Wednesday, August 31, 2011

A131527 Gan Chen Ling LJ05 Emosi Dan Personaliti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua. Jurnal kali ini merupakan jurnal yang terakhir saya tulis bagi Kursus Pengurusan Emosi. Pada 24 Ogos 2011, kami telah menghadiri kelas subjek ZT yang kelima yang bertempat di Kuliah 1. Topik utama dalam kuliah tersebut ialah emosi dan personality.  Kuliah hari tersebut tidak sama dengan kuliah minggu yang lepas sebaliknya kuliah pada hari itu amat berbeza dan lebih istimewa jika dibanding dengan kuliah yang lepas. Dr. Zamri telah menyenaraikan tiga tugasan untuk disempurnakan dalam jurnal pembelajaran yang kelima ini.

Dalam kuliah tersebut, Dr. Zamri tidak memberikan kuliah mengenai emosi dan sebaliknya, kami semua dikehendaki membaca slaid dan teks tentang teori psikoanalitikal. Selepas itu, Dr. Zamri menayangkan klip video pada pukul 2 petang dan kami dikehendaki menonton dan mengaitkan teori psikoanalitikal dengan apa-apa yang terkandung dalam video tersebut. Itulah tugasan yang pertama bagi kami. Bagi tugasan yang kedua pula, kami juga perlu menjawab soal selidik MBTI dan mengetahui kategori personaliti masing-masing di akhir ujian tersebut. Tambahan lagi, kami juga ada menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan mengetahui kategori personaliti masing-masing di akhir ujian tersebut sebagai tugasan terakhir bagi kami semua.

Satu video muzik yang berkaitan dengan teori psikoanalitikal telah ditayangkan dan video tersebut bertajuk 'Childhood Experience'. Video tersebut menceritakan tentang pengalaman kehidupan seseorang yang mengalami pelbagai perubahan emosi sejak kecil hingga ke dewasa. Video ini mengisahkan seseorang kanak-kanak yang mempunyai pemikiran yang naif tentang kehidupan. Hal ini adalah amat biasa bagi seseorang kanak kerana bagi mereka, apa-apa masalah yang timbul akan diatasi oleh ibu bapa mereka dan mereka tidak perlu berfikir untuk mengatasinya. Namun, banyak perkara atau keadaan akan berubah dan masalah yang menjadi lebih rumit dan timbul di depan mereka apabila mereka kena mengatasi masalah mereka secara diri sendiri ketika dewasa. Pada masa itu, kebanyakan mereka akan bermula dengan pemikiran negatif. Pada pendapat saya, video yang ditayangkan itu akan dapat membangkitkan semangat seseorang yang sedang mengalami kesusahan. Hal ini adalah kerana video tersebut amat bermakna dan dengan iringan muzik latar belakang tersebut, ia akan menenangkan minda seseorang itu. Dalam video itu, mesej yang ingin disampaikan kepada kami yang menonton adalah perlulah kami sentiasa berfikir positif dan matang apabila kami menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam hidup supaya kami sentiasa berada dalam keadaan yang terkawal.

Menurut Sigmund Freud dalam Psychoanalytic theories, saya mendapat tahu bahawa pengalaman emosi adalah satu proses yang berlaku tanpa kesedaran kita sendiri. Perkara tersebut adalah saya belajari dengan melalui pembacaan slaid dan teks tentang teori psikoanalitikal. Sebagai contohnya, kebanyakan pengalaman sewaktu masa kecil kita adalah secara tidak sedar. Teori ini lebih menekankan emosi-emosi negatif seperti marah, sedih dan kecewa.   Mengikut pemahaman saya berdasarkan teori ini, saya sedar bahawa pengalaman kita pada waktu kecil juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi emosi kita. Selain itu, kami juga telah ditayangkan klip video kedua yang berkisah tentang 'Personality Types'. Ia menyatakan bahawa setiap manusia memiliki personaliti yang pelbagai ragam. Melalui video tersebut, saya telah mempelajari dua jenis personaliti iaitu personaliti A dan juga personaliti B.

Bagi personaliti A adalah jenis yang tidak suka membuang masa dan suka menyiapkan semua tugasannya dengan serta merta. Kelakuan ini boleh dilihat melalui sikapnya yang menyaipkan kerja rumahnya dengan cepat sebelum balik rumah dan memandu dengan cepat untuk sampai ke tempat yang ingin pergi dengan secepat mungkin. Pada pendapat saya, orang yang mempunyai jenis personaliti A mungkin mempunyai kehidupan mereka yang lebih teratur tetapi kebanyakan mereka akan kekurangan kesabaran untuk menunggu dan mudah untuk marah atas sikit kelewatan atau perlahanan. Perkara tersebut tidak disukai oleh orang ramai kerana mereka mudah menjadi marah. Mereka juga akan meningkatkan risiko memperoleh masalah sakit jantung dan masalah kesihatan badan kerana kekurangan memberi perhatian atas kesihatan diri sendiri. Manakala, personaliti B adalah bertentangan dengan personaliti yang telah dibincangkan sebelum ini. Orang yang mempunyai jenis personaliti B lebih bersifat kepada tenang, penyabar dan senang untuk mengadaptasikan diri dalam segala situasi. Dengan berdasarkan sifat-sifat yang dinyatakan, saya mengetahui bahawa rupa-rupanya saya mempunyai jenis personaliti B.

Di samping itu, Dr. Zamri telah meneruskan kuliah beliau dengan ujian personaliti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) bagi mengetahui jenis personaliti kami. Menurut MBTI, personaliti dikategorikan kepada empat bahagian seperti yang telah dinyatakan di dalam MBTI® Manual: A Guide to the Development and Use of the Myers-Briggs Type Indicator®. Antaranya ialah: Extraversion atau Introversion, sensing atau intuition, thinking atau feeling, dan judging atau perceiving. Hasil soal selidik personaliti MBTI saya ialah ESFP iaitu extraversion, sensing, feeling, dan juga perceiving. Saya adalah extraversion dan bukannya introversion adalah kerana saya merupakan seorang yang lebih mengemari activiti, suka bergaul dengan dunia luar dan assertive. Seterusnya, sensing adalah perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan personaliti saya kerana orang yang dikatakan sensing itu lebih bersedia untuk memperbaiki kesilapan dan kelemahan diri sendiri. Selain itu, thinking adalah jenis orang yang berfikir secara logic sebelum bertindak atau membuat sesuatu keputusan manakala feeling adalah jenis orang yang bertindak berdasarkan emosi dan juga prinsip-prinsip yang tersendiri. Bagi saya pula, saya adalah feeling dan bukannya thinking. Akhirnya, saya juga adalah perceiving dan bukannya judging kerana saya merupakan jenis orang yang lebih fleksibel dan spontan.

Selepas itu, bagi mengenal pasti personaliti kami mengikut  Big Five Theory pula, kami dikehendaki untuk menjawab soal selidik yang terbahagi kepada lima bahagian berdasarkan lima faktornya, iaitu:  openness, consientiousness, extraversion, agreeableness,  neuroticism ( OCEAN) yang masing-masing terdiri daripada 8 soalan. Melalui pembacaan saya, saya difahamkan bahawa teori Besar Lima tersebut merupakan lima faktor umum atau dimensi ciri personaliti yang dijumpai melalui kajian empirik. Ia lebih merupakan model deskriptif personaliti, bukan teori, walaupun pakar-pakar psikologi telah mengeluarkan beberapa teori untuk menerangkan teori Besar Lima. Selepas menjawab soal selidik tersebut, saya digolongi memiliki sifat agreeableness. Saya bersetuju dengan hasil ini kerana benarlah saya merupakan seorang yang berhati lembut dan mudah berasa simpati kepada orang lain. Contohnya, walaupun saya tahu bahawa terdapat orang yang sentiasa berpura-pura sebagai agen yang bertanggungjawab untuk mendapatkan dermaan untuk orang-orang cacat, namun, saya masih menderma wang untuk mereka kerana saya takut bahawa jika orang itu adalah agen yang benar. Selain itu, saya juga merupakan orang yang optimistic dan sentiasa berpandangan terbuka.

Kesimpulannya, melalui kuliah hari itu, saya dapat belajar banyak pengajaran dan nilai bagi diri sendiri. Saya akan membuat yang terbaik untuk mengatasi segala dugaan dan cabaran dengan apa-apa yang saya pelajari dalam kuliah-kuliah sepanjang semester ini.

Sekian, terima kasih. 

A131999 Nur Syazzuan B Saidon LJ05

            Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah pengurusan emosi, Dr. Ahmad Zamri dan semua pembaca. Syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurnia dari yang Maha Esa, maka saya diberi kesempatan oleh Nya untuk menulis jurnal pengurusan emosi saya yang kelima yang juga merupakan jurnal terakhir untuk kursus ZT 2253, Pengurusan Emosi, tahun 2 Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
            Untuk tugasan kali ini, kami telah diberikan tiga tugasan untuk dilengkapkan dan semua tugasan itu harus diulas dalam penulisan jurnal kali ini. Tiga tugasan utama itu ialah meneliti slide berkaitan Teori Psikoanalitik serta mengaitkan teori yang telah dipelajari dengan video yang dipertontonkan. Tugasan kedua pula ialah membincangkan kategori personaliti berdasarkan ujian MBTI dan membuat sedikit ulasan mengenai kategori personaliti anda berdasarkan Teori Besar Lima ( Big Five Theory ).
            Dalam video yang telah dipertontonkan, ianya memaparkan kisah seseorang dari zaman kanak-kanak hingga zaman dewasa. Video ini menunjukkan bagaimana kehidupan seorang kanak-kanak yang tidak pernah memikirkan masalah. Saya pasti semua orang pernah merasai fasa kehidupan sebagai seorang kanak-kanak. Cuma, apa yang membezakan ialah samada perkara yang dilalui itu indah atau pun tidak. Namun, saya pasti, rata-rata daripada kita datang daripada keluarga yang bahagia. Sudah tentu, zaman kanak-kanak yang kita alami adalah indah-indah belaka. Ketika di zaman kanak-kanak, saya pasti kita tidak pernah merasa terbeban dengan apa jua masalah yang kita alami. Pendek kata, apa jua masalah yang kita alami, tidak pernah kita ambil berat hingga memeningkan kepala kita. Tambah pula, kita masih tidak memahami apa yang berlaku di sekeliling kita. Hal ini seumpama kita berada dalam satu dunia yang berbeza dan hanya memikirkan kebahagiaan diri kita sendiri. Namun, seiring dengan proses tumbesaran, kita semakin memahami apa yang berlaku di keadaan sekeliling kita. Di saat ini, kita mula berinteraksi dengan keadaan sekeliling kita dan kita mula memikirkan apa yang berlaku di sekeliling kita. Di saat ini jugalah, kita mula dibebani dengan masalah.
            Menurut teori Psikoanalitik, personaliti semasa kita kecil dan besar adalah berbeza. Ketika di zaman kanak-kanak, pemikiran kita semasa kecil banyak dipengaruhi oleh personaliti kita. Bagaimana personaliti kita dibentuk oleh kedua ibu bapa, begitulah pemikiran kita akan dibentuk. Contoh yang paling mudah, ibu bapa sering memomokkan anak-anak dengan perkara-perkara superstitious seperti hantu, santau dan sebagainya. Perkara ini digunakan untuk mendidik anak-anak supaya berkelakuan baik. Namun, apabila anak-anak menginjak ke alam kedewasaan, kita seakan boleh berfikir sendiri. Perkara-perkara ini seperti tidak lagi mempunyai kesan terhadap diri kita. Di saat ini, kita boleh membezakan perkara-perkara yang benar dan menjadikan diri kita lebih pandai untuk menghadapi masalah. Malah, perkara ini turut membentuk personaliti dan peribadi kita sebagai seorang dewasa yang matang dan boleh menghadapi masalah yang bakal dilalui.
            Sebenarnya, kehidupan ini adalah singkat. Sebagai manusia biasa, seharusnya kita menghayati detik-detik kehidupan kita dengan sebaik-baiknya. Memang benar, segala perkara dalam hidup kita telah ditakdirkan sejak azali lagi, oleh Allah SWT. Namun, sebagai insan biasa, kita seharusnya berusaha untuk mendapat apa yang dihajati. Oleh yang demikian, salah satu aspek untuk menangani kehidupan dengan baik adalah dengan menguruskan emosi dengan baik.
            Sekarang mari kita berbicara mengenai personaliti. Apakah personaliti? Personaliti adalah gabungan beberapa ciri psikologi yang kita gunakan untuk menentukan serta menggambarkan seseorang itu berdasarkan sifat-sifat seperti agresif, pasif, tenang dan sebagainya. Myers-Briggs Type Indicator merupakan salah satu cara untuk menentukan jenis personaliti seseorang. Terdapat empat jenis ciri yang dibandingkan antara satu sama lain. Empat ciri tersebut ialah extrovert vs introvert, sensing vs intuitive, thinking vs feeling dan judging vs perceiving. Setiap orang hanya boleh menjadi seorang yang extrovert atau introvert, sensing atau intuitive, thingking atau feeling dan judging atau perceiving. Orang yang mempunyai ciri extrovert sering digambarkan sebagai yang pandai bergaul, tegas dan mempunyai kemahiran sosial yang baik manakala orang yang introvert adalah golongan sebaliknya, dengan sifat pemalu. Orang yang bersifat sensing ialah orang yang sangat berfikiran mendalam manakala orang yang bersifat intuitive lebih suka untuk berfikiran lebih luas. Untuk golongan thinker, mereka ini lebih menggunakan logik akal dan fikiran untuk menyelesaikan masalah manakala orang yang bersifat feeling lebih menjurus kepada penggunaan nilai-nilai emosi. Seterusnya, golongan yang mempunyai watak judging lebih suka berada dalam keadaan dikawal manakala orang yang bersifat perceiving lebih berperwatakan fleksible dan spontan.
            Dalam video yang kedua, video ini memaparkan mengenai jenis-jenis personaliti. Terdapat dua jenis personaliti iaitu personaliti jenis A dan B. Untuk jenis personaliti A, golongan ini digambarkan sebagai golongan yang suka melakukan kerja dengan pantas dan tergesa-gesa. Mereka ini juga sering kelihatan kelam-kabut dan mereka ini bukanlah orang yang penyabar. Namun, mereka ini juga selalunya seorang yang perfectionist dan bersifat daya saing. Untuk jenis personaliti B, mereka ini adalah golongan yang berlawanan sifatnya dengan jenis personaliti A. Mereka ini lebih tenang dan selalu berkeyakinan dalam penampilan. Berdasarkan video ini, saya mempunyai personaliti jenis B, di mana saya lebih suka untuk membuat tugasan secara perlahan-lahan, di mana saya sering menganalisa masalah yang dihadapi sebelum saya mengambil tindakan.
            Video seterusnya adalah video berkaitan dengan ujian MBTI. Menerusi ujian ini, kami telah diarahkan untuk menjawab soal selidik untuk menentukan jenis personaliti seseorang. Menerusi ujian ini, saya mendapati, saya merupakan golongan ISTP dimana saya merupakan seorang yang pemalu, saya lebih suka berfikir secara mendalam , lebih suka menggunakan logik akal dalam penyelesaian masalah dan saya seorang yang fleksible dan spontan. Walaupun bergelar seorang pelajar perubatan, namun perkara ini masih memerlukan saya untuk berfikir secara logik khususnya untuk menyelesaikan masalah menggunakan pemikiran kritikal.
            Dan video terakhir pula berkaitan dengan Big Five Theory atau teori Besar Lima, di mana terdapat lima ciri dalam teori ini iaitu extroversion, iaitu personaliti yang menggambarkan seseorang itu sebagai seseorang yang sangat suka bergaul, sangat energetik apabila bergaul dalam komuniti serta seorang pencetus. Ciri kedua pula ialah aggreableness dimana golongan ini lebih bersifat berperikemanusiaan dan sangat mementingkan hubungan dengan orang sekeliling. Mereka ini bersifat baik hati dan suka mengalah. Ciri ketiga dalam teori Besar Lima ini ialah consciectiousness di mana golongan ini merupakan golongan yang sangat berdisiplin dan mereka lebih gemar merancang aktiviti terlebih dahulu berbanding dengan melakukan perkara-perkara spontan. Ciri seterusnya ialah emotion stability atau kestabilan emosi dimana golongan ini merupakan golongan yang suka berfikiran negatif. Mereka lebih suka menganggap sesuatu keadaan sebagai keadaan yang mengancam mereka, menyebabkan mereka lebih terdedah kepada stress. Dan ciri kelima ialah openness to experience. Golongan ini merupakan golongan yang berseni. Mereka sangat menghargai karya-karya sastera dan seni. Mereka ini sangat sensitif dengan perubahan perasaan mereka.
            Selepas menonton video ini, saya berpendapat, saya merupakan golongan agreeableness di mana saya lebih suka mengalah dalam sesuatu perkara. Hal ini adalah untuk mengelakkan pergaduhan dengan rakan-rakan.
            Secara kesimpulannya, terdapat pelbagai perkara yang telah saya pelajari dalam kuliah minggu ini di mana saya telah dapat ketahui tentang karakter personaliti saya. Sekian.

A131869 NG YUN FOONG LJ05 Personaliti vs Emosi

Selamat sejahtera kepada pensyarah dan rakan-rakan saya. Kali
ini merupakan kali kelima saya menulis jurnal bagi kursus Pengurusan
Emosi. Jurnal ini juga merupakan tugasan terakhir bagi Tugasan 1 dalam
kursus Pengurusan Emosi. Tajuk jurnal ini ialah 'Personaliti vs
Emosi'.

Sebelum saya menulis tentang personaliti , saya ingin
memulakan jurnal ini dengan topik teori psikoanalitik. Semasa
pembelajaran tentang emosi , kami telah mendapat pengetahuan tentang
emosi bahawa teori yang berorientasikan ciri-ciri fisiologi dan
kognitif mencadangkan pengalaman emosi adalah bersifat sedar atau
conscious. Namun demikian , terdapat pembantahan daripada pihak lain
tentang pernyataan tersebut. Sigmung Freud membantah pernyataan itu
dan mencadangkan bahawa pengalaman emosi adalah satu proses yang
bersifat tidak sedar atau unconscious. Perkara-perkara yang bersifat
tidak sedar adalah seperti emosi , motif dan memori lepas yang kita
tidak perasan tentang kewujudannya tetapi boleh memberi pengaruh
kepada tingkah laku kita. Penekanan teori ini adalah kepada
emosi-emosi negatif. Konflik di paras tidak sedar boleh menyebabkan
emosi-emosi negatif tersebut dialami oleh seseorang. Sebagai contohnya
, seseorang individu yang pernah ditakuti dengan pergerakan badut
dalam alam kanak-kanak , akan tiba-tiba berasa takut apabila melihat
kemunculan badut di sekelilingnya semasa dewasa. Teori psikoanalitik
ini boleh dikaitkan dengan video yang bertajuk 'Childhood Experience'
yang ditunjukkan semasa kuliah. Dalam video tersebut , terdapat
pernyataan-pernyataan seperti berikut yang diberitahu oleh watak utama
itu.

'A long time ago, when I was just a child, I believed that my life was
great and that nothing could ever go wrong. I believed that no matter
how bad things got there was always a light at the end of the tunnel.'

Walaupun , teori psikoanalitik menekankan emosi negatif , tetapi dalam
video tersebut menekankan emosi positif. Semasa zaman kanak-kanak ,
terdapat banyak emosi positif tentang kegembiraan dan kebahagiaan
hidup telah dijadikan memori watak utama itu. Walau bagaimanapun ,
semakin hari semakin berumur dan kemudiannya semakin menuju ke arah
zaman dewasa , watak utama tersebut telah banyak melalui
perkara-perkara yang membawa kepada emosi negatif. Namun begitu ,
perkara yang tidak sedar iaitu memori kanak-kanaknya yang tersimpan
dalam mindanya itu telah menyebabkan pertukaran emosi negatif kepada
emosi positif seperti yang pernah dialami oleh watak utama tersebut
semasa zaman kanak-kanak. Situasi ini dapat dibuktikan dalam
pernyataan berikut yang ditunjukkan pada akhir video tersebut.

'…..A long time ago, when I was just a child, I believed that my life
was great and that nothing could ever go wrong. I believed that no
matter how bad things got there was always a light at the end of the
tunnel. I still believed that.'

Selain itu , personaliti manusia telah dibincangkan
semasa kuliah. Beberapa ujian personaliti telah dijalankan melalui
tayangan slide yang disediakan oleh pensyarah. Antara ujian-ujian
tersebut ialah Personaliti A atau B , ujian Myers-Briggs Type
Indicator(MBTI) dan ujian Big Five Theory. Ciri-ciri personaliti A
atau B telah ditunjukkan dalam bentuk video dan kami telah
menganalisakan personaliti berdasarkan pernyataan personaliti yang
ditunjukkan. Selepas menonton video tersebut , saya mendapati bahawa
saya mempunyai kedua-dua personaliti jenis A dan B.
Pernyataan-pernyataan yang benar-benar mempamerkan personaliti saya
jenis B ialah 'memandu pada halaju yang dihadkan atau kurang' , 'makan
secara perlahan' dan 'bercakap secara perlahan' , manakala
pernyataan-pernyataan yang benar-benar mempamerkan personaliti saya
jenis A pula ialah 'sentiasa dalam keadaan huru-hara' ,
'ketidaksabaran', ' orang yang suka akan kesempurnaan' dan 'sentiasa
melihat ke arah jam atau jam tangan'. Pada pendapat saya , setiap
manusia adalah berbeza dari segi kelebihan dan kelemahan masing-masing
dan seterusnya personalitinya yang mungkin terdiri daripada jenis A
atau B atau kedua-duanya. Cara hidup , cara pemikiran dan keadaan
sekeliling seseorang boleh memberi impak kepada personaliti seseorang
individu. Sebagai contohnya , seorang pekerja yang mempunyai
personaliti jenis B pada mulanya boleh bertukar personalitinya kepada
jenis A sekiranya bekerja dalam keadaan yang menyebabkan tekanan hidup
yang tinggi. Hal ini berlaku kerana pekerja tersebut tidak mahir dalam
menangani stres yang dialaminya.

Di samping itu , ujian MBTI telah dijalankan. Ujian
MBTI ialah satu soal selidik psikometric yang direka untuk mengukur
preferens psikologi manusia dari segi cara pandangan terhadap dunia
dan pemilihan keputusan. Myers dan Briggs telah mengekstrapolasikan
teori MBTI daripada hasil karya Carl Gustav Jung dalm bukunya
Psychological Types (1921). MBTI menyusun beberapa ciri perbezaan
psikologi kepada 4 pasangan atau dichotomies yang menyebabkan jumlah
kombinasi menjadi 16 kemungkinan personaliti dalam ujian tersebut.
Antara dichotomies tersebut ialah extraversion(E)-introversion(I) ,
Sensing(S)-Intuition(N) , Thinking(T)-Feeling(F) dan
Judgement(J)-Perception(P). Berikut adalah maksud atau hasil analisis
bagi kombinasi tersebut.

ISTJ-Duty Fulfiller ESTJ-Guardian
ISFJ-Nurturer
ESFJ-Caregiver ISTP-Mechanic
ESTP-Doer
ESFP-Performer ISFP-Artist
ENTJ-Executive
INTJ-Scientist ENTP-Visionary
INTP-Thinker
ENFJ-Giver INFJ-Protector
ENFP-Inspirer
INFP-Idealist

Melalui ujian ini , saya mendapati bahawa saya ialah duty fulfiller.
Menurut laman web istj.mbti.human-types.com, ISTJ merupakan seorang
yang senyap , serious , bertanggungjawab , suka sesuatu yang teratur ,
sensible , sabar , konservatif dan taat. Pada pendapat saya , ujian
ini akan menghasilkan keputusan atau diagnosis yang berbeza pada masa
yang berbeza. Sebagai contohnya , seseorang gadis mendapat ENTJ
sekarang mungkin akan mendapat ENTP apabila dia membuat ujian ini pada
masa yang lain kerana perubahan di sekelilingnya memberi kesan kepada
perubahan tingkah laku seseorang.

Tambahan pula , ujian Big Five Theory juga dijalankan.
Dalam teori ini , lima faktor telah digunakan , iaitu openness,
conscientiousness, extraversion, agreeableness, and neuroticism.
Akronim bagi lima faktor tersebut ialah OCEAN. Openness (Keterbukaan)
menerangkan apresiasi dan penghayatan seni , emosi , pengembaraan ,
idea luar biasa , penghairanan dan pelbagai pengalaman.
Conscientiousness (kecermatan) merujuk kepada suatu kecenderungan
untuk menunjukkan disiplin kendiri , menjalankan kewajipan dengan
sempurna dan bermatlamat untuk mencapai kejayaan. Pihak yang mempunyai
ciri ini suka membuat perancangan berbanding dengan tingkah laku
spontan. Extraverison (Ekstraversi) pula ialah ciri yang menunjukkan
kuasa , emosi positif dan kecenderungan untuk mencari stimulasi
daripada teman-temannya. Agreeableness(Kesetujuan) menerangkan satu
kecenderungan untuk menjadi compassionate dan bekerjasama dan bukannya
perasaan syak wasangka atau antagonistik terhadap pihak lain.
Neuroticism(Neuroticisme) ialah satu kecenderungan untuk mengalami
emosi negatif dengan mudah seperti emosi kemarahan , kebimbangan atau
kesedihan . Hasil daripada ujian tersebut , saya mendapati saya
mempunyai ciri neuroticisme yang tinggi. Menurut pernyataan
neuroticism , saya mudah diperngaruhi , mempunyai mood yang sentiasa
berubah , mudah mengalami stres dan bimbang tentang pelbagai perkara.
Semasa kuliah , video yang bertemakan lagu 'Right Here Waiting' juga
dikaitkan dengan teori tersebut.

Kesimpulannya , personaliti seseorang bukan sesuatu
yang kekal sama selama-lamanya. Personaliti akan sentiasa berubah
disebabkan oleh cara hidup , perubahan yang berlaku di sekeliling ,
cara pemikiran yang baru , dan sebagainya.

Dear Friend

Goodday to you and your family,i am sorry to disturb you but i felt deeply
in my
heart that you are that individual that i have been looking for and so i can
contact you for a blessing that you are about to receive and also share with
people that need it,my name is William Stevenson,a British merchant in
Dubai.I
have been diagnosed with esophageal cancer, which was discovered very
late,due
to my laxity in caring for my health.This sickness has defiled all forms of
medicine,and right now I have only about a few months to live,according to
medical experts.I have since lost my power of speech and can only manage to
write now,as that has been the only way I am able to communicate.

I have not particularly lived my life so well,as I never really cared for
anyone
(not even myself)but my business.Though I am very rich,I was never Generous,I
was always hostile to people and only focused on my business as that was the
only thing I cared for. But now I regret all this as I now know that there is
more to life than just wanting to have or make all the money in the world.I
believe when i am given a second chance to come to this world I would live my
life a different way from how i have lived it.Now that i have been
called,I have
willed and given most of my property and assets to my immediate and extended
family members as well as a few close friends.


I want the almighty to be merciful to me and accept my soul,so i have
decided to
give alms to charity organizations,as I want this to be one of the last good
deeds I do on earth.I want to believe that you will be capable of handling
this
task for me.I will wait to hear from you to know if you are capable of doing
this favour for me, You will be bless as you have decided to do this, I will
wait for your urgent response at my email address thank you for deciding to
actualize this task for humanity sake.


Regards,
William Stevenson

From: Ms. Janet Thomas

From: Ms. Janet Thomas
C/O: Refugee Camp, Ghana.
I am Ms. Janet Thomas, the only daughter of late Mr/Mrs Daniel Thomas, my father was a very wealthy cocoa merchant in Kumasi, the economic capital of Ghana, my father was poisoned to death by his business associates on one of their outings on a business trip.

My mother died when I was a baby and since then my father took me so special before his death on July-2010 in a private hospital here in Accra, he secretly called me on his bed side and told me that he has the sum of ($6.6 Million Dollars) left in fixed / suspense account in one of the prime bank here in Accra, that he used my name as his only daughter for the next of Kin in depositing of the money.
 
He also explained to me that it was because of this wealth that he was poisoned by his business associates. That I should seek for a foreign partner in a country of my choice where i will transfer this money and use it for investment purpose such as real estate management or hotel management.
 
Dear, I am honorably seeking your assistance in the following ways:

(1) To provide a bank account into which this money would be transferred to.
(2) To serve as a guardian of this money since I am only 21 years.
(3) To make arrangement for me to come over to your country to further my education and to secure a resident permit in your country.
 
Moreover, dear i am willing to offer you 20% of the total sum as compensation for your effort/input after the successful transfer of this fund into your bank account information in overseas.

Furthermore, you indicate your options towards assisting me as I believe that this transfer would be concluded within seven (7) days you signify interest to assist me.

I am waiting to hear from you urgent.
 
Thanks and God bless you.
Best Regards.
Ms. Janet Thomas.
Email: janet.thomas@blumail.org

A131930 Yuhana Binti Miftah LJ05- Personaliti

Assalamualaikum w.b.t.

Jurnal kali ini merupakan jurnal yang terakhir iaitu jurnal kelima yang menjadi tugasan wajib bagi kami semua. Terlebih dahulu, saya ingin  memohon maaf pada Dr. Zamri kerana tidak dapat menghadiri kuliah yang lepas kerana terlibat dalam raptai penuh bersempena dengan majlis penutup Ihya' Ramadhan yang diadakan di Kolej Tun Syed Nasir. Ada yang mengatakan kuliah minggu tersebut dibatalkan. Terkejut juga saya dengar sebab rasa bersalah kerana mungkin Dr. Zamri batalkan kuliah sebab selain saya, ramai lagi pelajar lain yang terlibat dalam majlis tersebut. Rupa-rupanya, kuliah tetap diteruskan tetapi dengan 3 tugasan dan aktiviti yang berlainan serta lebih menarik. Topik tugasannya berkaitan dengan cara-cara untuk menentukan personaliti kita sendiri dengan menggunakan beberapa kuiz yang akan diberikan. 3 tugasan tersebut ialah:


tugasan 1 : baca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory. Dengar dan tonton klip video pertama            .                    dan kaitkan dengan teori tersebut.

  

tugasan 2: jawab soalselidik MBTI. Kemudian bincang personaliti yang diperolehi waktu soalselidik MBTI

                    dalam jurnal kelima.

 

tugasan 3: jawab soalselidik Teori Besar 5, sama seperti tugasan 2, bincangkan personaliti yang    .  .  .  .  .  .                  diperolehi dalam jurnal kelima.

 

Sekarang kita akan bermula untuk membincangkan mengenai Psychoanalytic Theory. Secara fisiologi dan kognitifnya, kesemua teory yang membincangkan mengenai emosi mengatakan bahawa emosi adalah proses dalam sedar. Namun begitu, seorang pemikir masa dahulu yang bernama Sigmund Freud menyanggah pendapat ini dengan menegaskan bahawa emosi ialah sesuatu yang dialami oleh seseorang dalam keadaan luar sedar. Apakah yang dikatakan dengan 'luar sedar'? Ianya bermaksud sesuatu emosi, motif, dan memori masa lalu yang kita tidak sedari namun mereka boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang.  Kebanyakkan daripada kita tidak dapat mengingati sebahagian besar perkara yang berlaku semasa zaman kanak-kanak mereka. Sebagai contoh dua orang remaja lelaki yang sedang bermusuhan berkemungkinan tidak mengingati sebab mengapa mereka bertengkar antara satu sama lain. Apa yanag mereka tahu, setiap kali bertemu dan bertentang mata perasaan kurang senang dengan secara tiba-tiba menyusup kedalam dada dan menimbulkan perasaan marah. Ini kerana permasalahan antara mereka diransang oleh satu perasaan luar sedar dan memori yang kuraang jelas. Penekanan teori psikoanalitik juga lebih terarah kepada emosi-emosi negative terutamanya perasaan marah dan bimbang. Seperti contoh yang telah saya nyatakan, perasaan marah dan bimbang disebabkan berlakunya konflik di paras luar sedar. Di bawah pengaruh ini, seseorang mungkin secara tiba-tiba berasa bimbang dan marah tanpa sebab yang jelas.

 

Seterusnya, kita akan berbincang pula mengenai tugasan yang kedua iaitu penentuan personality melalui ujian ataupun soal selidik MBTI. Terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan asal-usul ujian soal selidik ini. MBTI atau secara lengkapnya Myers-Briggs Type Indicator merupakan soal selidik psikometrik yang dicipta untuk mengukur psikologi manusia dalam menghadapi kehidupan dan dalam membuat pilihan. MBTI ini dibangun dan diasaskan oleh Katharine Cook Briggs bersama-sama dengan anak perempunnya, Isabel Briggs Myers. Ibu dan anak ini mencipta MBTI ketika Perang Dunia ke-2 dengan kepercayaan bahawa pengetahuan tentang jenis personaliti akan membantu kaum wanita dalam memilih jenis pekerjaan yang paling sesuai dengan mereka ketika zaman peperangan tersebut. Ujian soal selidik ini mengkategorikan lapan karakter kepada empat bahagian. Setiap satu kategori terdiri daripada dua karakter yang berlawanan.

 

·         Kategori pertama(E/I)   : Pilihan antara Extraversion(E) dan Introversion(I)

·         Kategori kedua(S/N)     : Pilihan antara Sensing(S) dan Intuition(N)

·         Kategori ketiga(T/F)     : Pilihan antara Thinking(T) dan Feeling(F)

·         Kategori keempat(J/P)  : Pilihan antara Judging(J) dan Perceiving(P)

 

      Hasil daripada kombinsi empat huruf yang telah ditentukan, ianya akan membentuk jenis personaliti seseorang itu. Melalui ujian tersebut, gabungaan huruf yang menggambarkan personaliti saya ialah ENFP- The Inspires. Secara amnya, mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan suka untuk meneroka perkara luar yang dianggap sebagai satu medan yang membuka peluang-peluang emas. Mereka juga mempunyai minat yang tinggi untuk mencuba dan terlibat dengan sesuatu yang baru contohnya mencari rakan yang baru, mencari idea baru serta lain-lain aktiviti yang baru bagi mereka. Sangat bertimbang-rasa dan mengambil berat akan kebajikan orang-orang disekeliling mereka. Golongan ENFP sentiasa bertenaga, bersemangat dan menjalani kehidupan yang spontan dan ringkas. Makan bagi setiap huruf- ENFP- adalah seperti yang diatas. Namun apakah huraian disebalik huruf-huruf tersebut. E atau pun Extraversion menggambarkan seseorang bertindak dahulu dan memikirkan akibat daripada tindakan tersebut kemudian. Hubungan dengan dunia luar merupakan sesuat yang penting kerana mereka tidak boleh hidup dalam keadaan bersendirian. N ataupun Intiution bermaksud mereka yang berfikir lebih kearah masa hadapan dan lebih kreatif. F ataupun Feeling menggambarkan mereka yang cepat dipengaruhi oleh emosi sekeliling. P ataupun Percieving, mereka yang di dalam golonga ini boleh menggandakan hasil kerja mereka dalam keadaan yang genting contohnya apabila tarikh akhir sesuatu tugasan sudah semakin hampir, mereka akan berfikir dan bekerja dengan lebih baik.

 

       Memasuki tugasan yang ketiga, iaitu tugasan yang terakhir. Kali ini saya akan membincangkan ujian soal selidik personaliti yang kedua, yang dinamakan The Big Five Theory (Teori Besar Lima). Kedah yang digunakan dalam ujian ini membahagikan soalan kepada lima bahagian. Kelima-lima bahagian ini mewakili personaliti yang tertentu

 

·         A – Openness

·         B – Conscientiousness

·         C – Extraversion

·         D – Agreeableness

·         E – Neuroticism (Emotional Instability)

 

      Setiap bahaagian soalan telah dipecahkan lagi kepada soalan yang lebih kecil. Setiap mereka yang mengambil ujian ini hendaklah memberikan markah kepada soalan yang dijawab contohnya

 

0 = tidak setuju atau tidak pasti

1 = Setuju sedikit

2 = Sederhana setuju

3 = Sangat setuju

 

      Hasil daripada ujian yang diambil, saya tergolong dalam kumpulan D- Agreeableness. Huraian untuk personaliti dlam  kukmpulan ini ialah mereka lebih cenderung untuk menunjukkan rasa belas kasihan dan suka untuk bekerjasama dengan orang lain daripada berprasangka buruk dan mempunyai tanggapan negatif. Mereka juga sangat peramah,bertimbang rasa, pemurah dan sanggup untuk mengenepikan minat dan kehendak diri sendiri demi kepentingan orang lain.

 

     Tamat sudah bahagian tiga. Sebelum saya mengakhiri jurnal ini, disini saya ingin menceritakan serba sedikit megenai tentang perbezaan antara type A personality dan type B personality. Mengikut kefahaman saya, mereka yang tergolong dalam personaliti jenis A kurang mempunyai kehidupan social kerana sentiasa dalam keadaan terburu-buru dan mengejar masa. Golongan ini juga mempunyai tahap kesabaran yang kurang dan sangat kompetitif. Manakala personaliti jenis B pula, mereka lebih tenang dan relax. Mereka lebih suka menikmati dan melakukan sesuatu tanpa tergesa-gesa. Tahap kesabarab mereka juga lebih tinggi. Berbanding dengan jenis B, personaliti jenis A lebih mudah dan cenderung untuk menghidap penyakit jantung dan darah tinggi.Oleh itu, mereka seharusnya belajar untuk mengawal emosi dan meguruskan kehidupan dengan lebih baik supaya segalanya lebih teratur.

Sekian, terima kasih.

     

 

 

A131221 Nur Asyikin Binti Md Yusof LJ05 Personaliti dan Saya

Assalamualaikum dan salam aidilfitri kepada pensyarah yang dihormati Dr. Zambri dan rakan-rakan pelajar perubatan tahun dua UKM yang dikasihi. Diam tak diam tugasan satu untuk kursus ZT2253 Pengurusan Emosi sudah sampai ke penghujungnya dan ini adalah jurnal pembelajaran saya yang kelima dan merupakan yang terakhir untuk tugasan satu ini. Menjadi yang terakhir, pastinya terdapat tugasan istimewa untuk ditulis dalam jurnal ini. Sesi kuliah pada kali ini diadakan dengan 'flow' yang amat berbeza di mana tiada sesi pengkuliahan diadakan namun lebih kepada aktiviti interaktif. Terlebih dahulu Dr. Zambri telah menyenaraikan tiga tugasan untuk disempurnakan dalam jurnal pembelajaran yang kelima ini iaitu:
1)      Mengaitkan teori Psychoanalytic dengan video yang ditayangkan pada jam 2 petang.
2)      Menjawab soal selidik MBTI dan bincangkan kategori personaliti yang diperoleh daripada soal selidik tersebut.
3)      Menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan bincangkan kategori personaliti yang diperoleh daripada soal selidik tersebut.
                         Saya terus kepada tugasan pertama iaitu membincangkan teori Psychoanalytic dan kaitannya dengan video yang ditayangkan. Sebenarnya, teori Psychoanalytic ini merupakan kesinambungan daripada topik kuliah Teori Fisiologi, Kognitif dan Psikoanalitik (FKP) pada sesi yang lalu. Teori Psychoanalytic yang diilhamkan oleh Sigmund Freud menyatakan bahawa pengalaman emosi adalah di luar sedar(unconscious). 'Unconscious' ini adalah kawasan di mana emosi yang berpersonaliti, motif, dan pengalaman pada masa lalu yang idak kita sedari namun ia mempengaruhi perlakuan kita dan kebanyakan pengalaman semasa kanak-kanak adalah secara tidak sedar. Daripada tayangan video yang bertajuk 'Childhood Experience' ini, apa yang dapat saya rumuskan ialah kebanyakan pengalaman yang dialami oleh 'narrator' pada zaman kanak-kanaknya telah mempengaruhi kepercayaan atau pegangannya hinggalah beliau dewasa. Dalam teori ini juga menyebut bahawa 'unconscious' adalah sumber emosi dan motivasi yang amat berkuasa. Ini dapat dilihat melalui pengalaman 'narrator' di mana beliau terus berpegang kepada kepercayaan yang tertanam dalam dirinya sejak kecil walaupun keadaan sering tidak menyebelahinya.
                         Seterusnya saya akan ke tugasan yang kedua iaitu membincangkan kategori personaliti yang diperoleh hasil daripada soal selidik MBTI. Daripada pembacaan lanjut tentang soal selidik ini, saya mendapati Myers-Briggs Type Indicator(MBTI) adalah soal selidik psikometrik yang dicipta untuk mengukur psikologi manusia dalam menghadapi kehidupan dan dalam membuat pilihan. MBTI ini dibangunkan oleh Katharine Cook Briggs dan anak perempunnya Isabel Briggs Myers. Dua beranak ini mencipta MBTI ketika Perang Dunia ke-2 dengan kepercayaan bahawa pengetahuan tentang jenis personaliti akan membantu kaum hawa dalam memilih jenis pekerjaan yang paling sesuai dengan mereka ketika zaman peperangan tersebut. Soal selidik ini dibahagikan kepada empat kategori dengan setiap satunya diberi dua pilihan karakter. Kami diminta memilih satu karakter bagi setiap kategori lalu menghasilkan kombinasi empat huruf yang menterjemahkan personaliti seseorang.
·         Kategori pertama(E/I) : Pilihan antara Extraversion(E) dan Introversion(I)
·         Kategori kedua(S/N) : Pilihan antara Sensing(S) dan Intuition(N)
·         Kategori ketiga(T/F) : Pilihan antara Thinking(T) dan Feeling(F)
·         Kategori keempat(J/P) : Pilihan antara Judging(J) dan Perceiving(P)
                         Daripada soal selidik ini, saya memperoleh kombinasi INTP yang menterjemahkan personaliti The Thinkers. Secara kasarnya, personaliti saya ini lebih cenderung kepada pemahaman tentang peristiwa yang berlaku di sekeliling saya dan banyak mempersoalkan serta mengkritik idea atau kejadian yang berlaku dalam memperoleh pemahaman tersebut. Pemikiran saya lebih kepada logik, analitik dan di luar daripada kenyataan yang berlaku. Saya juga mudah menyesuaikan diri dengan keadaan di sekeliling dan fleksibel serta kurang berminat untuk mengatur kehidupan. Di sini saya ingin mengulas secara terperinci setiap huruf yang melambangkan diri saya iaitu I, N, T, & P. I-Introversion, menggambarkan saya sebagai seorang yang 'fikir dahulu sebelum bertindak'. Saya juga lebih gemar untuk berkomunikasi secara 'personal' dengan hanya melibatkan dua individu dan tidak gemar untuk bercakap di khalayak ramai. Selain itu, saya lebih mudah memotivasikan diri sendiri tanpa dibantu oleh faktor luaran seperti keluarga atau rakan-rakan. N-Intuition, menggambarkan saya sebagai seorang yang 'kuat berangan', sungguh imaginatif. Saya mengakuinya kerana saya gemar memikirkan sesuatu yang bakal berlaku pada masa hadapan dan kadangkala tidak menyedari apa yang berlaku di sekeliling saya. Saya juga gemar mentafsir sesuatu perkara yang banyak kiasannya seperti sajak, syair atau kata-kata hikmat para cendekiawan. T-Thinking, menggambarkan saya sebagai seorang yang membuat keputusan berdasarkan logik dan fakta. Saya jugaa seorang yang mudah untuk mengeluarkan analisa yang kritikal dan objektif serta menerima konflik sebagai lumrah dalam sesuatu perhubungan. P-Perceiving, menggambarkan saya sebagai seorang suka melakukan pelbagai tugas dan tugas-tugas dapat dilaksanakan dengan baik apabila hampir dengan 'deadlines'. Saya amat bersetuju dengan gambaran yang diberikan dan mungkin ianya berlaku disebabkan sikap saya yang kadangkala gemar bertangguh. Seperkara lagi, saya seorang yang sukakan kebebasan dan tidak suka dikongkong.
                         Saya teruskan penulisan jurnal ini kepada tugasan yang ketiga iaitu membincangkan kategori personaliti yang diperoleh hasil daripada soal selidik Teori Besar Lima(Big Five Theory). Teori Besar Lima membahagikan personaliti kepada lima kategori utama iaitu Openness, Conscientiousness, Extraversion, Agreeableness, dan Neuroticism(Emotional Instability). Kaedah soal selidik Teori Besar Lima ini membahagikan soalan kepada lima bahagian iaitu A, B, C, D & E. Setiap bahagian mewakili personaliti tertentu iaitu :
·         A – Openness
·         B – Conscientiousness
·         C – Extraversion
·         D – Agreeableness
·         E – Neuroticism (Emotional Instability)
Setiap bahagian mempunyai beberapa pecahan soalan dan subjek harus memberikan markah (0/1/2/3) bagi setiap soalan bersesuaian dengan personaliti subjek. Di penghujungnya, subjek harus menjumlahkan markah untuk setiap bahagian dan bahagian yang memperoleh markah tertinggi adalah kategori personaliti subjek tersebut. Hasil daripada soal selidik ini, saya memperoleh personaliti Openness. Personaliti 'openness' menggambarkan saya sebagai seorang yang menghargai seni dan emosi. Saya juga gemar kepada pengembaraan dan pengalaman yang baru. Selain itu, saya juga tertarik kepada idea-idea yang luar biasa dan unik serta seorang yang imaginatif. Secara intelektual, saya seorang yang mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi serta lebih berpegang kepada fahaman bukan konvensional. Saya juga sensitif pada perasaan diri sendiri dan menariknya saya juga sensitif pada kecantikan. Secara jujurnya, saya bersetuju terhadap beberapa pernyataan atau gambaran yang diberikan namun ada sesetengahnya merupakan perkara yang baru atau mungkin saya tidak menyedarinya sebelum ini. Antara perkara baru tersebut seperti berpegang pada fahaman bukan konvensional dan sensitif pada kecantikan. Walaubagaimanapun, saya gembira dengan kategori personaliti yang saya perolehi hasil daripada soal selidik ini.
                         Kesimpulannya, soal selidik personaliti ini telah membuka pandangan dan pemikiran saya tentang kepelbagaian karakter yang kita temui dalam kehidupan seharian kita terutamanya dalam masyarakat Malaysia yang majmuk ini. Aktiviti ini juga telah menjadikan saya lebih arif tentang karakter yang ada dalam diri saya sendiri yang mungkin ada sesetengahnya tidak saya sedari sebelum ini. Seharusnya kita menggunakan pengetahuan yang telah kita peroleh ini untuk memperbaiki kelemahan dan mengukuhkan lagi kekuatan yang ada dalam diri sendiri. Seterusnya, sebagai seorang yang hidup bermasyarakat kita haruslah menghargai dan menghormati kepelbagaian personaliti manusia kerana kepelbagaian inilah yang membawa kemeriahan dan warna-warni kehidupan.   

Tuesday, August 30, 2011

A131556 NORAMIRA ROBANI LJ05 Personaliti

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi saya dapat menghadirkan diri untuk kuliah pengurusan emosi yang keenam ini. Untuk kuliah kali ini, kami diberikan tiga tugas sebagai tugasan kami untuk dikaitkan di dalam jurnal kali ini. Tugas yang pertama adalah kami diminta untuk membaca teori psikoanalitik dan juga menonton satu video yang dipaparkan dan seterusnya kami diminta untuk mengaitkan kandungan yang ada dalam teori dengan video yang dipaparkan. Selain itu kami juga diminta untuk membandingkan teori psikoanalitik ini dengan teori psikobiososial. Manakala bagi tugasan kedua pula, kami diminta untuk menjawab soal selidik MBTI dan membincangkannya. Dan bagi tugasan ketiiga pula, kami diminta untuk menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan seterusnya membincangkan tentang teori masing-masing.
Psikoanalitik teori ialah teori yang mengaitkan pengalaman seseorang dalam keadaan tidak sedar atau tanpa kita sedari. Contohnya seperti pengalaman sewaktu kita kanak-kanak di mana kebanyakan situasi sewaktu kanak-kanak tidak dapat kita ingati kerana tumbesaran kita yang progressif. Seterusnya, video yang kami tonton adalah berkenaan dengan personaliti seseorang sama ada type A atau type B. Dan setelah diamati, saya tergolong dalam individu yang mempunyai personaliti type B. Individu dengan type B merupakan seseorang yang sukakan aktiviti-aktiviti yang tenang contohnya seperti melibatkan diri dengan aktiviti yang melibatkan alam sekitar atau sebagainya. Selain itu, individu ini juga merupakan seseorang yang disenangi, penyabar, tidak mudah risau dan tenang atau dalam bahasa lainnya relax. Individu yang mempunyai personaliti type B ini adalah seseorang yang makan dengan lambat, dan kehadirannya membuatkan situasi menjadi senang dan tenang.
Bagi tugasan yang kedua, di mana kami diminta untuk menjawab soalan MBTI, masing-masing mempunyai personaliti mereka yang tersendiri. Bagi saya pula, personaliti saya dalam soal selidik ini ialah ESFP iaitu Extraverted, Sensing, Feeling dan juga Perceiving. Menurut teori ini, saya merupakan seseorang yang suka hidup melalui pengalaman yang berganda. Personaliti ESFP ini juga merupakan seseorang yang sentiasa berjaga-jaga tentang apa sahaja pekerjaan yang memerlukan perhatian atau sesuatu pekerjaan yang memberikan keseronokan atau hiburan. Tidak dinafikan, saya kadang kala juga sedikit peka dengan apa sahaja pekerjaan yang saya lakukan contohnya seperti kerja-kerja yang melibatkan kumpulan kerana saya suka untuk menyiapkan kerja-kerja kami secara sempurna dan mampu kami lakukan. Di samping itu, menurut teori ini, saya merupakan seseorang yang yang cepat membiasakan diri dengan persekitaran saya. Namun bagi pendapat saya, keadaan ini terpulang kepada situasi yang sedang saya alami kerana kadang kala terdapat beberapa waktu saya seperti pasif dengan persekitaran kerana dikelilingi orang yang pasif dan adakalanya juga saya senang dan cepat menyesuaikan diri kerana dikelilingi oleh orang yang aktif dan berfikiran terbuka.
Selain itu, individu yang mempunyai personaliti ini juga merupakan seseorang yang sukakan kebebasan, baik hati, dan sering bertolak ansur. Personaliti ini juga mempunyai cara untuk berurusan dengan orang ramai dalam bidang yang sama dan tidak mudah untuk mendapat kesukaran semasa berhubungan. Bagi individu ini, pangkat, status, dan kepopularan tidaklah penting apabila mereka bersemuka dan berhubung dengan orang lain. Tidak dinafikan, saya juga bukanlah seorang yang mementingkan pangkat dan status glamer apabila berhadapan dengan orang lain kerana saya berasa janggal dengan keadaan seperti itu. Apa yang penting adalah saya dapat berhubungan dengan baik dengan semua orang.  Individu yang mempunyai personaliti ini juga mempunyai cara yang betul untuk mencari jalan bagi memperbaiki sesuatu di tempat kerja mereka. Individu ini sangat suka mengembara, mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi, dan sukakan kepelbagaian. Individu ini lebih tertumpu dan menyukai perbuatan berbanding perkataan, atau dengan kata lain, mereka lebih mementingkan sesuatu yang memerlukan kelakuan berbanding dengan kata-kata. Mereka juga sentiasa berada dalam keadaan gembira selagi semuanya berjalan lancar mengikut arus yang ditetapkan. Individu ini juga sukakan kesederhanaan dan suka melakukan sesuatu pekerjaan dengan cepat. Individu ini juga seorang yang sangat membantu kerana mereka selalunya memberikan cara atau khidmat yang betul kepada orang yang  memerlukan. Mereka juga sebenarnya mempunyai keupayaan yang unik dan aneh untuk memberikan respons dalam hal-hal seperti kes kecemasan dan mereka juga mempunyai tindak balas yang agak baik terhadap sesuatu perkara. Tetapi, individu ini juga mempunyai  kekurangan iaitu mereka selalu bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu. Keadaan ini sangat bahaya kerana ianya boleh memberi kesan dalam kehidupan seharian individu yang yang mempunyai personaliti ESFP. Tetapi mereka juga sebenarnya cenderung atau lebih terarah untuk mempunyai kemahiran semula jadi seorang pengantara. Individu ini juga biasa dengan alam sekitar serta warna yang pelbagai, tekstur, bunyi, kecantikan dan rasa kesemuanya. Mereka dikatakan agak anggun, ayu dan tangkas ketika bergerak. Mereka juga cintakan keseronokan dan sekiranya sesuatu situasi itu terlalu senyap, mereka boleh menyediakan hiburan ataupun gangguan. Mereka merupakan seseorang yang suka belajar denagn cara memerhati dan seterusnya menjadikan pemerhatian mereka sebagai contoh dan motivasi. Dan seterusnya, mereka suka mengajar menggunakan contoh kerana ianya lebih mudah difahami dan diamati. Dan selalunya perhatian mereka akan terarah kepada apa sahaja yang memberi gambaran kepada deria mereka.
Saya juga seperti yang saya beritahu sebelum ini, merupakan seorang individu yang berpersonaliti ESFP. Dan tidak dinafikan, saya mengakui sedikit sebanyak huraian tentang personaliti ESFP. Setiap karakter ada baik dan buruknya dan bagi saya, apabila saya telah megetahui tentang personaliti saya, saya seharusnya menjadikan peluang ini untuk memuhasabah diri dan cuba memperbaiki apa sahaja yang kurang supaya ianya dapat membantu saya mengurus emosi saya dengan baik.
Seterusnya, bagi tugasan ketiga iaitu tentang Big Five Theory, setelah melakukan soal selidik yang dikemukakan, antara kelima-lima personaliti, saya lebih tergolong dalam kategori 'openness' atau dalam bahasa ibunda kita, keterbukaan. Menurut teori ini, individu yang dalam kategori ini lebih bersifat terbuka dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Mereka tidak terikut-ikut dengan emosi tetapi lebih berfikiran terbuka dalam membuat sesuatu pilihan. Mereka juga dipercayai lebih menghargai seni yang abstrak dan sesuatu yang merangkumi alam sekitar.
Sebagai kesimpulannya, saya tidak nafikan ketiga-tiga emosi yang saya punyai kerana itu adalah diri saya yang sebenar yang mana dahulu saya tidak terlalu mengetahui tentang personaliti diri saya yang sebenar. Namun dengan menghadiri kuliah ini, baru saya ketahui tentang personaliti sebenar saya dan juga personaliti-personaliti yang lain. Setiap personaliti yang ada sebenarnya mempunyai nilai positif dan negatif masing-masing kerana saya percaya tiada seorang pun yang mempunyai personaliti yang sempurna dari segi luaran dan juga dalaman. Seterusnya, apa yang saya ingin tekankan di sini ialah, sebagai seorang manusia, kita haruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan juga orang lain di samping menerima kekurangan diri kita sendiri. Akhir sekali, salam aidilfitri dari saya.
                

a131479 norfarahin romlan lj05 personaliti

 

Assalamualaikum dan slam sejahtera kepada Dr. Zamri dan rakan-rakan. Jurnal pada kali ini merupakan jurnal kelima yang telah saya tulis untuk mengulas kuliah pengurusan emosi pada minngu ini bertarikh 24 Ogos 2011. Kelainan pada kuliah kali ini kerana kami tidak di beri kuliah tetapi di minta untuk melakukan beberapa ujian personaliti. Kami juga diminta untuk mengulas jenis personaliti kami di dalam jurnal kali ini.

Sesi pengkuliahan dimulakan dengan tayangan video berkaitan dengan kehidupan manusia sejak kecil sehingga dewasa. Lagu ini menceritakan perasaan penulis ketika masih kecil dan setelah menjadi dewasa. Pada awalnya penulis menyangkakan kehidupan ini sesuatu yang indah, tanpa masalah. Dia merakan disetiap terowong yang dilalui pasti akan ada cahaya di hujungnya. Jiak kita analisis ayat tersebut, penulis merasakan bahawa di setiap masalah yang timbul pasti akan ada jalan keluarnya dan penyelesaiannya. Tetapi setelah beliau menjangkau usia remaja ternyata segala yang beliau rasakan adalah salah dan tidak tepat. Beliau sedar bahawa tidak semua masalah yang menimpanya ada penyelesaian. Beliau merasa sedikit kecewa dan sedih tetapi akhirnya dia sedar kehidupan ini perlu di teruskan. Antara perkara yang penulis sangkakan ketika kecil ialah semua orang yang beliau temui akan menjadi kawan dan akhirnya beliau sedar bahawa tidak semua dari mereka ingin dan berhak untuk menjadi kawan antara satu sama lain. Kekecewaan ini menyedarkan penulis dan beliau sendiri mengambil keputusan akan terus berkawan walaupun kawan yang beliau cari dan temui akan mengkhianati beliau pada akhirnya. Perkara ini turut menyedarkan saya bahawa hidup ini tidak semudah yang disangka. Banyak cubaan dan ujian yang perlu kita lalui dalam menjadikan diri lebih matang dan sabar selain dapat menguji keimanan kita. Itulah lumrah kehidupan yang perlu dilalui oleh setiap mereka yang hidup. Emosi yang di utarakan dalam lagu ini ialah emosi negatif iaitu sedih.

Sesi kedua kuliah adalah tentang personaliti. Menurut pembacaan yang dilakukan, Erik Erikson menyatakan bahawa terdapat perbezaan dalam pembentukan identiti mengikut jantina dan terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi personaliti individu. Antaranya ialah faktor pengaruh keluarga dan budaya.

Kami diperlihatkan video berkenaan sifat-sifat individu yang mempunyai personaliti type A dan B. Setelah video berakhir kami di minta mengakses diri kami tergolong dalam kumpulan yang mana. saya merasakan saya ialah individu yang mempunyai personaliti jenis B. Walaubagaimanapun saya dapat merasakan kedua-dua personaliti tersebut ada dalam diri saya. Bergantung pada situasi, tempat dan beberapa faktor lain, saya berpendapat bahawa personaliti manusia akan berubah. Ramai di antara kami juga tidak jelas tentang personaliti sebenar mereka. Mungkin ujian yang lebih tepat perlu dijalankan untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik.

Antara sifat individu yang tergolong dalam kumpulan yang mempunyai personaliti jenis B ialah :-

  1. Tenang

  2. Memandu perlahan dan berhemah

  3. Mudah menyesuaikan diri.

  4. Makan perlahan

  5. Sabar

  6. Tidak suka melakukan sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa

  7. Bercakap perlahan.

Dr zamri ada menyatakan bahawa personaliti juga boleh ditentukan melalui jenis darah. Oleh itu saya telah membuat beberapa bacaan tambahan di internet tentang perkara tersebut. Antara personaliti individu yang mempunyai darah jenis B ialah :-

Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)

Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas:

Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:

Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Seorang yang 'expressive', 'cool' dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar 'mood' seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja:

Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

Sumber :- http://kolanorzainul.blogspot.com/2011/03/rahsia-personaliti-dari-jenis-darah.html

Setelah memilih jenis personaliti kami, kuliah di teruskan dengan menjawab soal selidik MBTI. Perkataan MBTI ini membawa maksud MYERS BRIGGS TYPE INDICATOR. MBTI merupakan salah satu soal selidik yang sering digunakan bagi mengkaji personality individu. Terdapat empat dimensi yang diperbincangkan dalam soal selidik ini. Empat dimensi tersebut ialah:-

  1. Extraversion dan Intraversion

  2. Sensing dan Intuitive

  3. Thinking dan Feeling

  4. Judging and Perceiving

Hasil menjawab soal selidik ini saya mendapat keputusan ESFP iaitu the performers. Seorang yang extrovert merupakan individu yang gemar bergaul dengan orang ramai, suka bergurau, berfikiran terbuka dan akan merasa sedih apabila ditinggalkan seorang diri. Dan satu kelemahan individu yang bersifat ekstrovert ini ialah mereka suka bertindak tanpa berfikir panjang. Saya merasakan ada benarnya sifat ini dalam diri saya. Saya berasa gembira apabila ada ramai orang dikeliling saya tetapi akan merasa sedih dan bosan apabila saya sendirian.

Seterusnya ialah sensing. Saya suka akan sesuatu yang jelas dan nyata. Sebagai contoh, saya tidak suka bermain teka-teki kerana saya menganggap teka-teki itu adalah sesuatu yang tidak jelas. Kekadang jawapan yang di cari itu tidak logik. Saya juga suka mengimbau kembali pengalaman lampau. Berbeza dengan mereka yang bersifat intuitive. Mereka lebih gemar untuk memikirkan sesuatu yang abstrak dan tidak jelas, gemar berkhayal dan meneka. Mungkin mereka yang mempunyai ciri ini gemar untuk bermain teka-teki tetapi sebaliknya buat mereka yang bercirikan sensing.

Dimensi yang seterusnya ialah thinking dan feeling. Saya memilih feeling. Individu yang tergolong dalam ciri ini adalah seorang yang tidak tetap pendiriannya pada pemahaman saya. Sama seperti saya, saya mudah menukar pilihan saya berdasarkan perkara yang disukai ramai. Mereka juga suka mengambil tindakan berdasarkan perasaan. Berbeza dengan mereka yang bersifat thinking. Mereka lebih gemar berfikir tentang fakta yang logik. Dimensi yang terakhir ialah judging dan perceiving. Saya lebih cenderung kepada perceiving. Melalui pembacaan yang dibuat, individu yang bersifat perceiving ini lebih suka membuat sesuatu tanpa perancangan,mempunyai toleransi dengan tekanan dan perasaan ketika bekerja.

Setelah menjawab soal selidik MBTI dan mengamati personaliti diri, saya semakin jelas dengan personaliti diri sendiri. Mungkin ada benar dan tidak setiap ciri personaliti yang telah disenaraikan tetapi saya pasti kebanyakannya adalah sama dengan ciri yang saya miliki sekarang. Walaubagaimanapun saya tetap merasakan personaliti seseorang akan mudah berubah bergantung pada situasi dan tempat di mana mereka berada. Akhir kata, fahamilah personaliti diri anda sendiri.