Sunday, September 4, 2011
LJo5:jurnal Emosi terakhirku..-->adakah ini PERSONALITI aku??? (AHMAD FAKHZAN ALIAS:A 131587)
KUEK YONG LONG A131718
Selamat sejahtera. Ini merupakan tugasan jurnal yang terakhir bagi subjek kod ZZZT2253 yang bertajuk pengurusan emosi. Pada hari 24 Ogos 2011 yang lepas, saya telah menghadiri kuliah kelima untuk kursus ini. Pensyarah kami ialah Dr. Ahmad Zamri Mansor. Kami telah diberikan tugas untuk menghasilkan satu jurnal tentang isi kandungan dalam pembelajaran pengurusan emosi yang telah kami diajari. Kali ini, saya telah diajar dan kali pertama didedahkan tentang "Emosi dan Personality".
Kuliah kali ini adalah berbeza berbanding dengan kuliah-kuliah yang lepas. Kali ini, Dr. Zamri telah mengedarkan tiga tugasan untuk disempurnakan dalam kuliah yang kelima ini. Dr. Zamri tidak memberikan kuliah tentang emosi, malah kami semua dikehendaki membaca slide-slide dan teks tentang teori psikoanalitikal. Pada pukul 2 petang, Dr. Zamri seperti biasa menayangkan klip video kepada kami semua. Klip video kali ini mengandungi teori psikoanalitikal dan kami perlu menghubungkaitkan apa-apa yang kami tahu daripada slide-slide dengan klip video tersebut. Dan, inilah tugasan pertama yang kami perlu siapkan. Selepas itu, kami perlu menjawab soal selidik MBTI iaitu tugasan yang kedua. Pada akhir ujian tersebut, kami telah mengetahui kategori personaliti kami masing-masing. Tugasan yang ketiga ialah menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan kami juga dapat mengetahui kategori personaliti pada akhir ujian ini.
Selepas itu, Satu video muzik yang bertajuk "Childhood Experience" telah ditayangkan. Video ini telah mengisahkan pengalaman kehidupan seseorang kanak-kanak yang berfikiran naif dan telah mempunyai emosi yang berbeza semasa kecil dan dewasa. Semasa kecil, kanak-kanak tidak perlu risau terhadap apa-apa masalah yang timbul disebabkan ibu bapa akan membantu mereka untuk menanganinya. Tetapi, apabila mereka dewasa, ibu bapa tidak akan selalu berada di sisi mereka lagi, dan mereka perlu mengatasi segala masalah yang timbul dalam kehidupan mereka. Emosi mereka mestilah akan mempunyai perubahan dan kadang-kala mereka akan berfikiran negatif disebabkan kesusahan kehidupan mereka. Daripada video ini, mesej yang penting adalah menyeru kami agar sentiasa berfikiran positif dan matang semasa menghadapi masalah-masalah kehidupan dan pandai menguruskan emosi sendiri.
Selain itu, kami juga diperkenalkan dua personality iaitu personaliti A dan personaliti B melalui satu klip video yang mengisahkan "Types of Personality". Menurut kilp video ini, saya telah diperkenalkan pelbagai personaliti yang dimiliki oleh setiap manusia. Untuk personaliti A, personaliti ini merupakan jenis yang tidak suka membazirkan masa dan suka menyiapkan kerja-kerja secara merta serta tidak suka melengahkan masa dan tugas. Orang yang berpersonaliti ini akan melakukan kerja yang disuruhkan dengan pantas walaupun masa yang kerja perlu dihantarkan belum sampai. Bagi saya, orang yang berpersonaliti ini hidup seperti robot kerana hidup mereka terlalu teratur dan tidak boleh tahan dengan kebaziran masa. Mereka akan senang marah sekiranya kebaziran masa berlaku dan akan berkelam-kabut sekiranya hidup mereka terganggu. Disebabkan kelemahan ini, biasanya orang ramai akan tidak suka berdekat dengan mereka walaupun hidup mereka amat beratur.
Untuk personaliti B, personaliti ini merupakan jenis yang lebih tenang dan sabar serta dapat menyesuaikan diri sendiri dalam keadaan yang berbeza. Saya merupakan jenis personaliti ini. Sebagai jenis personaliti B ini, saya tidak mudah risau dan tidak akan berfikiran kelam-kabut apabila menghadapi masalah. Saya akan lebih tenang dan berfikir tentang faktor-faktor yang mencetuskan masalah berlaku dan juga cara-cara untuk mengatasinya. Walaupun personaliti B ini tidak mempunyai kehidupan yang teratur, namun saya sebagai jenis ini senang menyesuaikan diri sendiri dan menanti cabaran yang akan datang.
Selepas ini, Dr. Zamri telah memberikan peluang untuk kami melakukan ujian personaliti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) agar mengetahui jenis personaliti kami. MBTI ini telah membahagikan personaliti dalam 4 bahagian iaitu "Extraversion or Introversion", "Sensing or Intuition", "Thinking or Feeling" dan "Judging or Perceiving". Saya merupakan individu yang mempunyai ESTP iaitu "Extraversion", "Sensing", "Thinking" dan "Perceiving". Extraversion kerana saya seorang yang aktif dan gemar aktiviti-aktiviti serta suka menerokai dunia yang besar ini. Saya suka menyertai pelbagai aktiviti untuk menimbakan ilmu pengetahuan saya dan mendapat kumpulan kawan yang besar. Sensing kerana saya seorang yang bersedia untuk memperbaik kelemahan dan kesilapan saya. Contohnya, selepas aktiviti, biasanya saya akan mengadakan satu perjumpaan yang tidak formal dan kami akan meluahkan segala termasuklah kelemahan kami semua agar kami sedar akan kelemahan diri sendiri. Saya akan mengambil semua ini sebagai pengajaran dan membaiki diri sendiri. Thinking kerana saya seorang yang berfikiran scara logik sebelum bertindak dan melakukan sebarangan keputusan. Saya merupakan seorang pemain catur, dan saya selalu melatihkan diri saya agar berfikir sebelum bertindak dan membuat keputusan. Dengan ini, saya dapat menghindari diri sendiri daripada membuat kesilapan besar mahupun kecil. Perceiving kerana saya seorang yang lebih suka menjadi flexible. Saya akan selalu memerhatikan sekeliling dengan melalui penglihatan dan pendengaran saya.
Selain MBTI, kami juga diberikan tugas untuk menyiapkan Big Five Theory agar mengetahui personaliti kami. Dalam soal selidik ini, soalan-soalan telah dibahagikan kepada 5 kumpulan berdasarkan lima faktor iaitu "Openness", "Consientiousness", "Extraversion" "Agreeableness" dan "Neuroticism" (OCEAN). Setiap faktor ini mendapat 8 soalan untuk kami jawab supaya kami dapat mengenalpastikan personaliti kami. Dalam 5 faktor ini, saya telah mendapat "Agreeableness". Saya merupakan seorang yang berhati lembut dan mudah menunjukkan hati simpati saya. Contohnya, saya akan berhati lembut apabila kawan saya meminta bantuan daripada saya dan saya akan berusaha untuk mencapaikannya. Selain itu, saya juga mudah bersimpati dan selalu membantu orang yang perlu bantuan seperti saya akan memimpinkan orang buta melintasi jalan raya walaupun kesuntukan masa. Inilah hasil daripada ibu bapa saya yang juga mempunyai sifat seperti saya. Mereka yang bersifat ini telah secara langsungnya mempengaruhi saya. Saya merupakan orang yang sentiasa gembira kerana saya selalu berfikiran optimistik dan selalu bersedia menunggu cabaran. Contohnya, apabila masalah timbul, saya akan berpandangan terbuka dan tenang berfikir serta mengatasinya. Sekiranya kawan saya sedih atau berfikiran pessimistik, saya akan cuba sedaya upaya untuk mempengaruhinya agar berfikiran positive dan menangani masalah tersebut.
Secara tuntas, melalui kuliah ini, saya telah banyak mengetahui personaliti saya. Saya telah lebih berfikiran matang dan tidak berputus asa dengan segala cabaran dan masalah dalam hidup saya. Saya telah memahami bahawa kami merupakan tuan emosi. Kami perlu pandai mengawalkannya dan menguruskannya dengan baik. Sebaliknya, bukan bagi emosi mengawalkan kami. Sekiranya emosi menjadi tuan kami, kami akan melakukan perkara-perkara yang tidak diingini. Dengan ini, saya akan mengekalkan personaliti saya dan selalu mengambil berat tentang emosi saya.
Sekian, terima kasih.
A131424 Lee Wei Ming LJ05
Setelah lebih seminggu menghabiskan masa di rumah, kini tibalah masa saya menyiapkan tugasan yang belum selesai. Learning journal saya yang kelima, dan yang terakhir.
Mengingat kembali kelas pengurusan emosi tempoh hari sebelum hari raya, saya merasakan ini adalah kelas yang paling menarik perhatian saya setakat ini. Kelas dibahagikan kepada tiga slot dan dimulakan dengan tayangan sebuah video yang begitu menarik. Penerbit menyatakan pendangannya terhadap kehidupan semasa kecil iaitu menganggap kehidupan ini adalah sempurna dan tiada masalah yang akan timbul. Seandainya terdapat masalah jua, sudah tentu ada jalan penyelesaiannya. Saya harus menyatakan bahawa tiada sesiapa yand dapat menafikan zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling menyoronokkan. Tiada apa-apa yang perlu difikirkan dan dirisaukan. Segala keperluan dan kehendak disediakan oleh ibu bapa tersayang kita.
Apabila semakin besar, kita akan mula mempelajari bahawa kehidupan ini tidaklah semudah yang disangka. Banyak cabaran tidak diduga yang harus ditempuhi. Sewaktu kecil, kita diajar untuk berkawan dengan semua orang, tetapi kita akan mula sedar bahawa bukan semua orang yang kita temu mahu berkawan dengan kita. Bukan semua kesulitan yang dihadapi ada jalan penyelesaiannya. Sesetengahnya adalah di luar kawalan kita. Bukan semua orang yang rapat dengan kita boleh dipercayai. Bukan semua orang akan berbuat baik dengan kita seperti apa yang diperlakukan kita kepada mereka. Pada masa inilah yang kita akan berasa menjadi seorang insan yang baik kurang mendatangkan faedah kepada diri, seperti dicaci dan dikutuk, dan akhirnya dipulaukan dan bersendirian.
Namun, apabila kita semakin dewasa, kita akan mula mengerti kehidupan sebenar dan bersedia mengharungi permasalahan seumpama ini dari perspektif lain. Kita akan tahu membezakan perkara yang baik dari yang buruk. Sekiranya niat dan tindakan kita adalah baik, jangan berubah pendirian walaupun dipermainkan oleh mereka yang mengambil kesempatan atas niat murni kita. Satu perkara lagi adalah jangan mudah berputus asa separuh jalan walaupun telah lama berusaha tetapi masih belum menampakkan hasil.
Bergerak kepada slot kedua, secara umumnya dan dengan cara termudah, personaliti boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis A dan jenis B. Dalam kata mudah, jenis A adalah mereka yang sangat mengejar masa manakala jenis B pula adalah yang sentiasa tenang. Jelas sekali menurut video ringkas ini saya tergolong dalam kelompok personaliti jenis B. Oleh yang demikian, saya akan mengulas lebih kepada personaliti jenis B. Menurut klasifikasi ini, jenis B melakukan aktiviti dengan tenang, memandu mengikut had laju atau kurang, tidak cerewet, makan lambat, sabar, tidak tergesa-gesa atau risau, bercakap perlahan, releks, dan kehadirannya disukai. Orang kategori ini juga bersifat tidak formal, berkeyakinan tinggi, dan mudah bergaul. Jika dibandingkan dari sudut motivasi untuk berjaya, kedua-dua personaliti ini adalah sama tahap motivasi mereka. Bezanya adalah pesonaliti jenis B mencapai matlamat tanpa tekanan atau stress yang banyak dan dalam keadaan tenang.
Melalui rujukan dari sumber lain yang membahagikan jenis personaliti kepada empat, jenis A adalah pemimpin, dan jenis B adalah mereka yang suka bersosial. Tidak ada mana-mana satu jenis personaliti yang lebih baik dan masing-masing mempunyai kelebihan dari sudut berlainan. Disebabkan ini, kesemua jenis personaliti diperlukan terutamanya dalam suatu organisasi atau kumpulan supaya kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kekurangan seseorang dapat diseimbangkan oleh kelebihan rakan sepasukan dan prestasi kerja dapat dioptimakan. Walau bagaimanapun, disebabkan personaliti yang berbeza, sesetengah orang akan menghadapi masalah untuk bergaul dan bekerjasama dengan mereka yang berpersonaliti lain.
Seterusnya kami diminta menjawab soalan-soalan berkaitan 2 ujian personaliti iaitu MBTI dan TBF. MBTI merupakan singkatan kepada "Myer's Briggs Type Indicator". TBF merupakan singkatan untuk "The Big Five" theory.
Untuk MBTI, saya tidak tahu mendefinisikan ujian ini. Menurut Ryan Lau, rakan sekelas saya: "ujian ini mengketogorikan personaliti manusia kepada 16 jenis yang merupakan gabungan 4 jenis sifat daripada 4 kumpulan yang mempunyai 2 sifat am manusia. 8 jenis sifat yang dimaksukan termasuklah sifat extraverted (E) and introverted (I), sifat sensing (S) atau intuitive (N), sifat thinking (T)atau feeling (F), serta sifat judging (J) atau perceiving (P). Dalam ujian ini, kami diberikan beberapa kenyataan yang menerangkan setiap sifat tersebut dan diminta untuk memilih sifat yang paling sesuai dengan diri sendiri daripada setiap kumpulan itu." Gabungan empat huruf ini melambangkan satu personaliti yang menerangkan diri kita.
Untuk ujian TBF, teori ini membahagikan personaliti manusia kepada 5 jenis, iaitu keterbukaaan (openness), berwaspada (conscientiousness), "extraversion" dan sifat mudah bersetuju (agreeableness) serta "neuroticism". Ujian ini telah menunjukkan saya berada dalam kumpulan "neuroticism". "Neuroticism" bermaksud ketidakstabilan emosi. Dalam erti kata lain, orang yang bersifat neuroticism senang mengalami perubahan emosi yang sangat ketara. Mereka berkecenderungan untuk mengalami emosi yang negatif seperti kemarahan, kebimbangan dan kemurungan. Selain itu, mereka juga sangat reaktif secara emosi dan mudah beri laluan kepada tekanan hidup. Situasi yang normal biasanya diintrepretasikan oleh golongan ini sebagai satu ancaman dan kekecewaan yang timbul daripada kegagalan yang kecil dilihat sebagai suatu kesukaran yang tidak dapat diatasi. Reaksi-reaksi emosi yang negatif ini biasanya berkekalan untuk jangka masa yang agak panjang berbanding individu yang bersifat lain. Hal ini menjadikan mereka selalu dalam mood yang kurang baik. Secara amnya, golongan ini senang dipengaruhi oleh emosi mereka dan pengaruh ini menjejaskan kebolehan dan keupayaan mereka untuk berfikir dan beranalisa secara jelas, membuat keputusan yang baik dan menghadapi tekanan hidup yang dialami secara efektif and berkesan.
Kesimpulan dari kelima-lima jurnal pembelajaran, saya kini sedar emosi manusia adalah sebenarnya amat kompleks dan tidak mudah ditafsir. Pelbagai cubaan dan jenis klasifikasi direka untuk mengkategorikan manusia tetapi tiada satu pun yang dirasakan adalah tepat. Sepanjang membuat leaning journal, saya terbaca bermacam-macam kritikan dan isu yang dibangkitkan tentang pengelasan manusia dari apa jua sudut sekalipun dan memang tidak dapat dinafikan kritikan-kritikan tersebut adalah bernas dan tidak dapat disangkal. Keadaan ini menjadikan ujian personaliti yang diguna pakai adalah kerana diterima kebanyakkan orang dan bukannya kerana tepat. Contohnya The Big Five Theory, berikut adalah serba sedikit ulasan mengenainya.
"Current research concentrates on a number of areas. One important question is: are the five factors the right ones? Attempts to replicate the Big Five in other countries with local dictionaries have succeeded in some countries but not in others. Apparently, for instance, Hungarians don't appear to have a single Agreeableness factor. Other researchers find evidence for Agreeableness but not for other factors.
In an attempt to explain variance in personality traits more fully, some have found seven factors, some eighteen, and some only three. What determines the eventual number of factors is essentially the kind of information that is put into the factor analysis in the first place. Since theory often implicitly precedes empirical science (such as factor analysis), the Big Five and other proposed factor structures should always be judged according to the items that went into the factor analytic algorithm. Recent studies show that seven- or eighteen-factor models have their relative strengths and weaknesses in explaining variance in DSM-based symptom counts in nonclinical samples and in psychiatric patients, and do not seem to be clearly outperformed by the Big Five."
Ini membuktikan tidak ada dua manusia di dunia ini adalah sama dan variasinya terlalu luas sehingga sukar dikategorikan. Oleh yang demikian, saya tetap percaya bahawa kita sendirilah yang paling memahami diri kita.