Tuesday, September 6, 2011

A132069 AHMAD FUAD FAHMI, PERSONALITY

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bertemu kita lagi di dalam penulisan jurnal pengurusan emosi ini. Ini merupakan penulisan jurnal terakhir saya di dalam kursus ini. Pada hari Rabu bersamaan dengan 24 Ogos 2011 yang lepas, saya telah menghadiri kuliah yang ke 5 untuk kursus ini. Kuliah pada kali ini berkaitan dengan emosi dan personaliti seseorang. Kuliah pada kali ini tidak sama seperti kuliah sebelum-sebelumnya kerana kuliah pada hari ini bukanlah berdasarkan kepada nota kuliah seperti kebiasaannya. Kuliah pada hari ini adalah berdasarkan kepada 3 tugasan yang perlu kami lakukan sepanjang kuliah.  Tugasan yang pertam ialah kami perlu membaca nota kuliah tentang Teori Psikoanalitic. Kemudian kami perlu mendengar dan menonton klip video pertama yang ditayangkan. Kami dikehendaki untuk mengaitkan apa yang ada dalam video tersebut dengan teori yang telah dibaca. Tugasan yang kedua pula, kami perlu menjawab soal selidik MBTI di mana di akhir ujian tersebut, saya dapat mengetahui kategori personaliti saya dan perlu dibincangkan di dalam jurnal. Tugasan yang ketiga pula, kami perlu menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan membincangkan personaliti yang saya perolehi.

                       Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan personaliti, seterusnya melalui video yang disediakan oleh Dr Zamri, video pertama berkenaan dengan jenis personaliti iaitu Type A dan Type B. Seperti yang diperkatakan, ini merupakan pembahagian major yang biasa dilakukan untuk mengetahui jenis personiliti seseorang. Personaliti A merupakan seseorang yang tergesa-gesa seperti dijelaskan dalam video makan, bangun tidur dan memandu dengan cepat, bergegas dalam melakukan sesuatu. Jenis A adalah yang tidak sabar, akan tetapi perbuatannya adalah teratur dan mementingkan kesempurnaan (perfectionist). Terbalik pula dengan Personaliti B yang agak tenang, relax dan cool dalam melakukan sesuatu perkara. Tidak bergegas dan sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu. Jenis ini mudah bersabar dalam menghadapi sesuatu. Jenis Personaliti A dan B ini sering juga dikaitakan dengan sikap panas baran dan penyabar. Melihatkan kepada karekter-karekter yang dipamerkan oleh kedua-dua jenis personaliti, saya boleh dikatakan memegang personaliti jenis B. Bagi saya bergantung kepada situasi, seseorang itu mungkin akan memperlihatkan personaliti jenis A. Video yang kedua pula menceritakan perihal seseorang individu yang berfikir akan hidupnya. Dari kecil dia merasakan hidupnya indah sehinggalah apabila meningkat dewasa semuanya berubah. Pada mulanya saya berpendapat bahawa dia merupakan seorang yang perfectionist kerana dia mementingkan kesempurnaan dalam hidup, inginkan kawan dan masyarakat sekeliling yang baik serta wanita yang boleh menerima dirinya. Sehinggakan dia mahukan wang yang disedekahkan kepada peminta sedekah pun diguna untuk kebaikan. Akan tetapi dia sedar bahawa hidup ini tidak selalunya indah dan akan mengikut kehendak kita. Memang betul kita selalu bayangkan personaliti dan karakter yang baik-baik untuk hadir dalam hidup kita. Tetapi hakikat sebenarnya berkemungkinan sebaliknya. Seperti individu terbabit, di akhir video, dia akhinya faham akan hakikat sebenar kehidupan, walaupun ia tidak mengikut kehendak dirinya, tidak secerah seperti yang diimpikan, tetapi dia tetap jua mengharapkan terdapat sinar diakhirnya. Inilah kehidupan, kita belajar berkenaan emosi dan personaliti. Di luar sana, terdapat berbagai personaliti yang akan kita jumpa dan hadapi tapi bagaimana kita hadapinya? Adakah kita mahukan ianya berubah mengikut corak kemahuan kita ataupun kita sendiri yang fleksible dan boleh berubah mengikut keadaan sekeliling. Walauapapun kehidupan yang kita alami, janganlah kita mudah berputus asa dan sentisalah berfikiran positif mengharap kepada sinar kehidupan di hadapan.

Individu yang mempunyai personaliti Type A, boleh didefinisikan sebagai seorang yang serius dan selalu inginkan kesempurnaan dalam apa jua perkara yang dilakukannya manakala individu yang mempunyai personaliti Type B sangat berbeza, di mana mereka lebih tenang dalam membuat sesuatu keputusan. Terdapat sebuah kajian yang telah dijalankan, di mana melalui kajian tersebut mendapati bahawa seseorang yang mempunyai personaliti Type A mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang sakit jantung. Merujuk kepada diri saya sendiri, saya dapat rasakan saya seorang individu yang berpersonaliti Type B, di mana sepanjang saya membuat keputusan dalam kehidupan saya, saya terlebih dahulu sabar, tenang dan berfikir sejenak sebelum memilih untuk membuat keputusan. Alhamdulillah, setiap keputusan yang telah saya buat selama ini, memberikan kesan yang baik dalam kehidupan seharian saya. Oleh itu, saya lebih suka memilih untuk menjadi seorang yang berpersonaliti Type B.

Untuk personaliti B, personaliti ini merupakan jenis yang lebih tenang dan sabar serta dapat menyesuaikan diri sendiri dalam keadaan yang berbeza. Saya merupakan jenis personaliti ini. Sebagai jenis personaliti B ini, saya tidak mudah risau dan tidak akan berfikiran kelam-kabut apabila menghadapi masalah. Saya akan lebih tenang dan berfikir tentang faktor-faktor yang mencetuskan masalah berlaku dan juga cara-cara untuk mengatasinya. Walaupun personaliti B ini tidak mempunyai kehidupan yang teratur, namun saya sebagai jenis ini senang menyesuaikan diri sendiri dan menanti cabaran yang akan datang.

Bagi tugasan yang ketiga pula, kami menjawab soal selidik Teori Besar Lima ( Big Five Theory) dan mengenalpasti personaliti diri berdasarkan ujian ini. Teori ini terbahagi kepada lima kategori(O,C,E,A,N):

·      Openness(keterbukaan) – golongan ini gemar berimaginasi dan sentiasa berwawasan. Mereka yang mempunyai sifat keterbukaan ini juga cenderung untuk mempunyai pelbagai minat yang meluas.

·      Conscientiousness (berhati-hati) – golongan ini sangat bertimbang rasa, mempunyai kawalan ransangan yang baik dan juga kelakuan yang bermatlamat. Mereka yang mempunyai sifat berhati-hati ini cenderung untuk menjadi seorang yang teratur dan prihatin terhadap sesuatu perkara.

·      Extraversion (peramah) – golongan ini mudah terangsang, suka bergaul gemar berkata-kata, asertif dan juga mempunyai ekspresi emosi yang tinggi.

·      Agreeableness (menyenangkan hati) – golongan ini mempunyai sifat amanah, pemurah, baik, berkasih sayang dan lain-lain tingkahlaku yang pro-sosial.

·      Neuroticism (agresif) – golongan ini cenderung untuk mengalami ketidakstabilan emosi, kebimbangan, kemurungan ,cepat marah, dan kesedihan.

 

Personaliti seseorang individu itu dapat dikenal pasti dengan merujuk kepada lima kategori di atas ini. Terdapat lima bahagian dalam ujian ini  dan bahagian yang mempunyai markah tertinggi menunjukkan personaliti individu itu. Berdasarkan ujian besar lima ini pula, personaliti saya tergolong dalam golongan agreeableness,  golongan ini boleh dipercayai, amanah, pemurah baik dan berfikiran terbuka. Persamaan personaliti saya dan hasil ujian ini ialah saya seorang yang berfikiran terbuka dan saya lebih suka mendengar berbanding berkata-kata. Apabila kawan-kawan saya berkongsi masalah mereka dengan saya, saya akan menjadi pendengar yang baik dan ini menjadikan saya salah seorang yang mudah dipercayai . Semua ujian ini mungkin tidak seratus peratus tepat tetapi mungkin sebahagian daripadanya hampir sama dengan personaliti seseorang itu. Setakat iuni sahajalah ulasan saya pada kali ni. Sekian terima kasih.

 

A131567 Hamishatul Shamsiah Abdul Manaf LJ05 Personaliti

                Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Akhirnya, inilah jurnal saya yang terakhir. Pada 24 Ogos 2011, tiada kuliah yang diberikan. Tetapi kami melakukan aktiviti yang menarik iaitu mengenali personaliti diri. Ianya dilakukan dengan menjawab beberapa komponen untuk mengenal pasti personaliti diri. Di sini saya ingin berkongsi tentang Big Five Model.
 
Faktor dan ciri-ciri konstituen The  Big Five boleh diringkaskan sebagai (OCEAN). Iaitu Openness, Conscientiousness, Extraversion , Agreeableness dan Neuroticism. Berikut adalah penerangannya berserta contoh item dipetik daripada Wikipedia.
 
Openness to experience
Openness is a general appreciation for art, emotion, adventure, unusual ideas, imagination, curiosity, and variety of experience. The trait distinguishes imaginative people from down-to-earth, conventional people. People who are open to experience are intellectually curious, appreciative of art, and sensitive to beauty. They tend to be, compared to closed people, more creative and more aware of their feelings. They are more likely to hold unconventional beliefs.
People with low scores on openness tend to have more conventional, traditional interests. They prefer the plain, straightforward, and obvious over the complex, ambiguous, and subtle. They may regard the arts and sciences with suspicion or even view these endeavors as uninteresting.
 
Sample openness items
§  I have a rich vocabulary.
§  I have a vivid imagination.
§  I have excellent ideas.
§  I am quick to understand things.
§  I use difficult words.
§  I spend time reflecting on things.
§  I am full of ideas.
§  I am not interested in abstractions. (reversed)
§  I do not have a good imagination. (reversed)
§  I have difficulty understanding abstract ideas. (reversed)
 
Conscientiousness
Conscientiousness is a tendency to show self-discipline, act dutifully, and aim for achievement against measures or outside expectations. The trait shows a preference for planned rather than spontaneous behavior. It influences the way in which we control, regulate, and direct our impulses.
 
Sample conscientiousness items
§  I am always prepared.
§  I pay attention to details.
§  I get chores done right away.
§  I like order.
§  I follow a schedule.
§  I am exacting in my work.
§  I leave my belongings around. (reversed)
§  I make a mess of things. (reversed)
§  I often forget to put things back in their proper place. (reversed)
§  I shirk my duties. (reversed)

Extraversion
Extraversion is characterized by positive emotions, surgency, and the tendency to seek out stimulation and the company of others. The trait is marked by pronounced engagement with the external world. Extraverts enjoy being with people, and are often perceived as full of energy. They tend to be enthusiastic, action-oriented individuals who are likely to say "Yes!" or "Let's go!" to opportunities for excitement. In groups they like to talk, assert themselves, and draw attention to themselves.
Introverts lack the social exuberance and activity levels of extraverts. They tend to seem quiet, low-key, deliberate, and less involved in the social world. Their lack of social involvement should not be interpreted as shyness or depression. Introverts simply need less stimulation than extraverts and more time alone. They may be very active and energetic, simply not socially.
 
Sample extraversion items
§  I am the life of the party.
§  I don't mind being the center of attention.
§  I feel comfortable around people.
§  I start conversations.
§  I talk to a lot of different people at parties.
§  I don't talk a lot. (reversed)
§  I keep in the background. (reversed)
§  I have little to say. (reversed)
§  I don't like to draw attention to myself. (reversed)
§  I am quiet around strangers. (reversed) 

Agreeableness
Agreeableness is a tendency to be compassionate and cooperative rather than suspicious and antagonistic towards others. The trait reflects individual differences in general concern for social harmony. Agreeable individuals value getting along with others. They are generally considerate, friendly, generous, helpful, and willing to compromise their interests with others. Agreeable people also have an optimistic view of human nature. They believe people are basically honest, decent, and trustworthy.
Disagreeable individuals place self-interest above getting along with others. They are generally unconcerned with others' well-being, and are less likely to extend themselves for other people. Sometimes their skepticism about others' motives causes them to be suspicious, unfriendly, and uncooperative.
 
Sample agreeableness items
§  I am interested in people.
§  I sympathize with others' feelings.
§  I have a soft heart.
§  I take time out for others.
§  I feel others' emotions.
§  I make people feel at ease.
§  I am not really interested in others. (reversed)
§  I insult people. (reversed)
§  I am not interested in other people's problems. (reversed)
§  I feel little concern for others. (reversed) 

Neuroticism
Neuroticism is the tendency to experience negative emotions, such as anger, anxiety, or depression. It is sometimes called emotional instability. Those who score high in neuroticism are emotionally reactive and vulnerable to stress. They are more likely to interpret ordinary situations as threatening, and minor frustrations as hopelessly difficult. Their negative emotional reactions tend to persist for unusually long periods of time, which means they are often in a bad mood. These problems in emotional regulation can diminish the ability of a person scoring high on neuroticism to think clearly, make decisions, and cope effectively with stress.
At the other end of the scale, individuals who score low in neuroticism are less easily upset and are less emotionally reactive. They tend to be calm, emotionally stable, and free from persistent negative feelings. Freedom from negative feelings does not mean that low scorers experience a lot of positive feelings.
 
Sample neuroticism items
§  I am easily disturbed.
§  I change my mood a lot.
§  I get irritated easily.
§  I get stressed out easily.
§  I get upset easily.
§  I have frequent mood swings.
§  I often feel blue.
§  I worry about things.
§  I am relaxed most of the time. (reversed)
 
Contoh - contoh item yang dinyatakan merupakan item-item yang kami nilai ketika aktiviti ujian personaliti tersebut. Sekian sahaja jurnal yang terakhir ini. Sekian terima kasih.
Salam Aidilfitri.. =D

Komathi Chow Kwai Ying A131833

Selamat sejahtera. Pada hari 24 August 2011, saya telah mehadiri kuliah kursus Pengurusan Emosi yang keenam. Kali ini merupakan kali kelima saya menulis jurnal ZT2253 Pengurusan Emosi. Pada hari tersebut, Dr. Zamri telah menyenaraikan tiga tugasan untuk disempurnakan dalam jurnal pembelajaran yang kelima ini. Kami dikehendaki membaca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory, menjawab soal selidik MBTI, menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan menbincangkan personaliti masing-masing. Di samping itu, Doktor Zamri juga menayangkan satu klip video pada jam 2pm.
Melalui video yang ditayangkan di dewan kuliah tempoh hari, video ini menayangkan satu cerita bagaimana seseorang yang ketika zaman kanak-kanaknya ditanam dengan kepercayaan bahawa semua orang di dunia ini adalah baik-baik belaka dan oleh demikian dia juga perlu menjadi seorang yang baik kepada orang di sekelilingnya, namun ketika meningkat remaja, dia mendapati bahawa tidak semua sangkaannya sewaktu kanak-kanak adalah sama dengan realiti masyarakat di sekelilingnya.Dia mula mempersoalkan apakah perlunya lagi untuk dia berbuat baik kepada orang sekelilingnya,perlukah dia untuk mempertahankan sahabat yang mengetawakannya di belakang? perlukah lagi dia untuk memberi sedekah kepada peminta sedekah yang sebenarnya merupakan seorang penipu yang menginginkan wang dengan jalan yang mudah? Namun akhirnya, dia mula faham bahawa dia perlu juga untuk berbuat baik meskipun masyarakat di sekililingnya tidak begitu.Kejahatan tidak semestinya perlu dibalas dengan kejahatan juga.Dia juga mula matang dalam menentukan tingkahlaku yang lebih sesuai dalam beradaptasi dengan keadaan sekeliling.
'If my friend betray me - I'll find the new ones, If the beggar cheat me – I'll still be generous'
Untuk mengaitkan video ini dengan teori psikoanalytic, saya berpendapat video ini telah menayangkan tentang analogi tiga tahap psikik yang diusul oleh Freud.Tahap pertama ialah sewaktu kanak-kanak tersebut merasakan semua orang baik dan dia juga begitu.Pada pendapat saya ini adalah naluri semulajadi manusia.Tahap kedua ialah sewaktu kanak-kanak tersebut menjangkau usia remaja apabila dia mula menyesuaikan kehendak (semua orang baik dan akan melayannya dengan baik) dengan etika masyarakat (realitinya ada orang yang baik dan ada yang tidak).Elemen terakhir adalah apabila dia melalui usia dewasa apabila dia sudah tahu membezakan yang baik dan yang buruk dan membina pendiriannya sendiri (untuk tetap berbuat baik).
Kategori seterusnya dalam Myers-Briggs Type Indicator ialah ( T or F ). T ialah jenis individu yang akan menggunakan logic akal dan sebab musabab untuk selesaikan masalah. Manakala F ialah individu yang akan bergantung kepada nilai peribadi dan emosi dalam menyelesaikan masalah. Untuk kategori ini aku tidak pasti aku dalam kumpulan yang mana satu kerana aku rasa aku dalam kedua-dua kategori tersebut bergantung pada masa dan keadaan. Sukar untuk aku jelaskan disini. Untuk kategori yang terakhir iaitu judging or perceiving (J or P), J ialah individu yang suka mengawal dan suka sesuatu berada dalam keadaan yang tersusun dan berstruktur manakala P pula jenis individu yang fleksibal dan melakukan kerja sesuatu kerja secara spontan. Untuk ini aku akui aku berada dalam kumpulan P kerana dengan ini aku dapat melakukan kerja secara tenang dan hasilnya lebih baik bagi aku. Aku dapat melakukan sebarang kerja tanpa sebaang tekanan.
Seterusnya perkara yang aku rasa menarik untuk aku huraikan ialah The Big-Five Model ( 5 model utama) iaitu:
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Extroversion - tahap keselesaan seseorang terhadap sesuatu hubungan
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Agreeableness - refers to an individual's propensity to defer to others
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Conscientiousness - mengukur tahap kepercayaan
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Emotional Stability - tahap kebolehan seseorang untuk menahan tekanan terhadap mereka
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Openness to Experience - addresses an individual's range of interests and fascination with novelty
Berdasarkan model ini, soalan telah dibagikan kepada lima bahagian di mana bagi setiap bahagian soalan telah dipecahkan lagi kepada soalan yang lebih kecil. Setiap mereka yang mengambil ujian ini hendaklah memberikan markah kepada soalan yang dijawab contohnya
0 = tidak setuju atau tidak pasti
1 = Setuju sedikit
2 = Sederhana setuju
3 = Sangat setuju
Akhir sekali kita akan mengira jumlah markah yang terkumpul untuk mengetahui apa jenis personaliti kita semua.
Memasuki tugasan yang ketiga, iaitu tugasan yang terakhir. Kali ini saya akan membincangkan ujian soal selidik personaliti yang kedua, yang dinamakan The Big Five Theory (Teori Besar Lima). Kedah yang digunakan dalam ujian ini membahagikan soalan kepada lima bahagian. Kelima-lima bahagian ini mewakili personaliti yang tertentu
· A – Openness
· B – Conscientiousness
· C – Extraversion
· D – Agreeableness
· E – Neuroticism (Emotional Instability)
Setiap bahaagian soalan telah dipecahkan lagi kepada soalan yang lebih kecil. Setiap mereka yang mengambil ujian ini hendaklah memberikan markah kepada soalan yang dijawab contohnya
0 = tidak setuju atau tidak pasti
1 = Setuju sedikit
2 = Sederhana setuju
3 = Sangat setuju
Terlebih dahulu, saya akan menceritakan pandangan saya terhadap video ringkas yang telah dipaparkan oleh Dr. Zamri. Video tersebut memaparkan ciri- ciri individu yang mempunyai personaliti Type A dan juga Type B. Individu yang mempunyai personaliti Type A, boleh didefinisikan sebagai seorang yang serius dan selalu inginkan kesempurnaan dalam apa jua perkara yang dilakukannya manakala individu yang mempunyai personaliti Type B sangat berbeza, di mana mereka lebih tenang dalam membuat sesuatu keputusan. Terdapat sebuah kajian yang telah dijalankan, di mana melalui kajian tersebut mendapati bahawa seseorang yang mempunyai personaliti Type A mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang sakit jantung. Merujuk kepada diri saya sendiri, saya dapat rasakan saya seorang individu yang berpersonaliti Type B, di mana sepanjang saya membuat keputusan dalam kehidupan saya, saya terlebih dahulu sabar, tenang dan berfikir sejenak sebelum memilih untuk membuat keputusan. Alhamdulillah, setiap keputusan yang telah saya buat selama ini, memberikan kesan yang baik dalam kehidupan seharian saya. Oleh itu, saya lebih suka memilih untuk menjadi seorang yang berpersonaliti Type B.
 
Seterusnya, Personality Test, setelah membuat tugasan ini saya agak terkejut kerana saya mendapat personaliti ISTP, di mana personaliti ini lebih cenderung kepada bidang kerja mekanik dan bukannya bidang perubatan yang saya ambil ketika ini. Semasa menyelesaikan tugasan Big Five Personalities pula, hasilnya menunjukkan saya seorang "Agreeableness". Individu yang memiliki personaliti ini boleh dikatakan seorang mempunyai rasa belas kasihan yang tinggi terhadap orang lain atau sesuatu. Dalam erti kata yang lain, individu ini mudah cepat rasa belas kasihan apabila melihat seseorang itu ditimpa kesusahan. Personaliti ini jelas terdapat dalam diri saya di mana sebagai contoh, saya mudah rasa belas kasihan terhadap peminta sedekah yang tidak berupaya daripada segi fizikal lalu saya hulurkan bantuan wang ringgit kepadanya. Kerap kali saya lakukan perkara tersebut apabila ternampak peminta sedekah di kaki lima.
 
Secara kesimpulannya, setiap daripada kita mempunyai personaliti yang unik dan kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Jika personaliti kita ini mendatangkan keburukan dan tidak menyenangkan orang di sekeliling kita, kita boleh berusaha untuk mengubahnya bagi menyenangkan hati orang lain. Kita hendaklah sentiasa berpesonaliti baik dan terpuji bagi kehidupan yang selesa :)