Sunday, August 21, 2011
A131405 KAMARUL HATEM LJ04:MOTIVASI KITA
LJo4: emosiku motivasiku!! (A131587:AHMAD FAKHZAN ALIAS)
Menerusi teori FKP, Teori yang pertama yang menyatakan persetujuan mereka diatas ialah Teori Fisiologikal. Teori Fisiologikal ini dapat pula kita bahagikan kepada beberapa teori kecik iaitu James Lang Theory@JLT(teori james lang), Cannon Bard Theory@CBT(teori cannon bard) dan Psychobiological Theory(teori psikobiologikal). Di dalam teori fisiologikal ini telah menyatakan bahawa emosi ini secara primarinya adalah hasil produk daripada otak dan tindak balas system saraf, yang bertindak balas terhadap sesuatu stimuli atau ransangan. Setakat ini sahaja, sambungan kupasan teori FKP akan dsambung dalam kuliah seterusnya.
LO4 LEONG XIE YAO A131503
Learning journal 04
Pada hari rabu yang lepas(17 OGOS
2011),kami telah menghadiri kuliah yang bertajuk emosi, sikap dan
motivasi.
Daripada apa yang dapat kita perhati,
sebenarnya emosi adalah lahir daripada sesuatu activator atau
stimulus. Apabila kita ternampak seekor harimau, emosi yang lahir
adalah takut. Untuk mengaitkan kuliah yang pertama iaitu emosi
merupakan perasaan tetapi perasaan bukan emosi. Ini kerana emosi
mempunyai empat komponen, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan
fisiologi dan tingkah laku yang berkaitan. Oleh itu, ketakutan akan
membawa kepada proses pentafsiran seperti adakah harimau tersebut
membahayakan hati kita akan bermula untuk berdengup dengan kencng dan
kita akan cuba untuk melarikan diri. Kita jelas bahawa emosi akan
menjadi pendorong kerana emosi mempunyai pengaruhnya terhadap
aktiviti harian kita. Kita akan menggunakan perkataan yang tidak baik
sekiranya kita berasa marah terhadap seseorang itu. Sepertimana
pasangan yang sedang berada dalam keadaan manis dan cinta akan
mempunyai motivasi untuk menemani satu sama lain walaupun dalam apa
jua benda yang mereka lakukan. Akan tetapi bukan setiap emosi akan
menjadi pendorong kerana perasaan mengantuk akan menjadi satu
motivasi kepada kita untuk membaling di atas katil. Matter yang baru
dalam kuliah tersebut adalah bagaimana empat komponen emosi tersebut
muncul dalam susunan yang terlebih dahulu daripada yang lain.Secara
umumnya, kita akan merasai sesuatu perasaan terlebih dahulu dengan
menggunakan contoh yang terdapat dalam barisan yang atas. Kita akan
berasa takut apabila ternampak harimau dan perasaan takut menyebabkan
perubahan fisiologi seperti degupan jantung yang lebih kencang dan
selepas barulah minda kita akan mula mentafsir perasaan takut
tersebut dan perubahan fisiologi yang berlaku. Pada pendapat saya,
sebagai seorang pelajar perubatan, saya akan lebih cenderung kepada
idea bahawa emosi sebenarnya dipengaruhi oleh aktiviti hormon dalam
badan manusia manakala tafsiran terhadap stimulus merupakan aktiviti
otak dan teori perubatan membuktikan bahawa hormon yang akan
menyebabkan emosi tersebut untuk muncul sebenarnya mengambil masa
yang lebih panjang untuk menunjukkan kesannya. Oleh itu, sepertimana
yang diceritakan oleh james-lange teori iaitu emosi akan mambawa
kepada physiolocal arousal dan perubahan tingkah laku terlebih dahulu
sebelum kesan hormon mula untuk dimanifestasikan melalui emosi yang
dialami. Cannon's challenge menceritakan bahawa physiological arousal
dan conscious emotion berlaku secara serentak manakala two-factor
teori adalah yang lebih inclusif disebabkan oleh aktiviti minda yang
turut akan mengenal pasti bahawa perubahan fisiologi tersebut adalah
disebabkan oleh emosi dan ini akan membawa kepada kelahiran emosi
yang jelas dialami. Pada pendapat saya, budaya seseorang akan
mempengaruhi emosi kerana ketidaksamaan budaya akan memberi kesan
terhadap stimulus yang akan membawa kepada emosi. Sebagai contoh,
orang Malaysia akan berasa malu apabila dicium pada muka sebagai satu
cara untuk bersalam tetapi orang Arab dan mat salleh tidak akan
berasa malu kerana ini merupakan budaya mereka. Sebagai lanjutan
daripada kuliah yang pertama yang terdapat dalam kuliah ini, emosi
sebenarnya merupakan satu mekanisme adaptasi badan manusia terhadap
stimulus atau perubahan yang berlaku di sekeliling. Ini adalah sangat
penting kerana apabila seseorang tidak memberi perhatian kepada
ekspresi emosi dan pengalaman emosi. Menggunakan kes yang berlaku di
sekeliling kita, kita dapat lihat bahawa sekiranya seseorang itu suka
memendamkan perasaan mereka, akhirnya ini akan menyebabkan
ketidakseimbangan emosi dan seterusnya menyebabkan mekanisme adaptasi
manusia tidak berfungsi. Apa yang terjadi ialah orang tersebut akan
mengalami apa yang digelar 'mental breakdown' dan stimulus yang
sedikit akan membangkitkan perasaan seseorang itu dan mengakibatkan
ketidakstabilan emosi. Selain itu, emosi membantu kita untuk menilai
keadaan seseorang itu dan melalui penilaian tersebut berkomunikasi
dengan lebih efektif. Ini merupakan satu bidang ilmu yang wajar kita
dalami kerana pada masa kini, kita dapat melihat peningkatan dalam
kes bunuh diri. Ini adalah kerana orang sekeliling tidak dapat
mengesan ketidakstabilan emosi si bunuh diri dan tidak dapat
menghentikan perbuatan si mati untuk membunuh diri.
Untuk mendalami idea motivasi,
motivasi bermaksud kecenderungan untuk melakukan sesuatu perbuatan
daripada satu perbuatan lain yang berbeza. Motivasi merupakan
gabungan drive dan incentive di mana motivasi merupakan faktor
dalaman dan luaran yang menyebabkan kita mengambil sesuatu tindakan.
Drive atau dorongan cuma adalah faktor dalaman yang mendorong kita
untuk bertindak manakala incentif adalah faktor luaran, contohnya
keputusan yang baik yang akan memberi kesan terhadap dorongan dalaman
tersebut dan seterusnya memberi motivasi kepada pelajar tersebut
untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Motivasi, seperti emosi
adalah dilahir secara semula jadi dan kemungkinan berada dalam
genetik seseorang itu. Kaitan antara drive dan homeostasis atau
keperluan tisu badan adalah kerana keperluan tisu badan akan
mencetuskan mekanisme hormon dalam badan seperti yang digambarkan
dalam perenggan di atas dan ini akan menyebabkan kemunculan emosi dan
seterusnya mendorong seseorang individu untuk melakukan sesuatu.
Mengikut teori, instinct seseorang adalah diwarisi dan tidak boleh
dibelajari. Menggunakan contoh yang mudah, kita dapat lihat bahawa
wanita mempunyai instinct yang lebih tinggi terhadap lelaki tetapi
perempuan yang pernah dicederai atau dicabuli oleh suaminya akan
mempunyai instinct yang lebih tinggi terutamanya apabila seseorang
lelaki ingin melakukan perbuatan yang tidak senonoh terhadapnya
seperti menyentuh bahagian sensitif wanita tersebut. Perempuan yang
mempunyai instinct yang tinggi tersebut akan bertindak secara lebih
cepat dan berupaya untuk bertindak untuk menyelamatkan diri.Bahagian
yang terakhir bagi kuliah tersebut adalah teori pembangkitan atau
arousal theory dan teori kemanusiaan atau humanistic theory. Teori
arousal dibincangkan kerana manusia mempunyai motivasi untuk
mengekalkan tahap arousal atau tahap kesedaran individu. Ini adalah
kerana kita memerlukan tahap kesedaran yang tertentu untuk mempunyai
satu tahap rasa ingin tahu terhadap kawasan sekeliling dan ini
membolehkan kita untuk mengenal pasti apa yang terjadi dan berupaya
untuk bertindak untuk melindungi diri sendiri. Humanistic thery
menceritakan tahap motivasi mengikut keperluan manusia. Mengikut
teori tersebut, hieraki yang paling bawah dalam keperluan manusia
adalah keperluan yang lebih basic seperti makanan, pakaian dan tempat
berteduh. Hieraki yang seterusnya adalah dari segi psikologi seperti
perasaan sayang, kasih daripada kawan dan sebagainya. Hieraki yang
paling atas sekali adalah memenuhi tujuan kehidupan sendiri, iaitu
tujuan kita meneruskan kehidupan dan tujuan hati kita masih
berdengup. Ramai manusia mendapat kepuasan tersebut melalui
perkerjaan, seperti seorang doktor yang sentiasa mencuba sedaya upaya
mereka untuk menyelamatkan nyawa seorang pesakit yang berada dalam
keadaan nyawa-nyawa ikan. Walaubagaimanapun, keadaan kesedaran diri
tidak akan berlaku sekiranya pekerjaan tersebut tidak memberi
kepuasan kepada seseorang. Contohnya, ramai doktor yang berhenti
menceburi bidang perubatan berpendapat bahawa mereka tidak dapat
mencapai objektif kehidupan mereka kerana mereaka tidak dapat
menyelamatkan seseorang pesakit yang berada dalam ambang kemautan dan
apa yang mereka boleh buat cuma adalah melanjutkan nyawa pesakit
tersebut untuk beberapa hari mahupun beberapa jam. Oleh itu,
sesetengah doktor yang pernah mencuba bidang penulisan moden
terutamanya buku yang bertajuk motivasi telah menukar kepada bidang
penulisan. Contoh adalah seorang doktor Taiwan yang merupakan pakar
bius dan pasukan perubatan bagi president Taiwan. Oleh itu, orang
yang mempunyai kesedaran diri akan mempunyai sikap-sikap seperti
mudah menerima keadaan diri dan orang lain yang seadanya dan mereka
juga dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan. Mereka tidak
akan dipengaruhi oleh khabar angin orang lain kerana mereka jelas
terhadap keupayaan mereka diri sendiri. Apa yang dapat memberi
kesedaran diri adalah event-event yang menyebabkan mereka untuk
mencermin diri sendiri. Mereka juga dapat menikmati kehidupan
seharian kerana mereka sudah dapat menerima apa jua yang berlaku
kepada mereka kerana mereka sudah dapat melalui keperitan hidup dan
tidak ada apa yang dapat memudaratkan kehidupan mereka lagi.
Kuliah kali ini merupakan tajuk
kegemaran saya kerana ia berkisah tentang tujuan kehidupan manusia
yang wajar kita selami supaya kegembiraan yang berpanjangan dapat
kita perolehi.
A131552 Tan Su Fang To Do or Not To Do, that is the Question.
Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Ini merupakan jurnal ke- empat saya tulis untuk kursus ZT2253 Pengurusan Emosi dalam semester ini. Pada 17- 8- 2011 saya telah mengikuti kuliah yang telah diberikan oleh Dr Zamri yang meliputi 2 tajuk yang penting iaitu Emosi dan Motivasi serta Teori-Teori Fisiologikal, Kognitif dan Psikoanalitik. Sebelum kuliah dimulakan, Dr Zamri telah memberi sedikit taklimat tentang tugasan 2 kursus ini yang berkaitan dengan kertas kerja. Dalam tugasan ini, semua pelajar perubatan telah dibahagikan mengikut kumpulan PBL, satu kumpulan PBL mempunyai sepuluh atau sebelas ahli. Pada asalnya, Dr. Zamri men.cadangkan agar empat atau lima orang berada dalam satu kumpulan supaya setiap pelajar dapat menyumbang dalam tugasan ini dan tidak ada orang yang curi tulang. Tetapi, Dr. Zamri berpuas hati terhadap tugasan satu kami iaitu penulisan jurnal setiap minggu ini, oleh itu, beliau memberi kelonggaran iaitu membenarkan sepuluh pelajar dalam satu kumpulan. Kami berasa sangat gembira kerana boleh melaksanakan tugasan ini dalam kumpulan PBL kami dan kami tidak perlu susah payah untuk memcari ahli kumpulan.
Sebelum kulian kami bermula, seperti biasa, Dr. Zamri letak menunjukkan kami dengan sebuah video yang menarik. Video tersebut menceritakan tentang seseorang pelajar miskin yang bersusah payah demi mencapai impiannya. Dalam video tersebut Halim Yazid iaitu pencipta lagu tersebut menceritakan tentang pengalaman hidupnya yang amat sedih pada satu ketika dulu. Namun berkat ketabahan dan kecekalan beliau, beliau bejaya mendapat segulung ijazah dan berjaya mendapat jawatan sebagai pensyarah di sebuah universiti terkemuka iaitu Universiti Malaya. Itulah contoh terbaik yang patut dibelajari dalam diri setiap pelajar. Saya yakin bukan setiap pelajar perubatan dalam UKM datang dari keluarga yang kaya. Keluarga saya juga mempunyai pendapatan yang tidak banyak dan kadang kala pendapatan ayah tidak cukup untuk menanggung keperluan keluarga saya. Oleh itu, semasa belajar di sekolah menengah, saya tidak membeli banyak buku rujukan seperti kawan- kawan saya dan saya selalu pergi pusat sumber untuk mendapat ilmu yang patut saya belajar. Saya juga belajar untuk menjadi berjimat dan tidak membeli barang kemewahan. Saya rasa ini juga merupakan satu latihan kepada diri saya supaya tidak boros dan dapat menjadi seorang individu yang berdisiplin. Saya akan menjadikan pensyarah tersebut sebagai contoh dalam kehidupan saya supaya saya boleh menjadi orang yang berjaya seperti beliau.
Selepas ini, Dr. Zamri telah memberi menerangkan tentang tajuk Emosi dan Motivasi. Emosi ditakrifkan sebagai nada yang berkesan. Emosi boleh dikategorikan sebagai positif, negatif mahupun neutral. Motivasi pula umumnya dianggap sebagai kajian dari segi aspek tenaga dan arah sesebuah tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu. Bagi saya, motivasi merupakan salah satu faktor utama yang mendorong kita untuk melakukan sesuatu sama ada untuk keperluan kita seperti makan, minum dan mandi atau untuk sesuatu yang kita hajati seperti belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat peluang untuk masuk kursus ijazah perubatan UKM. Melalui sebuah artikel yang saya baca, terdapat tujuh peraturan untuk motivasi. Saya akan berkongsikan maklumat tersebut dalam jurnal ini:
Seven Rules of Motivation
1. Set a major goal, but follow a path. The path has mini goals that go in many directions. When you learn to succeed at mini goals, you will be motivated to challenge grand goals. |
| ||
2. Finish what you start. A half finished project is of no use to anyone. Quitting is a habit. Develop the habit of finishing self-motivated projects. | |||
3. Socialize with others of similar interest. Mutual support is motivating. We will develop the attitudes of our five best friends. If they are losers, we will be a loser. If they are winners, we will be a winner. To be a cowboy we must associate with cowboys. |
| ||
4. Learn how to learn. Dependency on others for knowledge supports the habit of procrastination. Man has the ability to learn without instructors. In fact, when we learn the art of self-education we will find, if not create, opportunity to find success beyond our wildest dreams. | |||
5. Harmonize natural talent with interest that motivates. Natural talent creates motivation, motivation creates persistence and persistence gets the job done. |
| ||
6. Increase knowledge of subjects that inspires. The more we know about a subject, the more we want to learn about it. A self-propelled upward spiral develops. | |||
7. Take risk. Failure and bouncing back are elements of motivation. Failure is a learning tool. No one has ever succeeded at anything worthwhile without a string of failures. |
| ||
Saya berpendapat bahawa kalau kita mengikut peraturan- peraturan tersebut dalam kehidupan kita, kita akan menjadi seorang yang berdisiplin dan mempunyai peluang yang tinggi akan berjaya mencapai sasaran hidup. Oleh itu, saya berharap saya dan rakan- rakan sekalian boleh mendapat kebaikan daripada artikel tersebut.
Seperti yang kita ketahui, emosi mempunyai empat komponen yang mengakibatkan seseorang itu menghasilkan sesebuah emosi iaitu perasaan individu tersebut, proses kognitif, perubahan fisiologi dan juga tingkah laku yang berkaitan. Komponen-komponen ini boleh didapati dalam situasi dimana seseorang itu berada dalam situasi yang bahaya. Dia akan berasa takut, dan cuba untuk memikirkan cara untuk melarikan diri daripada situasi tersebut. Semasa situasi tersebut berlaku diri seseorang itu akan bernafas dengan lebih laju dan jantungnya berdebar-debar untuk memberi lebih banyak oksigen dan nutrient kepada otak supaya otak boleh berfungsi dengan lebih efisien. Akhirnya, setelah berfikir dengan teliti, dia akan mengambil keputusan untuk menjerit dan melarikan diri atau membuat sesuatu bagi menyelamatkan diri daripada situasi tersebut. Tetapi, emosi bukan sahaja membantu kita menyelamatkan diri semasa berada dalam keadaan bahaya, ia juga memberi motivasi kepada kita supaya kita dapat buat apa yang harus kita buat. Baron dan Logan mengatakan bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dengan motivasi.
Menurut ajaran Dr. Zamri, terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan emosi, iaitu
James-Lange Theory, Cannon-Bard Theory, dan Schachter-Singer Theory. Pertama sekali, teori emosi James- Lange menyatakan bahawa sesuatu keadaan akan menyebabkan reaksi fisiologi dulu dan otak kami akan menganalisis situasi ini. Sebaik selepas analisis terhadap reaksi kita baru boleh dapat mengalami emosi. Kalau reaksi ini tidak memberi apa- apa fikiran, malah kita tidak akan mendapat apa- apa emosi melalui kejadian tersebut.
Menurut teori Cannon- Bard, kita mengalami reaksi fisiologik dan emosi pada masa yang sama, tetapu tidak berkaitan dengan peranan yang dimainkan oleh fikiran dan kelakuan. Sebagai contoh, seseorang individu sedang jalan melalui sebatang lorong yang sunyi, tiba- tiba dia terdengar ada bunyi tapak kaki di belakang dia. Dia akan mula untuk mengecut, jantung akan mula berdebar- debar, dan bernafas dengan lebih mendalam. Pada masa yang sama yang semua reaksi fisiologik berlaku, seseorang itu tentu mempunyai emosi ketakutan.
Teori Schachter-Singer menyatakan bahawa sesuatu kejadian mengakibatkan reaksi fisiologik dulu. Seseorang itu mesti menjelaskan sebab kejadian ini baru dia boleh mendapat dan melabelkan emosi itu. , seseorang individu sedang jalan melalui sebatang lorong yang sunyi, tiba- tiba dia terdengar ada bunyi tapak kaki di belakang dia. Dia akan mula untuk mengecut, jantung akan mula berdebar- debar, dan bernafas dengan lebih mendalam. Selepas mendapati reaksi ini individu itu telah mengetahui bahawa reaksi ini datang daripada keadaan di lorong sunyi itu. Sikap ini membawa risiko malah individu itu berasa takut.
Akhir kata, kita mesti mempunyai motivasi dalam kehidupan kita supaya kita dapat mencapai sasaran yang kita hendak capai. Semoga berjaya.