Monday, August 15, 2011

A132069 AHMAD FUAD FAHMI, EMOSI NEGATIF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sesiapa yang membaca jurnal saya. Jurnal kali ini adalah berkenaan dengan pembelajaran yang diajar oleh Dr. Zamri dalam kuliahnya baru-baru ini pada 10 Ogos 2011 di Dewan Kuliah Satu, pada jam 2-5 petang. Kuliah ini bermula dengan sesi tayangan video, Emosi Negatif, Teori Aras Adaptasi dan Teori Soloman. Jurnal yang sebelum ini telah mengisarkan mengenai emosi positif seseorang. Kali ini perbincangan jurnal ini akan lebih tertumpu kepada emosi negative. Secara kesuluruhannya terdapat banyak jenis emosi negatif yang dipamerkan oleh kita.Bagi saya emosi yang dipamerkan memzahirkan keadaan dalaman seseorang yang tidak dapat dilihat secara kasar.

 

Baiklah, saya teruskan kepada ulasan berdasarkan pemahaman saya tentang tajuk kuliah yang pertama iaitu Emosi Negatif. Tajuk kuliah ini merupakan keseimbangan daripada tajuk kuliah pada sesi yang ketiga lalu iaitu Emosi Positif. Terdapat empat emosi utama yang dikategorikan sebagai emosi negatif iaitu takut(fear), malu(embarrassment), sedih(sadness), dan marah(angry). Takut merupakan tindak balas emosi terhadap rangsangan negatif daripada situasi yang dianggap bahaya dan sering dikaitkan dengan kerisauan dan keresahan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan emosi takut. Takut boleh diperolehi daripada kemalangan trauma yang meyebabkan seseorang itu merasa fobia terhadap sesuatu perkara. Hal ini amat benar kerana situasi ini berlaku kepada saya sendiri. Pengalaman hampir lemas di kolam renang sewaktu berusia 10 tahun menyebabkan saya fobia untuk mandi di kolam renang mahupun berada di dalam air yang dalam seperti sungai ataupun pantai sehinggalah sekarang. Selain itu, takut juga boleh diinspirasikan oleh konsep yang abstrak walaupun kebiasaannya takut dikaitkan dengan keadaan fizikal mahupun objek. Konsep abstrak ini termasuklah takut terhadap cemuhan atau kritikan yang banyak bersangkut paut dengan adat dan budaya sesuatu masyarakat. Bagi masyarakat Melayu, generasi terdahulu gemar menggunakan pantang larang dalam mendidik anak-anak mereka. Pantang larang ini dikaitkan dengan akibat yang buruk jika dilanggar dan ini telah menanamkan rasa takut dalam diri anak-anak mereka untuk melakukannya. Perasaan takut seperti ini mempengaruhi individu yang mengalaminya untuk jangka masa yang panjang. Kita boleh mengesan sama ada seseorang itu dalam keadaan takut melalui ekspresi wajah. Antaranya ialah mata terbuka luas, anak mata membesar, bibir atas menaik, kening ke dalam dan bibir menegang sebaris.

 

Takut merupakan salah satu daripada emosi yang negative. Apa itu takut? Takut ialah emosi yang dizahirkan berdasarkan tindak balas terhadap ketakutan dan takut sentiasa dikaitkan dengan emosi-emosi yang lain seperti  resah dan risau.Takut boleh juga disebabkan trauma yang dialami oleh seseorang. Kita semua pernah menonton  drama televisyen yang kada kala mengenai  seorang lelaki yang mengalami masalah claustrophobia iaitu takut kepada tempat yang sempit dan gelap. Lelaki mengalami ketakutan itu mungkin disebabkan oleh kebakaran yang berlaku di tempat kerjanya dan ketika itu dia berada di dalam lif. Setelah kejadian itu,lelaki trauma dan takut untuk menaiki lif dan tidak akan memasuki tempat yang sempit. Ekspresi yang ditunjukkan oleh orang yang dalam ketakutan dapat dilihat di wajah mereka. Pernahkah kita memerhatikan ekspresi muka mereka yang sedang marah?Ketika takut,kita cenderung untuk membuka mata dengan luas,anak mata menjadi besar,bibir atas naik ke atas dan kening ke dalam.Jika kita lihat wajah seseorang yang sedang marah inilah ekspresi muka yang mungkin mereka pamerkan. Takut juga menyebabkan seseorang menunjukkan emosi-emosi lain.Sebagai contoh,seorang gadis ketakutan yang dikacau oleh sekumpulan lelaki bertindak agresif untuk menyelamatkan diri.Gadis itu juga mungkin keresahan dan risau akan keselamatan diri ketika itu.Malahan takut juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang kawalan dan cuba melakukan sesuatu yang member kesan buruk terhadap diri sendiri.Saya pernah sebuah novel melayu yang menceritakan tentang seorang lelaki yang sangat mencintai seorang gadis  biasa tetapi gadis itu bakal menjadi isteri abang kepada lelaki itu.Oleh kerana takut kehilangan gadis itu,lelaki itu bertindak merogol gadis itu supaya gadis itu berkahwin dengannya.Jelas sekali kerana takut lelaki bertindak di luar kawalan dengan melakukan perbuatan yang tidak rasional seperti ini. Takut dipengaruhi oleh banyak faktor yang mana saya tidak dapat nyatakan disini.

 

 

Seterusnya saya akan membincangkan tantang perasaan malu. Malu juga merupakan salah satu daripada emosi negatif. Malu dikategorikan sebagai emosi negatif kerana apabila seseorang malu, dia akan mengasingkan diri dan berasa rendah diri. Hal ini yang menunjukkan malu itu membawa kepada keburukan dan impak yang tidak memberi faedah. Dalam istilah inggeris malu disebut sebagai shame atau shy. Kenapa seseorang berasa malu? Malu kadangkala malu tidak membabitkan moral. Contohnya seseorang cenderung untuk malu apabila mereka memakai baju terbalik atau seluar yang dipakai terkoyak. Terdapat juga malu yang bersifat personal iaitu apabila hal peribadi menjadi tumpuan atau apabila pembohongannya dapat dikesan oleh komuniti sekeliling. Kita akan malu apabila orang bercakap tentang kita tidak kira perkara yang disampaikan itu baik atau buruk. Jika perkara baik, kita akan malu tersipu-sipu kerana ada yang memuji kita tetapi jika perkara yang diperkatakan itu perkara yang buruk pasti kita malu sehingga mahu menyelinap dari setiap pandangan orang diri supaya masyarakat sekeliling tak nampak kita. Selain itu terdapat malu profesional iaitu apabila seseorang malu kerana tidak mampu membuat kerja dengan baik dan sempurna. Contohnya apabila dasar yang dibuat salah dan tidak diterima oleh pengarah atau pun ketuanya.

Emosi yang seterusnya ialah "sedih". Semua orang pernah berasa sedih tidak kira apa sebabnya. Sedih merupakan satu emosi yang menggambarkan kehilangan dan kekecewaan. Semua orang memang wajar berasa sedih jika berkenaaan dengan situasinya. Malah, orang yang tidak pernah merasa sedih itu adalah orang yang boleh dikatakan tidak mempunyai perasaan. Emosi sedih, jika melampaui batasnya, sangat membahayakan diri seseorang itu. Ada orang yang sedih hingga tidak lalu makan, tidak mahu bertegur sapa dengan orang sekeliling, dan lebih rela bersendiri. Orang yang sedih menyebabkan dia tidak ada semangat dan keazaman dalam melakukan apa juga pekerjaan. Dia akan berjalan dengan muka yang muram sambil menundukkan kepalanya dan menbongkokkan bahunya. Orang yang sedih selalunya akan senyap secara tiba-tiba, seakan-akan tidak bermaya dan tidak ada kemahuan untuk keluar dan berjumpa dengan orang ramai. Sedih adalah berlawanan dengan emosi gembira. Jika dibandingkan orang yang sedih dengan orang gembira, orang yang gembira dapat menjalani kehidupan dengan mudah kerana mereka dikelilingi sentiasa bersemangat dan penuh kasih saying kerana semua unsure unsur positif i sekeliling sentiasa membantu nya menjalani kehidupan seharian. Dalam konteks sedih pula, orang yang sedih lebih mudah menerima apa yang ada. Mereka selalunya pendiam dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Memang terbukti bahawa orang yang gembira adalah orang yang berjaya dalam kehidupan. Sedih berkait rapat dengan air mata. Menangis merupakan sesuatu yang sihat buat diri kira, kerana apabila kita nangis, kita dapat melepaskan rasa sedih. Sedih yang melampau membawa kepada stress, dan seterusnya depression. Tahap ini adalah tidak baik untuk diri kita. kita seharusnya bijak mengawal emosi dan tidak membenarkan emosi menghantui diri kita hingga menyebabkan kita kemurungan.

No comments:

Post a Comment