Thursday, August 4, 2011

A131956 LJ03 NURKHALEDATUL FALAH BT NUZMA ADIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bertemu kembali dalam penulisan jurnal saya yang kedua. Jurnal saya pada kali ini adalah berlandaskan kepada kuliah kursus ZT2253 pada 3 Ogos yang lalu. Kuliah pada kali ini merupakan gabungan antara sambungan kuliah pada minggu lalu serta tajuk baru, iaitu emosi positif. Kuliah dimulakan dengan sambungan kuliah yang lepas mengenai emosi berkaitan teori yang terakhir, iaitu teori Izard. Dalam kuliah ini, saya telah mempelajari sesuatu yang baru berkenaan "Born to smile study". Dalam kajian ini ada menyatakan bahawa semasa lahir semua bayi memiliki ekspresi emosi. Emosi tersebut akan berkembang dari semasa ke semasa sejajar dengan peningkatan umur mereka. Perasaan marah dan terperanjat wujud ketika usia 3-4 bulan, malu dan takut pada usia 5-6 bulan, ekspresi kepuasan pada usia 1 tahun dan perasaan bersalah pada usia 2 tahun. Sebelum ini, saya tidak pernah tahu mengenai emosi yang muncul dengan peningkatan usia bayi. Walau bagaimanapun, terdapat kritikan bahawa senyuman bayi tidak melambangkan bayi itu gembira, tetapi senyuman bayi merupakan satu alat komunikasi. 

Adakah emosi seseorang dapat ditafsir dengan hanya melihat gambar? Kajian Ekman telah menyatakan bahawa persoalan tersebut adalah benar. Namun, terdapat beberapa kritikan telah timbul. Oleh itu, beberapa kajian telah diadakan di Borneo dan New Guinea dan keputusan telah mengesahkan pernyataan tersebut. Ekman menyatakan ekspresi emosi bukan sepenuhnya semula jadi tetapi berubah mengikut pengalaman budaya.Paul Ekman turut menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi. Walau bagaimanapun, wajah gembira adalah dominan  dan lebih mudah dikenal pasti dari wajah takut. Melalui pengalaman serta pemerhatian saya, emosi seseorang boleh dibaca melalui mimik muka orang tersebut. Misalnya, sekiranya seseorang itu tengah gembira, pasti mukanya berseri-seri serta dihiasi senyuman sepanjang masa. sekiranya seseorang itu dalam kesedihan pasti mimik mukanya kusam dan tidak bermaya. Namun, senyuman tidak sepenuhnya melambangkan kegembiraan seseorang. Terdapat juga individu yang pandai menyembunyikan kesedihan atau kemarahan mereka melalui senyuman. Sebagai contoh diri saya sendiri. Saya amat sukar memarahi orang lain walaupun saya tahu saya sangat marah terhadap individu tersebut tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak meluahkannya. Saya lebih selesa menyembunyikan perasaan marah atau sedih saya dengan senyuman serta ketawa. Oleh itu, pada pandangan saya, tidak semua emosi dapat ditafsir melalui mimik muka. Hal ini bergantung kepada individu tersebut kerana hanya kita yang mengenali diri kita dengan lebih mendalam. 

Di bawah teori Izard juga terdapat dua teori, iaitu "biological view of experience" dan "learning theory view of experience". Melalui pandangan biologikal, pembelajaran memainkan peranan yang kecil dalam emosi. Plutchik menyatakan emosi merupakan ekspresi genetik seseorang secara langsung dan dimodifikasi oleh pembelajaran. Izard pula menyatakan emosi muncul pada bulan-bulan pertama kelahiran untuk mempengaruhi tingkah laku bayi tersebut. Emosi timbul melalui rangsangan yang berbeza dalm individu yang berbeza. Sebagai contoh, perasaan takut. Saya ingin mngambil contoh melaui pemerhatian saya sewaktu prosedure kemahiran klinikal pada petang tadi. Setiap orang memiliki perasaan yang berbeza. Terdapat individu yang sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama kami belajar mengambil darah orang lain, tetapi ada juga yang sangat takut sejurus saja mereka melihat jarum. Hal ini berlaku mungkin kerana stimulasi yang berbeza oleh setiap individu. Individu yang teruja mungkin tidak pernah mengalami sebarang kecelakaan berkaitan dengan jarum atau apa-apa yang berkaitan, tetapi mungkin individu yang takut mempunyai pengalaman pahit berkaitan jarum atau apa-apa pengalaman berkaitan proses pengambilan darah. Oleh itu, emosi merupakan perasaan semulajadi yang timbul yang dipengaruhi oleh pengalaman. Teori kedua ialah teori pembelajaran. Menurut teori ini, semua emosi adalah dipelajari. Melalui kajian Albert, manusia boleh memperolehi perasaan takut melalui proses pembelajaran. 

Kuliah kedua pula berkisar tentang emosi positif. Dalam tajuk ini, Dr. Zamri telah memberi penekanan mengenai kebahagiaan, kasih sayang dan kegembiraan. Kuliah ini juga telah memberi input baru kepada saya mengenai falsafah-falsafah serta pandangan-pandangan yang wujud berkaitan kegembiraan dan kasih sayang. Menurut pandangan Aristotle, kebahagiaan merupakan hasil kepada pencarian ke arah keseronokan, manakala Plato pula menyatakan punca kebahagiaan ialah kehidupan yang mulia. Epicurean turut memiliki pandangannya yang tersendiri, iaitu kebahagiaan wujud dengan memaksimakan kesseronokan dan meminimakan penderitaan. Kajian-kajian telah menunjukkan kebahagiaan berbeza daripada satu negara dengan negara yang lain. Budaya-budaya di Asia, tahap kegembiraan adalah lebih rendah berbanding dengan yang lain, manakala orang yang paling bahagia adalah mereka yang tinggal di Amerika Utara, Australia dan Eropah. Adakah kita bahagia? menurut kuliah yang disampaikan oleh Dr. Zamri, orang yang bahagia adalah lebih pandai menyesuaikan diri dan orang yang tahap penyesuaiannya lebih tinggi adalah lebih baik dalam mengatasi masalah. Kebahagiaan boleh diklasifikasikan kepada dua, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Menurut Kozma, kegembiraan bersamaan campuran jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Freud menyatakan hubungan kita dengan ibubapa adalah penting dalam menentukan kebahagiaan dah sejauh mana kita dapat menyesuaikan diri. Pernyataan ini boleh dianggap benar. Sebagai contoh, golongan remaja yang mempunyai masalah sosial pada zaman ini. Apakah punca sebenar kepada masalah sosial remaja masa kini? Sekiranya kita melihat dengan teliti, masalah sosial berpunca daripada ibu bapa -sendiri. Ibu bapa pada masa kini lebih mementingkan kerjaya dan wang ringgit daripada anak-anak. Kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa menyebabkan remaja mencari penyelesaian lain bagi mendapatkan perhatian. Penceraian juga menjadi punca utama kepada masalah ini. Anak-anak memberontak apabila mereka tidak mendapat kasih sayang daripada salah seorang ibu atau bapa. Semua masalah ini berpunca daripada kebahagiaan di rumah sendiri. Sekiranya keluarga tersebut bahagia, kecenderungan anak-anak kepada gejala sosial akn berkurang sekaligus mengurangkan gangsterism serta vandalism yang semakin berleluasa kini.Oleh itu, kebahagiaan amat penting dalam kehidupan kita. Namun begitu, kebahagiaan harus dicari kerana kebahagiaan tidak akan datang secara langsung kepada kita. Kasih sayang hendaklah wujud bagi melengkapkan kebahagiaan.

Kuliah diteruskan dengan perkahwinan dan kebahagiaan. Adakah perkahwinan dapat membahagiakan seseorang? Menurut kajian Vanfossen, 1981, lelaki dan wanita mendapat kebahagiaan daripada perkahwinan. Orang yang berkahwin lebih gembira daripada yang tidak berkahwin. Namun, untuk mendapatkan kebahagiaan dalm rumahtangga, mestilah wujudnya kasih sayang yang berpanjangan antara suami dan isteri. Antara kualiti kasih sayang adalah hubungan yang erat, prihatin dan kepercayaan. Sekiranya tiada kualiti-kualiti tersebut maka tidak lengkaplah kasih sayang kita. Terdapt tiga faktor berkaitan kasih sayang, iaitu komitmen, keintiman dan keghairahan. Kesemua faktor ini hendaklah dimiliki oleh setiap pasangan suami dan isteri, jika tidak, tidak lengkaplah sesebuah rumahtangga itu. Namun begitu, mengapa semakin banyak kes penceraian yamg berlaku pada masa kini? Dari pandangan saya, keberantakan sesebuah rumahtangga itu berpunca daripada pasangan suami isteri itu sendiri. Sekiranya mereka memiliki  kesemua kualiti dan faktor kasih sayang di atas, maka rumahtangga mereka akan bahagia dunia dan akhirat. Pada saya, kepercayaan merupakan kualiti yang paling penting. Dengan kepercayaan pelbagai masalah dapat diselesaikan tetapi sekiranya kurang kepercayaan pelbagai masalah boleh timbul.

Dengan ini, saya berpendapat bahawa kebahagiaan dan kasih sayang tidak dapat diukur oleh orang lain. Hanya diri kita sendiri yang mengetahui sejauh mana kita bahagia dan sedalam mana kasih sayang kita. Kebahagiaan dan kasih sayang juga tidak dapat dipisahkan. Kebahagiaan timbul apabila timbulnya kasih sayang antara satu sama lain. Dalam kuliah ini juga Dr. Zamri telah mengadakan dua kuiz berlaiatan kuliah yang lepas. Melalui kuiz ini, saya dapat mengukur sejauh mana kefahaman saya mengenai emosi. Walau bagaimanapun, kumpulan saya kurang bernasib baik kerana kami hanya mampu mengumpul 17 daripada 20 markah. Kekalahan pada hari itu tidak bermakna kami akan kalah selama-lamanya. Kami berazam akan melalukan yang lebih baik pada kuiz akan datang. Kami akan lebih bersedia dan lebih berhati-hati sewaktu memilih jawapan. Setakat ini sahaja jurnal saya pada kali ini. Semoga kita bertemu lagi dalam jurnal-jurnal yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

A126937, ANISAH ZAHIRAH BT NOR ARIPIN

ANISAH ZAHIRAH BT NOR ARIPIN

A126937

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pensyarah pengurus emosi iaitu Dr.Ahmad Zamri Mansor. Saya juga ingin mengucapkan salam kepada pembaca-pembaca jurnal saya untuk kuliah kedua pengurusan emosi ini. 

Kuliah pengurusan emosi  yang kedua yang diadakan pada 3 ogos 2011 merupakan hari ketiga berpuasa di bulan Ramadhan ini. Saya tidak dapat begitu focus kepada kuliah ini kerana saya berasa sangat mengantuk. Mungkin ini berpunca dari hari ketiga berpuasa yang telah memenatkan saya sedikit dan juga kerana kekurangan tidur. Tetapi saya berasa segar setelah membuat kuiz pengenalan dan kuiz darwin's.  Kumpulan saya merangkumi  saya, Zafirah Ainaa dan Aimi Fadilah. Setelah membuat kuiz ini, kumpulan saya telah mendapat markah 14 daripada 20. Saya berasa amat gembira kerana walaupun bukan markah penuh tetapi menunjukkan saya telah memahami kuliah-kuliah yang telah diberikan oleh pensyarah. Saya akan cuba belajar bersungguh-sungguh dan belajar lebih lagi untuk kursus pengurusan emosi ini.

Kuliah kedua ini bertajuk struktur dan ekspresi emosi.  Dari ini, manusia mempunyai beberapa asas emosi. Emosi asas ini bersifat semula jadi. Emosi ini dirasai dan ditunjukkan oleh semua bangsa dan kaum di seluruh dunia. Dengan itu, terdapat beberapa teori yang menyokong pendapat ini iaitu "learning theory" dan "evolutionary/biological theory'. Didalam jurnal pertama saya telah menceritakan 'theory plutchiks dan theory darwins'. Dengan itu, di dalam jurnal ini, saya akan menceritakan tentang teori izard yang dimasukkan dalam kategori evolutionary/biological theory. 'izad's theory menyatakan mekanisma saraf untuk ekspresi muka dan persepsi ekspresi muka adalah semula jadi. Izard menyatakan bahawai emosi adalah semulajadi dan pembelajaran mempunyai impak yang kecil terhadap pengalaman emosi. Ini dibuktikan dari "newborn 'born to smile' studies" dan "cross cultural studies". Saya harus bersetuju dengan kaedah penyelidikan born to smile kerana  ia menyatakan yang kewujudan ekspresi emosi adalah dari lahir contohnya kemarahan dan terkejut ditunjukkan dalam umur 3 hingga 4 bulan , malu dan takut dialami pada umur lima hingga enam bulan dan ekspresi kepuasan ditunjukkan pada umur satu tahun. Saya mempunyai beberapa anak buah dan mereka lebih kurang menepati kaedah penyelidikan ini. Didalam cross cultural studies pula, ekman telah menunjukkan gambar kepada beberapa subjek dan subjek itu harus mengenalpasti emosi yang ditunjukkan didalam gambar dan hasilnya terdapat persamaan dalam semua bangsa. Paul ekman menyokong kesejagatan mimic muka dengan emosi dalam seluruh bangsa. Saya juga menyetujui dengan penyata itu kerana semua manusia adalah sama dari sesuatu aspek. Selain itu, scherer dan wallbott menyatakan emosi berbeza dari segi dialami dan dikawal dan bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan.

Learning theories merangkumi pendapat dari segi biologi dan pengalaman. Dari segi biologi,  emosi  diaktifkan oleh beberapa factor dalam seseorang. Seperti saya, saya amat takut terhadap cicak, dengan itu, apabila saya Nampak cicak, emosi saya adalah sangat takut dan untuk kawan saya yang takut pada lipas, dia akan berasa takut apabila terlihat lipas berdekatan. Emosi adalah semulajadi, ekspresi dan factor pengaktif dipengaruhi oleh pembelajaran dan emosi.  Dengan itu, learning theory menyatakan bahawa emosi dibelajar oleh manusia. Ini disokong oleh beberapa penyelidikan seperti miller's study dan albert's study.

Dengan itu, kesimpulannya ada  beberapa perbezaan yang telah dibuat oleh evolutionary theories yang dikategorikan kepada tiga iaitu 'primary emotions','tomkin's facial feedback theory'.dan izard's innate facial expression. Perbezaan kedua dibahagikan kepada dua iaitu the biological view dan the learning theory.

Tajuk kedua yang disampaikan oleh pensyarah adalah  emosi positif ( gembira,bahagia dan kasih). Happiness atau gembira adalah satu emosi  yang dikategorikan oleh perasaan gembira, kepuasan dan keamanan. Happiness ini terdapat banyak "philosophy". Ini merangkumi Aristotle, Plato, Epicurean dan Mills. Kita sebagai manusia akan senyum atau bergelak ketawa sekiranya kita berasa gembira. Terdapat beberapa penyelidikan seperti 'cross cultural studies' dan 'asian cultures'. Penyelidikan ini menunjukkan orang yang paling gembira tinggal di Amerika Utara, Australia dan Europe. Kaedah penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang senang menyesuaikan diri terhadap sesuatu situasi adalah orang yang lebih gembira dan bahagia. Menurut kozma, gembira mempunyai 2 komponen iaitu "long term affective states" dan "short term affective states".  "Long term affective states mempunyai latar belakang diri yang sentiasa mempunyai emosi yang agak stabil dari bulan ke bulan atau dari tahun ke tahun manakala "short term affective states" menunjukkan kegembiraan berdasarkan peristiwa terbaru yang berlaku dalam hidup seperti mendapat anak baru atau Berjaya dalam sesuatu peperiksaan. Dengan itu, untuk kita benar-benar gembira, "long term happiness harus bergabung dengan "short term happiness". Saya amat terkejut apabila melihat jatuh cinta membuatkan 78% orang gembira. Saya rasa kasih saying membuat semua orang bahagia dan gembira. Saya amat kagum juga apabila penyelidikan menunjakkan bahawa orang yang sudah berkahwin adalah lebih bahagia daripada yang masih tidak berkahwin.  Selain itu, gembira dan bahagia dipengaruhi oleh beberapa factor lain seperti kesihatan, persahabatan, kerja, rekreasi dan tidak lupa juga penghayatan agama. Bagi saya, penghayatan agama amat penting untuk gembira dan bahagia. Kita juga boleh mendapat keamanan hidup. Kesihatan amat penting bagi saya kerana apabila badan sihat, kita juga akan berasa cergas,kuat dan sihat. Persahabatan pula membuatkan kita berasa kasih sayang daripada orang lain dan kita tak akan pernah akan merasa keseorangan.  Gallup telah membuat penyelidikan dan hasilnya menunjukkan bahawa orang yang beragama adalah orang yang lebih gembira dan kurang stress. Factor penghayatan agama yang menyebabkan orang yang lebih gembira mempunyai banyak bukti yang menyokong factor itu. Selain itu, kasih sayang adalah lebih daripada perasaan yang menyukai seseorang. Ia membuatkan kita merasa attachment,caring dan kepercayaan. Kasih sayang harus ada pada semua orang. Ia amat penting dalam hidup. Kasih sayang mempunyai tiga factor iaitu komitmen,intimasi dan semangat. Kasih sayang antara manusia mempunyai kuasa yang hebat. Ia boleh membuat seorang lelaki dan seorang perempuan untuk jatuh cinta dan berkahwin.  Factor ini mempengaruhi semua manusia dari segi kaum berbeza.

Dari kuliah ini, saya telah mempelajari banyak pengajaran. Pada mulanya, saya amat cenderung terhadap kursus ini. Saya selalu berfikir mengapa saya perlu ambil kursus ini dan apa yang boleh saya dapat daripada kursus ini. Selepas hanya dua kuliah dalam pengurusan emosi ini, saya berasa banyak yang saya tidak tahu dalam tajuk emosi ini. Saya amat terkejut terhadap betapa banyaknya penyelidikan, teori terhadap subjek emosi ini. Saya amat menyukai kuliah gembira, bahagia dan kasih ini kerana bagi saya, gembira, bahagia dan kasih sayang amat penting dalam hidup saya dan bagi hidup orang lain.

Sekian terima kasih. 

NIK NOR SYAHIRA BT NIK MOHD RASHID A126789

NIK NOR SYAHIRA BT NIK MOHD RASHID
A126789

Emosi Positif (Bahagia, Gembira, Kasih)

Tanggal 3hb 8 2011. Kelas ZT yang kedua bermula lagi tepat pada pukul 2.00 petang. Kali ini aku lebih bersedia untuk mendengar kuliah ZT. Berbanding minggu lalu, aku duduk di kerusi belakang memandangkan aku tersilap memberi  pandangan terhadap mata pelajaran ZT. Kali ini aku tidak lagi duduk di belakang. Aku mengajak rakanku untuk duduk di kerusi hadapan. Agar kami dapat lebih menumpukan perhatian terhadap perkara yang hendak disampaikan oleh Dr. Azmi. 

Secara ringkasnya apa yang aku dapat simpulkan daripada pembelajaran kuliah ZT yang kedua adalah mengenai "Izard's Innate Facial Expression". Terdapat dua kajian yang dijalankan dalam teori Izard ini iaitu yang pertamanya adalah bayi yang baru lahir sudah pandai tersenyum dan yang kedua adalah kajian rentas budaya yang menyatakan senyum adalah seragam untuk semua budaya. Namun walaubagaimanapun, terdapat kritikan terhadap kajian yang kedua ini memandangkan kajian ini dijalankan di negara yang terpelajar seperti Eropah, Jepun , Chilled dan sebagainya. Dengan itu, kajian ini juga dijalankan sekali lagi di Negara yang kurang membangun seperti New Guinea.  Walaupun begitu, keputusan kajian tetap sama.

Di bawah Darwin terdapat 2 lagi teori tentang emosi. Yang pertamanya adalah "Learning Theory view of experience " dan yang kedua adalah "Biologycal view of experience". Di dalam "Biological view of experience", Plutchik menyatakan bahawa pembelajaran boleh mengubahsuai emosi. Contohnya emosi ingin tahu boleh mengakibatkan bayi untuk lebih peka terhadap persekitarannya.
Matsumata menyatakan emosi asas adalah sama tetapi cara menzahirkan emosi tersebut adalah berbeza. Contohnya, setiap orang mempunyai perasaan marah namun walaubagaimanapun setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk menangani perasaaan marah tersebut dan hal ini dapat dipengaruhi oleh keadaan persekitaran seseorang dan ilmu pengetahuan seseorang mengenai kemarahan.
Pengalaman ngeri terhadap sesuatu juga boleh mempengaruhi emosi seseorang. Contohnya, jika seseorang itu pernah digigt oleh lipan sehingga menyebabkan dia hamper pengsan maka pada masa yang seterusnya dia akan menjadi fobia atau trauma terhadap lipan. Di dalam biologi, keadaan ini dinamakan sebagai "Entomophobia".

Kognitif manusia adalah berbeza antara satu sama lain. Maka manusia akan memberi respon yang berbeza terhadap stimulasi yang sama. Dalam erti kata mudahnya, lain orang, lain pandangannya.

Ada yang menyatakan persekitaran yang bahagia akan membuatkan seseorang itu bahagia. Dan ada juga yang menyatakan orang yang bahagia boleh mewujudkan persekitaran yang bahagia. Hakikatnya,  kedua-dua perkara ini boleh menyumbangkan kepada kebahagian. Walaubagaimanapun, Allahlah yang menurunkan perasaan bahagia tersebut di dalam diri kita.

"Dialah yang menjadikanmu bisa tertawa dan menangis"(An-Najm:43)

Walaupun kita berusaha untuk menjadi seorang yang sangat positif, menjadikan keadaan dan suasana sangat ceria, janganlah kita lupa pada pemilik kebahagiaan yang sebenar. Mohonlah kepadanya agar kita diberikan jiwa yang tenang dan bahagia.

Aku pernah terbaca sebuah cerita mengenai hati sebesar cawan dan hati sebesar kolam. Ceritanya berbunyi begini. Didalam kelas ada seorang murid bertanya kepada gurunya apakah erti kebahagian. Maka gurunya menyurung sang murid itu menuang air didalam sebuah gelas. Setelah gelas tersebut berisi air, sang guru membawa anak muridnya pergi ke sebuah kolam yang jernih airnya. Sang guru mengeluarkan sepeket garam dari poket begnya. Sang guru menyuruh anak murid tadi memasukkkan 4 sudu garam di dalam gelas dan 5 sudu garam juga ke dalam kolam. Sang murid hanya menurut sahaja arahan gurunya. Setelah itu, sang guru menyuruh sang murid merasa sedikit air didalam gelas dan sedikit air di dalam kolam. Anak murid berteriak dan berkata ,"air di dalam gelas masin cikgu! Dan air di dalam kolam masih tawar" .  Sang guru tersenyum seraya berkata, itulah erti kebahagiaan. Kadangkala manusia diuji dengan beban yang sama, tetapi jika hatinya sebesar kolam, pasti dia tidak akan terasa masinnya ujian tersebut. Namun sekiranya hatinya sebesar cawan, dia pasti merasa betapa masinnya ujian yang menimpanya. Walaubagaimanapun, sentiasalah ingat bahawa Allah memberi ujian sesuai dengan kemampuan hamba-hambanya. Seperti Firman Allah swt:

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....." (2:286)

setelah pukul 3 petang, Dr.Azmi mengadakan kuiz. Nasib baik aku sudah baca nota minggu lepas untuk membuat "reflective writing" dan ia sangat membantu. Namun kuiz kedua aku sangat teruk kerana aku tidak membaca tentang Darwin. Kuiz pertama aku dan rakanku, Shakirah mendapat 9/10 namun kuiz kedua 5/10. Aku agak kecewa dengan keputusan yang diterima tetapi salah aku juga kerana minggu lepas aku hanya main-main dalam kuliah.

Selepas habis main kuiz, Dr.Azmi menyambung kuliah kedua iaitu mengenai "Emosi Positif". Emosi positif tebahagi kepada tiga iatu bahagia, gembira dan kasih. Menyentuh mengenai kebahagiaan, Aristotle berpendapat ia adalah merupakan hasil pencarian kearah kebahagiaan. Plato pula berpendapat ia merupakan punca kehidupan baik dan mulia. Plato lebih berasaskan keagamaan. Manakala  Epicurean pula berpendapat kebahagiaan adalah seronok yang maksima dan derita yang minima. Dan yang terakhirnya Mills menyatakan pendapat beliau kebahagiaan adalah sejauh mana perasaan senang hati memenuhi rasa mereka. Apabila mereka berpuas hati terhadap sesuatu, maka mereka bahagia.

Senyuman merupakan satu alat komunikasi. Apabila kita berjumpa dengan seseorang, jika kita tiada kesempatan untuk menegurnya kerana kesuntukan masa, senyum sudah mencukupi sebagai isyarat kita menghormati kehadiran dia di sisi hidup kita.
Di dalam kuliah tersebut , Dr. Azmi ada menyatakan Costa Rica merupakan negara yang paling gembira. Negara asia merupakan negara yang mempunyai kadar orang gembira yang rendah. Mungkin kerana orang asia suka bersedih dan mempunyai konflik di dalam diri. Sebenarnya semua orang juga tidak boleh lari daripada konflik yang membelenggu. Manusia di Costa Rica juga pasti mempunyai masalah yang sama namun walaubagaimanapun yang membezakan kita semua adalah bagaimana cara kita menhadapi masalah tersebut.

Kozma menyatakan kebahagiaan terbahagi kepada 2 iaitu kebahagiaan jangka masa panjang dan yang kedua adalah kebahagiaan jangka masa pendek. Kebahagiaan jangka masa panjang. Kebahagiaan jangka masa pendek adalah purata perasaan seseorang didalam kehidupannya. Ini membawa maksud , bukanlah seseorang itu tidak pernah menghadapi hari-hari yang sedih sepanjang kehidupannya namun kebahagiaan telah mengatasi segala permasalahan yang pernah dijalani. Keb ahagiaan jangka masa pendek pula ialah merujuk kepada peristiwa yang baru dialami. Contohnya seperti menerima kelahiran anak baru.

Terdapat satu model yang disebut sebagai model aditif.
Kebahagiaan = bahagia jangka masa panjang + bahagia jangka masa pendek
Freud menekankan kebahagian dengan merujuk kepada hubungan anak dengan ibu bapa. Seseorang anak mestilah mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa mereka agar dapat menjalani  kehidupan yang bahagia.
Di dalam agama islam juga menyeru kita untuk sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa , terutamanya adalah ibu.

Allah s.w.t memerintahkan agar kita berbuat baik kepada ibu bapa selepas perintahNya agar menyembahNya dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu sepertimana firmanNya:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.  Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.( al-Isra` 17:23)
Setakat ini, sampai disini sahajalah coretanku.
Sekian terima kasih.
 
A good head and a good heart are always a formidable combination.

VITTARINO BIN JOHNNY, A131865, LJ02, EMOSI & KEBAHAGIAAN HIDUP

PENGURUSAN  EMOSI (ZT2253)
VITTARINO BIN JOHNNY, A131865, LJ02, EMOSI & KEBAHAGIAAN HIDUP
Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada rakan-rakan sekalian dan pensyarah kita, Dr. Zambri. Jika pada minggu lepas, kita telah mempelajari tentang pengenalan dan juga struktur dan ekspresi emosi, manakala pada minggu ini pula kita mempelajari selebihnya tentang struktur dan ekspresi emosi serta tentang kebahagiaan. Pada pendapat saya, kuliah pada minggu ini lebih menyeronokkan berbanding minggu lepas khususnya kuliah tentang kebahagiaan. Tambahan pula, terdapat kuiz yang dijalankan. Meskipun tidak mendapat markah penuh daripada kesemua 20 soalan tetapi cukup menyeronokkan dan mencabar kerana melatih minda kami untuk mengingati semula apa yang telah kami pelajari pada minggu lepas. Malahan, kuiz ini juga melatih semangat bekerjasama antara kumpulan.
Pertama sekali saya ingin berkongsi tentang apa yang kami telah pelajari tentang sambungan kuliah minggu lepas, struktur dan ekspresi emosi. Kami telah mempelajari tentang teori 'Izard's Innate Facial Expression' dan 'Learning & Experience Theories'. 'Izard's Innate Facial Expression' menyatakan bahawa emosi itu adalah semula jadi, pembelajaran hanya mempunyai impak yang kecil dalam pengalaman emosi. Dua kajian telah dibuat iaitu kajian terhadap bayi yang baru dilahirkan sama ada mereka pandai bersenyum atau tidak dan kajian rentas budaya. Misalnya, bayi setelah lahir akan tahu untuk bersenyum, apabila semakin membesar menjelang tiga atau empat bulan akan mempunyai perasaan marah dan terperanjat, apabila berumur lima atau enam bulan mempunyai perasaan takut dan malu, apabila berumur satu tahun akan pandai berasa puas dan apabila berumur dua tahun mula tahu berasa bersalah setelah melakukan kesalahan. Semua ini jelas kelihatan melalui ekspresi muka mereka. Namun demikian, kajian ini mendapat kritikan contohnya, apabila kita melihat bayi itu senyum tidak semestinya dia berasa gembira. Mungkin dia senyum kerana melihat kita senyum terhadapnya. Seterusnya tentang kajian rentas budaya. Ekman telah membuat kajian di beberapa buah negara antaranya ialah Amerika, Brazil, Chile, Argentina dan Jepun. Dia membuat soal selidik dengan bertanya kepada para responden untuk mengenali emosi yang ditunjukkan dalam setiap gambar. Sama seperti kajian yang pertama (kajian terhadap bayi yang baru dilahirkan), kajian ini tidak terlepas daripada kritikan. Krtikan yang diberikan ialah, semua negara tempat kajian itu dijalankan merupakan negara-negara yang berpendidikan tinggi. Hal ini bermaksud respondennya ialah orang yang berpelajaran dan amat mudah untuk mereka menjawab soalannya itu. Ekman terus mengadakan lebih banyak kajian di beberapa tempat yang lain seperti di Borneo dan New Guinea. Hasilnya, keputusan menunjukkan apa yang dipercayai olehnya betul. Paul Ekman (1994) menyokong kenyataan bahawa kesejagatan mimik muka dengan emosi. Dia juga menyatakan ekspresi emosi itu bukanlah seratus peratus semula jadi kerana ekspresi emosi juga boleh dipengaruhi oleh pengalaman budaya yang dialami. Analisa tentang gambar-gambar ekspresi muka (Pilowsky & Katsikitis, 1994) telah digunakan dalam kajian-kajiannya (Ekman, 1971 – di Borneo dan New Guinea). Dia turut mendapat tahu bahawa wajah gembira (95 – 100%) adalah lebih dominan dan mudah dikenal pasti berbanding dari wajah takut (54-85%). Kajian yang dijalankan oleh Ekman disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Scherer dan Wallbott (1994) yang meneliti kajian meliputi 37 buah negara dan 5 buah benua di seluruh dunia. Mereka mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Apa yang berbeza hanyalah bagaimana sesuatu emosi itu dialami dan dikawal, bukan bagaimana emosi itu dihasilkan. Teori yang terakhir dalam struktur dan ekspresi emosi ialah 'Learning & Experience Theories'. Teori ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu berdasarkan pandangan biologi dan teori pembelajaran. Dalam pandangan biologi menyatakan pembelajaran memainkan peranan yang kecil dalam emosi. Plutchik berkata emosi ialah ekspresi daripada potensi genetik seseorang, belajar untuk mengubahnya. Matsumoto pula mengatakan emosi yang asas adalah sama tetapi terdapat perbezaan yang halus berdasarkan pengalaman budaya. Izard turut berpendapat bahawa setiap emosi mengajar bayi itu akan keadaan sekelilingnya. Emosi berlaku disebabkan oleh suatu rangsangan. Proses kognitif berbeza mengikut orang. Sememangnya, emosi itu adalah semula jadi dan dipengaruhi oleh pembelajaran. Menurut teori pembelajaran, setiap emosi diperolehi melalui pembelajaran. Contohnya dalam kajian yang dijalankan oleh Miller terhadap tikus, mendapati kesemua tikus itu mempelajari perasaan takut. Dalam kajian yang dijalankan Albert pula menunjukkan perasaan takut boleh didapati melalui pembelajaran.  
Seterusnya saya ingin berkongsi pula berkenaan kuliah kebahagiaan. Kebahagian itu sesuatu yang baik ditambah dengan keseronokan dan kegembiraan. Pelbagai aspek boleh kita kaitkan dengan kebahagiaan. Sebagai contoh dalam suatu keluarga yang hidup dengan penuh kebahagiaan. Sememangnya kebahagiaan merupakan sesuatu yang diidami oleh setiap keluarga sama ada suami isteri mahupun anak-anak. Mereka berharap agar dapat hidup penuh sihat sejahtera, penuh kegembiraan, penuh keseronokan, aman, damai dan ditambah dengan kesenangan. Malahan, saya juga berharap agar keluarga saya dapat hidup dengan penuh kebahagiaan, sentiasa sihat sejahtera, aman dan gembira. Meskipun saya berada jauh dari keluarga tersayang, mereka tetap berada dalam hati saya selalu. Mereka sering berdoa dan berharap agar saya sentiasa dalam keadaan yang baik di sini dan saya juga sentiasa berharap kesemua ahli keluarga saya sentiasa dalam keadaan baik juga. Walaupun bukan berasal dari keluarga yang berada, dapat hidup dengan penuh kebahagiaan dan kegembiraan sudah cukup bermakna bagi saya. Pada pandangan saya, sesebuah keluarga itu dikatakan bahagia apabila semua ahli keluarganya sentiasa saling menyayangi, sentiasa berusaha, tolong-menolong, kuat beragama, mempunyai kepercayaan antara satu sama lain, bersikap baik sesama mereka dan juga dengan saudara-mara mahupun jiran tetangga. Jika kita bandingkan satu keluarga berpendapatan sederhana yang tinggal di kawasan kampung yang hidup dengan penuh kegembiraan dengan satu keluarga yang tinggal di kawasan bandar, yang mempunyai harta yang banyak tetapi hubungan antara ahli keluarganya rapuh, sudah pasti keluarga yang berpendapatan sederhana dan hidup penuh kegembiraan akan menjadi keluarga bahagia. Hal ini bermaksud, kekayaan bukanlah penentu segalanya untuk sesebuah keluarga itu menjadi bahagia. Untuk menjadi keluarga yang bahagia mesti melibatkan setiap ahli keluarga. Misalnya, ibu bapa harus mendidik dan membesarkan anak-anak mereka dengan baik dan pastikan mereka tidak menjadi jahat apabila besar nanti manakala anak-anak pula haruslah menghormati ibu bapa mereka dan membalas jasa mereka apabila besar kelak. Seperti apa yang diperkatakan oleh Freud, hubungan kita dengan ibu bapa adalah penting yang akan menentukan kebahagiaan keluarga kita.
Dalam kuliah ini juga saya telah mempelajari bahawa orang yang bahagia akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan orang lain dan dalam apa jua keadaan. Vanfossen pula mengatakan lelaki dan wanita mendapat kebahagiaan daripada perkahwinan. Orang yang berkahwin akan lebih bahagia berbanding mereka yang tidak berkahwin.  
Konklusinya, banyak informasi yang saya dapat dalam kuliah ini. Saya dapat mengetahui bahawa kebahagiaan adalah sesuatu yang sangat penting dalam sesebuah keluarga dan perkahwinan. Kebahagiaan itu bukan akan datang bergolek kepada kita begitu saja tanpa usaha. Masalah dan pergaduhan akan berlaku dalam setiap keluarga tetapi kita tidak boleh menganggap hal ini sebagai satu beban yang akan merosakkan dan merapuhkan keluarga kita. Kita perlu sentiasa mengejar kebahagiaan dalam hidup.
Sekian dan terima kasih.  
 
Fw: jurnal 2 (terbaru)

----- Forwarded Message -----
From: KOMATHI KC <komathikc@yahoo.com>
To: "ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com" <ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com>; "tugasan2253@gmail.com" <tugasan2253@gmail.com>
Sent: Thursday, August 4, 2011 1:40 AM
Subject: jurnal 2

                         Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Dr dan terima kasih kerana memberi  peluang untuk saya menyambung jurnal saya bagi hari kedua kuliah. Pada hari ini, kelas bermula dengan satu kuliah (sambungan kuliah  minggu lepas)  diikuti dengan sesi kuiz dan akhirnya diakhiri dengan sebuah kuliah lagi. Kuliah  tajuk baru hari ini ialah Emosi Positif (Gembira,Bahagia & Kasih). Tajuk ini sebenarnya agak menarik perhatian saya kerana ia berkisarkan tentang perasaan positif yang memang wujud dalam diri setiap manusia dan diingini untuk kekal dalam hidup masing -masing.
                          Kegembiraan adalah satu perasaan yang menggambarkan kesenangan,keselesaan  dan kepuasan dalam kehidupan seharian.Terdapat banyak ahli falsafah yang member definisi kegembiraan dalam  konteks masing-masing.Contohnya,yang dibentangkan dalam kuliah oleh Dr. adalah, Plato. Menurutnya,punca kegembiraan adalah  hasil kehidupan yang bermoral dan bermaruah.Pada pendapat saya,konteks ini adalah apa yang diajar dalam agama masing-masing dan saya sedar (selepas kuliah),ajaran agama ini sebenarnya membantu kita untuk mendapat kebahagiaan dalam hidup. Aristotle pula menyatakan kegembiraan adalah sambungan kenikmatan yang kita peroleh dalam hidup manakala, Epicurean memberi  maksud ia adalah  hasil peningkatan nikmat dan pengurangkan sakit yang membawa kesedihan.Mills berkata bahawa gembira adalah kesinambungan semua sifat.Secara konklusinya, Semua falsafah ini mneyatakan gembiara sebagai sesuatu yang kita rasai hasil Daripada sesuatu peristiwa atau pun situasi yang positif jadi,sebenarnya ini menunjukkan buktinya bahawa gembira adalah sesuatu yang positif.
                         Saya juga berasa agak takjub dengan fakta yang mengatakan bahawa negara Asia mempunyai kadar orang yang berasa gembira rendah.Dr juga ada menyatakan tentang sebuah negeri Costa Rica yang terletak di Amerika mempunyai kadar orang paling banyak gembira.Ini adalah antara fakta-fakta yang menarik untuk saya semasa mempelajari topik  ini.
                         Selain itu,gembira juga mempunyai komponennya yang tersendiri.Terdapat 2 faktor dalam hal ini iaitu,faktor jangka masa panjang dan faktor jangka masa pendek.Faktor jangka masa panjang adalah  kegembiraan yang wujud agak lama seperti sejak kanak-kanak lagi.Contohnya adalah kanak-kanak yang suka akan kartun kegemarannya,walaupun sudah meningkat dewasa,dia tetap akan tersenyum apabila melihat kartun itu ditayangkan.Faktor jangka masa pendek pula adalah  kegembiraan yang diperoleh serta merta.Contoh yang selalu dilihat adalah apabila melihat pasangan hidup yang baru mendapat cahaya mata.Jadi,kegembiraan yang sempurna adalah hasil gabungan faktor jangka masa p;anjang dan faktor jangka masa pendek.Freud pula mengatakan bahawa hubungan seseorang dalam alam kanak-kanak dengan ibu bapa dan sekeliling adalah faktor yang akan menentukan kebahagiaan pada masa akan datang.Contohnya,sesorang yang mempunyai  zaman kanak-kanak yang tidak ceria seperti  ibu bapa yang tidak bermoral dan sebagainya kelak akan menjadi seseorang yang bersikap negatif  untuk diri sendiri dan persekitaran.Ini adalah bersesuaian dengan   teori kegembiraan adalah hasil jangka masa panjang (zaman kanak-kanak) dan jangka masa pendek (keadaan persekitaran).
                        Terdapat banyak situasi atau peristiwa yang memberi  impak positif dalaam diri kita dan menurut kuliah Dr,statistik menunjukkan  peratus yang jatuh cinta adalah impak yang paling tinggi.Ini amat mengejutkan saya kerana, melihat peristiwa yang lain seperti kelahiran bayi tidak menunjukkan kadar  yang terlalu tinggi.Seterusnya adalah persoalan yang diungkitkan oleh Dr dalam kuliah iaitu,perkahwinan membawa kebahagiaan atau orang yang gembira mewujudkan perkahwinan yang bahagia.Ini adalah amat menarik.Kedua-duanya adalah betul dan saya rasa gabungannya yang akan membawa kebahagiaan yang sempurna.Tetapi, apa yang pasti adalah perkahminan adalah salah satu faktor  yang membawa kegembiraan. Antara faktor  yang lain ialah  kesihatan yang  bagus,persahabatan yang mulia, kerja yang tidak memberi stress  tahap  maksima,penghayatan agama  serta  rekreasi yang secukupnya.Mengikut satu kajian, orang yang beragama atau lebih kerana  mengamalkannya memiliki kadar stress yang rendah berbanding yang lain.Mereka juga menunjukkan kadar yang rendah dari segi pengambilan dadah,bunuh diri serta lebih yakin terhadap diri sendiri untuk hidup bahagia.mereka juga sangat yakin terhadap diri sendiri.
                       Kasih saying juga adalah salah satu daripada 3 emosi positif yang diperkatakan dalam tajuk ini.Ia adalah perasaan yang lebih daripada suka.Ia adalah suatu perasaan suka yang kuat diiring dengan 3 kualiti iaitu: perasaan seperti terikat,perasaan ambil berat serta kepercayaan.2 orang yang mempunyai perasaan kasih sayang akan ditarik antara satu sama lain oleh tarikan ini.Faktor ini tidak mengira agama dan budaya yang berbeza.Tetapi,untuk menghasilkan tarikan ini,terdapat 3 keperluan yang perlu ada iaitu,  seseorang untuk memulakan perhubungan ini,dalam jarak yang dekat mempunyai kemahiran social yang sesuai untuk meneruskan hubungan ini.Tarikan ini + 3 keperluan boleh dicapai melalui proses 'social penetration'.Ini pula dibahagi kepada dua panjang dan lebar.Lebar adalah sebenarnya jarak tempat tinggal antara mereka berdua serta orang lain yang terlibat dalam hubungan mereka.Panjang pula adalah tahap di mana mereka kenal antara satu sama lain dan berkongsi perasaan masing-masing.          
                       Pakar yang melakukan kajian telah  mengklasifikasikan kegembiraan dalam dua cara iaitu:keputusan bahawa hidup adalah memuaskan dan perasaan positif adalah lebih banyak dari perasaan negatif.Perasaan gembira juga menyatakan tentang minda seseorang yang menggambarkan diri yang bersikap positif dan berdaya untuk melakukan apa-apa sahaja.Selain itu,orang yang gembira juga mempunyai sikap-sikap positif yang lain dalam diri mereka dari yang bersikap negative hasil emosi negatif.Kegembiraan juga tidak dipengaruhi oleh perbezaan jantina dan atau pun kumpulan umur yang berbeza.Tetapi,ada kajian yang menunjukkan rakyat di Negara yang miskin kurang gembira berbanding yang lain.Negara yang bersikap menindas hak rakyat dari segi kebebasan dan politik juga memiliki rakyat yang tidak gembira.Perbezaan dari segi kemajuan ekonomi juga member impak emosi tersebut.Ini adalah faktor dari segi antarabangsa iaitu perbezaan dari segi negara. Tetapi ada pendapat bahawa kekayaan tidak semestinya membawa kebahagiaan
                      Akhir sekali,saya tertarik dengan penutup kuliah tersebut dengan sebuah cerita yang berkisarkan tentang bagaimana seorang kanak-kanak cuba mendapatkan kasih sayang ayahnya dengan membeli masa itu.Saya pernah membaca cerita ini ketika di sekolah menengah.Ia amat memberi  kesan kepada mereka yang mengganggap bahawa duit adalah segala-galanya.
                         "Arahkan wajah Anda menghadap Matahari, maka Anda tak akan melihat bayang-bayang."
HELLEN KELLER
 
                       Pada pendapat saya,apabila membaca ini,ia member maksud tentang menyuruh kita agar bersikap positif dalam diri kita dengan menghadap matahari yang dalam konteks ini menggambarkan cahaya kepada kita seperti perasaan gembira.Bayang-bayang yang diperkatakan di sini ialah emosi negatif yang ada dan jika kita berusaha melihat ke arah positif untuk mendapatkannya maka,kita tidak akan terjejas dengan perkara negative yang kita hadapi sekali gus lupa akannya.
                       Konklusi daripada kuliah hari ini adalah emosi positif yang terbentuk dalam diri kita wujud hasil daripada banyak faktor ataupun situasi yang member kita kepuasan.Selain itu,perasaan seperti gembira,bahagia dan kasih sayang  mempunyai komponennya yang tersendiri yang sebenarnya hanya saya ketahui hari ini walaupun pernah mengalami perasaan ini  beribu-ribu kali sepanjang hidup saya.

jurnal 2

Check out my photos on Facebook

facebook
Hi Ayahlong_azm.jurnal-emosi,
Yan Yann is inviting you to join Facebook. Once you join, you'll be able to see updates, photos and more from all of these friends ...and share your own!
Yan Yann
1770 friends · 261 photos · 862 Wall posts · 34 groups
Join Facebook
ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com was invited to join Facebook by Yan Yann. If you don't want to receive these emails from Facebook in the future or have your email address used for friend suggestions, you can unsubscribe. Learn More about this email. Facebook, Inc. P.O. Box 10005, Palo Alto, CA 94303