Wednesday, August 10, 2011

A131966 Nur Syuhada Binti Othman-LJ 03 : Emosi Negatif

Assalamualaikum dan salam sejahtera, penulisan jurnal kali ini merupakan jurnal ke tiga bagi saya setelah tamatnya kuliah kali ini yang bertarikh  10 Ogos 2011. Kuliah kali ini banyak mengisarkan tentang Emosi Negatif dan Teori Asas Adaptasi . Sepanjang kuliah yang telah berlansung selama dua jam ini amat membantu saya mendalami dan lebih memahami mengenai subjek pengurusan emosi ini. Pada jurnal kali ini, saya akan cuba huraikan serba sedikit tentang Emosi Negatif berdasarkan tahap pemahaman saya dan cuba kaitkan dengan diri saya sendiri ataupun pengalaman yang pernah dilalui yang berkaitan dengan pembelajaran kali ini.
Emosi negatif terdiri daripada perasaan takut, malu, sedih dan marah. Di sini saya cuba menghuraikan setiap komponen yang terdapat dalam emosi ini.

                                I.            Takut
·         Merupakan tindak balas emosi terhadap situasi bahaya, berkaitan dengan emosi bimbang
·         Ianya merupakan satu mekanisma untuk kelangsungan hidup, berlaku bila adanya situasi negative
·         Contoh : Jika kita melihat anjing liar menuju ke arah kita, mesti kita cuba melarikan diri kerana tindakan tersebut didorong oleh perasaan takut kita. Tetapi di sini saya ingin membangkitkan satu persoalan. Berdasarkan pengertian yang diberi semasa dalam kuliah tadi, takut merupakan tindak balas emosi terhadap situasi bahaya dan merupakan satu mekanisme untuk kelangsungan hidup bukan? Sekiranya anda semua telah melihat video yang telah ditunjukkan semasa dalam kuliah tadi mengenai kesengsaraan penduduk Palestin dan Gaza, kita dapat melihat satu babak di mana penduduk palestin berani berjuang demi agama, keluarga dan tanah air tercinta. Ada juga para remaja yang berani berdepan dengan kereta kebal hanya berbekalkan batu di tangan. Di sini kita dapat lihat sekiranya emosi takut itu dapat diatasi, kita juga dapat memastikan kelangsungan hidup, tidak semestinya dengan menyembunyikan diri kerana takut dapt menyelamatkan penduduk Palestin. Sampai satu tahap di mana mereka berjaya mengatasi emosi tersebut untuk memastikan agama dan kesejahteraan mereka terbela.
·         Bagi saya, takut itu boleh member kesan positif juga sekiranya kita menajadikan emosi tersebut sebagai satu platform kea rah yang lebih baik seperti apa yang dilakukan oleh penduduk palestin
·         Ekspresi muka yang dapat dilihat semasa takut ialah mata terbuka luas, bibir atas naik, kening mengarah ke atas dan ke dalam.
  
                              II.            Malu
·         Dirasai bila melakukan sesuatu yang tidak diterima dalam masyarakat atau juga disebabkan melakukan sesautu yang sosialnya tidak diterima seperti memakai baju terbalik
·         Terdapat dua kategori, iaitu personal dan professional.
·         Untuk personal, malu bila perhatian orang lain bertumpu kepada hal-hal peribadi seperti kesalahan diri kita dan juga disebabkan tindakan kita seperti berbohong dan sebagainya.
·         Biasanya diikuiti dengan tanda-tanda seperti tersipu-sipu, berpeluh, gementar, tergagap dan gelisah.
·         Semasa di dalam kuliah tadi, ada satu gambar yang menunjukkan apabila seseorang itu malu, antara tindakan yang dilakukan ialah dengan menutup sebahagian daripada muka. Di sini saya dapat mengkaitkan tindakan ini di dalam diri saya Apabila saya malu, saya terdorong untuk melakukan perkara di atas. Setelah kuliah, baru saya tahu ada ciri-ciri tertentu yang menunjukkan seseorang itu malu kerana sebelum ini saya ingat tindakan saya itu merupakan satu habit yang khusus dilakukan oleh saya. Tetapi, kesilpan itu telah diperbetulkan melalui apa yang telah dipelajari tadi.
·         Bagi kategori professional pula, malu yang melibatkan urusan yang berkaitan dengan pekerjaan.
 
                            III.            Sedih
·         Menggambarkan perasaan kerugian dan kehilangan, jika serius boleh membawa kepada kemurungan.
·         Tanda-tanda yang sering dikaitkan dengan sedih ialah muka tunduk, badan condong ke depan, bibir ke dalam dan fizikal yang lemah dan pergerakan yang perlahan.
·         Orang sedih memproses maklumat dengan lebih perlahan dan kurang tepat. Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, tidak semua yang akan mengalami masalah ini. Bagi saya, sejauh mana seseorang itu Berjaya mengawal kesedihan mereka. Swkiranya mereka membiarkan kesedihan itu menguasai diri, perkara di atas akan berlaku tetapi sekiranya kita tabah, nescaya kita akan Berjaya mengatasinya dan tidak akan membiarkan emosi itu mempengaruhi tindakan kita.
  
                            IV.            Marah
·         Pada bahagian ini, saya inigin menerangkan semula tentang langkah-lahgkah panduan ketika marah
·         Pertama : Mengakui hakikat bahawa anda dalam keadaan marah
·         Kedua     : Menilai sama ada situasi ini sesuai untuk anda melakikan kemarahan atau pun tidak
·         Ketiga     : Sekiranya anda rasa sesuai untuk melakukan, nilaikan semula sama ada perlu gunkan pendekatan secara lansung atau tidak langsung.
·         Keempat : Setelah bertindak, imbas kembali apa yang telah anda alami dan tindakan anda untuk membaiki diri.
·         Sebelum ini, apabila saya marah, tidak pernah terlintas di dalam fikiran tentang adanya proses-proses marah ini. Setelah kuliah Emosi Negatif ini, baru saya tahu tentnag kewujudannya proses-proses ini dan ianya memang akan dialami oleh seseorang yang berada dalam keadaan marah
·         Sekiranya seseorang itu marah, kita hendaklah membiarkan mereka berada dalam keadaan tenag dahulu. Seperti contoh, diri saya sendiri, apabila saya berada dalam keadaan marah, kawan-kawan akan membiarkan saya tenang dahulu sebelum dibawa berbincang. Saya juga pernah berpesan kepada mereka hal ini kerana sekiranya saya diganggu ketika dalam keadaan marah, nescaya orang tersebut akan mendapt tempiasnya daripada saya. Tidak dinafikan saya tidak dapt mengawal emosi marah ini dengan baik. Jadi bagi saya, jalan terbaik bagi mengelakkan mereka dimarahi oleh saya, saya meminta mereka membiarkan saya di dalam keadaan tenang terlebih dahulu. Bila seseorang itu berada dalam keadaa marah, meraka sukar untuk mengawal emosi dan menggunakan akal fikiran dengan baik. Kadangkala, saya menyesal ats tindakan saya sendiri kerana melukakan hati dan perasaan orang disekililng saya. Jadi bagi mengatasi masalah ini, saya memilih untuk bertenang terlebuh dahulu seperti apa yang telah saya pelajari di dalam kuliah tadi.
·         Sebagai umat islam, saya ingin berkongsi antara perkara yang dapat dilakukan ketika marah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk
kita. Allah  memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b)  Bila  datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang
hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan
kita daripada sifat  marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
 
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang  marah.
Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam
keadaan yang marah.
f)  Apabila datang marah, banyakkan  baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g)  Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah
tidur. Kerana ianya  akan  meredakan perasaan marah apabila bangkit
daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu  itu  datangnya dari Allah dan
akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah

                Akhir kata, saya harap melalui pembelajaran kali ini, dapat membantu saya mengawal emosi negative kerana saya lebih faham tentang apa itu emosi negative sepanjang kuliah tadi
Sekian, terima kasih.

A131525 Tiong Ho Sheng LJ03

Selamat sejahtera saya mengucapkan kepada Dr. Ahmad Zamri Mansor yang amat kita sayangi dan hormati. Terlebih dahulu, ini merupakan kali ketiga kami dihendaki untuk  menghasilkan jurnal bagi ZT2253 Pengurusan Emosi.  Setelah menghadiri kuliah pada 10 Ogos yang dijalankan di DK1, saya telah sekali lagi menambah ilmu saya tentang emosi.

            Seperti biasa, sebuah video dari  "You Tube" telah disiarkan oleh doktor pada kuliah ini.  Video ini adalah sebuah lagu yang berkaitan dengan kasih sayang seorang ibu.  Semasa kuliah ini, kami juga telah membincangkan kegembiraan dan kecerdikan antara budaya dan negara yang berlainan.  Kami telah mempelajari tentang perbezaan antara negara yang kaya dan juga negara yang miskin dan kurang maju.  Sebagai contoh, negara Jepun merupakan sebuah negara yang kecil keluasannya tetapi ini tidak menjadi halangan bagi negara ini untuk mampu menjana kekayaan dan menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai aspek.  Negara Jepun pada hari ini merupakan antara negara-negara yang termaju di dunia ini.  Negara Jepun terkenal dalam bidang "Engineering" dan telah menghasilkan banyak robot yang berkemungkinan besar akan membantu dan meringankan beban manusia dalam pelbagai aspek.  Bukan ini sahaja, rakyat negara ini juga mempunyai sikap yang baik dan positif yang harus kita contohi.  Mereka tidak malas dalam menjayakan diri dalam kehidupan dan sebab itu juga persaingan hidup di Jepun amatlah sengit sekali.  Rakyat Jepun mempunyai sikap yang patut kita contohi agar negara kita juga akan maju dari segi ekonomi.

Dalam kuliah minggu ini, kami telah didedahkan kepada pelbagai emosi negatif yang berlainan dengan kuliah-kuliah yang lepas.  Sebagai contoh, emosi negatif seperti malu, sedih, takut dan marah.  Takut dalam Bahasa Inggeris ialah "Fear" dan merupakan satu reaksi yang semulajadi sifatnya yang wujud apabila kami menghadapi sesuatu yang membahayakan atau mencemaskan.  Sebagai contoh, apabila sesorang individu diculik olah penjahat, seseorang itu akan berasa amat takut sekali kerana ia tahu dan faham bahawa ia sekarang berada dalam keadaan yang bahaya dan nyawanya mungkin terancam bila-bila masa sahaja.  Perasaan takut juga boleh muncul dalam keadaan yang lebih kecil seperti apabila dimarah oleh cikgu kerana lambat untuk kelas.  Perasaaan malu boleh wujud apabila kami melakukan sesuatu yang tidak baik dan tindakan itu diketahui oleh orang ramai.  Sebagai contoh, apabila seseorang itu atau seorang pelajar ditangkap meniru dalam peperiksaan dan digantung sekolah, sesorang itu akan berasa sangat malu.  Perasaan marah pula boleh wujud apabila sesuatu perkara tidak mengembirakan kita.  Sebagai contoh, seseorang individu berasa marah apabila ditipu oleh penjual di pasar malam tentang kesegaran sayur-sayuran yang dijualnya.  Bagi perasaan sedih pula, ia boleh wujud apabila sesuatu yang penting bagi kita hilang.  Sebagai contoh, seseorang itu akan berasa sedih apabila kucing kesayangannya terkorban akibat penyakit kronik. Menurut "Watson dan Ekman" yang merupakan pakar tingkah laku, mereka menyatakan bahawa emosi negatif seperti ketakutan dan kemarahan sebenarnya merupakan satu kesinambungan semula jadi bagi organisma yang lebih tinggi tahapnya, sebagai cotoh, manusia.  Dari pandangan mereka,  perasaan takut memainkan peranan yang penting dalam proses untuk kita menyelamatkan nyawa kita apabila menghadapi bahaya.  Sebagai contoh, perasaan takut akan api boleh mengelakkan kita daripada bermain dengan api yang sangat berbahaya.

            Sekarang saya akan menjelaskan emosi negatif dengan lebih terperinci.  Dalam kuliah ini, saya mempelajari bahawa perasaan takut merupakan emosi yang dihasilakn olah badan kita apabila kita berhadapan dengan keadaan yang bahaya atau mencemaskan.  Perasaan takut ini merupakan satu mekanisma yang amat penting dalam hidup kita dalam menyelamatkan kita dalam keadaan yang bahaya. Sebagai contoh, perasaan takut akan api boleh mengelakkan kita daripada bermain dengan api yang sangat berbahaya.  Api amat penting dalam kehidupan harian kita seperti memasak, mendidih air dan memanaskan badan di negara-negara yang bermusim tetapi ia juga boleh mengorbankan nyawa sekiranya ia tidak terkawal.  Api merupakan contoh objek fizikal yang boelh kita lihat.  Objek abstrak seperti ketinggian, hantu dan sebagainya juga boleh menybabkan seseorang inidividu berasa takut.

Perasaan malu adalah emosi negatif yang menggambarkan tindak laku atau sikap yang tidak boleh diterima olah masyarakat.  Perasaan malu boleh terdiri daripada "Kemaluan Persendirian" dan juga "Kemaluan Profesional".  Yang pertama adalah disebabkan oleh sikap atau tindakan seseorang yang tidak baik sifatnya dan seseorang itu juga cuba menyembungikanya tetapi gagal untuk berbuat demikian sehingga menyebabkan dirinya dimalukan atas tindakannya sendiri.  Contohnya, seseorang itu berasa malu apabila dibuang universiti kerana gagal untuk mendapat CGPA yang membolehkan dia meneruskan pengajian di universiti.  Keadaan ini akan membawa malu kepadanya kerana tidak belajar bersungguh-sungguh sebelum ini.  Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya, dia balik ke kampung dan orang-orang kampung tertanya-tanya kenapa budak mahasiswa itu tidak balik ke universiti sedangkan universiti sudah pun bermula.  Keadaan ini harus dielakkan oleh setiap inidividu agar tidak membawa malu kepada diri dan juga keluarga.  "Kemaluan profesional" pula adaladh disebabkan oleh kegagalan seseorang itu dalam bidang pekerjaannya sehingga membawa malu kepada dirinya.  Sebagai contoh, apabila seseorang doktor tersilap langkah dalam 'diagnosis' nya sehingga menyebabkan kematian pesakitnya.  Beliau boleh didakwa oleh keluarga pesakitnya dan ini membawa malu kepadanya.  Oleh itu, sebagai seorang doktor, kita haru sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar tidak tersilap langkah.

Teori kedua yang diperkenalkan dalam kuliah ini ialah teori aras adaptasi.  Teori ini menyatakan bahawa kita akan bertindak terhadap sesuatu stimulasi baru dengan keupayaan dan kebolehan adaptasi kita pada masa itu.  Sekiranya, kita berada sesuatu situasi untuk jangka masa yang panjang, kita akan menyesuaikan diri kita dengan keadaan tersebut secara semulajadi.  Ini adalah kerana apabila kita terdedah kepada stimulasi atau rangsangan yang pada mulanya asing dan baru untuk jangka masa yang amat panjang, minda kita secara tidak langsung aan menentukan satu titik neutral sebagai piawai dan rangsangan yang lebih tinggi daripada titik iti baru boleh menyebabkan kita berasa gembira.  Sebagai contoh, apabila kita hanya mengunjungi sebuah pasar raya yang sama untuk jangka masa yang panjang, kita akan berasa bosan dengan setiap kunjungan kita ke sana.  Tetapi, apabila kita tukar destinasi kita, kita merasai rangsangan yang baru dan kita akan berasa seronok dan gembira.

Menurut Teori Solomon yang dihasilkan oleh Richard Solomon (1980), keseimbangan emosi dikawal oleh dikawal oleh emosi yang berpasangan tetapi bertentangan antara satu sama lain.  Sebagai contoh, seseorang ibu itu mempunyai perasaan yang gembiran dan sedih pada masa yang sama pada hari perkahwinan anak gadisnya.  Ibu berasa gembira dan bangga kerana anaknya akan berumah tangga tidak lama lagi tetapi pada masa yang sama ibu berasa sedih kerana akan berpisahan dengan anak kerana anak akan tinggal di rumah suami setelah berkahwin nanti.  Emosi gembira yang merupakan emosi positif ini bertentangan dengan emosi sedih yang merupakan emosi negatif.  Dalam teori ini, terdapat dua tahap iaitu, tahap pertama dan tahap lawan.  Tahap pertama melambangkan kali pertama kita menghadapi sesuatu situasi.  Sebagai contoh, anak dara berasa cemas pada hari perkahwinanya.  Tahap lawan pula ialah selepas kita telah menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan.  Sebagai contoh, anak gadis berasa kurang cemas setelah menyesuaikan diri dengan keadaan yang meriah dan ceria pada hari perkahwinannya.

            Akhir kata, saya telah mempelajari banyak mengenai emosi negatif yang akan wujud dan kita hadapi dalam kehidupan kita.  Saya percaya bahawa dengan mengetahui lebih banyak tentang emosi negatif kita seperti perasaan takut, kita akan mula menghargai kewujudannya kerana kita akan faham bahawa emosi ini sebenarnya mempunyai kepentingannya dalam melindungi kita daripada bahaya.  Dengan itu, kita akan menghargai keunikan pada diri kita sendiri.  Saya sedar bahawa emosi negatif tidaklah semestinya tidak baik.  Sekian, terima kasih.

A131588 Nur Hidayah Binti Abu Bakar...La Tahzan sahabat-sahabatku...=)

A131588  Nur Hidayah Binti Abu Bakar….La Tahzan sahabat-sahabatku…=)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini merupakan kali ke-3 saya menulis jurnal.Tidak ku sangka saya dapat menulis jurnal ini dengan cepat.Saya pun tidak tahu apa sebabnya.Mungkin disebabkan kerja-kerja yang masih bertimbun di belakang.Oleh itu,berniat di hati ini untuk menghabiskan penulisan saya dengan kadar yang paling cepat.Saya sudah tidak mahu menangguhkan kerja lagi.Semakin saya leka,semakin saya menanggguhkan kerja,semakin juga la kerja saya bertimbun-timbun tingginya umpama gunung everest.Pada kuliah kali ini,saya akui saya telah lewat masuk kuliah.Ini kerana ada beberapa faktor yang perlu diselesaikan dengan segera.Namun demikian,saya hanya mengambil 15 minit sahaja.Melangkah sahaja kaki saya ke dalam bilik kuliah,terus Dr Zamri menayangkan satu video mengenai kesengsaraan hidup Palestin.Saya terpinga-pinga keseorangan.Apakah motif yang cuba disampaikan.Setelah itu,barulah ku ketahui,rupa-rupanya Dr Zamri ingin mengaitkan antara kesengsaraan hidup Palestin dengan emosi negatif kita.Apa yang kita rasai semasa kita menonton video tersebut?Adakah sahabat semua berasa sebak?ataupun tidak mempunyai apa-apa perasan.Saya yakin,pasti ramai di kalangan kita yang telah melihat video yang sama,pasti pelbagai emosi yang muncul.Antaranya ialah marah,geram,serta sedih.Semasa saya menonton video itu,saya berasa amat geram dan marah kepada hamba-hamba Allah yang sesuka hati menindas hamba Allah yang lain.Apa hak mereka untuk memperlakukan rakyat Palestin sebegitu?Mereka amat kejam,serta tiada belas kasihan.Cuba  kamu bayangkan , sudah bertahun-tahun lamanya rakyat Palestin hidup merana.Tidakkah kalian merasa kita ini amatlah bertanggungjawab bagi memastikan rakyat Palestin tidak lagi ditindas sama sekali.Kasihanilah mereka.Mereka juga mahukan keseronokan dan ketenangan.Tiap-tiap hari,pasti rakyat Palestin menitiskan air mata kerana mereka telah hilang sesuatu yang sangat  berharga iaitu ahli keluarga sendiri!Sebelum saya menulis mengenai pembelajaran kuliah kita pada minggu ini,izinkan diri ini untuk memberi beberapa pandangan mengenai isu ini iaitu mengenai isu Palestin.
Terutamanya bagi umat islam.Kita sudah maklum bahawasanya rakyat Palestin terdiri daripada orang islam.Sanggupkah anda melihat kaum islam ditindas sebegitu?!!tidak bukan.Jadi,ayuh kita semua  sama-sama berjihad bagi menentang pihak yang zalim.Mungkin kita bertanya pada diri sendiri.Macam mana aku nak berjihad.Kekadang tu nak pegang pistol ka nak pegang pisau ka ,itu pun kami tidak tahu cara menggunakannya.Macam mana mahu berjihad?Ah,itu hanyalah alasan semata-mata.Sebenarnya terlalu banyak inisiatif kita untuk berjihad.Antaranya dengan membangunkan ekonomi negara kita sendiri.Dengan cara itu mungkin juga kita dapat menyumbangkan sesuatu kepada mereka.Walau bagaimanapun,bagi pendapat saya,kita yang perlu berubah!Ubahlah sikap kita.Perbetulkan akhlak kita.Kuatkan iman.Ya!itulah cara terbaik.Moga kita dapat membangunkan negara islam agar lebih maju kehadapan seterusnya pasti dan pasti dapat membantu rakan-rakan kita di sana iaitu di Palestin.
Baiklah,sekarang mari kita bincang mengenai emosi yang telah kita pelajari pada minggu ini.Saya akui, sebelum ini saya tidak tahu pun emosi ni ada positif dan ada pula yang negatif.Ermm..macam-macam ada.Minggu lepas saya belajar mengenai emosi positif.Itu pun dah cukup menarik buat saya.Tetapi kali ini topic lagi menarik sebab saya belajar tentang emosi negatif.Rupa-rupanya emosi negetif ada empat iaitu takut,malu, sedih dan marah.Bak kata Dr Zamri,emosi negatif tidak bermakna ianya negative, sebenarnya emosi itu merupakan fitrah dan lumrah manusia.Memang diwujudkan sejak azali lagi.Saya yakin,pasti semua orang pernah merasai keempat-empat emosi tersebut.Sesiapa yang tidak ada emosi itu,saya kira tidak normal .Seperti yang kita ketahui,setiap manusia pasti ada cabaran hidup masing-masing.Tidak mungkin ada diantara kita tidak pernah mengalami sebarang masalah.Jadi, kesan daripada masalah itu,pasti akan muncul juga emosi negatif ini.Di sini akan saya sertakan satu contoh.Pada waktu petang, kita pergi berjoging di tasik Titiwangsa bersama rakan-rakan yang lain.Tiba-tiba kita terlihat sepasang kekasih yang seronok melakukan maksiat.Jadi ingin saya ajukan 1 soalan pada sahabat.Apakah perasaan sahabat ketika melihat situasi sebegini??Pasti merasa meluat dan marah bukan?Yang cuba saya mahu sampaikan di sini ialah emosi negatif tidak semestinya tidak bagus.Sebagai umat islam kalau la kita tidak mempunyai perasaan marah walaupun sedikit di hatinya apabila melihat maksiat.Ini bermakna kita telah memainkan islam.Sedangkan dalam islam,kita perlulah membenci kemungkaran.Sesungguhnya selemah-lemah iman seseorang itu ialah membenci kemungkaran dengan hatinya.
Ok,sekarang kita masuk emosi negatif yang pertama iaitu takut.Apa itu takut??Takut ialah dimana kita berada di situasi yang bahaya dan seterusnya menimbulkan rasa bimbang  di hati.Kenapa kita perlu takut?Apakah sebab-sebab yang boleh menyebabkan kita merasa takut.Kadang-kadang kita takut kita akan hilang pengaruh,kita takut dikritik malah kita juga takut melihat binatang yang merbahayakan diri kita.Sebagai contoh ,apabila kita melihat seekor tikus melintas di hadapan kita secara mengejut.Apakah tindakan yang bakal kita lakukan?Oleh sebab wujudnya perasaan takut itu,saya yakin kita semua akan lari lintang –pukang macam dikejar hantu.Padahal ianya hanyalah seekor binatang ciptaan Allah yang kecil.Begitu juga bagi seorang penjenayah.Apabila polis berjaya menangkapnya,mereka akan rasa takut dan kesan daripada rasa takut itu,mereka sanggup bersikap agresif kepada orang lain.Kekadang ianya boleh membawa maut.
Kita sebagai hambaNya ,apakah perkara yang perlu kita takuti?Yang pertama semestinya Allah.Selepas itu,tidakkah kita terfikir tentang ajal kita.Mungkin sekarang pun kita akan mati.Oleh itu,takutlah pada mati.Persiapkanlah diri kita dengan amalan agar kita sentiasa bersedia untuk ditarik nyawa.
Seterusnya ialah malu.Emosi ini melibatkan air muka atau maruah dan ianya bergantung pada situasi yang dialami.Malu juga mempunyai dua kategori iaitu malu personal dan juga malu professional. Malu personal selalunya disebabkan kesilapan diri kita sendiri.Sebagai contoh,setelah kita didapati berbohong dan bersalah atas sebab kesalahan diri sendiri,pasti kita akan merasa malu.Namun,sesetengah orang menyembunyikan malu masing-masing dengan berpura-pura senyum atau ketawa.Malu profesional pula ialah malu yang berkaitan dengan pekerjaan kita.
Selain itu,kita juga difitrahkan mempunyai emosi sedih.Sedih ialah satu perasaan kerugian dan juga kehilangan.Apabila seseorang itu sedih,dia akan menjadi seorang pendiam,tidak bersemanagt dan suka asingkan diri daripada bergaul dengan orang lain.Malah orang yang bersedih juga sukar untuk bertemu orang luar.Mereka hanya menguncikan diri.Emosi sedih juga muncul apabil kita mendengar lagu-lagu yang sedih.Perasaan sedih berlaku dengan sendirinya!MasyaAllah,sungguh hebat ciptaan Allah S.W.T.
Emosi yang paling berbahaya ialah emosi marah.Marah boleh dikategorikan kepada dua iaitu marah aktif dan juga marah pasif.Contoh marah aktif ialah melalui serangan verbal atau fizikal dan contoh bagi marah pasif ialah melalui air muka seperti muka masam.
Bagaimana marah dialami?
Seperti yang telah diajarkan,marah muncul daripada rasa impati seperti marah jika orang lain atau sahabat kita dizalimi.Namun demikian, janganlah kita gusar.Marah juga boleh dikawal.Selalunya orang yang sedang marah sukar bertenang dalam masa yang singkat.Jadi,kita perlu tunggu sehingga orang tersebut kembali tenang.
Mengikut perspektif islam,kemarahan dianggap tanda kelemahan.Kalau kita marah,syaitan juga mudah masuk dan mengawal diri kita.
Setakat ini sahaja coretan saya pada kali ini.Kesimpulannya,kawallah emosi masing-masing.Tidak kiralah lah sama ada emosi sedih , gembira atau marah.Kalau ianya tidak dapat dikawal,saya yakin pasti akan membawa padah.Terutamanya bagi seorang pemimpin.Untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa,mereka perlu ada kesabaran yang tinggi .Jika setiap negara mempunyai pemimpin yang sedemikian ,saya yakin segalanya akan menjadi tenang.InsyaAllah.Akhir sekali,ingin saya memohon maaf sekiranya saya telah membuat sahabat terguris perasaan atas sikap diri ini.Samada sengaja atau pun tidak.Saya hanyalah insan yang lemah.Maafkanlah diriku ini..=)

A126990 Shakirah Binti Hasshim EMO...EMO...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kawan-kawan sekalian. Hari ini sekali lagi kita telah melalui kelas pengurusan emosi yang di ajar oleh dr. zamri. Kelas seperti biasa diadakan di dewan kuliah 1 (DK1) tepat jam 2 petang.
Kelas dimulakan dengan tayangan video lagu dari artis barat, Justin Bieber, lagunya bertajuk "baby" yang telah di ubah dan di edit ke dalam bahasa Malaysia bertajuk "ummi". Lagu itu pada awalnya berbunyi pelik dan agak kelakar. Tapi kemudiannya saya merasa sayu pula kerana teringat emak dirumah. Apa agaknya yang mak masak untuk buka puasa hari ni? Seluruh dewan kuliah kelihatannya seka akan lagu "ummi" ini. Kemudian dr. zamri membuat sedikit perkongsian mengenai factor kekayaan dan kemiskinan sesebuah Negara. Factor kejayaan sesebuah Negara itu bukanlah terletak pada hasil bumi Negara tersebut. Bukan juga terletak pada bentuk muka bumi an jenis tanah sesebuah Negara, tetapi terletak pada attitude penduduk Negara itu sendiri. India yang sudah merdeka lebih dari 2000 tahun tetap menjadi antara Negara termiskin di dunia. Manakala singapura dan new Zealand merdeka kurang dari 150 tahun mampu manjadi Negara yang maju dan kaya. Negara switzealand tidak mempunyai tanah yang baik untuk penanaman koko tetapi mampu menghasilkan coklat yang tersedap di dunia. Negara jepun pernah dilanda bom di Hiroshima dan juga tsunami baru-baru ini masih mampu bertahan dan menjadi Negara berekonomi tinggi yang ke-2 di dunia. Jadi, benarlah bahawa attitude atau sikap adalah perkara utama yang harus di bentuk dalam meningkatkan pembangunan Negara. Terdapat 9 sikap yang dikongsi oleh dr. zamri semasa dikuliah tadi, tetapi saya hanya sempat mengingati satu sahaja iaitu bekerja dengan sikap yang positif. Perlu bagi kita untuk menghasilkan yang terbaik dalam kerja-kerja kita.
Kemudian video dengan iringan lagu "look into my eyes" oleh kumpulan outlandish. Seluruh dewan menjadi senyap sunyi. Sedih mengenangkan saudar seislam diserang di sana tapi kita disini bergembira malahan ada yang tidak bersyukur atas apa nikmat keamanan yang ada sekarang. Dr. zamri kata video yang berunsur emosi seperti sedih lebih menarik perhatian dan perkara itu memang betul. Seluruh dewan menumpukan perhatian pada video palestin yang diiringi lagu outlandish tadi.
Jadi kuliah kita hari ini berkisar tajuk emosi negative: takut, malu, sedih, marah. Baru saya tahu sebenarnya sifat-sifat ini bukan lah sebenarnya sifat yang negative secara keseluruhannya. Kadang-kadang sifat ini penting dalam kehidupan seharian kita. Contohnya, sekiranya kita lihat kawan kita dipukul, pastilah kita perlu untuk bersifat marah pada pemukul-pemukul itu bagi membela nasib kawan kita itu, atau sekiranya ada seekor singa terlepas dari kandangnya dan kita tidak ada rasa takut maka kita kemungkinan akan dibaham oleh singa tersebut.
Takut. Gambar seekor hantu perempuan disisi seorang lelaki mengejutkan seluruh dewan. Saya hanya mampu tersenyum kerana sifat kebudak-budakkan kawan-kawan saya yang kini sudah menjangkau 20 tahun tapi masih bersikap seperti kanak-kanak. Ramai yang kelihatan takut akan gambar tersebut. Lalu saya teringat dalam quran, surah al-ahzab, surah yang ke 33, ayat ke 39 yang bermaksud,
Orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tidak merasa takut kepada seseorangpun selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan.
Disini jelas Allah meminta kita untuk hanya takut pada Nya dan bukan pada makhluk ciptaan Nya. Tetapi norma masyarakat sekarang takutkan jin dan syaitan itu melebihi takut pada sang Pencipta langit dan bumi. Sifat seperti ini antaranya kerana terpengaruh dengan cerita-cerita seram di kaca tv dimana hantu mampu untuk membunuh manusia. Takut ini mempunyai ekspresi muka yang tersendiri iaitu mata terbuka luas, pupil mata akan membesar, bibir bahgian atas akan naik sedikit, kening ke dalam dan mulut akan lebih melebar. Bila saya fikir mengenai ekspresi ini memang ada betulnya. Kalau saya menjerkah adik saya dengan tujuan menakutkan dia, dia akan ternganga dan kaku bersama mimic muka tadi.
Malu. Sifat ini akan tertonjol bilamana diri kita rasa seperti diperkecilkan. Contoh sekirnya kita terkenal dengan kehebatan bermain bola, tetapi bila berlawan dengan pasukan yang lemah kita kalah. Maka kita akan merasa malu dengan orang disekeliling kita. Ianya melibatkan maruah dan harga diri. Bila harga diri dan maruah kita jatuh, kitaakan merasa malu. Malu juga kadang kala berkenaan dengan perkara yang pelik tapi masih boleh diterima masyarakat umum. Contonya kita tersalah pakai kasut yang pasangannya lain-lain atau kita terpakai seluar tidur semasa pergi ke tempat kerja. Malu ada dua jenis iaitu persone dan professional. Personal bermaksud kita telah mendapatkan perhatian masyarakat yang sebenarnya kita tidak mahu. Contohnya bila kita berbohong kita telah terkantoi. Pada waktu itu kita boleh jadi tersipu-sipu malu, muka akan jadi merah,, berpeluh-peluh, tergagap-gagap dsb. Professional pula bila kita mengumumkan sesuatu pada masyarakat yang sangat ramai dan kita gagal untuk berbuat selari dengan apa yang kita umukan itu. Contohnya dasar kerajaan yang gagal, seluruh Negara tahu.
Sedih. Suatu emosi yang melibatkan kehilangan atau kerugian. Emosi sedih ini akan menyebabkan seseorang menjadi pendiam dan menyendiri. Saya juga bila sedih akan lebih banyak berdiam diri dan lebih suka menyendiri. Tapi emosi sedih ini tidak boleh dipanjang-panjangkan kerana akan mambawa kepada masalah depression. Sebab itu penting untuk kita mencari kawan yang betul diman dia tahu nak menasihati kita dan menenangkan kita di saat kita kesedihan. Dalam pengalaman saya, kawan saya akan bertindak tidak rasional sekiranya dia terus melayan perasaan sedih itu seorang diri. Memnag pada awalnya boleh untuk kita bersendiri, tetapi sekiranya bersendiri terlalu lama, kita akan di bisikkan oleh pemikiran yang mengarut seperti bunuh diri. Terdapat juga kajian mengenai emosi ini dimana bilamana kita sedih kita akan lebih lambat memproses sesuatu maklumat berbanding orang yang gembira. Hal ini kerana kita sibuk memikirkan perasaan kita dan kita juga kurang memberi perhatian dalam memproses maklumat berkenaan. Juga terdapat suatu kata-kata "do not troubles trouble until trouble troubles you" yang bermaksud kita janganlah terlalu memikirkan sesuatu masalah itu kalau ianya tidak penting.
Marah. Emosi ini selalu memberi kesan yang buruk. Tetapi sekiranya kita bijak mengendali emosi ini, tiada kesan buruk yang akan terjadi malahan sesuatu perkara akan menjadi lebih baik. Dalam islam, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam pergaduhan tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya. (HR. Bukhari dan Muslim). Memnag benar apa yang di sabdakan Rasulullah. Kita lihat ramai orang yang mampu menang dalam pergaduhan tp tidak ramai yang mampu untuk menang dalam menahan amarah dalam diri. Pernah juga saya mendengar sekiranya kita marah, jika kita sedang berdiri, duduklah. Jika sedang duduk, baringlah atau tidurlah. Jika tidak hilang juga marah, naka berwudu'lah dan dirikanlah solat sunat 2 rakaat.
Konklusinya, saya telah belajar bahawa tidak semmestinya kita marah, kita sendang besifat negative kerana ada masanya kita boleh marah, Cuma bagaimana kita mengurus marah kita. Takut, malu, sedih dan marah itu adalah sifat semula jadi manusia. Sesiapa yang tidak pernah merasakan emosi-emosi ini pasti dia sebenarnya tidak pernah hidup di luar rumah bagai cacing dalam batu.sekian.

A131999 Nur Syazzuan B Saidon LJ03 emosi negatif

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurnia dari yang Maha Esa, maka saya diberi kesempatan sekali lagi untuk berkongsi serba sedikit apa yang telah dipelajari dalam kuliah ketiga untuk kursus pengurusan emosi. Hari ini, 10 Ogos 2011 bersamaan dengan hari rabu, Dr. Zamri telah menerangkan serba sedikit mengenai emosi negatif. Mengikut pemahaman saya, emosi negatif ini sering kali dikaitkan dengan membawa kesan yang buruk terhadap diri seseorang. Perasaan takut, malu, sedih dan marah antara beberapa contoh emosi yang diketengahkan oleh pensyarah dalam kuliah pada hari ini. Untuk jurnal ketiga ini, apa yang saya ingin coretkan ialah bagaimana emosi negatif ini mampu membawa kesan tidak baik terhadap diri seorang pelajar, baik dari segi fizikal, emosi, rohani dan jasmani. Adalah sangat penting sebagai seorang pelajar khususnya pelajar perubatan untuk belajar kaedah dan teknik untuk menangani emosi negatif ini kerana emosi ini mampu membawa impak yang sangat tidak bagus dalam usaha untuk membentuk diri seorang pengamal perubatan yang cekap dan profesional.
Salah satu daripada contoh emosi negatif adalah perasaan takut. Perasaan ini wujud hasil daripada interaksi pelbagai hormon dalam badan manusia. Dan ianya adalah satu perubahan fisiologi yang sering kali dikaitkan dengan acara-acara yang tidak disukai. Dan perasaan takut ini sebenarnya adalah satu rangsangan emosi terhadap beberapa perkara seperti kemarahan terpendam dan semua ini terjadi disebabkan oleh perasaan gusar dan khuatir. Takut ataupun dalam bahasa Inggeris, fear, merupakan satu mekanisma pertahanan semula jadi. Ianya dirangsang oleh perkara-perkara ataupun stimulus yang selalunya berciri negatif. Umpamanya marah, risau dan sebagainya. Bagaimana perasaan takut ini boleh wujud dalam diri manusia bergantung kepada individu terbabit. Ada sesetengah golongan menjadi penakut akibat pengalaman trauma khususnya ketika masih di usia muda. Perkara ini sering menghantui mereka menyebabkan mereka membentuk perasaan takut apabila melihat sesuatu perkara atau benda. Contoh paling mudah ialah apabila kanak-kanak dikurung di dalam bilik gelap, berkemungkinan besar mereka akan membentuk perasaan takut kepada keadaan gelap atau dalam bahasa saintifiknya, achluophobia. Malah mereka juga boleh menjadi takut untuk berada dalam kawasan bilik yang sempit ataupon kita panggil sebagai claustrophobia. Jadi, bagaimanakah perasaan takut ini mampu mempengaruhi seorang pelajar khususnya pelajar perubatan?
            Apabila seseorang itu sudah sah diterima untuk masuk ke dalam sesebuah fakulti perubatan, maka mereka harus menyedari bahawa mereka sudah tidak boleh untuk mempunyai perasaan takut lagi. Takut melihat darah, takut untuk memegang mayat, takut untuk bercakap di hadapan dan banyak lagi. Semua perkara ini harus mereka singkirkan dari kamus hidup mereka apabila mereka sudah bergelar mahasiswa fakulti perubatan, walaupun mereka hanyalah pelajar tahun 1! Namun, adalah menjadi norma manusia untuk menolak perubahan. Masih terdapat segelintir pelajar yang masih takut untuk bercakap walaupun di hadapan 10 orang sahaja ketika didalam sesi kumpulan kecil. Jadi, perasaan takut ini sebenarnya membataskan pergaulan mereka dalam usaha untuk menuntut ilmu. Seharusnya mereka sedar, bahawa kemahiran berkomunikasi dengan baik tanpa perasaan takut, bimbang dan ragu-ragu adalah salah satu resepi untuk menjadi seorang doctor yang baik. Selain itu, perasaan takut untuk kalah juga merupakan satu perkara yang harus dielakkan oleh seorang pelajar perubatan. Di fakulti perubatan, dengan keadaan pembelajaran yang padat dengan kelas, praktikal dan latihan klinikal, seharusnya mereka ini saling membantu antara satu sama lain. Perasaan takut dikalahkan oleh pelajar lain dalam aspek purata nilai gred kumulatif ataupun PNGK khususnya dapat membawa seseorang itu kepada masalah stress. Hal ini demikian, kerana mereka berasa tercabar dengan kejayaan orang lain, lantas mereka memaksa diri mereka untuk sentiasa belajar tanpa menghiraukan kesihatan diri. Malah mereka turut memencilkan diri di bilik serta tidak menyertai sebarang aktiviti riadah. Akhirnya, perkara ini mampu menjejaskan prestasi akademik pelajar itu sendiri. Situasi ini bukanlah satu situasi yang asing. Ada diantara pelajar perubatan yang belajar 24 jam sehari, tujuh hari seminggu tapi masih tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Berbeza dengan orang yang pandai membahagikan masa dengan menyertai aktiviti riadah.
Selain perasaan takut, malu juga merupakan satu masalah ketara dalam kalangan pelajar perubatan. Malu ini sebenarnya perasaan yang dialami apabila seseorang itu melakukan perkara yang tidak dapat diterima oleh norma biasa, baik dari segi sosial mahupun professional, dan perkara yang dilakukan itu terlihat atau dilihat oleh orang lain. Namun, dalam konteks pelajar perubatan, apa yang mereka malukan ialah untuk bercakap di hadapan. Pada mereka, perkara ini adalah sangat memalukan. Tetapi, tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya telah mengelakkan peluang keemasan dalam diri mereka. Tujuan diadakan sesi pengucapan umum adalah bertujuan untuk melatih diri seseorang pelajar itu supaya mereka mempunyai tahap keyakinan atau confidence level yang tinggi, justeru membolehkan mereka untuk bercakap dan menyampaikan idea dengan cara yang dapat meyakinkan orang ramai (convincing) .  sebagai seorang doktor, mereka seharusnya tidak mempunyai perasaan malu yang dipanggil sebagai malu tidak bertempat. Mereka seharusnya yakin dengan diri sendiri agar mereka tidak dipanggil sebagai incompetent doctor atau doktor yang tidak mampu untuk bersaing. Bagaimana mahu bersaing kalau mereka ini malu untuk bercakap dengan masyarakat? Sebagai seorang pengamal perubatan, mereka ini seharusnya boleh bercakap dengan yakin tanpa perasaan malu kepada para pesakit. Kerana perkara ini melibatkan kepercayaan pesakit terhadap pegawai perubatan. Sekiranya seorang itu bercakap dengan perasaan malu-malu dan tersipu-sipu, sudah tentu pesakit akan merasakan doktor itu seolah-olah mempermainkan mereka. Justeru, adalah sangat penting untuk seorang pelajar perubatan memadamkan sifat malu dari diri mereka.
Sedih juga turut dikaitkan dengan emosi negatif. Perasaan ini kebiasaannya timbul apabila kita mengalami kehilangan sesuatu yang disayangi ataupun sesuatu yang berharga. Sekiranya perasaan sedih ini tidak dikawal, maka ianya boleh membawa kepada tekanan perasaan. Perkara ini juga sering dialami oleh pelajar-pelajar perubatan khususnya apabila mereka menerima keputusan peperiksaan. Situasi ini terjadi apabila pelajar merasakan mereka sudah buat yang terbaik dan yakin mampu mendapat keputusan yang baik. Namun, apabila keputusan diumumkan, keputusan peperiksaan mereka tidaklah seperti yang diharapkan. Hal ini seringkali terjadi dan menjadi lagi teruk sekiranya seseorang itu mempunyai perasaan takut untuk kalah kepada orang lain seperti apa yang telah saya terangkan di atas. Apabila perasaan sedih ini tidak dikawal, maka mereka seringkali mengalami tekanan perasaan atau depression yang akhirnya membawa kepada stress. Stress merupakan perkara yang mempunyai kebaikan dan keburukan iaitu stress positif dan negatif. Apa yang dibimbangkan ialah sekiranya pelajar ini mempunyai stress negatif. Perkara ini bukan hanya menjejaskan pencapaian akademik semata-mata malah mampu membawa kepada permasalahan yang lebih besar seperti mengambil dadah dan bunuh diri.
Kesimpulannya, kita seharusnya belajar untuk mengawal emosi khususnya emosi negatif. Hal ini disebabkan oleh pembawakan impak negatif terhadap diri seseorang apabila emosi ini tidak dikawal dan diuruskan dengan baik. Menerusi kelas pengurusan emosi, sepatutnya kita harus mengaplikasikan apa yang telah dipelajari seperti perkara-perkara yang boleh membawa kepada emosi negatif serta cara menanganinya. Sekian.