Thursday, August 25, 2011

TAN LI FEN A131517 LJ05

TAN LI FEN  A131517  LJ05

 

  Salam satu Malaysia dan salam sejahtera.Pada 24 Ogos 2011, saya telah menghadiri kuliah bagi Kursus ZZZT Pengurusan Emosi.Ini merupakan jurnal kelima iaitu jurnal terakhir yang saya tulis bagi penilaian markah individu.Hari ini merupakan kelas yang agak seronok bagi saya kerana sesi  perkuliahan biasa telah digantikan dengan aktiviti pembelajaran.Aktiviti pembelajaran kali dikatakan  lebih menarik kerana Ia melibatkan beberapa soal selidik yang akan memaparkan personaliti kami sendiri selain menyebabkan kami lebih memahami tentang personaliti diri sendiri.

 

  Bagi memulakan aktiviti pembelajaran, Dr. Zamri telah menayangkan satu video klip yang pendek.Video ini menngisah tentang  mengisahkan kemrurngan dan keperitan watak protagonis dalam ketabahannya melawan kemurungan. Kemurungan merupakan satu penyakit mental yang akan menyebabkan emosi seseorang itu semakin turun dan berfikiran negatif.Watak tersebut memaparkan semangat yang kental iaitu ketabahan dalam menghadapi setiap rintangan hidup yang dihadapi.DIa merupakan seorang yang tidak mudah mengalah.Dia tidak berputus asa apa jua pun manakala bermotivasi tinggi untuk mencapai apa yang diimpikan.Watak tersebut juga percaya bahawa " di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".Walaupun dia dapat mengesan bahawa terdapat perubahan yang agak ketara pada masa sekarang dengan masa sejak kecil.Namun,Dia sentiasa bersikap optimistik dan gagah apabila menghadapi masalah. Menurut Sigmund Freud, psikoanalisis merupakan psikologi ketidak-sedaran, perhatian-perhatiannya tertuju ke arah bidang-bidang motivasi, emosi, konflik, simpton-simpton neurotik, mimpi-mimpi, memori pada masa silam dan sifat-sifat karakter.Ini menunjukkan bahawa apa-apa yang dihadapi oleh kami sejak zaman kecil lagi atau masa zaman silam memang akan mempengaruhi perwatakan kami pada masa akan datang,Ia mempengaruhi pembinaan perwatakan kami sepanjang hidup kami.

 

  Seterusnya,Dr. Zamri juga telah memperkenalkan personaliti type A dan type B kepada kami melalui satu video klip. Mengikut video yang dipaparkan ini, individu yang mempunyai personaliti jenis A mempunyai perwatakan seperti makan cepat, bangun awal, sentiasa bersifat cepat dan tidak sabar terhadap semua perkara yang akan dilakukan. Selain itu, watak yang mempunyai personality A juga agak tergesa-gesa.Dia sentiasa menjalankan tugas dengan secepat mungkin dan suka menbuat perbandingan dengan orang lain. Seseoang itu juga mudah berasa tertekan dan bimbang. Orang yang mempunyai personaliti ini mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat masalah kesihatan seperti penyakit jantung atas sebab ateri koronari yang tersumbat, penyakit darah tinggi dan sebagainya.

 

  Sebaliknya, individu yang mempunyai personaliti jenis B mempunyai perwatakan yang berbeza jika dibandingkan dengan personaliti jenis A.Personaliti jenis B termasuk seseorang itu mempunyai perwatakan yang tenang.Dia dapat menjalankan aktiviti dengan stabil pada setiap hari.Dia tidak mudah terburu-buru dalam menyelesaikan satu masalah atau menbuat sesuatu perkara.Seseorang yang mempunyai personaliti type B ini tidak akan memandu tanpa melebihi had laju, makan lambat, sentiasa bersabar, bercakap secara perlahan dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi.Memang tidak dinafikan.orang yang mempunyai personaliti jenis B biasanya hidup dengan lebih gembira dan senang. Selepas diberi pendedahan tentang kedua-dua personality tersebut,saya berasa saya mempunyai perwatakan yang terdiri daripada kombinasi kedua-dua personality tersebut dan ia berubah bergantung kepada keadaan persekitaran.Keadaan persekitaran dan masalah yang dihadapi akan mempengaruhi personalti saya dan secara langsungnya mempengaruhi emosi saya juga.

Selain itu,kami telah menjalankan soal selidik MBTI (Myers Briggs Personality Test).  Terdapat lapan kriteria dalam soal selidik ini, iaitu

  1. Extraversion (E), 
  2. Introversion (I),
  3. Sensing (S),
  4. intuition (N),
  5. Thinking (T),   
  6. Feeling (F),
  7. Judging (J), and
  8.  Perceiving (P)

  Kami dikehendaki untuk memilih empat fungsi daripada lapan fungsi ini mengikut kotak yang tertentu. Lapan fungsi tersebut dipilih mengikut pasangan 'E' dengan 'I', 'S' dengan 'N', 'T' dengan 'F', dan 'J' dengan 'P'. Dalam soal selidik ini, personaliti yang saya dapat adalah ISTJ. Keputusan daripada soal selidik tersebut telah memaparkan bahawa saya merupakan seorang " DUTY FULLFILLER".Saya berasa soal selidik ini agak munasabah.Hal ini demikian kerana saya merupakan seorang yang agak berdedikasi. Saya akan cuba sedaya upaya menyiapkan tugasan atau perkara yang diberi.Saya agak bertanggungjawab kepada apa yang dikendali demi kebaikan diri dan juga orang lain.Saya sanggup memikul baik dan buruk sesuatu perkara dan sentiasa belajar daripada kesilapan.

Seterusnya pula, aktiviti kami diikuiti pula dengan soal selidik yang lain iaitu Teori Besar Lima( Big Five Theory). Mengikut teori ini, terdapat lima perwatakan yang major seperti

·         Extraversion,

·         Agreeableness,

·          Conscientiousness,

·         Neuroticism dan

·          Openness to Experience.

 

   Setiap seksyen sebenarnya mewakili personaliti yang berlainan. Selepas memberi markah mengikut skala yang diperuntukkan, kami dikehendaki menambah semua markah untuk setiap seksyen. Markah seksyen yang paling tinggi itu berkemungkinan besar menunjukkan personaliti yang ada pada diri sendiri.Extraversion boleh dikatakan seorang yang bertenaga, bersikap positif, dan kecenderungan untuk berasa selesa dengan orang lain.Mereka mudah menyesuaikan diri dalam keadaan yang berbeza dan juga pandai bergaul. Agreeableness dikatakan mempunyai kecenderungan berbelas kasihan dan bekerjasama dan bukannya mencurigai dan memusuhi orang lain.Orang sebegini biasanya amat baik hati dan mementingkan keamanan. Conscientiousness  biasanya menunjukkan kecenderungan untuk menunjukkan disiplin diri, ketaatan, dan bertujuan mengecapi sesuatu.Mereka juga suka merancang dan dikatakan mempunyai pandangan jauh. Neuroticism mempunyai perwatakan yang cenderung untuk mengalami emosi yang tidak stabil seperti kemarahan, kebimbangan, kemurungan.Mereka dikatergorikan sebagai orang yang agak beremosional.Mereka sukar untuk mengawal dan mengurus emosi diri sendiri.Sesorang yang mempunyai perwatakan Openness to experience akan menunjukkan penghargaan terhadap seni, emosi, pengembaraan, idea-idea yang luar biasa, perasaan inkuisitif, dan pengalaman yang berbagai-bagai.Mereka mempunyai nilai seni yang tinggi dan mudah mencurigai.

 

  Selepas menjalankan  soal selidik tersebut, saya menunjukkan personaliti Conscientiousness  yang menunjukkan kecenderungan untuk menunjukkan disiplin diri, ketaatan, dan bertujuan mengecapi sesuatu.Di samping itu, markah saya untuk Agreeableness juga agak tinggi.Ini menunjukkan saya juga mempunyai kecenderungan untuk menunjukkan belas kasihan.Saya  juga mudah menyetujui pandangan orang lain dalam sesetengah keadaan.Soal selidik tersebut menyebabkan saya lebih memahami diri sendiri di samping mendedahkan kelemahan dan kebaikan saya.Justeru itu, saya dapat mengekalkan personaliti yang baik saya selain mengubah sifat-sifat negative yang perlu diperkembangkan.

 

  Secara konklusinya, saya berasa amat gembira dan seronok dalam sepanjang kuliah yang dijalankan.Saya sedar akan personality diri saya secara lebih teliti dan mendalam.Saya mulai memahami sifat-sifat diri dan cara saya menangani masalah.Saya juga jelas tentang kepentingan mengawal emosi diri dalam setiap aktiviti seharian demi diri sendiri atau orang lain.Pengurusan emosi yang baik  berpandukan strategi-strategi yang diajar memang berguna.Hal ini demikian kerana selepas mengenalpasti tentang personality yang ada pada diri sendiri, kami mudah menbuat perubahan.Dengan adanya pengurusan emosi yang baik dan cekap,kesihatan diri tidak kira dari segi fizikal atau mental pasti dapat dipertingkatakan.Sekian , terima kasih.

 

A131533 Chua Zi Yuan LJ05



 

 

Chua Zi Yuan   A131533    Personality

 

            Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Dr Zamri. Kali ini merupakan kali yang terakhir saya menulis jurnal. Pada 24 Ogos 2011, saya telah menghadiri kuliah ZT kali yang keenam. Kuliah kali ini agak berbeza berbanding dengan kuliah-kuliah yang lalu, kerana kami tidak perlu belajar seperti selalu, tetapi terdapat video-video, lagu-lagu, soal selidik dan ujian personaliti yang menarik untuk kami!

 

Sebelum bermulanya kuliah, kami telah diberi tiga tugasan. Dalam tugasan pertama, kami dikehendaki membaca slide dan teks tentang Psychoanalytical Theory dan selepas itu diikuti pula dengan menonton klip video yang akan ditayangkan. Selepas membaca slide tersebut, saya mendapati Psychoanalytical Theory ialah satu teori yang berorientasikan proses fisiologikal dan kognitif yang mempercayai bahawa pengalaman emosi seseorang itu berkait rapat dengan kesedaran (consciousness) sendiri. Maksudnya ialah emosi dan tingkahlaku kita sentiasa dipengaruhi oleh pengalaman emosi yang lalu dan kita selalu dapat merasainya. Namun, Sigmund Freud pula membangkang teori ini. Menurutnya, pengalaman emosi ialah satu proses yang tidak kita sedari (unconscious). Beliau mengatakan bahawa walaupun emosi, motif dan kenangan lama akan mempengaruhi tingkahlaku kita, tetapi kita tidak akan menyedari dan merasainya. Kebanyakan pengalaman semasa zaman kanak-kanak adalah secara tidak sedar tetapi walaupun tidak kita perasan, ia sebenarnya mempengaruhi kita malah menjadi sebagai sumber emosi dan motivasi.

 

Kemudian kami menikmati video yang ditayangkan oleh Dr Zamri. Video ini mengisahkan seorang watak yang mengalami kemurungan dan kesedihan dalam  kehidupannya. Sejak kecil lagi, dia percaya bahawa setiap masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya pada akhirnya. Namun, apabila dia menjadi dewasa, dia mendapati bahawa tanggapan yang ada pada zaman kanak-kanak adalah berbeza dengan apa yang dialaminya sekarang dan dia masih berasa bersendirian dan kesunyian. Video ini berkait rapat dengan Psychoanalytical Theory kerana menurut teori tersebut, pengalaman emosi yang dialami pada masa lalu seperti zaman kanak-kanak akan mempengaruhi emosi dan tingkahlaku seseorang pada zaman sekarang tanpa disedarinya. Dalam video ini, watak masih berasa sunyi dan murung apabila dewasa walaupun ada jalan penyelesaian kerana hal ini dipengaruhi oleh pengalaman semasa zaman kanak-kanak tanpa dirasainya.

 

Seterusnya pula ialah tugasan kedua kami. Dalam tugasan kedua, kami dikehendaki menjawab soal selidik Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) dan menentukan kategori personality masing-masing. Sebelum itu, kami diperkenalkan dua personality utama, iaitu type A dan type B personality. Bagi seseorang yang personaliti jenis A, ciri-ciri mereka ialah eat quickly, wake up early, hurry, impatient, organized, perfectionist, frequently check the clock, drives faster than normal and competitive. Mereka yang personality jenis ini dipercayai mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Untuk mereka yang personality jenis B pula, mereka ada ciri-ciri seperti has calm activities, drives at or lesser than speed limit, easy going, eats slowly, patient, does not rush or worry, speaks slowly, relaxed and has a pleasant existence. Bagi saya, personaliti saya lebih bersifat kepada jenis A dan saya mengaku bahawa saya mempunyai kebanyakan ciri-ciri tersebut. Namun, saya akan cuba untuk mengawal personaliti saya supaya dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang tidak diingini.

 

Selepas itu, kami menjawab soal selidik MBTI untuk mengenalpasti jenis personaliti masing-masing dengan lebih teliti lagi. Biasanya, kita selalu menggambarkan seseorang berdasrkan personalitinya seperti senyap, pasif, agresif dan sebagainya. Dalam MBTI, terdapat lapan aspek yang dapat kita gunakan  untuk mengenalpasti personaliti seseorang, iaitu Extraversion (E), Introversion (I), Sensing (S), iNtuition (N), Thinking (T), Feeling (F), Judging (J) dan Perceiving (P). Mengikut MBTI, personaliti seseorang itu ialah sama ada extraverted atau introverted, sensing atau intuitive, thinking atau feeling dan judging atau perceiving. Kami dikehendaki memilih empat daripada kelapan-lapan aspek ini. Hasil ujian personaliti MBTI, saya mendapati keputusan ISTJ, iaitu saya seorang berjenis introverted, sensing , thinking dan judging. Berdasarkan tafsiran, sebagai seorang ISTJ, saya seorang yang senyap dan serious dalam kerja saya. Saya sangat teliti dan bertanggungjawab dalam kerja saya. Segala tugas akan saya lakukan dengan sebaik mana yang mungkin. Selain itu, saya juga seorang yang setia, taat dan boleh diharapkan serta dipercayai orang. Segala perkara yang telah saya janji akan saya tunaikan. Rentetan itu, saya seorang yang lebih suka mengikut apa-apa yang terkandung dalam peraturan dan tradisi. Sekira bertentangan dengannya, saya tidak akan berasa selesa. Saya juga sanggup meluangkan masa dan tenaga dalam melakukan tugas yang akan membawa kepada pancapaian matlamat. Namun, saya tidak akan rela menghabiskan masa melakukan sesuatu tugasan yang tidak membawa apa-apa tujuan dan makna. Saya lebih suka melakukan sesuatu secara bersendirian tetapi jika dalam situasi yang menginginkan bekerja dalam berpasukan, saya juga dapat melakukan sesuatu tugas dengan baik. Saya lebih suka kehidupan yang selamat dan aman. Keseluruhan ujian tersebut menyatakan saya seorang Duty Fullfiller.

 

Dalam tugasan yang ketiga, kami dikehendaki menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan seterusnya mengategorikan personaliti masing-masing.  Terdapat lima personaliti dibincangkan dalam teori ini, iaitu Extroversion, Agreeableness, Conscientiousness, Emotional Stability dan Openness to Experience. Untuk memudahkan peringatan, nama singkatan OCEAN telah diberikan.

 

 

O : Openness (means a person is imaginative, independent minded and  think frequent think    out of the box)

C : Conscientiousness (means a person is organised, responsible and dependable)

E : Extraversion (means a person is talkative, social and assertive)

A : Agreeableness (means a person is good-natured, trusting and co-operative)

N : Neurocitism (means a person is anxious, prone to depression and keep on worrying)

Keputusan Big Five Theory saya ialah C, iaitu conscientiousness. Ciri-ciri bagi conscientiousness ialah kecenderungan untuk menunjukkan disiplin diri, ketaatan dan  bertujuan mengecapi sesuatu, merancang sebelum melakukan sesuatu dan bukannya secara spontan. Berdasarkan soal selidik ini, saya bersetuju dengan keputusan saya kerana saya mempunyai ciri-ciri yang tergolong dalam personaliti jenis conscientiousness. Saya seorang yang bersistematik, berdisiplin, berhati-hati dan bertanggungjawab dalam tugas saya. Saya mempunyai disiplin yang tinggi dan bertanggungjawab dalam tugas serta bermatlamat tinggi dalam mencapai sesuatu. Saya lebih suka merancang sebelum melakukan sesuatu perkara dan tidak suka akan sesuatu yang spontan. Menurut tafsiran, individu yang mempunyai personaliti jenis conscientiousness biasanya akan mencapai kejayaan disebabkan adanya perancangan dan konsisten usahanya. Orang lain pula akan melihat individu personaliti ini sebagai seorang yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Golongan ini juga akan menjadi compulsive perfectionists dan workaholics. Saya mengaku bahawa saya pernah cuba menjadi seorang perfectionist semasa saya belajar di sekolah menengah. Dengan itu, saya pun menjadilah seorang workaholic untuk mencapai matlamat saya. Selepas itu, saya berasa bahawa saya telah banyak manghasilkan stress kepada diri sendiri. Oleh itu, saya tidak lagi ingin menjadi seorang perfectionist selepas itu. Saya sekarang hanya melakukan sesuatu secara kesederhanaan.

 

            Sesungguhnya, personaliti kita berbeza antara satu dengan yang lain dan kita dapat mengategorikan orang ramai mengikut personaliti mereka menggunakan MBTI dan Big Five Theory. Saya berasa gembira pada akhir kuliah ini kerana berpeluang memahami personaliti sendiri dan juga personaliti individu yang lain.

 

            Sekian, terima kasih.

 

 

           

 

A131880 Mohd Syafiq B. Bakar LJ05 Ketahui Ape Itu Personaliti

A131880 Mohd Syafiq B. Bakar
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Sebelum kita membicarakan tentang tajuk learning jurnal kelima kita pada kali ini,marilah kita mengucapkan syukur dan terima kasih ke atas Allah S.W.T. kerana masih diberi kurnia nikmat nyawa dan iman kepada kita.Disamping itu,kita juga masih dapat meneruskan  ibadat puasa yang telah masuk hari yang ke 24 ramadhan.Walaupun sibuk dengan ibadat puasa,tetapi masih sempat lagi untuk saya menyiapkan Learning Journal ini.Sehingga kini,sudah masuk kali yang kelima kuliah ZT pengurusan emosi bagi semester ini.Pada kali ini,saya akan mengupas mengenai tajuk kuliah kelima ZT Pengurusan Emosi  yang telah dikuliahkan oleh Encik Azamri Mansor iaitu yang bertajuk Emosi dan Personaliti.Bagi saya,ini merupakan satu tajuk yang amat menarik untuk dikupaskan kerana sebelum kuliah ini,pemahaman saya mengenai personality adalah sedikit sekali.
Sebelum mengulas dengan lebih mendalam mengenai topic ini,saya terlebih dahulu mahu membincangkan mengenai tayangan video oleh Encik Azamri pada pukul dua petang dalam  dewan kuliah sebelum kuliah kelima ZT Pengurusan Emosi.Pada hari itu,Encik Azamri Mansor  telah membuat suatu kelainan dalam menyampaikan kuliahnya iaitu dengan mengambil pendekatan menggunakan kaedah lain seperti video dan menjawab soal selidik yang berkaitan dengan tajuk kuliah kelima.Beliau telah membahagikan kepada tiga tugasan iaitu dalam tugasan yang pertama kami semua diminta menonton tayangan video mengenai "Type A dan Type B personality",dan kemudian diminta untuk mengulas mengenai video itu.Bagi saya,video ini sangat bagus dan menarik serta penuh dengan fakta fakta yang bernas.Melalui video ini,para pelajar dapat belajar tanpa ada rasa bosan dan mengantuk.Hasil dari penilaian oleh diri saya sendiri,saya mendapati,diri saya adalah Type B Personality.Kemudian kami ditayangkan dengan video musical atau lagu yang dipaparkan lirik atau kata kata yang berkaitan.Encik Azamri Mansor telah meminta setiap dari kami untuk memberi ulasan masing masing terhadap video itu.Bagi pendapat saya sendiri,lagu ini menggambarkan perasaan kecewa dan perasaan putus asa penulis lirik tersebut terhadap seseorang yang berkemungkinan adalah seorang wanita.Walaupun lirik lagu ini agak kasar tetapi ia dapat mencerminkan emosi penulis lirik tersebut dengan baik sekali.Seterusnya, dalam video yang ketiga kami telah dihidangkan dengan video yang menceritakan tentang berkisarkan mengenai Big Five Model,iaitu yang mengandungi extroversion,agreeableness,openness,conscientiousness dan juga emotional stability.Pada mulanya,video yang ditayangkan itu sukar untuk saya memahaminya kerana itu merupakan pertama kalinya saya mendengar mengenai Big Five Model dan komponen komponen yang tedapat di dalam model ini.Tetapi setelah menonton video tersebut pada kali yang kedua,saya dapati pemahaman saya terhadap Big Five Model ini bertambah dan dengan melalui sedikit pembacaan berkenaan tajuk itu,saya mulai faham dengan model ini.
 
Berbalik kita pada isu utama yang bakal saya kupaskan di sini ialah mengenai personaliti.Bercakap mengenai personaliti mesti ramai yang tertanya-tanya apa itu personaliti,sebenarnya personality merupakan satu hasil gabungan daripada ciri psikologi yang mana telah digunakan menggambarkan dan mengelaskan  seseorang dari segi karekternya seperti contoh pendiam,pasif,peramah dan lain lain lagi yang berkaitan.Antara alat ukur atau parameter yang paling biasa digunakan di dalam dunia ini  bagi megukur atau menilai personaliti seseorang ialah 'Myers Briggs Type Indicator'.Seseorang individu akan dikategorikan kepada extroverted atau introverted(E atau I),sensing atau intuitive(S atau N),thinking atau feeling(T atau F) dan judging atau perceiving(J atau P).Sekarang mari kita pergi secara mendalam terhadap setiap satu dari kategori di atas bermula dengan extrovert yang merupakan  seseorang yang tegas atau tetap pendirian,pandai bersosial dan yang maju,manakala introvert pula adalah yang berlawanan dengannya iaitu seseoarang yang bersifat pemalu dan pendiam.Seterusnya ialah sensing yang merupakan seseorang yang  lebih suka akan benda yang bersifat praktikal berbanding daripada teori serta seseorang yang lebih sukakan untuk focus terhadap sesuatu secara mendalam dan terperinci,manakala intuitive pula adalah seseorang yang  bergantung kepada sesuatu proses  secara tidak sedar  atau pun tanpa dia sedari dan selalu melihat sesuatu perkara secara meluas.Yang ketiga pula adalah thinking,iaitu seseorang yang menggunakan sebab dan fakta dalam menyelesaikan sesuatu masalah,manakala feeling merujuk kepada jenis individu yang  bergantung kepada perasaan,gerak hati serta emosi mereka sendiri bagi menyelesaikan sesuatu masalah.Dan yang terakhir sekali ialah judging iaitu merujuk kepada orang yang suka mengawal dunia ini dan mahukan dunia ini dalam keadaan teratur dan tersusun,manakala seseorang yang jenis perceiving merupakan seseorang yang fleksible dan juga spontan.

Isu terakhir yang ingin saya bincangkan disini ialah mengenai Big Five Model.Big Five Model merupakan lima dimensi asas personaliti yang telah dicadangkan oleh para penyelidik.Kajian yang membawa kepada perkembangan model ini ialah bermula daripada hasil penyelidikan yang dilakukan oleh D. W. Fiske (1949) dan kemudianya berkembang hasil daripada hasil penyelidik yang lain seperti contoh ialah Norman (1967), Smith (1967), Goldberg (1981),dan juga McCrae & Costa (1987).Selain itu,kajian yang telah dijalankan oleh McCrae dan ahli kolejnya mendapati  bahawa  ciri Big Five Model ini mencakupi sesuatu yang universal.Ini adalah kerana dalm satu kjian yang dijalankan terhadap 50 etnik yang berbeza mendapati bahawa  lima model tersebut secara tepatnya mampu digunakan untuk menggambarkan personaliti .Berdasarkan penyelidikan ini juga para pengkaji percaya bahawa Big Five Model ini bukan saja bersifat universal atau pun menyeluruh tetapi bersifat biologikal juga. Ahli psikologi iaitu David Buss telah mencadangkan bahawa penjelasan evolusi untuk ciri-ciri personaliti lima teras ini, menunjukkan bahawa personaliti merupakan ciri-ciri yang paling penting yang membentuk landskap sosial kita. Lima model itu adalah extraversion,agreeableness,conscientiousness,neuroticism dan juga openness.Sekarang marilah kita pergi kepada setiap model ini dengan lebih terperinci.Pertamanya ialah ciri extraversion,iaitu ciri mudah teransang,suka bergaul,banyak bercakap atau peramah,dan tegas.Yang kedua pula adalah agreeableness iaitu seseorang yang mempunyai dimensi personaliti  seperti sifat amanah,pemurah,kasih saying dan lain lain lagi.Seterusnya kita beralih pula kepada conscientiousness,di mana ciri ciri biasa yang dapat kita lihat dari dimensi model ini ialah peringkat tertinggi bertimbang rasa, dengan kawalan impuls yang baik dan tingkah laku yang matlamat yang diarahkan.Individu yang tinggi dalam sifat berhati-hati lebih cenderung  untuk menjadi seseorang yang teratur dan prihatin terhadap perincian.Kemudian kita pergi pula kepada model neuroticism iaitu di mana individu yang tinggi dengan ciri ini cenderung untuk merasai ketidakstabilan emosi,keletihan,cepat sedih,berubah mood,dan mudah terasa.Akhir sekali kita akan mengulas sedikit mengenai model openness iaitu ciri ini memaparkan karekter seperti  mempunyai imaginasi dan wawasan yang tinggi,dan juga mempunyai kecenderungan untuk ada pelbagai kepentingan.
Sebagai kesimpulan daripada apa yang kita bincangkan di atas,personaliti ini merupakan satu anugerah Allah yang tidak ternilai nilainya kerana ia merupakan sesuatu yang unik dan kompleks.Jadi sampai di sini dahulu perbincangan kita untuk Learning Jurnal yang kelima ini,hingga kita bertemu lagi di lain waktu.Akhir sekali,saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada para pembaca coretan saya ini……….sekian…..wassalam…,

Grace Lim Min Wen A131532 LJ05 ^^

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Selepas menghadiri kuliah keenam Pengurusan Emosi ZT2253 pada 24 Ogos 2011, izinkanlah saya berkongsi tentang pendapat dan ilmu pengetahuan yang saya pelajari dalam jurnal kelima saya ini. Pada hari tersebut, Dr. Ahmad Zamri Mansor telah menggantikan sesi perkuliahan biasa dengan aktiviti pembelajaran. Selain itu, beliau juga memberi peluang kepada kita untuk membuat dua soal selidik yang berkaitan dengan personaliti sendiri. Setelah mencuba soal selidik itu, saya berasa lebih memahami personaliti sendiri dan kawan saya secara mendalam. Walaupun kuliah tidak diberi oleh Dr. Zamri, beliau telah menyuruh kita supaya mesti membaca slide dan teks tentang Psychoanalytic theory, serta mengaitkan video tersebut dengan klip video yang telah ditayangkan pada jam 2pm hari itu.

Video yang telah diselitkan itu mengisahkan kemurungan dan keperitan watak dalam ketabahannya melawan kemurungan. Video menunjukkan bagaimana seseorang itu pada mulanya pulih daripada kemurungan dan kemudiannya berubah pemikirannya. Dengan itu, dia mula mempercayai bahawa dia dapat memperbaiki hidupnya yang serba kasihan. Menurut pakar psikologi Paul Hauck, terdapat tiga jenis penyebab kemurungan pemikiran namun kedua-dua jenis utama adalah menyalahkan diri sendiri, mengasihani diri dan mengasihani orang lain. Menyalahkan diri sendiri berlaku apabila anda berfikir bahawa sesuatu tentang diri anda, biasanya sesuatu yang anda lakukan. Yang paling dahsyat adalah merasakan diri sendiri tidak berguna. Biasanya orang tertekan berfikir bahawa mereka tidak bernilai. Manakala kasihan pada diri sendiri adalah perbuatan berulangan. Untuk mengaitkan kemurungan dengan Teori Psychoanalytical, berbekalkan sedikit sokongan daripada orang di sekelilingnya, paling penting, bantuan sendiri serta sikap positif dan tidak kasihan pada diri sendiri, kita mampu untuk mengubah kekurangan hidup kita, keluar daripada kegelapan terowong atau masalah yang dilalui dalam kehidupan seterusnya melihat sinar cahaya buat sekali lagi, seperti yang ditunjukkan dalam video 'there will always be a light at the end of tunnel'. Jadi, setiap kesukaran pasti akan menemui jalan penyelesaian. Watak utama berkata 'Long time ago, I always believed that life is full of euphoric experiences and life is a hub of happiness. Everything has a solution and nothing cannot be resolved even when things seem like I am going to quit. As I grew up, my thinking gradually changed. But, right now, I want it to be what I want to be, so I still believe'.

Seterusnya, berdasarkan Sigmund Freud, Psychoanalytic theory bermaksud dynamics of personality development which underlie and guide psychoanalytic and psychodynamic psychotherapy. Beliau menekankan kepentingan pengalaman dan peristiwa semasa kanak-kanak tetapi hampir secara khususnya berfokus kepada gangguan mental, bukannya yang berfungsi normal. Teori ini dapat dikaitkan dengan klip video yang kami tonton hari ini. Kebanyakan perkara yang dipercayai atau dilakukan oleh seseorang semasa dewasa akan dipengaruhi oleh pengalaman waktu kecil yang sanggup mempengaruhi perkembangan mental seseorang dan menjejaskan cara pemikirannya semasa dia menjadi orang dewasa kelak.

Di samping itu, Dr. Zamri telah memainkan lagi satu klip video mengenai personaliti jenis A atau B. Berdasarkan video tersebut, orang yang mempunyai personaliti jenis A  dan B mempunyai sifat-sifat berikut :

Type A personality

Type B personality

eat quickly

·         calm activities

·         always in hurry

·         drive at save limit

·         wake up early

·         easy going

·         impatient

·         eats slowly

·         organized

·         patient

·         perfectionist

·         does not rush or worry

·         frequently checks the clocks

·         speaks slowly

·         drive faster than normal

·         relaxed

·         competitive

·         has a pleasant existence

Secara ikhlas, saya merupakan Type A personality, disebabkan hampir 80% ciri-ciri di atas ada pada saya. Menurut kajian, Type A personality cenderung kepada penyakit jantung, darah tinggi dan sebagainya. Kajian ini amat membimbangkan saya sebenarnya disebabkan bukan senangnya untuk mengubah personaliti kita dalam masa yang singkat kerana ianya telah sebati dengan saya. Pada pendapat saya, kebanyakan ciri-ciri bagi personality type A adalah sesuatu yang kurang bagus sekiranya tidak mempunyai sikap kesempurnaan. Sebagai manusia biasa, sekurang-kurangnya kita mesti melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin. Selain itu, bagaimanakah seseorang individu itu ingin memperbaiki dirinya sekiranya tidak mempunyai sikap persaingan(competitive)? Mampukah kita berdiri dalam era globalisasi yang serba moden ini dengan hanya relax sahaja? Era kini memerlukan individu yang berdaya saing untuk pembangunan negara. Sebaliknya, orang yang mempunyai personaliti type B mempunyai ciri-ciri yang sangat berbeza berbanding dengan personaliti type A. Orang yang mempunyai personaliti type B memang hidup dengan lebih gembira dan menyeronokkan.

 

Beralih kepada Myers-Briggs Type Indicator(MBTI). Terdapat lapan kriteria dalam soal selidik ini, iaitu "Extraversion (E), Introversion (I), Sensing (S), Intuition (N), Thinking (T), Feeling (F), Judging (J), dan Perceiving (P)". Kita dikehendaki untuk memilih empat kriteria daripada lapan ini mengikut beberapa keadaan yang ditunjukkan. Lapan kriteria tersebut dipilih mengikut pasangan 'E' atau 'I', 'S' atau 'N', 'T' atau 'F', dan 'J' atau 'P'. Setelelah melakukan ujian ini, personaliti saya merupakan ESFJ – The caregivers. Jadi, disebakan perasaan ingin tahu, saya telah mengambil petikan ini dari laman web ini 

http://www.personalitypathways.com/type_inventory.html  untuk berkongsi dengan para pembaca jurnal sekalian. For ESFJs the dominant quality in their lives is an active and intense caring about people and a strong desire to bring harmony into their relationships. ESFJs bring an aura of warmth to all that they do, and they naturally move into action to help others, to organize the world around them, and to get things done. Sensing orients their feeling to current facts and realities, and thus gives their feeling a hands-on pragmatic quality. ESFJs take their work seriously and believe others should as well. Sebenarnya, saya agak bersetuju dengan penjelasan ini.

 

               Soal selidik Teori Besar Lima( Big Five Theory) juga dijalankan. Antara lima major personality yang telah diperkenalkan iaitu Openness to experience(O), Conscientiousness(C), Extroversion(E), Agreeableness(A), dan Neuroticism(N). Akronim yang diberi untuk lima personaliti tersebut ialah 'OCEAN'. Big Five Theory dan ciri-ciri komponennya boleh diringkaskan sebagai OCEAN:

·         Openness - (inventive/curious vs. consistent/cautious) Penghargaan terhadap seni, emosi, pengembaraan, idea-idea yang luar biasa, perasaan inkuisitif, dan pengalaman yang berbagai-bagai. 

·         Conscientiousness - (efficient/organized vs. easy-going/careless) Kecenderungan untuk menunjukkan disiplin diri, ketaatan, dan bertujuan mengecapi sesuatu;  suka merancang

·         Extraversion - (outgoing/energetic vs. solitary/reserved) Bertenaga, emosi positif, dan kecenderungan untuk berasa selesa dengan orang lain.

·         Agreeableness - (friendly/compassionate vs. cold/unkind) Kecenderungan berbelas kasihan dan bekerjasama dan bukannya mencurigai dan memusuhi orang lain.

·         Neuroticism - (sensitive/nervous vs. secure/confident) Kecenderungan untuk mengalami emosi yang tidak stabil seperti kemarahan, kebimbangan, kemurungan.

Terdapat skala-skala tertentu telah disediakan. Skala tersebut ialah:

0 – don't agree or not sure

1 – agree a little

2 – agree moderately

3 – agree strongly

Sebanyak lima seksyen soalan telah disediakan untuk kita menjawab. Setiap seksyen mewakili personaliti yang berlainan. Selepas meghabiskan soalan-soalan tersebut, kita dikehendaki tambah semua markah untuk setiap seksyen. Markah seksyen yang tertinggi itu ialah personaliti sendiri. Saya merupakan personality trait type C (conscientiousness) where self-discipline, reliability, achievement inclined and organization constitute an important part of my life . Besides, I am always well-prepared, being exact in works, always follow the schedule while carrying out daily activities, always get the chores done right away, like the order, pay attention to all the details, do not leaves belongings around and do not make a mess of things.

Pendek kata, hari ini saya betul-betul faham dan kenal tentang diri saya yang sebenar selepas menjalani kedua-dua soal selidik yang cukup bermakna ini. Sebenarnya, setiap orang mempunyai personaliti yang tersendiri dan kita harus memanfaatkan ciri yang baik dan membuangkan ciri yang kurang bermanfaat secepat mungkin agar mewujudkan suasana yang harmoni dalam diri dan dalam kalangan orang lain.

Sekian, terima kasih.