Tuesday, August 9, 2011

LJ02: jurnal keduaku : A 131587. AHMAD FAKHZAN ALIAS

Jurnal Keduaku
Bismillah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian yang dirahmati si pencipta terutamanya kepada Dr. Zamri. Ini merupakan kali kedua, saya meninta titik penulisan ini atas nama tugasan jurnal untuk pengajian kursus pengurusan emosi. Kesal juga rasanya, kerana agak lambat serta mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan idea bagi penulisan ini walaupun ianya hanyalah bersadarkan pengalaman dan pembelajaran di dewan kuliah. Sebagai refeksi diri untuk kali ini, sememangnya saya perlu muhasabah diri agar dapat berubah dan keluar dari kepompong kemalasan dan menyiapkan tugasan dengan lebih awal dan teliti.
Untuk jurnal kali ini, ingin saya berkongsi sedikit tentang apa yang dipelajari pada kuliah pengurusan emosi yang lepas (rabu, 3 Ogos 2011 bersamaan 3 ramadhan 1433H). Berkemungkinan apa yang saya perkongsikan sedikit berbeza pemahamannya dengan pelajar lain. Jikalau ada salah dan silapnya, saya amat mengharapkan teguran. Daripada kuliah lepas dua isi utama yang saya dapat adalah berkenaan teori 'Izard's Universal Facial Expressions' dan emosi positif berkenaan 'kebahagiaan'. Mengharapkan lebih pemahaman berkenaan isi-isi kuliah ini, terdetik di hati saya untuk merujuk kembali nota-nota kuliah. Walaubagaimanapum, Jujur saya katakan bahawa sebelum mengambil kursus ini, saya sememangnya tidak pernah menyedari bahawa wujudnya teori-teori dan kajian-kajian terutamanya dari barat berkenaan emosi. Bersyukur rasanya apabila didedahkan dengan penemuan kajian-kajian ini.
Berbalik kepada 'input' yang saya dapat. Teori 'Izard's Universal Facial Expressions' menekankan berkenaan perkembangan emosi selepas kelahiran dan perkaitannya dengan ekspresi wajah seseorang. Ada diberikan contoh yang mana bayi akan belajar untuk beremosi seperti takut, marah, ketawa dan sebagainya. Akan tetapi pada waktu berkenaan, yang mana waktu perkembangan ianya tiada kaitan dengan ekspresi muka. Dikatakan bahawa bayi boleh memberi senyuman, akan tetapi masih tidak bermaksud bahawa senyuman yang diberikan itu merujuk bahawa dia gembira atau tidak. Hal ini kerana bayi tersebut masih lagi berada dalam proses pembelajaran. Dia belajar menunjukkan reaksi dan emosi seperti menangis apabila lapar. Proses pembelajaran inilah yang akan melahirkan emosi kita sekarang. Sebagai seorang yang telah matang, kita boleh mengekspresikan perasaan kita melalui pelbagai cara, tetapi biasanya cara yang digunakan adalah cara yang biasa kita amalkan. Dalam kuliah juga ada disebut, seseorang itu boleh mengawal dan mengalami sesuatu emosi itu pada sudut yang berbeza, akan tetapi keadaan mengzahirkan emosi itu kebiasaannya adalah sama. Apa yang hendak diperkatakan di sini adalah ekspresi muka itu sama sahaja bagi sesiapa pum. Jika kita gembira, kita senyum. Jika kita berduka kita masam. Begitu juga lain-lain ekspresi muka seperti terkejut, meluat dan sebagainya. Inilah yang dapat saya katakan melalui apa yang dipelajari berkenaan 'Izard's Universal Facial Expressions' dan mungkin inilah yang mahu disampaikan berkenaan "Role of Learning and Experience " yang mana terbahagi kepada 2 iaitu 'biological view of experience' dan 'learning theory view of experience'. Biologikal mengetengahkan ekspresi mimik muka, manakala 'learning' secara jelasnya merujuk kepada proses pembelajaran itu sendiri.
 
Ingin saya menyetuh berkaitan ekspresi muka dengan emosi seseorang. Pada pendapat saya, hal ini berkemungkinan merupakan suatu yang subjektif. Mungkin hanya sesetengah orang sahaja yang dapat meneka atau menafsir akan perasan mahupun emosi melalui wajah. Pada saya kebanyakan yang lain tidak dapat meneka dengan tepat, lainlah jikalau ianya memang ketara jelas pebuatannya. Pernah juga saya berjumpa dengan seseorang yang mukanya agak garang, tapi sifatnya amat lemah lembut sekali. Oleh itu, sukar hendak membezakan apa eksperesi yang ingin disampaikan. Bak kata pepatah inggeris, 'Don't judge book by it cover'. Mungkin ini hanyalah pandangan saya sahaja. Kebiasaan yang kita selalu tonton di televisyen, menerusi drama-drama dan cerekarama, ada tepatnya juga teori Izard ini. Kita sememangnya akan tersentuh akan watak yang dibawa ditambah dengan eksperesi mukanya apabila kita menjiwai watak berkenaan. Tapi pernahkah kita terfikir, itu sekadar lakonan bukannya emosi sebenar.
Suka juga saya perkongsikan disini akan apa yang saya pelajari selama hidup ini di muka bumi ini. Pengeksperisian emosi seseorang itu dapat dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti persekitaran, jantina, umur dan lain-lain. Persekitaran amat mempengaruhi, bila bersama ahli keluarga cara kita mengzahirkan emosi berbeza bila bersama rakan. Sesetangah orang mungkin lebih mesra dengan rakan, tidak kurang juga dengan ahli keluarga. Cara kita memberitahu mereka bahawa kita tidak sukakan sesuatu ada bezanya. Ini menunjukkan taraf penghormatan kita pada seseorang. Aspek jantina juga tidak kurang pengaruhnya. Perempuan berjiwa keibuan yang lebih lembut daripada lelaki. Mereka mudah meluahkan sesuatu perkara, tidak kurang juga menitiskan air mata. Bagi lelaki pula lebih pada egonya yang mahu dilihat sasa dan matang. Ada yang sangat benci pada kelembutan, tapi sukakan cabaran. Faktor umur juga penting dalam hal kita memandang sudut kematangan seseorang. Orang dewasa lebih lebih pandai mengawal perasaan berbanding kanak-kanak, tidak kurang juga remaja seperti kita yang sukakan cabaran. Remaja dikatakan berdarah panas dan sukakan sesuatu yang baru serta mudah terpengaruh. Bagi mereka yang terpengaruh dengan budaya barat, lebih senang mengeksperesikan sifat buas mereka walaupum di khalayak ramai. Berbeza dengan orang matang yang berumur, yang mana kita dapat sama-sama minta pandangan daripada beliau akan sesuatu perkara. Bak kata pepatah orang yang makan garam tahu akan kemasinan hidupnya. Inilah pandangan saya berkenaan tajuk yang dipelajari minggu ini.
Berbalik pada topik kedua berkenaan kebahagiaan. Sebenarnya, tajuk yang diperkongsikan adalah berkenaan perihak emosi positif. Terdapat pelbagai emosi positif, tetapi yang paling dapat dilihat aldah mengenai kebahagian. Kebahagian adalah matalamat hidup semua orang. Siapa yang tidak mahukan kebahagian. Dalam kuliah Dr. Zamri sendiri pun ada disebut berkenaan kebahagian-kebahagiaan yang dicari oleh manusia. Antaranya adalah perkahwinan. Sememangnya ini merupakan topik panas yang sangat suka dibincangkan oleh semua orang terutamanya mahasiswa. Sebagai seorang muslim yang bergiat atas nama ALLAH, kebahagian itu dapat diprolehi apabila kita mnghayati agama. Kita mahukan kebahagiaan di akhirat yang mengharapkan syurga ALLAH . Di dalam kitab petunjuk Al-Quran, Allah SWT menerangkan jalan kebahagiaan dan kesejahteraan, juga faktor-faktor kebinasaan dan kesengsaraan manusia. Hubungan baik kekeluargaan dan kemasyarakatan, masalah-masalah hukum dan akhlak, keperluan-keperluan jiwa dan raga, tugas-tugas individu dan sosial, adat istiadat yang benar dan yang menyimpang di dalam masyarakat manusia, perintah-perintah dan undang-undang keuangan serta perekonomian, dan berbagai topik lain yang berperan di dalam kebaikan atau kerusakan individu dan masyarakat, semua ini dijelaskan di dalam Kitab ini. Meskipun di dalam Al-Quran disebutkan juga kisah-kisah tentang kaum-kaum terdahulu, berbagai peristiwa peperangan dan pertempuran, sejarah kehidupan manusia-manusia, baik lelaki maupun perempuan, namun Al-Quran bukanlah sebuah buku cerita, melainkan kitab pelajaran bagi kehidupan kita saat ini. Oleh karena itu nama kitab ialah Al-Quran yang berarti bacaan. Sebuah kitab yang harus dibaca, hanya saja bukan sekedar dibaca dengan lidah, sebagaimana kitab pelajaran di sekolah-sekolah dasar. Ia adalah Kitab yang harus dibaca disertai dengan tafakkur dan tadabbur atau penghayatan, sebagaimana yang diminta oleh Al-Quran itu sendiri. Itulah kata-kata ALLAH yang menyuruh kita mencari kebahagiaan hakiki.
Alhamdulillah, setakat ini sahaja jurnal saya buat kali ini, diharap segala perkongsian dapat diterima semua dan jika ada silap dan salah minta dibetulkan. Wallahua'lam.

A131655 Cheah Nan Song LJ03

            Salam Sejahtera, pada 3.8.11, hari Rabu yang lepas, saya telah menghadiri kuliah Pengurusan Emosi yang diberikan oleh Dr Zamri, dan saya telah memperolehi banyak ilmu dan pengetahuan melalui kuliah tersebut.
 
            Kuliah dimulakan dengan tajuk 'Ekspresi Muka Semula Jadi Izard', iaitu sambungan daripada kuliah yang lepas. Tajuk ini menunjukkan bahawa mekanisme saraf untuk ekspresi muka dan persepsi ekspresi adalah bersifat semula jadi. Emosi adalah semula jadi, dan pembelajaran hanya mempunyai impak yang kecil atas pengalaman emosi. Contohnya bayi biasanya dilahirkan untuk bersenyum, dan kajian budaya telah membuktikan teori Izard. Kajian 'Dilahirkan untuk Bersenyum' telah menunjukkan kewujudan ekspresi emosi pada kelahiran, perasaan marah dan terkejut semasa umur tiga, empat bulan, malu dan takut semasa lima, enam bulan, perasaan puas hati pada umur satu dan kesesalan pada awal umur dua. Namun begitu, kajian ini tidak disokong oleh kesusasteraan kajian bayi lain, dan telah dikritikkan kerana senyuman bayi tidak semestinya menunjukkan emosi gembiranya.
 
            Selain itu melalui kajian budaya menyelang seperti kajian Ekman di Amerika Syarikat, Brazil, Chile, Argentina dan Jepun, mereka telah menunjuk gambar-gambar dan menyuruh subjek menyatakan emosi berikut, dan mendapati bahawa terdapat tahap persetujuan yang tinggi dalam lima budaya yang berbeza tersebut. Kritikan termasuklah literasi masyarakat. Ekman telah mengadakan lebih kajian di Borneo dan New Guinea, justeru keputusan telah ditentukan. Scherer dan Walbott 1994 telah mengkaji kajian daripada tiga puluh tujuh Negara dan lima kontinen, dan membuat kesimpulan bahawa terdapat bukti yang tertentu untuk stabiliti menyelang bentuk emosi respons. Ekman juga mengatakan bahawa ekspresi muka tidak semestinya semula jadi, dan ia diubah oleh pengalaman kebudayaan. Paul Ekman (1994) telah menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi. Analisis komputer gambar-gambar muka (Pilowsky & Katsikitis, 1994) telah digunakan dalam kajian-kajian (Ekman, 1971 – di Borneo & New Guinea) Wajah gembira (95-100%) lebih dominan dikenalpasti dari wajah takut (54-85%), secara kebudayaan menyelang. Scherer & Wallbott (1994) juga telah meneliti kajian-kajian meliputi tiga puluh tujuh Negara dan lima benua daan mendapati bahawa konsep kesejagatan enosi wajah adalah mantap dan stabil. Yang berbeza adalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan. Namun begitu, ekspresi sejak lahir boleh diubah sedikit sebanyak oleh pengalaman kebudayaan.
 
            Tajuk seterus yang kami telah mempelajari ialah 'Teori Belajar dan Pengalaman'. Menurut teori ini, terdapat dua peranan belajar dan pengalaman, iaitu pengalaman secara biological, dan pengalaman secara teori belajar. Dari segi biologikal, pembelajaran memainkan peranan yang kecil. Plutchik mengatakan bahawa emosi merupakan ekspresi direct potensi genetik seseorang individu, dan pembelajaran berperanan untuk mengubahnya. Menurut Matsumoto, melalui kajian ke atas ekspresi dan intensity emosi dalam Caucasian, African American, Asian dan Hispanics, dia mendapati bahawa emosi asas adalah sama, tetapi perbezaan yang halus ekspresi adalah berbeza. Menurut Izard juga, activator merupakan situasi yang menyebabkan satu emosi untuk ditunjukkan. Contohnya emosi seperti ketakutan dirangsang dan ditunjukkan oleh activator yang berbeza dalam individu berlainan, unsur-unsur ketakutan termasuklah ketakutan kepada hantu, anjing, ketinggian, lipas dan sebagainya. Proses kognitif berbeza dari individu ke individu lain. Contohnya dalam satu situasi menghadapi pop-kuiz, ia kemungkinan besar merupakan satu malapetaka kepada kawan kamu, tetapi bagi kamu itu merupakan satu peluang untuk kamu mencapai keputusan yang baik. Emosi adalah semula jadi, ekspresi dan aktivasinya diubah oleh pembelajaran dan emosi.
 
            Seterusnya,  kami telah didedahkan tentang topik Emosi positif, iaitu emosi gembira, kasih sayang dan kebahagiaan. Menurut pemikir kono Plato, Aristotle, terdapat banyak intepretasi kebahagiaan dalam kehidupan manusia.  Ada orang menyatakan bahawa kehidupan yang tanpa masalah merupakan kehidupan yang bahagia. Tetapi secara realiti, kehidupan tetap memberi cabaran terhadap setiap insan untk menghadapi. Pada pendapat saya, orang yang bahagia merupakan orang yang dapat melihat sebalik masalahnya dan meneruskan kehidupan dengan penuh harapan masalah akan selesai dan azam untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pendapat saya selari dengan  penyelidikan  'Kajian Kebudayaan Menyelang' dan 'Kebudayaan Asian' di mana tujuan penyelidikan ini dilakukan adalah untuk  menunjukkan statistik dan kadar penumpuan dan tempat di mana orang yang paling gembira berasal. Kajian ini dapat menunjukkan bahawa orang yang pandai menyesuaikan diri dengan cepat  kepada sesuatu persekitaran yang baru ataupun  terhadap sesuatu situasi yang baru merupakan orang yang lebih gembira dan bahagia berbanding dengan mereka gagal melakukannya. Dalam situasi yang sama, kerana kehidupan yang  dinamik, kami harus menjadi dinamik dalam semua aspek untuk menjadi bahagia.
 
            Selain itu. Orang yang bahagia lebih pandai dalam proses perubahan diri , individu  yang mempunyai tahap perubahan yang tinggi dapat  mengatasi masalah dengan lebi efisien dan betul. Faktor kegembiraan mempunyai 2 komponen yang utama (KOzma et all, 1992), iaitu "long term affective state" dan "short term affective state. Untuk jangka masa yang panjang, kegembiraan ini bermula daripada kanak-kanak sehingga sekarang. Manakala, bagi jangka masa pendek pula berdasarkan kejadian yang terkini dalam hidup sesorang individu tertentu. Contohnya ialah, mendapat cahaya mata atuapun gagal dalam peperiksaan.
 
            Terdapat perhubungan antara pengamalan agama dengan tahap kebahagiaan. Dari perspektif saya, orang yang kuat pegangan agama dapat "melihat kebaikan dalam situasi yang buruk" dan mencari keazaman untuk hidup. Hal ini memberi impak yang signifikan terhadap kemahiran adaptasi seseorang. Kepercayaan terhadap satu "kebaikan yang terbesar dan universal" dapat menjadi seseorang itu berfikiran positif dan menerima cabaran sebagai ujian Tuhan.
 
            Emosi positif seterusnya merupakan emosi kasih sayang. Menurut Kitab Injil buku 1 Korintus bab 13, ayat ke-4 and ke5, Ia menyatakan bahawa "kasih sayang itu menyabar; Kasih sayang itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain." Hal ini menunjukkan dalam kebanyakan orang, cinta melebihi perasaan minat tapi melibatkan idea kepunyaan, idea penyayang dan amanah.
 
            Sebelum saya mengakhiri refleksi saya ini, ingin saya share sebuah lagu cinta yang amat sedap dan cantik liriknya, 'If you're Not The One' oleh Daniel Beddingfield:
 
If you're not the one then why does my soul feel glad today?
If you're not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call
If you are not mine would I have the strength to stand at all

If I don't need you then why am I crying on my bed?
If I don't need you then why does your name resound in my head?
If you're not for me then why does this distance maim my life?
If you're not for me then why do I dream of you as my wife?
I'll never know whatthe future brings

But I know you're here with me now
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with

I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?
 
'Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
'Cause I love you, whether it's wrong or right
And though I can't be with you tonight
You know my heart is by your side
 
Kesimpulannnya,  kegembiraan yang ikhlas (kegembiraan berasal dari hati sendiri- happiness truly from your heart) barulah akan mendapatkan kebahagiaan yang sempurna dan kekal. Kuliah kali ini menyebabkan saya memahami banyak perkara yang amat penting. Perkara ini merupakan perkara yang paling saya perlu belajar dan memahaminya kerana ini boleh membantu saya mengatasi masalah-masalah kehidupan saya.

A131591 CHAN YING XIN LJ02

Salam sejahtera saya ucapkan di sini.  Ulasan ini merupakan ulasan kedua berkaitan kuliah Pengurusan  Emosi ZZZT2253 pada 3 Ogos 2011, hari Rabu yang lepas. Kuliah ini telah meliputi teory Izard's Innate Facial Expression dan Emosi Positif. Sebelum saya mula saya ingin meminta maaf kerana menghantar jurnal ini lewat iaitu hanya selepas peperiksaan.

Hari ini kami telah dikenalkan dengan teori Izard sebagai permulaan. Menurutnya, ekspresi muka dan juga persepsi ekspresi semua ini adalah terdapat secara semula jadi dalam individu, iaitu tidak boleh diperoleh dengan melalui pengajaran dan pembelajaran. Teori ini telah disokong dengan pelbagai  kajian, termasuk kajian ';born to smile' dan juga  kajian 'cross cultural'.

Kajian 'born to smile' merupakan kajian terhadap  bayi yang baru dilahirkan. Apabila bayi dilahirkan, mereka telah mempunyai ekspresi emosi. Mereka boleh berasa marah dan surprise pada umur 3-4 bulan, kemaluan dan ketakutan pada 5-6 bulan. Ekspresi mereka telah dipenuhi pada umur satu tahun dan mereka mula berasa serba salah pada umur dua tahun. Semua bukti ini boleh dikatakan bahawa bayi sudah mempunyai  ekspresi emosi sejak lahir. Tetapi teori ini juga menghadapi kritik, iaitu bahawa bayi bukan semestinya gembira walaupun mereka sedang senyum.

Satu lagi kajian yang menyokong teori Izard merupakan kajian 'cross cultural'. Kajian Ekman telah dijalankan di US, Brazil, Chile, Japan dan Argentine. Subjek telah diberi gambar yang berbeza dan dikehendaki untuk mengenal pasti emosi-emosi yang dipaparkan dalam gambar. Dalam lima budaya yang berbeza ini telah mendapat keputusan yang tinggi kesetujuan, iaitu biasanya orang setuju akan sesuatu emosi akan memaparkan ekspresi  yang spesifikasi.  Ini menunjukkan ekspresi emosi boleh menyampaikan mesej kepada orang lain. Ekman telah menjalankan lebih kajian di tempat yang berbeza, iaitu di Borneo dan New Guinea, dan keputusan adalah positif. Scherer dan Walbott telah menguji balik kajian pada tahun 1994, terhadap 37 negara dan 5 kontinen. Mereka telah membuat kesimpulan bahawa keputusan bagi kajian ini adalah konsisten dan respons reaksi adalah stabil. Yang berbeza adalah bagaimana emosi dikawal dan dialami, bukan bagaimana emosi itu dilahirkan. Paul Ekamn (1994) telah mneyokong kesejagatan mimic muka dengan emosi. Computerized analysis of facial photos (Pilowsky & Katsikitis, 1994) telah digunakan dalam kajian-kajian Ekman  di Borneo & New Guinea pada 1971. Wajah gembira lebih dominan dikenalpasti dari wajah taku, iaitu terdapat sebanyak 95 hingga 100% wajah gembira boleh dikenalpasti, tetapi hanya 54-85% wajah takut boleh dikenali.

Selepas diperkenalkan dengan pelbagai teori-teori yang berkaitan dengan emosi, kami telah datang kepada sesuatu teori yang berkaitan degan kesemua ini, iaitu teori pembelajaran dan pengalaman. Pandangan pengalaman dalam segi biologi boleh dikatakan bahawa pembelajaran membawa peranan yang kecil dalam emosi. Menurut Plutchik, emosi itulah ekspresi direk yang merupakan kelakuan yang berpotensi sejak dari genetic manusia lagi, pembelajaran hanya satu proses yang boleh mengubah suaikannya. Matsumoto telah membuat kajian tentang ekspresi dan intensity emosi di Caucasian, African America, Asian dan Hepanics, dan mendapati bahawa emosi basic adalah sama antara satu sama lain, hanya ada perbezaan yang halus dalam emosi-emosi ini.

Menurut kata Izard pula, setiap emosi yang berbeza boleh menjejaskan bayi  terhadap sesuatu perwatakan sekeliling dan melajukan pembelajaran. Emosi bayi boleh dibezakan melalui pembelajran dan pengalaman. Walau bagaimanapun, kognitif proses itu berbeza dari seseorang dengan orang yang lain. Dalam kajian Miller, ketakutan itu emosi yang tiada basis. Kajiannya dengan tikus yang dikenakan aliran elektrik, keputusan menunjukkan ketakutan itu boleh dipelajari. Tetapi manusia adalah individu yang lebih bersedia untuk menerima emosi ketakutan daripada sepsis yang lain.

Dalam kuliah ini, kami juga diperkenalkan dengan pelbagai emosi-emosi positif. Kegembiraan itu merupakan emosi yang boleh dikumpulankan dengan perasaan kepuasan, kebanggaan. Ini menunjukkan kepentingan kegembiraan terhadap semua manusia di seluruh dunia ini. Beberapa sasterawan telah memberikan pendapat mereka. Menurut Aristotle, kegembiraan itulah kejayaan menuju kepuasan. Epicurean pula menunjukkan bahawa kegembiraan merupakan memaksimasikan kegembiraan dan miminimumkan kesedihan atau kepahitan.  Plato berpendapat bahawa kegembiraan itu ialah pencapaian kehidupan yang  baik. Mills pula a berkata itulah kesederhanaan dalam segala kelakuan yang manusia lakukan.

Beberapa kajian yang berkaitan dengan kegembiraan. Cross cultural studies telah menunjukkan kegembiraan berbeza dari Negara ke Negara. Asian cultures report pula menunjukkan kegembiraan individu yang lebih rendah berbanding dengan kontinen yang lain. Orang yang paling gembira di dunia ini merupakan orang di north America, Australia dan Europe. Kajian ini dijalankan oleh Arygle pada 1987.

Bagaimanakah kami boleh dapat tahu tahap kegembiraan kami? Menurut kajian Rim 1993, orang yang lebih menyesuaikan diri selalunya lebih gembira. Mereka yang keluar dengan strategi penyesuaian yang lebih efektif ini akan berasa lebih gembira. Terdapat dua factor yang boleh menjejaskan kegembiraan seseorang, iaitu long term effective states and short term effective states. Dalam kategori long term, emosi yang berturut-turut dari bulan ke bulan atau tahun ke tahun adalah lebih stabil.  Dalam short term, factor ini berdasarkan peristiwa yang berlaku pada masa yang dekat, contohnya mendapat cahaya mata, ataupun gagal dalam peperiksaan. Dengan ini kami boleh membuat kesimpulan bahawa kegembiraan itu hasil tambahan long term dan short term affective states.

Menurut Freud, hubungan kami dengan ibu bapa pada masa kecil sangat penting sebagai factor pengenalpasti dalam penyesuaian pada masa depan dan juga tahap kegembiraan. Terdapat pelabagai aktiviti dalam kehiduoan yang bersifat positif menurut Arygle. Antaranya  termasuklah lulus dalam peperiksaan, pergi makan anign, berkelah, dipromot dalam kerjaya, mendapat kerja baru, sembuh daripada penyakit serius dan sebagainya. Kami juga dapat tahu bahawa kegembiraan dan perkahwinan adalah berkait rapat. Menurut Vanossen 1981, lelaki dan juga perempuan telah mendapat kegembiraan daripada perkahwinan mereka. Kajiann juga menunjukkan orang yang telah berkahwin lebih gembira daripada mereka yang masih bujang. Melihat kajian Veroff 1981, mereka yang divorce juga terdapat sebanyak 18.5% lelaki dan 15.5% perempuan yang mengatakan mereka adalah gembira walaupun mereka telah divorce. 35% lelaki yang kahwin dan 41.5% perempuan yang telah kahwin mengatakan mereka adalah gembira. Ini menunjukkan perkahwinan membawa kegembiraan.

Terdapat juga factor lain yang menyebabkan seseorang itu gembira. Antaranya termasuklah kesihatan, persahabatan, kerja, rekreasi, agama dan lain-lain lagi. Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai sesuatu agama lebih mudah mencapai kegembiraan dan kurang stress berbanding dengan mereka yang tiada sebarang agama. Buktinya ialah kajian oleh Gallup, mereka yang kuat imam adalah dua kali ganda peluang untuk menjadi sangat gembira. Bukti yang kedua ialah analisis yang meliputi lebih daripada 200 kajian, iaitu berkaitan dengan mereka yang kuat agama mempunyai kemungkinan yang lebih rendah dalam melibatkan diri dalam salah guna dadah atau depression.

Selepas kuliah ini, saya telah diperkenalkan dengan pelbagai teori dan juga emosi positif yang belum saya dapat eksplore sebelum ini. Saya telah belajar banyak dalam kuliah ini dan saya telah mendapat lebih banyak pengetahuan tentang bagaimana untuk mengubah suai emosi saya.

A131527 Gan Chen Ling LJ02 Kebahagiaan

Selamat sejahtera, jurnal ini merupakan jurnal kedua saya tentang apa yang diajari dalam kuliah Penguruasan Emosi ZZZT2253 pada 3 Ogos 2011. Kuliah ini telah dibahagikan kepada tiga sesi. Sesi pertama adalah kuliah tentang 'Izard's Innate Facial Expression', sesi kedua merupakan sesi kuiz and sesi ketiga merupakan kuliah tentang emosi positif. Kuliah ZZZT2253 pada hari Rabu yang lepas diakhiri dengan sesi pembentangan pelajar tentang pendapat mereka terhadap kuliah hari ini. Jadi, dalam jurnal ini saya akan membincangkan pendapat saya tentang 'Izard's Innate Facial Expression' dan apa yang telah saya pelajari dalam kuliah ini. Dalam teori ini, Izard telah membuktikan bahawa mekanisme neural untuk ekspresi wajah dan persepsi ungkapan terhadap emosi merupakan sesuatu yang semula jadi. Emosi sendirinya juag merupakan sesuatu yang semula jadi dan pembelajaran juga akan meniggalkan impact kecil terhadap pengalaman emosi kita. Pendapat Izard ini dapat dibuktikan melalui dua kajian yang telah dijalankan, iaitu, "cross-cultural studies" dan "newborn's 'born to smile' studies".

Dalam kajian 'born to smile' studies, ungkapan emosi dikesan ketika lahir, ungkapan emosi kemarahan dan kejutan diekpresskan ketika 3 atau 4 bulan usia, malu dan takut ketika 5 atau 6 bulan, ungkapan kandungan kepuasaan manakala diekspresskan ketika 1 tahun dan rasa bersalah pada awal tahun dua. Tetapi, senyuman bayi tidak bermakna dia gembira! Hal ini adalah kerana bayi ini kurang pengalaman hidup. Tidak bersalah jika saya berpendapat bahawa bayi itu sendiri pun tidak tahu apa makna sebenarnya bersenyum. Bayi itu bersenyum mungkin hanya merupakan satu refleksi daripada mekanisme neuralnya. Selain daripada itu, kita ataupun boleh mengambil contah daripada kehidupan dewasa kita sendiri. Kadang kala, kita bersenyum bukan kerana kita gembira tapi tujuan kita bersenyum ini adalah untuk menyimpan perasaan kita daripada orang lain supaya orang lain tidak tahu bahawa kita tidak bergembira. Hal ini adalah kerana tidak mahu mempengaruhi perasaan orang lain dan membebankan mereka. 

Manakala dalam kajian "cross-cultural studies", Ekman telah melakukan kajiannya di Amerika Syarikat, Brazil, Chile, Argentina dan Jepun dengan menunjukkan beberapa gambar kepada orang awam dan bertanya mereka bahawa gambar ini menunjukkan apa emosi. Keputusan daripada kajian Ekman ini adalah bahawa pendapat terhadap emosi ini adalah sama daripada 5 negara yang berbeza yang mempunyai 5 budaya yang berbeza. Jadi, daripada keputusan kajian ini, Ekman membuat kesimpulan bahawa ungkapan emosi tidak sepenuhnya semula jadi tapi, ia telah diubah suai oleh pengalaman budaya. Paul Ekman menyokong kesejagatan mimic muka dengan emosi. Contohnya, oleh kebanyakkan orang mengekspresskan perasaan gembira mereka dengan cara yang sama iaitu bersenyum atau melompat dengan keriangan, ataupun wajah gembira merupakan ungkapan emosi yang paling biasa dilihat dan dikenali, jadi, wajah gembira lebih dikenalpasti dari wajah takut. Scherer dan Wallbott meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Yang berbaza adalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan.

Selain daripada Teori Izard, menurut teori "Learning and experience", emosi juga merupakan satu hasil daripada pengalaman daripada pandangan biologi dan pengalaman melalui pandangan pembelajaran. Melalui pendapat Izard, setiap emosi sensitizes bayi itu kepada ciri-ciri tertentu dalam persekitaran kita dan memudahkan dan membantu pembelajaran bayi itu. Emosi ini adalah untuk mempengaruhi tingkah laku bayi ini. Tetapi, dengan pengalaman hidup kita dan pengalaman melalui pandangan pembelajaran, emosi semula jadi yang diungkapkan oleh bayi ini telah menjadi satu personaliti. Manakala, melalui pengalaman daripada pandangan biologi, emosi dicungkilkan oleh aktivators yang berbeza pada individu yang berlainan. Contohnya, sesetengah orang yang takut terhadap anjing akan mengungkapkan emosi takut tetapi juga ada sesetengah orang yang suka anjing akan mengungkapkan emosi gembira semasa bertemu dengan anjing.

Semasa sesi ketiga kuliah ini, kami telah diajar apa itu emosi positif. Sebelum kuliah ini, pendapat saya terhadap emosi positif adalah emosi yang akan memberi kesan yang baik terhadap badan kita, kehidupan kita dan pergaulan kita contohnya sentiasa bergembira dan bersenyum. Tetapi selepas menghadiri kuliah ini, pengetahuan saya terhadap emosi positif telah bertambah banyak. Contoh emosi positif adalah gembira, bahagia dan kasih. Kegembiraan merupakan satu keadaan emosi yang dicirikan oleh perasaan keseronokan dan kepuasaan. Menurut pandangan Aristotle, Aristotle berpendapat bahawa kegembiraan merupakan kejayaan mengejar kesenangan. Menurut pandangan Plato, Plato berpendapat bahawa sumber kegembiraan didapat daripada kehidupan yang baik. Manakala Epicurean berpendapat bahawa kegembiraan diperolehi dengan memaksimumkan keseronokan dan mengurangkan kesakitan. Mills berpendapat bahawa kegembiraan adalah kesesuaian semua tingkah laku kita. Bagaimana dengan anda? Pada pendapat saya, perkara yang akan menyebabkam saya gembira amat mudah. Perkara yang paling penting ialah kita perlu berpuas hati dengan apa yang kita ada. Kita tidak boleh tamak dan jangan meletakkan harapan kita terlalu tinggi terhadap seseorang. Dengan ini, kita akan dapat bergembira melalui setiap hari. Kalau saya dapat memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan, semua ahli keluarga saya sihat dan bergembira, saya juga akan bergembira.

Rin telah menyatakan bahawa orang yang dapat menyelaraskan dirinya dengan kesekitaran akan lebih gembira dan orang yang bergembira dapat menyelaraskan diri mereka dengan lebih baik. Selain itu, orang yang mempunyai tahap penyesuaian yang lebih tinggi akan dapat menghadapi semua masalah dengan lebih baik. Mereka yang dapat membangunkan strategi-strategi yang lebih berkesan cenderung untuk menjadikan mereka lebih gembira. Dalam Kozma et al 1992, dicatatkan bahawa gembira terdiri daripada 2 komponen iaitu faktor afektif berjangka panjang dan faktor afektif berjangka pendek. Faktor afektif berjangka panjang merupakan kumulatif emosi kita sejak dari kecil manakala faktor afektif berjangka pendek merupakan peristiwa terkini dalam kehidupan. Contoh-contoh peristiwa dalam kehidupan yang dalam menjadikan kita bergembira adalah jatuh cinta, sembuh daripada sakit, bercuti, berkahwin, kelahiran anak dan dinaikkan pangkat dalam kerja. Kajian telah membuktikan bahawa orang yang telah berkahwin lebih gembira daripada orang yang berseorangan dan belum berkahwin. Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa orang yang beragama lebih gembira dan kurang tekanan. Pada pendapat saya, orang yang beragama lebih gembira adalah kerana mereka yakin dan percaya bahawa Tuhan mempunyai pelan-pelan yang terbaik untuk kita dan Tuhan akan sentiasa membantu kita semasa kita mengalami kesusahan. Selain daripada gembira dan bahagia, kasih sayang juga merupakan satu emosi positif. Kasih sayang terdiri daripada 3 faktor iaitu komitmen, keintiman dan keghairahan. Kasih sayang mampu membawa kegembiraan dan kedua-dua kegembiraan dan kasih sayang pula membawa kepada kebahagiaan seseorang.     

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang akan menyebabkan kita gembira dan mempengaruhi perasaan kita. Saya juga menyedari kepentingan untuk kita berpuas hati dengan apa yang kita ada untuk bergembira dan kebahagiaan dan emosi positif merupakan sesuatu yang parasaan yang amat berharga dan perlu kita hargai. Jadi, mula pada hari ini, saya akan gembira melalui setiap hari dan mengamalkan emosi positif jika boleh. =)

A131416 Hoe Vee Chuan LJ02 Emosi yang Positif

Selamat sejahtera kepada semua pelajar dan Dr. Zamri. Selepas menghadiri kuliah kedua ini, saya telah mempelajari beberapa ilmu pengetahuan yang penting. Dr. Zamri telah mendedahkan kami tentang teory Izard's Innate Facial Expression dan Emosi positif.

Izard's Innate Facial Expression telah menerangkan bahawa kewujudan emosi adalah secara semula jadi. Ini bermaksud proses pembelajaran emosi tidak memainkan peranan penting. Untuk membuktikan kebenarannya, beberapa fakta telah diberitahu. Salah satu ialah bayi-bayi yamg baru dilahir mampu memaparkan perasaan serta  emosi mereka melalui gerak muka mereka. Apabila mereka sedih, mereka akan menangis.Apabila gembira pula, mereka akan senyum dengan comel.  Kesemua emosi tersebut diekpresi dengan begitu semula jadi. Melalui kajian 'Born To Smile', bayi-bayi mula menunjukan kemarahan dan kekejutan dalam masa 3 atau 4 bulan. Manakala pada bulan 5 dan 6, mereka dapat mengekpresi perasaan ketakutan dan kemaluan mereka. Hal ini telah mengukuhkan fakta bahawa emosi adalah semulajadi.

Namun terdapat kajian daripada Scherer dan Wallbott, mereka mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Kajian ini meliputi 37 negara dan 5 benua . Dalam kajian tersebut, ia telah menerangkan bahawa perbezaan emosi  mereka adalah cara emosi berkenaan dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan. Sebagai contoh, semasa mendapati berita kematian seseorang ahli keluarganya. Ahli-ahli keluarga yang lain sudah pasti akan berasa sedih dan pedih. Tetapi bukan semuanya akan menangis. Adakah mereka tidak mencintai ahli keluarganya? Ataupun mereka tidak mempunyai rasa sedih? Sebenarnya, perasaan sedih mereka tidak dapat digambar melalui ayat-ayat. Mereka mungkin berasa sedih sehingga tidak dapat bertidur dengan lena selama beberapa minggu atau berbulan-bulan . Namun begitu, mereka mampu mengawal perasaan sedih itu daripada dipaparkan pada muka mereka. 
Melalui teori "Learning and Experience Theories", ia menekankan pembelajaran tidak memainkan peranan yang penting kerana emosi adalah semulajadi. Walaupun pembelajaran emosi kurang penting, tetapi ia dapat menjejaskan  cara mereka memaparkan  perasaan tertentu.
Selepas didedahkan tentang Izard's Innate Facial Expression, Dr. Zamri mula mengajar  Emosi positif.  Emosi positif yang kami dalami termasuklah emosi gembira, bahagia dan kasih. Apakah definisi kegembiraan atau kebahagiaan? Kebahagiaan merupakan suatu emosi atau keadaan afektif yang mempunyai beberapa ciri-ciri unik yang tertentu. Antaranya termasuklah perasaan keriangan, keseronokan dan kepuasan. Oleh itu, emosi ini menjadi refleksi kepada kepentingan sejagat yang diberi perhatian penuh oleh manusia.

Terdapat beberapa pandangan falsafah yang menerangkan kegembiraan atau kebahagiaan. Aristotle menggambarkan kegembiraan sebagai sesuatu benda abstrak yang perlu dikejar dan sekiranya berjaya, seseorang individu tersebut akan mendapat keseronokan dan seterusnya kegembiraan. Plato pula menganggap hidup yang penuh dengan nilai-nilai moral dan murni sebagai punca kegembiraan. Beliau berpendapat seseorang itu hanya mampu mengecapi kebahagiaan sekiranya orang itu bermoral dalam hidupnya. Ahli falsafah Epicurean pula memberi pandangan bahawa kebahagiaan ditentukan menerusi tahap keseronokan dan tahap kesakitan. Kegembiraan boleh dicapai dengan meningkatkan keseronokan di samping mengurangkan kesakitan. Satu lagi ahli falsafah, iaitu Mills menerangkan bahawa kegembiraan merupakan kesesuaian segala sikap pada situasi tertentu. Pengamalan sikap yang betul pada keadaan yang betul akan mengurangkan masalah dan seterusnya menghasilkan perasaan kepuasan, keseronokan dan keriangan. Perasaan tersebut akan membawa kepada kebahagiaan dan kegembiraan. Senyuman pula menjadi tanda kegembiraan dan kebahagiaan yang ketara.

Kajian yang dijalankan oleh Veenhoven (1995) menunjukkan bahawa tahap kegembiraan berbeza dari sebuah negara ke negara yang lain. Diener et al (1995) dalam laporan budaya Asiannya, menyatakan bahawa masyarakat Asia adalah kurang gembira berbanding masyarakat-masyarakat lain di seluruh pelosok dunia. Kajian Argyle (1987) pula membuktikan bahawa masyarakat yang paling gembira dan bahagia di dunia adalah mereka yang tinggal di Kanada, Amerika Syarikat dan Eropah.

Konsep kegembiraan ada kaitan yang kuat dengan tahap penyesuaian diri. Kebolehan menyesuaikan diri dalam keadaan yang berbeza akan menentukan emosi kegembiraan dan kebahagiaan yang dialami oleh seseorang individu. Individu yang lebih pandai menyesuaikan diri adalah lebih gembira berbanding dengan mereka yang mempunyai masalah penyesuaian diri dalam kehidupan. Individu yang gembira dalam hidup mereka juga merupakan individu yang mempunyai kebolehan adaptif yang tinggi.  Manakala mereka yang tidak boleh menyelesaikan diri akan menghadapi masalah yang banyak sehingga mereka berasa hidupnya penuh dengan rintangan dan kesedihan. Apakah rational di sebalik fakta tersebut? Hal ini adalah kerana individu yang mempunyai tahap adaptif yang baik mampu menghadapi dan menguruskan segala masalah mereka dengan baik. Sebagai pelajar perubatan, kami seharusnya mempunyai tahap penyesuaian diri yang tinggi agar kami dapat menghadapi segala kesukaran pada masa yang datang. Kesukaran tersebut bukan sahaja terlibat dengan pembelajaran dan peperiksaan kami,  ia juga merangkumi  segala cabaran kami sebagai seorang doktor pada masa depan. Tanpa penyesuaian yang tinggi, seseorang pelajar akan menghadapi kesukaran untuk meneruskan pengajian sepanjang lima tahun ini serta akan menghalang kejayaannya. Rim (1993) menerangkan bahawa mereka yang mempunyai strategi penyelesaian masalah yang lebih efektif akan menjadikan hidup mereka lebih seronok, riang dan memuaskan.  

Kegembiraan mempunyai 2 elemen yang penting, menurut Kozma et al (1992). Elemen yang dimaksudkan adalah keadaan efektif jangka panjang (long term affective states) dan keadaan efektif jangka pendek (short term affective states). Keadaan efektif jangka panjang boleh didefinisikan sebagai latar belakang emosi yang stabil dan berterusan untuk suatu jangka yang panjang yang meliputi zaman kanak-kanak sehingga hari ini. Keadaan afektif jangka rendah pula merujuk kepada pengalaman dalam kejadian yang berlaku pada baru-baru ini. Kegembiraan adalah hasil akhir campuran kedua-dua elemen ini. Frued  menyatakan bahawa hubungan kami dengan ibu bapa kami semasa muda adalah penentu penting kepada penyesuaian diri dan kebahagiaan pada masa akan datang.

Kegembiraan juga ada kaitannya dengan perkahwinaan. Kedua-dua pihak dalam satu pasangan mendapat banyak kepuasan dan kegembiraan, mengikut Vanfossen (1981). Orang yang telah berkahwin juga adalah lebih gembira berbanding mereka yang bujang. Fakta ini dibuktikan oleh kajian Veroff et al (1981). Contohnya, bagi mereka yang bujang, mereka selalu menghabiskan masa mereka berseorangan. Walaupun mereka mempunyai kawan yang banyak, namun mereka tetap tidak mempunyai seseorang yang boleh dikongsi perasaan dan saling menjaga sesama sendiri. Manakala mereka yang telah berkahwin, mereka dapat berkongsi segala kegembiraan dan kesedihan dengan pasangannya. Mereka juga dapat menghabiskan kebanyakan masa bersama-sama. Segala detik-detik manis dan pahit akan mereka melalui bersama-sama.  Argyle (1987) pula berpendapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi kegembiraan termasuklah kesihatan, persahabatan, kerja, rekreasi dan penghayatan agama (religiosity).

Sebelum saya mengakhirkan ayat tamat saya, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan saya supaya mereka  mengingati bahawa kegembiraan dan kebahagian selalu disisinya. Hidup dengan gembira adalah lebih baik daripada hidup yang penuh dengan kepahitan.

Sekian,  terima kasih.