LJ03 DON'T BLAME THE NEGATIVE EMOTION!! Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang mebaca entri saya terutama pensyarah saya sendiri. Entri ini masih lagi berkaitan dengan kursus yang sedang saya belajar iaitu Pengurusan Emosi. Semakin banyak kuliah yang dihadiri semakin banyak input yang saya dapat mengenai emosi. Hal ini kerana, saya hanya menganggap emosi adalah perkara yang tidak perlu dipelajari secara mendalam tetapi saya semakin seronok untuk mendalaminya. Entri ini merupakan entri jurnal saya yang ke tiga. Sesungguhnya saya sangat berasa gembira kerana dapat menulis entri kali ini kerana apa yang saya ingin ulaskan sememangnya berlaku dalam kehidupan harian saya terutama dalam bidang perubatan yang sangat mencabar dan terpaksa melalui kesibukan. Kuliah seterusnya adalah mengenai emosi yang negatif. Emosi yang negatif adalah seperti takut, sedih, malu dan marah. Saya percaya setiap orang pernah mengalami perasaan emosi yang negatif ini kerana tiada manusia yang sempurna. Setelah menghadiri kuliah ini, saya dapat ulaskan serba sedikit tentang emosi negatif. Pertama adalah mengenai emosi takut. Takut merupakan tindak balas terhadap situasi semasa dalma bahaya yang boleh menyebabkan seseorang berasa berdebar ketakutan. Walaubagaimanapun takut merupakan mekanisma selamat dan kebiasaannya berlaku apabila ade punca negative. Saya juga baru dapat tahu bahawa takut juga dapat dikaitkan dengan risau. Apabila seseorang sedang dalam ketakutan dia secara automatic akan berasa risau dalam waktu tersebut. saya juga mempunyai pengalaman menghadapi ketakutan apabila ditinggalkan bersendirian di luar sebuah rumah di tempat terpencil pada pukul 3pagi. Rumah tersebut merupakan punca negative yang menyebabkan saya berasa takut dan saya juga berasa risau jika terdapat sesuatau yang akna terjadi pada masa itu. Semasa takut, ekspresi muka seseorang akan berubah dengan pantas . kita dapat mengetahui seseorang berada dalm ketakutan apabila mata mereka akan melebar, biji mata akan membesar, bibir atas akan menaik, kening akan ke dalam dan bibir akan meregang. Kesemua aspek ini merupakan ekspresi yang selalu dapat dilihat dan senang untuk mentafsir. Tetapi dari aspek sains pula, saya dapat belajar bahawa apabila seseorang berada dalam ketakutan, rangsangan sympathetic akan berlaku dengan pantas dan seterusnya menyebabkan hormone seperti adrenaline akan meningkat dengan tinggi. Seterusnya dalah emosi malu yang juga termasuk dalam emosi negatif. Malu adalah perasaan tidak senang yang dialami semasa berada dalam situasi sosial atau professional. Seseorang tidak akan dapat menerima tentang sesuatu tersebut dan membuatkan mereka berasa malu. Hal ini kerana terdapat pihak ketiga yang mungkin mendedahkan tentang keburukan dan rahsia seseorang dan merak menjadi saksi tentang sesuatu perkara. Kebiasaanya, seseorang akan kehilangan maruah dan penghormatan tetapi ianya bergantung kepada situasi yang memalukan tersebut. saya sangat bersetuju dengan hal ini kerana seseorang hanya akan berasa malu yang amat sangat apabila rahsia mereka didedahkan di hadapan semua orang berbanding hanya didedahkan kepada seorang sahaja. Malu selalunya disebabkan oleh perlakuan yang tidak diteima oleh kelompok sosial sebagai contoh silap memakia padanan baju. Selepas kuliah saya juga dapat menambah pengetahuan saya tentang malu iaitu malu mempunyai dua jenis. Jenis pertama adalah peribadi. Jenis ini adalh disebabkan oleh niat yang tidak diingini terhadap sesuatu yang peribadi. Sebagai contoh adalah kesilapan semasa berucap. Oleh itu, seseorang akan tersipu-sipu dan akan tergagap serta gelisah. Walaubagaimanapun, seseoarang akan menyembunyikan malu itu dengan hanya senyum dan gelak dengan kuat. Jenis malu yang ke dua adalah malu professional. Hal ini dapat dilihat apabila seseorang malu tidak dapat menjalankan tugas. Malu akan lebih meningkat apabila membabitkan kerja-kerja rasmi, duit ataupun kehilangan nyawa manusia. Seterusnya adalah emosi yang ketiga iaitu emosi sedih. Sedih dapat didefinasikan sebagai emosi yang menunjukkan perasaan kehilangan atau keburukan. Tetapi apabila seseorang yang terlampau tangisin dan mempunyai kesedihan yang ekstrem, ini akan menyebabkan impak yang lebih buruk kepada mereka seperti kemurungan ataupun tekanan. Oleh yang demikian, golongan professional seperti pakar psikiatri perlu menolong mereka dalam kaedah rawatan yang tertentu. Sama seperti saya, apabila saya sedang kesedihan saya akan menjadi senyap dan tidak mahu bberkomunikasi senagn orang lain. Saya juga semakin tidak bertenaga dan akan menarik diri sendiri daripada melakukan sesuatu. Jika rakan-rakan saya ajak untuk keluar saya tidak akan menolak ajakan mereka dan saya hanya akan bersendirian dirumah.semasa kuliah ada menekankan bahawa sedih merupakan sama maksud dan berkaitan dengan sayu, muram, suram, dan murung. Saya juga sangat bersetuju dengan kata-kata oleh Forgas (1992,1994) iaitu orang yang bahagia lebih cenderung untuk menproses informasi dengan jarak amsa yang singkat dan tepat dibandingkan dengan orang yang dalam kesediahan yang hanya akan memproses informasi secara kurang tepat dan mengambil masa yang agak lama. Emosi terakhir dalam tajuk emosi negative adalah marah. Marah adalah tindak balas psikofisiologi kepada sakit, penderitaan dan stress yang dapat dilihat serta ancaman. Marah selalunya adalah tindak balas untuk persepsi ancaman disebabkan oleh konflik fizikal, ketidak adilan , khianat, dan memalukan. Saya juga dapat mendalami bahawa marah dapat diekspresikan secara aktif mahupun pasif. Dalam aspek marah secara aktif, seseorang akan mengamuk secara percakapan dan perlakuan tepat pada sasaran. Namun begitu, untuk marah yang secara pasif, seseorang hanya akan merajuk secara senyap dan bersebdirian serta akan menanggung stress. Berdasarkan pengalaman, saya akan berasa marah apabila mengetahui berita tentang pembunuhan kejam kanak-kanak dan kemarahan saya itu berlarutan dan semakin membuak-buak. Selain itu juga, jika seseorang mempunyai pengalaman pahit yang secara sengaja dan berniat emosi tersebut akan menjadi semakin mendalam. Secara fisiology, neurosains telah menunjukkan bahawa emosi telah dijana dalam struktur di otak yang dipangil amyglada. Sebelum ini saya tidak mengetahui tentang info ini. Amyglada tersebut berfungsi untuk mengenalpasti ancaman dan akan badan akn bertindak mengikut arahan. Amyglada menyebabkan otot-otot badan manusia menjadi tertekan. Oleh itu, cathecolamines akan dirembeskan menyebabkan peningkatan tenaga yang akan berakhir beberapa minit sahaja. Degupan jantung akan menjadi laju, tekanan darah meningkat dan kadar pernafasan juga meningkat. Dengan mendalami aspek fisiologi saya semakin faham tentang emosi marah tersebut. Untuk mengawal marah saya hanya akan merehatkan diri supaya semua anggota badan dan metabolism kembali kepada fasa rehat. Selepas itu saya akan memperbaiki diri supaya tidak mudah marah untuk masa akan datang. Setelah beberapa hari, saya mencari maklumat tambahan tentang kuliah ini. Apa yang dapat saya faham dalam buku Keajaiban & Kekuatan Emosi yang ditulis oleh Martin Wijokongko adalah emosi perlu dimanfaatkan sebagai satu pelajaran agar dapat kita gunakan untuk meningkatkn kualiti kehidupan. emosi itu perlulah member kita suatu manfaat yang positif. Tambahan pula, emosi buaknlah musuh manusia. Setiap orang perlu menghilangkan tanggapan bahawa semua emosi negatif adalah musuh. Kita hanya perlu pandai mengendalikan emosi negatif tersebut. |
Saturday, August 13, 2011
ASILAH BT SARIMAN (A132031) DONT BLAME THE NEGATIVE EMOTION
A132014 , SYAFIQAH BT ABDUL RAZAK JL03 " EMOSI DIEKSPREASI"
Jika hanya penuh derita
Kepedihan di hatiku
Mendayukan bicara asmara
Kering layu bagai daunan
Yang meniti sekilas usia
Dalam suram malam gelita
Menantikan embun pagi
Menitiskan wangian kasturi
Keluhuran benih cinta
Merantai ingatan
Kenangan masa silam
Dirimu diriku
Pernah bernama kekasih
Melayarkan bahtera impian
Walau pernah kehilangan
Tanda cinta pedoman setia
Menghangatkan kenangan
Namun hati yang terluka ini
Mengunci perasaan hati
Untuk aku bercinta lagi
Denganmu..
Ku gubah lalu menjadi lagu
Tidak setanding paras
Wajah mu itu menjadi rindu
Bayang mu ada di mana-mana
Jika kaca berderai
Luka tertusuk seluruh jiwa
Kasih suci yang bahagia
Aku turut merasakan
Mahligai yang
Jadi nyata… bersama mu
Riwayat yang menghikayat cinta
Kasih jangan biarkan
Kata yang nista membakar kita
Hanya sejati dalam diri
Kuburkan aku di hati mu
Demi cinta sebelum mati
Kau di hati ku dan ku sama
Dalam tidur dalam terjaga
Ku ucapkan salam sejahtera
Bagaimana mengawal marah..
A131472 Sha Allyza Herdayu Sabarudin LJ03 Emosi Anugerah Illahi
- Kelangsungan hidup-Emosi merupakan anugerah Allah sebagai sistem kawalan dalaman yang menyelamatkan kita dari bahaya. Misalnya, apabila berjumpa harimau kita akan menunjukkan emosi takut dan dengan itu kita akan memikirkan cara untuk menyelamatkan diri.
- Membuat keputusan-Emosi juga menolong kita membuat keputusan kerana ia merupakan sumber informasi yang penting.Kajian menunjukkan jika perhubungan emosi seseorang di dalam otak telah rosak, dia tidak dapat membuat keputusan walaupun keputusan yang mudah.Ini kerana dia tidak tahu perasaannya terhadap pilihan yang telah dibuat.
- Menentukan sempadan dalam perhubungan- Apabila kita merasa tidak tenteram dengan tingkah laku seseorang emosi akan menyedarkan kita.Dengan itu kita akan menunjukkan perassan tidak suka dan dapat menolong menentukan sempadan di samping menghadkan perhubungan agar fizikal dan mental sentiasa terjaga.
- Komunikasi-Emosi juga membantu kita berkomunikasi dengan orang lain.Ekpresi muka kita dapat menunjukkan pelbagai macam emosi.
- Kegembiraan- Apabila gembira kita akan berasa tenang.Jika kita dapat mengenal pasti emosi dengan lebih baik maka lebih mudah bagi kita untuk menentukan apa yang diperlukan untuk merasa gembira.
- Kesatuan-Emosi adalah universal.Emosi seperti simpati, kasihan, memaafkan dan bekerjasama dapat membantu menyatukan manusia.
- Mengurus emosi negatif- Untuk memperolehi emosi yang sihat kita perlu mengurus emosi yang negatif.Langkah pertama mengenal pasti emosi yang dirasai dan tanyakan diri kita adakah perasaan itu baik atau tidak.Seterusnya tanyakan bagaimana menjadikan perasaan itu lebih baik.Ini akan menolong pemikiran kita ke arah yang lebih positif.
- cari tempat yang aman dan nyaman untuk menenangkan hati
- duduk atau tidur
- berdoa kepada allah supaya mendapat ketenangan dan kedamaian hati.
- Memejamkan mata
- fokus pada diri, menarik nafas dalam-dalam
- mengambil wuduk
LJ03 Amyny Aisha Che Musa A131370 , beremosi lagi .
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pensyarah kursus Pengurusan Emosi , Dr. Zamri dan kepada rakan rakan Fakulti Perubatan. Ini merupakan jurnal pembelajaran yang ke tiga untuk kursus ini. Pada hari Rabu yang lepas iaitu pada 10 Ogos 2011 yang lepas. Kuliah pada hari tersebut merupakan kesinambungan kuliah mengenai emosi positif dan negatif , dan turut menyentuh mengenai tajuk Teori Aras Adaptasi. Namun di awal kuliah, Dr Zamri telah menunjukkan sebuah video lagu bertajuk Ummi yang dinyanyi berdasarkan rentak lagu Baby nyanyian Justin Bieber. Lagu tersebut merupakan sebuah lagu yang baik untuk didengari oleh masyarakat pada masa sekarang kerana membawa mesej yang jelas iaitu mengenai kasih sayang serta perasaan hormat terhadap ibu sendiri. Ini mengingatkan saya mengenai kuliah pada minggu sebelumnya iaitu kuliah mengenai perasaan positif iaitu bahagia dan kasih sayang, yang mungkin berkaitan dengan tujuan Dr.Zamri menunjukkan video tersebut pada para pelajar. Kemudiannya , terdapat juga video mengenai peperangan bertajuk Look Into My Eyes nyanyian Outlandish, yang menerbitkan rasa empati serta simpati terhadap mangsa peperangan. Berikut merupakan antara bait bait lagu tersebut yang memberikan makna mendalam dan boleh dijadikan perangsang atau motivasi hidup ,
Oh let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters.
Bait bait lagu ini menunjukkan bahawa dalam setiap kegelapan pasti akan ada cahaya satu hari nanti. Kita hanya perlu bertahan dan bersabar atas kesulitan dan terus berusaha kearah kesenangan.
Selain daripada itu, mengenai topik perasaan negatif , seperti yang kita ketahui,perasaan negatif yang major atau asas terbahagi kepada empat iaitu, takut , malu, sedih dan marah. Perasaan takut adalah perasaan yang mungkin paling senang di stimulasikan iaitu melalui bahaya, trauma, fobia, dan sebagainya. Sebagai contoh seperti yang diterangkan dalam nota kuliah kita, jika seorang anak kecil terjatuh dalam longkang, atau perigi dan berusaha untuk keluar, beliau mungkin akan menjadi takut akan tempat sempit(kalustrofobia) dan juga takut akan air (hidrofobia). Hal ini juga akan menimbulkan trauma kepada kanak kanak tersebut dan juga mungkin akan meniggalkan kesan sepanjang hidup beliau. Selain itu, penyebab akan ketakutan juga didorong oleh perasaan yang abstrak iaitu perasaan takut akan kehilangan dimana ditafsirkan sebagai situasi rujukan , perasaan takut akan cemuhan serta perasaan takut akan kritikan dan perasaan takut akan penolakan.
Perbezaan antara perasaan takut berdasarkan bahaya dan juga perasaan takut daripada situasi rujukan adalah berdasarkan kesannya terhadap fisiologi. Namun kedua duanya mempunyai kesan perlakuan yang sama. Untuk perasaan takut , terdapat beberapa mimik muka yang menunjukkan akan ketakutan iaitu ;
a. One's eyes widen (out of anticipation for what will happen next) –mata terbeliak
b. The pupils dilate (to take in more light)-anak mata membesar
c. The upper lip rises- bibir atas akan menaik
d. The brows draw together -kening ke dalam
e. Lips stretch horizontally- bibir akan memanjang ke sisi
Namun , ketika ketakutan , seseorang itu mampu berdepan dengan beberapa peringkat emosi.Sebagai contoh, seperti yang diterangkan dalam nota kuliah iaitu mengenai seekor tikus yang terperangkap. Tikus yang ketakutan itu akan terus cuba melarikan diri sehingga berjaya walaupun terpaksa melawan terus terusan sehingga cedera ataupun tidak.Perasaan takut juga dapat mwnjadikan seseorang itu bertindak liar dan ganas kerana ingin melindungi diri sendiri.
Perasaan negatif yang ke dua adalah malu. Malu adalah salah satu emosi yang tidak menyenangkan yang mungkin disebabkan oleh perlakuan yang tidak dapat diterima, baik dalam sosial atau pun profesional. Sebagai contoh, kita mungkin akan berasa malu jika diketawakan di hadapan ramai ketika berucap. Ini dikategorikan sebagai malu kategori profesional. Malu kategori persendirian adalah apabila perhatian diberikan dalam hal persendirian. Sebagai contoh , Ahmad tergamam dan kelihatan kemerahan akibat malu apabila ditangkap mencuri oleh ayahnya.
Malu personal seringkali dikaitkan dengan tersipu sipu, tergagap gagap, berpeluh, gelisah dan sebagainya. Kadangkala , malu personal ini juga diselang seli dengan senyum ataupun ketawa yang gementar.
Perasaan negatif yang ketiga ialah sedih. Sedih lawanyna gembira.sedih itu boleh ditutup oleh ekpresi muka namun akan dapat dirasai oleh orang yang terdekat. Perasaan sedih itu adalah perasaan yang menunjukkan rasa kehilangan dan tidak berguna. Perasaan ini adalah perantaraan kepada perasaan tertekan,di mana akan menjadikan seseorang itu menjadi pendiam, kurang bertenaga, tidak mahu makan atau minum dan suka menyendiri. Sebagai contoh, seorang isteri yang telah kehilangan suaminya pasti akan merasa sedih kerana hilang tempat bergantung, dan ini akan mendorong isteri tersebut tidak menjamah sebarang makanan dan hidup dalam keadaan yang kurang semangat.Antara tanda tanda sedih yang dapat dikenalpasti iaitu melalui kepala yang tunduk, badan yang lemah, bibir yang terjuh, serta pergerakan yang lemah serta perlahan.
Emosi negatif yang ke empat adalah marah. Marah ialah respons fisiologi terhadap kesakitan, penderitaan, tekanan dan juga ancaman. Sebagai contoh , jika seorang pelajar perubatan mengalami tekanan terhadap keadaan persekitaran yang di sumbang melalui pembelajaran, sosial dan sebagainya, ini akan menyebabkan perasaan marah lebih senang terekspresi di wajah seseorang itu. Ancaman yang dimaksudkan adalah lebih kepada konflik fizikal, ketidak adilan, ditinggalkan, dicemuh, serta pengkhianatan oleh orang sekeliling kepada kita. Ini akan meningkatkan dam mempercepatkan lagi respons fisiologi dan menjadikan marah sebagai medium mengekspresikannya. Namun, marah dapat diekspresikan kepada dua kategori iaitu pasif dan aktif.kategori pasif merupakan ekpresi yang lebih kepada mimik muka , sama ada silent sulking,passive-hostility behaviour dan sebagainya.manakala bagi kategori aktif, marah dapat dilihat dengan perlakuan yang tanpa diluar dugaan iaitu mengetuk meja, memukul orang dan sebagainya.
Menurut nota kuliah Dr,Zamri, terdapat cara cara untuk mengawal kemarahan iaitu :
· Langkah 1- Mengakui hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah.
· Langkah 2- Menilai samada situasi ini sesuai untuk anda meluahkan kemarahan atau tidak.
- Langkah 3- Sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, nilaikan adakah anda perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung.
- Langkah 4- Setelah anda bertindak, imbas kembali apa yang telah anda alami dan tindakan anda untuk tujuan membaiki diri.
InsyaALLAH dengan .mengikut langkah langkah ini, kita dapat mengawal marah yang sedang mendaki naik.
Bahagian kedua kuliah menceritakan tentang Teori Aras Adaptasi.
Untuk kuliah minggu ini , saya banyak belajar mengenai perkara perkara baru dan semoga saya dapat mengakplikasikan ilmu yang bermanfaat ini. Sekian , terima kasih.
A131930 Yuhana Binti Miftah LJ03- Adaptasi Negatif Solomon
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi dipanjankan umur oleh-Nya dan diberi peluang untuk menyiapkan jurnal saya yang ketiga bagi semester ini. Kuliah keempat yang diadakan pada 10 Julai 2011 merupakan kuliah yang ringkas, dimulakan dengan tayangan video berkisarkan tentang seorang ibu.Video ini merupakan sebuah adaptasi dari lagu 'Baby' nyanyian Justin Bieber di mana lirik dan nyanyiannya dialihkan kedalam bahasa melayu. Walaupun rentaknya yang agak rancak, namun video ini seolah-olah mengajak kita untuk menghargai dan mengenang jasa ibu kita yang selama ini bersusah-payah menjaga dan membesarkan kita dengan penuh kasih-sayang tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kami, tidak kira bangsa melayu, cina mahupun india, sama-sama berasa terpanggil untuk lebih menghormati ibu masing-masing selama peluang masih ada agar tidak menyesal di kemudian hari. Sebelum kuliah di tamatkan, seperti minggu lepas, Dr. Zamri telah mengadakan sesi kuiz yang meliputi tajuk-tajuk kuliah yang diajar pada minggu sebelumnya iaitu teori plutchik dan juga teori tomkin. Soalan-soalannya agak menarik. Saya dan tiga orang rakan yang lain, sebagai satu kumpulan berjaya menjawab 18 daripada 19 soalan dengan betul
Kuliah keempat yang telah disampaikan oleh Dr Zamri meliputi 3 tajuk utama; emosi negatif, teori asas adaptasi dan juga teori Solomon. Oleh itu, untuk jurnal kali ini, secara ringkasnya saya akan merangkan tentang ketiga-tiga tajuk tersebut.
Emosi Negatif
Melalui perkataan negatif, kita tahu bahawa emosi negatif adalah sesuatu yang tidak baik kerana ianya menjadi penghalang untuk kita mencapai dan menikmati kebahagiaan.
Emosi negatif dapat dibahagikan kepada empat komponen utama iaitu:
a) Takut
Takut merupakan satu respon kepada situasi bahaya yang berkaitan dengan kebimbangan. Perasaan takut juga merupakan reaksi badan yang bertujuan untuk menyelamatkan diri apabila berada ataupun menghadapi situasi merbahaya. Contoh ingin mengambil rasa takut kepada kucing sebagai contoh. Kadang-kadang saya rasa hairan dan pelik, kenapa orang boleh ada rasa takut pada kucing. Seperti yang kita biasa lihat, kucing adalah sejenis haiwan yang manja dan senang di dekati. Namun kita juga perlu ingat, bahawa setiap yang bernyawa pasti mempunyai cara untuk memyelamatkan dan melindungi diri dari situasi merbahaya. Kucing akan mencakar dan menggigit sekiranya mereka berasa terancam. Pastinya mereka yang takut dengan kucing mempunyai sejarah hitam berkaitan dengan kucing. Kadang-kadang ada yang sampai berlari sambil menjerit hanya kerana takutkan seekor kucing. Dalam keadaan takut juga, badan kita akan merembeskan satu hormone iaitu adrenalin yang bertujuan untuk 'fight-flight respon'.
b) Marah
Perasaan marah ialah satu emosi psikofisiologi terhadap kesakitan, kesusahan ataupun stress dan ancaman. Perasaan marah boleh dieksperesikan dalam dua cara iaitu:
i) Aktif
Ini merupakan cara seseorang yang dalam keadaan marah untuk menunjukkan perasaan marah mereka secara verbal dengan memarahi orang yang menimbulkan kemarahan mereka. Kebiasaannya, mereka yang berada dalam keadaan marah tidak dapat mengawal emosi dengan rasional dimana mereka cenderung untuk bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata yang akhirnya akan menimbulkan pergaduhan. Situasi ini dapat kita lihat semasa perlawanan bola berlansung di stadium. Penyokong salah satu pasukan yang berlawan kebiasaannya akan mengejek pasukan lawan yang lain. Hal ini sudah tentu menimbulkan kemarahan penyokong pasukan yang diejek tersebut, menyebabkan mereka bertindak ganas seperti membaling botol air dan membakar stadium.
ii) Pasif
Manakala perasaan marah pasif pula dikatogorikan sebagai perasaan marah yang dipendamkan. Perasaan marah boleh timbul apabila kita diberi layanan yang tidak adil, kawan-kawan yang mungkir janji dan sebagainya. Mereka mungkin tidak akan melepaskan marah pada orang yang menimbulkan kemarahan, sebaliknya orang sekeliling terutamanya mereka yang rapat akan menerima tempiasnya.
Menurut agama Islam, perasaan marah merupakan kelemahan. Oelh itu, bila menghadapi situasi yang menyebabkan anda marah, langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan:
Langkah 1- Mengakui hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah.
Langkah 2- Menilai samada situasi ini sesuai untuk anda meluahkan kemarahan atau tidak.
Langkah 3- Sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut nilaikan adakah anda perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung.
Langkah 4- Setelah anda bertindak, imbas kembali apa yang telah anda alami dan tindakan anda untuk tujuan membaiki diri.
Langkah-langkah ini dapat membantu kita untuk mengatasi perasaan dan dapat membuat keputusan yang lebih rasional selepas perasaan merah kita sudah reda.
c) Malu
Malu merupakan perasaan segan dan tidak selesa semasa dalam pergaulan sosial ataupun perbuatan yang tidak senonoh dilihat oleh orang lain. Perasaan malu juga turut disebabkan oleh kehilangan penghormatan dan maruah seseorang. Namun begitu, tahap perasaan malu bergantung kepada situasi. Perasaan malu dapat dikatogori kepada dua iaitu:
i) Personal Embarassment
Malu yang berkaitan dengan perbuatan diri sendiri. Contohnya apabila seorang pelajar gagal untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya, sudah tentu pelajar tersebut akan dirotan dan didenda untuk berjalan itik sepanjang koridor kelas.
ii) Professional Embarassement
Malu yang berkaian dengan profesional seseorang. Contohnya seperti pekerja yang suka mengelapkan duit syarikat, tidak dapat menjalankan amanah dengan sempurna apabila rahsianya telah dibocorkan.
d) Sedih
Perasaan sedih merupakan reaksi sesesorang apabila menghadapi kerugian dan kehilangan. Kesedihan yang melampau boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kemurungan ataupun sejenis penyakit yang dipanggil 'depression'. Pada tahap ini, mereka yang mengalami 'depression' memerlukan bantuan professional untuk meneruskan kehidupannya secara normal kerana mereka seolah-oleh kehilangan halatuju dan matlamat hidup. Kebiasaanya, orang yang sedang bersedih akan kurang bercakap, kelihatan tidak bertenaga dan mengasingkan diri sendiri daripada orang lain. Disini saya ingin memetik kata-kata dari sebuah buku motivasi yang memujuk kita supaya jangan dan berhenti bersedih
"Wahai masa depan, engkau masih dalam kegaiban. Maka, aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, karena esok hari mungkin tak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan."
Kita beralih pula kepada tajuk kuliah yang kedua iaitu teori asas adaptasi. Teori ini mererangkan bagaimana kita akan bertindak-balas terhadap sesuatu ransangan teutamanya ransangan yang baru. Tahap adaptasi kita adalah neutral. Contohnya jika kita dengar sesuatu bunyi yang tidak begitu kuat dan tidak begitu perlahan, maka kita akan beradaptasi terhapi bunyi tersebut. Jika bunyi tersebut bertambah kuat, maka ransangan kita juga akan bertambah.
Tajuk terakhir yang dipelajari ialah teori proses berlawanan Solomon. Teori ini mengatakan bahawa setiap emosi yang ada akan menerbitkan satu emosi berlawanan. Tetapi ianya tidak datang serentak. Jika kita sedang mengalami salah satu emosi yang berpasangan tersebut, maka emosi yang satu lagi akan tenggelam. Sebagai contoh, pada mulanya kita diarahkan untuk menulis jurnal hampir semua orang mengeluh tidak puas hati kerana terlalu banyak perkataan yang harus ditulis. Namun setelah 3 penulisan jurnal berlalu, menulis jurnal seolah-olah menjadi kebiasaan disamping membantu mengaktifkan neuron-neuron kita supaya berkerja dengan lebih cekap untuk mengarang ayat bagi menghasilkan jurnal yang baik.
Sekian.