Salam sejahtera! Hari ini dalam kuliah pengurusan emosi yang disampaikan oleh Dr.Zamri, saya telah belajar tentang emosi negatif, teori aras adaptasi dan teori Solomon. Berbandingkan dengan minggu yang lepas, kita belajar tentang emosi positif yang merangkumi gembira, bahagia dan kasih, minggu ini telah mendedahkan kita emosi negative yang saya rasa lebih menarik. Emosi negative merangkumi takut, malu, sedih dan marah. Emosi-emosi yang negative ini sering dapat dilihat dalam kalagan orang ramai dan saya sendiri juga. Saya pasti dalam hidup kita yang penuh dengan cabaran setiap hari, cara mengendalikan emosi negatif memain peranan yang penting menentukan kejayaan menempuh cabaran.
Emosi negatif yang pertama yang akan saya bincangkan di sini ialah emosi takut. Emosi ini say a percayai ialah satu emosi yang dipelajari, iaitu yang kita gelar sebagai "learned emotion" . emosi ini sebenarnarnya tidak wujud dalam diri kita masa dilahirkan karana semasa kecil, kita tidak tahulah apa ketakutan sehingga kiata diajar untuk takut pada benda-benda seperti hantu, lipas, orang jahat, dan lain-lain oleh ibi-bapa, media, kawan dan sebagainya.walaupun kadang-kala emosi takut agak tidak diperlukan akan mengakibatkan masalah tetapi emosi takut ini memang ada sebab dicipta oleh Tuhan. Emosi takut penting untuk keselamatan(survival). Adanya sebab saya berfikir begitu. Contohnya, suatu hari saya bertempuh dengan harimau dalam hutan, pastinya saya akan berasa takut dan akibat ketakutan pasa saya, saya akan berlari secaepat mungkin untuk mencari pertolongan! Sekiranya saya seorang yang tidak ada emosi takut,misalnya seorang budak kecil, mautlah yang mungkin akan dibawa!
Sebenarnya, sebab takut dapat dibahagikan kepada dua iaitu abstrak dan konkrit. Sebab abstrak termasuk kehilangan pengaruh, kritikan, kekalahan dan sebagainya. Manakala sebab takut yang boleh dilihat iaitu konkrit termasuk binatang, kereta, ruang tutup dan sebagainya. Biasanya, orang yang berada ketakutan, keputusannya terhadap sasuatu situasi tidak terancang dan kemungkinan orang itu akan menjadi ganas sekiranya dia berada dalam situasi yang terlamoau takut!
Emosi malu selalu berkaitatn dengan maruah atau airmuka. Apabila seseorang gtelah membuat sesuatu yang tidak diterima oleh masyarakat, dia akan berasa malu. Manakala "shame" pula lebih individual iaitu siapa yang telah membuat sesuatu yang bercanggah dengan nilai moral, dialah sendiri tahu dan berasa "shame" seperti berbohong. Rasa malu agak individual kerana seseorang itu mumgkin berasa malu sekiranya dia telah membuat sesuatu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat tetapi tidak berkaitan dengan nilai moral seperti salh pakai baju terbalik, salh pakai kasut ataupun masuk tandas yang salah. Orang yang berasa malu akan bertindak tersipu-sipu, tergagap-gagap ataupun mukan kemerahan.Seorang yang berasa malu biasa akan ketawa untuk menyimpan rasa malu itu. Contohnya, seorang pemimpin telah membuat kesalahan semasa menyampaikan ucapannya akan ketawa untuk menyimpan rasa malunya.
Seterusnya, rasa sedih merupakan perasaan kerugian dan kehilangan yang tidak sedap dirasa. Contohnya, jika orang kesayangan kita telah meninggal dunia, kita akan sedih akibat kehilangan. Jika perasaan seduh bertambah buruk, ia akan menjadi kemurungan. Perasaan sedih akan menjadikan kita tidak bersemangat dan rasa penat sentiasa. Sekiranya seseorang membuat sesuatu sengan perasaan sedih, orang tersebut akan berasa tidak berupaya untuk melakukannya. Manakala, jika kita membuat sesuatu perkara dengan emosi positif, kita akan menikmati dalam prose situ dan perkara akan menjadi lebih senang. Ini menunjukkan emosi sebenarnya mengganggu proses konitif kita kerana semasa kita dipenuhi dengan emosi negative, biasanya kita akan menjadi lebih susah untuk membuat keputusan. Oleh itu, emosi negative boleh menjejaskan kecekapan seseorang.
Seterusnya, saya ingin membincangkan emosi negative iaitu marah. Marah ialah tindak balas psykofisiologikal kepada sakit , penerimaan kesengsaraan atau ancaman . Kebanyakkan masanya, perasaan marah adalah disebabkan oleh persepsi atau anggapan seseorang kepada sesuatu keadaan sebagai ancaman yang disebabkan oleh wujudnya konflik , pengabaian , pengkhianatan dan dimalukan . Marah juga boleh diluahkan samada secara aktif atau pasif . Marah secara aktif adalah seperti melepaskan geram kepada seseorang sama ada percakapan atau menyebabkan kecederaan kepada orang lain . orang yang marah secara pasif biasanya akan nerperang dingin dengan orang lain iaitu bertindak diam dan tidak member respons kepada orang yang dimarahnya. Pada pendapat saya , emosi marah yang secara pasif ini merupakan cara menunjukkan kemarahan yang tidak sihat kerana kemarahan yang dipendam dalam hati akan meletus bila-bil masa dan pada masa itu, impak besar akan jatuh pada kedua-dua parti. Biasanya, orang yang berada dalam emosi kemarahan tidak rasional. Oleh itu, adalah wajar jika kita tangguhkan kemarahan sebelum membuat apa-apa keputusan kerana seringkali emosi negative mempenagaruhi keputusan yang dibuat. Contohnya, orang yang berada dalam kemarahan senang melakukan perkara seperti menumbuk dan membunuh secara tidk sengaja akibat kemarahan yang keterlaluan menjejaskan proses konitifnya. Jadi, kita harus relek dan cuba sedaya untuk menenangkan sendiri semasa marah.
Emosi- emosi negative memang wujud seiring dengan emosi positf iaitu wujudnya emosi positif, wujudlah emosi negatif! Tidak dapat dinafikan bahawa mosi negative menjejaskan kualiti hidup serta mempengaruhi proses pemikiran seseorang tetapi kita tidak boleh menghapuskan emosi negative. Apa yang boeh dibua ialah hidup secara aman dengannya serta belajar cara mengendalikannya. Dengan ini, saya pasti walaupuj dengan wujudnya emosi negative dalam hidup kita, kita pun boleh berjaya!
Seterunya, saya ingin membincangkan tentang aras adaptasi yang merupakan satu teori yang agak menarik. Adaptasi merupakan satu proses kebiasaan terhadap satu stimuli. Adaptasi merupakan suatu cara manusia membiasakan diri dalam hidup supaya kita boleh hidup dengan stimuli secara aman damai. Bagaimanakah aras adaptasi boleh dikaitkan dengan emosi? Aras adaptasi meningkat dengan kurangnya emosi kita. Ini bermakna, sekiranya kita sudah biasa dengan sesuatu perkara, emosi yang mengkin timbul atas perkara itu akan menjadi kurang. Contohnya, seseorang yang mendapt keputusan yagn baik buat pertama kali, dia akan berasa teramat gembiara tetapi rasa gembiranya akan menurun dengan mendapat keputusan yang baik banyak kali kerana aras adaptasi telah meningkat. Sama juga dengan cara kita menghadapi kemarahan. Pada pertama kali kita dimarah, pastinya kita akan berasa amat sedih dan kecewa tetapi sekiranya kita telah biasa dengan dimarahi, emosi sedih dan kecewa akan dikurangkan.
Begitulah perbincangan saya di sini. Semoga emosi positif dapat wujud sentiasa dalam setiap orang.
No comments:
Post a Comment