Wednesday, August 3, 2011

A126900 Zafirah Ainna Raatu-Teori Emosi & Kasih Sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
            Ini merupakan jurnal kedua saya dalam kursus ZT2253, pengurusan emosi. Pada 3 ogos 2011, seperti biasa kuliah bermula pada jam 2.00 petang yang bertempat di dewan kuliah 1. Dr. Zamri telah memulakan kuliah dengan menerangkan beberapa langkah untuk mendaftarkan nama kumpulan berserta nama ahli kumpulan untuk tugasan 2 yang dilakukan secara berkumpulan.
            Selepas itu, Dr. Zamri memulakan kuliah tajuk kedua iaitu mengenai eksperasi wajah. Kuliah ini adalah sambungan dari kuliah sebelum ini yang membincangkan definasi dan struktur asas emosi. Teori Izard menyatakan bahawa eksperasi wajah dan persepsi ke atas sesuatu eksperasi adalah semulajadi atau 'natural'. Emosi juga adalah semulajadi dan boleh dipelajari melalui pengalaman. Sebagai bukti, Izard mengatakan bahawa bayi yang baru sahaja dilahirkan akan tersenyum. Ini kerana beliau mendapati bahawa eksperasi emosi seperti marah dan terkejut boleh dilakukan bayi yang berumur 3 atau 4 bulan, eksperasi malu dan takut pada bayi yang berumur 5 atau 6 bulan, manakala eksperasi rasa bersalah di awal tahun kedua. Bukan itu sahaja, Izard membuat 'cross-cultural studies'. Beberapa kajian telah dibuat di US, Brazil, Chile, Argentina dan Jepun seperti dilakukan oleh Ekman. Paul Ekman (1994) telah menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi. Scherer dan Walbott 1994 telah membuat kajian dan mendapati bahawa terdapat keselarasan bukti di dalam tindakbalas emosi setelah meneliti kajian-kajian yang telah dibuat meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Yang berbeza adalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan. Walau bagaimanapun, eksperasi bayi yang baru dilahirkan boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
            Terdapat 2 komponen di dalam teori pembelajaran dan pengalaman atau 'Learning & experience theories' iaitu dari segi biologi dan pembelajaran (learning). Dari segi biologi, Plutchik menyatakan bahawa emosi adalah eksperasi secara terus oleh individu tersebut dan boleh dipengaruhi oleh faktor kehidupan individu itu sendiri semasa membesar. Matsumoto telah membuat kajian eksperasi dan keamatan emosi di Caucasian, Afrika Amerika, Asia dan Hispanics dan telah mendapati bahawa asas emosi adalah sama tetapi eksperasi yang dilakukan adalah berlainan. Emosi seperti takut adalah disebabkan oleh pengaktif (activators) yang berlainan di dalam setiap individu, sebagai contoh; hantu, anjing, ketinggian dan juga lipas. Proses kognitif juga berlainan oleh setiap individu. Dari segi pembelajaran(learning) pula, beberapa kajian telah dibuat seperti kajian yang dilakukan oleh Miller dan Albert. Albert mengatakan bahawa seseorang individu itu boleh merasa takut melalui pengalaman hidup yang dijalani. Kesimpulannya, terdapat beberapa evolusi didalam asas emosi seperti yamg dinyatakan oleh Tomkin mengenai tindakbalas wajah; senyum boleh menyebabkan kegembiraan. Manakala Izard mengatakan pengalaman emosi dipengaruhi oleh tindakbalas daripada eksperasi wajah. Biologi dan pembelajaran adalah komponen-komponen yang mempengaruhi teori pembelajaran dan pengalaman( theories on learning and experience).
            Selepas kuliah kedua, Dr. Zamri memberi masa untuk para pelajar berehat sambil menunjukkan sebuah video klip. Selepas itu beliau telah membuat satu sesi interaktif dengan mengadakan beberapa kuiz berkaitan kuliah pada minggu lepas dan juga kuliah yang baru sahaja disampaikan. Pelajar dibahagikan beberapa kumpulan kecil yang terdiri dari 2 hingga 3 orang. Kuiz yang pertama mengenai teori emosi dan kuiz kedua mengenai teori Darwin. Kesemua soalan mengandungi 20 soalan dan kumpulan saya hanya mendapat 16 markah.
            Selepas itu, Dr.Zamri meneruskan kuliah ketiga yang bertajuk gembira, bahagia dan kasih. Kebahagiaan adalah emosi yang dikategorikan dengan perasaan keseronokan dan kepuasan. Beberapa ahli philosopi seperti Aristotle, Plato, Epicurean dan Mills telah mengemukan pandangan masing-masing seperti kebahagiaan adalah hasil sesuatu kepuasan. Kajian yang dilakukan oleh Veehoven (1995) menunjukkan bahawa kebahagiaan setiap negara adalah berlainan. Menurut Argyle (1987), orang yang tinggal di Amerika Utara, Australia dan Eropah adalah orang yang paling bahagia. Menurut Rim (1993) pula, orang yang efektif dalam mengendalikan strategi lebih senang membuat diri mereka bahagia. Terdapat dua komponen di dalam kebahagiaan( Kozma et al, 1992) iaitu, jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Pada yang dimaksudkan jangka masa panjang adalah kebahagiaan yang berlarutan dan stabil dari bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun atau sejak kanak-kanak sehingga sekarang. Manakala apa yang dimaksudkan oleh jangka masa pendek adalah berdasarkan peristiwa yang berlaku dalam waktu yang singkat seperti mendapat cahaya mata atau gagal dalam peperiksaan. Kebahagiaan secara keseluruhannya adalah jumlah kebahagiaan jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Menurut Freud, hubungan kita dengan kedua ibubapa semasa kanak-kanak adalah penting untuk menentukan penyesuaian dan kebahagiaan pada masa akan datang. Sumber dari Argyle (1987), jatuh cinta adalah peristiwa yang mempunyai peratus yang paling tinggi dalam mencapai kebahagiaan. Bercakap mengenai kebahagiaan dan perkhawinan, kedua-dua lelaki dan perempuan mencapai kebahagiaan dalam perkhawinan (Vanfossen, 1981). Pasangan yang berkhawin lebih bahagia dari orang yang tidak berkhawin. Factor lain yang dikeluarkan oleh Argle, 1987 selain perkhawinan adalah kesihatan, persahabatan, kerja, rekreasi dan juga penghayatan agama (religiosity). Orang yang beragama adalah orang yang lebih bahagia dan orang yang kurang mengalami tekanan. Perkara ini telah dibuktikan dengan beberapa kajian yang dilakukan oleh Gallup dan Keith Ward.
            Kasih sayang (love) adalah lebih dari perasaan suka. Terdapat tiga faktor kasih sayang iaitu komitmen, keintiman dan keghairahan. Proses yang membawa dua individu untuk berkasih saying adalah tarikan dalaman (interpersonal attraction). Hubungan romantic adalah individu yang menginginkan hubungan intim, mempunyai hubungan fisikal yang sangat rapat dan mempunyai kemahiran sosial yang mencukupi untuk memulakan dan mempertahankan sesebuah hubungan. Pengkaji mendefinasikan kebahagiaan dalam dua cara; penilaian bahawa hidup adalah kepuasaan dan dominasi oleh emosi positif berbanding emosi negatif. Untuk menjadi positif, ialah mempunyai ilusi positif tentang diri sendiri. Perbandingan individu yang tidak bahagia, individu yang bahagia adalah individu yang kurang didera, kurang mempunyai masalah kesihatan, suka menolong, kreatif, bertenaga, pemaaf dan boleh dipercayai.
            Apa yang kita tahu mengenai orang yang gembira adalah tiada perbezaan jantina mahupun umur dalam mencapai kegembiraan. Adakah wang membuatkan orang gembira? Sebagai contoh, Negara yang kaya mempunyai tahap kepuasan dalam hidup berbanding negara yang miskin. Kuliah ini telah berakhir pada jam 4.30 petang.
            Disini saya ingin berkongsi sedikit pandangan. Pada kuliah yang kedua mengenai eksperasi emosi. Menurut Izard, emosi adalah sesuatu yang semulajadi dan boleh diubahsuai seiring dengan perkembangan seseorang itu. Bagi saya, tidak semua emosi dapat dieksperasikan melalui wajah, ini bermaksud emosi dapat dieksperasikan melalui perlakuan contohnya seperti keadaan marah, seseorang itu tidak menunjukkan kemarahannya di wajah tapi dengan memukul atau memecahkan barang. Mengapa saya berpendapat sebegini kerana saya sendiri melaluinya. Bukan setiap emosi yang saya alami saya akan mengeksperasikan di muka saya, saya lebih menzahirkan emosi saya dengan perbuatan. Bila saya dalam keadaan marah saya akan menghembas barang-barang sekeliling saya. Disebabkan pembelajaran sepanjang kehidupan saya, sikap ini dapat diubah suai. Kini, bila saya di dalam keadaan marah, saya tidak lagi menghembas barang di sekeliling saya, saya terlebih dahulu berpikir supaya bertenang dan sentiasa berpikiran positif bahawa setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Saya juga akan menarik nafas kemudian hembus selama beberapa minit untuk menenangkan diri saya.
            Pada kuliah yang ketiga adalah mengenai gembira, bahagia dan kasih. Semua orang ingin mencapai kebahagiaan, begitu juga diri saya sendiri. Bagi saya, perasaan gembira itu terletak pada diri individu itu sendiri, ini bermakna walaupun keadaan sekelilingnya lebih kepada negative, tapi jika seseorang itu gembira, keadaan yang negative boleh menjadi positif. Bagi saya perkataan bahagia lebih kepada kepuasaan. Manakala kasih pula berkaitan hubungan sesama manusia termasuk antara keluarga, adik beradik dan suami isteri. Setakat itu sahaja yang saya boleh kongsi setakat ini.
Sekian, terima kasih.
 

A127023 AIMI FADILAH BINTI SHARIFFUDDIN EKSPRESI EMOSI DAN EMOSI POSITIF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…

Minggu ke-3 untuk kuliah pengurusan emosi membawa saya memahami emosi diri dan cara-cara untuk mengawalnya dengan lebih baik. Tajuk pengurusan emosi pada 3 Ogos 2011 ini ialah Ekspresi Emosi. Untuk tajuk kali ini, saya mempelajari beberapa teori, pandangan dan kajian dari tokoh-tokoh terdahulu berkaitan dengan emosi. Secara ringkasnya untuk kuliah pertama minggu in saya telah mempelajari tentang Izard's Innate facial expression iaitu tentang mekanisma saraf di mana emosi itu natural dan belajar mempunyai impact yang minor terhadap pengalaman. Salah satu buktinya ialah studi tentang bayi yang baru lahir yang di katakan mempunyai sifat semulajadi iaitu senyum atau dalam erti kata lain 'born to smile'. Selain dari itu studi tentang budaya juga telah di jalankan dan di dapati bahawa emosi adalah seragam dalam semua budaya.

Dalam kuliah ini juga,  ada ditekankan tentang emosi dari segi biologi iaitu emosi di tonjolkan apabila terdapat rangsangan seperti sesuatu situasi. Sebagai contoh, perasaan takut dirangsang oleh pelbagai jenis rangsangan yang berbeza bagi setiap individu yang berbeza. Proses kognitif adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang lain. Pandangan-pandangan tentang emosi ini telah di sokong dengan beberapa teori dan kajian seperti Miller's study dan Albert's study. Dalam Miller's study, kajian yang dilakukan mendapati bahawa ketakutan tiada asas dalam biologi. Kajian yang telah dijalankan adalah seperti kejutan elektrik terhadap tikus dan hasilnya ialah tikus tersebut mempelajari rasa takut tersebut iaitu ia akan mengekspresikan perasaan atau rasa takutnya untuk kali kedua ia dikenakan kejutan elektrik. Dalam Albert's study pula, menunjukkan bahawa manusia juga boleh memperoleh atau merasa takut melalui proses pembelajaran. Menurut Albert rasa takut ini dipelajari tetapi manusia secara genetiknya lebih bersedia untuk rasa takut terhadap sesuatu benda berbanding dengan makhluk lain.

Selain itu juga, beberapa perbandingan telah di buat tentang konsep emosi ini berpandukan beberapa teori yang telah dipelajari sebelum ini. Yang pertama adalah perbandingan bagi teori evolusi di mana 3 teori di bandingkan iaitu emosi primari, Tomkin's facial feedback theory dan Izard's innate facial expression. Emosi adalah sesuatu hasil genetic dalam kejadian awal manusia.

Untuk emosi primari terdapat beberapa emosi asas iaitu yang pertama ialah keturunan dalam karakter bagi universal spesis. 3 karakter yang di nyatakan iaitu semulajadi, menyeluruh dan perasaan unik. Selain itu, dalam emosi primari ini juga membincangkan tentang struktur emosi (Plutchik), 3 bahasa, tindak balas adaptif dan juga dimensi ( intensiti, persamaan, kutub). Teori kedua dalam teori evolusi ( emosi primary) ialah Tomkin's facial feedback theory. Dalam teori ini,  emosi di kategorikan sebagai sifat atau pergerakan wajah. 9 emosi di aktifkan oleh spesifik rangsangan dari persekitaran dan ekspresi wajah yang di rangsang.  Teori terakhir yang dibandingkan ialah Izard's innate facial expression. Teori ini membincangkaan tentang mekanisma neural untuk ekspresi wajah adalah semulajadi atau natural. Selain itu, pengalaman emosi diaktifkan melalui sensori tindakbalas dari wajah. Ekspresi wajah juga boleh menyebabkan subjektif emosi contohnya senyuman boleh melahirkan rasa gembira.

Perbandingan kedua adalah tentang teori berdasarkan pembelajaran dan pengalaman. Pembelajaran dan pengalaman penting dalam mengekspresikan emosi. Dalam perbandingan ini, terdapat dua pandangan iaitu dari segi biologi dan juga teori pembelajaran. Dari segi biologinya, mempelajari emosi memainkan peranan yang minor. Kesan pembelajaran mempengaruhi kekerapan di mana pelbagai emosi diekspreskan. Emosi juga dikatakan natural, sebagai individu yang membesar, pembelajaran mempengaruhi emosi. Setiap orang dilahirkan mempunyai perasaan marah tetapi beljar untuk mengekspresikannya mengikut cara masing-masing. Contohnya sesetengah orang lebih selesa untuk memendamkan marahnya dan hanya melahirkan wajah manis untuk meredakan kemarahannya, bagi sesetengah orang yang lain pula, mengskspresikan marahnya dengan menjerit atau mencampakkan barang. Dalam teori pembelajaran pula semua emosi dikatakan dikenali dari pembelajaran. Rasa takut tiada dalam asas biologi. Ketakutan di perolehi melalui satu proses pembelajaran. Rasa takut dipelajari tetapi manusia secara genetiknya lebih bersedia untuk merasa takut dengan sesuatu berbanding dengan makhluk lain.

Secara keseluruhannya bagi tajuk pertama kuliah ini ialah emosi dilahirkan atau ditunjukkan melalui ekspresi muka atau dalam bentuk lain berbeza dari satu individu dengan individu lain.

Sekarang saya ingin mengulas atau membincangkan sedikit tentang apa yang telah dipelajari dalam tajuk kedua dalam kuliah ini iaitu emosi positif seperti gembira, bahagia, dan kasih. Kegembiraan adalah satu komponen emosi yang dikategorikan sebagai perasaan seronok, suka dan puas hati. Ini menggambarkan kepentingan keseluruhan di mana manusia hidup dengan perasaan gembira. Pandangan tokoh-tokoh terdahulu seperti Aristotle; kegembiraan adalah satu pencapaian dalam rasa suka. Bagi tokoh Plato pula, sumber untuk kegembiraan ialah mempunyai standard moral yang tinggi. Selain itu, Epicurean menyatakan bahawa kegembiraan diperolehi dengan meningkatkan rasa senang hati atau suka dan mengurangkan rasa sakit. Bagi Mills pula, kegembiraan adalah bersesuaian dengan semua tingkah laku.

Pelbagai perkara dapat membuatkan kita bahagia dan gembira. Bagi saya sendiri, saya berasa gembira sekiranya segala usaha saya dalam pembelajaran membuahkan hasil seperti lulus dengan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Kebahagiaan yang saya ingini adalah mempunyai keluarga dengan ikatan kasih sayang yang kukuh dan dapat menghabiskan masa lapang bersama-sama. Saya juga mempunyai impian untuk mengecapi kegembiraan akan datang iaitu untuk mendapat ijazah dalam jurusan perubatan ini dan mencapai cita-cita yang diimpikan selama ini. Saya juga ingin merasa kebahagiaan dalam berumahtangga pada masa akan datang.

Dalam tajuk kedua kuliah ini, ada dinyatakan tentang kajian berkaitan dengan kegembiraan. Cross culture studies adalah salah satu kajian yang dijalankan menunjukkan kegembiraan berbeza dari satu negara dengan negara yang lain. Budaya orang Asia dinyatakan mempunyai kegembiraan kendiri yang rendah dari yang lain. Orang yang paling gembira dikaji adalah orang Amerika Utara, Australia dan Eropah.

Orang yang gembira adalah seseorang yang dapat sesuaikan diri dengan persekitaran dan keadaan. Terdapat dua komponen dalam kegembiraan iaitu kegembiraan jangka panjang dan jangka pendek. Untuk kegembiraan jangka panjang bermaksud kegembiraan yang berterusan dari bulan ke bulan, tahun ke tahun. Iaitu dari zaman kanak-kanak hingga sekarang. Bagi kegembiraan jangka pendek pula bermaksud kegembiraan yang disekat atau di selangi dengan perkara yang menyedihkan seperti gagal dalam peperiksaan. Saya ingin mengaitkan pernyataan ini dengan pengalaman saya sebagai seorang pelajar perubatan yang telah gagal dalam peperiksaan akhir tahun satu dan terpaksa mengulang tahun, bagi saya sekiranya saya tidak dapat mengawal emosi sedih dan kecewa saya pada waktu itu kemungkinan besar saya tidak lagi berada di sini menulis jurnal atau melakukan aktiviti sebagai pelajar perubatan. Mungkin saya telah berhenti atau menukar jurusan. Pengawalan emosi adalah sangat penting supaya kita tidak menyesal di kemudiaan hari.

Seterusnya, kegembiraan dan kebahagiaan juga di kaitkan dengan perkahwinan, agama, kasih sayang yang di perolehi dari orang sekeliling. Kadang kala wang juga dapat memberikan kebahagiaan kepada seseorang kerana ia memberikan kepuasan hati dalam hidup.

Dalam kuliah kali ini, saya telah menjawab beberapa soalan kuiz yang diberikan di antara kuliah yang pertama dengan yang kedua. Kuiz ini meningkatkan kecerdasan otak saya untuk berfikir dan mengingat kembali pembelajaran sebelum ini.

Akhir kata, emosi adalah sesuatu yang dapat dikenalpasti melalui ekspresi muka dan cara mengekspresikannya adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang lain.

Sekian.

jurnal 2-NORAINI SARINA BINTI ABDULLAH

ADA APA PADA WAJAH ?
 
Setiap hari kita bergerak,berjalan dan berjumpa dengan ramai orang yang pastinya berbagai ragam.Riak-riak wajah mereka juga memberi seribu makna pada kita.Mengapa wajah yang menjadi persoalannya ?Hal ini kerana riak wajah adalah isyarat badan dan petunjuk emosi seseorang yang paling mudah dilihat. Seorang lelaki boleh terpaut hatinya apabila melihat gadis manis tersenyum kepadanya.Ibubapa menjadi lega dan tenang setelah pulang penat bekerja apabila melihat wajah anak mereka.
 
Menurut teori Izard,emosi adalah sifat semul;ajadi yang telah tertanam dalam diri kita sejak kita kecil lagi.Beliau mengatakan bahawa setiap jenis senyum adalah sama bagi setiap orang di seluruh dunia.Sebagai contohnya,sejak dari bayi kita sudah pandai menangis,marah,ketawa,senyum dan sebagainya.Namun,sebagai persoalannya adakah bayi menangis menunjukkan mereka sedih,mungkin mereka sakit dan apabila bayi senyum adakah mereka menunjukkan bahawa emosi mereka gembira.Ingin saya ulang kembali sedikit cebisan kisah Pak Pandir dan Mak Mandir.Mereka mempunyai seorang bayi.Alkisah mereka tidak tahu suhu air yang sesuai untuk memandikan bayi.Maka mereka berdua menggunakan air yang baru dididihkan untuk memandikan anak mereka.Tatkala merka sedang memandikan anak mereka,kelihatan wajah anak mereka seperti bayi yang digeletek,seperti wajah yang tersenyum.Mereka menyangka anak mereka suka dan gembira lalu mereka terus memandikan anak mereka dengan air panas terbabit.Malangnya akhirnya anak mereka meninggal dunia.Pengajarannya,tidak semestinya apa yang diekspresikan oleh seorang bayi sama emosinya seperti apa yang diekspresikan oleh orang dewasa.
 
Seterusnya,kuliah pada hari ini menyebut tentang kajian Ekman iaitu riak yang ditunjukkan oleh wajah seseorang itu menunjukkan emosi yang dialami oleh orang tersebut.Kajian juga menunjukkan bahawa wajah gembira yang paling mudah dikenali oleh semua orang.Pada pendapat saya,riak wajah tidak semestinya menunjukkan emosi sebenar yang dialami oleh orang tersebut.Hal ini berlaku apabila seseorang yang menggunakan riak wajahnya dengan tujuan motif yang tertentu.Sebagai contoh,seseorang yang bermuka sedih demi untuk meraih simpati orang ramai sehingga ada yang berpura-pura menangis.Padahal sebenarnya dia tidak sedih.
Seterusnya senyum.Orang yang tersenyum dan kelihatan tenang tidak semesti dalam keadaan yang gembira.Secara fitrahnya,kebanyakan daripada kita akan menyembunyikan emosi sebenar kita daripada diketahui orang ramai.Namun,saya tidak nafikan bahawa kadangkala kita tidak mampu menyembunyikan apa yang kita hadapi dan emosi tersebut mudah terpapar dengan tingkah laku dan riak wajah kita.Mungkin kita tidak sedar apakah riak wajah kita ketika itu namun orang yang berada di sekeliling kita akan mudah perasan seperti kata peribahasa rakan ibarat cermin.Mereka boleh nampak apa yang terpapar pada diri kita dala kita sendiri tidak menyedari.Ingin saya luahkan bahawa pada pendapat saya wajah yang paling tidak menyelesakan dan tidak senang dipandang adalah wajah marah.Entah mengapa,saya dapat rasakan ketika kita marah kdangkala kita tidak dapat mengawal diri dan mungkin secara tidak sengaja kita menyakiti orang lain.
 
Percayakah anda bahawa kegembiraan tidak semestinya akan terpapar melalui ketawa ? Kalau saya teliti kehidupan saya,saya merasakan bahawa saya jarang sekali ketawa walhal alhamdulillah setiap hari saya berada dalam situasi gembira.Saya hanya mampu tersenyum kerana pada pendapat saya kadangkala belum ada perkara yang mampu membuat saya mudah tertawa walaupun situasi yang menggembirakan dan saya hanya mampu tersenyum.
 
 
Senyum dikatakan sebagai alat komunikasi,alat untuk menarik perhatian dan lain-lain lagi.Kadangkala apabila seseorang itu tidak rajin untuk bertegur sapa,cukuplah dengan hanya senyuman sebagai tanda bertegur sapa.Dalam hadis ada menyebut bahawa senyum juga sebahagian daripada bentuk sedekah.Jika kita teliti kembali,mengapa begitu?Ingin saya ilustrasikan situasi apabila kita seringkali terserempak dengan wajah kawan kita yang selalu masam dan tidak senyum,apakah perasaan kita?Ada kemungkinan kita akan tertanya-tanya apakah yang menyebabkan dia bermasam muka apabila kita terserempak dengannya,adakah kita yang mnjadi penyebab?Seterusnya,cuba kita bayangkan kita seringkali terserempak dengan sahabat kita yang selalu tersenyum di hadapan kita.Pasti kita juga akan tersenyum sama,merasa gembira dan senang hati melihatnya.Kadangkala,emosi orang lain juga mampu mempengaruhi emosi kita bukan?
 
Tambahan lagi,mengikut ''Learning Theory Of View of Experience'',emosi boleh dibentuk dan dipupuk.Saya rasa saya bersetuju dengan teori ini.Sebagai contoh,sifat takutkan cacing tanah.Jika seseorang itu telah dibiasakan dengan cacing tanah sejak kecil dan mempunyai ahli keluarga ataupun adik-beradik yang tidak takutkan cacing tanah,maka dia juga tidak takut akan cacing tanah.Namun,jika sejak kecil lagi dia telah ditakut-takutkan dan diberitakan perihal cacing tanah yang menggelikan,dia akan terdidik untuk takut akan cacing.
 
Selain itu,dalam kuliah hari ini ada menyebut berkenaan faktor-faktor utama yang menyebabkan kegembiraan iaitu jatuh cinta,lulus periksa atau berjaya dalam peperiksaan,sembuh daripada penyakit serius,dapat anak dan sebagainya lagi.Mengikut beberapa pandangan ahli falsafah,situasi bahagia adalah di mana seseorang itu dapat menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi.Pada saya,perkara ini bertepatan dengan apa yang digalakkan untuk diamalkan di kalangan orang islam iaitu sifat redha dan syukur.Apabila kita mudah merasa senang hati dengan sesuatu keadaan yang sememangnya telah diaturkan oleh ALLAH Taala untuk kita,kita akan mudah merasa bahagia dan senang hati malahan tidak resah.Dan orang yang tidak mensyukuri nikmat yang sedia ada akan mudah ditimpa masalah dan mudah beremosi negative.Mengikut beberapa ahli falasafah,orang yang bahagia ialah dimana emosi positif lebih banyak daripada emosi negative.
 
Bagi saya ,bahagia adalah sesuatu yang agak subjektif.Istilah bahagia bagi setiap orang adalah berbeza mengikut keadaan yang berbeza-beza.Jika difikir-fikirkan kembali,adakah situasi bahagia yang membuatkan seseorang itu bahagia ataupun orang yang bahagia merasakan  sesuatu situasi itu bahagia ?Hmm,ini suatu persoalan yang agak susah untuk dijawab.
 
Akhir sekali,kuliah ada menyebut kasih sayng mempunyai hubung kait dengan ikatan yang erat,prihatin dan kepercayaan.Apabila,seseorang itu sayangkan seseorang,ikatan perhubungan di antara mereka dilihat begitu rapat.Jika ada berlaku sesuatu mereka akan saling prihatin dan kepercayaan mudah diberi kepada orang yan disayangi.Namun,kasih sayang di dalam hubungan cinta terlarang bias merosakkan diri.Inilah antara contoh situasi yang boleh merosakkan diri.Itulah yang berlaku pada kebanyakan remaja pada masa kini.Apabila sudah terlalu sayangkan teman lelaki,merka merasakan ikatan hubungan antara mereka terlalu rapat.Ini sehinggakan ketika makan,tidur,belajar semuanya teringat kepada si lelaki.Bak kata pepatah,makan tak kenyang,tidur tak lena ,mandi tak basah.Jika ada sesuatu yang berlaku pada si lelaki,si gadis pasti terlalu risau dan pastinya akan prihatin akan makan ,minum dan hari-hari yang dilalui si lelaki walaupun mungkin hanya perkara-perkara kecil seperti selesema,lapar,luka,minggu peperiksaan dan banyak lagi.Seterusnya,kepercayaan diberikan kepada si lelaki.Si gadis percaya dengan si lelaki sehingga ada yang sanggup mendengar pujuk rayu lelaki untuk menggadaikan maruah mereka,meninggalkan keluarga,menyentuh mereka,mengikut si lelaki ke mana-mana dan lain-lain lagi.
 
            Sebagai pengajarannya,apa yang dilihat dari mata pandangan kita tidak mungkin sama dengan emosi sebenar yang dihadapi oleh seseorang itu.Walaubagaimanapun,kita boleh mengambil langkah berhati-hati untuk berhadapan dengan seseorang itu melalui isyarat-isyarat dan riak wajah seseorang itu di dalam menangani sesuatu situasi.Seterusnya,kita haruslah bijak mengawal emosi kita dan pandai mengenal erti kasih sayang yang sebenar agar kita tidak tersilap menggunakan konsep kasih sayang itu sendiri.
 

A131966 Nur Syuhada Binti Othman-LJ 02 : Teori-teori Emosi & Emosi Positif

                Assalamualaikum dan salam sejahtera, penulisan jurnal kali ini merupakan jurnal ke dua bagi saya setelah tamatnya kuliah kali ini yang bertarikh  3 Ogos 2011. Kuliah kali ini banyak mengisarkan tentang Izard's Innate Facial Expression, Learning & Experience Theories, dan Emosi Positif. Sepanjang kuliah yang telah berlansung selama tiga jam ini amat membantu saya mendalami dan lebih memahami mengenai subjek pengurusan emosi ini. Pada jurnal kali ini, saya akan cuba huraikan serba sedikit tentang kuliah tadi berdasarkan tahap pemahaman saya dan cuba kaitkan dengan diri saya sendiri ataupun pengalaman yang pernah dilalui yang berkaitan dengan pembelajaran kali ini.

            Menurut Izard, berdasarkan kajiannya, learning has minor impact on emotional experience yang bermaksud pembelajaran hanya menyumbang kepada pengalaman emosi dalam kuantiti yang sedikit. Hal ini dapat dibuktikan melalui
       I.            kehadiran ekspresi emosi ketika bayi, marah dan terkejut pada 3 atau 4 bulan, malu dan takut pada 5 atau 6 bulan dan perasaan bersalah hadir ketika usia 2 tahun, tetapi terdapat kritikan di sini bahawa apabila bayi tersenyum bukan bermaksud si dia gembira tetapi terdapat pandangan bahawa senyuman itu merupakan satu bentuk komunikasi.
 
    II.            Berdasarkan 'cross cultural studies', suatu gambar atau imej dipamerkan kepada subjek dan  subjek hendaklah mempamirkan satu jenis emosi yang berkaitan dengan imij tersebut seperti melihat imej gembira, subjek hendaklah mempamirkan emosi tersebut melalui riak wajah dengan senyuman. Melalui kajian ini didapati kadar persamaan dalam hasil kajian hamper sama bagi 5 buah negara. Walaubagaimanapun terdapat kritikan bahawa kajian ini hanya berkesan kepada golongan yang berpendidikan. Untuk mengatasi isu ini, Izard telah memperluaskan kajiannya ke beberapa buah negara dan mendapati hasil kajian tetap sama.
 
Ekman telah menyokon kesejagatan mimik muka dengan emosi sejajar dengan apa Izard ingin sampaikan dalam 'cross cultural studies'. Didapati, wajah gembira lebih dominan dikenal pasti dari wajah takut. Di sini saya sangat bersetuju kerana ketika kuiz ekspresi muka yang dijalankan di kuliah tadi, amat sukar bagi saya untuk membezakan wajah takut dengan wajah terkejut kerana kedua-duanya hampir mempamirkan reaksi yang sama dan sangat mudah bagi saya untuk mengenali wajah gembira kerana kegembiraan sering dikaitkan dengan senyuman.
Seterusnya, saya belajar mengenai Learning & Experience Theories. Peranan pembelajaran dan pengalaman ini terbahagi kepada dua iaitu

                               I.            Sudut biologi ( Biological view )
Dari susudut biologi, pembelajaran memainkan peranan yang sedikit dalam peranan emosi. Memerlukan satu situasi sebagai perangsang emosi. Berdasarkan pemahaman saya, perlunya satu situasi bagi seseorang itu untuk memperlihatkan emosinya seperti contoh ketika saya menghadiri kenduri arwah seorang rakan saya, semestinya emosi yang akan dipamerkan adalah emosi sedih. Jadi di sini kita dapat melihat fungi situasi dalam rangsangan emosi. Emosi juga dikatakan bergantung kepada individu itu sendiri sepeti perasaan takut. Setiap individu mempunyai ketakutan pada sesuatu perkara dan diantara individu, perkara yang ditakuti mungkin berbeza-beza dan pada pendapat saya, perkara ini tercetus daripada pengalam mereka sendiri. Saya mula takut pada objek tajam setelah saya melukakan diri dengan tidak sengaja ketika membuka pentup tin dan ketika itu, darah mengalir keluar dengan banyaknya. Setelah insiden itu, saya mengalami perasaan takut pada objek-objek yang boleh melukakan saya. Ketika dalam makmal, saya diminta melukakan tangan untuk mendapat sampel darah bagi ujian jenis darah, tetapi saya mengalami kesukaran dalam melaksankannya dan muka saya mula pucat dan mengigil-gigil kerana terlalu takut perkara yang sama akan terjadi seperti dahulu.
 
 
                            II.            Learning Theory View
Menurut teori ini, semua emosi dipelajari. Berdasarkan kajian Miller dan Albert membuktikan bahawa emosi boleh dipelajari.
 
            Dalam dunia perubatan, emosi pesakit juga diambil kira ketika sejarah peasakit diambil semasa pemeriksaan dilakukan. Ketika pembelajan subjek klinikal sains, para doktor meminta kami melihat emosi pesakit itu sendiri semasa pemeriksaan dilakukan kerana dikhuatiri mereka mungkin berbohong atau adakah mereka sedang menahan kesakitan ketika diperiksa dan ini dapat membantu daam melakukan diagnosis. Melalui pengurusan emosi ini, sedikit sebanyak dapat membantu saya memahami emosi dengan lebih mendalam dan diharapkan sepanjang proses pembelajaran ini saya dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari di dalam dunia perubatan demi kesejahteraan pesakit saya pada masa akan datang.

            Sekarang beralih kepada emosi positif. Menurut Aristotle, kegembiraan ialah hasil kepada pencarian ke arah keseronokan, manakal menurut Plato, punca kepada kebahagian ialah kehidupan yang baik dan mulia. Berdasarkan kedua-dua tokoh sejarawan ini, saya sangat menyokon apa yang Plato inign sampaikan. Sekiranya kita menjalani kehidupan dengan baik, kita akan peroleh kebahagian dalam hidup tetapi ada juga yang mengatakan bahawa seseorang yang bahagia dapat menjadikan keadaannya ataupun suasana sekelilingnya lebih baik. Pada pandangan saya mengenai isu ini, suasana yang baik merupakan faktor utama dalam mengecapi kebahagian. Sekiranya kita dilahirkan dalam keadaan keluarga yang berpecah belah, bolehkah kita mengecapi kebahagiaan?

Sebelum mengupas dengan lebih lanjut, saya inigi berkongsi suatu cerita. Ahmad (bukan nama sebenar ) merungut-rungut kepenatan setelah disuruh oleh ibunya untuk membersihkan halaman rumah. Ahmad berkata di dalam hati ' ish, kenapalah ibu suruh aku buat semua ini,  tak faham ke aku baru balik dari sekolah, penat'. Walaupun begitu, Ahmad tetap melakukan kerja yang diarahkan oleh ibunya kerana tidak mahu bertengkar. Semasa sedang asyik melakukan tugasan itu, terlintas satu idea dan cepat-cepat mencatitkan idea tersebut dalam sekeping kertas. Di dalam kertas itu tertulis seperti berikut :

            Upah membersihkan laman                  : RM 5
            Upah pergi ke kedai                            : RM 2
            Upah membuang sampah                     : RM 2
            Upah mencuci pinggan mangkuk          : RM 3

            Setelah selesai mencatitkan jumlah yang perlu diberikan ibu kepadanya, Ahmad berlari masuk ke dalam rumah untuk diberikan kepada ibunya. Ibunya tersenyum setelah membaca lalu mengambil sekeping kertas lalu mencatitkan sesuatu.

            Upah mengandungkan kamu                           : Percuma
            Upah menyusukan                                          : Percuma
            Upah menjaga kamu siang dan malam             : Percuma
            Upah membesarkan kamu                              : Percuma      
 
Ibu menyerahkan kepingan kertas itu kepada Ahmad. Setelah membacanya, Ahmad menangis lalu meminta maaf kepada ibunya.

            Melalui cerita ini, apa yang ingin saya sampaikan ialah bahawa wang bukan segala-galanya. Sama juga seperti apa yang dipelajari hari ini mengenai emosi positif. Wang tidak dapat membantu seseorang dalam mengecapi kebahagian. Tidak dapat dinafikan bahawa harta benda dapat memberikan kebahagian dan kegembiraan, tetapi ianya hanyalah memberi kesan dalam tempoh yang singkat. Semakin kita mengejar kekayaan, semakin kita kehilangan sesuatu yanglebih berharga sekiranya kita tidak pandai membahagikan masa dengan baik.

            Sepanjang kuliah pada hari ini, saya telah dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang teori-teori yang berkaitan dengan emosi serta apa itu emosi positif. Pembelajaran kali ini membantu saya mengkaitkan peranan emosi dalam kehidupan seharian dan cuba untuk mempraktikkan apa yang dipelajari dalam bidang yang saya ceburi sekarang

Sekian, terima kasih.

Re:..

. http://itarcon.com.br/confirm.html?ykgoogleid=11xy6