Friday, September 2, 2011

A131844 MOHD HAFIZUDDIN BIN MOHD ZAYADI LJ05 PERSONALITI???

Assalamualaikum w.b.t.
Pada mulanya, saya ingin memohon maaf kepada dr.zamri kerana tidak dapat menhadiri kuliah yang lepas. walaupun begitu, saya telah mebuat surat pelepasan, diharap dr.zamri dapat menerima sebab saya terlepas kuliah tersebut. Namun saya telah melihat nota-nota kuliah itu, dan cuba memahami apa yang boleh melalui kuliah tersebut. Pada kuliah itu juga saya difahamkan kami perlu membuat beberapa tugasan. Tugasan tersebut adalah seperti berikut:-
·         tugasan 1 : baca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory. Dengar dan tonton klip video pertama dan kaitkan dengan teori tersebut.
  
·         tugasan 2: jawab soalselidik MBTI. Kemudian bincang personaliti yang diperolehi waktu soalselidik MBTI dalam jurnal kelima.
 
·         tugasan 3: jawab soalselidik Teori Besar 5, sama seperti tugasan 2, bincangkan personaliti yang  diperolehi dalam jurnal kelima.
 
Pertama, perbincangan mengenai Psychoanalytic Theory. Secara fisiologi dan kognitifnya, kesemua teory yang membincangkan mengenai emosi mengatakan bahawa emosi adalah proses dalam sedar. Namun begitu, seorang pemikir masa dahulu yang bernama Sigmund Freud menyanggah pendapat ini dengan menegaskan bahawa emosi ialah sesuatu yang dialami oleh seseorang dalam keadaan luar sedar. Apakah yang dikatakan dengan 'luar sedar'? Ianya bermaksud sesuatu emosi, motif, dan memori masa lalu yang kita tidak sedari namun mereka boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang.  Kebanyakkan daripada kita tidak dapat mengingati sebahagian besar perkara yang berlaku semasa zaman kanak-kanak mereka. Sebagai contoh dua orang remaja lelaki yang sedang bermusuhan berkemungkinan tidak mengingati sebab mengapa mereka bertengkar antara satu sama lain. Apa yanag mereka tahu, setiap kali bertemu dan bertentang mata perasaan kurang senang dengan secara tiba-tiba menyusup kedalam dada dan menimbulkan perasaan marah. Ini kerana permasalahan antara mereka diransang oleh satu perasaan luar sedar dan memori yang kuraang jelas. Penekanan teori psikoanalitik juga lebih terarah kepada emosi-emosi negative terutamanya perasaan marah dan bimbang. Seperti contoh yang telah saya nyatakan, perasaan marah dan bimbang disebabkan berlakunya konflik di paras luar sedar. Di bawah pengaruh ini, seseorang mungkin secara tiba-tiba berasa bimbang dan marah tanpa sebab yang jelas.
 
 
Seterusnya, kita akan berbincang pula mengenai tugasan yang kedua iaitu penentuan personality melalui ujian ataupun soal selidik MBTI. Terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan asal-usul ujian soal selidik ini. MBTI atau secara lengkapnya Myers-Briggs Type Indicator merupakan soal selidik psikometrik yang dicipta untuk mengukur psikologi manusia dalam menghadapi kehidupan dan dalam membuat pilihan. MBTI ini dibangun dan diasaskan oleh Katharine Cook Briggs bersama-sama dengan anak perempunnya, Isabel Briggs Myers. Ibu dan anak ini mencipta MBTI ketika Perang Dunia ke-2 dengan kepercayaan bahawa pengetahuan tentang jenis personaliti akan membantu kaum wanita dalam memilih jenis pekerjaan yang paling sesuai dengan mereka ketika zaman peperangan tersebut. Ujian soal selidik ini mengkategorikan lapan karakter kepada empat bahagian. Setiap satu kategori terdiri daripada dua karakter yang berlawanan.
 
·         Kategori pertama(E/I)   : Pilihan antara Extraversion(E) dan Introversion(I)
·         Kategori kedua(S/N)     : Pilihan antara Sensing(S) dan Intuition(N)
·         Kategori ketiga(T/F)     : Pilihan antara Thinking(T) dan Feeling(F)
·         Kategori keempat(J/P)  : Pilihan antara Judging(J) dan Perceiving(P)
 
      Hasil daripada kombinsi empat huruf yang telah ditentukan, ianya akan membentuk jenis personaliti seseorang itu. Melalui ujian tersebut, gabungaan huruf yang menggambarkan personaliti saya ialah ENFP- The Inspires. Secara amnya, mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan suka untuk meneroka perkara luar yang dianggap sebagai satu medan yang membuka peluang-peluang emas. Mereka juga mempunyai minat yang tinggi untuk mencuba dan terlibat dengan sesuatu yang baru contohnya mencari rakan yang baru, mencari idea baru serta lain-lain aktiviti yang baru bagi mereka. Sangat bertimbang-rasa dan mengambil berat akan kebajikan orang-orang disekeliling mereka. Golongan ENFP sentiasa bertenaga, bersemangat dan menjalani kehidupan yang spontan dan ringkas. Makan bagi setiap huruf- ENFP- adalah seperti yang diatas. Namun apakah huraian disebalik huruf-huruf tersebut. E atau pun Extraversion menggambarkan seseorang bertindak dahulu dan memikirkan akibat daripada tindakan tersebut kemudian. Hubungan dengan dunia luar merupakan sesuat yang penting kerana mereka tidak boleh hidup dalam keadaan bersendirian. N ataupun Intiution bermaksud mereka yang berfikir lebih kearah masa hadapan dan lebih kreatif. F ataupun Feeling menggambarkan mereka yang cepat dipengaruhi oleh emosi sekeliling. P ataupun Percieving, mereka yang di dalam golonga ini boleh menggandakan hasil kerja mereka dalam keadaan yang genting contohnya apabila tarikh akhir sesuatu tugasan sudah semakin hampir, mereka akan berfikir dan bekerja dengan lebih baik.
 
       Memasuki tugasan yang ketiga, iaitu tugasan yang terakhir. Kali ini saya akan membincangkan ujian soal selidik personaliti yang kedua, yang dinamakan The Big Five Theory (Teori Besar Lima). Kedah yang digunakan dalam ujian ini membahagikan soalan kepada lima bahagian. Kelima-lima bahagian ini mewakili personaliti yang tertentu
 
·         A – Openness
·         B – Conscientiousness
·         C – Extraversion
·         D – Agreeableness
·         E – Neuroticism (Emotional Instability)
 
      Setiap bahaagian soalan telah dipecahkan lagi kepada soalan yang lebih kecil. Setiap mereka yang mengambil ujian ini hendaklah memberikan markah kepada soalan yang dijawab contohnya
 
0 = tidak setuju atau tidak pasti
1 = Setuju sedikit
2 = Sederhana setuju
3 = Sangat setuju
 
Sebelum saya pergi ke bahagian ketiga, saya tidak berkesempatan untuk mengambil ujian personality. Saya akan cuba untuk mengambilnya nanti setelah dr. zamri ada uploadkan web untuk mengambil ujian tersebut. 
     Tamat sudah bahagian tiga. Sebelum saya mengakhiri jurnal ini, disini saya ingin menceritakan serba sedikit megenai tentang perbezaan antara type A personality dan type B personality. Mengikut kefahaman saya, mereka yang tergolong dalam personaliti jenis A kurang mempunyai kehidupan social kerana sentiasa dalam keadaan terburu-buru dan mengejar masa. Golongan ini juga mempunyai tahap kesabaran yang kurang dan sangat kompetitif. Manakala personaliti jenis B pula, mereka lebih tenang dan relax. Mereka lebih suka menikmati dan melakukan sesuatu tanpa tergesa-gesa. Tahap kesabarab mereka juga lebih tinggi. Berbanding dengan jenis B, personaliti jenis A lebih mudah dan cenderung untuk menghidap penyakit jantung dan darah tinggi.Oleh itu, mereka seharusnya belajar untuk mengawal emosi dan meguruskan kehidupan dengan lebih baik supaya segalanya lebih teratur.
Wassalam…
Selamat hari raya!!! Maaf zahir batin
 
 

A126900 Zafirah Ainna Raatu- LJ05-Personaliti Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
                Ini merupakan jurnal kelima dan yang terakhir bagi kursus pengurusan emosi ZT2253. Seperti biasa, kuliah telah diadakan pada 24 Ogos 2011, bermula pada jam 2 petang bertempat di dewan kuliah 1. Kuliah pada hari ini berlainan dari kuliah sebelum ini dimana Dr. Zamri telah memberi beberapa tugasan pada hari ini berbanding memberi kuliah menggunakan slide show sahaja. Tajuk pada hari ini adalah sambungan kuliah pada minggu lepas iaitu Teori Psikoanalitik dibawah Teori FKP dan kuliah baru yang bertajuk 'Emosi dan Personaliti'. Sebelum itu, Dr. Zamri telah membuka sebuah video klip lagu bertajuk 'You're Depress' yang menceritakan zaman kanak-kanak dan emosi negative bagi tugasan pertama.
                Untuk tugasan kedua, Dr.Zamri memasang sebuah video lagi mengenai personality seseorang berdasarkan teori-teori yang ada. Video ini mengenai personality type A dan type B. Type A adalah seorang yang memandu dengan laju, bangun awal, selalu hendak cepat, tidak sabar, 'organized', 'perfectionist', sentiasa melihat jam, 'competitive' atau sentiasa bersaing, manakala type B adalah seorang yang tenang, memandu secara berkhemah, 'easy going', makan dengan perlahan, sabar, tidak kelam kabut dan risau, cakap dengan perlahan, tenang dan mempunyai 'pleasant existence'. Orang yang mempunyai personality type A lebih berisiko menghidapi penyakit jantung oleh itu mereka sepatutnya lebih tenang supaya mudah melakukan sesuatu perkara. Selepas video itu, Dr. Zamri telah bertanya kepada semua pelajar jenis personality mereka. Saya mendapati bahawa personality saya adalah type A. Saya akui bahawa saya bukan seorang yang penyabar kerana saya tidak suka menunggu oleh itu saya juga akan menepati sesuatu janji yang dibuat kerana tidak mahu orang lain menunggu saya. Saya juga mahu menyiapkan semua kerja dengan cepat dan teratur. Saya mementingkan kekemasan dan ketepatan sesuatu perkara itu. Pendapat saya mengenai seseorang yang mempunyai personality jenis A lebih berisiko menghidapi penyakit jantung adalah benar. Ini adalah kerana jika seseorang itu terlalu mementingkan sesuatu dan hendak menyiapkan sesuatu dengan teratur sebelum masa yang ditetapkan, mereka lebih rasa tertekan berbanding personality jenis B yang sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
                Selepas itu, video kedua bertajuk Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). Video ini adalah sebuah animasi mengenai jenis-jenis emosi yang diwakili oleh huruf-huruf tertentu. Selepas itu, Dr.Zamri memulakan soal selidik MBTI dalam bentuk slide show. Setiap pelajar diminta menjawab soal selidik ini didalam sehelai kertas. Terdapat empat bentuk emosi dan setiap satu terdapat dua pilihan dan setiap pelajar dikehendaki memilih satu setiap pilihan yang diwakili oleh beberapa soalan. Semasa kaji selidik itu, saya mendapati pilihan pertama saya adalah 'extoverted' iaitu seorang yang 'outgoing', mudah berinteraksi dengan orang lain dan 'assertive'. Pilihan kedua adalah 'sensing' dimana orang tersebut seorang yang praktikal dan lebih suka focus kepada sesuatu yang terperinci. Pilihan ketiga adalah 'thinking' dimana orang ini lebih berpandukan kepada sebab dan logic dalam mengendalikan sesuatu masalah. Pilihan terakhir adalah 'perceiving' iaitu lebih fleksibel dan spontan. Kesimpulannya, saya telah memilih ESTP mewakili huruf-huruf yang telah saya pilih didalam kaji selidik ini. Seseorang yang mempunyai sikap ESTP lebih mementingkan kehidupan luar dan berpandukan pengalaman yang pernah dialami. Mereka juga teruja dengan penglibatan secara berterusan didalam akiviti dan cabaran baru. Selain itu, mereka lebih berpandukan kepada logic dan analitik sesuatu perkara didalam kehidupan mereka dan mempunyai sikap ingin tahu bagaimana sesuatu itu terjadi. Mereka sanggup menghadapi sesuatu cabaran dan menerima kehidupan yang dilalui berbanding mempersoalkan dan mengaturkan kehidupan mereka. Selepas itu, Dr.Zamri meminta setiap pelajar untuk berbincang dengan rakan disebelah mengenai jenis personality masing-masing sementara Dr.Zamri memasang lagu bertajuk 'Right Here Waiting'.
                Seterusnya adalah ujian 'Big Five Personality'. Ujian ini terdiri daripada lima bahagian iaitu bahagian A, B, C, D dan E. Setiap bahagian terdiri daripada beberapa soalan dan setiap pelajar dikehendaki menjawab bergantung kepada nombor-nombor tertentu iaitu seperti:
0-Tidak setuju atau tidak pasti
1-Kurang setuju
2-Setuju
3-Sangat setuju
Selepas itu, markah bagi bagi setiap bahagian ditambah dan bahagian yang mempunyai markah yang paling tinggi mewakili sikap seseorang itu. Bahagian A diwakili oleh 'Openness', bahagian B-'Conscientiousness', bahagian C-'Extraversion', bahagian D-'Agreeableness', bahagian E-'Neuroticism', dan apabila setiap bahagian ini digabungkan membentuk 'OCEAN'. Jika pelajar tersebut mendapat markah tinggi dalam bahagian A iaitu 'Openness', pelajar tersebut lebih gemar kepada kesenian, emosi, cabaran, idea yang luar biasa, imaginasi, sikap ingin tahu dan pelbagai pengalaman. Bahagian B pula iaitu 'Conscientiousness', pelajar tersebut lebih berdisiplin, bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dan sentiasa mengharapkan pencapaian diluar kemampuan orang lain. Pelajar tersebut juga lebih suka merancang berbanding melakukan sesuatu secara tiba-tiba (spontan). Bahagian C diwakili oleh 'Extraversion'. Pelajar ini bersikap positif, gembira dikelilingi oleh orang lain, sentiasa mencuba sesuatu yang baru, tidak menolak peluang yang ada dan jika pelajar tersebut di dalam sebuah kumpulan, mereka lebih suka bercakap dan mengambil perhatian orang lain. Bahagian D diwakili oleh 'Agreeableness'. Pelajar yang mempunyai markah tinggi dalam bahagian ini adalah seorang pelajar yang bersemangat dan sangat berkerjasama, mereka juga mudah berinteraksi dengan orang lain, bertimbang rasa, ramah, pemurah, sentiasa menolong dan sanggup memenuhi permintaan orang lain. Bahagian yang terakhir adalah bahagian E yang diwakili oleh 'Neuroticism' atau emosi yang tidak stabil. Pelajar yang mempunyai emosi seperti ini lebih cenderung untuk bersikap negative seperti marah, murung dan tekanan. Emosi negative ini selalunya terjadi dalam jangka waktu yang lama, ini bermakna pelajar ini sentiasa di dalam keadaan yang sedih atau 'bad mood'. Sikap ini boleh mempengaruhi daya pemikian, membuat sesuatu keputusan dan semasa menghadapi tekanan.
                Selepas ujian ini, saya mendapati saya lebih kepada 'Conscientiousness'. Menurut 'Big Five Test', saya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam menjalankan sesuatu tugas dan suka merancang sesuatu perkara. Saya akui saya lebih berdisiplin, sebagai contoh menepati masa yang telah dijanjikan, jika kuliah bermula pada jam 2 petang, saya akan sampai sebelum jam 2, saya akan pastikan saya sampai pada masa yang ditetapkan dan jika saya lewat, ini bermakna saya mempunyai alasan yang kukuh di atas kelewatan saya itu. Sikap ini dilatih di dalam diri saya sejak kecil lagi oleh ayah saya. Ayah saya adalah seorang yang garang, tegas, sangat mementingkan ketepatan masa, kebersihan dan adab sopan. Disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman hidup saya. Saya dilatih berdikari sejak kecil lagi, sewaktu zaman kanak-kanak saya, pada umur 7 tahun lagi, saya sudah pandai meng'iron' baju sekolah sendiri, melipat baju sendiri. Disebabkan kedua-dua ibubapa saya bekerja, jadi saya diberi kunci pendua untuk pintu rumah saya. Jadi setiap kali balik dari sekolah, saya tinggal berseorangan di rumah. Ibu saya juga pernah bercerita kepada saya, saya boleh tinggal sendiri di rumah sejak umur 6 tahun. Pada waktu itu, ada pekerja yang mahu menyemak lesen televisyen dan terkejut hanya saya yang tinggal di rumah ketika itu sehingga pekerja itu bertanya kepada jiran sebelah rumah saya. Bukan itu sahaja, saya suka merancang sesuatu perjalanan sebagai contoh pada tahun lepas saya dan rakan hendak ke Genting Highland, jadi beberapa hari sebelum bertolak, saya sudah merancang perjalanan ke sana seperti tambang, pengangkutan, waktu bertolak dan sebagainya. Jika saya diberi sesuatu tugas, saya akan berusaha untuk menyiapkan tugasan tersebut pada masa yang ditetapkan, kalau boleh saya tidak mahu melengahkan sesuatu kerja itu.
                Kesimpulannya, selepas menjalani ujian MBTI dan Big Five Test ini, saya lebih mengenali personality diri saya dimana saya tidak sedar sebelum ini. Mungkin ada beberapa kelemahan pada diri saya yang boleh diubah untuk menjadi seorang yang lebih baik berbanding diri saya sebelum ini.
Sekian, terima kasih.

A131757 LJ05

Selamat Sejahtera.Pada permulaan kuliah ini, Dr. Zamri telah menetapkan beberapa tugasan yang perlu dilakukan oleh para pelajar bagi mencatat dalam jurnal masing-masing. Pertama sekali, Dr. Zamri memberi arahan kepada kami untuk membaca slide dan teks tentang teori psikoanalitik. Selepas itu, kami perlu mendengar dan menonton klip video serta menghubungkan mesej yang terdapat dalam video tersebut dengan teori yang telah dibaca. Bagi tugasan yang seterusnya, kami perlu menjawab soal selidik MBTI, dimana kami akan dapat mengetahui tentang kategori personaliti kami dan seterusnya kami perlu membincangkan perihal personaliti kami berdasarkan jawapan yang telah didapati melalui hasil ujian MBTI tersebut. Tugasan yang terakhir bagi minggu ini ialah, kami perlu menjawab soalan soal selidik Big Five Theory dan membincangkan keputusannya dalam jurnal kami.
    Menurut apa yang saya telah baca, 'Psychoanalytic Theory' atau dalam Bahasa Melayu dipanggil Teori Psikoanalitik sebenarnya tergolong di bawah Teori FKP iaitu Teori-Teori Fisiologikal, Kognitif dan Psikoanalitik.Sigmund Freud telah membuat hypothesis bahawa pengalaman emosi merupakan proses bersifat tanpa kesedaran. Dalam teori ini, emosi, motivasi dan juga memori yang lepas dapat mempengaruhi sikap dan tindakan kami secara tidak disedari, lebih banyak bertumpu kepada pengalaman semasa kanak-kanak. Tambahan pula, sifat ketidaksedaran ini boleh dikatakan sebagai sumber emosi dan motivasi yang amat kuat dan selalunya menekankan emosi negatif. Sebagai contoh, apabila kami melakukan kesilapan waktu kecil dan dimarahi atau dipukul oleh ibu bapa, emosi pada ketika itu,ketakutan dan kebimbangan amat sukar kami lupakan. Maka, tanpa disedari, pengalaman tersebut telah meninggalkan impak kepada pemikiran kami dan seterusnya mempengaruhi tindak balas dan tindakan kami. Misalnya, kami akan lebih berhati-hati semasa menangani perkara yang sama bagi mengelakkan kemarahan ibubapa. Dalam klip video yang ditayangkan oleh Dr Zamri, pencerita meluahkan isi hatinya bahawa dia sentiasa berfikiran secara positif bahawa dunia ini penuh dengan kesempurnaan. Dengan ini, dia tidak mencurigai sesiapa dan mempercayai semua perkara dapat diselesaikan dengan sempurna. Pada pendapat saya, hal ini disebabkan pencerita belum melalui dan mentafsir pengalaman hidup yang sebenar. Apabila pencerita semakin membesar, dia telah memahami hakikat bahawa kehidupan ini penuh dengan ketidakadilan,kesusahan dan ketipuan selepas dia mengalami semua ini. Dia menunjukkan kekecewaannya dengan menyatakan bahawa bukan semua orang boleh dipercayai malah mungkin mengkianati kami. Selain itu, dia juga mengetahui bahawa bukan semua orang akan bertindak mengikut kehendaknya. Semua emosi ini dilahirkan hasil daripada pengalaman dan memori yang lepas, lebih-lebih lagi pengalaman yang perit dan menyedihkan, seperti fakta yang dikatakan dalam Teori Psikoanalitik. Namun, pencerita masih memilih untuk mempercayai dunia ini masih terdapat keindahannya; dia mempercayai bahawa dalam akhir terowong masih terdapat sinar cahaya yang sedang menantikannya;dia berputus untuk mempercayai bahawa semua masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Saya berpendapat bahawa pendirian yang tetap yang dipaparkan dalam diri pencerita disebabkan sikap-sikap positifnya yang mendorongnya untuk tabah menghadapi cabaran dan pada masa yang sama, pengalaman serta memori pencerita yang menganggap dunia ini adalah sempurna telah mempengaruhi pemikirannya tanpa disedari.
    Video kedua yang ditayangkan menunjukkan dua jenis personaliti yang utama. Individu yang mempunyai personaliti jenis A merupakan seseorang yang bersikap agresif, suka bertanding dan bercita tinggi. Individu ini amat mementingkan masa dan justeru kurang sabar. Mereka sentiasa melakukan kerja dan bertindak dengan cepat kerana mereka mementingkan kesempurnaan kerja. Semasa menonton babak ini, otak saya terlintas kawan saya yang memang bersikap sedemikian. Pada pendapat saya, individu ini amat efisien dalam menangani perkara mereka. Namun, mereka terlalu peka dalam mengejar impian mereka sehingga mengabaikan perkara di sekeliling mereka. Dalam proses ini, mereka telah hilang sikap-sikap positif dan menjadi tertekan. Sebaliknya, individu mempunyai personaliti jenis B lebih bersikap sabar, relax dan melakukan kerja dengan perlahan mengikut suka hati sendiri. Saya mendapati sikap saya lebih dekat dengan personaliti jenis B. Namun, kadang-kala, saya juga akan memaksa sendiri untuk menyelesaikan kerja dengan cepat dan akan berasa tertekan apabila kerja tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang saya tetapkan. Masalah ialah saya tidak dapat mendisiplinkan sendiri untuk menggunakan ISFJ, individu ini bersifat baik hati dan amat sensitif terhadap perasaan orang lain. Jadi, mereka sentiasa menunjukkan ketimbangrasaan mereka terhadap orang lain. Saya bersetuju dengan penyataan bahawa sensitif terhadap perasaan orang lain. Mungkin disebabkan horoskop saya, saya amat masa dengan sepenuhnnya.
    Seterusnya, kami telah menjawab soalselidik MBTI (Myers Briggs Personality Test). Personality test ini adalah hasil kajian oleh Carl Jung, Katherine C. Briggs, dan Isabel Briggs Myers. Terdapat enam belas personaliti yang digunakan untuk membuat soalselidik ini. Saya mendapat ISFJ-nurturer dalam ujian ini. Dalam keterangan mementingkan perasaan dalaman dan juga suka memerhatikan serta mentafsir perasaan dan pemikiran orang lain. Malah gerak hati saya selalunya tepat. Seterusnya, kadang-kala saya akan cuba untuk memenuhi keperluan kawan-kawan mengikut pemerhatian saya. Dalam keterangan juga mengatakan bahawa individu ISFJ menitikberatkan keselamatan, baik hati dan menghormati undang-undang. Mereka kurang kemungkinan untuk mencuba cara yang baru kecuali ditunjukkan cara yang konkrit. Sifat ini boleh dikatakan selaras dengan sikap saya kerana saya seorang yang lebih suka memilih sistem yang selamat dan tidak berisiko tinggi agar mengelakkan kesalahan yang mungkin tertimbul. Jadi, saya selalu memilih cara yang paling terjamin apabila menyelesaikan masalah. Ini menyebabkan saya selalu kurang yakin untuk mencuba benda yang baru. Seperti yang dinyatakan, saya juga belajar dengan lebih berkesan melalui praktikal daripada membaca secara teori. Teori yang difahami melalui buku kurang saya mengaplikasikan dalam kehidupan. Sebaliknya, selepas saya melakukan sesuatu perkara dan mengalami proses itu, saya lebih mudah mendapat konsep tersebut. Saya amat kagum dan terperanjat kerana ujian ini sememangnya memberi keterangan yang tidak kurang tepatnya tentang personaliti saya. ISFJs juga mempunyai potensi sebagai 'decorators' kerana mereka sensitif dan mempunyai 'sense of space, function, and aesthetic appeal'. Saya tidak berani untuk mangatakan bahawa saya seorang 'decorator' yang berpotensi. Namun, apa yang saya ingin berkongsi ialah saya suka corak atau image bersifat seni dan juga suka melukis serta 'design' benda mengikut perasaan sendiri. Saya amat suka hati semasa melihat hasil kerja saya cantik dan selalunya memberi perhatian terhadap design daripada sumber-sumber lain tidak kira dalam bidang pakaian, hiasan rumah,kad dan sebagainya. Yang paling dapat menggambarkan personaliti saya ialah ISFJs lebih suka menyembunyikan isi hati dan masalah. Kebanyakan masa saya menikmati menyendiri dan berfikir seorang diri. Apabila orang lain meminta bantuan, saya juga berasa malu untuk menolak permintaan mereka. Dalam hal ini, saya berpendapat saya perlu bertindak secara asertif tanpa mengabaikan kepentingan diri dan pada masa yang sama, tidak menimbulkan salah faham.
    Seterusnya, dalam video yang ketiga kami telah dihidangkan dengan video yang berkisarkan mengenai Big Five Model,iaitu yang mengandungi extroversion,agreeableness,openness,conscientiousness dan juga emotional stability. Bagi openness, seseorang yang suka mencabar, sentiasa suka mencuba benda yang baru biasanya mempunyai pelbagai pengalaman. Bagi conscientiousness, individu mempunyai disiplin yang tinggi, selalu merancang sebelum bertindak dan penuh dedikasi semasa melakukan kerja. Individu yang bersifat extraversion sentiasa penuh dengan tenaga dan mempunyai emosi yang positif. Indivivu yang bersifat agreeableness lebih kepada bertimbang rasa dan dapat bekerjasama dengan orang lain dengan gembira. Sikap saya lebih sepadan dengan 'neuroticism' kerana kadang-kala saya mudah mengalami emosi yang pasif terutama menghadapi sesuatu yang tidak memenuhi permintaan atau halangan. Saya memahami ini merupakan sikap yang kurang sempurna kerana ia mampu mempengaruhi pemikiran dan keputusan saya apabila saya beremosi negatif. Jadi, saya akan mencuba untuk mengawal perubahan emosi saya dan berfikiran lebih positif.
    Sekian, terima kasih.

A131540 Prasana K. Thiruchelvam LJ05 Personaliti Diri

Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada Prof. Dr. Ahmad Zamri dan kepada rakan sekalian. Akhirnya, sampai jugalah jurnal saya yang kelima dan yang terakhir untuk kuliah kursus ZZZT 2253 Pengurusan Emosi yang bertarikh 24 Ogos 2011. Sesi kuliah kali ini agak menarik dan tidak membosankan seperti kuliah yang terdahulu. Kali ini kami tidak diberi penjelasan tentang topic yang spesipik yang berkait rapat dengan emosi sebaliknya telah mengaplikasikan konsep yang telah kami pelajari sebelum ini. Secara ringkasnya, kami telah diberi 'intro' yang ringkas tetapi padat tentang teori psikoanalitik dan telah mengaitkan teori yang diajar itu dengan sebuah lagi tayangan video sewaktu kuliah. Bukan itu sahaja, kami juga telah membuat dua jenis ujian personality yang agak  mudah dan seterusnya menganalisa keputusan ujian personality itu . Pada kali ini, tayangan video yang ditayangkan itu mengisahkan seorang perjalanan hidup seorang manusia darilah waktu kecilnya sehingga dia dewasa. Video ini juga memaparkan segala suka duka and liku liku hidup seperti yang kita semua alami dan hal ini jelas lagi difokuskan melalui muzik later belakangnya itu. Seperti kehidupan seseorsang manusia biasa, video tersebut tidak gagal untuk memaparkan tentang pelbagai emosi emosi positif dan emosi negative yang dialami dalam kehidupan seseorang manusia itu. Emosi- emosi ini adalah sesuatu kebiasaan dalam hidup semua orang malah dalam hidup setiap individu itu.
Seterusnya, sesi kuliah pada hari itu telah membincangkan secara ringkasnya tentang teori psikoanalitik di mana ramai ahli teori menganggap bahawa pengalaman emosi adalah sesuatu proses yang harus disedari oleh seseorang manusia itu dan mereka juga beranggapan dan berorientasikan fisiologi dan kognitif. Namun begitu, seorang ahli teori bernama Sigmund Freud berpendapat bahawa emosi bukanlah sesuatu proses yang disedari manusia. Beliau berpendapat bahawa manusia tidak akan menyedari emosi yang mereka alami itu. Hal ini agak benar kerana selalunya kami tidak akan menyedari bahawa emosi, motivasi serta ingatan lama yang wujud dalam sanubari kita memainkan peranan yang agak penting dalam mempengaruhi tingkah laku dan sikap kami. Adakah kita pernah memikirkan pasal pengalaman semasa zaman kanak- kanak kita dahulu. Kebanyankkannya sudah pastinya berlaku secare tidak sedar dalam diri kita. Dan pada waktu itu juga sudah pastinya kita sebagai kanak- kanak tidak mempeduli sangat tentang pengalaman emosi tersebut.  Hal ini yang berlaku dalam kita secara tidak sedar akan menjadi satu penjana emosi dan motivasi yang sangat kuat. Sebenarnya, konsep ini perlu ditekankan kerana ia merujuk kepada emosi yang kurang baik seperti marah, sedih, dan bimbang. Selalunya, emosi kurang baik ini berlaku kerana adanya konflik di aras tidak sedar dalam diri seseorang itu. Satu lagi contoh yang amat baik ialah, ada kalanya kita berasa marah dan cemas tetapi untuk alas an yang tidak munasabah ataupun tanpa alasan yang kukuh langsung!
Selepas itu, kulih pada hari itu telah diteruskan dengan tayangan video yang berkaitan dengan personality kita semua. Khususnya, personality manusia boleh diklasifikasikan kepada dua golongan utama iaitu personality jenis A iaitu Type A Personality dan personality jenis B iaitu Type B Personality. Pengklasifikasi ini sebenarnya diperkenalkan oleh dua orang pakar perubatan yang pakar dalam bidang jantung dan penyaluran darah dalam tubuh manusia iaitu Meyer Freidman dan RH Rosenman. Semasa kedua dua doctor pakar ini sedang membuat kajian tentang kaitan personality mnausia dengan panyakit koronari, mereka telah menemui penggolongan dua kelas personality ini. Sebenarnya, manusia dengan personality jenis A dan manusia dengan personality jenis B mempunyai karakter dan tingkah laku yang sangat berlainan. Individu yang mempunyai personality jenis B bersikap tenang dan sentiasa tidak akan cepat panic. Mereka lebih suka untuk menikmati kehidupan dengan tahap kepuasan yang sangat tinggi kerana tahap kesabaran mereka yang sangat tinggi dan kemahiran luar biasa mereka yang membenarkan mereka mudah mengadaptasi terhadap sesuatu keadaan. Jiwa mereka sentiasa lebih tenang membolehkan mereka rehat buat jangka masa yang panjang tanpa memikirkan pasal kerja kerja yang harus mereka buat. Pada kebiasaannya individu yang sebegini tidak akan rasa tertekan dengan mudah walaupun dia menghadapi sebarang masalah. Secara kontranya, individu yang memiliki personality jenis A pula lebih cenderung untuk sentiasa bimbang dengan status dan pencapaian hidup mereka itu. Mereka selalunya tidak sabar sabar dan sentiasa suka marah dan berasa tertekan. Ada juga golongan individu yang berpersonaliti jenis A tetapi sikap mereka lebih sederhana misalnya sering di antara jenis A dan jenis B.
Kemudian, kami juga telah didedahkan kepada dua jenis ujian personality iaitu Ujian Personaliti Lima Besar ( The Big Five Personality Test) dan juga ujian personality MBTI yang juga dikenali sebagai MBTI Pesonality Test. Dalam Ujian personality Lima Besar  kami telah disuruh untuk menjawab beberapa soalan  atau berkaitan kenyataan dalam 5 seksyen dengan menggunakan skala 0 sehingga 3 sebagai rujukan. Angka 0 pada skala tersebut bermaksud langsung tidak setuju manakala angka 3 bermaksud sangat setuju dengan sesuatu kenyataan itu. Seterusnya, kita haruslah menambahkan setiap nombor yang digunakan untuk setiap satu soalan dalam setiap seksyen dan bahagian yang menunjukkan jumlah paling tinggi akan menunjukkan personality diri seseorang itu. Terdapat lima jenis pembahagiaan kepada soalan soalan tersebut iaitu, openness iaitu keterbukaan, conscientiousness iaitu berwaspada, extraversion, agreeableness iaitu bersetuju dan akhir sekali neuroticism. Melalui ujian personality ini, saya mendapati bahawa saya seorang yang neuroticism yang membawa maksud ketidakstabilan dalam emosi. Golongan ini sering kali mengalami perubahan emosi yang sangat ketara. Mereka akan sering kali mengalami emosi emosi negative seperti kemarahan, kebimbangan dan kemurungan. Selain daripada itu, mereka juga akan sangat reaktif secara beremosi terhadap apa apa jenis tekanan hidup. Sesuatu yang amat biasa akan dianggap sebagai sesuatu yang mengancam dan mengecewakan. Hal ini selalunya akan berkekalan untuk jangka masa yang agak panjang berbanding orang lain. Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang inidividu itu selalu dalam 'mood' yang kurang baik. Keburukan dalam golongan ini adalah, personality jenis ini akan sering kali menjejaskan kobolehan dan keupayaan mereka untuk berfikir secara rasional. Walaupun saya tergolong dalam kumpulan personality jenis ini, saya tidaklak seteruk semua kualiti kualiti yang dipaparkan dalam kandungan personality jenis ini keran saya punya personality lebih sederhana sahaja.
Selain daripada itu, kami juga telah mengambil satu lagi ujian personality iaitu ujian MBTI. MBTI bermaksud Myer's Briggs Type Indicator di mana ujian ini mengklasifikasikan personality manusia kepada 16 jenis yang merupakan kumpulan 4 jenis sifat manusia. Setiap jenis mempunyai 2 sifat am manusia dan akhirnya terdpaat 8 jenis sifat sifat manusia iaitu, extraverted, introverted, sensing, intuitive, thinking atau feling, judging, dan akhir sekali perceiving. Sebelum kita memilih jenis yang kita miliki, kita semua telah dikenalkan dengan segala kenyataan yang menerangkan setiap sifat tersebut dan seterusnya barulah dikehendaki memilih jenis yang berpadanan dan bersesuaian  dengan karakter kita. Melalui ujian ini saya mempunyai gabungan ESTP di mana saya mempunyai kualiti dominan hidup yang bersemangat dan praktikal.
Kesimpulannya, saya amat bertuah kerana dapat mengenali personality saya yang sebenar melalui ujian- ujian personality yang diperkenalkan oleh Dr. Zamri dalam sesi kuliah kali ini. Sekian, terima kasih.