Monday, August 29, 2011

A131525 Tiong Ho Sheng LJ05

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.  Terlebih dahulu, ini merupakan kali kelima saya menghasilkan jurnal untuk tujuan kursus ZZZT2253 Pengurusan Emosi.  Jurnal kelima saya ini berkaitan dengan 'personality' kita.  Setelah menghadiri kuliah pada 24 Ogos 2011, saya telah mempelajari dan sedar bahawa personality kita boleh dibahagikan kepada personality A dan juga B.  Personality A terdiri daripada individu-individu yang amat pentingkan masa dan tergesa-gesa dalam tugas mereka hampir setiap masa manakala Personality B merangkumi mereka yang lebih 'relax' dan selesa dalam menghasilkan atau menyiapkan sesuatu tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

            Pada kuliah hari tersebut, Dr. Zamri telah menayangkan sebuah video klip yang bertajuk 'Childhood Experience'.  Video klip ini menceritakan kisah seorang budak yang mempunyai pandangan yang amat indah tentang dunia ini.  Pandangan indah budak ini tergugat apabila dia dewasa dan sedar segala-galanya tidaklah seindah yang disangkakan.  Walaubagaimanapun, budak ini akhirnya tetap yakin dan percaya kepada pandangannya sejak kecil.  Saya sependapat dengan budak ini kerana kita semua hanya hidup sekali di dunia ini, jadi kita haruslah meneruskan hidup kita dengan gembira tanpa menghiraukan pandangan orang lain.  Benar kata budak itu bahawa apabila kita dewasa, kita akan melihat bahawa tidak semua orang yang kita bergaul akan ingin berkawan dengan kita.  Keadaan ini tidak sama sekali sama semasa zaman kebudakan kita, dimana semua budak-budak berkawan tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.  Oleh itu, pada pendapat saya, kita boleh meneruskan hidup kita tanpa mengiraukan semua itu dan masih mencuba untuk berkawan dengan semua.  Untuk mencapai matlamat ini, saya percaya kita boleh berdoa kepada Tuhan setiap hari.

Berdasarkan pembacaan saya tentang teori psikoanalitikal, saya telah mempelajari banyak tentang emosi dan juga personaliti.  Menurut pencipta teori psikoanalitikal, Sigmund Freud, beliau telah menghasilkan hipothesis bahawa pengalaman emosi merupakan sesuatu proses yang terjadi dengan tersendirinya tanpa disedari oleh diri kita sendiri.  Teori ini lebih menekankan emosi-emosi negatif seperti marah, sedih dan kecewa.  Mengikut pemahaman saya berdasarkan teori ini, saya sedar bahawa pengalaman kita pada waktu kecil juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi emosi kita.  Sebagai contoh, mangsa-mangsa penderaan berkemungkinan besar akan berasa marah apabila melihat seseorang dewasa memberi sedikit pengajaran kepada anak-anak walaupun tindakan tersebut tidaklah seberat mana dan hanyalah ingin mendidik anak-anak akan kesalahan mereka.  Berdasarkan teori psikoanalitikal, video klip 'Childhood Experience boleh dikaitkan bersama, ini kerana pengalamankita boleh mempengaruhi emosi kita.  Dalam video klip, budak tersebut mempunyai pandangan yang negatif terhadap hidup untuk suatu jangka masa disebabkan olah kegagalan budak tersebut untuk mengendali emosinya.  Tetapi akhirnya dia sedar bahawa sebenarnya emosi itu bergantung kepada kita sendiri.  Sekiranya kita berasa dunia ini indah, cantik dan sempurna, begitulah akan terjadi dengan emosi kita.  Tetapi, sekiranya kita mempunyai pandangan yang buruk terhadap dunia ini, begitu jugalah dengan emosi kita. 

Personaliti itu sebenarnya ialah suatu cara untuk menklasifikasikan manusia berdasarkan sikap (personaliti) seseorang itu sama ada seseorang itu pendiam orangnya atau penyibuk.  Berdasarkan video klip yang  telah ditayangkan olah Dr. Zamri pada hari itu, saya telah mempelajari bahawa personaliti kita boleh dibahagikan kepadanpersonality A dan juga B.  Personaliti A adalah jenis yang tidak suka membuang masa dan suka semua tugasannya disiapkan serta merta.  Ini boleh dilihat melalui sikapnya yang makan dengan cepat, bangun awal dan selalunya memandu dengan cepat untuk sampai ke destinasi dengan seawal yang mungkin.  Personaliti B pula adalah jenis yang lebih gemar menikmati hidup tetapi tetap mencapai matlamat atau menyiapkan tugasannya.  Perbezaannya hanyalah bahawa personaliti A lebih tertekan semasa menyiapkan tugasan manakala personaliti B menikmati setiap saat dalam menyiapkan tugasanya itu. 

Tugasan kedua yang telah ditanggungjawabkan oleh Dr. Zamri adalah berkaitan dengan penentu personaliti kita yang paling banyak digunakan iaitu "Myers-Briggs Type Indicator".  Berdasarkan pembacaan saya tentang "Myers-Briggs Type Indicator",  individu bolehlah diklasifikasikan kepada

1.      Extroverted atau Introverted (E or I)

E adalah jenis orang yang mengemari activiti, suka bergaul dan assertive

I adalah jenis orang yang pendiam dan pemalu orangnya

2.      Sensing atau Intuitive (S or N)

S adalah jenis orang yang peneliti orangnya

N adalah jenis orang yang melihat pada perkara-perkara atau situasi yang    besar

3.      Thinking atau Feeling (Tor F)

T adalah jenis orang yang berfikir secara logik sebelum bertindak atau membuat keputusan

F adalah jenis orang yang bertindak berdasarkan emosi dan juga prinsip-prinsip yang tersendiri

4.      Judging atau Perceiving (J or P)

J adalah jenis orang yang mengingini semua perkara dalamkeadaan yang berorganisasi dan teratur

P adalah jenis orang yang fleksibel dan spontan

 

            Setelah mengambil soalselidik MBTI, saya telah mendapat tahu bahawa personaliti saya adalah ISFP.

ISFP

For ISFPs the dominant quality in their lives is a deep-felt caring for living things, combined with a quietly playful and sometimes adventurous approach to life and all its experiences. ISFPs typically show their caring in very practical ways, since they often prefer action to words. Their warmth and concern are generally not expressed openly, and what people often first encounter with ISFPs is their quiet adaptability, realism, and "free spirit" spontaneity.

Berdasarkan soalselidik ini, saya setuju dan juga menyokong kebenarannya.  Saya memanglah seseorang yang tidak banyak cakap dan lebih suka memggunakan tindakan untuk menunjukkan perasaan dan pemikiran saya walaupun kadang kala saya akan menjadi penyibuk untuk suatu jangka masa terutamanya apabila mula selesa dan baik dengan seseoranh itu.  Walaubagaimanapun, soalselidik ini juga mempunyai ketidakbenarannya kerana sesuatu yang abstrak juga menarik minat saya selain sesuatu yang subjek.  Bagi pendapat saya, soalselidik ini tidak lengkap kerana saya percaya bahawa masih ada banyak personaliti-personaliti yang terselindung kerana saya percaya bahawa personaliti manusia lebih daripada 16 jenis personaliti yang diperkenalkan oleh "Myers-Briggs Type Indicator".  Bagi saya, personaliti dan emosi adalah sesuatu yang telah luas dan tidak mungkin akan kita kuasai sepenuhnya sampai bila-bila masa kerana ini adalah kurniaan Tuhan kepada setiap individu.

            Bagi soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) pula, setelah saya mengambil soalselidik ini, saya telah mendapat scor yang paling tinggi di Section D.  Saya telah mendapat tahu bahawa saya mempunyai personaliti "Agreeableness".  Saya adalah jenis yang lebih mengemari untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya semasa berkerja secara berkumpulan daripada meragui rakan sekumpulan atau bersikap antagonist.  Saya juga adalah seseorang yang bersikap optimistik terhadap kehidupan.  Selain itu, berdasarkan teori ini, saya adalah seseorang yang bersikap toleransi, merah hati, suka membantu dan juga jujur. 
            Sebagai kesimpulan, saya berasa amat gembira dan bangga kerana dapat mempelajari tentang MBTI dan Big Five Theory melalui kursus ini kerana melalui kedua-dua teori ini saya telah mampu mengenali personaliti saya dengan lebih banyak walaupun bukan semuanya kerana saya tetap rasa ini adalah tidak mungkin kerana pengetahuan itu tidak ada hadnya dan kita semuanya belajar sampai ke hembusan yang terakhir.  Setelah mengetahui personaliti saya, saya berharap saya dapat membuat diri saya sendiri seseorang yang lebih baik.

Nur Hidayah Binti Abu Bakar..LJ05...."apa personalitiku??"

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sesiapa yang membaca jurnal saya ini.Seperti semua maklum ini merupakan jurnal yang ke-5 kita.Pada minggu ini,tajuk pembelajaran amat menarik,iaitu ianya berkaitan mengenai diri kita sendiri.Malah saya tak sabar-sabar pulak nak mempelajarinya.Pada mulanya doktor Zamri mengatakan pada minggu ini tiada kuliah.Saya ingat kuliah memang dibatalkan la.Memandangkan begitu sedikit kehadiran pada hari tersebut.Ye la..memang la kan.ramai sahabat saya yang terlibat dalam majlis penutupan ihya' ramadhan.Walaupun ramai yang tidak hadir, namun demikian Dr Zamri tetap tabah dan terus menjadikan kuliah tetap menarik.Inilah sikap yang paling saya kagumi mengenai Dr Zamri.Tahniah Dr!!.Rupa-rupanya benarlah kata Dr. Zamri..memang tak dak kuliah tapi kami diberikan tiga tugas.Tugas-tugas tersebut ialah:
Task 1: Baca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory. Dengar dan tonton klip video pertama yang akan ditayangkan pada jam 2pm. Kaitkan apa yang ada dalam video tersebut dengan teori.

Task 2: Jawab soalselidik MBTI. Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.

Task 3: Jawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.

Selepas saya membaca pengumuman tersebut,wahh!cukup menarik pembelajaran hari ini.Saya tidak sabar-sabar nak tahu saya nie prsonaliti macam mana.Jenis A atau jenis B?ermm…

Pada mulanya ,tanpa melengahkan masa,doktor dengan segeranya menayangkan satu video.Saya tercengang-cengang.Apakah kaitannya dengan pembelajaran kita pada minggu ini.Sebenarnya video tersebut mengisahkan hidup seorang pemuda  daripada zaman kanak-kanak kepada zaman remaja.Pada zaman kanak-kanak,dia sentiasa berfikiran positif dan gembira.Dia beranggapan dunia ini sentiasa bahagia dan menyeronokkan.Tiada masalah yang menimpanya.Malangnya,semakin usianya meningkat,semakin banyak ujian yang menimpanya.Pemuda tersebut  sudah hampr ingin berputus asa.Namun baginya,hidup ini harus diteruskan.Demi masa hadapan yang cerah,dia yakin dia perlulah sentiasa berfikiran positif.Pengajaran yang saya dapat melalui video ini ialah kita perlu kuat dari segi luaran dan juga dalaman.Sebagai umat islam kekadang kita tidak tahu jenis apa ujian yang melanda diri kita.Namun perlulah disemat pada setiap hati kita…." ingatlah! Allah itu maha adil dan maha mengetahui".Tabahkanlah diri masing-masing,pasti ada pelangi di sebalik hujan yang lebat.Hanya kita yang tidak mengetahuinya.

Baiklah ,selepas menonton video tersebut kami ditayangkan lagi dengan sebuah video yang berkaitan personaliti.Menurut video itu,kita sebenarnya mempunyai 2 jenis personaliti iaitu jenis A dan juga jenis B.Personaliti jenis A.Jenis A lebih cenderung kepada seseorang yang aktif manakala Jenis B boleh dikatakan sebagai seorang yang pasif.

'Secara umumnya, ada beberapa jenis kategori personaliti bagi seseorang individu. Misalnya, Teori Personaliti A dan B menjelaskan dua jenis personaliti yang mempunyai sifat yang bertentangan. Personaliti jenis A selalunya kurang sabar, begitu mementingkan soal masa, berasa tidak selamat dengan status dirinya, mempunyai daya saing tinggi, agresif dan jarang berada dalam keadaan tenang.
Golongan ini selalunya kuat bekerja, memberi diri sendiri tarikh akhir untuk melaksanakan sesuatu walaupun sebenarnya itu tidak wajib dan tidak bergantung kepada orang lain dalam hidupnya.
Dengan ciri-ciri ini, individu dengan personaliti jenis A selalu dilihat dalam keadaan ingin cepat dan tertekan. Individu dengan personaliti jenis B pula sebaliknya. Mereka lebih tenang dan tidak selalu kelihatan tertekan.
Mereka juga adalah golongan yang mudah bergaul dengan orang lain, berbanding individu personaliti A yang terlalu fokus sehingga kadang-kala membataskan dirinya dari segi pergaulan harian.
Perbezaan jenis personaliti ini ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Individu dari kategori personaliti jenis A misalnya boleh mengurus dengan baik, sistematik dan cepat serta dapat memenuhi tempoh masa disediakan, namun mereka menghadapi risiko kesihatan seperti masalah jantung, tekanan dan darah tinggi.
Golongan ini selalunya ialah golongan peniaga, pengurus dan penjual yang mudah mempengaruhi pembeli.
Individu dengan personaliti jenis B pula selalu memberi waktu yang menyenangkan ketika apa juga kerja dijalankan bersamanya. Mereka mudah bergaul dengan orang ramai dikenali serta menjadi perhatian.
Justeru golongan ini kurang tertekan dan disukai ramai. Namun kelemahannya ialah mereka kadang-kala dilihat mengambil mudah perkara penting, tidak dapat menjalankan sesuatu dalam tempoh masa ditetapkan dan tidak suka berada dalam keadaan tertekan. Namun golongan ini ramai kawan dan ramai pengikutnya, yang selesa dengan perwatakan dirinya.
Rata-rata, individu dengan personaliti jenis A selalu 'tidak sekepala' ketika bekerja dengan individu personaliti jenis B. Namun, dalam hubungan peribadi mereka boleh menjadi pasangan bahagia. 'Yang bertentangan itu menarik' mungkin benar dalam situasi seharian tetapi tidak dalam persekitaran bekerja.'

Kata-kata di atas merupakan pandangan seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) yang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah dalam bidang kewartawanan di Nottingham Trent University, United Kingdom.

Pandangan beliau hampir sama dengan isi video yang telah ditayangkan.              Pada masa yang sama,kami juga diberi arahan untuk bertukar pendapat bersama rakan sebelah.Rakan sebelah saya ialah Siti Nabila.Tidakku sangka rupa-rupanya Nabila personalitinya jenis B.Amatlah bertentangan dengan diri ini.Pada mulanya saya masih keliru,samada saya nie jenis A atau B.Kadang-kadang maklumat itu bertindih.Seolah-olah saya ni jenis A + jenis B =jenis C.Ermmm…Akhirnya,setelah berbincang,rakan saya mengatakan sikap saya ebih cenderung kearah personaliti jenis A.

Sebenarnya kita mempunyai pelbagai personaliti.Pada pendapat saya,melihat kepada pergerakan tubuh badan seseorang sahaja kita sudah boleh meneka personaliti seseorang.Ujian pertama yang dibuat ialah Myers-Briggs Type Indicator.Ujian ini merupakan ujian yang sering diguna pakai pada zaman ini. Setiap orang boleh diklasifikasikan kepada   extroverted or introverted (E or I), sensing or intuitive (S or N), thinking or feeling (T or F), and judging or perceiving (J or P).Apakah itu extroverted or introverted (E or I), sensing or intuitive (S or N), thinking or feeling (T or F), and judging or perceiving (J or P)??

Extroverted…orangnya lebih pandai bersosial dan aktif manakala introverted orangnya lebih pemalu dan pendiam.
Seseorang yang sensing lebih suka melakukan esuatu kerja dengan lebih terperinci  kalau nak dibandingkan dengan jenis intuitive.

Thinking??lebih suka memikirkan sebab dan akibat dalam menyelesaikan sesuatu masalah manakala bagi orang yang jenis feeling,mereka lebih cenderung mengikit emosi sendiri apabila menghadapi sebarang masalah.

Yang terakhir ialah judging dan perceiving.Orang(judging) hanya mahu dia yang betul dan dialah yang menang manakala bagi orang(perceiving) agak mudah menerima sebarang pendapat dan cadangan.

Saya jenis apa ya???hehe..cuba rakan-rakan teka…saya nie macam mana..pemarah ka..penyabar ka..saya bagi clue melalui ujian The Big-Five Model =P

Ok untuk ujian seterusnya saya dikehendaki menjalani ujian The Big-Five Model.Ianay terdiri kepada beberapa kategori iaitu:

  • Extroversion
  • Agreeableness
  • Conscientiousness
  • Emotional Stability
  • Openness to Experience
Selepas membuat ujian ini,saya didapati tergolong dalang golongan "agreeableness".Mengikut pemahan saya, individu ini mudah berasa belas kasihan kepada orang lain,suka bekerjasama,mudah bergaul dengan orang lain. Malah mereka juga  yang seorang bertimbang rasa,peramah,pemurah,suka menolong dan mementingkan sahabat@orang lain dalam hidup mereka .Selain itu,mereka ini mempunyai pandangan yang optimistic terhadap sifat manusia. Ada jugak la yang macam diri ini tetapi ada juga yang tidak sama.Bagi sahabat-sahabat..adakah ciri-ciri ini macam saya??kalau ya sila tekan "LIKE"….

Ujian terakhir ialah ujian MBTI Cognitive Style Inventory.Menurul laman sesawang http://www.teachersrock.net/taksiran_diri.htm
Hasilnya akan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

INFP ISFP INTP ISTP
 
ENFP ESFP ENTP ESTP
 
INFJ ISFJ INTJ ISTJ
 
ENFJ ESFJ ENTJ ESTJ
 
Hasil daripada ujian ini,saya dikategorikan dalam kumpulan ESTJ.
 
ESTJ: "Life's natural administrators'': Proverbial jack of all trades. Accountable, responsible, productive, results-oriented. Found in leadership positions in a cross section of professions, from law and medicine to education and engineering. When a job is to be done, a regulation established, a system implemented or an ongoing program evaluated, call on an ESTJ to manage it.
 
Saya pun tidak tahu adakah diri saya sebegitu.Saya rasa sahabat-sahabat lebih mengetahui dan mengenali diri ini.Kesimpulannya.. terimalah sahabat anda seadanya dan cubalah kenali diri anda sendiri.Dengan kaedah ini memudahkan bagi kita untuk melakukan beberapa "action" yang sesuai malah bertepatan dengan personaliti masing-masing
Sekian saja coretan terakhir ini..Dengan ini saya Nur Hidayah Binti Abu Bakar, ingin mengucapkan kepada semua rakan-rakan seperjuangan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MOHON MAAF DUNIA DAN AKHIRAT"..^_^..

Abdul Rahman Bin Ismail A131351

Assalamualaikum
Pada sesi pengkuliahan yang lepas, iaitu pada 24 ogos 2011, sebuah video telah dipaparkan tentang sikap penulis berkenaan perlunya kita memandang jauh ke hadapan walaupun terpaksa menghadapi cabaran di dunia. Cabaran yang  dimaksudkan ialah sikap manusia yang tidak memandang sesuatu kebaikan dari orang lain sebagai penting. Sebagai contoh, apabila kita memberikan derma kepada peminta sedekah. Kita mungkin berasa pelik ataupun marah sekiranya terlihat peminta sedekah berkenaan menggunakan wang yang diberi untuk perkara yang tidak penting. Namun begitu, apa yang disampaikan oleh penulis berkenaan adalah walau apapun yang dilakukan oleh peminta sedekah tersebut, ia tidak akan menhalang beliau untuk terus bersikap dermawan pada orang lain.
Antara teori baru yang saya pelajari dalam menentukan personality seseorang adalah teori Big Five. Dalam teori ini, 5 domain utama diketengahkan. Antaranya adalah keterbukaan. Ciri ini dikatakan berkait rapat dengan sikap individu yang menghargai seni, emosi, cabara, idea yang pelik, imaginasi, sifat ingin tahu, serta pelbagai jenis pengalaman. Individu yang dikategorikan dalam golongan ini juga lebih kreatif serta lebih mengambil tahu akan perasaan dan fikiran mereka. Selain itu, mereka juga sering dianggap berpegang pada kepercayaan yang pelik. Antara domain lain yang terdapat dalam Big Five adalah domain conscientiousness. Hal ini digambarkan sebagai mempunyai kecenderungan untuk menunjukkan disiplin diri, bertanggungjawab, serta mengharapkan pencapaian melebihi jangkaan atau luar kemampuan. Sikap-sikap individu yang berkenaan juga tersusun, berbanding individu lain yang bersikap spontan. Selain itu, domain lain adalah Extraversion. Domain ini dilihat sebagai individu yang mempunyai personality seperti berikut. Antaranya adalah mempunyai emosi yang positif, serta mempunyai kecenderungan untuk mendapatkan motivasi dan ditemani seseorang. Individu ini sering dilihat sebagai suka berada bersama orang lain, serta digambarkan sebagai seseorang yang sentiasa penuh dengan tenaga. Tambahan pula, individu ini juga sering berkata 'boleh' ataupun 'mari kita lakukan' sekiranya terdapat peluang untuk mendapat keseronokan. Sekiranya berada di dalam kumpulan, mereka gemar bercakap, memastikan diri mereka terlibat dalam sesuatu perbincangan, serta sering mencuri perhatian orang ramai. Domain yang keempat adalah 'agreeableness'. Cirri ini digambarkan sebagai cenderung untuk bekerjasama, bukan bersikap was-was serta antagonis terhadap orang lain. Mereka juga sering menghargai nilai bersama dengan orang lain. Mereka juga bertimbang- rasa, peramah, pemurah, suka membantu orang lain serta rela untuk berkompromi dengan orang lain. Selain itu, mereka juga mempunyai pandangan  optimistic terhadap orang lain. Yang baiknya, mereka sering mempercayai bahawa manusia secara asalnya adalah jujur, baik hati serta boleh dipercayai. Teori terakhir dal 'Big Five' adalah 'Neuroticism'. Mereka sering mempunyai kecenderungan untuk bersikap negative, seperti marah,cemas mahupun tertekan. Secara emosinya, mereka juga sangat reaktif serta terdedah pada tekanan. Tambahan pula, mereka juga dianggap sering mengintepretasi suasana yang biasa sebagai mengancam mereka, serta menganggap kekecewaan yang kecil sebagai tidak ada harapan lagi serta sukar dihadapi. Sekiranya mereka mempunyai emosi negative, reaksi tersebut cenderung untuk kekal pada jangka masa yang lama, lantas membawa pada mood yang negative. Seringkali, ciri-ciri ini sedikit sebanyak akan memberi kesan pada mereka untuk berfikir dengan jelas, sukar membuat keputusan, serta sukar menghadapi tekanan ataupun stress.
Melalui teori ujian personality Big Five ini, saya dapati bahawa saya tergolong dalam kumpulan agreeableness. Antara sikap yang dirasakan sama adalah tidak terlalu berkira, serta sering membantu orang lain. Mungkin bagi orang lain, sikap membantu ini mungkin dari dsegi membantu rakan dalam pelajaran, namun bagi saya, saya lebih mudah membantu dalam aspek teknikal serta kemahiran yang saya miliki. Sebagai contoh, membantu rakan dengan menjemputnya dari stesen bas. Selain itu, saya juga tidak mudah lupa akan jasa rakan-rakan yang lain. Bagi saya, tempoh berkawan itu tidak mempunyai sesuatu had masa, meskipun seseorang itu mempunyai rakan lain ataupun jika sudah lama tidak berjumpa. Selain itu, saya juga sentiasa mempunyai sikap rasional dalam menentukan sikap seseorang. Sebagai contoh, sekiranya saya mempunyai persepsi negative terhadap seseorang, saya tidak melihatnya sebagai sikap keseluruhan seseorang itu. Mugkin terdapat factor lain yang tidak dapat dielakkan mempengaruhi sikap seseorang itu, seperti masalah keluarga, pengaruh rakan lain, serta kegagalan untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan yang lebih besar. Saya sering melihat bahawa untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan yang kecil dengan beberapa persamaan adalah mudah, namun untuk melakukan perkara yang sama dalam kumpulan yang lebih besar, kita perlu keluar dari zon selesa  ketika di dalam kumpulan kecil lantas berkongsi beberapa perbezaan dari orang lain. Jadi tidak mudah untuk saya menyalahkan orang lain tanpa berfikir panjang terlebih dahulu.
 Seterusnya adalah berkenaan jenis personality manusia. Antaranya adalah jenis A, jenis B. Jenis A dikatakan seorang yang tergesa-gesa, memandu melebihi kelajuan, serta mementingkan formality. Jenis B dikatakan seorang yang teneng, mengikut peraturan, sempoi, makan secara perlahan, penyabar,tidak tergesa-gesa, bersuara perlahan, mempunayi cara informal untuk mencapai sesuatu matlamat.
Seterusnya adalah teori MBTI oleh carl gustav gung. Ia adalah berdasarkan inventori gaya kognitif(MBTI).  Terdapat empat domain seperti berikut iaitu, samaada S atau N, samaada T atau F, samaada J atau P, selain itu terdapat satu lagi domain lain. S bermaksud sensing,N bermaksud Intuition, T bermaksud thinking, F bermaksud feeling, J bermaksud Judging, P bermaksud Perceiving.
Melalui kaedah ini, mereka yang mencuba kaedah ini perlu memilih sikap mana yang lebih dominan dalam setiap pasangan yang ada. Selepas itu mereka perlu menyusun kombinasi huruf tersebut. Setelah membuat ujian tersebut, saya dapati bahawa saya mempunayi kombinasi INTP. Apa yang diterjemahkan dari keputusan ini adalah, saya tergolong dalam 'the thinkers'. Melalui nota kuliah yang ada, INTP digambarkan sebagai mempunyai pacuan untuk memahami pelbagai fenomena serta dijadikan focus utama dalam hidup. Selain itu, mereka juga gemar memahami kehidupan ini sebagai suatu konsep. Sera suka menjadi kreatif dan lain dari orang lain. Individu dalam golongan ini dilihat sebagai logical, analitikal serta sering tertanya-tanya serta mengkritik idea orang lain dalam memahami sesuatu konsep. Golongan ini juga tidak mempunyai keperluan yang besar untuk mengawal dunia sekeliling mereka serta bersikap fleksibel serta mudah menyesuaikan diri dalam erti kata gaya hidup.
Saya dapati bahawa deskripsi yang diutarakan mempunyai sedikit persamaan dengan diri saya. Antara persamaan tersebut adalah dalam aspek mengkritik idea orang lain. Selalunya, dalam sesuatu perbincangan saya akan cuba menumpukan pemikiran dalam perkara yang kecil. Sebagai contoh, dalam kehidupan sebagai pelajar perubatan, saya sering tertanya apakah sebab kepada sesuatu penyakit atau symptom. Seringkali, saya melihat orang lain terlepas pandang akan perkara kecil seperti ini. saya juga sering melihat bahawa perkara yang kecil mempunyai impak yang besar. Mungkin juga terdapat sikap orang lain yang gemar bercakap tentang fakta, serta mengambil mudah sesuatu perbincangan berkenaan kes pesakit. Bagi mereka, perbincangan lebih mudah apabila mereka sudah bersedia.
Sekian, setakat ini sahaja jurnal saya pada kali ini. Terima kasih.

A131262 MUHAMMAD TAQI BIN HASAN LJO5

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dapat saya meneruskan penulisan jurnal saya yang kelima iaitu yang terakhir. Pada minggu lepas, kami telah diajar mengenai personality dan kami juga berpeluang untuk menjawab soalan-soalan bagi menentukan jenis personality kami. Bagi saya, kuliah ini merupakan kuliah yang paling menarik. Minggu ini saya akan berceloteh sedikit mengenai Emosi, Personaliti, dan Tingkahlaku berdasarkan pembelajaran dan pengalaman saya pada kuliah lepas.
Dr.Zamri telah menunjukkan satu video dalam kuliah ini yang amat menyentuh hati saya .Video yang ditayangkan menyebut tentang kemurungan dan cara menanganinya.Dalam video tersebut,

'Those who are depressed and feeling down in the dumps should get over yourselves already as part of the fun of life is figuring it out. It also said that not everyone you meet will want to be your friend and some just see you as a subject to be used and nothing more. It highlighted the importance of mixing with the right people as the people we mix around with have the biggest impact on our lives and we should always stand by our principles, morals and not easily succumb to depression'.

Dari video yang telah ditanyangkan, ianya  berkisah mengenai seorang yang pada mulanya menganggap dunia ini sebagai tempat yang baik dan selamat tanpa ada masalah. Tetapi apabila meningkat dewasa, dia menyedari segala anggapannya itu ternyata berbeza dan  apabila dia kian meningkat dewasa dan mula memahami  dunia luar dan pelbagai situasi yang memeritkan berlaku. Dia mula sedar bahawa sesetengah masalah tidak boleh diselesaikan dengan mudah. Walaubagaimanapun, dia tetap percaya masih ada kebaikan dalam setiap perkara dan tidak berputus asa dalam kehidupan, maka dia akan terus berusaha mengharungi setiap cabaran hidup dengan hati yang terbuka dan dengan semangat juang yang tinggi. Pengajarannya, kita haruslah berfikiran positif walau apa jua dugaan yang kita harungi.Mentaliti yang berunsur negative tidak akan membawa kebaikan kepada diri kita malah kita akan tertekan dan stres. Hubungan antara orang sekeliling juga akan terganggu dan mungkin semakin jauh kerana masalah dan perselisihan faham yang berlaku.
 
Dalam kuliah yang lepas juga kami dikehendaki menjalankan satu tugasan iaitu mencari hubungan diantara klip video tersebut dengan "The Psychoanalytic Theory". Berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Sigmund Freud, peristiwa sewaktu zaman kanak-kanak, begitu juga pengalaman adalah penting sekali sepanjang proses pembesaran. Pada zaman kanak-kanak, kita seringkali hanya memikirkan tentang indahnya kehidupan dan jarang mengenal erti kepayahan hidup apatah lagi untuk merasa kesedihan. Semakin kita melangkah ke alam dewasa, kita semakin sedar akan kebenaran reality kehidupan didunia ini. Perlahan-lahan wujudnya perasaan stress, dan zaman ceria kanak-kanak kian luntur dari kehidupan. Walaupun kita terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan halangan dalam hidup, kita tidak seharusnya mempunyai sikap mudah berputus asa kerana jika kita melihat keseluruhan dunia, kita akan sedar masih ada lagi orang yang lebih menderita dalam kesusahan daripada kita. Kita perlulah sentisa berfikiran positif dalam menangani semua permasalahan yang timbul. Sikap kecewa, bermasam muka, sedih dan berputus harap seharusnya perlu dijauhi dalam hidup bagi meningkatkan produktiviti kehidupan kita kerana emosi sebegini akan menyebabkan keadaan semakin teruk dan akhirnya berakhir dengan musibah. Personaliti merupakan kombinasi kepelbagaian psikologikal individu yang digunapakai untuk mengklasifikasikan dan mentafsir seseorang individu dalam erti bentuk sikapnya samada seseorang itu seorang yang pendiam, aggresif, peramah atau sebagainya. Menurut indikasi yang dijalankan didalam kajian Myer-Briggs Type Indicator, individu telah diklasifikasikan kepada 4 kumpulan personaliti. Antaranya ialah "Extraversion" (E) yang menggambarkan orang yang gemar bergaul dengan dunia luar, manakala "Introversion" (I) pula membincangkan tentang individu yang suka hidup dalam dunia sendiri. Seterusnya, personaliti dikaitkan dengan cara seseorang itu memutuskan sebarang keputusan, sama ada berkeputusan mengikut logiknya seperti dinyatakan dalam personaliti jenis "Thinking" (T)  ataupun berdasarkan kepada situasi dan orang yang terlibat seperti dalam personaliti jenis "Feeling" (F). Akhir sekali, personaliti yang berdasarkan struktur, iaitu sama ada ingin menerima sesuatu seadanya ataupun selalu mengambil initiatif untuk mencari maklumat dan pilihan yang lain; "Judging (J) atau Perceiving (P)". Setiap aspek ini dinilai bagi mengenalpasti bagaimanakah personality kita.

Dalam kuliah ini, kami turut diperkenalkan dengan dua jenis personaliti yang lazim kita gunakan untuk mengkelaskan sifat-sifat manusia, iaitu personality jenis A and personality jenis B. Orang yang mempunyai personaliti A merupakan individu yang bercita-cita tinggi, agresif, mengawal, berdaya saing, tidak sabar, mementingkan status, dan mementingkan masa. Biasanya mereka ialah golongan yang selalu bercita-cita tinggi yang suka membuat beberapa tugas pada satu-satu masa ataupun multitasking dan mengamalkan gaya hidup yang stres. Mereka tidak suka membazir masa dan menggunakan masa dengan sepenuhnya. Mereka tidak suka pada kelewatan dan penentangan dari mana-mana pihak. Mereka tidak suka menangguhkan sesuatu kerja dan akan menghabiskan sesuatu tugas dengan segera, jika tidak, mereka akan berasa tidak selesa dan sangat stres. Selain itu, mereka akan memaksa diri sendiri untuk menghabiskan sesuatu tugasan sebelum menjelang tarikh akhir kerana mereka amat mematuhi disiplin dan sangat mementingkan kesempurnaan. Orang yang berpersonaliti jenis B pula secara umumnya sabar dan tenang. Oleh yang sedemikian, ciri-ciri ini telah menyebabkan individu jenis B selalu digambarkan sebagai mereka yang acuh tak acuh terhadap sesuatu tetapi ini tidak bermaksud mereka tidak bertanggungjawab. Mereka hanya lebih leka dan mungkin menangguhkan sesuatu kerja,tetapi mereka akan juga melaksanakan tanggungjawab mereka di akhir hari dan menyiapkan tugasan mereka. Mengikut kajian yang dijalankan, Orang yang berpersonaliti jenis A lebih pendek umur berbanding dengan orang yang berpersonaliti jenis B. Hal ini kerana orang yang berpersonaliti jenis A mengalami lebih banyak stress berbanding dengan orang yang berpersonaliti jenis B. Ini adalah kerana mereka sering memberi matlamat yang tinggi terhadap diri sendiri dan mempunyai permintaan tinggi terhadap diri sendiri sedangkan itu melebihi batasan kemampuan mereka. Kita hendaklah sedar akan kemampuan diri sendiri ketika melakukan sesuatu kerana badan manusia mempunyai batasannya yang berbeza bagi tiap-tiap individu. Oleh itu, apabila tugasan yang diberi tidak dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan, mereka akan stress dan menjadi tidak tentu arah berikutan kegagalan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Justeru, orang yang berpersonaliti jenis A lebih mudah mendapat penyakit berbanding dengan orang yang berpersonaliti jenis B kerana apabila stress, badan akan lebih cenderung untuk mendapat penyakit.
Selain diberi ajaran mengenai "Myer-Briggs Type Indicator" kami turut didedahkan dengan " The Big Five Model" yang mengkelaskan personaliti kepada "extraversion", "agreeableness", " conscientiousness" , " neuroticism" dan " openness." Setelah meneliti ciri-ciri yang terdapat didalam setiap pembahagian ini dan melakukan soal selidik yang dijalankan, saya mendapati saya tergolong dalam kelompok personaliti type A dan tergolong dalam kumpulan "agreeableness." Berdasarkan teori ini, individu yang berpersonaliti A yang mempunyai sifat "agreeableness" merupakan seorang yang peramah, mudah berkerjasama dan berdedikasi yang tinggi. Tambahan pula, mereka juga merupakan orang yang optimistik dan sentiasa berpandangan terbuka dan kehadapan. Terdapat kebenaran juga dalam ujian personality ini kerana ianya amat mencerminkan sifat saya. Tetapi sering timbul persoalan adakah ketepatan ujian ini boleh diguna pakai dan kebenarannya yang menghubungkan ujian dengan sifat-sifat realistic seseorang individu. Hanya yang pakar lebih tahu dan hanya ALLAH yang maha tahu kerana ALLAH yang mencipta segal-galanya.

 Kuliah kali ini amat berbeza dengan yang sebelumnya kerana kami berpeluang untuk mengenalpasti personality sendiri berdasarkan ujian yang diambil. Ianya amat seronok dan membuat saya rasa tertarik dengan kelas pengurusan emosi. Sebelum saya mengundur diri, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua dan Maaf Zahir Batin atas segala salah silap saya. Sekian dari jurnal terakhir saya.

Hakcipta Terpelihara,
Muhammad Taqi Bin Hasan
A131262
LJO5
 
 

A131251 HAFIZUL BIN MOHAMED WADZIR LJO5

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bertemu kembali dalam penulisan jurnal saya yang kelima iaitu yang terakhir. Saya amat bersyukur kerana tidak perlu lagi untuk menulis jurnal sepanjang 1000 patah perkataan setiap minggu. Bagi saya hal ini amat membebankan kerana saya bukanlah seorang pelajar yang gemar menaip. Tetapi jutaan terima kasih terus diucapkan kepada semua yang menyokong dan terus membaca jurnal saya ini. Minggu ini saya akan berceloteh sedikit mengenai Emosi, Personaliti, dan Tingkahlaku.

Dalam kuliah ini, Dr Zamri telah menunjukkan satu video yang menarik, iaitu video daripada seseorang yang pernah mengalami kemurungan yang bertajuk "childhood experience" Video ini menceritakan pengalaman seseorang yang mengalami depressi dan cara-caranya menangani masalah dengan mengubah perspektif iaitu pandangan beliau terhadap kehidupan. Dalam video ini, dia telah menunjukkan kekecewaan terhadap hidupnya yang tidak adil. Ini menjelaskan kekecewaan dia terhadap orang di sekelilinginya sehingga beliau tidak lagi mempercayai kawan-kawan dan orang di sekelilingnya dan beranggapan mereka tidak mempedulikannya. Hal seperti ini sering berlaku dalam kehidupan samada terhadap kita ataupun orang disekeliling kita. Kita harus teguh dengan pendirian sendiri, kepercayaan kita dan jangan sesekali mengubah diri sendiri kerana pengaruh negative ataupun tanggapan negative kita terhadap orang lain. Sesetengah orang yang menghidap penyakit 'Schizophrenia' akan hilang kepercayaan terhadap diri sendiri dan juga terhadap orang disekeliling akibat daripada masalah pemikiran yang mereka alami. Pemikiran dan persepsi kita semasa kecil berbeza dengan apabila kita meningkat usia dewasa. Jika sewaktu kecil kita hanya menganggap kehidupan penuh dengan kegembiraan dan hanya kemanisan sahaja, mentaliti kita sering berubah dengan kematangan usia kepada pendapat kita terhadap kehidupan yang sebenar-benarnya apabila meningkat dewasa. Realiti kehidupan perlu difahami dan diadaptasi agar kita pandai menyesuaikan diri dalam dunia kehidupan dewasa.

Setelah itu, kami menerima tugasan. Tugasan pertama yang diberikan ialah untuk menghubungkaitkan klip video tersebut dengan The Psychoanalytic Theory. Teori yang diusulkan oleh Sigmund Freud ini menekankan betapa pentingnya peristiwa pada zaman kanak-kanak dan pengalaman ketika proses pembesaran. Semasa kecil, kita menganggap semua yang berlaku akan berakhir dengan indah, jauh sekali kita mengenal erti kesusahan dan kesedihan. Apa yang dapat saya manfaatkan daripada klip video ini, ialah pengalaman dan pembelajaran kita memberi impak kepada bagaimana kita melihat dunia dari perspektif berbeza. Namun, kita seharusnya sentiasa melihat dunia dari sudut yang positif, kerana tidak semua yang berlaku akan kekal menjadi musibah dan segala yang berlaku sentiasa ada hikmahnya. Tidak kira apa yang berlaku, kita harus sentiasa pandang ke hadapan dan meneruskan kehidupan dengan lebih positif  tanpa mengenang perkara yang sudah lepas; seperti yang dinyatakan dalam klip video tersebut:
 
"Even if those friends betray me, I'll find new ones
Even if the beggar cheats me, I'll keep being generous
Even if the light I see isn't the sun, I'll keep looking for it until I can warm my frozen heart in its warmth.
A long time ago, when I was just a child, I believed that my life was great and that nothing could ever go wrong, I believed that no matter how bad things got there was always a light at the end of the tunnel.
And you know what?
I still believe that."
 
Dalam kuliah ini, kami turut diperkenalkan dengan dua jenis personaliti yang lazim kita gunakan untuk mengkelaskan sifat-sifat manusia, Iaitu personality jenis A and personality jenis B. Orang yang mempunyai personaliti A merupakan individu yang bercita-cita tinggi, agresif, mengawal, berdaya saing, tidak sabar, mementingkan status, dan mementingkan masa. Biasanya mereka ialah golongan yang selalu bercita-cita tinggi yang suka membuat beberapa tugas pada satu-satu masa ataupun multitasking. Mereka tidak suka membazir masa dan pandai menggunakan masa dengan betul. Mereka tidak suka pada kelewatan dan penentangan. Mereka tidak suka menangguhkan sesuatu kerja dan akan menghabiskan sesuatu tugas dengan segera, jika tidak, mereka akan berasa tidak selesa. Selain itu, mereka akan memaksa diri sendiri untuk menghabiskan sesuatu tugasan menjelang tarikh akhir kerana mereka amat mematuhi disiplin dan sangat mementingkan kesempurnaan. Orang yang berpersonaliti jenis B pula secara umumnya sabar dan tenang. Oleh yang sedemikian, ciri-ciri ini telah menyebabkan individu jenis B selalu digambarkan sebagai mereka yang acuh tak acuh terhadap sesuatu tetapi ini tidak bermaksud mereka tidak bertanggungjawab. Mereka hanya lebih leka dan mungkin menangguhkan sesuatu kerja,tetapi mereka akan juga melaksanakan tanggungjawab mereka di akhir hari dan menyiapkan tugasan mereka. Mengikut kajian yang dijalankan, Orang yang berpersonaliti jenis A lebih pendek umur berbanding dengan orang yang berpersonaliti jenis B. Hal ini kerana orang yang berpersonaliti jenis A mengalami lebih banyak stress berbanting dengan orang yang berpersonaliti jenis B. Ini adalah kerana mereka sering memberi matlamat yang tinggi terhadap diri sendiri dan mempunyai permintaan tinggi terhadap diri sendiri sedangkan itu melebihi batasan kemampuan mereka. Oleh itu, apabila tugasan yang diberi tidak dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan, mereka akan stress. Sebagai pelajar perubatan, kami menyedari pengaruh negatif stress terhadap kesihatan. Justeru, orang yang berpersonaliti jenis A lebih mudah mendapat penyakit berbanding dengan orang yang berpersonaliti jenis B.

Seterusnya, kami mengambil ujian personaliti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) untuk menentukan jenis personaliti kami. MBTI membahagikan personality kepada empat bahagian seperti yang dinyatakan di dalam MBTI® Manual: A Guide to the Development and Use of the Myers-Briggs Type Indicator®. Pertama, cara kita bergaul samada cenderung dengan dunia luar atau hidup dengan dunia sendiri; Extraversion (E) atau Introversion (I). Kedua ialah information, di mana individu tersebut lebih suka menerima informasi seadanya, atau menginterpretasi informasi tersebut: Sensing (S) atau Intuition (I). Seterusnya adalah berkaitan dengan membuat keputusan, sama ada membuat keputusan berdasarkan logik ataupun terpulang kepada situasi dan siapakah orang yang terlibat: Thinking (T) atau Feeling (F). Yang terakhir ialah struktur, sama ada kita mahu menerima sesuatu seadanya atau sentiasa mencari informasi dan pilihan yang lain: Judging (J) atau Perceiving (P). Selepas mengambil ujian MBTI, saya mendapat tahu bahawa saya tergolong dalam kategori ESFP. ESFP turut dikenali sebagai The Performers – iaitu orang yang berprestasi tinggi.
Seterusnya ialah The Big Five Theory yang dikategorikan kepada extraversion, agreeableness, conscientiousness, neuroticism dan openness. Melalui soal selidik ini, saya mendapat keputusan Personality A, iaitu untuk agreeableness. Menurut ulasan tentang teori ini, individu yang mempunyai agreeableness yang tinggi dalam soal selidik ini adalah peramah, mudah bekerjasama, dan berdedikasi. Selain itu, mereka adalah orang yang optimistik. Ciri-ciri ini amat tepat dengan saya. Hal ini kerana saya adalah orang yang sangat optimistik. Saya sentiasa berfikir positif walaupun apabila menghadapi kegagalan. Sebagai contoh, apabila saya gagal didalam sesebuah perkara, saya tidak pernah menangisi kegagalan saya dan tidak pernah merasa stress dengan peperiksaan. Sebaliknya, saya mencari punca kenapa saya gagal, dan sentiasa memandang kehadapan dan membuat yang terbaik dalam apapun berdasarkan pengalaman yang ada.

Kuliah kali ini amat menarik kerana dapat mengenali diri sendiri dan bagi saya ujian personality ini sangat seronok untuk dibuat. Saya juga dapat mengenalpasti tentang personality diri dan menyedari bahawa tiap manusia mempunyai perspektif yang berbeza dalam kehidupan. Sekian dari saya dan sebelum saya mengundur diri, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua dan Maaf Zahir Batin atas segala salah silap saya.

Hakcipta Terpelihara,
Hafizul Bin Mohamed Wadzir
A131251
LJO5