Sunday, August 14, 2011

A131971 MOHAMAD FADINI BIN ABDUL AZIZ LJ03

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Zamri dan rakan – rakan pembaca jurnal sekalian . Kali ini saya telah mempelajari mengenai  teori Solomon yang berkisar kepada 'opponent  process  theoy' .  Teori Solomon adalah berdasarkan pengubahsuaian teori adaptasi .  Model psykologi telah diperkenalkan oleh Richard Solomon pada 1980 untuk mengatasi sifat atau perangai ketagih . Berdasarkan  teori Solomon , emosi adalah keseimbangan  kearah titik neutral  yang bukan sahaja dalam tempoh yang panjang malah  melibatkan juga dalam  tempoh yang pendek . Solomon juga mendapati bahawa setiap emosi menyebabkan wujudnya emosi yang bertentangan untuk berlaku . Solomon yakin bahawa setiap emosi adalah berpasangan . Oleh hal yang demikian , apabila salah satu emosi daripada emosi yang berpasangan itu dominan , pasangan kepada emosi tersebut akan menjadi kurang menonjol atau kurang dialami oleh seseorang  . Secara ringkasnya , sesuatu emosi yang berlaku akan mengalami keadaan pertama  dan keadaan pertama itu akan mewujudkan keadaan yang bertentangan . Dalam peringkat pertama , emosi pada masa itu adalah tanpa pengalaman dan berlaku secara automatik . Ciri – ciri peringkat yang kedua pula adalah melibatkan emosi yang bertentangan denagan peringkat pertama , emosi ini berlaku lewat daripada emosi peringkat pertama , bertahan lama , berlaku secara berulang dan peringkat pertama menjadi lemah . Sebagai contoh , kita berasa penat semasa melakukan aktiviti bersukan seperti berbasikal tetapi kita akan berasa gembira dan berpuas hati kerana aktiviti yang sedemikian akan  memberikan kita tubuh badan yang sihat . Solomon juga berpendapat bahawa  " Repeating the emotional experience increases the relative strength of the opposing emotion " . Bagi menerangkan perkara diatas , saya akan memberikan satu contoh iaitu penerjun daripada tempat tinggi seperti kapal terbang melakukan aktiviti sedemikian buat pertama kalinya akan berasa sangat takut daripada penerjun yang berpengalaman  tetapi kurang kepuasan selepas mendarat . Perkaitan  yang ingin dihubungkaitkan  adalah mengenai  'opponent process model ' .  Perubahan emosi berlaku sedemikian  kepada penerjun secara beransur – ansur  daripada takut kepada kepuasan kerana adanya emosi takut – kepuasan yang berpasangan . 
 
Dalam pada itu , saya telah mempelajari mengenai emosi negatif iaitu :
  Image DetailImage DetailImage Detail
Takut
Takut ialah tindak balas emosi kepada keadaan yang berbahaya dan berkaitan dengan perasaaan bimbang . Emosi ini adalah menjurus kepada mekanisma  ' survival ' kepada rangsangan negatif . Perasaan takut pada kebiasaannya berkaitan dengan keadaan fizikal atau objek  .  Sebagai contoh seseorang itu mungkin berasa takut disebabkan oleh kejadian atau pengalaman lalu yang pernah dialami seperti kejadian tsunami yang meragut banyak nyawa . Sehubungan dengan itu , mereka berkemungkinan  berasa takut untuk keluar  bermain di kawasan pantai dek kerana trauma atau pengalaman yang ngeri itu masih lagi segar di dalam ingatan mereka . Antara ekspresi wajah takut adalah jarak antara mata menjadi lebar , anak mata mengembang , bibir atas naik , kening ke dalam dan bibir menegang secara mendatar .  Perasaan takut juga boleh menyebabkan seseorang itu bertindak ganas dan juga membawa maut kerana paras hormon adrenalin yang meningkat dalam badan . Seperti yang kita sedia maklum hormone adrenalin akan meningkatkan aktiviti dalam badan kita seperti  bernafas laju dan jantung berdegup dengan pantas .
 Malu
Perasaan malu ialah suatu emosi yang melibatkan ketidakselesaan yang dialami apabila berhadapan dengan keadaan yang tidak dapat tidak diterima oleh orang lain secara hakikinya . Kadang – kadang perasaan yang melibatkan terusiknya maruah sering berlaku tetapi setakat mana situasi ini berpanjangan atau memberikan impak kepada seseorang itu adalah berdasarkan jenis situasi malu yang dihadapi .  Secara amnya malu dapat dibahagikan kepada 2 iaitu malu dari segi peribadi dan professional . Malu dari segi peribadi adalah disebabkan oleh perhatian atau keadaan yang tidak diingini dan membabitkan perkara yang rahsia atau sulit . Sebagai contoh , seseorang itu akan berasa malu apabila didapati menipu atau bercakap bohong . Pada kebiasaannya , malu dari segi peribadi ini juga diikuti dengan beberapa gabungan seperti tersipu – sipu , gementar , gelisah , tergagap – gagap , dan juga berpeluh . Disebabkan oleh yang yang demikian  , seseorang itu akan berpura – pura ketawa dan senyum bagi menutup hakikat yang sebenar daripada diketahui oleh orang lain . Manakala malu dari segi professional adalah apabila seseorang yang memperkatakan sesuatu dengan yakin tanpa bukti yang kukuh .  Perasaan malu itu akan bertambah apabila melibatkan perkara – perkara yang berkait rapat dengan kredibiliti seseorang seperti malu kerana tidak dapat menjalankan  tugas dengan baik . Sebagai contoh , kegagalan kerajaan alam mentadbir negara dan perbuatan yang tidak beretika atau makan rasuah  dalam kalangan mereka yang berjawatan  tinggi .
 
Sedih
                Sedih ialah sesuatu emosi yang mempamerkan atau memperlihatkan  terdapatnya perasaan kehilangan dan kekurangan sesuatu . Hal seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana sekiranya perasaan sedih ini berlarutan , seseorang itu akan menjadi murung dan nasihat daripda yang pakar amat diperlukan . Secaara lumrahnya seseorang yang sedih akan menjadi kurang bertenaga , pendiam dan selalu bersendirian . Mereka juga tidak mempunyai keinginan untuk bersosial . Kajian ada menunjukkan bahawa seseorang  yang sedih akan menjadi lemah dari segi pemikirannya jika dibandingkan dengan mereka yang gembira . Sehubungan dengan itu kualiti atau kemampuan seseorang itu dalam pembelajaran juga akan turut terjejas .  Antara tanda – tanda dari segi luarannya adalah menundundukkan kepala , merapatkan bibir dan secara fizikalnya perlahan atau lemah dalam melakukan sesuatu aktiviti .
 
Marah
Marah ialah tindak balas psykofisiologikal kepada sakit , penerimaan kesengsaraan atau ancaman . Pada kebiasaannya perasaan marah adalah disebabkan oleh persepsi atau anggapan seseorang kepada sesuatu keadaan sebagai ancaman yang disebabkan oleh wujudnya konflik  ,  pengabaian , pengkhianatan  dan dimalukan . Marah juga boleh diluahkan samada secara aktif atau pasif . Marah secara aktif adalah seperti melepaskan geram kepada seseorang samada percakapan atau menyebabkan kecederaan kepada orang lain . Dalam pada itu , seseorang yang marah secara pasif akan suka merajuk dan stres . Pada pendapat saya , emosi marah yang secara pasif ini berkemungkinan akan memberikan impak yang besar kepada diri seseorang apabila dipendam terlalu lama melainkan seseorang  itu sudi untuk meluahkan atau menceritakan gangguan emosi ynag dialami kepada orang lain .Sebagai contoh , seseorang itu mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menyimpan dendam  terhadap seseorang  .
 
 
Secara keseluruhannya , kita  haruslah bijak dalam menangani dan meleraikan segala kekusutan yang kita alami terutamanya yang melibatkan emosi  . Namun demikian , kita juga semestinya sedar bahawa bukan sahaja mereka yang mengalami emosi negatif itu memerlukan perhatian kita . Justeru , kebijaksanaan kita dalam megenalpasti dan menaganinya adalah sangat diperlukan bagi melahirkan insan yang bebas dari gejala negatif dan berperwatakan normal dan sejahtera . Sekian .
 

MAS MAZLIN MAZUIN BINTI MOHD SHARIFF A131745 SEJAUH MANA EMOSI NEGATIF ITU, MENJADI NEGATIF?

Assalamualaikum wbt

                Alhamdulilah…Pejam celik pejam celik.... Dah masuk jurnal ketiga. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru saja hantar jurnal kedua hari tu. Tengok-tengok dah masuk jurnal ketiga dah saya tulis. Baiklah, apa yang saya nak tulis dalam jurnal kali ni. Tapi, mula-mula kena la tahu apa yang saya belajar masa kuliah ketiga. Masa kuliah ketiga, Dr Zamri telah mengajar dua topik iaitu emosi negatif dan teori asas adaptasi. Mula-mula saya nk ulas tentang topik emosi negatif, lepas tu saya akan ke tajuk seterusnya. Tapi rasa nk lebih tumpukan kepada tajuk emosi negatif. Kenapa saya nak ulas tajuk emosi negatif ni? Sebab saya belajar. Jadi, kenalah saya ulas tajuk ini. Memang la sebab saya belajar tapi sebenarnya sebab saya rasa tajuk ni menarik. Semua orang ada emosi ni. Tapi sejauh mana emosi ni negatif? Itulah persoalan yang bermain dalam minda saya. Bagi saya, emosi seperti takut, malu, sedih bukanlah keseluruhannya negatif. Ia terpulang kepada seseorang individu itu sama ada membuat emosi ini menjadi negative ataupun tidak. Kenapa saya kata macam tu? Sebab.. emosi macam ni juga boleh membawa kepada kesan positif. Tapi kena la tahu cara menzahirkannya dan cara mengawalnya.

                Baiklah, pertama sekali kita ke emosi takut. Apa maksud takut? Takut ialah satu emosi yang tindak balas terhadap bahaya yang bakal berlaku, ia juga berkaitan dengan rasa bimbang. Takut ialah satu mekanisme kehidupang yang terjadi hasil tindak balas daripada ransangan yang negative. Adakah emosi takut ni keseluruhannya ialah emosi negatif? Bagi saya,tak!! Kenapa? Sebab kadang-kadang emosi takut ni member kesan positif. Contohnya, macam Dr Zamri kata hari tu. Kita sedang berhadapan dengan seekor harimau. Apa terjadi kalau masa tu kita tak ada sedikit pun perasaan takut? Kita hanya memandang harimau tu tanpa berbuat apa-apa. Mesti harimau tu pun hairan kenapa kita tak lari. Jadi, apa yang terjadi? Mungkin kita dah mati dibaham harimau. Kalau kita ada perasaan takut, kita akan cuba melakukan sesuatu untuk menyelamatkan diri. Nampak tak kesan positif takut di situ? Takut menyebabkan kita dapat menyelamatkan diri dari dibaham harimau. Tapi… ada tapinya.. emosi takut juga boleh menjadi emosi negatif. Ia terpulang kepada individu itu untuk menjadikan emosi takut sebagai emosi negatif. Contohnya, seseorang itu takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidupnya. Dia takutkan kegagalan. Sedangkan kegagalan dah jadi lumrah hidup manusia. gagal sekali tak bermakna gagal selamanya kan. Kerana dia terlalu takut dengan kegagalan, dia tidak pernah mencuba perkara-perkara baru dalam hidupnya. Sedangkan dia tidak tahu sama ada dia akan gagal ataupun tidak. Jadi, dia terus dengan hidupnya yang biasa. Ini membuatkan dirinya tidak maju. Dia tidak keluat dari kepompong hidupnya. Dia masih di takuk lama. Boleh dianalogikan dengan kisah ulat. Sedangkan ulat juga berubah. Berubah menjadi rama-rama yang cantik setelah keluar dari kepompong. Walaupun ulat tahu dia tak akan menjadi ulat kembali setelah dia keluar dari kepompong, tapi dia tidak takut untuk menjadi kepompong. Ini kerana, ulat tak takut akan perubahan. Ia tahu, suatu hari pasti ada kejayaan yang menantinya. Dia akan menjadi seekor rama-rama yang cantik. Rama-rama yang dikagumi kerana kecantikannya.

                Baiklah, sekarang kita bincangkan tentang emosi malu pula. Malu..malu..malu.. Dalam kuliah hari tu, malu didefinisikan sebagai satu emosi yang kurang menyenangkan yang dialami apabila perbuatan yang tak boleh diterima secara sosial atau profesional atau keadaan yang disaksikan oleh atau terdedah kepada orang lain. Selalunya malu dikaitkan dengan jatuh air muka, hilang maruah dan ia bergantung kepada situasi malu itu sendiri. Jadi, emosi malu selalu dikatakan emosi yang negatif. Dala kuliah hari tu, barulah saya tahu, rupa-rupanya malu boleh dibahagikan kepada dua iaitu malu peribadi dengan malu profesional. Rupanya malu pun ada profesional. Oklah, apa malu peribadi tu? Malu peribadi disebabkan oleh perhatian yang tak diingini terhadap benda yag peribadi. Contohnya, ditangkap kerana menipu, kalah dalam pertandingan. Selalunya malu ni, disertai dengan tindakan tersipu-sipu, berpeluh, tergagap-gagap dan gelisah. Kadang-kadang seseorang cuba selindung rasa malunya disebalik senyuman ataupun ketawa. Saya masih ingat pengalaman malu saya tingkatan empat. Saya dan kawan saya pernah termasuk tandas lelaki. Nasib baik tiada lelaki dalam tandas tu. Mulanya, saya hairan kenapa senior-senior lelaki sekolah saya menjenguk ke dalam tandas tu. Saya rasa macam kurang senang dan agak tak puas hati la sebab saya mereka menjenguk ke dalam tandas yang saya anggap sebagai "tandas perempuan". Selepas itu saya dan kawan saya pun keluar, kami terkejut apabila senior-senior lelaki tu mengelilingi kami. Mereka pun kata, " Hangpa tak tau ka tandas ni dah ditukarkan kepada tandas laki? " Terkedu kami seketika. Malu tak terkata. Tapi kami hanya buat muka biasa dan terus berlalu pergi sambil disorak oleh senior-senior tu. Selepas peristiwa tu, memang rasa malu sungguh bila terserempak dengan mereka. Penatnya cerita..Baiklah berbalik kepada malu profesional. Malu profesional termasuklah malu kerana tugas atau kemudahan tempat kerja atau malu nak menjalankan tugas. Contohnya, malu yang disebabkan kerajaan gagal dalam menjalankan dasar awam atau ditangkap kerana melakukan perkara haram. Bagi saya, malu tak selalunya negatif. Malu juga bawa kesan positif. Cuba bayangkan kalau satu negara tak ada rasa malu. Orang bebas buat macam-macam benda-benda pelik. Apa akan terjadi pada negara itu? Negara itu akan dipandang rendah. Jadi, bila ada rasa malu hidup akan menjadi lebih teratur dan sopan. Ini menunjukkan malu juga ada positifnya. Dalam Islam juga mengatakan malu itu sebahagian daripada iman.

                Emosi sedih.. Adakah benar emosi sedih ialah emosi negatif? Pertama sekali, apa maksud sedih? Sedih ialah mood yang menunjukkan kelemahan dan kehilangan. Perasaan terlalu sedih akan menyebabkan tekanan. Selalunya, orang yang sedih suka berdiam diri, lemah dan suka bersendirian. Sedih memberi kesan negatif kerana sedih akan menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang lemah dan kadang-kadang tak dapat berfikir secara rasional. Ini akan menyebabkan produktiviti menurun. Tapi, sebagai manusia kita tak dapat lari daripada rasa sedih. Kadang-kadang sedih boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kuat dan lebih bermotivasi. Tapi, ia terpulang kepada seseorang bagaimana caranya dia mengawal rasa sedih itu. Ini menunjukkan sedih boleh dilihat secra dua perspektif berlainan iaitu positif dan negatif.LaTahzan.. Saya suka video yang ditayangkan hari tu.. Jangan bersedih kalau tiada kasut, lihatlah orang tak berkaki..

                Marah..apa pula marah tu? Marah ialah psikofisiologi tindak balas daripada kesakitan, tekanan, penyeksaan atau ugutan. Marah juga memang salah satu emosi yang memang ada dalam diri manusia.Adakah seseorang itu dianggap normal jika dia tiada rasa marah marah walaupun sedikit. Bagi saya, marah adalah salah satu cara untuk mempertahankan diri. Cuba bayangkan kalau kita tak pernah marah walaupun ditindas. Kita akan terus ditindas dan ditindas. Sebaiknya kita perlu menegur secara berhemah.Tapi marah juga menjadi negatif bila tak dikawal. Contohnya, marahkan isteri sehingga membunuh isteri dan anak-anak, marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Jado, seseorang itu perlu tahu cara mengawal marah. Dalam Islam mengatakan jika kita marah, jika kita berdiri maka duduklah. Jika kita masih marah maka baringlah. Jika kita marah, maka berwuduklah. Marah itu ,merupakan api syaitan.

                Kesimpulannya, tak semua emosi yang dikatakan negatif itu adalah emosi negatif. Kadang-kadang ia boleh menjadi emosi positif. Tapi, ia terpulang kepada individu itu sendiri sama ada ingin membuat emosi itu jadi emosi negatif atau positif. Tapi, untuk jadikan emosi negatif menjadi emosi positif, kita perlulah bijak mengawal emosi itu. Kalau tak dikawal, ia akan menjadi negatif. Baiklah setakat ini sahaja jurnal saya pada kali ini. InsyaAllah kita jumpa lagi dalam jurnal akan datang. Wassalam.

A131861 MOHAMAD FAEZ BIN IBRAHIM LJ03- EMOSI NEGATIF?

   Assalamuailakum dan salam pembuka bahasa,
 
     Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dapat aku menyambung jurnal ketigaku berdasarkan kefahaman aku dari kuliah keempat aku dalam pengurusan emosi yang berlansung pada 11 ogos lepas bersamaan 11 Ramadhan. Minggu lepas setelah aku pelajari emosi positif, minggu ini pelajaran kami disambung dengan emosi negative dan dua topic lain. Namun minggu ini aku hanya ingin tekankan tentang emosi negative. Kenapa? Bagi aku bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini elok kita cuba untuk buang sedikit demi sedikit emosi ini tetapi jangan tinggalkan semua kerana parah jadinya nanti. Kenapa aku berkata demikian semuanya akan terjawab dalam penulisan aku kali ini. Emosi negatif mempunyai empat emosi utama iaitu takut, malu,sedih dan marah.
     Takut ialah perasaan atau emosi  yang membuatkan anda kurang selesa dimana kamu dikejutkan atau risau tentang sesuatu yang bahaya, menyakitkan atau buruk terhadap sesuatu yang mungkin berlaku. Itu menurut kamus Cambridge. Adakah perasaan ini betul-betul negative sehimgga kita tidak patut mempunyai?  Perasaan takut tidak akan membuatkan seseorang itu melangkah ke depan kerana ia akan takut untuk menghadapi cabaran di depan. Sebagai contoh jika seseorang doctor takut akan darah maka tidak terawatlah pesakitnya yang dalam keadaan mengerikan. Tetapi bukan itu yang ingin aku jadikan contoh untuk emosi takut kali ini, tetapi tentang perasaan seseorang yang dekat dengan aku iaitu diriku sendiri. Aku memang mempunyai perasaan ini yang agak kuat, itu tak dapat aku nafikan. Tetapi perasaan ini telah mengajar aku untuk bergerak lebih ke depan. Ceritanya bermula selepas keputusan PMR keluar apabila aku mendapat 7A 1B. Jadi keluargaku mahu melanjutkan pelajaran ke MRSM tapi aku telah menolaknya tetapi aku berjanji yang aku akan ke sekolah rancangan khas pilihan mereka. Apabila terpilih ke sekolah sana, tiba-tiba timbul satu perasaan gelisah dalam diri ini sama ada aku dapat belajar seperti dulu atau tidak. Maklumlah sekolah budak-budak cemerlang, aku asyik fikirkan yang aku tidak dapat focus dan cikgu mengajar dengan cepatla, sehingga boleh menjejaskan keputusan aku. Namun, atau dorongan orang tuaku, aku ikutkan juga walau hati ini tidak rela. Selepas menjejakkan kaki ke sana dan selepas peperiksaan pertamaku disana tidak ku sangka aku mendapat tempat pertama di dalam kelas. Ini mungkin berkat doa orang tuaku dan nekad aku melawan perasaan takut itu. Daripada situaku lebih bersemangat untuk belajar dan berjaya dalam hidup. Hasilnya aku telah berada di sini menyambung ijazah dalam bidang perubatan, salah satu bidang yang kompetitif untuk mendapat tempat di university. Aku juga sudah tidak kisah dengan pelbagai cara pensyarah mengajar kerana aku akan cuba untuk memahaminya jua kerana bagiku yang ingin belajar adalah aku jadi aku harus belajar cara untuk memahami ilmu yang akan disampaikan nanti. Bak kata pepatah Melayu "kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai".
     Seterusnya perasaan negative yang kedua yang kami belajar adalah malu. Aku juga tidak pasti sama ada malu itu betul-betul perasaan negative atau tidak. Kenapa ? Aku tidak nafikan malu juga akan membuat kita tidak akan melangkah jauh ke depan bak kata orang dahulu malu bertanya sesat jalan  tetapi adakah itu merangkumi semua? Sudah tentunya tidak sebab malu perlulah juga bertempat kalau tidak kelam kabutlah jadinya nanti jika tidak ada perasaan itu. Dimana saja kita berada akan timbul perasaan itu sama ada pada kita mahupun teman kita. Contohnya apabila kita membuat bising disesuatu tempat tidakkah kita malu. Jika kita tidak bagaimana perasaan teman kita pada masa itu juga . tetapi aku ingin berkongsi perasaan malu yang aku alami dan aku rasa memang emosi negative adalah setiap kali berpindah ke tempat baru atau berjumpa dengan orang yang aku kenal aku merasakan begitu sukar sekali untuk suara ini untuk keluar ibarat ada sesuatu dalam mulutku ini untuk aku bertegur sapa. Sehinggakan untuk aku mendapat maklumat tentang sesuatu itu pun aku malu untuk bertanya. Perasaan itu masih lagi ada sehingga kini tetapi sudah mula berkurangan kerana aku akan cuba lawan perasaan itu sedikit demi sedikit. Apabila aku sudah rasa selasa dengan seseorang itu mulalah perangai gilaku yang asyik kenakan orang sahaja. Sehingga orang tidak mengjangkakan aku boleh berkelakuan sebegitu rupa. Ialahkan mula-mula kenal nampak aku macam budak sombong atau seorang yang serius tetapi apabila sudah lama faham-faham sajalah.
     Seterusnya, sedih yang dikatakan emosi negative seterusnya. Ini memang aku tidak bersetuju sebab orang yang tidak mempunyai perasaan ini ibarat robot atau hati batu. Kenapa aku berkata demikian kerana seseorang yang sedih sudah tentunya mempunyai alasan yang begitu kuat. Contohnya kehilangan seseorang yang mereka kenal apatah lagi jika seseorang itu begitu dekat dengan mereka atau perasaan ini juga lahir dari rasa penyesalan terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Aku bukan menidakkan perasaan ini merupakan perasaan negatif sepenuhnya kerana jika kesedihan itu tidak terkawal memang boleh melemahkan emosi atau diri seseorang itu sendiri.jadi dengan kawalan yang betul kesedihan itu boleh dijana sebagai suatu motivasi yang begitu berkesan untuk member kekuatan terhadap seseorang itu. Jika tanpa kawalan rosaklah diri ini nanti kerana kesedihan itu boleh memakan diri sehingga memaka seseorang untuk mengambil jalan singkat untuk bunuh diri.
     Emosi terakhir  dalam emosi negative ini adalah marah. Ini memang aku amat bersetuju kerana kemarahan ini boleh membuatkan seseorang itu bertindak di luar kawalan. Tidak dapat dinafikan emosi ini memang ada dalam diri semua orang  ini tetapi sekali lagi ia bergantung macam mana seseorang itu mengawalnya. Aku jenis orang  yang tidak selesa berada dalam situasi marah atau melihat aku marah, tidak tahu kenapa aku akan berasa cemas dan aku cuba lari dari tempat tersebut. Bukannya aku tidak bertanggungjawab tetapi aku tidak tahu macam mana mahu mengawalnya. Disebabkan kemarahan juga kita dapat lihat banyak pembunuhan dan penceraian yang dilapotkan di media massa. Maklum sajalah apabila keadaan ini wujud seseorang itu sudah tidak dapat memikirkannya dengan waras. Bagi umat Islam kita tahu macam mana mengawal perasaan itu sama ada dengan mengambil wudhuk, jika tidak sembahyang sunat dan sampai satu tahap itu sampai berguling atas tanah. Semuanya terpulang pada individu untuk mengawalnya.
     Sebagai kesimpulan daripada kuliah lepas aku amat bersutuju tentang perasaan takut dan marah merupukan perasaan negative manakala dua lagi aku tidak begitu pasti. Biasalah setiap individu mempunyai perasaan sendiri terhadap sesuatu perkara. Tuntasnya, jadikan medan atau bulan Ramadhan ini sebagai medan untuk kita belajar mengawal perasaan dengan sewajarnya agar kita dapat bergerak jauh ke depan dan disenangi orang disekeliling kita. Setakat ini sajalah penulisan aku buat kali ini, sekian.  

A131743 INTHUMATHI SHANMUGAM LJ03 EMOSI NEGATIF

                Salam sejahtera. Pada haribulan 10 Ogos lepas kuliah kketiga bagi ZT Pengurusan Emosi telah diadakan pada pukul 2 petang.Ini merupakan jurnal ketiga yang saya tulis bagi menyempurnakan tugas yang diberikan. Perkara yang dipelajari memang berkaitan dengan pengalaman hidup saya.Mula –mula En Zamri telah menayangkan sebuah lagu yang bertemakan ibu.Ibu merupakan satu persaudaraan yang tidak dapat digantikan dengan nilai wang atau benda lain.Beliau merupakan anugerah tuhan bagi setiap orang.Syurga terletak di tapak kaki ibu..Kasih saying yang ditunjukkan oleh beliau tiada tolok bandingnya.Saya menyedari pengorbanan ibu saya selama ini dan mahu menjadi anak kesayangannya sehingga akhir hayat. Beliau merupakan tempat saya mengadu segala hal dan sentiasa memberikan sokongan dan dorongan yang tidak terkira. Pada masa ini juga, saya berasa pilu mengenangkan nasib ibu yang ditinggalkan oleh anak-anak mereka di rumah orang tua. Saya berharap agar generasi sekarang dapat menghargai jasa ibu mereka dan tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit.Apalah dosa mereka sehingga mereka sanggup mengabaikan  dan menghina mereka?Walaupun ibu tidak berada di sisi kita, tetapi jiwanya sentiasa bersama dengan kita.     Kuliah kali ini berkisar tentang perasaan takut,sedih,marah dan gembira.Yang pertama ialah perasaan takut yang disebabkan oleh kejadian yang memberi kesan trauma.Ekspresi yangditunjukkan oleh manusia yang takut ialahmata terbuka luas,kening dalam dan bibir atas naik atas.Kadang –kadang perasaan takut juga boleh menjad ganas dan menyebabkan kematian.Ia mungkin merupakan keadaan biasa atau meman berbahaya yang menyebabkan seseorang menjadi takut.Takut bukan bermaksud seseorang itu penakut dan tidak boleh diharapi.Memang terdapat sesetengah perkara yang kita perlu takut dan tidak boleh dielakkan. Misalnya setiap manusia di muka bumi ini patuttakut kepada  tuhan, pencipta kita. Kita patut menyedari setiap gerak geri kita diperhatikan oleh tuhan dan pasti ada balasannya. Yang berbuat baik dibalas baik manakala yang dibuat jahat dibalas dengan jahat.Tetapi kita tidak boleh menjadi penakut yang takut kepada semua perkara kerana ini akan menghalang kita daripada berjaya dalam hidup.Terdapat sesetengah orang yang suka menyembunyikan perasaan takutnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain. Mereka berpura-pura berani di depan orang lain padahal dalam hati takut.Ini bukan perkara yang baik.Contohnya saya mempunyai seorang kawan   yang takut kepada mercun .Dia telah menyembunyikan  daripada kami semua kerana tidak mahu merosakkan  kegembiraan kami.Ini akan meninggalkan kesan yang mendalam jika berterusan.Akhirnya saya dapat tahu perkara ini apabila terlihat dia menutup telinganya  apabila mendengar bunyi mercun meletup di luar. Dalam ingatan saya apabila dikatakan kejadian yang menakutisaya ,saya teringat sebuah kemalangan yang teah dialami beberapa tahun lepas..Ia berlaku pada waktu tengah malam apabila kami sekeluarga  badalam perjalanan balik ke rumah dari lapangan terbang.Bapa saya telah terlelap dan hilang kawalannya terhadap kenderaan. Kereta telah masuk separuh ke gaung.Hati saya berdebar –debar dalam ketakutan dan badan saya berpeluhSaya  bertanya dalam hati adakah riwayat hidup saya akan berakhir di sini.Saya berasa begitu takut kerana saat itu ialah soal hidup mati sekeluarga kami.Nasib baik akhirnya kami telah diselamatkan dan saya bersyukur kepada Tuhan..Apa yang menyebabkan kita menjadi takut sebenarnya?Situasi atau keadaan yang tidak diingini atau tidak boleh dihadapi dengan berani membawa kepada takut.
                Yang kedua ialah saya pelajari tentang perasaan malu.Ia dirasai bila melakukan sesuatu yang tidak diterima secara social.Apabila kita melakukan perkara yang bertentangan dengan norma masyarakat , kita akan dipandang serong dan perasaan tidak selesa wujud dalam diri kita. Ini yang dinamakan sebagai malu.Kategori perasaan malu  ialah personal dan professional.Contohnya perhatian orang lain bertumpu kepada hal-hal peribadi seperti kesilapan diri.Tanda-tanda perasaan mallu ialah tersipu-sipu,berpeluh,gementar,tergagap-gagap dan gelisah. Saya teringat dua peristiwa yang membuatkan saya berasa malu. Ada sekali saya telah memasuki kelas yang salah apabila memasuki sekolah baru. Kedatangan telah diambil tetapi nama saya tidak ada dalam senarai nama pelajar.Barulah saya menyedari saya telah memasuki kelas lain.Semua pelajar melihat saya semacam dan ketawa sinisSaya berasa  gementar dan tapak tangan saya basah kerana berpeluh.Saya cuba menyembunyikan perasaan malu dengaan senyum dan meninggalkan kelas tersebut dengan segera.
                Yang kedua ialah masa saya menyertai pertandingansyarahan masa di sekolah.Sememangnya saya telah membuat latihan berpuluh-puluh kali sebelum menaiki pentas. Tetapi hanya mengeluarkan beberapa patah perkataan saya telah lupa ayat seterusnya.Ibu bapa saya melihat wajah saya dengan perasaan perasaan terkejut.Saya menjadi gelisah dan pertuturan saya menjadi tergagap-gagap.Badan saya berpeluh dan anak mata semua orang berada di situ tertumpu ke arah saya.Alangkah betapa malunya saya pada saat  tersebut.
                Seterusnya saya telah mempelajaritentang perasaan sedih yang biasanya disebabkan oleh kerugian dan kehilangan.Jikalau menjadi serius ia akan membawa kepada kemurunganBila sedih seseorang akan menjadi pendiam,tidak bersemangat dan suka mengasingkan diri. Mereka akan hhilang keinginan untuk berjumpa dengan orang laintanda tanda  kesedihan ialah muka tunduk, badan condong ke depanbibir ke dalam dan fizkal yang lemah. Kematian sepupu saya yang berusia empat belas tahun yang sebaya dengan adik saya ialah peristiwa yang membuatkan hati saya rasa begitu pilu.Dia telah meninggal kerana mengalami sakit jantung.Saya mengambil masa yang agak lama untuk menerima tamparan hebbat ini kerana dia sangat rapat dengan saya. Kami menghabiskan masa bersama-sama kerap kali.Saya menganggapnya sebagai adik kandung saya.Proses maklumat dilihat berlaku dengan perlahan  dan kurang ketepatan dalam orang yang sedih.Mereka memerlukan sumber kognitif yang lebih untuk memproses malumat yang tepat berbanding dengan orang yang gembiraContohnya orang yang gembira bersifat penyayang dan orang yang sedang marah dilihat berkuasa untuk sementara.
                Akhihirnya saya telah mempelajari perasaan marah iaitu tindak balas emosi terhadap sesuatu yang tidak disukai.Kemarahan boleh ditunjukkan secara aktif dalam bentuk verbal atau fizikal ataupun secara pasif seperti muka masam dan perangdingin. Ada juga orang marah hasil daripada rasa empati iaitu dalam situasi orang dizalimi tanpa belas kasihan.Marah saya akan bertambah jika perkaraitu dilakukan secara sengaja.Keadaan akan menjadi lebih rumit jika kemarahan tidak dikawal. Memang sukar untuk bertenang dalam masasingkat dankena tunggu sehingga tenang.Orang marah tidak dapat berfikir dengan rasional.Terdapat beberapa langkah untuk mengawal marah. Langkah pertama ialah mengakui bahawa anda berada dalam keadaan marah.Langkah kedua ialah menilai sama ada situasi sesusesuai untuk meluahkan kemarahan atau tidak. Langkah  ketiga ialah jika keadaan sesuai uuntuk meluahkan  kemarahan, gunakan pendekatan secara langsung atau secara tidak langsung. Langkah terakhir ialah imbas kembali apa yang telah dialami dan tindakan untuk tujuan baiki diri.Saya pernahmelihat seorang rakan saya yang gagal mengawalkemarahannya dan telah bertindak melulu dengan mencederakan kawannya. Sebenarnya perkara itu kecil sahaja tetapi dia tidak dapat menerima bahawa kawannya telah berbohong. Akhirnya dia menyesal .Setakat inilah saya dapat meluahkan perasaan saya dalam jurnal ini. Sekian terima kasih.

A131853 Ezza Amirah binti Ruslan LJ03 Emosi oh emosi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pensyarah, Dr Zamri dan rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi. Pertama sekali, saya ingin mendahulukan ucapan terima kasih kepada semua yang sudi membaca coretan saya ini. Setakat ini, sebanyak tiga kuliah Pengurusan Emosi telah saya hadiri. Pengetahuan saya tentang Emosi menjadi semakin mendalam sejak kuliah yang pertama. Kuliah yang saya hadiri pada Rabu, 10 Ogos 2011 ini dimulakan dengan tayangan video lagu seorang penyanyi remaja Barat yang dialih bahasa serta diubahsuai liriknya yang ditujukan kepada kaum ibu di luar sana. Kebanyakan lagu yang sering diudarakan di radio sekarang semuanya berkisar tentang cinta. Jika tidak tentang menemui cinta hatinya, mungkin tentang hati yang terluka kerana cinta. Memang ada, tapi jarang sekali kita dengar lagu tentang kasih sayang terhadap ibu bapa. Padahal, ibu bapa lah yang mengajar mereka mengenal cinta dan kasih sayang.

Tajuk kuliah yang disampaikan oleh Dr Zamri berlawanan dengan tajuk kuliah pada minggu lepas, iaitu Emosi Negatif. Emosi negatif sangat berkait rapat dengan diri saya pada minggu ini. Pelbagai emosi negatif yang telah saya lalui. Melalui kuliah ini, lebih banyak yang saya pelajari dan fahami tentang emosi negatif, dan bagaimana emosi ini boleh menjejaskan kehidupan dan mood seseorang. Saya menerima apa yang disampaikan oleh pensyarah seakan-akan "jigsaw falling into place". Setiap yang diperkatakan oleh pensyarah mencerminkan apa yang telah saya sendiri lalui.

Emosi negatif pertama yang dipelajari ialah "takut". Takut merupakan refleks kepada situasi yang bahaya, seram atau fobia kepada sesuatu perkara. Takut sebenarnya merupakan sesuatu yang bermanfaat untuk diri kita. Apabila kita ada perasaan takut, kita tidak akan dengan suka hatinya mencuba untuk membuat sesuatu yang mendatangkan bahaya kepada kita. Sebaliknya, kita akan berhati-hati dan berwaspada dengan setiap gerak geri kita. Namun, perasaan takut yang melampau akan menyebabkan kita terus ketinggalan di belakang. Sebagai contoh, kita takut untuk bercakap di depan khalayak ramai. Jika kita terus menerus mengelak daripada bercakap di depan orang ramai, kita tidak dapat melatih diri kita untuk menjadi lebih yakin dengan diri sendiri. Contoh lain ialah apabila kita takut untuk menyuarakan pendapat kita di dalam satu perbincangan kerana takut cadangan kita ditolak, kita yang akan mendapat rugi kerana tidak dapat mencapai objektif sebenar perbincangan tersebut. Tidak kira manusia atau haiwan, semua yang bernyawa boleh berasa takut. Contohnya, kucing yang sedang tidur di bawah kereta milik tuannya akan terus bangun dan lari jauh dari tempat asalnya untuk menyelamatkan dirinya, kerana kucing tersebut tahu bahawa tidak selamat untuk dia duduk di tempat yang sama lebih-lebih lagi apabila kereta itu bergerak.

Antara perkara yang menyebabkan timbulnya perasaan takut ini ialah tragedi lepas yang meninggalkan titik hitam dalam hidup seseorang. Seseorang yang pernah hampir lemas di dalam kolam air, mungkin akan menjadi fobia terhadap air. Namun, terdapat banyak sebab yang menjurus kepada perasaan takut dan skopnya sangat meluas dan abstrak. Apabila kita takut, kita akan memilih sama ada untuk lari daripada penyebab takut itu, atau berusaha untuk menghapuskan penyebab tersebut. Kita akan memilih antara dua perlakuan: "fight or flight". Fight di mana kita cuba untuk menghapuskan penyebab perasaan takut itu timbul, atau flight di mana kita terus lari dari sumber tersebut.
Takut memberi kesan yang mendalam kepada tingkah laku manusia. Seseorang yang dalam ketakutan kadangkala akan terdorong untuk melakukan perkara di luar jangkaan. Dalam situasi ini, bayangkan anda mendapat ugutan bunuh. Akibat dalam ketakutan, kita akan buat apa sahaja perintah pengugut tersebut.

Emosi yang kedua ialah "malu". "Malu" ialah emosi yang kita rasakan apabila kita telah melakukan sesuatu yang secara sosialnya tidak dapat diterima oleh orang lain. Malu boleh dikategorikan kepada malu personal dan malu professional. Malu yang personal berlaku apabila sesuatu yang anda tidak mahu sesiapa pun tahu, tiba-tiba terbocor dan diketahui orang. Perkara ini boleh melibatkan hal-hal peribadi seperti rahsia peribadi, sifat buruk, ditangkap membohong atau kesilapan yang pernah kita lakukan. Malu dari segi profesional pula ialah apabila dalam situasi di tempat kerja, sebagai contoh. Organisasi anda diberi tanggungjawab untuk melakukan tugas yang diberikan dalam masa yang ditetapkan dan semua orang menaruh harapan yang tinggi kepada anda, tetapi anda tidak dapat melaksanakan amanah yang diberikan itu. Anda berasa malu kerana menghancurkan harapan orang lain terhadap organisasi anda.

Emosi yang seterusnya ialah "sedih". Semua orang pernah berasa sedih tidak kira apa sebabnya. Sedih merupakan satu emosi yang menggambarkan kehilangan dan kekecewaan. Semua orang memang wajar berasa sedih jika berkenaaan dengan situasinya. Malah, orang yang tidak pernah merasa sedih itu adalah orang yang boleh dikatakan tiada perasaan. Emosi sedih, jika melampaui batasnya, sangat memudharatkan seseorang itu. Ada orang yang sedih hingga tidak lalu makan, tidak mahu bertegur sapa dengan orang sekeliling, dan lebih rela bersendiri. Orang yang sedih menyebabkan dia tidak ada semangat dalam melakukan apa juga pekerjaan. Dia akan berjalan dengan muka yang muram sambil menundukkan kepalanya dan menbongkokkan bahunya. Orang yang sedih selalunya akan senyap secara tiba-tiba, seakan-akan tidak bermaya dan tidak ada kemahuan untuk keluar dan berjumpa dengan orang ramai. Sedih adalah berlawanan dengan emosi gembira. Jika dibandingkan orang yang sedih dengan orang gembira, orang yang gembira dapat menjalani kehidupan dengan mudah kerana mereka dikelilingi sentiasa bersemangat dan penuh kasih sayang. Dalam konteks sedih pula, orang yang sedih lebih mudah menerima apa yang ada. Mereka selalunya pendiam dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Memang terbukti bahawa orang yang gembira adalah orang yang berjaya dalam kehidupan. Sedih berkait rapat dengan air mata. Menangis merupakan sesuatu yang sihat buat diri kira, kerana apabila kita nangis, kita dapat melepaskan rasa sedih. Namun, tidak elok pula jika kita menangis terlalu lama hingga mata bengkak! Sedih yang melampau membawa kepada stress, dan seterusnya depression. Tahap ini adalah tidak baik untuk diri kita. kita seharusnya bijak mengawal emosi dan tidak membenarkan emosi menghantui diri kita hingga menyebabkan kita kemurungan (depressed). Kita seharusnya bersabar dengan ujian yang menimpa diri kita, seperti firman Allah s.w.t:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya." - (al Baqarah:286)

Emosi negatif yang keempat ialah "marah". Marah ialah tindakbalas kepada kesakitan, keseksaan atau ugutan. Marah selalunya timbul dalam konflik peribadi. Kita ambil persahabatan sebagai contoh. Apabila mendapat tahu kawan kita memburuk-burukkan kita di hadapan orang lain, kita akan berasa marah. Kita berasa seperti ditikam dari belakang. Ekpresi "marah" ini pula mungkin secara pasif ataupun aktif. Bagi orang yang agresif, dia mungkin akan memarahi kawannya secara aktif: iaitu dengan bersemuka dengan kawannya itu. Mereka mungkin akan bertikam lidah, atau bagi orang yang memang pemarah, dia mungkin akan bertindak di luar jangkaan sehingga mencetuskan pergaduhan. Bagi orang yang pasif pula, dia akan memendamkan perasaannya dan memaki hamun orang itu di dalam kotak fikirannya. Selalunya orang yang marah mudah rasa terganggu. Perkara kecil yang biasanya tidak menimbulkan masalah, mungkin akan dijadikan satu isu yang besar oleh orang yang dalam kemarahan.

Bagaimana timbulnya perasaan marah ini? Perasaan marah tidak semestinya melibatkan diri kita sendiri. Boleh jadi, kita berasa marah atas sesuatu yang berlaku bukan terhadap diri kita, tetapi orang lain. Contohnya, perkara yang baru-baru ini berlaku terhadap seorang pelajar Malaysia di London. Ramai orang berasa tidak puas hati dan marah terhadap orang yang menganiaya pelajar tersebut, sedangkan perkara itu berlaku kepada orang lain. Selain itu, tahap kemarahan seseorang itu dipengaruhi oleh penyebab marah itu timbul. Contohnya, bos yang memarahi pekerjanya kerana lewat menghantar tugasan. Dia mungkin memarahi pekerjanya tanpa meninggikan suara. Namun, jika dia mengetahui bahawa pekerjanya sengaja menangguh tugasnya kerana ingin membuat bosnya marah, tahap kemarahan bosnya itu akan menjadi lebih membuak-buak hingga tidak dapat menahan kemarahannya. Orang yang marah sering tidak dapat bertindak rasional. Kita selalu dengar bahawa kita tidak sepatutnya membuat keputusan dalam keadaan marah. Apabila kita marah, mungkin akan terkeluar kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang yang dimarahi itu.  Oleh sebab itu, sebaiknya kita menenangkan diri dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan ketika marah.

Izinkan saya berkongsi pengalaman saya sendiri dalam menghadapi emosi negatif ini. Pada minggu ini, bermacam-macam emosi yang telah saya lalui. Terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan dalam masa yang singkat, hingga membuatkan saya mengalami stress. Akibat stress, saya menjadi semakin tegas terhadap orang lain. Saya cuba untuk mengawal perasaan apabila bercakap dengan orang tetapi ada kalanya saya terlepas cakap tanpa saya sedari. Ada masanya saya berasa marah, tetapi saya dapat mengawalnya dengan baik. Namun, apabila berlakunya satu perkara yang menganggu emosi saya, daripada marah, saya terus berasa sedih. Saya tidak dapat menahan sedih di hadapan rakan-rakan saya. Alhamdulillah, perasaan sedih saya tidak berpanjangan. Saya cuba untuk melihat situasi ini dari sudut yang positif. Apabila kita berfikir positif, semuanya akan menjadi lebih baik. Pengajaran yang saya dapat daripada apa yang berlaku ini ialah betapa pentingnya pengurusan emosi. Kita harus bijak mengawal emosi dan perasaan kita supaya kita dapat menjalankan kehidupan dengan baik. J
 
"The sign of an intelligent people is their ability to control their emotions by the application of reason."
 - Anonymous

A131405 KAMARUL HATEM LJO3: pandangan tentang takut

Bismillah
Assalamulaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Seperti dua minggu sebelum ini, inilah tugasanku, untuk menyiapkan jurnal mengenai emosi yang dipelajari di dalam kuliah pengurusan emosi dan menghubungkan pengetahuan teori yang dipelajari di dalam kuliah dan pengalaman-pengalamanku sebelum ini. Pada kuliah miggu ini, bertajuk emosi negatif , dan teori Solomon. Di dalam kuliah emosi negative, Dr Zamri menyatakan antara-antara emosi negative adalah sedih, takut, malu, marah dan lain-lain. Bagi emosi takut, Dr mengatakan  bahawa emosi ini adalah emosi yang mejaga keselamatan diri seperti bila kita TAKUT apabila terserempak dengan harimau , Takut itu akan menyebabkan kita lari untuk menyelamatkan diri. Tetapi perasaan takut juga akan membahayakan diri kita, kerana apabila perasaan takut menguasai diri kita kita akan terdesak untuk menurut kehemdak suasana, seperti seseorang yang diugut untuk memberi wang atau lain-lain, dengan perasaan takut itu, dia akan mengikuti kehendak orang yang memeras ugut itu kerana TAKUT diapa-apakan . Namun, seringkali masyarakat menganggap takut dan hormat adalah satu beda dan emosi yang sama. Walhal kedua-dua ini adalah berbeza bagi pandangan ku.aku masih ingat dulu, bila aku hormati cikgu, kawan-kawan aku akan kata aku takut kepada cikgu, bila aku hormati mak dan abah aku, kawan-kawan kata aku takut dengan mak dan abah aku. Padahal aku hormati mereka, kerana hormat dan takut adalah sesuatu yang berbeza. Sebagai seorang muslim aku, aku telah berikrar dalam kalimah syahadahku untuk tidak mensyirikkan(menyamakan) ALLAH, dan takut kita itu hanya kepada ALLAH.
Marilah kita renungkan Firman ALLAH yang bermaksud:
"Sesungguhnya mereka itu tidak lain adalah setan dengan kawan-kawannya yang menakut-nakuti (kamu), karena itu janganlah kalian takut kepada mereka tetapi takutlah kepada-Ku jika kalian benar-benar orang yang beriman." (Ali Imran: 175)
 "Maka janganlah kalian takut kepada manusia dan takutlah kalian kepada-Ku." (Al-Maidah: 44).
Sesungunya takut akan menjadi satu ibadah jika perasaan atau emosi takut itu hanya pada ALLAH. Dan menjadi kesalahan apabila takut itu selain daripada ALLAH s.w.t. selain itu, takut pada tempat  yang betul seperti takut untuk mencuri, takut melakukan maksiat, semuanya akan berbalik kepada takut kepada ALLAH s.w.t
Masyarakat  melayu selalu menggunakan seseuatu yang menakut-nakutkan anak-anak untuk mendidik seperti  "jangan keluar malam , ada hantu" dan lain-lain lagi, tapi cara ini akan menjadi sifat seseorang anak sehingga remaja terbawa-bawa dengan ketakutan kepada hantu dan lain-lain lagi. Aku juga melalui pengalaman ini.
Macam-macam Takut
 Para ulama telah membagi jenis takut menjadi beberapa bagian, di antara mereka ada yang membagi lima, empat, dan ada yang membagi menjadi tiga, iaitu:
Pertama, takut ibadah.
aitu takut yang diiringi dengan penghinaan diri, pengagungan, dan ketundukan diri kepada Allah subhanahu wa ta'ala.
Kedua, takut syirik.
 Takut syirik yaitu memberikan takut ibadah kepada selain Allah. Barang siapa yang memberikannya kepada selain Allah maka dia telah melakukan kesyirikan yang besar, seperti takut kepada orang mati, takut kepada dukun-dukun, takut kepada wali-wali yang dianggap bisa memberikan manfaat dan mudharat, dsb.
 Perbuatan ini akan mengekalkan pelakunya di dalam neraka, mengeluarkannya dari Islam, dan menghalalkan darah dan hartanya.
 Allah subhanahu wa ta'ala berfirman:
"Janganlah kalian takut kepada manusia dan takutlah kalian kepada-Ku." (Al-Maidah: 44)
 Ketiga, takut tabiat.
aitu takut kepada hal-hal yang bisa membahayakan jiwa seseorang, seperti takut kepada musuh, binatang buas, api, dan sebagainya. Takut jenis ini dibolehkan selama tidak melampaui batas. Allah   subhanahu wa ta'ala  berfirman menceritakan kisah Nabi Musa alaihisallam:
 "Dia keluar dari negerinya dalam keadaan takut yang sangat." (Al-Qashash: 21)
 Pertanyaannya, bagaimana hukumnya takut kepada selain Allah? Jawabannya harus dirinci. Bila takut kepada selain Allah menyebabkan sampai menghinakan diri di hadapannya maka termasuk syirik. Jika ketakutannya itu menyebabkan ia melakukan yang diharamkan dan meninggalkan kewajiban maka takut ini termasuk maksiat dan berdosa. Jika takutnya adalah takut tabiat seperti takut kepada air deras yang boleh menghanyutkan dirinya, hartanya, atau anaknya, maka takut yang demikian itu adalah dibenarkan.
Selesai sudah penerangan mengenai takut daripada ku, dalam kuliah, Dr ada menyebut tentang teori Solomon yang mengatakan emosi ini wujud dalam berpasangan. Seperti gembira dengan sedih. Antara pasangan-pasangan emosi ini, salah satu emosi akan menjadi dominan dan pasangan emosi tersebut suppressed.  Dan emosi ini juga berturutan kesannya dengan pasangan emosi itu, seperti  kita gembira bila menang wang berjumlah rm 500 tapi kita sedih kemudian nya kerana banyak membelanjakan wang. Inilah yang diketengahkan oleh Richard Solomon melalui teori Solomon.
Selain daripada takut, marah juga adalah emosi negatif, marah adalah sesuatu yang boleh membawa kepada kemudharatan kepada si pemarah, kerana apabila kita mula marah, kta kan hilang pertimbangan, akal yang waras tidak akan digunakan lagi untuk membuat keputusan, ini semua kesan daripada emosi marah.  Marilah kita melihat emosi marah dari sudut pandang islam.
 
Mari kita renungkan dalil-dalil mengenai marah:
  Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Awaslah kamu dari marah-marah, kerana marah itu bererti menyalakan api dalam kalbu anak Adam, tidakkah kamu melihat seseorang yang marah itu merah matanya dan tegang urat-uarat lehernya, kerana itu bila seseorang merasakan yang demikian hendaklah berbaring dan meletakkan badannya ditanah."
'Dan orang-orang yang sabar menahan diri dari marah serta orang yang memberi kemaafan terhadap orang lain. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang suka membuat kebaikan'. (Surah Ali Imran: 134)

Menahan kemarahan atau sabar adalah sesuatu yang penting dalam hidup, kerana marah sangat bahaya dalam kehidupan seseorang. Sebab itulah Allah menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

'Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan dia boleh menghilangkannya, di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari makhluk-makhluk lain untuk dia memilih mana-mana pintu syurga yang dia mahu'. (Riwayat At-Tarmizi)

Jelas dari hadis di atas bahawa orang yang dapat menahan dirinya dari mengikut nafsu marah dengan melenyapkan segala rasa dendam dari setiap peristiwa yang berlaku akan mendapat balasan di akhirat kelak, iaitu Allah anugerahkannya dengan satu kelebihan untuk memilih syurga serta diberi keutamaan sama seperti orang-orang yang mati syahid. (Rujuk Al-Mubarakfuri. 1965, hlm. 166)
Memang benarlah islam meliputi semua aspek kehidupan, hatta sekecil-kecil aspek seperti emosi marah ini. Islam telah mengajar dalam cara mengawal marah dan mengenai marah.sesunguhnya marah lebih memberi eburukana berbanding kebaikan, kerana sebagai manusia yang sukakan ketenangan sudah tentu akan membenci orang yang suka marah. Namun , aku selalu dengar orang kata " saya marah sebab saya sayangkan kamu" betulkah ini??
Sampai disini sahaja jurnal saya pada kali ini.sekian…

Sumber--http://www.ummuafif.com/2011/04/janganlah-kalian-takut-kepada-manusia-dan-takutlah-kalian-kepada-allah/
http://melayuboleh.8forum.net/t205-indahnya-pahala-menahan-marah
http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/menahanmarah.htm

LUA YIN SAN LJ 03 A131726

LUA YIN SAN LJ 03 A131726
  Selamat sejahtera dan salam satu malaysia, pada hari rabu yang lepas 10.8.2011, saya telah menghadiri lecture yang ketiga untuk ZZZT 2253 Pengurusan Emosi yang disampaikan oleh Dr. Zamri. Kali ini, saya telah diminta untuk mengarang sebuah lagi journal yang berpanjang 1000 patah perkataan tentang apa yang telah disampaikan. Kuliah pada hari ini tentang emosi yang negative, iaitu takut, malu, sedih dan juga marah.
  Takut merupakan tindakbalas emosi terhadap situasi bahaya, berkaitan dengan emosi bimbang. Antara sebab-sebab takut adalah, kejadian yang memberikan kesan trauma. Sebagai contoh, apabila seseorang menemui perompak atau melihat pengganas-pangganas melakukan jenayah, dia akan berasa takut. Ini adalah hasil otak kita memprocess apa yang kita lihat ataupun kejadian yang kita alami. Sebenarnya, inilah yang memberikan kita signal bahawa keselamatan kita diancam dan kita berasa tidak selamat atas apa yang di sekitar kita ataupun apa yang kita alami. Satu lagi contoh menyatakan bahawa perasaan takut sebenarnya berasal daripada kejadian yang menakutkan yang pernah seseorang alami. Ini memberikan kesan kepada seseorang itu untuk menyimpan peristiwa atau pengalaman yang menakutkan itu dalam minda mereka. Jadi, apabila sesuatu yang hampir sama berlaku seperti kematian, kemalangan, memori akan diaktifkan dan orang itu akan berasa takut.
  Malu dirasai apabila melakukan sesuatu yang tidak diterima secara social. Selalunya, ini akan menyebabkan orang itu kehilangan penghormatan. Contohnya, seseorang memakai baju terbalik apabila keluar. Benda yang tidak diperasan ini turut diberitahu oleh kawan-kawan atau sesiapapun. Jadi, orang itu pun berasa malu atas kecuaian diri sendiri. Sebenarnya perasaan malu ini selalu dikaitkan dengan rasa tidak sama dengan orang lain dan orang itu turut rasa dia seolah-olahnya unik dan banyak orang akan berasa tidak selesa dengan perasaan ini. Jadi mereka akan cuba mengelakkan melakukan benda-benda tersebut supaya tidak diketawai atau digelak oleh orang lain. Sebaliknya, kalau seseorang berasa confident atas perbuatannya, dia tidak akan berasa malu walaupun telah melakukan sesuatu yang dianggap tidak diterima oleh orang lain. Jadi, malu boleh dikatakan bergatung pada tahap keyakinan diri seseorang.
  Sedih merupakan perasaan yang tidak gembira. Selain itu, Ini merupakan perasaan yang melambangkan seseorang itu kehilangan sesuatu. Sebagai contoh, Ali telah memelihara seekor kucing. Kucing ini bersama Ali selama 5 tahun dan dia selalu bermain dengannya, memberi makanan kepadanya serta bersama dengan Ali apabila dia sedih dan gembira. Kesayangan Ali kepada kucing dia amat mendalam seperti seorang sahabat. Suatu hari, kucing ini telah hilang apabila Ali pulang daripada rumah. Dia turut bertanya kepada ibunya tentang kucing dia dan rupa-rupanya kucing itu telah mati dilanggar oleh lori. Ali turut menangis dan sedih atas kematian kucing kesayangannya. Ini menunjukkan perasaan sedih yang dihasilkan apabila seseuatu yang disayangi telah tiada ataupun diambil oleh Tuhan daripada sisi seseorang. Selalunya, seseorang akan menjadi pendiam dan tidak bersemangat apabila berasa sedih. Dalam situasi ini, dia perlu diberikan nasihat dan juga kata-kata sokongan agar dia pulih daripada impak dari kejadian yang melukainya itu. Jika tidak, sama ada dia akan mengalami depression dengan kesedihan yang berjangka panjang ataupun memanjangkan masa untuk dia pulih daripada peristiwa itu. Kesedihan merupakan sesuatu yang tidak sihat dan tidak baik kalau dialami dengan masa yang panjang, namum ia umpama cabaran yang diberi oleh Tuhan untuk memeriksa ketabahan dan kesabaran manusia. Jadi, dengan megalahkan cabaran ini, barulah seseorang akan mendapat pengajarannya ataupun melangkah ke tahap kehidupannya yang  seterusnya.
  Kemarahan adalah emosi dan tindak balas seseorang apabila dia berasa sakit ataupun berasa diancam atas cabaran yang ditempui. Ini adalah berbeza daripada perasaan takut, kerana tindak balas yang berbeza. Kemarahan menimbulkan rasa tidak puas hati dan jauh lebih aggresif daripada ketakutan. Marah bertambah jika kita tahu tindakan yang menghasilkan kemarahan itu adalah sengaja. Sebagai contoh, A sengaja menyepak B, iaitu pihak lawannya apabila bermain bola sepak dalam satu pertandingan bola sepak. B tentunya akan berasa marah kerana bukan sahaja dia berasa sakit, malah dia berasa dia diancam dan sebagai tindak balas dia berasa marah atas perbuatan A. ini mungkin akan menyebabkan pergaduhan berlaku akibat daripada perbuatan aggresif yang menyalakan perasaan tidak puas hati oleh pihak yang menjadi mangsa. Selain itu, kemarahan ini juga ditimbul apabila orang yag bersalah itu tidak mengakui kesalahannya dan tidak minta maaf daripada orang yang berasa marah atas salah lakunya. Jika orang yang bersalah berasa salah dan minta maaf, selalunya segala akibat-akibat yang buruk seperti pergaduhan dapat dielakkan. Semua orang pernah mengalami kemarahan, oleh itu, cara-cara untuk mengawalnya amat penting supaya pergaduhan tidak berlaku. Pertamanya, orang itu harus berfikir sama ada sesuai atau tidak untuk berasa marah dan apa yang akanberlaku akibatnya. Dengan ini, seseorang itu tidak mudah berasa marah walaupun telah diancam oleh orang lain. Namun beitu, hal ini susah untuk dilakukan sebabnya masa untuk seorang befikir amat pendek disebabkan masa yang pendek untuk menghasilkan emosi kemarahan ini. Dengan ini, memang mudah untuk menghasilkan kemarahan.
  Next, I would talk about the theory of adaptation level. It is said that we, human adapt to whatever we encounter in wherever we would be. This is a normal and natural way of we ourselves to react against the stimuli we encounter so that we can later live with it. This has some effect on our emotion too or simply the feelings. For example, if a person gets an iphone which he or she has longed to own one, the person would certainly feel happy and overwhelmed with joy after achieving the target. However, as time passes on, the person may still be happy but the intensity of happiness has already gone down. Simply saying, ones is not so happy anymore since the stimulus which is the iphone has become a part of the life and the person has adapted to it, so it is no longer stimulating the feelings and emotion from that person. Therefore, a new target or a new stimulus must be encounter to lit up the flame of happiness once again.
  In conclusion, I have learned about sadness, embarrassment, anger and fear, the all four negative emotions that a normal person would experience and encounter as a part of the life. This is pretty useful as the information helps us to know better of them so that we would not misinterpret them, leading to unwanted outcome that might hurt us. I can say that these would help me a lot in future when I "see" them again