Saturday, August 27, 2011

A131650 Wendy Wong Hwei Rong LJ05 Personaliti sendiri

Selamat sejahtera .
24 Ogos 2011(Rabu) saya telah menghadiri Kuliah ZT yang ke-6.  Tajuk kuliah kali ini ialah "Emosi dan Personaliti". Manakala, kuliah kali ini Dr.Zamri tidak dapat menghadiri kuliah kali ini tetapi kami pun diberikan beberapa tugasan dan diminta menghabiskan tugasan-tugasan tersebut pada masa kuliah tersebut.
Video-video yang berkaitan dengan tugasan-tugasan tersebut ditunjukkan supaya kami dapat menyelesaikan tugasan-tugasan dengan lebih sempurna.
 
Tugasan pertama adalah membaca slide dan teks yang berkaitan dengan Psychoanalytic theory. Kami telah menonton satu klip video dan mengaitkan kandunagnnya dengan teori Psychoanalytic. 
Tugasan kedua adalah menjawab soal selidik MBTI supaya kami dapat mengetahui kategori-kategori personaliti kami dan menceritakan personality sendiri dalam jurnal ini.
Tugasan ketiga adalah menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) supaya kami dapat mengetahui personality kami dengan lebih jelas dan teliti dan membincangkannya dalam jurnal ini.

Video yang disidangkan adalah berkaitan tentang type A and B personality. Berdasarkan video tersebut, Type A Personaliti merupakan seseorang yang agresif, suka bersaing, tidak sabar (impatience), kejar masa. Selain itu, orang dengan type A personaliti juga bercita-cita tinggi dan mementingkan kerjayaan dan kesempurnaan dalam kerjanya.Dia tidak akan membenarkan sebarang kesilapan dalam kehidupannya. Manakala, Type B personaliti adalah amat berbaza dengan Type A personaliti. Orang dengan Type B personaliti  merupakan seseorang yang penyabar dan dia selalu membuat kerjanya secara perlahan dan dalam keadaan yang relax dan tidak cemas. (easy going and slow&steady).  Berdasarkan video tersebut, saya mendapati bahawa saya adalah Type A personality kerana saya merupakan seorang yang impatience dan saya akan memastikan kerja-kerja saya diselesaikan dengan cepat dan sempurna. Oleh sebab itu, saya berasa amat stress dalam kehidupan saya. Saya berharap boleh membelajar dengan orang yang mempunyai Type B personaliti.
 
Dalam nota kuliah kita, Personaliti didefinasikan-Gabungan ciri-ciri psikologi kita untuk mengelaskan & menggambarkan seseorang dari segi ciri-ciri atau situasi tertentu seperti tenang, pasif, agresif, dan sebagainya.
Dalam jurnal-jurnal dulu, kita telah menyatakan apabila menghadapi situasi atau masalah yang sama, kita akan mempunyai emosi dan reaksi yang berbeza. Kita mempercayai perbezaan juga berkaitan dengan personaliti individu kita. Oleh itu, personaliti dan emosi dikatakan berperanan dalam menentukan reaksi atau response kita apabila menghadapi masalah-masalah.
Seterusnya, dalam tugasan kedua, kami dikehendaki menjawab soal selidik MBTI (Myers Briggs Personality Test). Soal selidik ini merupakan hasil kajian Carl Jung, Katherine C. Briggs, dan Isabel Briggs Myers. Beberapa kriteria telah digunakan dalam soal selidik ini. Antaranya adalah "Extraversion (E), Introversion (I), Sensing (S), Intuition (N), Thinking (T), Feeling (F), Judging (J) dan juga Perceiving (P)". Setiap individu boleh dikelaskan sebagai extroverted atau pendiam (E atau I), sensing atau intuitif (S atau N), pemikiran atau perasaan (T atau F), dan penghakiman atau perceiving  (J atau P) dan daripada kriteria-kriteria tersebut, kita telah mendefinisikan enam belas jenis personaliti iaitu, ESFP, ESTP, ISTJ, ISFJ, ENFP, ENTP, INFJ, INTJ, ESTJ, ENTJ, ISTP, INTP, ESFJ, ENFJ, INFP, dan ISFP. Orang extroverted merupakan seorang yang lebih mesra, dan pandai bergaul. Mereka lebih suka berkawan dan suka akan suasana yang meriah. Pendiam pula ialah orang yang bersikap pemalu, dan suka menyimpan perasaan mereka dalam hati. Orang sensing adalah lebih berpraktikal, sebaliknya orang yang berjenis intuitive tidaklah begitu reality dan mempercayai dengan deria keenam. Orang jenis thinking suka menggunakan logik dalam menyelesaikan sesuatu masalah manakala orang jenis feeling akan menyelesaikan masalah mengikut emosi mereka. Orang jenis judging adalah lebih berdisiplin dan sistematik dalam kehidupan mereka manakala jenis perceiving pula lebih fleksibel dan tidaklah begitu berdisiplin. Melalui soal selidik ini, saya mendapati mempunyai personiliti extroverted, Sensing, Thinking, Perceiving ( ESTP).
 Seterusnya, dalam 'the big-five model' ada mempunyai lima komponen iaitu extroversion, agreeableness, conscientiousness, emotional stability, dan openness to experience.
Ø Extroversion merupakan komponen yang menerangkan kebolehan dan keterbukaan untuk bersosial. Tinggi peratusan/markah dalam Extrovert menunujukkan seseorang itu sangat peramah dan mudah untuk memulakan perbualan, rendah markah Extrovert menunujukkan Introvert yang bermaksud pemalu dan tidak suka bergaul dengan orang lain. 
Ø Agreeableness bermaksud bagaimana seseorang itu bertindak dan mengikut pendapat orang lain.Tinggi markah dalam nilai komponen ini bermaksud orang tersebut sangat tolerance dan selalu mematuhi&mengikut pandangan dan pendapat orang lain. Orang tersebut boleh dikatakan sangat pasif dan mudah dipengaruhi dengan orang lain. Dia  kurang mempunyai atau tidak mudah menyuarakan pandangan sendiri. 
Ø Conscientiousnes- komponen menunujukkan dia sangat tersusun (organized), focus dan sangat berusaha memenuhi cita-cita dan berdisiplin.
Ø Emotional stability menunjukkan kebolehan seseorang menangani emosi sama ada mempunyai kebolehan menguruskan stress atau tidak. Neuroticism-ketika stress, merupakan seorang inidividu yang mudah tertekan dan selalu dalam perasaan negatif.
Ø Openness to experience bermaksud kesediaan menukar pendapat diri jika menerima pendapat yang baru. Dia dikatakan layak dicirikan sebagai kreatif dan tinggi sikap ingin tahu. Dia percaya bahawa perubahan penting bagi evolusi sosial.
Kami juga mengambil satu ujian yang berkaitan dengan Big Five Personality test.
 Kesimpulannya, saya telah memahami personaliti diri saya sendiri dengan lebih jelas dan teliti melalui soal selidik MBTI dan soal selidik Big Five Theory tersebut. Saya boleh dikategori dalam Type A personality. Bagi orang yang mempunyai Type A personality macam saya, kita harus belajar bagaimanakan menguruskan emosi kita dengan lebih bagus, cubalah menjadi seorang yang selalu berfikir dengan positif dalam kehidupan kita.
Sekian, terima kasih.
 
 

A131538 Kii Heng Seng

LJ05 Personaliti

Salam sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah kami yang amat dihormati, Dr. Zamri. Ulasan ini merupakan jurnal saya yang kelima dan terakhir. Ia merupakan refleksi saya selepas menghadiri kuliah pengurusan emosi ZZZT2253 pada 24 Ogos yang lalu. Kuliah pada kali ini agak berlainan dengan kuliah yang sebelum ini kerana Dr. Zamri tidak mengadakan kuliah pembelajaran seperti yang biasa dilakukan. Kami telah didedahkan dengan beberapa aktiviti yang lebih menarik dan diberikan tugasan untuk diselesaikan sepanjang kuliah ini. Kuliah ini lebih berhalakan pembelajaran dua hala berbanding dengan sesi-sesi pengkuliahan yang lepas kerana lebih banyak interaksi di antara Dr. Zamri dengan pelajar sekalian. Dr. Zamri telah memberi dan menetapkan beberapa tugasan yang perlu dilakukan dan disertai dalam jurnal terakhir ini seperti  physcoanalytical theory yang dibincang dalam slide. Selain itu, kami telah membincangkan tentang personaliti sendiri melalui dua soal selidik iaitu soal selidik MBTI dan juga soal selidik Teori Besar Lima ( Big Five Theory).


Kuliah dimulakan dengan tayangan video. Video yang ditayangkan pada hari tersebut berkaitan dengan kehidupan seorang budak. Budak ini mempunyai zaman kanak-kanak yang gembira dan sempurna kerana dia berpemikiran suci. Namun begitu, apabila kanak-kanak ini mengalami perubahan kehidupan dalam proses meningkat dewasa, dia sedar bahawa dunia seorang remaja tidak lagi semudah dan sesuci yang difikirkan zaman kanak-kanak. Dia menyedari bahawa bukan semua orang yang boleh dipercayai dan pengkhianatan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Dia berasa kecewa dengan kenyataan hidup. Walau bagaimanapun, dia masih berfikiran positif dan optimistik terhadap kehidupannya. Kalau dikhianati kawan, bolehlah mencari kawan yang baru. Kalau ditipu pengemis, dia masih akan berbaik hati dengan pengemis dan mendermakan wang. Video ini telah dikaitkan dengan Teori Psikoanalitik dan mesej dia kepada kita ialah kita haruslah tabah menghadapi apa-apa jua cabaran dengan berfikiran positif kerana kehidupan kita sememangnya begitu. Di sini, saya ingin memberi satu perbandingan yang sangat menarik. Kalau kehidupan kita bagai ECG dan sekiranya hidup kita mendatar sahaja, maka ECG kita jugalah mendatar, bermaksud kita sudah mati. Dengan adanya suka duka kehidupan, maka ECG kita akan naik dan turun yang bermaksud kita masih bernyawa.

 

Dr. Zamri juga telah memperkenalkan personaliti type A dan B kepada kami melalui klip video yang seterusnya. Secara amnya, orang jenis A merupakan orang yang melakukan apa-apa saja dengan cepat dan bersistematik. Contohnya adalah seperti cepat makan, cepat bangun, tidak bersabar, lebih berorganisasi, perfectionist, sering memeriksa jam tangan, pandu dengan cepat, berdaya saing tinggi dan sebagainya. Sebaliknya, orang jenis B merupakan orang yang suka melakukan sesuatu secare tenang dan lambat. Contohnya ialah pandu dengan lambat, tenang, makan dengan lambat, tidak tergesa-gesa, cakap dengan lambat, relax dan sebagainya. Orang yang mempunyai personaliti A sering dikaitkan dengan 'perfectionist', iaitu mereka ingin semua perkara dijalankan dan diselesaikan dengan cara yang sebaik mungkin. Malangnya, mereka yang bersifat tersebut berisiko tinggi untuk mendapat penyakit seperti penyakit jantung kerana mereka sering tergesa-gesa dan risau terhadap sesuatu benda. Orang yang mempunyai personality type B pula sentiasa tenang dan menyiapkan perkara-perkara dengan lebih senang. Pada pendapat saya, saya mempunyai ciri-ciri gabungan jenis A dan B. Pada masa tertentu, saya akan bersifat tergesa-gesa tetapi saya juga akan bersifat tenang dalam menyiapkan sesetengah perkara. Tetapi pada kebiasaannya, saya merupakan orang jenis B kerana saya mengemari rentak hidup yang lebih lambat. Sebenarnya kedua-dua jenis personaliti ini mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri.

 

Selepas itu, kami telah diberikan soal selidik Myers Briggs Personality Test (MBTI). Myers Briggs Personality Test merupakan satu soal selidik psikometri yang bertujuan untuk mengukur kecenderungan psikologi orang dalam membuat keputusan. MBTI membahagikan perbezaan psikologi kepada empat pasangan yang bertentangan atau dichotomies: extroversion (E) dan introversion (I), sensing (S) dan intuition (N), thinking (T) dan feeling (F) serta judgement (J) dan perception (P). Ini telah menyebabkan enam belas jenis personaliti, iaitu ESFP, ESTP, ISTJ, ISFJ, ENFP, ENTP, INFJ, INTJ, ESTJ, ENTJ, ISTP, INTP, ESFJ, ENFJ, INFP dan ISFP. Untuk pengetahuan umum, orang yang extroverted ialah orang yang pandai bersosial dan bergaul, orang yang berintroverted pula bersifat pendiam dan menyimpan perasaan. Sensing bermakna orang yang lebih berpraktikal manakala intuition merujuk kepada orang yang tidak begitu realiti atau tidak berpraktikal. Thinking merujuk kepada orang yang berfikiran logik dalam menyelesaikan masalah manakala feeling ialah orang yang membuat sesuatu berdasarkan perasaan dan emosi. Orang jenis judgement ialah orang yang lebih berdisiplin manakala orang jenis perception merujuk kepada orang yang fleksibel dan bertindak mengikut situasi.


Keputusan soal selidik MBTI menunjukkan saya mempunyai personaliti ESFJ (extroverted, sensing, feeling, judgement). Orang yang ada dalam kategori ini dipanggil sebagai pengasuh. Sebagai ESFJ, cara utama hidup saya berfokus luaran, saya berurusan dengan perkara-perkara mengikut perasaan saya terhadap mereka, atau bagaimana mereka menyesuaikan diri dengan sistem nilai peribadi saya. Mod kedua saya bersifat dalaman, di mana saya memahami sesuatu melalui lima deria saya.
ESFJ juga mencintai orang dan mesra dengan orang lain. Mereka menggunakan ciri-ciri Sensing dan Penghakiman mereka untuk mengumpul tertentu, maklumat terperinci mengenai orang lain, dan memasukkan maklumat ini ke dalam penghakiman.  Mereka mahir membaca minda orang lain, dan memahami pandangan mereka. Keinginan yang kuat ESFJ disukai oleh orang sekeliling menjadikan mereka sangat menyokong orang lain.  ESFJ adalah hangat, simpati, membantu, bekerjasama, bijaksana, turun-ke-bumi, praktikal, menyeluruh, konsisten, terancang, bersemangat dan bertenaga. Mereka menikmati tradisi dan keselamatan, dan akan mendapatkan kehidupan yang stabil yang kaya dengan hubungan dengan rakan-rakan dan keluarganya.


Akhir sekali, kami dikehendaki menjawab kuiz persoanliti "the Big Five Theory". 5 faktor yang ada dalam Big Five Theory ialah openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan neuroticism (OCEAN). Openness ialah imaginasi aktif, kepekaan estetik, perhatian kepada perasaan dalaman dan rasa ingin tahu secara intelektual. Conscientiousness ialah bersifat cermat, teliti dan berhati-hati. Extraverts suka bergaul dan berminat untuk mencari keseronokan. Orang yang agreeableness  lebih bertolak ansur dalam keadaan social dengan bersifat mesra, berbelas kasihan dan bekerjasama. Orang yang mempunyai skor tinggi dalam neuroticism akan mengalami lebih banyak perasaan seperti keresahan, kemarahan, rasa bersalah dan perasaan tertekan. Hasil soal selidik saya ialah agreeableness. Kemesraan saya dengan kawan saya dan memberi bantuan jika mereka ditimpa kesusahan telah menunjukkan ketepatan soal selidik ini.


Kesimpulan, hasil yang saya perolehi dari kuliah ini ialah saya telah mengenali diri sendiri secara lebih banyak.  Setiap perwatakan mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Oleh itu, kita seharusnya memahami dan menerima personaliti individu masing-masing.  Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pensyarah kita dan rakan-rakan yang beragama Islam sebelum mengakhiri jurnal saya. Sekian, terima kasih.

A131230 Mohamed Ismail B Ahmad

Jurnal kali ini merupakan jurnal saya yang terakhir, penutup bagi jurnal saya yang sebelumnya. Berkisarkan tentang nota kuliah Emosi dan Personaliti, melalui perspektif saya sebelum kuliah ini bermula ia pasti merujuk kepada kaitan emosi dengan personaliti dan bagaimana kedua duanya berinteraksi antara satu dengan yang lain. Sebagai mukadimah, emosi terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu perasaan subjektif, perubahan pada tubuh badan terutamanya sistem saraf dan yang terakhir kecenderungan kelakuan terhadap sesuatu tingkah laku. Menurut Dr Zamri, emosi yang diekspresikan sering kali berbeza menurut individu itu sendiri dan ini berkait rapat dengan personaliti individu tersebut. Hipotesis yang boleh dibuat ialah emosi yang dialami mencerminkan bentuk dan personaliti individu tersebut. Maka jelas Dr Zamri, emosi dan personaliti merupakan titik tolak terhadap kepentingan untuk membezakan seseorang individu dengan individu yang lain. Ini merupakan satu perkembangan yang sangat penting bagi menghuraikan faktor dalaman yang berkait rapat dengan keadaan emosi.
            Personaliti merujuk kepada cantuman kepada sifat fisikologi yang digunakan untuk mengelaskan seseorang dari segi karakteria seperti pendiam, kasar, bising dan sebagainya. Menurut konsep yang diketengahkan dalam Penunjuk jenis Myer Briggs, alat paling kerap digunakan untuk mengakses personaliti, Individu boleh dikelaskan sebagai peramah(extrovert) atau pendiam(introvert), merasa(sensing) atau intuitif(intuitive), berfikir(thinking) atau perasaan(feeling), dan juga menilai(judging) atau gerak hati(perceiving). Apa yang diertikan sebagai peramah disini ialah stabil dari segi nilai sosial serta tegas manakala pendiam pula boleh dimaksudkan sebagai senyap serta pemalu. Untuk mengaplikasikan ilmu ini, sesuai sekali sekiranya saya menjadikan diri sendiri sebagai contoh bagi sifat pendiam ini. Sepanjang pengalaman saya yang semakin berlanjutan, saya dapati saya lebih suka berdiam diri, memisahkan dari kumpulan orang ramai, berdikari, tidak suka berkongsi perasaan, serta lebih suka bercakap dengan diri sendiri. Keadaan yang tidak sosial ini telah memberi impak yang sangat besar sepanjang saya menjadi pelajar perubatan kerana nilai sosial sangat dititik beratkan dalam kursus kursus seperti perubatan ini. Oleh yang demikian saya telah memaksa diri sendiri untuk lebih bersosial cukup sekadar kemampuan dan keperluan saya supaya kelebihan kelebihan lain untuk tidak bersosial tidak tercela.
            Merasa merujuk kepada tahap kepekaan terhadap sesuatu rangsangan. Individu yang bersifat sangat peka kepada persekitarannya sering kali terkenal dengan sifatnya yang sungguh praktikal serta sifat ingin tahu pada tahap semaksima yang mampu. Lawan bagi sifat ini pula ialah sifat intuitif yang dikenali dengan sifat kebergantungan terhadap proses secara tidak sedar serta lebih suka melihat kepada gambaran secara general dan tidak khusus kepada sesuatu perkara. Pengalaman saya ketika hadir dalam sesetengah tutorial, saya dapati ada dua golongan pelajar iaitu pelajar yang suka menghafal dan juga pelajar yang tidak hafal tetapi tahap kefahamannya terhadap sesuatu perkara sangat tinggi. sekiranya saya menganalisis situasi ini menurut definisi kepada dua sifat berlawan ini, saya dapati mereka yang menghafal adalah dikategorikan sebagai kelas intuitif kerana tidak ada initiatif sendiri untuk mencari lebih lanjut lagi terhadap apa yang dihafal. Golongan inilah golongan yang berjaya kerana ingat tetapi kemudiannya gagal kerana lupa. Golongan yang faham pula adalah dikelaskan sebagai peka kerana menjadikan subjek atau objek yang dipelajari sebagai titik tolak ke arah keinginan untuk memahami berbanding dengan keinginan untuk menghafal semata. golongan jenis ini adalah golongan yang banyak berfikir , teliti serta sistematik dalam menyelesaikan pelbagai jenis masalah. secara tidak langsungnya, mereka terus ingat apa yang dipelajari dalam jangka masa yang panjang berbanding dengan mereka yang tidak faham tetapi menghafal bulat bulat fakta yang dipaparkan.
            Antara perbandingan dua personaliti yang saya minati dalam kuliah ini ialah berfikir dan perasaan. Orang yang mempunyai personaliti yang suka berfikir adalah mereka yang berfikir secara logik, kritikal dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Lainlah jika dibandingkan dengan individu yang berwatakan perasaan, mereka menggunakan emosi dan perasaan sebagai metode untuk dijadikan pendekatan ke arah penyelesaian masalah. Berfikir adalah fungsi akal yang telah dianugerahkan istimewa oleh Tuhan Yang Maha Esa kepada manusia sesuai dengan tujuan penciptaannya. Walaupun berfikir ini dilihat sebagai sesuatu yang baik dan kritikal, akan tetapi berfikir juga boleh mendatangkan kerosakan kepada individu. Islam telah datang kepada manusia dengan membawa segala jenis ilmu, termasuklah ilmu berkenaan cara cara berfikir. Antara yang paling mudah ialah tidak berfikir untuk melakukan kejahatan baik ke atas diri sendiri mahupun orang lain. Individu yang suka menggunakan perasaan sebagai pendekatan kepada jalan penyelesaian tanpa disertakan dengan akal fikiran pula adalah sama seperti haiwan. Perasaan tidak menentukan baik atau buruk sesuatu itu melainkan adanya ilmu mengenainya. Sekiranya kita fahami proses proses serta mekanisma yang berlaku dalam penerimaan maklumat, ilmu ini diterima oleh akal lalu memasuki kitaran memproses maklumat. Salah satu daripada komponen kitaran ini ialah berfikir. Maka, menyelesaikan masalah dengan cara ini lebih banya mendatangkan mudarat berbanding dengan kebaikan.
Pengadilan ataupun menilai pula merujuk kepada individu yang suka memberi arahan, mengawal dan bertindak sebagai ketua. Lawannya pula adalah individu yang berwatakan gerak hati. Ia merujuk kepada individu yang fleksibel dan spontan dalam memahami dan merasai perubahan keadaan sekeliling. Personaliti ini saya kagumi kerana kesemua lima deria rasa dapat berfungsi ke tahap maksima sehingga membolehkan individu mengesan sesuatu yang orang lain tidak mampu. Personaliti jenis ini sangat berkait rapat dengan hukum persepsi kerana rangsangan yang tidak jelas diterima serta dianalisis secara kritikal oleh akal untuk menghasilkan tindak balas yang cepat serta tepat dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Orang yang adil pula lebih suka jika rakyat dikawal oleh sistem undang undang untuk mengawal tingkah laku masyarakat. Orang yang mempunyai perwatakan seperti ini kerap sekali menjadikan kursus perundangan sebagai cita cita. Sekiranya keadilan menjadikan seseorang bersikap adil serta berdisiplin, maka gerak hati pula menjadikan seseorang bersikap berhati hati dalam berdepan dengan kesulitan. Jika dibuat perbandingan, hipotesis yang boleh saya nyatakan ialah individu yang berwatakan gerak hati lebih unik lagi jika dibandingkan dengan individu yang Cuma kuat pada nilai keadilannya.
            Sebagai kesimpulannya, personaliti yang berbeza akan mendatangkan ekspresi emosi yang berbeza dan perbezaan ini seterusnya membawa kepada perubahan dalaman seseorang yang berbeza terutamanya sistem saraf dan juga tingkah laku yang berbeza. Sekiranya tidak wujud konsep PenunjukJenis Myer Briggs ini, maka dunia hanya boleh menerangkan secara general tentang emosi manusia secara keseluruhan tanpa mengetahui latar belakang individu seolah oleh setiap individu dibina berdasarkan personaliti yang sama. Oleh yang demikian, kesinambungan ilmu yang dilakukan oleh Myer Briggs ini merupakan satu usaha lanjutan yang sangat penting ke arah perkembangan ilmu bidang emosi.

A131649 Leong Ching Yee LJ05

Selamat sejahtera. Kali ini merupakan kali terakhir saya menulis jurnal untuk ZZZT Pengurusan Emosi.  Saya telah menghadiri kuliah pada 24 Ogos 2011 dan kulaih ini telah berlangsung selam satu jam setengah .  Kuliah ini agak menarik kerana aktiviti pada hari itu amat berbeza daripada kuliah yang lain. Pada permulaan kuliah, kami dekehendaki membaca slide dan teks tentang Teori Psikoanalitik (Psychoanalytic Theory) dan menonton video yang ditayangkan. Kami dikehendaki untuk mengaitkan teori tersebut dengan video yang ditayangkan tadi. Selain itu, kami telah menjawab kuiz personaliti Myers Briggs Type Indicator (MBTI) . Tambahan pula,  kami juga dikehendaki untuk menjawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). 

 

Video klip yang ditayangkan oleh Dr Zamri adalah tentang kehidipan seorang kanak-kanak. Dia mempercayai bahawa dunia ini adalah dunia yang sempurna semasa dia kecil dan dia tidak pernah menempui apa-apa masalah sejak kecil lagi. Walaubagaimanapiun, apabila dia dewasa, dia mendapati bahawa dunia ini bukan sama dengan dunia yang dianggap olehnya sejak dari kecil. Dia sentiasa mengalami kesusahan dalam kehidupannya yang menyebabkannya dia sentiasa beremosi negatif. Watak tersebut menyatakan bahawa "Long time ago, I always believe that life is full of euphoric experiences and life is a hub of happiness. Everything has a solution and nothing cannot be resolved even when things seem like I am going to quit. As I grew up, my thinking gradually changed" . Akhirnya, selepas dia telah mengalami semua ini, dia mula berfikiran positif dan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang akan dihadapi olehnya. Dengan ini, dia berfikiran optimistic dan meneruskan kehidupannya dengan baik.. Akhirnya, watak tersebut juga mengatakan bahawa "But right now, I want it to be what I want to be, so I still believe."

 

Psychoanalytic theory didefinisikan sebagai: definisi dan dinamik pembangunan sahsiah yang menjadi asas dan panduan psychodynamic dan psikoterapi psychoanalytic.Sigmund Freud  menekankan  tentang kepentingan pengalaman dan peristiwa semasa kanak-kanak akan mempengaruhi perkara yang akan dilakukan oleh seseorang semasa dia dewasa. Teori ini boleh dikaitkan dengan video yang ditonton pada hari tersebut. Ini adalah kerana pengalaman watak utama yang baik semasa kecil menyebabkan dia berfikir positif ketika menempuhi sebarang masalah apabila dia menjadi dewasa. Saya agak bersetujui tentang teori ini kerana kenyataan teori ini telah diwujudkan dalam kehidapan saya dan kawan saya juga. Sebagai contoh, kawan saya sentiasa dibuli oleh kawan lelakinya semasa dia berada di tingkatan satu. Pengalaman ini telah menyebabkan dia sangat benci terhadap lelaki dan tidak berani untuk bercakap dengan lelaki sehingga sekarang. Oleh itu, pengalaman seseorang semasa kecial banyak mempengaruhi  perlakuan seseorang semasa dia dewasa.

 

Selain itu, Dr Zamri juga menanyangkan sebuah klip video yang berkaitan dengan personaliti type A dan type B. Orang yang mempunyai personaliti type A mempunyai personaliti berikut seperti sentiasa nak makan cepat, bangun degan awal, bersifat nak cepat dan tidak sabar dalam menyelesaikan masalah. Orang yang mempunyai personality jenis A juga sentiasa hendak melaksanakan sesuatu perkara dengan sebaik mungkin dan suka membandingkan kekuasaan  diri  dengan orang lain. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang bersifat begini akan lebih berpeluang untuk mendapat penyakit seperti penyakit jantung, darah tinggi, dan sebagainya. Orang yang mempunyai personaliti type B pula sentiasa bertenang dengan makan lambat, bercakap secare perlahan, memandu secara lambat dan menyiapkan perkara-perkara dengan lebih senang dan tidak mempunyai tekanan yang banyak. Saya rasa saya mempunyai personaliti type B melebihi type A.

 

Soal selidik yang pertama jalankan ialah Soal selidik MBTI iaitu Myers Briggs Personality Test . Dalam teori ini, terdapat lapan critiria dalam soal selidik ini, iaitu "Extraversion (E),  Introversion (I), Sensing (S), Intuition (N), Thinking (T),    Feeling (F), Judging (J), and Perceiving (P)".Daripada soal selidik ini, kami dikehendaki memilih empat criteria daripada lapan criteria ini. Selepas itu, kami dikehendaki mengisikan keempat-empat criteria tersebut ke dalam empat kotak untuk menngetahui perwatakan kami sendiri. Lapan watak di atas adalah berpasangan dimana 'E' dengan 'I', 'S' dengan 'N', 'T' dengan 'F', dan 'J' dengan 'P'. 

 

Daripada soal selidik ini, saya mendapat personaliti ENFJ. Penjelesan tentang personaliti ini ialah

For ENFJs ( extraversion, intuition, feeling and judging) the dominant quality in their lives is an active and intense caring about people and a strong desire to bring harmony into their relationships. ENFJs are openly expressive and empathic people who bring an aura of warmth to all that they do. Intuition orients their feeling to the new and to the possible, thus ENFJs often enjoy working to manifest a humanitarian vision, or helping others develop their potential. ENFJs naturally and conscientiously move into action to care for others, to organize the world around them, and to get things done.

Saya agak bersetuju dengan keputusan ini kerana saya sentiasa menjaga perassan orang lain. Saya juga sentiasa berasa kasihan terhadap orang yang dalam kesusahan. Saya akan sentiasa melawati pusat-pusat orang kurang berupaya semasa saya cuti. Melalui soal selidik ini, saya lebih memahami personaliti saya sendiri.

 

Akhirnya,  kami didedahkan dengan tugasan yang terakhir iaitu mengetahui personaliti kami mengikut Big Five Theory. Terdapat lima jenis personality dalam teori  Big Five Theory iaitu Extroversion, Agreeableness, Conscientiousness, Openness dan Neuroticism (Emotional Stability). Akronim yang diberi untuk lima personaliti tersebut ialah 'OCEAN'Melalui Big Five Theory ,openness menunjukkan orang yang menghargai seni, emosi, pengembaraan, idea-idea yang luar biasa, imaginasi,rasa ingin tahu, dan pelbagai pengalaman. Sifat
intelektual ingin tahu, menghargai seni, dan peka terhadap kecantikan juga ditunjukkan oleh mereka. Mereka juga lebih kreatif dan lebih mengetahui perasaan orang lain.
Extraversion pula ialah emosi positif, surgency,  kecenderungan untuk mendapatkan rangsangan orang lain, menikmati dengan orang-orang, dan sering dilihat sebagai penuh tenaga.  Tambahan pula, Agreeableness pula ialah seseorang yang  bertimbang rasa, mesra, murah hati, suka menolong, dan bersedia untuk berkompromi kepentingan mereka dengan orang lain. Conscientiousness pula ialah kecenderungan untuk menunjukkan disiplin diri, bertindak taat, dan bertujuanuntuk pencapaian terhadap langkah-langkah atau di luar jangkaan. Akhir sekali, Neuroticism boleh ditunjukkan dengan kecenderungan untuk mengalami emosi yang tidak stabil seperti kemarahan, kebimbangan dan kemurungan. Dalam soal selidik tersebut, saya telah mendapat keputusan sebagai seorang yang Agreeableness. Keputusan saya ini agak bersama dengan keputusan soal selidik MBTI. Ia juga mennunjukkan saya seorang yang mesra, suka membantu orang lain dan seorang yang bertimbang rasa.

 

Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak daripada kulaih ini. Saya juga dapat lebih memahami terhadap personaliti saya sendiri.