lebih baik dari hari ini'. Bermakna, mestilah melakukan perubahan, kebaikan dan kejayaan. Bukannya, menunggu kita tamat pengajian selama 5 tahun dan mendapat segulung ijazah baru dikira mencapai kejayaan.Impaknya,apabila berjaya, seorang individu itu akan berasa lebih yakin terhadap kemampuan diri sendiri dan akan cuba yang terbaik lagi

Bagi kerperluan untuk kepuasan pula, seseorang itu akan melakukan apa-apa perkara  saja bagi memuaskan hatinya. Contohnya,sekiranya seseorang itu mahukan keseronokan seperti pergi membeli-belah atau melancong, si dia akan mendapat kepuasan.

Kesimpulan dari apa yang telah saya pelajari, emosi terbahagi kepada emosi positif dan emosi negatif. Terdapat empat komponen yang menerangkan emosi ini. Emosi juga dapat dikaitkan dengan motivasi. Motivasi adalah pendorong kepada seorang individu untuk bertindak. Maka, emosi menerangkan kebangkitan seseorang. Manakala, motivasi menerangkan tindakan seseoranng.

A131708 Janis Lioh Kee Ying LJ04

Selamat sejahtera saya ucapkan. Ini merupakan jurnal keempat saya bagi tugasan satu kursus Pengurusan Emosi. Dr Zamri memulakan kelas pada pukul 3 petang dan menerangkan serba sedikit tentang tugasan kumpulan. Beliau juga menayangkan sebuah video muzik yang lirik lagunya menggunakan loghat Kelantan. Selepas itu, Dr Zamri pun memulakan kuliah. Tajuk bagi kuliah hari ini ialah 'Emosi dan Motivasi'. Teori-teori Fisiologikal, Kognitif dan Psikoanalitik juga diterangkan.

Dalam kuliah ini, kami mempelajari beberapa topik yang berhubung kait dengan topik-topik yang kami pernahnpelajari dalam kuliah sebelum. Apakah itu motivasi dan kaitannya dengan emosi? Emosi merangkumi makna yang lebih luas berbanding perasaan, kita boleh membahagikan emosi kepada dua kategori, emosi positif dan emosi negatif. Emosi neutral tidak wujud. Emosi yang dipaparkan dalam manusia termasuklah empat komponen yang penting, iaitu,  perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku yang berkaitan.

Di sebalik itu, motivasi pula dikaitkan dengan kajian atau pembelajaran tentang pelbagai aspek tingkah laku. Atau dalam Bahasa Inggeris, 'the study of directional and energizing aspects of behaviours'. Motivasi sebenarnya bermaksud sesuatu yang akan memberi arah tuju dalam tindakan seseorang sama ada secara positif ataupun negatif. Menurut Baron & Logan (1993), emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Selain daripada itu, emosi juga berperanan sebagai satu motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Pendapat ini diutarakan oleh Lang et al pada tahun 1992. Contoh emosi sebagai motivasi yang benar-benar berlaku pada saya ialah semasa peperiksaan menjelang, saya akan mengulang kaji dengan lebih berusaha gigih kerana saya bimbang akan gagal. Untuk mengelakkan daripada gagal dalam peperiksaan, emosi bimbang dan takut ini memotivasikan saya supaya mengulang kaji dengan lebih berusaha.

Beberapa teori seperti Teori James-Lange, Cannon's Challenge, dan Teori Two-Factor telah diperkenalkan oleh Dr Zamri. Dalam teori-teori yang dibincangkan, kebanyakan falsafahwan bersetuju tentang beberapa komponen yang menentukan emosi: perasaan subjektif, proses kognitif, arousal fisiologikal, pergerakan badan dan motivasi. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan antara teori-teori berdasarkan kepentingan dan urutan komponen tersebut.

Teori James-Lang merupakan teori psikologi yang paling bersejarah dan paling lama digunakan. Teori James-Lang dihasilkan oleh Willian James (1884) dan disokong oleh Carl Lange (1887). Teori ini mengatakan bahawa perubahan fisiologikal dalam badan kita terhadap sesuatu rangsangan yang melahirkan emosi. Contohnya, apabila seseorang berjalan di dalam lorong yang gelap. Tiba-tiba, satu orang menepuk bahunya. Tepukan pada bahu yang tidak disangka itu merupakan rangsangan 'stimulus'. Orang itu akan terkejut dan aktiviti fisiologikalnya dirangsang dan membawa perubahan seperti denyutan jantung lebih cepat, mengigil dan berpeluh. Orang tersebut juga akan berasa takut atas rangsangan itu lalu berlari dan menjerit sekuat-kuatnya. Fenomena ini disebabkan 'physiological arousal' dan 'conscious emotion'. Dengan contoh ini, kita mengatakan bahawa emosi merupakan reaksi adaptasi yang dilahirkan dari badan kita untuk menyesuaikan diri dalam keadaan. Emosi yang terhasil ini boleh membantu kita berkomunikasi dengan orang lain dan menyediakan diri untuk mengambil tindakan seperti menjerit, melarikan dari, dan sebagainya.

Malangnya teori James-Lang ditentang oleh Walter Cannon berdasarkan tiga sebab, iaitu, penghasilan emosi dari organ-organ tertentu berdasarkan rangsangan adalah sangat lambat, emosi selalunya berlaku dengan cepat selepas rangsangsan, dan reaksi fisiologikal terlalu lambat untuk menghasilkan reaksi emosi. Oleh sebab itu, Teori Cannon–Bard diperkenalkan. Teori Cannon-Bard mengatakan bahawa rangsangan akan melahirkan emosi dan selepas itu baru ada reaksi sama ada fizikal ataupun fisiologikal.

Teori yang seterusnya ialah Teori Fisiobiologikal yang diulaskan oleh Jack Panksepp (1982, 1992) mengatakan bahawa terdapat empat emosi asas iaitu ketakutan, kemarahan, kecemasan, dan kejangkaan. Keempat-empat emosi ini boleh berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain. Namun begitu, teorinya ditentang oleh Magda Arnold (1960) dan James Averill (1982). Manakala dalam Teori Kognitif pula, ahli falsafahwan mengatakan bahawa pemikiran itu yang melahirkan emosi. Teori-teori yang menyokong Teori Kognitif termasuklah Schachter's Cognitive Labeling Theory, Misattribution, Transfer of Excitation dan Cognitive Appraisal Theory.

Dalam Schachter's Cognitive Labeling Theory, ia bersetuju dengan Teori James-Lang secara keseluruhannya tetapi beliau telah mengubah serba sedikit dengan menambahkan faktor kognitif ke dalam teori itu. Schachter berpendapat bahawa interpretasi reaksi fisiologikal itu berdasarkan keadaan dan pengalaman dulu. Ini merupakan proses kognitif dan proses ini akan mendorong kita untuk menghasilkan emosi. Sebagi satu contoh, apabila kita terlihat sesuatu benda atau haiwan seperti lipas atau ular, bukan sahaja badan kita akan mengalami perubahan fisiologikal, malahan minda kita juga akan terfikir tentang kebahayaan yang dibawa oleh objek atau haiwan tersebut. Dengan menggabungkan perubahan fisiologikal dan pemikiran atau minda kita, barulah emosi takut dihasilkan.

Seterusnya, Teori Misattribution diterangkan dalam kuliah. Misattribution membawa maksud kesilapan dalam menganggap sesuatu yang hasil daripada sesuatu yang lain. Contoh yang dibincangkan dalam nota kuliah ialah penganggapan terhadap sindrom premenstrual. Kadang-kala, kita akan tersilap menganggap bahawa seseorang wanita berada dalam sindrom premenstrual ini apabila dia menunjukkan kemarahan dan kemurungan secara tiba-tibanya. Pada halnya, wanita tersebut tidak mempunyai sindrom premenstrual dan emosi yang ditunjukkan oleh wanita tersebut langsung tidak berkaitan dengan sindrom itu.

Selepas itu, Dr Zamri meneruskan kuliah dengan tajuk berkenaan dengan motivasi. Menurut Bickhard, 1997, motivasi adalah satu pemilihan dari aspek proses. Motivasi juga merupakan jangkaan kepada apa yang akan berlaku atau berkemungkinan. Oleh itu, Mook mengatakan bahawa motivasi ialah penyebab seseorang melakukan sesuatu perkara pada tahun 1996. Konsep dan teori motivasi termasuklah motivasi, dorong dan insentif. Motivasi ialah faktor-faktor dalaman dan luaran sesuatu benda hidup yang menyebabkan ia untuk bertingkah laku sebegini pada suatu masa yang tertentu. Manakala, dorongan ialah satu keadaan atau situasi dalaman yang menyebabkan tingkah laku untuk mengurangkan sesuatu kehendak dan memulihkan homeostasis. Insentif pula bermakna faktor dari luar yang 'menolak' atau 'menarik' sesuatu tingkah laku.

Selain itu, teori-teori lain yang berkaitan dengan motivasi diterangkan oleh Dr Zamri. Sebagai contoh, Teori Naluri 'Instinct', Teori Arousal dan Teori Kemanusiaan 'Humanistic' mengatakan bahawa motivasi ini adalah secara semula jadi di badan kita dan kita tidak akan sedar tentang kewujudan motivasi itu. Teori Naluri mengatakan bahawa motivasi ini datang secara semula jadi seperti motivasi untuk mendapat makanan dan melarikan diri dari kesusahan. Dalam Teori Arousal, 'arousal' merupakan fisiologikal dan psikologikal yang diaktifkan. Dalam Teori Kemanusiaan, Abraham Maslow berpendapat bahawa motif seseorang boleh dibahagikan kepada beberapa tahap: keperluan asas, keperluan psikologikal dan kehendak yang memenuhi sendiri. Secara kesimpulannya, emosi lebih menekankan dalam aspek 'arousal' manakala motivasi lebih menekankan dalam tingkah laku seseorang.

Secara kesimpulannya, kita haruslah pandai mengawal emosi kita kerana emosi menjejaskan tingkah laku kita. Sekian, terima kasih.

A131764 Chen Cai Ling LJ04

Pada hari 17 Ogos 2011, iaitu hari Rabu yang lepas, saya telah menghadiri kuliah yang kelima di dewan kuliah satu kampus KL UKM. Pada hari ini, pensyarah telah memberi taklimat yang berkaitan tentang Tugasan 2 Kertas Kerja kepada kami. Sebelum kuliah dimulakan, kami telah diberikan masa untuk berbincang tentang Tugasan 2 Kertas Kerja dengan ahli-ahli kumpulan masing-masing. Tambahan lagi, cara pemarkahan juga diberitahu oleh pensyarah. Ketua akan memberi markah kepada semua ahli dan ahli yang paling cemerlang juga akan dipilih. Cara pemarkahan ini agak istimewa. Sepelas sesi taklimat tugasan 2 kertas kerja, pensyarah pun bermula memberi kuliah hari ini. Sebanyak dua tajuk kuliah telah disampaikan oleh pensyarah pada hari ini.
                Dalam kuliah ini, saya telah mendapat ilmu tentang perkaitan antara emosi dengan motivasi. Emosi boleh diterangkan dengan 'defined by its effective tone. Either positive or negative, never neutral' Maksudnya ialah emosi kami memang adalah sama ada positif ataupun negatif. Sebagai contoh, kami berasa gembira semasa mendapat kejayaan manakala berasa sedih semasa mengalami kekalahan dalam kehidupan. Tetapi, tanpa emosi yang neutral. Biasanya, kami memang akan berasa emosi yang positif atau negatif semasa sesuatu perkara berlaku. Tidak mungkin kami tidak berasa apa-apa kerana setiap orang ada emosi. Selain itu, saya juga telah belajar bahawa emosi terdiri daripada 4 komponen, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan. Oleh itu, kami boleh berpendapat bahawa emosi ada makna yang lebih luas dari perasaan. Emosi merangkumi tindakan yang kami ambil selepas mengalami perasaan tertentu. Sebagai contoh, semasa kami ternampak seseorang yang memegang pisau berjalan di tepi jalan, kami akan berasa takut. Selepas itu, otak kami akan berfungsi dan menyebabkan kami melarikan diri. Inilah tingkah laku yang berkaitan. Selain perkara yang berkaitan dengan emosi takut, teori ini juga diaplikasi dalam banyak perkara lain di sekeliling kami dalam kehidupan harian.
                Selain itu, saya juga belajar bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Inilah pernyataan yang diberi oleh Baron dan Logan pada tahun 1993. Tambahan pula, pada tahun 1992, Lang dan kawannya juga menyatakan bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Perasaan cinta terhadap ahli keluarga sanggup memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tinfkah laku tertentu, seperti berkerja dengan bersungguh-sungguh, belajar dengan bertungkus-lumus dan meluangkan masa untuk meneman ahli keluarga tanpa mengira berapa sibuk kehidupannya. Inilah contoh emosi memberi motivasi yang berunsur positif kepada seseorang. Biasanya, pendorong juga adalah berasaskan emosi. Sebagai contohnya, motif mencakap gossip orang lain adalah disebabkan oleh emosi kebencian. Walaubagaimanapun, emosi   bukan pendorong semua perkara manakala tidak semua pendorong berasakan dengan emosi. Sebagai contoh, kami tidur disebabkan oleh keletihan dan kami menyiapkan kerja yang diberi atas tanggungjawab.
                Di samping itu, saya juga belajar bahawa 'Emotions serve as our body's adaptive response to events in the environment and they assist in communicating our intentions to others'. Selain itu, emosi juga membantu kami supaya bersedia untuk mengambil tindakan terhadap sesuatu perkara. Emosi boleh menyebabkan kami bersedia untuk bergerak, berlari atau bercakap untuk menangani masalh.  Sebagai contoh, semasa kebakaran berlaku, perasaan takut menyebabkan kami berlari untuk mengelakkan diri daripada kebahayaan.
                Tambahan pula, saya juga telah mendapat pengetahuan tentang konsep dan teori motivasi. Antaranya termasuklah 'Motivation are the factors within and outside an organism that cause it to behave a certain way at a certain time; Drive is an internal condition or impulse that activates behavior to reduce a need and restore homeostasis; Incentive is an external goal that "pulls" or"pushes" behavior.' Oleh itu, motivasi memainkan peranan yang agak penting kerana motivasi 'memimpin' seseorang membuat satu keputusan atau pilihan. Sebagai contoh, kem motivasi selalu diadakan untuk memotivasikan kami supaya sentiasa bersemangat tinggi untuk membuat pilihan yang betul sehingga mencapai kejayaan.
                Selepas menghadiri kuliah ini, saya telah belajar tentang humanistic theory. Dalam teori ini, Abraham Maslow mencadangkan bahawa 'motives are divided into several levels from basic survival needs to psychological and self-fulfillment needs'. Keperluan asas manusia termasuklah makanan, air, suhu tertentu dan rehat. Sebagai contoh, jika seseorang ingin menguruskan emosi sendiri dengan baik, dia memang perlu makan dengan seimbang, minum dengan cukup, mengamalkan suhu badan yang sepatutnya dan berehat semasa berasa letih. Hal ini demikian kerana tanpa keperluan asas ini, kesihatan seseorang akan dijejaskan. Oleh itu, emosi seseorang itu akan tidak stabil dan seterusnya pengurusan emosi juga tidak dapat dijalankan dengan efektif. Selain itu, keselamatan seseorang juga sangat penting. Tanpa keselamatan, semua perkara tidak dapat dijalankan seperti biasa atau tidak dapat mengikut apa yang dirancangkan. Sebagai contohnya, jika kes penculikan berlaku di dalam sekolah kerana tiada penjaga yang mengamalkan keselamatan di dalam kawasan sekolah, memang semua ibu bapa pelajar berasa risau untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Hal ini demikian akan menyebabkan banyak pelajar tidak dapat belajar seperti biasa. Keputusan mereka sama ada dalam bidang akademik dan kokurukulum akan turun. Kerja ibu bapa mereka juga akan dijejaskan kerana ibu bapa mereka tidak dapat memberi perhatian semasa berkerja.
                Selain itu, satu lagi teori yang saya belajar dalam kuliah ini adalah Teori James-Lang. Teori ini telah dicadangkan oleh Willian James pada tahun 1884 dan disokongkan oleh Carl Lange pada tahun 1887. Tambahan lagi, teori ini merupakan teori psikologi yang paling lama. Teori ini mengatakan bahawa perubahan fisiologikal dalam badan kita terhadap sesuatu rangsangan akan melahirkan emosi. Sebagai contohnya, apabila kita ternampak harimau, perubahan aktiviti fisiologikal dalam badan kita bermula. Antara perubahannya termasuklah  denyutan hati bertambah dan pelbagai jenis hormon yang berkaitan juga akan terlepas ke organ badan kita. Hal ini demikian telah menyebabkan emosi takut dilahirkan. Malangnya teori James-Lang ditentang oleh Walter Cannon berdasarkan tiga alasan: penghasilan emosi dari organ-organ tertentu berdasarkan rangsangan sangat lambat, emosi selalunya berlaku dengan cepat selepas rangsangsan, dan reaksi fisiologikal terlalu lambat untuk menyebabkan reaksi emosi. Jadi, Teori Cannon-Bard telah dilahirkan. Mengikut teori ini, rangsangan akan melahirkan emosi dan selepas itu baru ada reaksi sama ada fizikal ataupun fisiologikal. Teori fisiobiologikal yang diulaskan oleh Jack Panksepp (1982, 1992) mengatakan bahawa terdapat empat emosi asas iaitu ketakutan, kemarahan, kecemasam, dan kejangkaan. Keempat-empat emosi ini boleh berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain. Namun begitu teorinya ditentang oleh Magda Arnold (1960) dan James Averill (1982).
                Secara kesimpulannya, emosi adalah sesuatu yang sangat istimewa dan terdapat ikatan tertentu antara emosi dengan reaksi badan kita sama ada fizikal ataupun fisiologikal. Tambahan lagi, emosi juga boleh memotivasikan kami dalam keadaan tertentu.
Sekian, terima kasih.