Friday, August 12, 2011

A131715 Phillip Goh Jit Tong LJ03

Salam perdana buat semua penyinggah blog kursus ZT2253 Pengurusan Emosi. Tanggal 10hb Ogos 2011, iaitu Rabu ketiga buat kuliah ZT kami, kuliah kali ini berpaksikan Emosi Negatif. Emosi negatif merangkumi perasaan marah , takut, malu, sedih, dan marah. Tampaknya, tajuk ini tidak mendatangkan sebarang kemusykilan kerana sudah menjadi lumrah alam bahawa semua orang mengalami perasaan sedemikian. Setiap seorang daripada umat manusia tidak bebas daripada melakukan kesalahan, begitu juga dengan mengalami emosi negatif. Dr. Zamri telah memulakan kuliah dengan menayangkan video sebuah lagu remix Justin Bieber iaitu 'Baby' yang telah disunting dan disesuaikan seni kata lagunya sebagai penghargaan jasa pengorbanan ibu. Selain itu,Dr. Zamri juga menayangkan video menunjukkan kesan-kesan buruk peperangan. Terkesima saya dan kecewa hati saya bagaikan dihiris sembilu melihat rakyat-rakyat Palestin hidup sengsara. Sesi audio visual bukan sebagai selingan sebaliknya dikaitkan dengan tajuk kuliah yakni "Emosi Negatif  : Takut, Malu, Sedih dan Marah".

Emosi negatif yang dipelajari termasuk takut (fear). Takut adalah suatu maklum balas emosi yang mengamarkan seseorang akan suatu keadaan bahaya. Emosi ini bertindak sebagai mekanisme penakatan dan berperanan sebagai suatu alat untuk bertindak balas kepada sebarang rangsangan negatif. Takut berhubung kait dengan beberapa tahap emosi yang lain seperti keresahan, kebimbangan, keganasan dan sebagainya. Saya berasa takut apabila kawan saya menggelitik saya, dan perasaan takut itu berubah menjadi malu apabila saya melatah jika terus diusik, seterusnya menimbulkan kemarahan saya. Lazimnya juga, perasaan takut dirasai menjelang musim peperiksaan terutamanya bagi mereka yang tidak membuat persediaan secukupnya. Akibatnya, keputusan peperiksaan tidak menyerlah dan mereka yang kecundang akan berasa takut untuk memaklumi ibu bapa tentang berita kegagalan tersebut. Perasaan takut turut membawa makna yang lebih abstrak dan kemujaradannya termasuklah takut hilang kawalan, takut tidak diterima, takut diberi kritikan, dan takut dipersendakan. Ketakutan ini biasanya berlanjutan dan mempunyai kesan fisiologi yang mendalam berbanding ketakutan kepada sesuatu yang konkrit. Saya amat takut diberi kritikan tidak konstruktif sehingga menyebabkan kemurungan yang berlarutan selama berhari-hari.

Melalui pembacaan terdahulu saya, tuntasnya perasaan takut dapat dikaitkan dengan ekstremiti yang digelar sebagai fobia dan ia merupakan suatu ketakutan melampau terhadap sesuatu objek atau situasi yang kebiasaannya tidak melambangkan tahap bahaya yang sebenar. Seseorang itu akan menunjukkan kemerosotan tahap pemikiran sekiranya didedahkan kepada rangsangan fobia. Misalan kata, melalui suatu dokumentari yang pernah saya tonton di layar televisyen, orang yang klaustrofobia boleh mengalami perubahan fisiologi umpamanya, sesak nafas, ketegangan otot badan, tercekik dan trauma berpanjangan sekiranya menggunakan lif atau dikurung di ruang-ruang kecil. Sesetengah orang pula takut melihat darah dan mungkin pengsan apabila ternampak darah. Seseorang boleh berasa sangat tergugat oleh perasaan takut hinggakan dia hilang pertimbangan dan beralah menurut permintaan orang lain lalu mengabaikan kepentingan diri. Ada juga yang bertindak di luar dugaan seperti berlaku ganas tanpa disedarinya.

Perasaan malu pula meliputi keadaan emosi yang dialami seseorang melalui sesuatu tingkah laku yang tidak diterima biasa dalam norma masyarakat seperti kelakuan sosial yang menjengkelkan dan sifat malu boleh menjatuhkan air muka dan maruah diri seseorang secara langsung. Perasaan 'embarrassment' dan 'shame' tidak pernah terlintas fikiran saya selama ini sebagai dua perasaan yang berlainan tetapi hakikinya ialah kedua-duanya berkongsi separa sifat yang serupa. 'Malu' serupa dengan 'embarrassment' kecuali ia hanya melibatkan diri sendiri. Contoh peribahasa yang dapat dikaitkan dengan 'shame' ialah "menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri" yang membawa erti menceritakan caci cela keluarga sendiri tetapi diri juga yang mendapat malu.  "Membuka pekung di dada" pula bererti mendedahkan keburukan diri dan sengaja mencari malu. Kata peribahasa Inggeris, "Never trouble trouble till trouble troubles you" juga sedikit sebanyak relevan dalam situasi ini. Perasaan malu ini dikategorikan kepada dua iaitu personal dan professional. Bagi kategori personal, perasaan malu dialami apabila perhatian orang lain tertumpu kepada hal-hal peribadi seperti ketidaksempurnaan dan kekurangan diri dan juga disebabkan perbuatan kita berbohong dan seterusnya. Saya pernah menghadapi keadaan malu yang teramat sangat  kerana setelah diumumkan sebagai juara pertandingan dan dibanjiri ucapan tahniah, akibat ralat perkiraan markah, kedudukan pertama saya dituntut oleh peserta tempat kedua. Kebiasaannya, sifat malu ini diikuti dengan tanda-tanda seperti tersipu-sipu, berpeluh, gementar, tergugup, dan gelisah. Bagi kategori professional pula, perasaan malu melibatkan urusan yang berkaitan dengan pekerjaan. Sebagai contohnya, seseorang hakim didapati terlibat dalam gejala rasuah. Suatu pengalaman personal yang saya perhatikan ialah apabila seseorang itu berasa malu, antara tindakan yang akan dilakukan ialah menutup sebahagian daripada muka atau menopengkan perasaan malu dengan ketawa. Perasaan malu tidak bersempadan mahupun mempunyai dasar dalam penakrifannya kerana ia juga dilihat dalam sektor badan professional seperti dalam badan kehakiman. Di Malaysia seumpamanya, white-collar  crimes seperti kes merasuah dan korupsi melalui penyogokan sudah pernah dilaporkan secara berleluasa dan hai ini menunjukkan kegagalan melaksanakan tugas secara telus sehingga memalukan pihak yang terlibat dalam musibah tersebut.

Sedih juga turut bercabang daripada emosi negatif. Perasaan ini timbul dalam keadaan serba kekurangan seseorang kehilangan sesuatu yang disayangi dan dihargai. Seseorang yang sedih akan cenderung menjadi murung dalam jangka masa panjang sekiranya gagal dikawal. Perasaan sedih ini banyak dialami oleh penuntut sekolah menengah dan menara gading dalam usaha untuk mencapai keputusan yang terbaik. Orang yang sedang bersedih akan menunjukkan muka selamba, sayu, tidak berdaya motivasi, berjalan menunduk, antisosial, serta terperap dalam bilik tanpa mahu mengambil kisah perlakuan orang di sekitarnya. Namun demikian, kegagalan merupakan punca tunjang yang melahirkan motivasi ke arah kegemilangan pelajar. Keupayaan memproses maklumat dipengaruhi oleh tahap emosi (Isen, 1987). Periang akan menunjukkan prestasi yang lebih memuaskan dalam proses kognitif berbanding orang yang murung.

Menyentuh bab emosi negatif, sukacita saya ingin menyertakan fakta bacaan saya sendiri yang berkait rapat emosi negatif sedih iaitu stress atau tekanan. Stres mempunyai dua komponen iaitu eustres dan destres, masing-masing membawa  takrif stres positif dan stres negatif. Stres positif dialami dalam keadaan di mana seseorang pelajar harapan tinggi untuk melakukan yang terbaik, dan dalam situasi seorang atlet diberikan ganjaran lumayan dalam kemenangan pertandingan. Stres negatif pula adalah seperti pelajar perubatan diberi tugasan berlambak dan menimbulkan keresahan kerana tidak dapat menguruskan masa dengan baik. Menurut Halo effect, seorang yang sedang bersedih akan mempunyai sifat negatif lain seperti kurang berdaya , lemah, pendiam.

'A hungry man is an angry man'. Begitulah bunyinya pepatah Inggeris yang bermaksud seseorang yang gagal mendapatkan benda yang diinginkan akan menjadi marah dan naik berang. Terdapat dua jenis kemarahan. Marah pasif ditunjukkan oleh orang yang menjadi kecil hati dan tidak mahu bercakap, orang yang menjadi gusar dan rengsa akibat diusik lalu menjadi marah. Untuk kemarahan aktif, ia dating dalam bentuk demonstrasi iaitu, orang yang marah akan mengherdik, melemparkan kritikan-kritikan buruk untuk mencaci, dan menggunakan keganasan fizikal untuk mengatasi kemarahannya.



Intiha, telah dihuraikan bahawa orang yang bahagia memproses maklumat dalam masa singkat dan menghasilkan hasil kerja yang lebih tepat berbanding mereka yang sedih (Forgas, 1992, 1994). Oleh itu, nasihat saya : bersedih untuk sesuatu tempoh yang singkat sudah memadai dan tidak seharusnya dibiarkan berlarutan untuk berhari-hari lamanya. Kita harus berfikiran optimistik dan percaya pada diri kita, nescaya segala cabaran dan dugaan akan dapat ditempuhi jua. Tidak dapat dinafikan bahawa seseorang yang marah akan berfikiran tidak menentu arah dan cenderung melakukan sesuatu di luar sangkaan, namun janganlah kita biarkan kemarahan itu memperdayakan  hati nurani kita sebagai manusia. Memang kemarahan mengambil masa yang agak lama untuk reda sekiranya ia meninggalkan impak yang dalam. Sebaik-baiknya, kita memohon maaf zahir dan batin sekiranya sudah berbuat salah=)
 
 
 
 
 

A130302 Dinie Haiqal Bin Azhar LJ03

A130302 Dinie Haiqal Bin Azhar LJ03      
                
Assalamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi kepada semua yang sudi membaca Learning Journal saya yang ketiga ini. Sebelum saya berceloteh mengenai apa yang saya belajar pada kuliah tempoh hari,benarkan saya membuat pengakuan berani mati iaitu saya dengan tidak sengaja terlena ketika kuliah tempoh hari. Oleh itu maafkan saya jika input saya ke dalam Learning Journal kali ini tidak seberapa. Apa yang saya ceritakan kali ini hanyalah berdasarkan pembacaan dan penceritaan daripada rakan-rakan saya. Pada hari Rabu lepas bersamaan 10 Ogos 2011, doktor telah menyampaikan kuliah mengenai EMOSI NEGATIF. Bagi saya emosi negatif ini amat penting untuk ditangani dengan cepat dan effektif kerana emosi-emosi negatif seperti emosi takut,malu marah dan sedih sering dapat dilihat ditampilkan dalam diri pelajar-pelajar sendiri.
                
Kuliah kali ini agak menarik kerana beberapa video telah ditayangkan kepada kami pada permulaan kuliah. Video pertama adalah mengenai seorang ibu yang tidak jemu-jemu mendidik anak-anaknya manakala video kedua pula menceritakn tentang peperangan yang berlaku hanya menyebabkan orang yang tidak bersalah merana dan terseksa.
Selepas menonton video,topik pertama yang diperdengarkan kepada kami ialah emosi "TAKUT". Mengikut pemahaman saya tentang apakah emosi "TAKUT" ini,takut ilahan satu perasaan atau emosi yang kita alami apabila kita berada dalam keadaan yang tidak kita gemari,dalam keadaan yanag agak bahaya,keadaan yanag agak seram, atau kebimbangan terhadap sesuatu oerkara juga dapan menyebabkan ketakutan. Contoh yang paling mudah untuk saya kongsikan di sini aadalah di mana kita akan berasa takut apabila berada dalam suasana yang agak gelap di tengah malam dan berseorangan. Selain itu,contoh yang saya selalu alami di waktu kecik dahulu iaitu apabila dikejar anjing,saya akan berlari lintang-pukang kerana ketakutan. Selain itu,apa yang harus kita ingat ialah perasaan takut yang kita alami mungkin orang lain tidak mengalaminya. Contohnya seperti bukan semua orang takut akan serangga, bukan semua orang takut atau fobia apabila berada di bangunan bawah tanah. Bukan semua orang takut akan kucing. Setiap individu mempunyai ketakutan yang unik tapi bagi saya yang paling lucu adalah bagi mereka yang takut kepada badut. Badut adalah lucu dan comel,apa yang perlu ditakutkan?
               
Tentang perubahan yang berlaku pada seseorang apabila berada dalam ketakutan,selalunya apabila seseorang itu berasa takut, wajah dan muka mereka akan kelihatan pucat, tubuh badan akan menggeletar, selain itu ada yang meremang bulu roma mereka. Dan untuk yang terlebih-lebih ketakutan mereka, mereka mungkin akan sesak nafas, susah untuk bernafas malah ada yang pengsan tidak sedarkan diri apabila menghadapi situasi yang cukup menakutkan mereka.

Emosi negatif seterusnya yang dibincangkan adalah emosi  "MALU". Emosi malu ini ialah satu emosi yang tidak menyenangkan yang dialami oleh seseorang apabila berada di dalam situasi yang membuatkan kita tidak berasa selesa malah kita berasa segan atau keliru dengan apa yang berlaku. Biasanya situasi ini akan melibatkan harga diri dan maruah kita. Contohnya kita akan berasa malu apabila melakukan kesilapan yang agak bodoh atau kesilapan yang tidak patut kita lakukan. Selain itu, emosi malu ini adalah sama seperti emosi takut yang saya ceritakan tadi,cukup universal dan subjektif. Rasa malu ini mempunyai pelbagai darjah dan tahap "kemaluan"nya itu. Maafkan saya jika perkataan itu membuat sesiapa rasa malu. Inilah yang saya maksudkan,saya tidak berasa malu menulis begitu dan mungkin ada yang rasa malu dengan membacanya. Inilah yang dimaksudkan dengan emosi malu itu adalah universal dan subjektif.

Emosi "MALU" ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu peribadi dan professional. Contoh bagi peribadi ialah perasaan malu yang timbul apabila kita bertemu dengan seseorang yang kita minati,lagi-lagi kalau rakan-rakan kita sering mengaitkan kita dengan wanita yang kita minati, Hal ini sudah tentu akan membangkitkan rasa malu dalam diri. Apabila kita berasa malu, sudah tentu riak muka kita akan berubah. Wajah akan menjadi kemerah-merahan akibat rasa malu yang dialami."Malu tapi MAHU!!"

Emosi malu yang timbul dari aspek professional pula timbul apabila kita melakukan kesilapan yang tidak patut dilakukan atau kita gagal melaksanakan tugas atau amanah yang menjadi tanggungjawab kita. Apatah lagi setelah menjadi harapan kepada orang lain, memegang amanah yang dipertanggungjawabkan dan gagal melaksanakannya,sudah tentu kita akan berasa malu dan berasa teruk dengan diri sendiri. Contoh yang mukin saya alami nanti ialah dalam dunia kedoktoran ini, contoh mudah adalah saya ini seorang pelajar perubatan yang KURANG rajinnya,bukan malas cuma KURANG rajin. Saya sering datang je group discussion tanpa menyiapkan tugasan yang diberikan. Oleh itu saya sering berasa malu dengan tindakan saya itu.

Emosi negatif seterusnya ialah emosi "SEDIH". Emosi sedih ialah satu emosi atau perasaan yang timbut setelah kita berasa suatu kehilangan atau kerugian sesuatu atau seseorang yang bermakna bagi kita. Biasanya orang yang sedang dalam kesedihan memilih untuk menangis keseorangan. Bagi mereka itulah yang terbaik apabila berada dalam kesedihan. Tetapi bagi saya,apabila saya dalam kesedihan, saya memilih untuk melupakan kesedihan yang dialami malah saya akan cuba untuk menjadi ceria dan gembira. "Jika anda mempunya 1000 sebab untuk bersedih,carilah 1001 sebab untuk menjadi gembira"."If you want to be happy;BE!". Saya juga pernah kehilangan ahli keluarga yang saya sayang,disebabkan saya ni anak yang pertama dalam keluarga,saya patut menjadi contoh dengan menjadi seorang abang yang kuat dan tabah kerana saya tahu pada waktu tersebut ada lagi yang lebih memerlukan saya,oleh yang demikian saya selalu mengajar diri saya agar tidak menangis dan lebih memilih untuk menjadi kuat. Tapi,menagis dan bersedih tidak bermakna anda lemah,itu bermakna anda manusia normal.

Emosi negatif yang terakhir adalah emosi "MARAH". Biasanya emosi ini timbul disebabkan penderitaan,kesakitan,kesedihan,ancaman atau tekanan yang kita terima. Biasanya apabila kita dalam tekanan disebabkan sebab-sebab tertentu,ada yang memilih untuk berdiam diri atau pasif manakala ada yang memilih untuk marah atau bersifat aktif. Biasanya orang yang melepaskan marah mereka secara aktif akan memilih kekasaran melalui tutur bahasa mereka atau pun melalui tindakan fizikal terhadap sumber kemarahan mereka itu. Bagi saya,apabila saya marah,saya akan melepaskan perasaan marah itu di padang bola sewaktu riadah di mana saya akan menyepak bola sekuat yang mampu. Sekurang-kurangya cara ini berkesan bagi saya. Pilihlah cara yang terbaik untuk melepaskan perasaan marah anda,jangan biarkan orang lain menjadi mangsa kepada kemarahan anda itu. Contohnya janganlah anda memukul anak dan isteri sendiri semata-mata untuk melepaskan perasaan marah yang ditanggungi itu.

Kesimpulannya,bagi saya emosi yang negatif ini juga penting dalam hidup kita. Ianya dipanggil negatf bukan kerana emosi negatif ini tidak bagus,Cuma anda perlu belajar untuk mengawalnya dengan baik. Semua emosi negatif ini berlaku secara semulajadi,anda mampu mengubahnya. Sekian sahaja dari saya,terima kasih.

A131585 Chu Pei Shan__LJ03

Salam Sejahtera. Saya ingin membincangkan perasaan dan pemikiran saya di sini sebagai jurnal ketiga saya selapas menghadiri kelas ZT pada 10 Ogos 2011. Kelas hari tersebut telah dimulakan dengan sebuah video kemuliaan seorang ibu yang tidak jemu mendidik anak- anaknya. Video kedua pula menceritakan bahawa peperangan telah membawa kemusnahan, kematian dan kebantutan perkembagan ekonomi dan sosial dalam sebuah masyarakat. Video-video ini amatlah bermakna kerana ia membolehkan kita memahami latar belakang masyarakat kita dan memahami kemanusiaan yang terdapat dalam masyarakat kita.
           

            Kelas ini diteruskan dengan tajuk 4a iaitu emosi negatif. Contoh untuk emosi negatif adalah seperti takut, malu, sedih, dan marah. Takut merupakan sesuatu perasaan yang muncul apabila kita berdepan sesuatu keadaan yang bahaya dan apabila kita merasai keselamatankita tergugut. Sebagai contoh, apabila kita menghadapi seekor anjing yang garang, kita biasanya akan lari kera takut digigit. Sebenarnya, takut adalah satu mekanisme survival yang berlaku sebagai tindak balas apabila seseorang menghadapi bahaya yang sama selepas dia menghadapinya sebelum itu. Sebgai contoh, segelintir orang akan menghasilkan tindak balas seperti berpeluh-peluh, bergeletar dan tercungap-cungap apabila terlihat serangga tertentu seperti labah-labah. Kebanyakan tindak balas ini dihasilkan adalah kerana seseorang itu pernah digigit atau mempunyai apa-apa memori yang ngeri berkaitan dengan serangga tertentu. Tindak balas takut ini dikenali sebagai entomofobia. Mekanisme ini ada baik dan buruk. Yang baik ialah ia akan menghindari diri kita dari keadaan bahaya dan membolehkan kita selalu dalam keadaan berjaga-jaga. Yang buruk pula ialah kerana ia mungkin akan menyebabkan kita menjadi takut dan tidak berani dalam tempoh yang panjang dan mungkin sehingga sepanjang seumur hidup kita. Terdapat ekspresi tertentu yang dilahirkan pada muka seseorang apabila dia berada dalam keadaan yang takut sebagai contoh, seseorang itu akan membuka mata dengan besar, keningnya akan ke dalam , bibir menjadi ketat dan sebagainya.

            Mengikut Wikipedia, malu didefinasikan sebagai adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Seperti emosi negatif yang lain, malu juga ialah sesuatu emosi yang dilahirkan dengan semula jadi. Setiap orang yang normal mempunyai perasaan malu, namun setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai malu.
 Ini adalah kerana dalam konsep malu dan segan ini sebenarnya terkandung satu sisitem nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat itu. Pada pandangan saya, terdapat pelbagai jenis malu yang boleh dimuncul bila-bila masa dalam kehidupaan kita. Seseorang akan berasa malu apabila harga dirinya tercabar. Sebagai contoh, apabila seseorang diketawa oleh orang lain tentang keburukannya atau kekurangannya, harga dirinya akan tercabar dan seseorang itu akan berasa malu apabila menghadapi orang yang ketawa padanya. Perkara ini amat sensitif terutamanya dalam segenlintir golongan masyarakat seperti orang kurang upaya (OKU), orang miskin dan sebagainya. Selain itu, professional malu juga boleh berlaku apabila golongan yang berkuasa atau berupaya silap atau gagal menjalankan sesuatu tugas atau komitmen. Sebagai contoh, kegagalan kerajaan menjalani sesuatu kempen atau projek. Terdapat juga kes-kes yang melibatkan rasuah pengawai kerajaan dan kes-kes seperti ini memalukan bukan sahaja pengawai yang terlibat tetapi juga seluruh rakyat negara. Dalam Wikipedia, Malu dalam masyarakat Melayu mempunyai 3 lapis pengertian, iaitu: Malu Sebagai Perasaan, Malu Sebagai Tanda Harga Diri dan Malu Sebagai Fungsi Kawalan Sosial.

            Perasaan sedih berlaku dalam keadaan seperti seseorang kehilangan sesuatu yang tersayang seperti kematian kawan, ahli keluarga, haiwan perliharaan dan lain-lain yang bernyawa. Selain itu, kita akan berasa sedih  apabila kehilangan sesuatu benda yang kita sayangi meskipun ia tidak bernyawa sebagai contoh duit, benda-benda berharga dan lain-lain. Pada pandangan saya, setiap orang menyampaikan kesedihan mereka malalui pelbagai cara. Sebagai contoh, kebanyakan orang akan menangis apabila sedih tetapi ada juga orang yang tidak menangis tetapi kita boleh mengetahui perasaan sedih mereka dari ekspresi muka mereka. Mereka akan nampak lebih lesu, senyap, dan tidak bermaya. Ada juga orang yang lebih suka berseorangan apabila sedih dan ada juga yang lebih suka memberitahu orang yang dipecayai seperti kawan atau ahli keluarga yang terdekat. Pada pendapat saya, kanak-kanak mengeluarkan perasaan sedih dengan lebih nyata. Mereka selalunya akan menangis sekuat-kuatnya. Perasaan sedih juga selalu disertakan perasaan yang lain seperti perasaan marah, kecewa, malu dan sebagainya.

            Selain perasaan atau emosi yang digambarkan atas, perasaan marah juga merupakan satu emosi yang selalu dapat dilihat dalam kehidupan seharian. Pada pandangan saya, perasan marah yang muncul dalam seseorang adalah kait rapat dengan perwatakan seseorang. Sebagai contoh, seseorang yang mudah kecil hati selalunya mudah berasa marah berbanding seseorang yang berhati besar yang tidak mudah berasa marah atau dendam. Seseorang yang mudah marah selalunya berserta dengan perasaan benci atau dendam. Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Semua ajaran agama pun melarang perasaan marah dilahirkan dalam hati meskipun perasaan marah kadang-kadang susah dikawal. Walaupun kita tidak dapat melarang perasaan marah dilahirkan dalam hati namun kita tidak sepatutnya menyimpan sebarang perasaan marah, benci atau dendam dalam hati. Mengikut kajian saintifik, orang yang pemarah atau suka menyimpan benci dalam hati, jangka hidup mereka lebih pendek.
Bila menghadapi situasi yang menyebabkan anda marah, langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan:

Langkah 1- Mengakui hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah.

Langkah 2- Menilai samada situasi ini sesuai untuk anda meluahkan kemarahan atau tidak.

Langkah 3- Sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, nilaikan adakah anda perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung.

Langkah 4- Setelah anda bertindak, imbas kembali apa yang telah anda alami dan tindakan anda untuk tujuan membaiki diri.

             Seterusnya, kami juga membelajari tentang "Adaptation Level Theory" yang menyatakan bahawa kita akan membiasakan diri dalam sesuatu keadaan atau persekitaran dan kita akan terus membiasakan diri dalam keadaan tersebut kecuali terdapat apa-apa perubahan yang boleh menimbulkan perhatian kita. Solomon mengeluarkan teori proses berlawanan Solomon. Setiap emosi yang dilahirkan akan menuju ke titi kseimbang secara dalam jangka masa panjang dan pendek. Terdapat dua keadaan yang berlaku, keadaan awal dan keadaan berlawanan. Sebagai contoh, seseorang yang tidak suka melibatkan diri dalam sukan akan suka pada aktiviti sukan lama-kelamaan apabila seseorang itu mendapat cari keseronokannya. Teori Solomon iaitu"Repeating the emotional experience increases the relative strength of the opposing emotion", maksudnya apabila kita sudah menyesuaikan diri dalam satu keadaan, kita akan biasa dengan keadaan tersebut dan tidak lagilah mengelakkannya.

            Pengetahuan emosi dan juga teori tahap adaptasi amatlah berguna kepada saya kerana ini membolehkan saya lebih memahami emosi diri saya dan seterusnya membolehkan saya mengendali emosi saya dengan lebih efektif pada masa depan. 

Eng Yii Hern A131737 LJ03

            Salam sejahtera. Jurnal ketiga saya ini merupakan ulasan tentang kuliah pengurusan emosi ZT2253 pada 10 Ogos yang lalu. Pertama sekali saya berasa amat bersyukur kerana dapat mempelajari banyak benda baharu dengan menghadiri kuliah pengurusan emosi ini. Sebelum ini, setiap kuliah ZT semata-matanya berteraskan konsep lecture sahaja dan inilah merupakan  kali pertama kuliah diselitkan dengan video, kuiz dan pembentangan. Dalam kuliah ini, Dr. Ahmad Zamri Mansor menjelaskan tentang " Emosi Negatif " serta teori " Solomon " Sebelum kuliah dimulakan, doktor telah menunjukkan dua video kepada kami. Video pertama menceritakan kemuliaan seorang ibu yang tidak jemu mendidik anak-anaknya. Video kedua pula menceritakan tentang kesan peperangan. Dalam video tersebut, ramai orang telah mengalami penderitaan akibat peperangan. Pada pendapat saya, peperangan sememangnya bukan cara penyelesaian yang paling efektif apabila sesebuah negara mengalami konflik dengan negara lain. Perundingan haruslah dipentingkan demi mengelakkan pertumpahan darah dalam sesebuah negara.

 

           Selepas itu, doktor memulakan kuliah tentang emosi negatif. Emosi negatif melibatkan takut, malu, sedih dan marah. Ketakutan merupakan sejenis emosi yang berkait rapat dengan keadaan yang berbahaya dan kebimbangan. Namum demikian, ketakutan amat penting kerana ia merupakan respons manusia terhadap rangsangan negatif dalam situati yang bahaya. Sehubungan dengan itu, kita boleh memastikan keselamatan kita tidak diancam dengan adanya ketakutan sebagai mekanisme survival. Emosi ketakutan boleh dihasilkan melalui beberapa perkara. Seseorang akan berasa takut disebabkan pengalaman yang tidak menyenangkan. Sebagai contoh, apabila seseorang pernah digigit oleh anjing, seseorang itu akan berasa takut apabila dia terjumpa anjing. Selain daripada unsur fizikal melalui pengalaman, manusia menghasilkan emosi ketakutan disebabkan unsur abstrak. Misalnya, seseorang akan mempunyai perasaan takut terhadap kehilangan kawalan terhadap sesuatu. Hal ini akan mengakibatkan seseorang itu berasa fobia terhadap ejekan, celaan sosial, kritikan serta penolakan. Walaupun kedua-dua unsur tersebut akan mempunyai hasil yang sama terhadap emosi seseorang, tetapi perasaan takut hasil daripada unsur abstrak memerlukan jangka masa yang panjang untuk pulih.

         Di samping itu, perasaan takut boleh dikesan malalui expresi muka seseorang. Apabila seseorang berasa takut, terdapat beberapa perubahan di muka orang tersebut yang akan mencerminkan perasaan takutnya. Antaranya ialah pembesaran pupil yang membolehkan lebih banyak cahaya masuk. Bulu kening seseorang akan bergerak ke bahagian dalam. Selain itu, bibir orang dalam ketakutan akan terhulur mendatar. Perasaan ketakutan sebenarnya mempunyai impak yang besar terhadap manusia. Emosi ini akan membuatkan seseorang memenuhi kehendak orang lain tanpa mengambil berat tentang keinginan diri. Sekiranya perasaan takut mencapai tahap yang maksimum, seseorang itu akan bertindak ganas dan mungkin akan membawa kemudaratan kepad dirinya atau orang lain.

         Seterusnya, saya belajar tentang emosi malu. Setahu saya selama ini, perasaan malu lahir secara semula jadi kerana persekitaran yang mengawalnya. Misalnya, seseorang akan berasa malu apabila disoal di depan orang ramai .Perasaan malu boleh dikenali sebagai sesuatu tahap emosi disebabkan perbuatan sosial atau profesional yang tidak mendapat persetujuan. Dalam perasaan malu, ia berkait rapat dengan kehilangan kehormatan dan maruah. Biasanya perasaan malu akan terhasil daripada perbuatan sosial yang tidak boleh diterima. Sebagai contoh, apabila seseorang tersilap pakai kasut, seseorang tersebut akan berasa malu. Perbuatan tersilap pakai kasut tidak salah dari segi moral, tetapi ia tidak boleh diterima dari segi sosial. Selain itu, perasaan malu amat subjektif dan ia berlainan dalam setiap individu.

          Emosi malu boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu personal dan profesional. Perasaan malu jenis personal iaitu jenis individu adalah disebabkan oleh perhatian yang tidak diingini terhadap perkara persendirian ataupun kesalahan peribadi. Misalnya, seseorang akan berasa malu apabila dia didapati membohong. Perasaan malu personal diiringi dengan cirri-ciri seperti tersipu-sipu, berpeluh, tergagap-gagap dan gelisah. Seseorang yang mengalami perasaan malu biasanya akan cuba menyembunyi emosinya dengan senyuman. Malu profesional pula akan dirasai apabila kenyataan yang mengambarkan keyakinan seseorang tidak diambil berat. Perasaan ini biasanya akan dialami di tempat bekerja. Dengan erti kata lain, perasaan malu profesional boleh dikatakan sebagai malu akibat kegagalan menjalankan tugas.

         Emosi negatif ketiga merupakan kesedihan. Kesedihan adalah perasaan yang berkait rapat dengan kekurangan dan kehilangan. Apabila kesedihan seseorang mencapai tahap yang tinggi, ia akan menyumbang kepada kemurungan. Seseorang akan berkelakuan senyap, kurang aktif dan mengasingkan diri daripada orang lain ketika berada dalam keadaan sedih. Antara tanda-tanda kesedihan adalah menundukkan kepala, memuncungkan bibir dan kurang aktif. Perasaan ini bertentangan dengan perasaan gembira. Tambahan itu, kesedihan boleh didapati dalam emosi lain seperti sayu, murung, muram dan suram. Kesedihan sebenarnya akan memberi kesan yang negatif terhadap seseorang individu. Menurut Forgas 1992, 1994, individu yang gembira memerlukan masa yang singkat untuk memproseskan maklumat dalam otak berbanding kepada individu dalam keadaan sedih.

       Sekiranya seorang individu mempunyai ketidakpuasan hati terhadap sesuatu atau keinginan diri tidak tercapai, emosi marah akan diwujudkan. Ini merupakan satu tindak balas psikofisiologi yang ditunjukkan selepas seorang individu mengalami situasi yang mencabarkan. Misalnya, seseorang akan berasa marah apabila mengalami pengkhianatan, konflik, penghinaan, serta kecuaian. Kemarahan boleh ditunjukkan secara aktif ataupun pasif. Secara aktifnya, seorang individu akan mengeluarkan kata-kata yang kasar atau melakukan serangan fizikal terhadap sasarannya. Seseorang yang menunjukkan kemarahan secara pasif akan berkeadaan senyap dan mengasingkan diri daripada orang lain. Tahap kemarahan biasanya akan ditingkatkan melalui kegusaran yang ditimbulkan oleh sesetengah situasi. Di samping itu, doktor turut menerangkan fisiologi marah. Menurutnya, marah akan mengakibatkan peningkatan tekanan darah, denyutan jantung dan kadar bernafas. Pada pendapat saya, pengawalan kemarahan amat penting kerana ia membolehkan seseorang berfikir secara waras dan tidak akan bertindak berasakan pemikiran yang tidak rasional.

      Kuliah pada hari tersebut diteruskan dengan Theori Tahap Adaptasi. Teori ini mengatakan setiap individu mempunyai tahap adaptasi yang tersendiri dan akan memberi tindak balas yang berlainan terhadap persekitaran yang sama. Selain itu, tahap adaptasi akan ditingkatkan apabila seseorang mencapai sesuatu melebihi tahap adaptasinya. Tambahan itu, teori Soloman mengatakan bahawa setiap emosi yang kita alami akan menimbulkan emosi yang lain. Sebagai contoh, tahap ketakutan seseorang akan menurun sekiranya seseorang itu menghadapi cabaran ataupun kesusahan yang sama secara berulangan. Sehubungan dengan itu, seseorang itu dapat mencapai pengawalan emosi yang baik.

       Selepas menghadiri kuliah ini, saya telah memahami pelbagai emosi negatif dalam diri manusia termasuklah perasaan takut, malu, sedih dan marah. Selain itu, saya turut mempelajari tentang teori tahap adaptasi. Pada pendapat saya, saya berasa pengurusan emosi amatlah penting bagi setiap individu kerana emosi bersifat negatif akan membawa impak negatif dalam kehidupan seharian kami. Oleh sebab itu, kita haruslah sentiasa bersikap positif dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam lumrah hidup.

     

   

     

         

A126937, Anisah Zahirah

ANISAH ZAHIRAH BT NOR ARIPIN

A126937

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr.Ahmad Zamri iaitu pensyarah Pengurusan Emosi. Untuk kuliah yang ke-empat ini, Doktor telah menunjukkan sebuah lagu bertajuk "Ummi" atau dikenali sebagai lagu "baby" oleh penyanyi yang terkini dan sensasi pada masa sekarang iaitu Justin Bieber. Saya berasa amat kagum dengan penulis muzik lagu itu kerana saya berasa dia amat kreatif walaupun ada bahagian-bahagian tertentu yang tidak memasuki lagu itu. Doctor telah menyatakan lagu itu berkenaan dengan tajuk kuliah yang ketiga iaitu emosi positif dan saya amat menyetujui dengan doctor bahawa "ummi" atau "mummy"  adalah salah satu unsur kebahagiaan yang terpenting dan terbesar dalam hidup kita. Tanpa ibu-ibu dan bapa-bapa, siapalah kita di dunia ini. Merekalah yang mengajar, mendidik, dan menyayangi kita dari kecil hingga sekarang.

Tajuk kuliah yang dibentangkan pada minggu ini adalah emosi negatif. Emosi negative seperti takut,malu, sedih dan marah. Pada pendapat saya, emosi-emosi ini bercampur aduk dan mempunyai hubungan kait antara satu sama lain. Contohnya, kita takut sebab kita sedih dan kita sedih kerana kita terlalu memarahi.

Takut adalah satu tindak balas emosi kepada bahaya dan dihubung kaitkan dengan keresahan. Takut itu adalah satu mekanisma menyelamatkan diri dan selalunya berlaku secara tindak balas kepada stimulasi negative yang tertentu. contohnya, saya amat tidak menyukai kepada cicak,apabila saya Nampak cicak, saya akan berasa takut dan akan cuba lakukan sedaya upaya untuk menjauhkan diri dari cicak itu seperti melarikan diri  Seperti yang saya katakan, emosi takut berhubungkait dengan sesetengah keadaan emosi seperti risau dan keresahan. Takut ini juga mungkin disebabkan oleh kemalangan yang amat traumatic kepada seseorang. Contohnya, sekiranya kita terperangkap didalam tempat yang kecil dan gelap untuk waktu yang lama, kita mungkin akan menghadapi "claustrophobia" iaitu fobia terhadap tempat yang sempit dan gelap. Ketakutan untuk hilang kawalan terhadap satu situasi digelar " fear of ridicule" atau "social censure". Jenis ketakutan ini berbeza daripada ketakutan terhadap ketakutan terhadap benda fizikal.  Ketakutan ini boleh memberi impak yang lebih besar dan lama daripada ketakutan terhadap benda fizikal. Impresi muka untuk emosi takut adalah seperti mata menjadi besar, pupil mata akan membesar, bibir atas akan naik, kening mata akan dating bercantum dan mulut tegang melintang. Dalam emosi takut, seseorang itu akan mengalami beberapa peringkat emosi.  Manusia senang dipengaruhi dan tergugat dengan emosi takut yang akan menyebabkan mereka (yang berada dalam keadaan takut) akan membuat apa sahaja yang disuruh tanpa kisah terhadap keperluan diri sendiri. Mereka yang berada dalam keadaan takut juga mungkin akan bertindak dengan ganas dan mungkin menyebabkan  ia menjadi maut. Ia adalah tindak balas semula jadi mereka yang disebabkan peningkatan hormone adrenalin.

Perasaan malu pula adalah ketidaksenangan yang dialami apabila berada dalam keadaan social atau tidak diterima secara professional. Selalunya, maruah diri akan dilibatkan . berapa banyak maruah yang dipertikaikan itu bergantung kepada jenis malu yang dialami oleh seseorang. Terdapat dua jenis malu iaitu peribadi dan professional.  Jenis peribadi itu disebabkan oleh perhatian yang tidak diingini seperti hal peribadi atau kesilapan sendiri. Contohnya, tipu helah dikantoikan oleh orang atau kalah teruk didalam sebuah pertandingan. Jenis malu ini selalunya menyebabkan pipi menjadi merah atau dikenali sebagai "blushing" , berpeluh, perasaan gementar dan tergagap-gagap. Kadang kala, seseorang itu mungkin akan senyum atau ketawa kecil untuk menutupi perasaan  malu yang dialami oleh mereka. Jenis malu dari segi professional pula adalah yang melibatkan kerja harian atau melibatkan duit yang jumlah yang besar atau malu kerana tidak dapat menjalankan tugas.

Sedih pula adalah emosi yang ditunjukkan kerana kekurangan atau kerugian. Sekiranya seseorang mengalami kesedihan yang mendalam, seseorang itu akan mengalami depresi dan mungkin memerlukan bantuan daripada pihak yang professional. Kadang kala, orang yang sedih itu akan mendiamkan diri , kurang keyakinan dan tidak bermaya. Orang itu juga mungkin tidak mahu keluar rumah atau bergaul dengan orang lain. Sekiranya anda Nampak tanda-tanda ini, tolonglah mereka sekiranya boleh. Tanda tanda sedih adalah seperti kepala yang sentiasa ditunduk, fisikal badan yang perlahan dan lemah.

Marah pula adalah tindak balas terhadap sakit, stress atau tergugat. Ugutan itu mungkin dibayangkan, betul atau dibincangkan. Kemarahan selalu adalah satu tindak balas terhadap persepsi kepada ugutan yang disebabkan fizikal, ketidakadilan, dimalukan atau ditikam belakang.  Perasaan marah yang aktif  boleh diluahkan secara bercakap atau menenking atau mengunakan fizikal badan. Perasaan marah yang pasif mungkin akan diluahkan secara merajuk, berdiam diri atau tension. Kemarahan juga boleh disebabkan perasaan meluat terhadap sesuatu benda. Perasaan marah boleh dibesarkan atau akan menjadi lama kerana keputusan kognitif yang dibuat tentang niat seseorang.  Marah boleh diredhai dengan unsure kemaafan dan berdoa kepada tuhan dan juga bersabar. Kita boleh bertindak banyak cara terhadap kemarahan. Kita boleh meluahkan kemarahan itu dengan meluahkan secara assertif. Dari segi Islam, kemarahan itu menunjukkan tanda-tanda kemarahan. Kerana kemarahan itu akan menyebabkna kita bertindak tanpa berfikir dan kita akan termakan oleh hasutan-hasutan syaitan. Nabi Muhammad s.a.w berkata bahawa kekuatan itu bukan orang yang mengatasi orang lain dengan kekuatan fizikal tetapi kekuatan itu adalah orang yang boleh mengawal dirinya sendiri dalam keadaan yang marah.

Sebelum kuliah ini berakhir, pensyarah telah memberikan kuiz sekali lagi kepada kami semua. Dia menyatakan bahawa kuiz ini mempunyai dua puluh soalan tapi rupanya ada Sembilan belas soalan sahaja. Kumpulan saya mendapat sepuluh soalan yang betul dan Sembilan soalan yang salah. Ini menunjukkan kami perlu berusaha dengan lebih lagi untuk kursus pengurusan emosi ini. Kursus ini tidaklah sebosan mana kerana pensyarah memeriahkan kuliah ini dengan pelbagai video dan kuiz pada setiap kuliah tetapi saya paling tidak suka terhadap pembentangan kerana ia menakutkan kami semua. Dengan itu saya amat berharap pembentangan itu dibatalkan sama sekali. Saya tidak kisah membuat kuiz kerana kuiz boleh mengingatkan kita terhadap beberapa fakta.

Secara kesimpulan, pada akhir kuliah ini, saya dapat tahu dengan lebih lanjut lagi tentang perasaan sedih,malu, marah. Ia amat mendalam. Ia bukan sekadar apa yang kita rasa tetapi sudah ada beberapa kajian tentang emosi-emosi marah,sedih, dan malu. 

A131764 Chen Cai Ling LJ03

                Pada hari 10 Ogos 2011, iaitu hari Rabu yang lepas, saya telah menghadiri kuliah pengurusan emosi yang keempat di Dewan Kuliah 1 Kampus KL UKM. Pada permulaan kuliah ini, pensyarah telah menayangkan lagu 'Baby' edisi Melayu yang bertemakan ibu. Sememangnya, ibu ialah satu orang yang penting ibarat mutiara bagi setiap orang. Tanpa ibu, kita tidak akan datang ke dunia ini. Selepas menonton video ini, emosi rindu telah dicetuskan. Setiap orang haruslah meluangkan masa yang sebanyak mungkin untuk menemani dan prihatin terhadap ibu bapa sendiri.
                Dalam kuliah kali ini, kami telah belajar tentang Adaptation Level Theory. Asas teori ini  ialah : we react to new stimuli on the basis of our present level of adaptation. Teori  ini juga menjelaskan bahawa: A person's adaptation level is his current, neutral level of functioning relative to some specific stimulus situation. We automatically establish a neutral point or adaptation for each of a variety of kinds of stimulation. Selepas membelajari teori ini, saya telah mendapati bahawa teori ini boleh diaplikasikan dalam banyak perkara di sekeliling saya. Sebagai contohnya, pencemaran suara di tempat tinggal saya memang serius kerana terdapat sebuah kilang di depan rumah saya. Semasa saya baru bermula tinggal di sini, saya berasa keadaan sana sangat bising dan tidak boleh menahaninya. Tambahan lagi, saya juga selalu menutup tingkap untuk mengurangkan kekuatan suara bising itu. Tetapi, selepas tinggal di sana beberapa tahun, saya telah biasa dengan suara itu. Selain itu, contoh lain ialah kawan saya berasa takut semasa membentangkan sesuatu di depan semua orang pada kali pertama. Namun, selepas membentang beberapa kali, dia telah adaptasi dengan keadaan begitu dan sanggup bercakap dengan beryakin dan fasih.
                Contoh lain yang diberikan dalam kuliah ialah 'If you are happy now with good grades in your course, a good income, and good health, you won't continue to be happy unless things get better.'  Ini memanglah kenyataan yang tidak boleh dinafikan. Namun begitu, hal ini bukan semestinya tidak baik. Sebaliknya, hal ini sanggup memanfaatkan seseorang dalam keadaan yang tertentu. Sebagai contoh, seseorang pelajar yang tidak puas hati dengan keputusan peperiksaan akan lebih berusaha untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang. Tambahan pula, seseorang yang tidak puas hati dengan gaji sekarang akan bekerja dengan lebih rajin dan berusaha untuk meningkatkan gaji sendiri. Namun demikian, emosi begitu juga boleh menyebabkan seseorang bersikap buruk. Sebagai contoh, seseorang yang tamak sanggup merompak atau menipu orang untuk mendapat wang yang lebih baik. Oleh itu, emosi yang sama boleh menyebabkan orang yang tidak sama melakukan perkara yang berasingan.  
                Selain itu, satu teori yang telah saya belajari pada hari Rabu  yang lepas ialah Soloman Opponent Process Theory. Teori ini adalah hasil ubahsuaian Teori Aras Adaptasi (Adaptation Level Theory). Inilah satu psychological model yang dicadangkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980 yang menjelaskan kelakuan addictive. Teori Solomon ini menjelaskan bahawa - emotions balance toward a neutral point not only in the long run but also in short run. Every emotion causes an opposite emotion to occur. It asserts that emotions are paired, and that when one emotion in a pair is experienced, the other is suppressed. Sebagai contohnya, saya berasa membuat ulangkaji untuk peperiksaan adalah satu perkara yang membosankan, tetapi selepas saya mendapati bahawa ulangkaji yang cukup memang membolehkan saya ingat dan faham semua perkara yang dipelajari, saya tidak berasa bosan lagi.
                Tambahan pula, jelasan lain yang berkaitan dengan teori soloman ialah"Repeating the emotional experience increases the relative strength of the opposing emotion" Contoh yang diberikan ialah Drug addiction. A drug addiction is the result of an emotional pairing of pleasure and the emotional symptoms associated with withdrawal. Initially, there are high levels of pleasure and low levels of withdrawal. Over time, however, as the levels of pleasure from using the drug decrease, the levels of withdrawal symptoms from not taking the drug increase, thus providing motivation to use the drug despite a lack of pleasure from it. Contoh lain ialah sesorang yang asyik bermain permainan computer. Orang itu berasa bahawa bermain permainan computer ini boleh menjadikan dia gembira dan melupakan stress kehidupannya. Jadi, pada permulaannya, dia berasa bosan dan tidak gembira kerana tidak dapat berpain permainan computer. Namun demikian, lama kelamaan, dia tidak berasa bosan dan sebaliknya menjalankan hobi lain yang memanfaatkan semasa tidak bermain computer. Teori ini juga boleh diaplikasikan dalam keadaan bahawa seseorang yang hendak mengurangkan keberatan den kegemukan. Pada permulanya, seseorang itu mungkin berasa sangat susah kerana tidak dapat makan banyak. Makanan yang berlemak tinggi juga tidak dibenarkan makan. Seseorang itu mungkin sangat sedih keran tidak memilih makanan dengan mengikut kesukaan sendiri. Tetapi, selepas dia sudah membiasakan diri sendiri dengan tabiat pemakanan yang seimbang, perasaan sedih dan tidak gembira akan berkurang. 
                Selain itu, saya juga belajar bahawa perasaan takut boleh mengelakkan diri sendiri daripada keadaan bahaya. Saya memang bersetuju dengan pernyataan ini. Sebagai contoh, sesetengah pemuda tidak berasa takut semasa melebihi had laju atau melanggar peraturan jalan raya semasa memandu kereta ataupun menunggan motorsikal. Hal ini demikian menyebabkan sesetengah pemuda menghilangkan nyawa sendiri. Jika mereka sedar bahawa perlakuan demikian adalah membahayakan keselamatan diri sendiri dan berasa takut, mereka akan mengelakkan diri daripada kejadian itu. Selain itu, perasaan takut juga boleh menyebabkan seseorang menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang haram.
                Selain itu, saya juga menjawab quiz yang diberikan oleh pensyarah. Sebanyak 19 soalan telah disediakan oleh pensyarah. Setiap kumpulan terdiri daripada sebanyak dua atau tiga orang. Semua pelajar berasa seronok dan berminat untuk menjawab soalan-soalan ini. Dengan hal ini demikian, kami akan lebih mudah untuk mengingat apa yang telah diajari dalam kuliah.  Pemahaman terhadap isi kuliah juga telah meningkat selepas berbincang dengan kawan-kawan semasa berbincang antara satu sama lain. Jika kumpulan tertentu mendapat markan penuh, ahli-ahli kumpulan itu akan mendapat markah lebih dalam markah kehadiran. Hal ini demikian telah menggalakkan semua pelajar lebih memberi perhatian semasa pensyarah memberi kuliah. Para pelajar juga lebih berusaha untuk menjawab soalan-soalan.
                Kesimpulannya, saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan berkaitan dengan emosi dan cara pengurusannya. Saya juga telah memahami beberapa teori yang tidak pernah saya belajari sebelum ini. Tambahan lagi, saya mendapati bahawa sebenarnya pengurusan emosi adalah sesuatu perkara yang kita perlu menghadapi pada setiap hari. Oleh itu, kita mesti tahu cara yang betul dan sesuai untuk menguruskan emosi sendiri.

A131728 Ong Hooi Yee LJ03

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.Kali in merupakan jurnal yang ketiga. Kuliah pada hari rabu (10 ogos  2011) ini merupakan sambungan dari topik minggu lepas iaitu emosi positif dan negative. Dr Zamri telah membuat permulaaan kuliah kali ini dengan cara yang agak berbeza untuk menarik perhatian semua pelajar iaitu dengan menayangkan video sebuah lagu remix Justin Bieber yang sangat terkenal iaitu 'baby' yang  telah diubah lirik asalnya kepada lirik yang menghayati jasa ibu. Selain itu,Dr. Zamri juga menayangkan video yang menunjukkan kesan-kesan buruk peperangan. Hatiku pilu melihat rakyat-rakyat Palestin hidup merana. Tujuan video-video tersebut adalah untuk menghubungkaitkan dengan tajuk kuliah iaitu: "Emosi Negatif – Takut, Malu, Sedih dan Marah".

Selepas itu, Dr. Zamri memulakan kuliah yang bertajuk 'Emosi Negatif'. Sebelum saya menerangkan 'Emosi negatif' yang disampaikan oleh Dr Zamri, saya ingin memberi interpretasi saya terhadap emosi negative sebelum saya menghadiri kuliah ini. Pada pendapat saya, emosi negatif merupakan emosi yang tidak digalakkan dan melarang kita daripada mencapai kejayaan. Seseorang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri dengan baik akan selalu menyebabkan diri sendiri terjebak dalam emosi negative ini. Dalam kuliah ini, Dr Zamri menerangkan bahawa 'Emosi negatif' terdiri daripada emosi takut, malu, sedih dan marah.  Perasaan takut merupakan emosi yang dijanakan apabila kita berada di keadaan yang bahaya dan kerisauan. Sebenarnya, perasaan takut ini merupakan satu  mekanisme yang menghasilkan keselamatan  hasil daripada rangsangan situasi negatif. Takut juga selalu dihubungkaitkan dengan perasaan yang lain seperti  risau atau bimbang,takut yang teramat sangat, khuatir dan lain-lain. Simptom-simptom emosi takut boleh dibahagikan kepada fisiologikal atau somatik. Contohnya, ketegangan otot, jantung berdebar-debar, tekanan darah meningkat, bernafas dengan cepat, mulut kering, berpeluh dan bergetar. Contoh bagi simptom emosional pula merangkumi ketakutan, gelisah, berasa seperti diawasi oleh seseorang.

                                    Perasaan malu selalu dirasai apabila kelakuan kita bertentangan dengan nilai moral yang diterima oleh masyarakat. Perasaan malu ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu personal dan professional. Bagi kategori personal, perasaan malu dirasa apabila perhatian orang lain bertumpu kepada hal-hal peribadi seperti kesalahan diri kita dan juga disebabkan tindakan kita seperti berbohong dan sebagainya. Kebanyakan masa, perasaan malu ini akan diikuti dengan tanda-tanda seperti tersipu-sipu, berpeluh, gementar, tergagap dan gelisah. Bagi kategori professional pula, perasaan malu melibatkan urusan yang berkaitan dengan pekerjaan. Sebagai contohnya, seseorang hakim didapati terlibat dalam gejala rasuah. Dr Zamri juga menunjukkan satu gambar apabila seseorang itu berada dalam keaddan malu. Antara tindakan yang akan dilakukan ialah dengan menutup sebahagian daripada muka. Kebanyakan orang juga akan menunjukkan tindakan ini tanpa disedari apabila mereka berada dalam keadaan malu.

                                    Sedih juga turut dikaitkan dengan emosi negatif. Perasaan ini timbul apabila kita mengalami kehilangan sesuatu yang disayangi ataupun sesuatu yang berharga. Perasaan sedih boleh membawa tekanan apabila tidak dikawal dengan baik. Perasaan sedih ini banyak dialami oleh pelajar yang masih menuntut pelajaran dan berusaha untuk mencapai yang terbaik. Situasi ini banyak dilihat pada pelajar perubatan. Apabila pelajar berasa mereka sudah mencuba sedaya upaya dan yakin akan mendapat keputusan yang memuaskan tetapi masih gagal pada akhirnya. Pelajar harus menerima hakikat bahawa kegagalan merupakan lumrah hidup. Tanpa kegagalan, mana dapatnya motivasi ke arah cemerlang. Namun, perasaan sedih ini seringkali tidak dikawal, maka ini akan menyebabkan pelajar mengalami tekanan perasaan atau depression yang akhirnya membawa kepada stress. Stress yang boleh membawa kebaikan iaitu stress positif atau keburukan iaitu stress negative. Stress yang positif selalu mewbawa kesan yang positif manakala stress negatif pula selalunya menyebabkan kesan buruk. Menurut Forgas (1998), kesedihan melambangkan sesuatu situasi sosial yang bahaya dan memerlukan lebih banyak perhatian, serta memerlukan proses informasi yang lebih tepat. Isen (1984) pula menjelaskan kesedihan motivasi yang kesedihannya menyebabkan mereka memerlukan lebih banyak usaha untuk mengubah situasi negatif yang dihadapi. Menurut Halo effect, jika seseorang menunjukkan kesedihannya, orang lain akan menganggapnya sebagai seorang yang lemah dan tidak dapat mengatasi masalah yang dihadapi. Saya juga berpendapat bahawa orang yang selalu menunjukkan kesedihan adalah mereka yang lemah dan tidak  dapat mengatasi masalah dengan sebaik-baiknya. Alangkah baiknya kalau mereka yang berada dalam kesedihan berupaya untuk menjadi tabah dan menukarkan kesedihan itu untuk mengatasi cabaran-cabaran yang lain.

                       

Selepas itu, kuliah disambungkan dengan emosi marah. Kemarahan merupakan satu tindakan psikofisiologikal kepada kesakitan yang dianggap sebagai kesengsaraan atau tekanan negatif. Menurut pandangan Islam, kemarahan merupakan satu tanda kelemahan. Nabi Muhammad s.a.w mengatakan bahawa kekuatan itu bukan keupayaan untuk menguasai orang lain, tetapi menguasai emosi sendiri apabila berasa marah. Saya sangat bersetuju dengan kata-kata yang mulia ini. Jadi kita seharusnya mencuba sedaya upaya untuk menguasai emosi kita agar tidak dipengaruhi oleh perkataan atau kelakuan orang lain.

Akhir sekali, tajuk yang disampaikan ialah Teori Solomon. Teori Solomon adalah pengubahsuaian dari Teori Aras Adaptasi. Teori Solomon mengatakan bahawa emosi akan mengimbang ke arah titik neutral bukan sahaja pada jangka panjang, tetapi juga bagi jangka pendek. Proses lawanan yang terdapat dalam Teori Solomon menghuraikan bahawa setiap emosi menyebabkan berlakunya emosi bertentangan. Apabila salah satu emosi sedang dialami, emosi yang bertentangan akan ditekan dan dikurangkan. Teori Solomon mempunyai 2 peringkat. Peringkat pertama ialah secara automatik dan tidak dipelajari, manakala peringkat kedua ialah peringkat lawanan yang melibatkan emosi yang bertentangan dengan peringkat pertama dan ia menjadi lebih kuat dengan pengulangan. kerana membelanjakan wang itu terlalu cepat.

                                    Sebagai intiha, kita seharusnya belajar untuk mengawal emosi khususnya emosi negatif. Kesan-kesan negative akan menimpa apabila emosi ini tidak dikawal dan diuruskan dengan baik. Dengan ini, harapkan semua pelajar dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam kuliah ini pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.