Saturday, August 20, 2011

A131652 Nurul Afiqah Binti Mohd Hatim LJ04 Emosi Memotivasikan

Assalamualaikun dan salam sejahtera
                Alhamdulillah bertemu lagi pada jurnal yang ke 4. Penulisan jurnal pada kali ini berkisar tentang apa yang telah saya pelajari semasa menghadiri kuliah pengurusan emosi pada rabu lepas bersamaan 17 Ogos 2011. Kuliah pada kali ini bertajuk emosi dan motivasi dan teori FKP. Apa yang telah saya pelajari serta pendapat saya tehadap tajuk-tajuk ini akan saya ketengahkan di dalam jurnal ini.
                Kuliah pada kali ini dimulakan dengan tayangan video yang bertajuk "Bangkit Asal" nyanyian Halim Yazid. Nyanyian ini menceritakan mengenai pengalaman hidup seorang anak kampung yang miskin dalam menghadapi liku-liku kehidupannya untuk terus mencapai kejayaan. Tanpa rasa putus asa anak kampung itu terus berusaha untuk mencapai kejayaan dan akhirnya beliau berjaya mendapatkan segulung ijazah. Pada pendapat saya, tayangan ini mampu untuk memberikan semangat kepada anak-anak muda kini untuk terus  berusaha tanpa putus asa dan tidak menjadikan kemiskinan sebagai batu penghalang kepada kejayaan sebaliknya menganggap kemiskinan dan kesusahan menghadapi kehidupan sebagai batu loncatan untuk kita terus mengecapi kejayaan dalam kehidupan.
                Seterusnya masuk kepada kuliah yang bertajuk emosi dan motivasi. Kuliah ini menceritakan huungan diantara emosi dan motivasi yang mana ianya merupakan 2 perkara yang berbeza tetapi mempunyai suatu hubungan yang mungkin tidak boleh dipisahkan. Kuliah dimulakan dengan  pendefinisian emosi dan motivasi. Emosi didefinisikan sebagai suatu nada efektif samada positif ataupun negatif dan tidak akan menjadi neutral. Motivasi pula memberi makna sebagai suatu fikiran yang mempunyai arah dan tenaga yang mencetuskan tingkah laku bagi mencapai sesuatu matlamat. Emosi secara umumnya mempunyai 4 komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan. Saya sendiri turut berpendapat bahawa emosi itu berkait rapat dengan motivasi seseorang. Sebagai contoh, perasaan sedih ketika mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan, menjadi satu motivasi kepada saya untuk terus berusaha menuntut ilmu dan bertawakal kepada Allah agar saya mendapat kejayaan dan seterusnya dapat meneruskan cita-cita saya sebagai seorang doktor suatu hari nanti.
                Berdasarkan kuliah ini, Baron dan Lagon (1993) ada menyatakan bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Manakala Lang et al (1992) menyatakan emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Sebagai contoh ialah motif pembunuhan berlaku untuk mendapatkan duit ataupun disebabkan oleh kebencian, yang mana kebencian merupakan suatu emosi,dan emosi ini telah memotivasikan seseorang itu sehingga sanggup membunuh. Selain itu, cinta yang merupakan suatu emosi akan memotivasikan seseorang itu untuk terlibat dalam tingkah laku tertentu seperti menelefon, memberi hadiah dan juga mendirikan rumah tangga.
Namun yang demikian, tidak dalam semua keadaan emosi akan menjadi pendorong dan tidak semua pendorong itu berasaskan kepada emosi. Terdapat motif-motif lain yang menyebabkan sesuatu tingkahlaku itu terjadi seperti motif lapar menyebabkan seseorang itu makan dan motif untuk mencapai kejayaan menyebabkan seseorang itu kuat belajar.
Samesa kuliah, saya turut diperkenalkan dengan beberapa teori  seperti James – Lange Theory, Cannon's Challenge dan Two Factor Theory. James-Lange Theory lebih menumpukan kepada emosi hadir selepas perlakuan. Manakala di dalam Cannon's Challenge pula, emosi yang akan menyebabkan sesuatu tingkah laku. Bagi Two Factor Theory pula, ianya menyatakan bahawa emosi wujud selepas perubahan fisiologi apabila menerima rangsangan. Menurut pendapat saya sendiri, saya lebih bersetuju dengan Two Factor Theory berbanding teori yang lain.
Berdasarkan kuliah kali ini juga, emosi merupakan suatu keadaan arousal yang melibatkan perubahan wajah dan badan, pengaktifan otak perasaan subjektif dan kecenderungan terhadap sesuatu tindakan. Aspek-aspek ini telah terbentuk disebabkan oleh adat budaya seseorang. Secara saintifiknya, emosi tindak balas badan untuk menyesuaikan diri di dalam sesuatu perkara yang berlaku di sekelilingnya. Emosi akan menyebabkan seseorang itu lebih bersedia untuk menghadapi sesuatu situasi dengan cara menghadapinya ataupun berlari untuk mengelak daripada situasi tersebut.
Seterusnya adalah motivasi. Berdasarkan kepada Bickhard (1997), motivasi merupakan suatu aspek pemilihan proses. Menurut Mook (1996), motivasi akan membuatkan seseorang melakukan sesuatu perkara tersebut berbanding perkara lain. Motivasi merupakan suatu faktor dalaman dan luaran sesuatu organisma itu yang menyebabkannya untuk bertindak dengan cara tertentu pada waktu-waktu yang tertentu. Konsep motivasi adalah "drive" yang merupakan suatu keadaan dalaman ataupun rangsangan  yang mengaktifkan kelakuan untuk mengurangkan suatu keperluan dan mengembalikan hemostasis tubuh. Drive kebanyakkannya terletak pada hypothalamus di dalam otak. Konsep yang seterusnya ialah insentif yang merupakan matlamat luaran yang akan menarik ataupun menolak seseorang untuk melakukan sesuatu konsep lain yang berkaitan dengan motivasi adalan instinc yang bererti motivasi itu adalah semulajadi. Seseorang itu juga akan bermotivasi untuk mengekalkan tahap arousal yang optimum. Selain itu, terdapat juga Humanistic Theory yang merupakan hieraki dalam keperluan yang termasuk dalan konsep motivasi.    
Insentif terdiri daripada banyak faktor samada kewangan ataupun bukan kewangan yang memberikan suatu motif terhadap sesuatu tindakan ataupun sebagai satu sebab untuk memilih sesuatu alternatif. Instinct pula merupakan sesuatu yang di warisi, ianya tidak dipelajari dan mewarisi bentuk reaksi ataupun tindakan yang tetap terhadap sesuatu rangsangan. Arousal merupakan suatu keadaan fisiologikal dan pshykologikal untuk berada di dalam keadaan sedar. Seseorang itu akan bermotivasi untuk mengekalkan tahap arousal yang optimum, tidak terlalu tinggi mahupun terlalu rendah. Motif ingin tahu membantu seseorang itu untuk memahami persekitarannya.
Bagi Humanistic Theories pula, Abraham Maslow mengatakan bahawa motif itu terbahagi kepada beberapa aras yang terdiri daripada keperluan asas kehidupan sehingga ke psikologikal dan keperluan diri sendiri.  Keperluan asas kehidupan terbahagi kepda dua iaitu keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan. Keperluan fisiologi seperti air, makanan dan rehat. Keperluan fisiologi pula adalah seperti dilindungi dan menjamin keselamatan. Keperluan psikologikal pula terdiri daripada keperluan memiliki dan keperluan kasih sayang seperti mempunyai pasangan hidup, keluarga dan rakan-rakan. Mempunyai pasangan hidup merupakan suatu yang penting kerana kepada mereka tempat untuk kita bercerita berkongsi kegembiraan ataupun kesedihan yang dialami.
Seterusnya adalah tajuk kuliah kedua yang membincangakn mengenai teori FKP. Teori ini terdiri daripada beberapa teori iaitu teori fisiologi, teori kognitif dan teori psikoanalisis. Menurut  teori fisiologi, emosi merupakan hasil produk daripada otak dan sistem saraf seseorang itu. 3 teori fisiologi telah dibincangkan dalam kuliah ini iaitu James-Lang Theory, Cannon–Bard Theory dan Psychobiological Theory. Bagi teori kognitif, ianya lebih mementingkan peranan pemikiran untuk memandu emosi seseorang. Salah satu teori yang terdapat di dalam teori ini ialah Schachter Theory yang mengatakan bahawa situasi yang melahirkan reaksi tubuh seseorang.
Akhir kalam, emosi sebenarnya sangat meluas sehingga mampu untuk mencetuskan motivasi, namun yang demikian emosi yang melampau mampu memberikan kemudaratan kepada diri sendiri dan juga orang lain disekeling kita. Oleh yang demikian, sama-samalah kita menimbang semula emosi kita samada ianya mampu memberikan sesuatu yang positif ataupun negatif.
Sekian.

A131956 Nurkhaledatul Falah bt Nuzma Adil

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
            Bertemu kembali dalam jurnal saya yang keempat bagi kursus Pengurusan Emosi. Seperti biasa, minggu ini Dr. Zamri menyampaikan dua tajuk dalam satu kuliah, iaitu Emosi dan Motivasi serta Teori Fisiologi, Kognitif dan Psikoanalitik. Pada permulaan kuliah, kami telah berkumpul mengikut kumpulan dan berbincang mengenai tajuk bagi tugasan 2 yang akan bermula tidak lama lagi. Setiap kumpulan dikehendaki memilih tajuk yang berkaitan dengan emosi dan mendaftarkan kumpulan masing-masing mengikut tajuk yang dipilih. Kemudian, kelas disambung dengan taklimat ringkas oleh Dr. Zamri berkaitan tugasan 2 ini. Akhir sekali, kuliah disampaikan dengan ringkas dan padat sehingga tamat masa kuliah.
            Bagi kuliah yang pertama, ianya merupakan sambungan atau mempunyai hubung kait dengan tajuk kuliah pada minggu pertama. Emosi boleh menjadi positif atau negatif dan tiada yang neutral. Motivasi pula merupakan aspek tingkahlaku yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu. Seperti yang telah disampaikan dalam kuliah yang lalu, emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan. Emosi boleh mencetuskan dorongan untuk seseorang bertindak. Menurut Bickhard, 1997, motivasi adalah di mana kita memilih apa tindakan yang bakal dilakukan. Motivasi turut mempunyai konsep yang tersendiri. Motivasi merupakan faktor luaran dan dalaman yang membuatkan seseorang mempunyai tingkahlaku tertentu seperti drive merupakan desakan dalaman yang mengaktifkan tingkahlaku dan incentif iaitu matlamat luaran yang 'menolak' atau 'menarik' sesuatu kecenderungan untuk bertindak.
            Hujah ini telah menarik perhatian saya kerana ianya pasti pernah dialami oleh setiap orang. Sebagai contoh, penulisan jurnal untuk kursus Pengurusan Emosi. Adakah ianya kerana memang pelajar menulisnya dengan ikhlas dan rela hati atau pelajar ingin memenuhi tuntutan tugasan 1 semata-mata bagi mendapatkan markah untuk peperiksaan? Kebanyakan pelajar melakukannya hanya untuk memenuhi keperluan tugasan bagi mendapatkan markah untuk peperiksaan. Markah merupakan incentif atau matlamat luaran yang menarik para pelajar untuk menulis jurnal pembelajaran mereka. Namun, ada juga sebilangan pelajar yang membuat jurnal ini kerana desakan dalaman serta matlamat luaran. Pelajar-pelajar ini melakukan jurnal lebih kerana ingin memenuhi keperluan kursus tetapi dalam masa yang sama mereka mengambil peluang ini untuk mengulangkaji kuliah yang telah disampaikan kepada mereka. Hal ini dapat membantu mereka untuk menjawab soalan pada peperiksaan yang akan datang serta mereka dapta mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian.
            Emosi dan motivasu turut memiliki hubungan sesame mereka. "Emotion emphasizes arousal, while motivation emphasizes action". Pernyataan tersebut menggambarkan hubungan antara emosi dan motivasi. Dalam pernyataan tersebut, emosi menekankan arousal, iaitu kita didorong untuk mengekalkan aras kebangkitan yang optimum. Setiap orang memiliki tahap kebangkitan yang tersendiri. Emosi membantu seseorang itu untuk mengekalkan aras kebangkitan yang telah dicipta olehnya kepada aras yang optimum atau aras yang paling tinggi boleh dicapai olehnya. Motivasi pula menekankan tingkahlaku atau tindakan. Motivasi akan mendorong kita untuk melakukan sesuatu. Untuk mengekalkan aras yang optimum, motivasi akan membantu dengan mendorong orang itu melakukan sesuatu yang boleh mengekalkan prestasi yang optimum. Motivasi akan membantu kita memilih tindakan atau tingkahlaku yang akan dilakukan bagi mengekalkan prestasi yang dikawal oleh emosi. Melalui pernyataan ini jelaslah bahawa emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan dan mereka mempunyai hubungkait yang sangat rapat.
Semasa sesi taklimat berjalan, saya tertarik dengan satu cadangan tajuk tugasan 2 yang dibekan oleh Dr. Zamri. Tajuk berkenaan berkaitan sebuah filem lama yang mengisarkan manusia yang tidak memiliki ekspresi muka yang menggambarkan emosi. Pada hujung minggu yang lalu, saya bersama seorang rakan telah menonton sebuah filem bertajuk Cowboys vs Aliens. Dalam filem ini, saya dapati ekspresi wajah hero tidak menggambarkan emosi yang dialaminya. Beliau berjaya mengawal emosinya tanpa perlu diekspresikan melalui riak wajah beliau. Hal ini menunjukkan emosi tidak semestinya dapat dibaca atau dilihat melalui ekspresi atau riak wajah seseorang. Hal ini kerana tidan semua riak wajah menggambarkan emosi sebenar yang dialami oleh orang itu. Sebagai contoh, melalui filem ini, saya dapat melihat kesedihan dan kekeliruan yang disembunyikan oleh hero tersebut yang diberi nama Jake Lonergan. Emosi sedih serta kelirunya dapat disembunyikan di sebalik ekspresi wajahnya yang garang, gagah dan berani. Pada hakikatnya, beliau berasa keliru kerana pada mulanya beliau tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku pada dirinya termasuk namanya sendiri.
            Sepanjang filem ini ditayangkan, emosinya dikeluarkan sedikit demi sedikit. Pada pertangahan cerita, saya dapat melihat perasaan marah yang dipendam olehnya terhadap makhluk asing yang telah merampas kebahagiaan hidupnya setelah mereka menangkap isterinya. Emosi marah tersebut telah mendorong beliau untuk menjadi berani dan membalas dendam serta menuntut bela terhadap apa yang telah berlaku. Ingatannya telah kembali pulih sedikit demi sedikit dan member motivasi kepada beliau untuk bertindak terhadap makhluk asing yang telah memusnahkan hidupnya. Dari sini, saya dapt melihat hubungan antara emosi dan motivasi yang mendorong ke arah tindakan yang diambil oleh Jake Lonergan. Emosi atau perasaan sedih digambarkan olehnya apabila beliau menangis atas kematian rakan seperjuannya yang turut ingin menuntut bela atas kematian keluarganya. Gabungan kesemua emosi tersebut telah mendorong Jake Lonergan mengekalkan aras kebangkitan yang optimum bagi memastikan matlamatnya tercapai.
            Berlainan pula dengan dengan filem Zookeeper, di mana emosi yang dialami oleh watak hero dapat dilihat dengan jelas melalui ekspresi wajahnya. Pada mulanya, kegembiraan dapat dilihat dengan gelak tawa serta senyuman di wajahnya serta tindak-tanduk beliau yang menggambarkan kegembiraannya. Walaubagaimanapun, kegembiraan tersebut berakhir apabila pinangannya ditolak oleh kekasihnya. Kesedihan digambarkan melalui wajahnya yang kusam serta tidak bersemangat. Tingkahlakunya turut melambangkan kesedihan yang dialami olehnya. Emosi gementar dan terkejut turut ditonjolkan oleh beliau apabila beliau bertemu semula dengan bekas kekasihnya. Disebabkan emosi tersebut, tindakan beliau tidak tentu arah dan serba tidak kena. Beliau tidak dapat mengawal tindakannya yang dimulakan dengan emosi terkejut setelah melihat sesuatu yang tidak dijangka. Walaubagaimanapun, binatang-binatang yang terdapat dalam zoo yang dipelihara oleh beliau telah membantu memberi motivasi serta dorongan bagi mendapatkan semula bekas kekasihnya. Dorongan tersebut telah memnimbulkan emosi ingin mencuba serta berani melakukan sesuatu yang baru. Memalui emosi tersebut beliau telah mendapat motivasi serta dorongan untuk bertindak bagi mencapai matlamatnya.
            Melalui kedua-dua cerita atau file mini, saya dapat melihat hubungan yang rapat anatara emosi dan motivasi. Saya bersetuju dengan pernyataan bahawa emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan. Emosi akan menyebabkan seseorang itu mendapat motivasi serta memilih tindakan yang betul bagi mengekalkan prestasi yang optimum. Namun, begitu, tidak semua emosi dapat dilihat melalui ekspresi wajah seseorang. Hal ini kerana tidak semua individu akan menggambarkan emosi mereka melalui riak wajah apabila mereka dapati mereka lebih selesa menyembunyikannya di sebalik ekspresi wajah yang berlawanan dengan emosi yang dialami oleh mereka. Dengan ini, tamatlah penulisan jurnal saya pada kali ini. Saya harap kuliah-kuliah yang datang dapat memberi saya input yang baru berkaitan emosi dan saya dapat mengaplikasikannya dapat kehidupan seharian. Sekian, terima kasih.

A131535 Rafiqah Binti Azhar LJ04 Lets Motivate!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pensyarah yang mengajar subjek pengurusan emosi, Dr. Zamri, rakan – rakan seperjuangan serta pembaca dan pengkritik yang dihormati. Pada minggu ini adlah merupakan minggu yang keempat saya dan rakan – rakan yang lain berusaha keras dalam menulis jurnal ini. Pelbagai cabaran telah kami lalui dalam bulan ramadhan ini. Alhamdullilah walaupun jadual pembelajaran yang amat padat serta cuaca yang tidak menentu dapat juga saya pada kali ini menulis jurnal untuk subjek ini. Pada 17 ogos 2011 yang lalu, dalam pengurusan emosi telah terdapat dua tajuk yang saya pelajari. Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut mengenai tajuk yang saya pelajari, sebelum bermulanya kuliah kami juga telah diarahkan supaya membentuk kumpulan yang merangkumi kumpulan diskusi kami sendiri untuk tugasan kedua.
            Kami juga telah diberikan amanah untuk memilih serta berbincang dengan ahli kumpulan masing – masing mengenai tajuk kajian yang akan kami jalankan kelak. Seterusnya , antara tajuk yang kami pelajari pada minggu ini dalah emosi dan motivasi serta teori-teori fisiologikal, kognitif & psikoanalitik. Dalam tajuk pertama iaitu emosi dan motivasi, emosi didefinisikan antara sesuatu yang negatif atau positif tetapi tidak akan sesekali bersifat neutral. Manakala motivasi pula didefinisikan sebagai pembelajaran mengenai arah serta semangat dari segi sikap seseorang itu. Terdapat empat komponen emosi antaranya adalah perasaan , proses kognitif , perubahan fisiologi serta tingkahlaku berkaitan dan juga sering kali dikatakan bahawa emosi itu lebih lagi luas daripada perasaan. Menurut Baron & Logan, 1993, emosi juga tidak dapat dipisahkan dengan motivasi. Selain itu, Lang et al, 1992 juga turut mengatakan bahawa emosi merupakan tingkahlaku dan boleh menjadi emosional.
            Emosi juga boleh menjadi pendorong kepada seseorang itu untuk mencapai kejayaan. Namun begitu, tidak semua emosi dapat menjadi pendorong kepada seseorang untuk mencapai kejayaan. Adakalanya emosi juga dapat dilihat sebagai pemusnah kejayaan atau kebangkitan seseorang itu. Terdapat beberapa teori yang saya pelajari dalam kuliah kali ini iaitu teori James-Lange, Cannon challenges dan two factor theory. Emosi juga dilihat sebagai respon adaptasi badan yang bertindak keatas persekitaran dan juga membantu kita berkomunikasi dengan orang lain. Motivasi pula merupakan proses pemilihan seperti yang telah diperkatakan oleh Bickhand 1997. Terdapat juga beberapa teori mengenai motivasi. Antaranya adalah motivasi , 'drive' , 'incentive' dan banyak lagi. Oleh itu , disini dapat kita simpulkan bahawa emosi dan motivasi sangat berkait rapat antara satu sama lain.
            Tajuk kedua pada minggu ini adalah mengenai teori fisiologikal , kognitif dan juga psikoanalitik. Dalam teori fisiologi ini telah dinyatakan bahawa teori ini sangat berkait rapat dengan dengan sumber primary iaitu otak dan juga system saraf. Antara teori yang terdapat adalah James-lang, Cannon-Bard, dan juga psikibiologi teori. Ianya banyak memperkatakan mengenai tindak balas badan apabila ternampak atau sesuatu emosi. Ini kerana otak sedang memproses segala maklumat untuk dinyatakan dalam bentuk emosi. Selain itu, terdapat empat aspek yang telah saya pelajari dalam teori kognitif. Antaranya adalah Schachter's Cognitive Labeling Theory iaitu memainkan peranan dalam melabel serta menyatakan emosi yang dialami melalui pengalaman. Aspek yang kedua adalah 'misattribution' iaitu salah sangka yang mungkin terjadi apabila tersilap dalam meneka apakah penyebab kepada berlakunya sesuatu emosi tersebut. Transfer of excitation juga merupakan salah satu aspek dalam teori ini. Dalam aspek ini telah dinyatakan bahawa ianya dapat berpindah dari satu sumber ke sumber yang lain. Akhir sekali aspek yang keempat adalah 'Cognitive appraisal theories'. Antara penerangan yang diberikan dalam teori ini adalah respon emosi dan juga tindakbalas sikap untuk menunjukkan emosi yang dialami pada ketika itu. Dalam teori yang ketiga iaitu psikoanalitik, ianya adalah kerana emosi serta pengalaman yang dialami. Namun begitu, ianya selalu tidak diingati oleh orang lain sebagai contoh adalah pengalaman pada zaman kanak – kanak.
            Terdapat banyak perkaitan yang dapat saya pelajari dari hidup saya dan juga mengenai kuliah yang telah diberikan pada minggu ini. Ini adalah kerana pada minggu ini keputusan bagi salah satu subjek saya telah keluar. Namun begitu , keputusan yang telah saya dapat tidaklah sangat membanggakan. Namun begitu. Ianya tidak sama sekali mematahkan semangat saya untuk terus belajar dalam mendapatkan keputusan yang lebih bagus. Saya mengambil apa yang telah terjadi kepada saya dari segi positif. Ini adalah kerana ianya dapat mendidik saya agar dapat berusaha dengan bersungguh – sungguh pada masa akan datang.
            Dalam tajuk kuliah pada minggu ini telah dapat kita lihat bahawa, emosi juga dapat membantu kita dalam meningkatkan taraf hidup seseorang itu. Sering kali kita lihat didada – dada akhbar, orang – orang yang telah berjaya menempah nama. Antaranya adalah penulis 'Harry Potter' iaitu J.K Rowling dan juga Lee Chong Wei. Berbalik kepada kita penulis novel harry potter ini, pada awalnya beliau hanya seorang penulis yang tidaklah terkenal. Pada awalnya beliau telah menghantar manuskrip kepada beberapa buah syarikat cetakan. Namun begitu , semua syarikat penerbitan tersebut telah menolak karya beliau. Disini dapat kita lihat bahawa jika kita berada ditempat beliau semestinya kita akan berasa amat hampa apabila segala hasil usaha kita tidak dihiraukan oleh orang lain. Namun begitu , sikap tidak mudah berputus asa yang terdapat dalam diri penulis ini akhirnya telah membuahkan hasil. Ini adalah kerana salah satu syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan karya beliau dan disitu jugalah bermulanya kejayaan beliau sebagai seorang penulis novel yang terkenal.
            Sebagai contoh yang kedua dapat kita lihat dari pemain badminton Negara kita iaitu Lee Chong Wei. Ini adalah beliau seringkali berlatih dan juga memasuki pertandingan dan hasilnya beliau sekarang telah memegang gelaran pemain badminton nombor 1 dunia. Walaupun beliau sering kali mengalami kekalahan ditangan musuh tradisinya iaitu Lin Dan namun ianya tidak pernah sama sekali mematahkan semangat beliau untuk terus bermain untuk negara kita. Sifat yang ditunjukkan beliau dapat dijadikan motivasi bukan sahaja pada diri beliau sendiri malah dapat dikongsi serta dipelajari oleh orang lain agar lebih berusaha dan juga tidak pernah mengenal erti berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara.
            Kesimpulannya segala emosi yang ditunjukkan dapat kita jadikan sebai emosi untuk kehidupan seharian kita. Ianya bukan sahaja membantu malah dapat meningkatkan taraf hidup kita kelak. Namun begitu, untuk menjadikan emosi yang kita alami sebagai satu motivasi ianya bergantung kepada diri kita sendiri. Ini adalah kerana jika kita beranggapan sesuatu yang positif maka terjadilah sedemikian dan jika sebaliknya maka terjadilah yang sebaliknya. Sekian terima kasih.

Emosi dan MOTIVASIII

Ong Wei Jie A131799 


Salam sejahtera dan Selam Satu Malaysia. Pada 17 Ogos 2011, saya telah menghadiri kuliah ZT pengurusan emosi. Tajuk yang disampaikan pada hari ini ialah " Emosi dan Motivasi" Kuliah pada hari tersebut dimulakan dengan penjelasan tentang tugasan-tugasan yang bakal kami lakukan. Dr Zamri juga memuji kami kena menghasilkan jurnal yang unik dengan melampirkan tentang pengalaman kami dan bacaan lain.

Selepas menerangkan tentang tugasan dengan teliti, seperti biasa, kuliah dimulakan dengan sebuah lagu "Bangkit Asal" yang dinyanyikan oleh Halim Yazid. Beliau berasa daripada keluarga yang miskin. Namun, ini tidak menghalang beliau daripada Berjaya dalam kehiduoan. Ini kerana beliau berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Muda and kini berjaya memegang jawatan sebagai pensyarah di Universiti Malaya. Beliau telah membuktikan tiada perkara yang mustahil dalam kehidupan asalkan kita mempunyai semangat yang kuat dan tidak berputus-asa. Lagu ini menyebabkan saya teringat sekata pepatah berbunyi "What doesn't kill you make you stronger"

Seterusnya, Dr Zamri menerangkan tentang maksud motivasi and perhubungan antara emosi dan motivasi dengan teliti.  Motivasi didefinasikan sebagai "sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif."Dari kefahaman saya sebelum ini, motivasi merupakan emosi positif yang harus wujud dalam kehidupan kita supaya hidup kita sempurna. Tanpa semamgat motivasi, hidup kita tidak bermakna kerana kita tidak dapat mencapai matlamat hidup tanpa motivasi yang kuat. Pada pendapat saya, motivasi boleh diperoleh daripada banyak sumber. Antaranya ialah keluarga, kawan, kekasih, mentor, dan sebagainya. Berjaya melakukan sesuatu dengan Berjaya dapat meningkatkan motivasi kita dengan berkesan. Contohnya memenangi perlawanan badminton dapat mencetuskan semangat motivasi yang kuat dalam jiwa kita. Namun, pada pendapat saya, sumber motivasi yang paling penting adalah dalam diri kita dan permikiran kita. Hal ini kerana, keluarga dan kawan kita tidak menemani kita selama-lamanya dan kadang- kadang kita harus menghadapi masalah yang susah tanpa bantuan dan motivasi mereka. Dalam situasi ini, semangat motivasi tersebut harus berasal dari pemikiran kita sendiri. Kita harus memberi motivasi kepada diri sendiri supaya tabah menghadapi masalah tersebut. Hal ini penting kerana apabila kita bekerja dalam masyarakat, kita sering akan menghadapi masalah dan kawan-kawan dan keluarga tidak aka nada di sisi kita. Ini adalah pendapat saya tentang motivasi.

Tetapi selepas menghadiri kuliah, saya mendapat tahu bahawa motivasi berkaitan dengan emosi kita. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi mengikut Baron dan Logan pada tahun 1993.  Lang et al, 1992 pula membincangkan bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Sebagai contoh, apabila seseorang membenci orang lain. Emosi kebencian akan memotivasikan dia untuk rajin berusaha supaya dapat memenangi musuhnya. Di sebaliknya, apabila seseorang dilamun cinta, dia akan mendapat motivasi yang kuat untuk melakukan sesuatu perkara seperti menelefon, memberi hadiah demi menghiburkan kekasihnya. Contoh-contoh tersebut telah membuktikan emosi kita banyak mencetuskan motivasi yang kuat tanpa mengira emosi positif atau emosi negatif.

Oleh itu, kita harus pandai menguruskan emosi kita dengan berkesan. Dalam hal ini, Dr Zamri telah menyatakan  sahabat dan mempunyai pasangan hidup merupakan keperluan kehidupan kita yang penting. Ini kerana kita memerlukan teman untuk meluahkan perasaan dan emosi kita. Dengan adanya teman, kita akan berasa selesa dan emosi kita akan stabil kerana kita tahu teman tersebut akan bersama dengan kita walaupun kita menghadapi masalah. Pada pendapat saya, terdapat cara-cara lain untuk memotivasikan sendiri.

1.      Mempunyai kepercayaan agama yang kuat. Kepercayaan agama akan memberikan kita keyakinan dan motivasi semasa kita menghadapi masalah

2.      Menjaga kesihatan kita dengan sentiasa bersenam, mengabil makanan yang sihat  dan mendapat tidur yang secukupnya. Badan yang sihat dan minda yang cerdas yang membantu kita menghadapi masalah.

3.      Berkawan dengan kawan yang berfikiran positif dan berfikiran matang supaya mereka dapat mempengaruhi kita dan memberikan pendapat bernas semasa kita menghadapi masalah.

4.      Sentiasa melakukan pekara yang digemari, contohnya melancong, mendengar muzik, membeli-belah, dan menyanyi

5.      Sentiasa bersyukur dengan semua benda yang dimiliki dan menghargai orang kesayangan di sisi kita.

Saya pernah membaca sebuah artikal yang menyatakan ramai ahli psikologi berpendapat apabila sesuatu matlamat sudah tercapai, motivasi yang ada akan hilang. Ini kerana, bila yang diinginkan sudah tercapai, ia akan berpuas hati dan tidak lagi menjadi perangsang kepadanya; matlamat itu tidak lagi menjadi sesuatu yang mendorong atau memotivasikan dirinya untuk terus berusaha mendapatkannya.

Tambahan pula, Dr zamri juga menerangkan teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitif.. James-lang teori ialah teori yang paling awal dalam menerangkan tentang emosi manusia. Teori ini menjelaskan fisiologikal reaksi terhadap sesuatu stimuli akan mencetus kepada emosi. Event ==> arousal ==> interpretation ==> emotion. Namun dalam Cannon-Bard Teori pula, ia mengandungi kritikan terhadap teori James-Lang, iaitu organ system yang bertanggungjawab dalam mencetus emosi bertindak sangat lambat manakala emosi itu bertindak lebih cepat. Menurutnya, fisiologikal reaksi sangat lambat untuk mencetus kepada respond emosi yang berlaku lebih awal daripadanya. Saya tidak bersetuju dengan teori Cannon-Bard kerana badan kita sememangnya unik dan stimuli-stimuli dari badan luar akan sampai ke otak dalam masa kurang daripada setengah saat masa. Selain itu, bahan kita dapat menghasilkan tindak-balas terhadap sesuatu perubahan. Oleh itu, saya amat yakin perubahan fisiologikal badan kita berkaitan rapat dengan emosi kita.. Di samping itu, psikobiologikal teori yang diperkenalkan oleh Jack Panksepp, 1982 1992, menyatakan emosi berkaitan dengan sesetengah litaran neural. Beliau mencadangkan empat emosi asas iaitu fear, rage, panic and expectancy, yang berkaitan dengan sistem arahan dalam otak. Keempat-empat emosi asas ini memainkan peranan penting dalam menghasilkan emosi lain. Panksepp turut menjelaskan bahawa neurochemical yang khusus mungkin berkaitan dengan banyak sistem arahan emosi, seperti dopamine berkaitan dengan sistem expectancy manakala acetycholine berkaitan dengan sistem rage. Seterusnya pada 1998, beliau telah mengenal pasti sistem emosi asas berdasarkan struktur dalam sistem limbic kita.

Secara kesimpulan, saya ingin mengulaskan bahawa motivasi amat penting dalam kehidupan kita. Ini adalah kerana motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha demi mencapai tujuan atau matlamat tersebut. tambahan pula, Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini dan diyakini boleh dicapai atau perolehi. Namun bagi sesetengah orang, apabila sesuatu matlamat sudah tercapai, motivasi yang ada akan hilang. Seseorang tidak harus berkelakuan sedemikian, hal ini kerana motivasi yang dipupuk amat berkesan untuk memastikan kita berjaya dalam kehidupan kita pada hari lain.

 

 

 

 

 

A131230 Mohamed Ismail B Ahmad (Konsep Motivasi)

Kuliah ke empat pada minggu lepas, Dr Zamri telah menyentuh tentang tajuk emosi dan motivasi.  Beliau telah mengaitkan komponen emosi fungsian dalam penjelasannya mengenai pengenalan terhadap tajuk ini. Faedah daripada penerangan beliau boleh disimpulkan dengan lebih ringkas dan tepat iaitu, perasaan yang dialami oleh individu akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Emosi boleh ditakrifkan oleh keberkesanan nadanya sama ada positif atau negatif dan tidak pernah neutral. Manakala motivasi pula umumnya dianggap sebagai kajian dalam aspek arah dan tenaga tingkah laku. Seperti apa yang telah diulaskan oleh Dr Zamri sebelumnya, emosi dan motivasi berkait rapat dengan semua komponen emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan juga tingkah laku. Menurut Baron dan Lagon (1993), emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan dan saling berinteraksi serta memenuhi antara satu dengan yang lain.
                Antara pengajaran yang menarik perhatian saya pada minggu ini ialah berkenaan dengan konsep motivasi. Konsep ini boleh terbahagi kepada lima bahagian iaitu motivasi, pemacu, insentif, naluri dan juga kebangkitan. Motivasi ini berkonsepkan faktor luaran yang mempengaruhi tingkah laku seseorang pada masa yang tertentu. Sebagai contoh yang paling mudah, ketika di bulan puasa sangat mudah orang Islam untuk bersabar padahal di luar bulan puasa tabiatnya jauh terlalu panas baran. Sekiranya dikaji dengan lebih lanjut, hal ini adalah disebabkan oleh adanya kata kata yang mengatakan pada bulan puasa tidak boleh marah marah. Maka walaupun penyebab kemarahan itu sama sahaja sama ada pada bulan puasa ataupun bukan, tanggapan ataupun persepsi seseorang itu telah dikuasai oleh faktor luaran. Oleh itu, tingkah lakunya juga berubah mengikut keadaan waktu. Secara tidak langsung dalam hal ini, nasihat untuk bersabar di bulan puasa menjadi satu motivasi walaupun persepsi seperti ini adalah salah kerana sabar itu sebenarnya perlu dipupuk dan dilatih di bulan puasa supaya kelak keluar dari bulan puasa sifat sabar itu terus ada.
                Konsep pemacu pula adalah keadaan dalaman atau gerak hati yang mengaktifkan tingkah laku untuk mengurangkan keperluan dan memulihkan homeostasis. Homeostasis pula merujuk kepada kebolehan atau kecenderungan organisma atau sel untuk mengekalkan keseimbangan dalaman dengan menyesuaikan proses fisiologi. Seperti apa yang saya jelaskan dalam jurnal saya yang pertama, fisiologi dalam konteks ini merujuk kepada perubahan dari segi sistem dalaman manusia seperti perubahan kadar pernafasan dan degupan jantung. Sekiranya badan kita Cuma bergantung kepada keperluan fisiologi untuk menyelaraskan homeostasis dan tidak melalui cara alternatif, maka perubahan fisiologi yang melampau boleh memundaratkan seseorang. Seseorang individu itu akan dirujuk sebagai homeostasis yang tidak seimbang. Oleh itu tingkah laku sangat penting sebagai alat dan medium alternatif semula jadi untuk membantu memperbaiki sistem homeostasis.
                Insentif pula merujuk kepada penerimaan atau penolakan kepada sesuatu tingkah laku. Konsep ini sangat sukar untuk difahami kerana makna yang ingin disampaikan adalah sangat kabur. Oleh yang demikian, saya bersenang hati untuk mencari lebih lanjut apakah yang dimaksudkan dengan insentif dalam konteks pembelajaran ini. Apa yang saya perolehi Sullivan, arthur; Steven M. Sheffrin (2003) menjelaskan insentif merujuk kepada mana mana faktor yang menyediakan motif bagi sesuatu tindakan serta diambil kira sebagai sebab untuk membuat pilihan berdasarkan kecenderungan perasaan. Sebagai inferensnya ia merujuk kepada harapan yang menggalakan seseorang untuk berkelakuan dengan tingkah laku yang tertentu. Sebagai contoh, lulus peperiksaan dengan harapan mendapat ganjaran daripada ibu dan bapa. Ini akhirnya akan membentuk motivasi kepada seseorang untuk berkelakuan rajin belajar supaya memperolehi ganjaran yang diharap harapkan tadi. Harapan inilah yang dirujuk sebagai motif kepada tingkah laku seseorang itu.
                Naluri pula berkonsepkan sesuatu tindak balas yang semula jadi terhadap sesuatu rangsangan. Sebenarnya saya tidak faham mengapa naruli dikira sebagai salah satu struktur kepada emosi atau motivasi. Sekiranya motivasi ini didefinisikan sebagai faktor luaran yang mempengaruhi tingkah laku seseorang, jadi apakah tingkah laku yang dimaksudkan dalam definisi ini hasil daripada didikan seperti sekolah atau kuliah? Ya. Sekiranya dianalisis, motivasi ini mempunyai dua peringkat. Peringkat yang pertama merujuk kepada tindak balas spotan serta bersifat semula jadi terhadap sesuatu rangsangan. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu putus cinta buat pertama kalinya maka emosi yang dialami ialah sedih. Putus cinta ini merupakan faktor luaran yang pertama. Peringkat yang kedua pula ialah wujudya faktor luaran yang kedua menindas faktor pertama. Sebagai contoh dalam hal ini, kawan memujuk supaya bersabar. Pujukan inilah merupakan faktor kedua dan motifnya adalah cenderung kepada kesabaran untuk melawan kesedihan yang dialami. Maka inferensnya ialah yang dimaksudkan dengan motivasi adalah faktor kedua manakala faktor pertama merupakan apa yang dikatakan sebagai naluri.
                Konsep yang terakhir adalah kebangkitan. Konsepnya menegaskan bahawa keadaan fisiologi dan psikologi perlu dijaga di tahap optimum, tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Konsep ini juga sangat mengelirukan. Berkenaan dengan fisiologi saya telah huraikan di dalam perenggan yang sebelumnya. Psikologi ini merujuk kepada pembelajaran sains keadaan mental dan tingkah laku. Ianya berperanan untuk mengaitkan kesinambungan antara fungsi mental dengan fungsi tingkah laku. Bagi individu yang memiliki persediaan mental yang kuat, tidak kira apa jenis halangan di dalam hidupnya semuanya dapat di lepasi. Lebih mudah saya katakan ia sebagai semangat untuk terus hidup yang kuat. Sebagai contoh, sesetengah individu berjaya menempuhi segala keperitan dalam hidupnya sebagai pelajar perubatan dan individu yang lain tidak berjaya. Perbezaannya adalah banyak berkait rapat dengan persediaan mental kerana segala tingkah laku adalah diasaskan oleh keadaan mental. Sering kali saya dengar pesakit mental berkelakuan aneh dan tidak betul. Sekiranya terlebih daripada tahap optimum, segala yang negatif pula diterima bulat bulat. Jika kurang akan menyebabkan seseorang itu sangat lemah semangat pula. Kesimpulannya, segalanya bergantung kepada keadaan mental.
                Perkara yang terakhir saya pelajari daripada Dr Zamri adalah untuk tidak menduakan minda. Maksud yang ingin disampaikan oleh beliau ialah jangan menduakan fokus iaitu kepada kuliah dan juga kepada nota nota perubatan. Nasihat ini penting kerana sekiranya kita menduakan minda kita, maka hasil daripada duduk selama tiga jam di dalam bilik kuliah adalah tidak sedikitpun bermanfaat, melainkan menahan diri di dalam bilik kuliah. Demikian itu Dr Zamri menegaskan untuk menumpukan perhatian kepada kuliah beliau sambil menulis jurnal untuk minggu ini. Secara tidak langsung saya pelajari dari Dr Zamri ialah kesabaran serta tabahnya beliau dalam sepanjang kuliah terhadap mereka yang enggan berkerjasama. Sekiranya saya mengaplikasikan ilmu yang beliau asuhkan, kesabaran ini menunjuk bertapa berpengalamannya Dr Zamri dan ini membuktikan beliau sangat kuat daya tahanan mental. Oleh itu, Dr Zamri merupakan contoh terbaik kepada beberapa konsep emosi dan motivasi. Sesuai dengan tajuk kursus, Dr Zamri sememangnya arif dalam  menguruskan emosi. Sekiranya saya pada tempat beliau untuk menyampaikan kuliah, sudah pasti saya akan melepaskan geram kepada pelajar.
                Sebagai kesimpulannya, kursus ini walaupun agak membebankan saya kerana kesibukan namun faedah yang saya perolehi daripada kuliah kuliah pengurusan emosi setakat ini cukup bermakna bagi saya. Ini kerana boleh jadi apa yang kita tidak suka tetapi baik bagi kita dan apa yang kita suka sebenarnya tidak baik bagi kita. Adalah menjadi kesilapan besar bagi kita melihat ilmu ini sebagai suatu yang sia sia kerana tidak mungkin Allah menjadikan sesuatu tanpa sebab. Segala puji pujian yang baik bagi-Nya.

Fw: DAPHNE DINDU ANAK JAMAU A131924 LJ04 EMOSI DAN MOTIVASI

            Salam sejahtera. Ini merupakan penulisan jurnal yang keempat bagi Kursus Pengurusan Emosi ZZZT2253 yang dikendalikan oleh Dr. Ahmad Zamri Mansor. Dalam kuliah keempat yang diadakan pada Rabu, 17 Ogos 2011, topik "Emosi dan Motivasi" telah dibentangkan.
Kenapa kita perlu menghadiri kelas setiap masa? Kenapa perlu semua pelajar mentelaah buku setiap jam untuk lulus peperiksaan? Kenapa anda memilih untuk memakai baju dan seluar tersebut pada hari ini? Setiap persoalan ini mempunyai jawapannya yang tersendiri, yakni kerana adanya motif di sebalik semua perlakuan ini. Motivasi adalah sebab kenapa kita melakukan sesuatu. Motivasi didefiniskan sebagai satu sifat dalaman (internal state) yang mengaktifkan perlakuan dan mendorong (direct) ke arah pencapaian sesuatu matlamat (goal). Dengan kata lain, motivasi merangkumi perlbagai faktor psikologikal yang menyebabkan seseorang bertindak sedemikian pada satu-satu masa. Emosi pula, seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, didefinisikan melalui "effective tone"nya, samada positif, negative ataupun neutral. Terdapat empat komponen emosi iaitu perasaan (feeling), proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan. Ini bermakna, emosi mempunyai pengertian yang lebih luas daripada perasaan. Seperti yang telah saya ulas dalam jurnal-jurnal yang lepas, emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan dan emosilah yang menjadi motivasi kepada tingkah laku seseorang. Adakalanya tingkah laku tersebut boleh menjadi emosional.
Melalui pembacaan saya dari Internet, terdapat beberapa teori motivasi (theories of motivation). Teori yang pertama ialah teori naluri (Instinct Theory). Pada tahun 1908, William MacDougall menyatakan bahawa manusia didorong (driven) oleh pelbagai naluri (instinct). Naluri bermaksud kecenderungan semulajadi atau yang diwarisi oleh makhluk hidup sebagai tindak balas terhadap ransangan tanpa apa-apa sebab (without reason). Ahli psikologi William James berpendapat bahawa manusia mempunyai naluri seperti kebersihan (cleanliness), ingin tahu, kasih sayang ibu bapa (parental love) dan rasa simpati. Namun, ahli-ahli psikologi akhirnya sedar bahawa terdapat satu kecacatan dalam Instinct Theory tersebut. Ini adalah kerana naluri hanya sebagai tanda (label) sesuatu tingkah laku dan bukanlah sebagai penerangan terhadap tingkah laku tersebut. Teori yang kedua ialah Drive-Reduction Theory. Teori ini mengatakan sesuatu yang memotivasikan kita akan menyebabkan kita melakukan sesuatu tindakan dan ianya didorong (driven) oleh keperluan kita. Keperluan ini terhasil daripada kekurangan atau ketiadaan sesuatu wajib (desirable) atau berguna. Terdapat dua jenis keperluan, iaitu fisiologikal dan psikologikal. Setiap keperluan akan menjurus kepada satu dorongan (drive). Dorongan akan memotivasikan seseorang untuk mencapai matlamat (goal). Sebagai contoh, rasa lapar akan mendorong seseorang untuk makan, manakala rasa penat akan mendorong seseorang untuk berehat buat seketika. Teori yang ketika ialah Teori Insentif (The Incentive Theory). Insentif adalah satu ransangan luaran yang memotivasikan kelakuan. Rasa lapar akan membuatkan kita berjalan ke kafeteria, tetapi insentif untuk tindakan kita adalah nasi yang kita hendak makan. Dalam pembentangan topik "Emosi dan Motivasi" kali ini juga ada dinyatakan tentang Teori Kemanusiaan (Humanistic Theory). Abraham Maslow menyatakan bahawa motif terbahagi kepada beberapa peringkat, bermula daripada keperluan asas kehidupan (basic survival) kepada keperluan psikologi dan keperluan diri sendiri. Keperluan asas kehidupan termasuklah keperluan fisiologikal seperti makanan, minuman dan rehat serta keperluan keselamatan. Keperluan psikologi berada pada peringkat yang kedua yang termasuk keperluan kasih sayang dan keperluan harga diri (esteem) dan pada peringkat yang tertinggi, iaitu peringkat ketiga adalah keperluan diri sendiri (self-fulfillment).
Setelah mengulas serba sedikit tentang teori-teori motivasi, sekarang saya akan mengulas tentang hubungan antara emosi dan motivasi. Saya mulakan ulasan ini dengan beberapa soalan. Apakah yang mendorong (drive) kita untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang? Apa yang kita rasa apabila berjaya mendapat keputusan yang terbaik? Adakah kita berasa gembira, bangga, terharu atau mungkin juga teruja? Selalunya tindakan yang kita pilih adalah berdasarkan emosi kita. Kita memilih tindakan yang patut diambil dengan berpandukan apa emosi yang kita mahukan, dan apa emosi yang kita ingin elakkan. Sebagai contoh, semasa berada di dalam kelas, apakah yang mempengaruhi tindakan kita untuk mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang diajukan? Itu bergantung kepada apa yang kita lebih inginkan. Sama ada kita mengangkat tangan untuk menjawab soalan supaya mendapat pujian daripada orang lain apabila dapat menjawab soalan dengan betul atau kita hanya berdiam diri untuk mengelak daripada berasa malu apabila tidak dapat memberikan jawapan yang betul. Kadangkala apabila seseorang tidak dapat mengawal perasan disakiti atau rasa tidak diperlukan (rejection), ianya akan kekal dalam ingatan seseorang dan ini dapat memberi impak terhadap kualiti kehidupannya.
Dalam sesi pembentangan kali ini juga, Dr. Ahmad Zamri sempat mempertontonkan kami sebuah video klip lagu yang dinyanyikan oleh seorang pensyarah dari Universiti Malaya. Video klip ini dinyanyikan dalam dialek Kelantan yang merupakan tempat lahir penyanyi tersebut. Lagi ini berkisar tentang masa silam penyanyi tersebut yang penuh kesusahan serta perit hidupnya semasa zaman kanak-kanak. Beliau berasal daripada kampung kecil di Kelantan namun beliau mempunyai cita-cita yang besar agar dapat membantu menyara ibu bapa serta adik-beradik yang lain. Lalu beliau pun melanjutkan pelajaran ke Kuala Lumpur. Kini beliau telah berjaya menjadi pensyarah di Universiti Malaya dan beliau berasa amat bersyukur terhadap apa yang telah beliau kecapi.
Akhir sekali, emosi dan motivasi memberikan warna dalam kehidupan kita. Hidup tanpa emosi ibarat hidap setengah hidup.  Tindakan yang kita ambil adalah hasil daripada emosi yang kita alami. Mengetahui tentang emosi positif yang perlu kita semai tidak mencukupi tetapi kita perlu menjadikannya sebahagian daripada hidup kita. Namun kebanyakkan individu mengalami kesukaran untuk beremosi positif akibat daripada tekanan di tempat kerja ataupun tekanan semasa belajar. Justeru apa yang penting ialah kebijaksaan dalam mengawal emosi dan tidak terbawa-bawa oleh emosi dalam mengambil sesuatu tindakan. Kawallah emosi anda sebelum emosi mengawal anda.  Untuk mengakhiri jurnal kali ini, saya sertakan beberapa untaian kata – "A work of art which did not begin in emotion is not art" daripada Paul Cezanne, "Any emotion, if it is sincere, is involuntary" daripada Mark Twain dan "The emotions aren't always immediately subject to reason, but they are always immediately subject to action".
Sekian sahaja penulisan jurnal saya pada kali ini. Saya berharap dapat menerima banyak pengetahuan sepanjang mengikuti Kursus Pengurusan Emosi ini. Terima kasih.




A 131640 Anis Ayuni Abdul Ghaffar LJ04-Teori-teori Emosi

            Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Pada kali ini, saya ingin menulis tentang apa yang saya belajar pada hari rabu yang lepas. Pada waktu tersebut, saya telah belajar dua tajuk daripada pensyarah saya ajarkan. Tajuk pertama ialah teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik (FKP) manakala tajuk kedua ialah emosi dan motivasi.
 
            Bagi teori FKP, pertama sekali saya ingin menulis tentang pengalaman emosi. Kebanyakan teori bersetuju bahawa emosi mempunyai beberapa komponen iaitu perasaan subjektif, kognitif penilaian, peningkatan fisiologi, pergerakan badan dan
kecenderungan motivasi (perlu bertindak atas dasar emosi). Teori ini, bagaimanapun  berbeza mengikut kepentingan relatif pelbagai komponen dan perintah di mana  komponen ini muncul dalam urutan peristiwa yang termasuk tindak balas emosi. Teori ini juga berbeza berdasarkan kepada tiga penekanan iaitu asas fisiologi (teori  fisiologi), peranan kognisi (teori kognitif) dan peranan tidak sedar (teori psikoanalitik).
 
            Mengenai teori fisiologikal, ahli-ahli teori berorientasikan fisiologi menekankan  bahawa emosi pada dasarnya merupakan suatu produk otak dan sistem saraf. Tindak balas fisiologi asal terhadap rangsangan. Pendekatan utama termasuklah teori-teori yang berikut: James-Lang, Cannon-Bard dan teori psychobiological.
 
            Teori James-lang membuat satu hipotesis iaitu reaksi fisiologi untuk mencetuskan rangsangan emosi. Persepsi perubahan pada badan adalah emosi. Teori Cannon-Bard pula mengkritik teori James-Lang dengan mengatakan 6 perkara berikut:
  • Sistem organ yang mencetuskan tindak balas emosi bertindak balas amat perlahan terhadap rangsangan
  • Tindak balas emosi sentiasa cepat mengikut rangsangan
  • Jawapan fisiologi datang terlampau lambat untuk menyebabkan tindak balas emosi.
  • Jantung dan perut tidak dapat menghasilkan pelbagai emosi.
  • Kadar jantung, tekanan darah dan fungsi pencernaan tidak mampu  menunujukkan emosi dialami.
  • Manusia dengan sistem saraf yang tidak normal masih dapat merasakan emosi.
 
Cannon dan Phillip Bard menyampaikan teori Cannon-Bard. Mereka mencadangkan beberapa perkara iaitu rangsangan dalaman atau luaran membawa impuls deria yang dihantar ke korteks otak dan sensasi emosi dihasilkan. Sesuatu rangsangan secara serentak menyebabkan tindak balas badan dan sensasi emosi. Selain itu, terdapat premis yang mengatakan seseorang bertindak balas kepada rangsangan tertentu dan pengalaman emosi yang sama pada masa yang sama. Oleh itu, jika seseorang itu takut pada ketinggian dan berjalan di atas satu bangunan pencakar langit, mereka mungkin mengalami emosi  ketakutan. Selepas itu, persepsi emosi ini (takut) mempengaruhi tindak balas kepada rangsangan (ketinggian). Seseorang mampu untuk bertindak balas terhadap rangsangan hanya selepas mengalami emosi yang berkaitan. Saya ingin memberi satu lagi contoh, jika seseorang ternampak labah-labah, dia akan mula berasa takut dan pada waktu yang sama, dia akan berpeluh.
 
            Bukan itu sahaja, terdapat juga teori psikobiologikal. Teori ini dibangunkan oleh Jack Panksepp (1982, 1992). Emosi asas yang berkaitan dengan litar saraf yang khusus. Beliau mencadangkan 4 emosi asas (ketakutan, kemarahan, panik dan jangkaan), setiap  yang berkaitan dengan sistem perintah di dalam otak. Empat emosi ini berinteraksi untuk menghasilkan emosi yang lain. Panksepp juga mencadangkan bahawa neurochemicals tertentu boleh dikaitkan dengan sistem arahan kepada pelbagai emosi. Sebagai contoh, dopamine adalah yang berkaitan dengan system jangkaan manakala acetylcholine dengan sistem kemarahan. Terdapat beberapa kritikan terhadap PBT. Magda Arnold (1960)  menimbulkan persoalan bagi lokasi khusus kepada litar emosi. James Averill (1982) - litar "hard-wired" mungkin tidak fleksibel untuk menjadi asas neurologi  bagi emosi.
 
            Selain itu, terdapat juga teori kognitif. Teori kognitif ini dibina pada teori fisiologi, beberapa ahli-ahli teori moden mencadangkan bahawa kognisi atau pemikiran mempunyai peranan utama dalam menjana dan membimbing emosi. Teori yang dicadangkan ialah Schachter's Cognitive Labeling Theory, Misattribution, transfer of excitation dan Cognitive appraisal theories.
 
            Bagi Schachter's Cognitive Labeling Theory, Schachter menerima JLT tetapi  memperkenalkan pelabelan kognitif (perwakilan tindak balas fisiologi). Tafsiran tindak balas fisiologi berdasarkan isyarat keadaan dan pengalaman yang lalu. Persepsi mengenai situasi rangsangan membawa kepada peningkatan label untuk mewakili beberapa emosi  tertentu. Terdapat juga kritikan yang menolak teori ini. Anggapan bahawa peningkatan am menyumbang dengan sama kepada semua emosi.Peningkatan seperti jantung berdebar-debar, lebih ditafsirkan dari segi yang negative bukannya emosi positif. CLT  seolah-olah berlaku dalam situasi novel yang melibatkan  peningkatan sederhana. Pelabelan emosi selalunya berdasarkan pengalaman lalu dan ingatan, bukan factor situasi secara serta-merta sahaja. Andaian bahawa semua emosi melibatkan proses neurochemical perantara yang sama telah terbukti tidak betul.
 
            Untuk Misattribution pula, orang sering menggunakan emosi untuk tujuan yang salah. Manakala transfer of excitation bermaksud bagaimana pengujaan dari satu sumber boleh dipindahkan kepada yang lain. Berkenaan cognitive appraisal theories, proses pemikiran utama yang bertanggungjawab untuk mencetuskan kedua-dua tindak balas  emosi dan tingkah laku. Tindak balas emosi dan tingkah laku direka untuk  menghadapi keadaan emosi.
 
            Untuk tajuk saya yang kedua iaitu emosi dan motivasi, kita perlu memahami hubungan antara emosi dan motivasi. Emosi ditakrifkan oleh nada berkesan.Sama ada secara positif atau negatif, tidak pernah neutral manakala motivasi pula umumnya dianggap sebagai kajian aspek berarah dan tenaga tingkah laku. Emosi ialah satu peningkatan yang melibatkan perubahan muka dan badan, pengaktifan otak, penilaian kognitif, perasaan subjektif, dan kecenderungan ke arah indakan, semua dibentuk oleh kaedah-kaedah budaya.
 
Emosi bertindak sebagai tindak balas penyesuaian badan kita kepada peristiwa yang berlaku dalam persekitaran dan mereka membantu dalam menyampaikan niat kita kepada orang lain. Bersedia untuk tindakan, membangkitkan kita untuk bergerak,mengambil tindakan, dan menghadapi tindakan tersebut. Motivasi adalah aspek pemilihan proses (Bickhard 1997). Motivasi adalah jangkaan apa yang mungkin berlaku. Oleh itu,  motivasi adalah apa yang membuat seorang melakukan satu perkara dan bukannya yang lain- proses pemilihan kursus untuk  aktiviti yang lebih lanjut, dan aktiviti interaktif yang lanjut (Mook, 1996). Terdapat teori dalam motivasi,
  • Naluri-motif yang semula jadi
  • Arousal-seseorang didorong untuk mengekalkan tahap peningkatan optimum 
  • Humanistik teori-hierarki keperluan
  • Motivasi tidak sedar.
 
Hab sistem pemacu pusat banyak terletak di hipotalamus.
 
            Bagi insentif pula, insentif ialah mana-mana faktor (kewangan atau bukan kewangan) yang menyediakan motif untuk sesuatu tindakan, atau tuduhan sebagai sebab untuk lebih memilih satu pilihan untuk alternatif. Dan terdpat tiga jenis iaitu, kewangan, moral dan paksaan. Naluri pula tidak boleh dipelajari, mewarisi corak tindakan yang tetap jawapan atau tindak balas kepada jenis tertentu rangsangan.
sebagai contoh: pertempuran haiwan, haiwan tingkah laku masa berkasih-kasihan, fungsi melarikan diri, dan membina sarang. Arousal adalah keadaan fisiologi dan psikologi yang terjaga. Orang-orang bermotivasi untuk mengekalkan tahap  optimum arousal tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Motif rasa ingin tahu  membantu kita memahami persekitaran. Abraham Maslow mencadangkan bahawa motif dibahagikan kepada beberapa tahap dari keperluan asas untuk hidup  dengan keperluan psikologi dan keprluan diri. Dan inilah teori humanistic.
 
            Terdapat banyak teori yang dapat saya pelajari mengenai emosi pada kuliah yang saya hadiri pada hari rabu yang lepas. Daripada kuliah ini, saya dapat mendalami dengan lebih mendalam tentang emosi yang sebelum ini tidak saya peduli.
 
            Setakat ini jurnal saya, semoga kita berjumpa lagi pada jurnal yang akan datang. Terima kasih. Wassalam. 

DAPHNE DINDU ANAK JAMAU A131924 LJ04 EMOSI DAN MOTIVASI

Salam sejahtera. Ini merupakan penulisan jurnal yang keempat bagi Kursus Pengurusan Emosi ZZZT2253 yang dikendalikan oleh Dr. Ahmad Zamri Mansor. Dalam kuliah keempat yang diadakan pada Rabu, 17 Ogos 2011, topik "Emosi dan Motivasi" telah dibentangkan.
Kenapa kita perlu menghadiri kelas setiap masa? Kenapa perlu semua pelajar mentelaah buku setiap jam untuk lulus peperiksaan? Kenapa anda memilih untuk memakai baju dan seluar tersebut pada hari ini? Setiap persoalan ini mempunyai jawapannya yang tersendiri, yakni kerana adanya motif di sebalik semua perlakuan ini. Motivasi adalah sebab kenapa kita melakukan sesuatu. Motivasi didefiniskan sebagai satu sifat dalaman (internal state) yang mengaktifkan perlakuan dan mendorong (direct) ke arah pencapaian sesuatu matlamat (goal). Dengan kata lain, motivasi merangkumi perlbagai faktor psikologikal yang menyebabkan seseorang bertindak sedemikian pada satu-satu masa. Emosi pula, seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, didefinisikan melalui "effective tone"nya, samada positif, negative ataupun neutral. Terdapat empat komponen emosi iaitu perasaan (feeling), proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan. Ini bermakna, emosi mempunyai pengertian yang lebih luas daripada perasaan. Seperti yang telah saya ulas dalam jurnal-jurnal yang lepas, emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan dan emosilah yang menjadi motivasi kepada tingkah laku seseorang. Adakalanya tingkah laku tersebut boleh menjadi emosional.
Melalui pembacaan saya dari Internet, terdapat beberapa teori motivasi (theories of motivation). Teori yang pertama ialah teori naluri (Instinct Theory). Pada tahun 1908, William MacDougall menyatakan bahawa manusia didorong (driven) oleh pelbagai naluri (instinct). Naluri bermaksud kecenderungan semulajadi atau yang diwarisi oleh makhluk hidup sebagai tindak balas terhadap ransangan tanpa apa-apa sebab (without reason). Ahli psikologi William James berpendapat bahawa manusia mempunyai naluri seperti kebersihan (cleanliness), ingin tahu, kasih sayang ibu bapa (parental love) dan rasa simpati. Namun, ahli-ahli psikologi akhirnya sedar bahawa terdapat satu kecacatan dalam Instinct Theory tersebut. Ini adalah kerana naluri hanya sebagai tanda (label) sesuatu tingkah laku dan bukanlah sebagai penerangan terhadap tingkah laku tersebut. Teori yang kedua ialah Drive-Reduction Theory. Teori ini mengatakan sesuatu yang memotivasikan kita akan menyebabkan kita melakukan sesuatu tindakan dan ianya didorong (driven) oleh keperluan kita. Keperluan ini terhasil daripada kekurangan atau ketiadaan sesuatu wajib (desirable) atau berguna. Terdapat dua jenis keperluan, iaitu fisiologikal dan psikologikal. Setiap keperluan akan menjurus kepada satu dorongan (drive). Dorongan akan memotivasikan seseorang untuk mencapai matlamat (goal). Sebagai contoh, rasa lapar akan mendorong seseorang untuk makan, manakala rasa penat akan mendorong seseorang untuk berehat buat seketika. Teori yang ketika ialah Teori Insentif (The Incentive Theory). Insentif adalah satu ransangan luaran yang memotivasikan kelakuan. Rasa lapar akan membuatkan kita berjalan ke kafeteria, tetapi insentif untuk tindakan kita adalah nasi yang kita hendak makan. Dalam pembentangan topik "Emosi dan Motivasi" kali ini juga ada dinyatakan tentang Teori Kemanusiaan (Humanistic Theory). Abraham Maslow menyatakan bahawa motif terbahagi kepada beberapa peringkat, bermula daripada keperluan asas kehidupan (basic survival) kepada keperluan psikologi dan keperluan diri sendiri. Keperluan asas kehidupan termasuklah keperluan fisiologikal seperti makanan, minuman dan rehat serta keperluan keselamatan. Keperluan psikologi berada pada peringkat yang kedua yang termasuk keperluan kasih sayang dan keperluan harga diri (esteem) dan pada peringkat yang tertinggi, iaitu peringkat ketiga adalah keperluan diri sendiri (self-fulfillment).
Setelah mengulas serba sedikit tentang teori-teori motivasi, sekarang saya akan mengulas tentang hubungan antara emosi dan motivasi. Saya mulakan ulasan ini dengan beberapa soalan. Apakah yang mendorong (drive) kita untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang? Apa yang kita rasa apabila berjaya mendapat keputusan yang terbaik? Adakah kita berasa gembira, bangga, terharu atau mungkin juga teruja? Selalunya tindakan yang kita pilih adalah berdasarkan emosi kita. Kita memilih tindakan yang patut diambil dengan berpandukan apa emosi yang kita mahukan, dan apa emosi yang kita ingin elakkan. Sebagai contoh, semasa berada di dalam kelas, apakah yang mempengaruhi tindakan kita untuk mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang diajukan? Itu bergantung kepada apa yang kita lebih inginkan. Sama ada kita mengangkat tangan untuk menjawab soalan supaya mendapat pujian daripada orang lain apabila dapat menjawab soalan dengan betul atau kita hanya berdiam diri untuk mengelak daripada berasa malu apabila tidak dapat memberikan jawapan yang betul. Kadangkala apabila seseorang tidak dapat mengawal perasan disakiti atau rasa tidak diperlukan (rejection), ianya akan kekal dalam ingatan seseorang dan ini dapat memberi impak terhadap kualiti kehidupannya.
Dalam sesi pembentangan kali ini juga, Dr. Ahmad Zamri sempat mempertontonkan kami sebuah video klip lagu yang dinyanyikan oleh seorang pensyarah dari Universiti Malaya. Video klip ini dinyanyikan dalam dialek Kelantan yang merupakan tempat lahir penyanyi tersebut. Lagi ini berkisar tentang masa silam penyanyi tersebut yang penuh kesusahan serta perit hidupnya semasa zaman kanak-kanak. Beliau berasal daripada kampung kecil di Kelantan namun beliau mempunyai cita-cita yang besar agar dapat membantu menyara ibu bapa serta adik-beradik yang lain. Lalu beliau pun melanjutkan pelajaran ke Kuala Lumpur. Kini beliau telah berjaya menjadi pensyarah di Universiti Malaya dan beliau berasa amat bersyukur terhadap apa yang telah beliau kecapi.
Akhir sekali, emosi dan motivasi memberikan warna dalam kehidupan kita. Hidup tanpa emosi ibarat hidap setengah hidup.  Tindakan yang kita ambil adalah hasil daripada emosi yang kita alami. Mengetahui tentang emosi positif yang perlu kita semai tidak mencukupi tetapi kita perlu menjadikannya sebahagian daripada hidup kita. Namun kebanyakkan individu mengalami kesukaran untuk beremosi positif akibat daripada tekanan di tempat kerja ataupun tekanan semasa belajar. Justeru apa yang penting ialah kebijaksaan dalam mengawal emosi dan tidak terbawa-bawa oleh emosi dalam mengambil sesuatu tindakan. Kawallah emosi anda sebelum emosi mengawal anda.  Untuk mengakhiri jurnal kali ini, saya sertakan beberapa untaian kata – "A work of art which did not begin in emotion is not art" daripada Paul Cezanne, "Any emotion, if it is sincere, is involuntary" daripada Mark Twain dan "The emotions aren't always immediately subject to reason, but they are always immediately subject to action".
Sekian sahaja penulisan jurnal saya pada kali ini. Saya berharap dapat menerima banyak pengetahuan sepanjang mengikuti Kursus Pengurusan Emosi ini. Terima kasih.


GHANESHINEE A/P SATHIYASEELAN A131598
LJ04 EMOSI DAN MOTIVASI
 
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Dr.Zambri dan rakan-rakan saya yang dikasihi.  Pada  17 ogos 2011 yang lalu saya telah menghadiri kuliah kursus ZT2253 yang keempat  di Dewan Kuliah 1 dan ini adalah jurnal saya yang  keempat untuk kursus ZT2253. Untuk jurnal keempat ini, saya akan mengongsikan  pengetahuan dan pengalaman  saya daripada apa yang  saya pelajari ketika kuliah yang disampaikan oleh Dr Ahmad Zamri . Jurnal saya pada hari ini bertajuk emosi dan motivasi ini bersamaan dengan topik yang diajar oleh Dr.Zambri. saya amat tertarik dengan tajuk kuliah pada hari itu, ini disebabkan emosi dan motivasi adalah aspek-aspek yang sangat berbeza tetapi  terdapat kaitan diantara emosi dan motivasi yang menghubungnya.   Pada pendapat saya , motivasi adalah satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan manusia kerana motivasi akan mendorong seseorang  itu  untuk melakukan atau  mengambil sesuatu tindakan  yang baik mahupun yang buruk. Seperti biasa sebagai permulaan Dr Zambri telah mempaparkan satu video kilp yang amat menyentuh emosi dan perasaan. Video klip ini bertajuk "bangkit asal" daripada Halim Yazid. Beliau mampu membuktikan bahawa dirinya sangat berharga dan mampu  meneruskan pengajiannya di menara gading. Pada akhirnya beliau Berjaya mendapatkan Ijazah Sarjan Muda dan kini menjadi seorang pensyarah yang Berjaya di Universiti Malaya. Dalam video klip yang ditayangkan terdapat beberapa peasanan yang sangat penting antaranya ialah tiada apa yang mutahil dalam hidup ini.  Pesanan yang kedua adalah motivasi yang tinggi dapat membantah segala kata-kata daripada orang sekeliling  yang tidak member sokongan mahupun dorongan. Pesanan yang seterusnya ialah kita seharusnya  mampu membangunkan diri kita sendiri dan menentang emosi-emosi yang negative seperti sedih, marah , kecewa dan lain-lain lagi. Pesanan ini harus diikuti dan dijadikan sebagai contoh atau teladan dalam kehidupan semua orang supaya kita juga dapat Berjaya dalam kehidupan kita.
Sekarang mari kita beralih kepada tajuk kuliah yang pertama iaitu emosi dan motivasi. Objektif yang seharusnya dicapai ialah memahami apa itu motivasi dan seterusnya memahami perhubungan di antara emosi dan motivasi walaupun kedua-duanya mempunyai aspek-aspek yang sangat bebeza antara satu sama yang lain. Motivasi didefinasikan sebagai  tingkah laku yang didorong oleh emosi dalam proses untuk  mencapai  sesuatu dalam kehidupan seseorang. Baron dan Logan 1993 menyatakan bahawa emosi tiodak dapat dipisahkan daripada motivasi. Menurut Lang et al 1992 , emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Sebagai kesimpulan emosi dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan motivasi dalam pelbagai aspek. Melalui kuliah yang diajar oleh Dr Zambri Emosi merupakan salah satu nada efektif sama ada positif atau negative manakala motivasi adalah satu proses yang boleh menggalakkan kita mempunyai arah dan tenaga untk mencapai sesuatu. Oleh itu, emosi lebih luas maknanya dari perasaan.Terdapat empat komponen emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku yang berkaitan. Walaubagaimanapun tidak semua keadaan  yang menyebabkan emosi menjadi pendorong dan tidak semestinya semua pendorong berasaskan  kepada emosi. Terdapat beberapa teori yang membuktikannya iaitu  James-Lange Theory, Cannon's challenge dan Two-Factor Theory.Emosi bertindak sebagai tindak balas penyesuaian badan kita kepada peristiwa yang berlaku dalam persekitaran dan ia membantu dalam memyamapaikan niat kita kepada orang lain.
 
Selepas kuliah saya telah melayari internet untuk mendapatkan info-info yang berkaitan dengan tajuk kuliah yang keempat iaitu emosi dan motivasi. Sekarang saya akan mengongsikan info-info tersebut iaitu definisi,pengertian dan takrifan motivasi:
1. Motivasi Sebagai Pengarah Tuju dan Penggerak Tindakan
Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris -"MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan.Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.
2. Motivasi Sebagai Pendorong
Tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan. Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.  
3. Motivasi Sebagai Darjah Kesungguhan
Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jika apa yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan atau kesungguhan untuk berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai.
4. Motivasi Sebagai Stimulator
Untuk  menjelaskan maksud ini, saya ingin ambil kisah berikut:
Seseorang lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga telah berjanji untuk hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi suami isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan untuk berbuat demikian. Itulah sebabnya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila ada halangan yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil perkahwinan di dalam negara atas sebab halangan undang-undang. Seperti kata pepatah Melayu "Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih."
5. Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini serta diyakini boleh dicapai / perolehi.

Definisi Motivasi dan Blog Motivasi Diri

Motivasi boleh didefinisikan dalam beberapa cara. Secara umum ia didefinisikan sebagai kuasa yang menggerak dan membentuk sesuatu perilaku atau tabiat.  Dengan kata lain, motivasi adalah suatu tenaga dalaman yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu untuk mencapai sesuatu. Ia adalah keadaan yang bersifat sementara atau berubah-ubah dalam diri seseorang dan tidak bergantung kepada keperibadian orang tersebut. Ada pelbagai jenis motivasi seperti motivasi pencapaian, motivasi sekutu, motivasi kompetensi, motivasi kuasa, dan motivasi sikap.
Motivasi bergantung kepada tiga aspek utama termasuk rangsangan perilaku, arah perilaku dan kegigihan perilaku. Rangsangan perilaku melibatkan apa menyebabkan rangsangan untuk bertindak dan arah perilaku berkaitan dengan apa yang mengarahkan kelakuan ke arah tujuan tertentu. Kegigihan perilaku adalah berkaitan dengan bagaimana kelakuan atau tabiat yang berterusan.
Berbagai kajian telah dijalankan untuk memahami motif-motif yang mendorong seseorang untuk berjaya. Ia boleh dibahagikan kepada tiga:
Motif homeostatik – seperti lapar, berpeluh dan buang air.
Motif non-homeostatik – seperti mencari tempat berteduh.
Motif sosial – seperti prestasi diri, kuasa, pengiktirafan, dan perhubungan sosial.
Motivasi adalah penting untuk berjaya dalam setiap usaha yang anda lakukan. Ia boleh jadi motivasi positif atau motivasi negatif, motivasi halus atau terang-terangan, motivasi nyata atau tidak nyata. Motivasi sangat diperlukan di tempat kerja kerana ia memainkan peranan utama dalam memastikan prestasi pekerja. Di dalam dunia pekerjaan, pengurus memainkan peranan penting dalam meningkatkan motivasi pekerja. Mereka menggunakan berbagai teknik motivasi yang berbeza untuk meningkatkan prestasi, sehingga mampu meningkatkan kerjasama antara pekerja dan majikan.
(Sumber Artikel: http://EzineArticles.com/410696)
Blog Motivasi Diri lebih menumpukan motivasi dari sudut pandang ontologi – cabang tanggapan asas bagaimana manusia memahami dunia ini atau bagaimana manusia biasanya memahami dan menjalani kehidupan ini. Atau secara mudah memberi fokus kepada perkara yang terlindung dari fikiran (blind spot).

(sumber: http://mymotivasi.com/artikel-motivasi/definisi-motivasi-blog-motivasi-diri.html)

Sekian, terima kasih.