Monday, September 5, 2011

Fw: zt




A131248
MOHAMAD NORAZRIN BIN MOHD ABAS
personality!
 
              
  
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada 24 August 2011, saya telah mehadirkan diri ke kuliah kursus Pengurusan Emosi yang keenam dan kali ini  merupakan kali kelima saya menulis jurnal Pengurusan Emosi dan juga yang terakhir. Pada hari rabu yang lepas, Dr. Zamri telah memberi  tiga tugasan untuk disampaikan di dalam jurnal pembelajaran yang kelima ini. Kami dikehendaki membuat beberapa aktiviti separti membaca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory, menjawab soal selidik MBTI, menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan menbincangkan personaliti masing-masing. Di samping itu, di permulaan kuliah Doktor Zamri telah menayangkan sebuah klip video .ini ialah tugasan yang diberikan pleh dr.zamri,
 tugasan 1 : baca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory. Dengar dan tonton klip video pertama  dan kaitkan dengan teori tersebut. 
Tugasan 2: jawab soalselidik MBTI. Kemudian bincang personaliti yang diperolehi waktu soalselidik MBTI dalam jurnal kelima. 
tugasan  3: jawab soalselidik Teori Besar 5, bincangkan personaliti yang  diperolehi dalam jurnal kelima.
 
Video yang ditayang oleh Doktor Zamri pada kuliah tersebut menerangkan bahawa kita perlu sentiasa berfikiran optimis kepada perkara yang berlaku kepada masyarakat dan alam sekitaar kita. contohnya segala kesusahan dan dugaan yang kita hadapi sepanjang di dunia ini.. Video ini mengisahkan mengenai kemurungan dan kesedihan watak utama dalam bagaimana dia melawan melawan kemurungan. Semakin hari dia membesar, corak pemikiran dia turut juga berubah. Semasa waktu kecil, dia mempercayai bahawa rakannya tidak akan mengkhianati tidak kira dalam pelbagai keadaan, tetapi apabila dia semakin membesar, dia menyedari bahawa keadaan begini telah berubah. Dia juga mempercayai bahawa  harapan sentiasa ada dalam apa jua keadaan semasa waktu kecil, tetapi, dia menyedari bahawa bukan segala benda ada penyelesaiannya. Kenyataan sekarang telah berlawanan dengan apa yang gaya pemikiran dia semasa zaman kanak-kanak dan dia berada dalam keadaan keseorangan dan kemurungan. namun dia berfikiran positif dan optimistic. Contohnya, setelah rakan mengkhianatinya diacuba untuk mencari rakan baru. walaupun dia mengetahui bahawa pengemis telah menipunya, dia tetap mendermakan duit dan dia mencari jalan penyelesaian sehingga dapat untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Hal ini demikian kerana dia masih mempercayai bahawa harapan sentiasa ada kepada orang yang sentiasa bersiap sedia mengharungi kehidupan seharian. Video telah mengajar saya cara untuk mengharungi kehidupan seharian. Malah ia mengajar saya supaya sentiasa berfikiran positif atau optimis dalam apa jua dugaan
Di samping  itu, kami telah ditayangkan dengan klip video kedua yang berkisah tentang 'Personality Types'. Video tersebut menyatakan bahawa setiap individu memiliki personaliti yang pelbagai ragam. Melalui video tersebut, saya telah mempelajari dua jenis personaliti iaitu personaliti A dan juga personaliti B. Saya mengetahui bahawa orang yang mempunyai personality jenis A tidak suka membuang masa dan sentiasa tergesa-gesa dalam melakukan segala perkara dalam kehidupan mereka. Mereka akan melaksanakan segala aktiviti harian mereka secara tanpa membuang masa. Namun, pada pendapat saya, saya berasa bahawa orang yang mempunyai jenis personaliti A adalah orang yang kurang sabar dan sentiasa mengejar masa dalam kehidupan mereka. Kehidupan yang sedemikian akan mendatangkan banyak masalah secara tidak langsung. Hal ini adalah kerana mereka yang sentiasa sibuk untuk melaksanakan tugasan mereka dan akan mengabaikan kesihatan mereka. Keadaan tersebut akan menyebabkan banyak masalah kesihatan badan mereka. Selain daripada kesihatan, mereka juga akan menyumbang masalah tekanan dan itulah akan menjejaskan pemikiran mereka. Individu yang mempunyai personaliti jenis B adalah bertentangan dengan personaliti yang telah dibincangkan sebelum ini. Orang yang mempunyai personaliti B sentiasa membuat sesuatu dengan perlahan dan tidak mengejar masa. Mereka lebih bersikap santai dan sabar menunggu. Berdasarkan sifat-sifat yang dinyatakan atas, saya mempunyai personality jenis B. Saya selalunya bersikap sabar ketika menhghadapi masalah dan tidak memikirkan penyelesaianya dengan dengan terburu-buru. Saya lebih bersikap santai dalam menjalani kehidupan seharian kerana saya terfikir bahawa kehidupan harus dijalankan secara tenang bukan sahaja demi kesihatan diri malah untuk member kita peluang menghayati kehidupan di dunia ini. Pada pendapat saya juga perbuatan mengejar masa hanya akan membuatkan kita cenderung mengabaikan keluarga dan rakan-rakan kita.
 
          Kategori seterusnya dalam Myers-Briggs Type Indicator ialah ( T or F ). T ialah jenis individu yang akan menggunakan logic akal dan sebab musabab untuk selesaikan masalah. Manakala F ialah individu yang akan bergantung kepada nilai peribadi dan emosi dalam menyelesaikan masalah. Untuk kategori ini aku ialah golongan f kerana selalunya aku selalu membuat keputusan berdasarkan emosi ketika itu . Untuk kategori yang terakhir iaitu judging or perceiving (J or P), J ialah individu yang suka mengawal dan suka sesuatu berada dalam keadaan yang tersusun dan berstruktur manakala P pula jenis individu yang fleksibal dan melakukan kerja sesuatu kerja secara spontan. Untuk ini aku berada dalam kumpulan P kerana dengan ini aku dapat melakukan kerja secara tenang dan hasilnya lebih member kepuasan kepada aku. Aku dapat mengurangkan tekanan ketika membuat kerja terbabit.
     Seterusnya perkara yang aku rasa menarik untuk aku huraikan ialah The Big-Five Model ( 5 model utama) iaitu:
·        Extroversion    - tahap keselesaan seseorang terhadap sesuatu hubungan
·        Agreeableness     - refers to an individual's propensity to defer to others 
·        Conscientiousness     - mengukur tahap kepercayaan
·        Emotional Stability     - tahap kebolehan seseorang untuk menahan tekanan terhadap mereka    
·        Openness to Experience     - addresses an individual's range of interests and fascination with novelty
       Berdasarkan model ini, soalan telah dibagikan kepada lima bahagian di mana bagi setiap bahagian soalan telah dipecahkan lagi kepada soalan yang lebih kecil. Setiap mereka yang mengambil ujian ini hendaklah memberikan markah kepada soalan yang dijawab contohnya
    0 = tidak setuju atau tidak pasti
    1 = Setuju sedikit
    2 = Sederhana setuju
    3 = Sangat setuju
      Akhir sekali kita akan mengira jumlah markah yang terkumpul untuk mengetahui apa jenis personaliti kita semua.
 
Kesimpulanya,mengetahui personality sangat penting bagi setiap individu kerana ia akan membantu kita untuk mengenali diri kita sendiri dengan lebih mendalam.Malahan , ia akan membantu dan memudahkan kita menjalani kehidupan seharian.sekian,terima kasih dan selamat hari raya.
   
 
 
 
      
 


A131652 Nurul Afiqah Binti Mohd Hatim LJ05 Personalitiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
                Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi di dalam penulisan jurnal pengurusan emosi ini. Diam tak diam ini merupakan penulisan jurnal terakhir saya di dalam kursus ini. Pada hari Rabu bersamaan dengan 24 Ogos 2011 yang lepas, saya telah menghadiri kuliah yang ke 5 untuk kursus ini. Kuliah pada kali ini berkaitan dengan emosi dan personaliti seseorang. Kuliah pada kali ini tidak sama seperti kuliah sebelum-sebelumnya kerana kuliah pada hari ini bukanlah berdasarkan kepada nota kuliah seperti kebiasaannya.
                Kuliah pada hari ini adalah berdasarkan kepada 3 tugasan yang perlu kami lakukan sepanjang kuliah.  Tugasan yang pertam ialah kami perlu membaca nota kuliah tentang Teori Psikoanalitic. Kemudian kami perlu mendengar dan menonton klip video pertama yang ditayangkan. Kami dikehendaki untuk mengaitkan apa yang ada dalam video tersebut dengan teori yang telah dibaca. Tugasan yang kedua pula, kami perlu menjawab soal selidik MBTI di mana di akhir ujian tersebut, saya dapat mengetahui kategori personaliti saya dan perlu dibincangkan di dalam jurnal. Tugasan yang ketiga pula, kami perlu menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan bincangkan personaliti yang saya perolehi.
                Berkaitan dengan tugasan yang pertama, pada jam 2 petang DR telah menayangkan satu video yang bertajuk "Childhood Experience". Tayangan video ini mengisahkan tentang pengalaman hidup seseorang pada zaman kanak-kanak yang mempunyai pemikiran yang berbeza sewaktu kanak-kanak dengan pemikirannya apabila menginjak dewasa. Sewaktu zaman kanak-kanak, beliau berasa penat untuk menjadi seorang yang baik setiap masa dan beliau tidak percaya kepada sesiapa. Hal ini kerana beliau pernah dikhianati. Walaupun pernah dikhianati, kita perlulah berfikiran positif kerana kita masih lagi boleh mencari kawan yang baru. Apa yang saya peroleh daripada video ini yang mungkin kita boleh kongsikan bersama ialah setiap masalah yang timbul ada jalan penyelesaiannya. Setiap sesuatu itu berlaku pasti ada hikmah disebaliknya  seperti kata-kata ini "Allah turunkan hujan sebab nak berikan pelangi kepada kita". Selain itu, janganlah kita berpura-pura menjadi orang yang baik demi menjaga perasaan orang lain. Kita perlulah sentiasa berfikiran positif dan matang untuk menghadaapi segala masalah didalam kehidupan kita serta bijak mengurskan emosi kita.
                Video yang kedua yang bertajuk "Types of Personality" memperkenalkan kami kepada 2 jenis personaliti iaitu Personality Type A dan Personality Type B. Bagi personaliti A, orang-orang yang memiliki personality jenis ini cenderung untuk melakukan perkara-perkara seperti makan dengan cepat, bangun awal, selalu dalam keadaan tergesa-gesa, tidak sabar, sentiasa teratur, mementingkan kesempurnaan, cenderung untuk sentiasa melihat jam, memandu dengan laju serta berdaya saing. Orang yang memiliki personaliti jenis ini dikatakan lebih cenderung untuk mendapat masalah tekanan dan penyakit jantung.kebiasaannya juga, orang-orang seperti ini tidak ramai yang ingin mendekati mereka disebabkan sikap mereka yang mudah marah dan amat mementingkan kesempurnaan.
                Seterusnya ialah jenis personaliti B, mereka yang memiliki jenis personaliti ini lebih gemarkan sesuatu aktiviti yang dalam keadaan yang tenang, sabar dan mudah untuk menyesuaikan diri dalam keadaan yang berbeza-beza. Mereka lebih cenderung untuk melakukan perkara seperti memanddu mengikut had laju, makan perlahan-lahan, cakap perlahan-lahan, serta tidak mudah berasa bimbang ataupun tergesa-gesa. Kategori personaliti ini lebih mudah didekati oleh orang ramai dan disenangi kewujudannya.
                Type A and B personality adalah cara yang paling senang untuk mengkategorikan personaliti manusia. Ianya lebih popular berbanding yang lain. Jika dilihat dari kategori ini, saya merasakan yang saya memiliki personality type B. Hal ini kerana saya merasakan yang saya seorang yang sabar dalam menghadapi sesuatu masalah dan cenderung untuk memikirkan sesuatu jalan penyelesaian dengan tenang bukan dengan tergesa-gesa.
                Seterusnya masuk kepada tugasan yang kedua. Kami telah diberi peluang untuk melakukan ujian soal selidik  personaliti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) untuk mengetahui jenis personaliti kami. Terdapat 4 jenis personaliti  yang terdapat dalam MBTI iaitu "Extraversion or Introversion", "Sensing or Intuition", "Thinking or Feeling" dan "Judging or Perceiving".  Dalam ujian ini  saya mendapat personality jenis "ISFP" iaitu "Introversion", "Sensing", "feeling", dan "Perceiving". Individu yang memiliki personaliti ISFP kebiasaannya mempunyai kerjaya sebagai pelukis. Jujur saya katakan saya juga gemarkan sesuatu yang berseni dan kreatif namun begitu saya tidaklah terlalu pandai untuk melukis seperti golongan profesional.
                Menerusi pembacaan saya golongan ISFP kebiasaannya mempunyai ciri-ciri berikut. Golonga ini amat mementingkan kesedaran terhadap persekitaran mereka, jujur dan setia kepada seseorang mahupun sesuatu perkara yang penting kepada mereka. Mereka bersikap individualistik iaitu tiada keinginan untuk mengetuai mahupun menjadi pengikut. Memiliki hubungan yang istimewa terhadap kanak-kanak dan haiwan. Mereka dikatakan oleh dipercayai, sensitif tetapi baik hati. Mereka lebih cenderung untuk menghulurkan bantuan kepada orang lain dn tidak gemar untuk mengharapkan bantuan daripada orang lain. Mereka juga tidak suka untuk terlalu dikongkong dan mereka memerlukan ruang dan kebebasan untuk melakukan sesuatu dengan cara mereka sendiri. Jika dilihat daripada perkara-perkara ini, ada diantaranya sangat bertepatan dengan jiwa saya. Antara cabang kerjaya yang sesuai dengan individu yang memiliki personaliti jenis ini ialah pereka, kaunselor, guru, psikologist, pakar kanak-kanak dan juga penjaga kanak-kanak.
                Seterusnya adalah tugasan yang ke 3 iaitu menjawab soal selidik berkaitan Big Five Theory.  Terdapat lima faktor yang terdapat di dalam teori ini iaitu, "Openness", "Consientiousness",  "Extraversion", "Agreeableness", dan "Neuroticism" (OCEAN). Setelah menjalani ujian ini, saya telah mendapat "Consientiousness". Individu yang mendapat personaliti jenis ini merupakan seorang yang kehidupannya lebih teratur dan jika dilihat pada rumah dan tempat kerja mereka sentiasa teratur dan kemas. "conscientiousness" juga berkait rapat dengan kejayaan seseorang didalam bidang akademik. Pekerja yang memiliki personaliti ini juga merupakan seorang yang rajin, lebih bermotivasi terhadap kerja mereka. Saya memiliki personaliti jenis ini turut bersetuju dengan beberapa tingkah laku yang saya temui melalui pembacaan saya yang berkaitan dengan personaliti ini. Saya seorang yang suka kepada kekemasan sesuatu tempat. Jika dilihat pada bilik saya, buku-buku sentiasa tersusun pada tempatnya dan saya tidak suka menyepahkan pakaian ataupun barangan saya di merata-rata tempat. Saya juga seorang yang akan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh sehingga selesai. Oleh yang demikian, conscientiousness merupakan personaliti yang bersesuaian dengan jiwa saya.
                Akhir kata, menerusi ujian soal selidik yang dilakukan kita dapat mengetahui serba sedikit mengenai personaliti diri kita sendiri. Kita turut dapat mengetahui kelebihan dan kekurangan sesuatu personaliti itu. Walaupun terdapat kekurangan didalam personaliti yang diperoleh, ianya bolehlah dijadikan sebagai panduan serta garis sempadan kepada kita agar tidak terlalu mengikut emosi semasa melakukan sesuatu tindakan agar tidak menimbulkan kemudaratan kepada diri sendiri. Walaubagaimanapun, personaliti seseorang itu tidak dapt diukur dengan tepat kerana personaliti seseorang itu berkait rapat dengan emosi mereka.
Sekian.

Fw: A131749 Nurul Fatin Aqma Binti Ismail


----- Forwarded Message -----
From: Fatin Aqma <aqmafatin@yahoo.com>
To: "yaxa716yise@post.wordpress.com" <yaxa716yise@post.wordpress.com>
Sent: Monday, September 5, 2011 1:37 PM
Subject: A131749 Nurul Fatin Aqma Binti Ismail

-----------------SIAPA SAYA---------------
Assalamualaikum pembuka kata bicara saya dan tak terlambat lagi rasanya untuk saya ucapkan Salam Aidilfitri kepada sahabat-sahabat saya semua dan mohon kemaafan dan keampunan atas kekhilafan diri ini sepanjang kita berkenalan. 24 ogos 2011 adalah kuliah keenam bg pengurusan emosi ini. Tapi, malangnya pada hari tersebut saya tidak dapat menghadirkan diri, kerana menghadiri raptai bagi Majlis Penutup Ihya' Ramadhan. Dan juga, ini adalah jurnal terakhir yang dapat saya coretkan dan kongsi  bersama saudara dan saudari semua kali ini. Dan kepada Dr.Zamri, saya minta maaf kerana kali ini memang tersangat-sangat lewat saya hantar jurnal nie. Mood raya tak habis lagi.. Hehehe….. terima kasih kepada rakan-rakan yang menghantar link2 kat facebook, ini memudahkan lagi bagi saya untuk mencari dan membuat tugasan yang telah ditetapkan.
Jurnal saya kali ini adalah berkaitan dengan personality diri. Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut, ingin saya bertanya di sini, adakah sahabat-sahabat semua tahu apa sebenarnya definisi personality itu sendiri..??? bagi sesiapa yang belum mengetahui, InsyaAllah, dapat saya berikan jawapannya. Melalui laman sesawang yang saya rasa dapat dipercayai dan diterima, banyak pendapat berikutan dengan definisi personaliti itu sendiri. Secara umumnya, personaliti  adalah  ciri-ciri  tingkah  laku  yang  ada  pada  individu, namun  begitu, perlu diketahui setiap  individu itu mempunyai personaliti yang berbeza-beza. Ia mewakili perwatakan seseorang individu dan dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam situasi-situasi yang tertentu. Menurut Alder (1948) personaliti adalah gaya hidup seseorang. Pada pandangan Gordanpula(1961) pula, personaliti adalah organisasi sistem psikologikal yang dinamik di dalam jiwa individu itu sendiri.tambahan pula, Crow ( 1983 ) menyatakan personaliti adalah perwatakan fizikal, corak pertuturan dan daya penarik yang dimiliki oleh individu itu sendiri. Gage dan Berliner (1984) pula menyatakan personality merangkumki segala aspek tingkah laku manusia  kerana ia merupakan motif, sikap, pendapat ,kepercayaan , pemikiran kognitif, emosi dan ciri-ciri seseorang. Menurut Menninger (1930), personaliti ialah apa-apa yang menghuraikan tentang seseorang individu itu sendiri. Definisi ini mengandaikan tentang keadaan biologi dan fisiologi seseorang dan ia dianggap terlalu  ringkas. Satu definisi yang boleh  dikatakan lebih menyeluruh telah diberikan oleh Waren & Carmichael (1930). Menurut mereka personaliti ialah organisasi dinamik dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuaiannya kepada psersekitarannya. Jadi, diharapkan melalui definisi yang saya lampirkan ini dapat memberi kefahaman kepada sahabat-sahabat semua.
Melalui video yang telah disediakan, kami telah didedahkan dengan jenis-jenis personaliti diri iaitu jenis A dan B yang jarang orang ketahui dan ambil peduli sedalam-dalamnya. saya amat tertarik dengan paparan diakhir video yang menyatakan individu yang mempunyai personaliti jenis A terdedah kepada tekanan yang melampau, serangan jantung dan juga keletihan. Bagi golongan personality jenis A ini, mereka harus dinasihatkan untuk belajar mengurangkan walaupun sedikit sifat-sifat tertentu yang boleh membahayakan kesihatan diri mereka. Namun begitu, apa yang terlintas difikiran saya, ada juga bagusnya mempunyai beberapa ciri daripada peronaliti jenis A. Sebagai  contohnya, individu-individu ini menepati waktu sama ada ke kelas, pejabat mesyuarat dan banyak lagi. Disiplin waktu sangat penting dalam hidup dan ini adalah salah satu perkara yang sangat menjadi masalah kepada rakyat Malaysia untuk mereka tepati. Sering juga kita dengar apabila menghadiri sesuatu majlis, ada pihak yang menyatakan inilah 'janji Melayu', selalu je lewat daripada waktu yang telah ditetapkan di dalam tentatif program. Dan saya percaya, bagi mereka yang sangat mementingkan waktu akan merasa sangat kesal akan masa yang telah terbuang begitu sahaja. Selain itu juga, personaliti jenis A ini akan beruasaha dan pastikan segala tugas dapat disiapkan dan diselesaikan pada tarikh yang telah ditetapkan dan tidak bertangguh dalam setiap urusan. Dengan setiap kerja dapat diselesaikan dengan penuh berkualiti dan dapat memuaskan hati semua pihak yang menerimanya.
Saya dapati ciri-ciri personaliti jenis B kebanyakannya wujud dalam diri saya setelah menonton dan menghayati video itu. Selalunya, saya tidak akan berasa takut atau cemas jika saya terlewat sedikit untuk ke kuliah dan dalam menyiapkan kerja, saya lebih suka untuk bersikap tenang walaupun saya tahu masih banyak lagi kerja yang perlu disiapkan. Apa yang saya lakukan ialah, siapkan kerja satu persatu dan tidak hanya menyiapkan separuh jalan dan terus buat kerja lain. Apa yang saya katakan kepada diri saya, 'tak apa, buat je. Jangan risau. InsyaAllah, semuanya akan siap dan selesai '. Saya tidak suka memeningkan kepala saya dengan memikirkan, yang nie xsiap lagi, yang tue pun xsiap lagi. Ini akan menghilangkan konsentrasi saya untuk membuat dan menyelesaikan sesuatu kerja, dan akhirnya satu kerja pun xsiap. Siapa yang akan rugi selepas itu, diri sendiri juga yang akan merasa pahitnya. Dan bagi diri saya, tidak apa untuk menunggu seseorang itu, ada waktunya individu itu terlambat dan ada waktunya individu itu akan pergi awal. Susah untuk saya marah seseorang itu dalam hal seperti ini.
Untuk test MBTI (cognitive style inventory), dalam 10 minit, saya dapat ESFJ. Apa itu..??? pasti sahabat-sahabat nak tahukan. Apa yang saya faham ialah orang ESFJ nie sangat ambil kisah tentang orang-orang sekelilingnya dan berusaha untuk mengharmonikan setiap hubungan yang dijalinkan tanpa ada sebarang sengketa.  Individu ini juga sangat serius dalam melakukan apa-apa kerja sekalipun dan percaya orang lain juga membuat kerja dengan betul. Mereka juga  sangat suka memberi pertolongan kepada orang yang memerlukannya. Apabila saya reflek semula, ada juga sifat-sifat yang diatas yang ada dalm diri saya. Bagi big five personality test pula, saya dapat personality A iaitu AGREEABLENESS.. golongan yang mempunyai personaliti ini memberi kerjasama dan belas kasihan kepada orang lain dan tidak pula curiga dan buruk sangka kepada mana-mana individu yang tertentu. Mereka juga peramah, suka memberi pertolongan kepada sesiapa yang memerlukan dan boleh bertolak-ansur antara satu sama lain. Selain daripada itu, mereka juga percaya bahawa orang-orang di sekeliling mereka sopan-santun, jujur dan boleh dipercayai. Apabila membaca ciri-ciri yang ada, bagusnya jika semua manusia di dunia mempunyai sifat-sifat yang sebegini. Pastinya tidak akan berlaku pergaduhan dan sengketa antara satu sama lain ataupun antara negara-negara yang berlaku di depan mata kita sekarang ini.
Dengan ini, setelah mencoretkan segala apa yang saya tahu, melalui pertolongan nota kuliah yang diberi, video yang ditayangkan dan poenerangan daripada sahabat-sahabat, akhirnya jurnal ini dapat disiapkan. Namun begitu, ingin sekali saya memohon maaf kepda doctor kerana tidak dapat menyiapkan pada waktu yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa membaca coretan saya. Diharapkan, sahabat-sahabat semua sentiasa mencari ilmu dan menambah segala ilmu yang ada, selagi roh dan jasad masih bersatu dan selagi Allah mengizinkan kita hidup di dunia sementara ini. InsyaAllah……
Sekian, Wassalam……