Monday, August 15, 2011

A131597 Alvin A/L Sukalenggam Rastora LJ03 (Emosi -)

Salam satu Malaysia saya tujukan kepada Dr.Zamri dan rakan-rakan pembaca jurnal sekalian. Ini merupakan jurnal penulisan saya yang ketiga menerusi kursus pengurusan emosi.Kuliah tajuk ketiga iaitu pada 10 Ogos 2011 berlangsung seperti biasa pada pukul 2 petang. Dr telah memulakan kelas dengan beberapa buah video menarik yang dihubungkaitkan dengan tajuk perkuliahan iaitu "Emosi Negatif meliputi takut,malu,sedih dan marah." Kemudian Dr.Zamri menerangkan emosi takut atau fear. Berdasarkan penerangan Dr.Zamri, takut merupakan emosi yang muncul apabila kita berada di situasi yang bahaya atau kerisauan. Ketakutan itu muncul supaya kita bertindak balas untuk menyelamatkan diri sendiri daripada situasi bahaya.Simptom-simptom emosi takut boleh dibahagikan kepada fisiologikal atau somatik. Contohnya, ketegangan otot, jantung berdebar-debar, tekanan darah meningkat, bernafas dengan cepat, mulut kering, berpeluh dan bergetar. Terdapat juga simtom emosional. Sebagai contoh, ketakutan, gelisah, berasa seperti diawasi oleh seseorang. Yang ketiga, simptom kognitif. Contohnya termasuklah kekhuatiran yang tidak realistik bahawa sesuatu yang buruk akan terjadi, sukar untuk menumpukan perhatian, ketakutan yang tidak terkawal, keberwaspadaan yang berlebihan. Simptom keempat ialah simptom dari segi tingkah laku. Sebagai contoh, agresif, terpaku, melarikan diri, mengelak  tidak dapat berbicara dan bergerak, ketidakmampuan secara kognitif yang kompleks. Ketakutan ini adalah emosi negatif kerana kadang kala ianya akan menghalangkan kita daripda mencuba sesuatu yang baru kerana kita takut akan risikonya dan kegagalan. Emosi takut biasanya akan secara automatik diterjemahkan pada mimik muka seseorang itu. Misalnya ialah dengan adanya tanda-tanda seseorang itu kelihatan dalam ketakutan seperti anak mata akan mengembang seterusnya bibir atas akan naik ke atas kening akan ke dalam dan bibir akan tertarik secara melintang.
Seterusnya emosi malu adalah satu emosi yang kurang selesa yang dihadapi apabila seseorang itu melakukan atau telah melakukan sesuatu yang tidak dapat diterima secara sosial ataupun professional.Setahu saya selama ini perasaan malu lahir secara semula jadi kerana persekitaran yang mengawalnya sebagai contoh seseorang itu malu apabila kena disoal di depan ramai oaring, selain itu malu untuk menampilkan diri dalam kalangan orang ramai.Tahap malu yang paling teruk akan berlaku apabila perbuatan seseorang itu akan menyebabkan dia kehilangan maruah.Malah, terdapat dua jenis perasaan malu iaitu personal dan professional. Contoh malu yang bersifat personal termasuk apabila perhatian orang lain bertumpu pada hal-hal peribadi seperti kesilapan diri dalam kelakuan seharian. Apabila kami berasa malu, emosi itu sering diiringi dengan pelbagai reaksi seperti tersipu-sipu, berpeluh, gelisah, atau tergagap-gagap. Satu lagi ialah malu profesional. Hal ini demikian akan  melibatkan urusan yang berkaitan dengan kerja rasmi atau tempat kerja, hal kewangan, atau nyawa orang. Kita malu sebab tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
 
Selain itu, perasaan sedih pula dimaksudkan sebagai perasaan yang menggambarkan kekurangan atau kehilangan.Jika perasaan ini mendominasi diri kita,ianya boleh membawa kemurungan dan seterusnya mampu mumukat seseorang itu untuk malakukan perkara yang tidak diterima agama seperti membunuh diri.Kebiasaanya,jika seseorang itu dalam keadaan sedih,seseorang itu mula mengasingkan diri dan mula menjadi pendiam, nampak kurang bertenaga dan selalu suka untuk bersendirian.Menurut kajian Forgas,orang yang gembira akan lebih mudah menyerap sesuatu informasi atau pengetahuan barbanding dengan orang yang sedih.Hal ini boleh dikaitkan dalam kehidupan seorang pelajar di mana setiap pelajar sentiasa rasa gembira jika mahukan ilmu yang dipelajarinya menjadi senang untuk difahami dan mudah untuk diingati. Sesebuah lagu itu boleh menyampaikan banyak mesej, di antaranya termasuklah emosi sedih. Untuk memberi impresion sedih, biasanya lirik itu menggambarkan situasi yang sedih. Contoh-contohnya termasuk 'alangkah sedihnya hatiku, luka meliputi…' dan sebagainya. Emosi sedih itu adalah sesuatu emosi yang menggambarkan perasaan kerugian atau kehilangan. Jika situasi itu serius, ia boleh membawa kesan negatif yang serius. Emosi ini boleh membawa kepada kemurunga. Apabila kami dalam keadaan sedih,seseorang itu bia akan menjadi pendiam, tidak bersemangat dalam melakukan sesuatu aktiviti, dan suka berada secara diri sendiri sahaja. Dia mungkin tiada niat untuk keluar dan menjadi aktif, lagi niat untuk berinteraksi dengan orang lain. Bagaimana kami boleh mengesan tanda-tanda sedih? Seseorang itu biasanya tunduk kepala mereka, mempunyai lambat dan lemah aktiviti fizikal. Sedih ini dianggap sebagai emosi yang bertentangan dengan gembira. Kata lain yang boleh digunakan termasuk sayu, murung, muram dan lain-lain. Suatu persoalan yang menarik telah ditanya, adakah lelaki boleh menangis? Menurut kata doctor, semua orang memounyai emosi oleh itu bukan salah untuk menangis. Menurut kajian Forgas 1992 dan 1994, orang yang sedih biasanya proses maklumat dengan lebih perlahan dan kurang tepat berbanding dengan orang yang gembira. Mereka juga memerlukan mood yang baik untuk menjalankan kerja dengan efektif.  Kajian juga menunjukkan kesan Halo effect, iaitu apabila orang mengenal pasti emosi yang diekspresi, mereka akan membawa lebih watak dan ciri yang berkaitan dalam emosi tersebut. Contohnya, orang yang sentiasa bergembira mempunyai sifat penyayang. Orang yang selalu bersedih, lemah dan kurang upaya untuk melakukan sesuatutugasan. Seseorang yang marah dilihat sebagai berkuasa.
 
Marah juga merupakan suatu emosi negatif. Ia merupakan suatu respons fisiologikal terhadap keadaan sakit, distress, ugutan  dan sebagainya. Ugut itu boleh yang benar, berbincang atau imaginasi. Ia boleh diekspresikan secara pasif atau aktif. Secara aktifnya merupakan dengan serangan fizikal atau verbal. Marah yang pasif biasa ditunjuk sebagai merajuk, tension dan lain-lain. Marah dialami hasil daripada rasa empati. Contohnya marah kalau orang lain telah dizalimi. Kemarahan seseorang boleh menjadi lebih besar jika dia berpendapat bahawa kasakitan itu dilakukan secara sengaja.
 
Seterusnya, Dr.Zamri telah membentangkan kuliah 'Teori Aras Adaptasi' kepada kami.Mengikut teori ini, kita bertindak balas kepada stimuli berdasarkan tahap adaptasi kami.Setiap orang akan menjalin satu adaptasi terhadap apa-apa jua stimuli secara automatic.Kalau seseorang hendaklah gembira,dia memerlukan  stimuli yang lebih tinggi daripada aras adaptasinya. Selepas itu, Dr. Zamri menyampaikan kuliah seterusnya yang bertajuk "Teori Solomon". Teori Solomon merupakan teori ubahsuaian daripada teori adaptasi. Setiap emosi akan menyebabkan emosi yang bertentangan berlaku. Emosi yang bertentangan akan ditahan oleh emosi yang sedang kita berasa. Sesuatu perkara akan mencetuskan emosi pertama dan emosi bertentangan pada satu orang.Makin emosi pertama dirasai, makin kurang emosi bertentangan ditahan. Maksudnya, lama kemudian, emosi bertentangan akan dirasai oleh orang tersebut dan emosi pertama akan hilang atau menjadi lemah dirasai. Contohnya, pada mulanya skydriver berasa lebih takut daripada keseronokan, tapi lama-kelaman, mereka akan berasa keseronokan lebih daripada perasaan takut.
Secara kesimpulannya,dalam kuliah ini saya telah berjaya memetik info-info mengenai emosi negatif,teori aras adaptasi dan juga teori Solomon yang turut penting dalam kehidupan kita. Kesemua ini telah menjelaskan kepada saya bahawa mengapakah sesuatu perasaan akan hilang mengikut masa. Dengan adanya adaptasi, orang yang sedih kerana kehilangan orang yang disayangi dapat sembuh daripada perasaan sedih. Namun, dengan wujudnya adaptasi, orang yang berbudi kepada kita, mudah kita lupakan dan apabila orang lain membantu kita, kita mungkin akan rasa pertolongannya hanyalah perkara remeh temeh kerana kita sudah sering kali ditolong orang.

LEE CHEE YUEN A131531 WAHAI EMOSI

Salam sejahtera! Hari ini dalam kuliah pengurusan emosi yang disampaikan oleh Dr.Zamri, saya telah belajar tentang emosi negatif, teori aras adaptasi dan teori Solomon. Berbandingkan dengan minggu yang lepas, kita belajar tentang emosi positif yang merangkumi gembira, bahagia dan kasih, minggu ini telah mendedahkan kita emosi negative yang saya rasa lebih menarik. Emosi negative merangkumi takut, malu, sedih dan marah. Emosi-emosi yang negative ini sering dapat dilihat dalam kalagan orang ramai dan saya sendiri juga. Saya pasti dalam hidup kita yang penuh dengan cabaran setiap hari, cara mengendalikan emosi negatif memain peranan yang penting menentukan kejayaan menempuh cabaran.


Emosi negatif yang pertama yang akan saya bincangkan di sini ialah emosi takut. Emosi ini say a percayai ialah satu emosi yang dipelajari, iaitu yang kita gelar sebagai "learned emotion" . emosi ini sebenarnarnya tidak wujud dalam diri kita masa dilahirkan karana semasa kecil, kita tidak tahulah apa ketakutan sehingga kiata diajar untuk takut pada benda-benda seperti hantu, lipas, orang jahat, dan lain-lain oleh ibi-bapa, media, kawan dan sebagainya.walaupun kadang-kala emosi takut agak tidak diperlukan  akan mengakibatkan masalah tetapi emosi takut ini memang ada sebab dicipta oleh Tuhan. Emosi takut penting untuk keselamatan(survival). Adanya sebab saya berfikir begitu. Contohnya, suatu hari saya bertempuh dengan harimau dalam hutan, pastinya saya akan berasa takut dan akibat ketakutan pasa saya, saya akan berlari secaepat mungkin untuk mencari pertolongan! Sekiranya saya seorang yang tidak ada emosi takut,misalnya seorang budak kecil, mautlah yang mungkin akan dibawa!


Sebenarnya, sebab takut dapat dibahagikan kepada dua iaitu abstrak dan konkrit. Sebab abstrak termasuk kehilangan pengaruh, kritikan, kekalahan dan sebagainya. Manakala sebab takut yang boleh dilihat iaitu konkrit termasuk binatang, kereta, ruang tutup dan sebagainya. Biasanya, orang yang berada ketakutan, keputusannya terhadap sasuatu situasi tidak terancang dan kemungkinan orang itu akan menjadi ganas sekiranya dia berada dalam situasi yang terlamoau takut!

Emosi malu selalu berkaitatn dengan maruah atau airmuka. Apabila seseorang gtelah membuat sesuatu yang tidak diterima oleh masyarakat, dia akan berasa malu. Manakala "shame" pula lebih individual iaitu siapa yang telah membuat sesuatu yang bercanggah dengan nilai moral, dialah sendiri tahu dan berasa "shame" seperti berbohong. Rasa malu agak individual kerana seseorang itu mumgkin berasa malu sekiranya dia telah membuat sesuatu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat tetapi tidak berkaitan dengan nilai moral seperti salh pakai baju terbalik, salh pakai kasut ataupun masuk tandas yang salah. Orang yang berasa malu akan bertindak tersipu-sipu, tergagap-gagap ataupun mukan kemerahan.Seorang yang berasa malu biasa akan ketawa untuk menyimpan rasa malu itu. Contohnya, seorang pemimpin telah membuat kesalahan semasa menyampaikan ucapannya akan ketawa untuk menyimpan rasa malunya.


Seterusnya, rasa sedih merupakan perasaan kerugian dan kehilangan yang tidak sedap dirasa. Contohnya, jika orang kesayangan kita telah meninggal dunia, kita akan sedih akibat kehilangan. Jika perasaan seduh bertambah buruk, ia akan menjadi kemurungan. Perasaan sedih akan menjadikan kita tidak bersemangat dan rasa penat sentiasa. Sekiranya seseorang membuat sesuatu sengan perasaan sedih, orang tersebut akan berasa tidak berupaya untuk melakukannya. Manakala, jika kita membuat sesuatu perkara dengan emosi positif, kita akan menikmati dalam prose situ dan perkara akan menjadi lebih senang. Ini menunjukkan emosi sebenarnya mengganggu proses konitif kita kerana semasa kita dipenuhi dengan emosi negative, biasanya kita akan menjadi lebih susah untuk membuat keputusan. Oleh itu, emosi negative boleh menjejaskan kecekapan seseorang.


Seterusnya, saya ingin membincangkan emosi negative iaitu marah. Marah ialah tindak balas psykofisiologikal kepada sakit , penerimaan kesengsaraan atau ancaman . Kebanyakkan masanya, perasaan marah adalah disebabkan oleh persepsi atau anggapan seseorang kepada sesuatu keadaan sebagai ancaman yang disebabkan oleh wujudnya konflik   pengabaian , pengkhianatan  dan dimalukan . Marah juga boleh diluahkan samada secara aktif atau pasif . Marah secara aktif adalah seperti melepaskan geram kepada seseorang sama ada percakapan atau menyebabkan kecederaan kepada orang lain . orang yang marah secara pasif biasanya akan nerperang dingin dengan orang lain iaitu bertindak diam dan tidak member respons kepada orang yang dimarahnya. Pada pendapat saya , emosi marah yang secara pasif ini merupakan cara menunjukkan kemarahan yang tidak sihat kerana kemarahan yang dipendam dalam hati akan meletus bila-bil masa dan pada masa itu, impak besar akan jatuh pada kedua-dua parti. Biasanya, orang yang berada dalam emosi kemarahan tidak rasional. Oleh itu, adalah wajar jika kita tangguhkan kemarahan sebelum membuat apa-apa keputusan kerana seringkali emosi negative mempenagaruhi keputusan yang dibuat. Contohnya, orang yang  berada dalam kemarahan senang melakukan perkara seperti menumbuk dan membunuh secara tidk sengaja akibat kemarahan yang keterlaluan menjejaskan proses konitifnya. Jadi, kita harus relek dan cuba sedaya untuk menenangkan sendiri semasa marah.


Emosi- emosi negative memang wujud seiring dengan emosi positf iaitu wujudnya emosi positif, wujudlah emosi negatif! Tidak dapat dinafikan bahawa mosi negative menjejaskan kualiti hidup serta mempengaruhi proses pemikiran seseorang tetapi kita tidak boleh menghapuskan emosi negative. Apa yang boeh dibua ialah hidup secara aman dengannya serta belajar cara mengendalikannya. Dengan ini, saya pasti walaupuj dengan wujudnya emosi negative dalam hidup kita, kita pun boleh berjaya!


Seterunya, saya ingin membincangkan tentang aras adaptasi yang merupakan satu teori yang agak menarik. Adaptasi merupakan satu proses kebiasaan terhadap satu stimuli. Adaptasi merupakan suatu cara manusia membiasakan diri dalam hidup supaya kita boleh hidup dengan stimuli secara aman damai.  Bagaimanakah aras adaptasi boleh dikaitkan dengan emosi? Aras adaptasi meningkat dengan kurangnya emosi kita. Ini bermakna, sekiranya kita sudah biasa dengan sesuatu perkara, emosi yang mengkin timbul atas perkara itu akan menjadi kurang. Contohnya, seseorang yang mendapt keputusan yagn baik buat pertama kali, dia akan berasa teramat gembiara tetapi rasa gembiranya akan menurun dengan mendapat keputusan yang baik banyak kali kerana aras adaptasi telah meningkat. Sama juga dengan cara kita menghadapi kemarahan. Pada pertama kali kita dimarah, pastinya kita akan berasa amat sedih dan kecewa tetapi sekiranya kita telah biasa dengan dimarahi, emosi sedih dan kecewa akan dikurangkan.


Begitulah perbincangan saya di sini. Semoga emosi positif dapat wujud sentiasa dalam setiap orang.

 

 

 

 

 

 

A132069 AHMAD FUAD FAHMI, EMOSI NEGATIF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sesiapa yang membaca jurnal saya. Jurnal kali ini adalah berkenaan dengan pembelajaran yang diajar oleh Dr. Zamri dalam kuliahnya baru-baru ini pada 10 Ogos 2011 di Dewan Kuliah Satu, pada jam 2-5 petang. Kuliah ini bermula dengan sesi tayangan video, Emosi Negatif, Teori Aras Adaptasi dan Teori Soloman. Jurnal yang sebelum ini telah mengisarkan mengenai emosi positif seseorang. Kali ini perbincangan jurnal ini akan lebih tertumpu kepada emosi negative. Secara kesuluruhannya terdapat banyak jenis emosi negatif yang dipamerkan oleh kita.Bagi saya emosi yang dipamerkan memzahirkan keadaan dalaman seseorang yang tidak dapat dilihat secara kasar.

 

Baiklah, saya teruskan kepada ulasan berdasarkan pemahaman saya tentang tajuk kuliah yang pertama iaitu Emosi Negatif. Tajuk kuliah ini merupakan keseimbangan daripada tajuk kuliah pada sesi yang ketiga lalu iaitu Emosi Positif. Terdapat empat emosi utama yang dikategorikan sebagai emosi negatif iaitu takut(fear), malu(embarrassment), sedih(sadness), dan marah(angry). Takut merupakan tindak balas emosi terhadap rangsangan negatif daripada situasi yang dianggap bahaya dan sering dikaitkan dengan kerisauan dan keresahan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan emosi takut. Takut boleh diperolehi daripada kemalangan trauma yang meyebabkan seseorang itu merasa fobia terhadap sesuatu perkara. Hal ini amat benar kerana situasi ini berlaku kepada saya sendiri. Pengalaman hampir lemas di kolam renang sewaktu berusia 10 tahun menyebabkan saya fobia untuk mandi di kolam renang mahupun berada di dalam air yang dalam seperti sungai ataupun pantai sehinggalah sekarang. Selain itu, takut juga boleh diinspirasikan oleh konsep yang abstrak walaupun kebiasaannya takut dikaitkan dengan keadaan fizikal mahupun objek. Konsep abstrak ini termasuklah takut terhadap cemuhan atau kritikan yang banyak bersangkut paut dengan adat dan budaya sesuatu masyarakat. Bagi masyarakat Melayu, generasi terdahulu gemar menggunakan pantang larang dalam mendidik anak-anak mereka. Pantang larang ini dikaitkan dengan akibat yang buruk jika dilanggar dan ini telah menanamkan rasa takut dalam diri anak-anak mereka untuk melakukannya. Perasaan takut seperti ini mempengaruhi individu yang mengalaminya untuk jangka masa yang panjang. Kita boleh mengesan sama ada seseorang itu dalam keadaan takut melalui ekspresi wajah. Antaranya ialah mata terbuka luas, anak mata membesar, bibir atas menaik, kening ke dalam dan bibir menegang sebaris.

 

Takut merupakan salah satu daripada emosi yang negative. Apa itu takut? Takut ialah emosi yang dizahirkan berdasarkan tindak balas terhadap ketakutan dan takut sentiasa dikaitkan dengan emosi-emosi yang lain seperti  resah dan risau.Takut boleh juga disebabkan trauma yang dialami oleh seseorang. Kita semua pernah menonton  drama televisyen yang kada kala mengenai  seorang lelaki yang mengalami masalah claustrophobia iaitu takut kepada tempat yang sempit dan gelap. Lelaki mengalami ketakutan itu mungkin disebabkan oleh kebakaran yang berlaku di tempat kerjanya dan ketika itu dia berada di dalam lif. Setelah kejadian itu,lelaki trauma dan takut untuk menaiki lif dan tidak akan memasuki tempat yang sempit. Ekspresi yang ditunjukkan oleh orang yang dalam ketakutan dapat dilihat di wajah mereka. Pernahkah kita memerhatikan ekspresi muka mereka yang sedang marah?Ketika takut,kita cenderung untuk membuka mata dengan luas,anak mata menjadi besar,bibir atas naik ke atas dan kening ke dalam.Jika kita lihat wajah seseorang yang sedang marah inilah ekspresi muka yang mungkin mereka pamerkan. Takut juga menyebabkan seseorang menunjukkan emosi-emosi lain.Sebagai contoh,seorang gadis ketakutan yang dikacau oleh sekumpulan lelaki bertindak agresif untuk menyelamatkan diri.Gadis itu juga mungkin keresahan dan risau akan keselamatan diri ketika itu.Malahan takut juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang kawalan dan cuba melakukan sesuatu yang member kesan buruk terhadap diri sendiri.Saya pernah sebuah novel melayu yang menceritakan tentang seorang lelaki yang sangat mencintai seorang gadis  biasa tetapi gadis itu bakal menjadi isteri abang kepada lelaki itu.Oleh kerana takut kehilangan gadis itu,lelaki itu bertindak merogol gadis itu supaya gadis itu berkahwin dengannya.Jelas sekali kerana takut lelaki bertindak di luar kawalan dengan melakukan perbuatan yang tidak rasional seperti ini. Takut dipengaruhi oleh banyak faktor yang mana saya tidak dapat nyatakan disini.

 

 

Seterusnya saya akan membincangkan tantang perasaan malu. Malu juga merupakan salah satu daripada emosi negatif. Malu dikategorikan sebagai emosi negatif kerana apabila seseorang malu, dia akan mengasingkan diri dan berasa rendah diri. Hal ini yang menunjukkan malu itu membawa kepada keburukan dan impak yang tidak memberi faedah. Dalam istilah inggeris malu disebut sebagai shame atau shy. Kenapa seseorang berasa malu? Malu kadangkala malu tidak membabitkan moral. Contohnya seseorang cenderung untuk malu apabila mereka memakai baju terbalik atau seluar yang dipakai terkoyak. Terdapat juga malu yang bersifat personal iaitu apabila hal peribadi menjadi tumpuan atau apabila pembohongannya dapat dikesan oleh komuniti sekeliling. Kita akan malu apabila orang bercakap tentang kita tidak kira perkara yang disampaikan itu baik atau buruk. Jika perkara baik, kita akan malu tersipu-sipu kerana ada yang memuji kita tetapi jika perkara yang diperkatakan itu perkara yang buruk pasti kita malu sehingga mahu menyelinap dari setiap pandangan orang diri supaya masyarakat sekeliling tak nampak kita. Selain itu terdapat malu profesional iaitu apabila seseorang malu kerana tidak mampu membuat kerja dengan baik dan sempurna. Contohnya apabila dasar yang dibuat salah dan tidak diterima oleh pengarah atau pun ketuanya.

Emosi yang seterusnya ialah "sedih". Semua orang pernah berasa sedih tidak kira apa sebabnya. Sedih merupakan satu emosi yang menggambarkan kehilangan dan kekecewaan. Semua orang memang wajar berasa sedih jika berkenaaan dengan situasinya. Malah, orang yang tidak pernah merasa sedih itu adalah orang yang boleh dikatakan tidak mempunyai perasaan. Emosi sedih, jika melampaui batasnya, sangat membahayakan diri seseorang itu. Ada orang yang sedih hingga tidak lalu makan, tidak mahu bertegur sapa dengan orang sekeliling, dan lebih rela bersendiri. Orang yang sedih menyebabkan dia tidak ada semangat dan keazaman dalam melakukan apa juga pekerjaan. Dia akan berjalan dengan muka yang muram sambil menundukkan kepalanya dan menbongkokkan bahunya. Orang yang sedih selalunya akan senyap secara tiba-tiba, seakan-akan tidak bermaya dan tidak ada kemahuan untuk keluar dan berjumpa dengan orang ramai. Sedih adalah berlawanan dengan emosi gembira. Jika dibandingkan orang yang sedih dengan orang gembira, orang yang gembira dapat menjalani kehidupan dengan mudah kerana mereka dikelilingi sentiasa bersemangat dan penuh kasih saying kerana semua unsure unsur positif i sekeliling sentiasa membantu nya menjalani kehidupan seharian. Dalam konteks sedih pula, orang yang sedih lebih mudah menerima apa yang ada. Mereka selalunya pendiam dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Memang terbukti bahawa orang yang gembira adalah orang yang berjaya dalam kehidupan. Sedih berkait rapat dengan air mata. Menangis merupakan sesuatu yang sihat buat diri kira, kerana apabila kita nangis, kita dapat melepaskan rasa sedih. Sedih yang melampau membawa kepada stress, dan seterusnya depression. Tahap ini adalah tidak baik untuk diri kita. kita seharusnya bijak mengawal emosi dan tidak membenarkan emosi menghantui diri kita hingga menyebabkan kita kemurungan.