Saturday, September 3, 2011
A131237 : LJ05 : Siti Nurfatin Binti Haron : Personaliti Kendiri
A126983 muhammad aiman bin husin jurnal akhir
Kuliah pada kali ini lebih 'advanced' berbanding minggu-minggu sebelum ini. Pada minggu ini kami telah buat banyak aktiviti. Antara tugasan yang perlu kami lakukan ialah : Aktiviti 1: Baca 'slide' dan teks tentang Psychoanalytic Theory. Dengar dan tonton klip video pertama yang akan ditayangkan pada jam 2 pm. Kaitkan apa yang ada dalam video tersebut dgn teori. Aktiviti 2: Jawab soalselidik MBTI. Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda. Aktiviti 3: Jawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.
Untuk tugasan satu, kami telah dipertontonkan sebuah video yang bertajuk ' childhood experience'. Dalam video tersebut, kita dapat melihat perubahan seseorang dalam proses menjadi dewasa, kita dapat melihat bagaimana seseorang menjadi tabah dalam masalah yang ditimbul dan bagaimana seseorang mengubah pandangan terhadap kehidupan selepas menghadapi segala masalah yang dihadapinya. Video tersebut cerita tentang kehidupan seorang lelaki sejak kecil. Masa zaman kanak – kanak , lelaki tersebut merupakan seorang budak yang naïf, dia hidup dalam dunia yang sempurna. Keadaan ini adalah biasa untuk semua kanak – kanak sebab semua masalah yang timbul akan diatasi oleh ibu bapa. Tetapi, masa budak lelaki dewasa, dia dapat melihat kecacatan dunia ini. Dunia lelaki itu telah berubah kepada semakin rumit, semakin banyak masalah yang dihadapi olehnya. Dia terpaksa hidup dalam betray dan depression. Dia mempunyai perassan seseorang dan tidak difahami oleh orang lain. Segala masalah yang timbul menyebabkan dia berasa sendiri adalah seseorang yang tidak berguna. Walaubagai manpun, dia tidak berputus asa, dia percaya kepada diri sendiri dan menghadapi masalah dengan tabah. Berdasar kepada teori psychoanalytic,saya bersetuju bahawa pengalaman kanak – kanak amat menjejas pandangan dan attitude seseorang apabila dewasa.
Selepas itu kami pula menonton video tentang personality. Dengan ini kami berpeluang untuk mengenali Type A dan Type B personality. Melalui video tersebut , saya mengetahui bahawa orang yang mempunyai Type A personality merupakan orang yang membuat sesuatu dengan tergesa – gesa dan selalu mengejar masa. Seseorang yang mempunyai Type A personality tidak mengizin sedikit kesalahan pun dan dia merupakan seoang perfectionalist. Type B personality merupakan seseorang yang tidak mengejar masa dan bersantai. Type B personality melakukan kerja dengan perlahan dan tenang. Selepas menonton video tersebut, saya realize bahawa saya merupakan Type A personality. Saya selalu membuat kerja dengan tergesa – gesa . Saya tidak mengizinkan membazir masa. Disebabkan itu, saya melakukan aktiviti harian dengan cepat seperti makan, jalan , mandi, membuat kerja rumah. Saya realize bahawa saya perlu embuat perubahan supaya mengabungkan ciri – cirri type A dan Type B personality. Ini disebabkan Type A personality selalu menyebabkan seseorang itu berada dalam keadaan stress. Apabila saya ingin membuat sesuatu dengan cepat, saya selalu mengabaikan details dan tidak teliti dalam menyiapkan tugasan. Selain itu, Type A personality akan mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi hypertension dan sakit jantung.
Untuk tugasan seterusnya iaitu tuasan yang kedua kami membincangkan Persoalan tentang gaya atau personality seseorang. Pensyarah memberikan kami beberapa jenis soalan untuk mengukur serat mengkaji tentang diri kita. Dengan itu kita dapat mengenali siapakah diri kita yang sebenar. Siapakah kita disebalik personality zahir kita ini. Apakah rupa bentuk perangai yang kita selalu tonjolkan. Setiap pelajar dikehendaki menjawab soalan yang dibentangkan pensyarah. Ini bagi mengenalkan pelajar tentang diri mereka sendiri. Terdapat dua bentuk soalan yang dikeutarakan oleh pensyarah. Satunya adalah 'MBTI Berdasarkan MBTI Cognitive Style Inventory, saya adalah seorang yang Extraverted Characteristics. seorang yang mempunyai ciri-ciri ini akan bertindak secara lantang. Antara cirri-ciri yang ada ialah: Act first, think/reflect later Feel deprived when cutoff from interaction with the outside world Usually open to and motivated by outside world of people and things Enjoy wide variety and change in people relationships Sebaliknya jika seseorang itu mempunyai cirri-ciri introverted ialah: Think/reflect first, then act Regularly require an amount of "private time" to recharge batteries Motivated internally, mind is sometimes so active it is "closed" to outside world Prefer one-to-one communication and relationships Selain dari itu, terdapat banyak lagi persoalan yang menjadi tali ukuran kepada personality seseorang berdasarkan MBTI Cognitive Style Inventory. Yang berikutnya Sensing Characteristics dan Intuitive Characteristics. Sensing Characteristics adalah seseorang yang mempunyai cirri-ciri berikut: q Mentally live in the Now, attending to present opportunities
q Using common sense and creating practical solutions is automatic-instinctual q Memory recall is rich in detail of facts and past events q Best improvise from past experience q Like clear and concrete information; dislike guessing when facts are "fuzzy"
Manakala bagi Intuitive Characteristics mempunyai cirri-ciri berikut: q Mentally live in the Future, attending to future possibilities q Using imagination and creating/inventing new possibilities is automatic-instinctual q Memory recall emphasizes patterns, contexts, and connections q Best improvise from theoretical understanding q Comfortable with ambiguous, fuzzy data and with guessing its meaning. Saya adalah seseorang yang berstail lebih kepada gaya Intuitive Characteristics. terdapat banyak lagi ujian yang termasuk di dalam 'MBTI Cognitive Style Inventory'. Selepas itu, kami membuat kajian yang kedua merupakan ' The big five personality '. Terdapat 5 faktor yang menilai personality seseorang dalam The Big Five personality, iaitu openness , conscientiousness , extraversion, agreeableness dan neuroticism . Openess merupakan seseorang yang mempunyai imaginasi yang aktif, menekankan kepada perasaan dalaman dan rasa ingin tahu yan kuat . Conscientiousness merupakan seseorang yang menpunyai cirri teliti, berjati – hati dalam melakukan sesuatu. Extraversioness merupakan cirri orang yang suka bergaul dengan orang lain, seseorang yang suka perkara yang seronok . Agreeableness merupakan cirri yang senag bersetuju dengan orang lain , bersikap tolak – ansur dengan orang lain. Neuroticism merupakan ciri kemarahan dan tertekan. Dalam akhir kajian, saya merupakan seseorang yang extraversion. Mengikut kajian, Saya merupakan seseorang yang beremosi positif dan suka bergaul dan enjoy dengan teman orang lain. Saya amat bersetuju dengan kajian ini, saya amat suka bergaul dan social dengan orang. Saya mempunyai enthusiasm dan selalu bertenaga untuk bergaul . Selain itu, saya juga merupakan seseorang dan paling banyak ecakap dalam kumpulan. Walaubagaimanapun, orang yang suka bergaul jaga mempunyai keburukkan, dia akan offend people easily. Terdapat banyak lagi aktiviti menarik didalam kuliah ini. Konkulasinya, kuliah kali ini adalah sangat menarik dan banyak membantu kita untuk memahami diri sendiri dan juga orang lain. Ini adalah penting supaya kita dapat berkomunikasi dengan lebih efektif dengan orang lain dan dengan ini banyak salah faham dapat dikurangkan dan kehidupan kita lebih senang dan gembira.
|
Saat Ini
A131543 Chuah Jun Sen LJ05
Salam sejahtera dan selamat petang. Pada 24 August 2011, saya telah menghadirkan diri ke kuliah Dr.Zamri. Pada hari tersebut, Dr.Zamri tidak menyampaikan kuliah seperti biasa namun telah memberikan tugas-tugas khas kepada kita. Ketiga-tiga tugasan tersebut adalah untuk menentukan jenis-jenis personaliti dalam kalangan kami. Sebelum itu, Dr.Zamri telah menayangkan sebuah video kepada kami yang bertajuk "Childhood Experience". Saya terharu semasa menyaksikan video itu. Semasa kecil, saya teringat-ingat semua perkara yang berlaku di sekeliling saya mesti adanya penyelesaian. Kalau saya berusaha, semua perkara yang susah akan menjadi senang. Namun, pemikiran saya telah berubah selepas umur saya menjadi lebih tua, dan saya mengalamai lebih banyak pengalaman dan cabaran dalam hidup. Bukanlah setiap kawan yang saya kenal adalah kawan terbaik dan kawan yang boleh dipercayai. Kadangkala, kawan di sisi kami akan mengkhianati kami. Ini adalah realiti hidup dan tidak boleh diubahkan. Sama dengan komposer video ini, saya juga berasa saya ialah seorang yang bodoh semasa menghadapi percintaan. Tiadalah orang yang dapat bantukan saya dalam bidang percintaan ini, dan bukanlah setiap benda yang saya usahakan akan berbuah, ia mungkin tiada hasil dikeluarkan pada akhirnya. Walaubagaimanapun, saya harus tetap berusaha dan tetap percaya bahawa usaha saya akan berbuah pada akhirnya!
Selepas menonton video yang mengharukan saya, Dr.Zamri telah menanyangkan video kedua yang bertajuk "Right here waiting". Video pertama dan video kedua umpama meninikberatkan emosi cinta. Percintaan adalah sesuatu yang agak rumit dan tiada subjek percintaan diajar dalam sekolah. Melalui video ini, saya telah mengalami emosi sedih kerana teringat-ingat detik-detik manis dan pahit semasa saya mengejar gadis yang saya cinta. Walaupun gagal, namun kenangan pada gadis tersebut adalah manis dan tidak mudah dilupai. Sekarang gadis itu dan saya tetap kawan dan saya harapkan dia sentiasa gembira.
Tambahan pula, saya merupakan personaliti jenis A. Ciri-ciri personaliti jenis A yang ditunjukkan dalam video adalah makan dengan cepat, bangun awal, sentiasa tergesa-gesa, tidak sabar, bersistematik, perfectionist, dan kerap menengok jam tangan, memandu kereta dengan cepat, suka bersaing, dan kadar tinggi untuk menghidap penyakit sakit jantung. Manakala ciri-ciri personaliti jenis B adalah sentiasa berada keadaan tenang, memandu dengan perlahan-lahan, makan dengan perlahan, sabar, bertutur dengan perlahan, yakin pada diri sendiri. Sebagai contohnya, saya seorang saya sentiasa tergesa-gesa dan tidak sabar, memandu kereta dengan cepat, suka bersaing, tetapi saya tidak bangun awal dan bersistematik. Saya rasa ujian ini tidak begitu tepat. Untuk mendalami ilmu pengetahuan saya, saya telah melayari internet demi mencari lebih maklumat tentang personaliti. Personaliti adalah satu cabang dalam kajian psikologi yang mengkaji personaliti individu dan perbezaan antara personaliti yang membentuk diri seseorang. Personaliti berasal daripada perkataan Latin 'persona' yang bermaksud individu. Umumnya, adalah penting untuk mengenali personaliti diri supaya kita memahami orientasi diri sendiri dan ini membantu kita menyesuaikan diri dengan persekitaran serta mengenali kelebihan dan kelemahan diri. Ada sikap yang memang semula jadinya wujud sejak kita lahir dan ada pula yang dibentuk melalui proses pembesaran dan pengaruh persekitaran. Pengaruh inilah yang membentuk personaliti. Dalam bidang psikologi, pelbagai teori digunakan untuk memahami personaliti. Antaranya teori psikoanalitik, behavioristik, humanistik dan perspektif sikap. Teori yang pelbagai ini memberi perspektif tersendiri mengenai perkembangan personaliti dalam diri seseorang. Misalnya, teori psikoanalitik yang dipelopori oleh Sigmud Freud menyatakan bahawa personaliti seseorang itu dianalogikan seperti seketul ais besar di dalam air atau aisberg. Sekiranya dilihat secara semula jadinya hanya 10 peratus daripada saiz aisberg yang sebenar timbul di permukaan laut berbanding 90 peratus lagi yang tenggelam. Kebanyakan personaliti yang wujud adalah di bawah sedar seseorang. Bahagian aisberg yang timbul itulah ibarat personaliti yang kita sedar. Proses pembentukan personaliti seseorang berlaku lebih banyak pada peringkat bawah sedar seseorang, berbanding dalam peringkat sedar.
Secara umumnya, terdapat beberapa jenis kategori personaliti bagi seseorang individu. Misalnya, Teori Personaliti A dan B menjelaskan dua jenis personaliti yang mempunyai sifat yang bertentangan. Personaliti jenis A selalunya kurang sabar, begitu mementingkan soal masa, berasa tidak selamat dengan status dirinya, mempunyai daya saing tinggi, agresif dan jarang berada dalam keadaan tenang.Golongan personaliti jenis A selalunya kuat bekerja, tidak bergantung pada orang lain dalam hidupnya. Dengan ciri-ciri ini, individu dengan personaliti jenis A selalu dilihat dalam keadaan ingin cepat dan tertekan. Manakala orang personaliti jenis B adalah sebalik daripada orang personaliti jenis A. Orang jenis B lebih tenang dan tidak kerap kelihatan tertekan.
Di samping itu, setiap personaliti ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Individu dari personaliti jenis A boleh mengurus dengan baik, sistematik, cepat dan dapat menyiapkan tugas dalam tempoh yang disediakan. Golongan daripada personaliti jenis B mudah bergaul dengan orang ramai dan menjadi perhatian. Namun, kelemahan golongan ini ialah kadang-kala dilihat mengambil mudah perkara penting, tidak dapat menyiapkan tugas dalam tempoh masa yang disediakan, serta tidak suka berada dalam keadaan tertekan. Rata-rata, individu dengan personaliti jenis A selalu 'tidak sekepala' ketika bekerja dengan individu personaliti jenis B. Namun, dalam hubungan peribadi mereka boleh menjadi pasangan bahagia. 'Yang bertentangan itu menarik' mungkin benar dalam situasi seharian tetapi tidak dalam persekitaran bekerja.
Seterusnya, Dr.Zamri telah memberikan kita sebuah ujian MBTI. MBTI merupakan singkatan kepada "Myer's Briggs Type Indicator". Ujian ini mengketogorikan personaliti manusia kepada 16 jenis yang merupakan gabungan 4 jenis sifat daripada 4 kumpulan yang mempunyai 2 sifat am manusia. 8 jenis sifat yang dimaksukan termasuklah sifat extraverted (E) and introverted (I), sifat sensing (S) atau intuitive (N), sifat thinking (T)atau feeling (F), serta sifat judging (J) atau perceiving (P). Saya telah dikategorikan sebagai ISTP. Menurut informasi dari internet, orang yang ISTP mempunyai ciri-ciri seperti minat bagaimana sesuatu benda berfungsi, kerap mengumpulkan fakta-fakta di sekelingnya, suka "hands-on", yakin, practikal, suka pelbagai pengalaman yang baru, orang yang suka ambil risiko. Bidang kerja yang sesuai untuk ISTP adalah polis, detective, engineer, mechanics, pilots, carpenters dan athletes.Walaupun ada beberapa ciri-ciri didapati pada saya, tetapi saya rasa tidak begitu tepat pada semua. Ujian ketiga yang diberikan oleh Dr.Zamri akan mengkategorikan kita kepada 5bidang iaitu personaliti O, personaliti C, personaliti E, personaliti A, dan personaliti N. Saya telah mendapati saya ialah personaliti A.
Secara kesimpulannya, dengan melalui teori-teori ini, kami dapat lebih mengenali diri sendiri dan ini membolehkan kita kenal personaliti orang lain seterusnya belajar menghormati dan menyesuaikan diri dalam apa-apa jua situasi. Dengan ini, kita dapat membentuk komuniti yang saling memahami antara satu sama lain.