Friday, August 19, 2011
A131504 Ng Kim Khim LJ04 emosi dan motivasi!!!
Pada 17 August 2011, saya telah menghadiri kursus ZT2253 Pengurusan Emosi bagi kuliah keempat. Tajuk pada hari ini adalah 'Emosi & Motivasi' dan tajuk 'Teori-teori fisiology, kognitif dan emosi'. Kuliah ini dijalankan selama dua jam dan memberi banyak idea kepada saya untuk menghasilkan sebuah jurnal yang ringkas bagi segala ilmu pengetahuan dan tajuk yang dipelajari menerusi kuliah hari ini. Saya berasa sangat bersyukur kerana Dr Zamri memuji kita yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan jurnal. Kami dipuji bahawa jurnal kita mengaitkan buku-buku yang pernah dibacai, pengalaman diri sendiri dalam kehidupan ataupun filem dan video yang pernah ditontoni. Kepujian Dr Zamri merupakan dorongan kepada saya untuk menghasilkan jurnal yang lebih berkualiti.
Emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh dijadikan motivasi (Lang et al, 1992). Emosi tidak dapat dipisahkan dengan motivasi. Emosi boleh sebagai sesuatu pendorong kita untuk melakukan sesuatu.Walau bagaimana pun,bukan dalam semua keadaan, emosi akan menjadi pendorong atau motivator kita; dan juga bukan semua pendorong atau motivator berasaskan kepada emosi. Contohnya bagi pelajar-pelajar perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Tahun Dua belajar sengan bersungguh-sungguh kerana semua pelajar mempunyai "motif achievement" untuk berjaya meluluskan peperiksaan. Contoh yang lain ialah berkaitan denagn aktiviti hairan kita iaitu makan dilakukan kerana "motif kelaparan" dan bukan kerana emosi yang mendorong kita untuk makan makanan.emosi juga boleh dijadika sebagai penghalang.
Selain itu, emosi juga boleh dijadikan perlindungan kita. Misalnya sekiranya kita menjumpa singa, emosi takut dilahirkan dan oleh kerana emosi takut, kita larikan diri dan menyelamatkan diri daripada ancaman singa. Emosi sebagai perubahan fisiologikal, penilaian kognitif, perasaan, tingkahlaku untuk bertindak dipengaruhi oleh singa. Oleh itu, emosi menjadiemosi positif ataupun negative dan segala ini terpulang kepada bagaimana kita luahkan emosi dan di keadaan yang berbeza. Emosi mencetuskan dorongan untuk bertindak.
Terdapat beberapa konsep yang berkaitan dengan motivasi
1. Motivasi: Factor-factor luaran dan dalaman yang kita membuat sesuatu perbuatan. Menurut Bickhard, 1997, motivasi ialah di mana kita memilih apa tindakan yang bakal dilakukan.
2. Drive: Desakan dalaman yang menarik kita membuatkan sesuatu, ini menunjukkan emosi yang positif.
3.Incentive: Matlamat luaran yang memolak atau menarik sesuatu kecendungan untuk bertindak.
Pensyarah telah menasihat kita untuk menumpukan perhatian untuk mendengar lecture. Sedangkan membazir masa dengan tidur ataupun membaca buku yang lain yang tidak berkaitan dengan ZT, lebih baiklah kita menumpukan perhatian untuk mendengar lecture yang begitu menarik. Pensyarah juga memberitahu kami bahawa minda kita tidak boleh dipisah kepada dua. Jika kita membaca buku sendiri, namun perhatian kita tetap akan diganggu oleh suara dan cerita pensyarah yang menarik itu. Oleh itu, kita haruslah menumpukan perhatian mendengar lecture supaya boleh menghasilkan jurnal yang lebih bagus dan berkualiti.
Keperluan social bagi manusia memerlukan dua 'K', iaitu Kawan dan Kahwin. Setiap manusia memerlukan seorang teman untuk mendengar dan menemani kita. Menurut buku 'Harry Potter" yang pernah saya baca, cerita itu adalah menerangkan cerita kronika bahawa pengembaraan remaja Harry Potter, Ron Weasley and Hermione Granger. Watak utama Harry Potter mengharungi segala kesusahan dan rintangan bersama dengan dua kawan baik dia. Akhirnya, dengan bantuan dan sokongan kawan baik dia, Harry telah berjaya menyelamatkan diri sendiri dan menewas segala halangan. Persahabatan tiga watak itu menunjukkan kita memerlukan kawan untuk menemani, menyokong dan membantu kita tidak kira dalam apa-apa situasi.
Di samping itu, menurut James-Lange theory yang diperkenalkan oleh William James(1884) dan disokong oleh Carl Lange (1887), akhirnya gabungan menjadi James-Lange theory. Teori ini menerangkan bahawa perubahan fisiologikal dalam badan kita terhadap sesuatu rangsangan akan melahirkan emosi. Contohnya pengalaman saya pada dua tahun yang lalu. Pada waktu malam, selepas saya habis tuisyen, semasa saya berjalan kaki balik ke rumah saya yang berhampiran, saya menjumpa seorang lelaki yang tidak dikenali berdiri di depan pintu rumah saya. (Stimulasi). Reaksi pertama saya adalah larikan diri dan menelefon ibu bapa dengan segera. Jantung saya berdebar dengan cepat dan berpeluh semasa saya berlari. (fisiologi berubah dan perubahan perlakuan). Saya berasa amat takut (emosi). Oleh kerana emosi ketakutan saya, itulah yang mendorong saya melarikan diri dari tempat dan benda yang bahaya itu. Pengalaman ini menunjukkan James-Lange Theory yang menerangkan hubungan antara stimulasi, behavior changes dan emosi.
Selain itu, menurut Cannon Bard teori yang menerangkan bahawa rangsangan sepatutnya melahirkan emosi terlebih dahulu sebelum reaksi sama ada fizikal ataupun fisiologikal. Teori ini diasakan oleh Walter Cannon telah mengkritik James Lange theory kerana Cannon Bard teori adalah reaksi emosi lebih cepat berbanding dengan response fisiological yang terlalu lambat. Manusia masih mempunyai emosi walaupun berpisah dengan system nervous. Bahan perangsangan, dia akan berasa emosi takut dan perubahan dalam badan kita. Misalnya Ali terjumpa harimau di hutan,dia menghasilkan emosi takut terdahulu, kemudian baru mempunyai reaksi berpeluh.
Namun Teori James- Lange" telah disokong oleh teori "Schacter". Tetapi tokoh Schacter telah mengubahsuai teori tersebut. Beliau menambah faktor kognitif ke dalam teori James Lange tersebut. Contohnya dalam filem "Earthquake", semasa gempa bumi, seorang ibu mendapati dua orang anak dia berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Mereka terperangkap dalam timbunan batu-bata (rangsangan atau faktor luaran). Ibu tersebut bertindak dengan mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan diri sendiri dan juga kedua-dua anak yang tersayang. Ibu tersebut telah mengalami perubahan emosi kepada takut dan risau. Perubahan fisiologi seperti kenaikan denyutan nadi dan berpeluh semasa ibu tersebut cuba mengalihkan batu-batu yang begitu berat supaya menyelamatkan anak-anaknya yang tidak dapat bergerak dalam timbunan batu. Hal ini kerana kognitif ibu yang dewasa itu sedar bahawa kebahayaan ini telah mengancamkan nyawa kedua-dua anak dia yang tersayang. Dengan cerita itu membuktikan bahawa hubungan antara perubahan fisiologi dan juga pemikiran kita(yang boleh dipelajari dari pengalaman). Selepas perubahan tersebut, perasaan atau emosi seperti risau, gesah, susah hati atau takut baru akan terhasil. Sebenarnya penghasilkan emosi kita mempengaruhi minda manusia.
Tambahan pula, topik yang amat menarik yang diterangkan oleh Dr Zamri pada hari ini ialah teori "misattribution" dan 'transfer of excitation'. Teori 'transfer of excitation' ini menerangkan bahawa pindahan emosi dari satu keadaan kepada keadaan yang lain yang amat berbeza dengan teori Misattribution.dimana teori misattribution kesilapan dalam mentafsir emosi orang lain ataupun hal-hal tertentu. Bagi misattribution, contohnya lelaki kononnya akan mentafsirkan perempuan yang marah mesti berkaitan dengan Post Menstrual Syndrome (PMS). Tetapi perempuan tersebut mungkin marah kerana sebab-sebab yang lain. Kesilapan sangkaan dan tekaan emosi orang lain akan menyebabkan misattribution yang akan mengakibabkan masalah komunikasi. Bagi Teori 'transfer of excitation' yang menerangkan pindahan emosi dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Contohnya Ahmad dimarahi oleh bos dia dalam satu mesyuarat, dia berasa marah dan membawa emosi kemarahkan ke office dia dan dia akan memarahi anak-anak buahnya walaupun mereka hanya membuat sedikit kesilapan. Pindahan emosi juga akan membawa ke balik rumah. Emosinya yang masih marah akan memarahi anak-anak dia yang nakal dan sebagainya.
Akhir kata, emosi boleh dijadikan dorongan dan motivasi kepada kita. Pengawalan emosi yang baik amat memanfaatkan kita tidak kira dalam mana-mana situasi dimana kita sebagai pelajar ataupun sebagai doctor pada masa akan datang.
A131597 Alvin A/L Sukalenggam Rastora LJ04 Motivasi & Emosi
LUA YIN SAN LJ 04 A131726
Grace Lim Min Wen A131532 LJ 04 Emosi dan Motivasi
Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Selepas menghadiri kuliah kelima Pengurusan Emosi ZT2253 pada 17 Ogos 2011, izinkanlah saya meringkaskan tentang pendapat dan ilmu pengetahuan yang saya pelajari dalam jurnal keempat saya ini. Pada hari itu, kita telah diberi taklimat oleh Dr. Zamri tentang Tugasan 2 Kertas Kerja dan cara pemarkahannya. Kita juga diberi masa untuk berbincang tentang tugasan tersebut dengan ahli-ahli kumpulan masing-masing. Saya berasa gembira kerana akhirnya jurnal yang bertungkus-lumus kita buat ini dipuji oleh Dr. Zamri. Disebabkan banyak pelajar bukan sahaja dapat meringkaskan apa yang telah belajar dalam kuliah, bahkan kita juga dapat mengaitkan pengalaman istimewa sendiri, buku ataupun filem yang pernah kita tontoni.
Tajuk yang telah didedahkan kepada kita kali ini ialah 'Emosi dan Motivasi'. Emosi boleh didefinisikan dari segi keberkesanan tonnya. Emosi ini sama ada positif atau negative, tetapi tidak pernah neutral. Motivasi pula secara umumnya dianggap sebagai kajian aspek arah dan tenaga tingkah laku. Di samping itu, Dr. Zamri menyelitkan beberapa emosi yang telah kita pelajari sebagai ulang kaji kepada tajuk 'Emosi Positif dan Negatif'. Contoh emosi-emosi positif seperti gembira, bahagia, kasih manakala emosi-emosi negatif seperti malu, takut, marah dan sedih. Emosi bibahagikan kepada empat komponen, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku yang berkaitan. Betul kata Lang et al(1992), emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku. Biarlah saya berkongsi dengan para pembaca tentang pengalaman hidup saya. Saya pernah sesekali mencapai 7A 1B dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Pada masa itu, saya berasa amat kecewa(emosi) disebabkan kebanyakan rakan saya mendapat A dalam semua subjek yang diambil. Lantaran itu, emosi ini menjadi satu dorongan saya yang kuat untuk belajar bersungguh-sungguh berkali ganda(tingkah laku) supaya saya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan atau ujian yang akan datang. Akhirnya, saya berjaya skor 'straight A' dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Berdasarkan 'James-Lange Theory' dan 'Cannon's Challenge', emosi mempunyai hubungan yang rapat dengan perubahan dan rangsangan fisiologi seseorang. Misalnya, apabila seseorang dipanggil namanya oleh pensyarah secara tiba-tiba waktu kuliah, orang itu pasti akan berasa takut dan terkejut, denyutan jantung akan bertambah cepat dan seterusnya menjawab dengan suara yang mengigil. Contoh ini jelas menunjukkan bahawa emosi melibatkan perubahan muka dan badan, pengaktifan otak, penilaian kognitif, perasaan subjektif, dan kecenderungan ke arah satu tindakan. Selain itu, emosi boleh bertindak sebagai satu tindak balas adaptif kepada rangsangan di sekelilingnya dan respons ini secara tidak langsung akan membantu dalam menyampaikan niat kita kepada orang lain. Jadi, emosi ini menolong kita supaya bersedia untuk bergerak, mengambil tindakan, dan menghadapi sesuatu perkara. Misalnya, persaan takut sesorang untuk mencuri walaupun dalam keadaan terdesak dapat mengelakkan seseorang daripada melakukan perkara yang berdosa dan tidak bermoral.
Tambahan pula, ingin saya ulaskan tentang konsep dan teori motivasi. Motivasi ialah satu faktor dalam dan luar yang menyebabkan manusia berkelakuan dengan cara tertentu pada waktu tertentu. Pemangkin pula merupakan suatu keadaan dalaman atau gerak hati yang mengaktifkan tingkah laku untuk mengurangkan keperluan dan memulihkan homeostasis. Insentif ialah matlamat luaran yang 'menarik' dan 'menolak' tingkah laku manusia. Antara konsep lain yang dapat dijadikan motivasi ialah naluri, 'arousal', teori humanistik dan motivasi secara tidak sedar. Biarlah saya menjelaskan setiap konsep yang telah saya senaraikan di atas. Pemangkin merupakan keadaan yang dihasilkan oleh sistem pusat yang terletak di hipotalamus dalam otak. Biasanya, keadaan dalaman badan manusia berada dalam keadaan seimbang(homeostasis). Pemangkin akan wujud apabila homeostasis diganggu. Insentif pula bermaksud mana-mana faktor (dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan) yang memberikan tujuan untuk seseorang melakukan sesuatu perkara. Antara jenis insentif yang ada ialah kewangan, moral, dan paksaan. Sebagai contoh, apabila seorang pelajar mempunyai peningkatan walau betapa sedikit pun patut diberi ganjaran seperti sekeping coklat supaya individu tersebut akan tekun belajar lagi disebabkan dia rasa usahanya dihargai orang lain. Naluri pula satu respons atau tindak balas yang dizahirkan dan tidak dapat dipelajari terhadap sesuatu rangsangan. Contohnya, tingkah laku haiwan semasa berkasih-kasihan. Menurut teori humanistic, Abraham Maslow mengatakan bahawa motif boleh dibahagikan kepada beberapa tahap dari keperluan asas ke keperluan psikologi dan untuk kepuasan diri. Antara keperluan asas manusia ialah makanan, air, tempat tinggal, pakaian, pasangan hidup, rakan-rakan yang sudi menghulurkan bantuan dan sebagainya. Misalnya, sekiranya seseorang ingin pengurusan emosi yang baik, individu tersebut perlu mempunyai pemakanan yang seimbang, air dan rehat yang mencukupi. Tanpa keperluan fisiologi ini, terjejasnya kesihatan seseorang itu. Jadi, emosi seseorang itu tidak akan stabil dan seterusnya mengakibatkan pengurusan emosi seseorang itu tidak dapat dijalankan secara efektif. Tambahan pula, keselamatan seseorang juga amat mustahak. Hal ini demikian disebabkan tanpa keselamatan, seseorang itu akan hidup dalam ketakutan. Sebagai contoh, kalau kes kerompakan berlaku dalam salah satu tempat kediaman kampung malah tiada langkah diambil untuk membanteras masalah ini, semua penghuni akan kerap bimbang tentang keselamatan mereka dan secara tidak langsung mereka tidak dapat memfokuskan diri dalam apa yang dijalankan lalu menyebabkan pencapaian kerja menurun.
Seterusnya, Dr. Zamri juga mendedahkan Teori James-Lang dalam kuliah ini. Teori ini telah dicadangkan oleh Willian James pada tahun 1884 dan disokongkan oleh Carl Lange pada tahun 1887. Teori ini juga merupakan teori psikologi yang paling lama. Berdasarkan teori ini, perubahan fisiologikal dalam badan kita terhadap sesuatu rangsangan akan melahirkan emosi. Contohnya, semasa kecil lagi, jikalau kami ternampak tangan cikgu berpegang sebatang rotan, perubahan aktiviti fisiologikal dalam badan kita akan bermula. Antara perubahannya termasuklah denyutan jantung bertambah laju dan pelbagai hormon yang berkaitan juga akan dilepaskan ke organ badan kita. Macam inilah perasaan takut kita dilahirkan. Namun begitu, teori James-Lang ditentang oleh Walter Cannon berdasarkan tiga alasan. Antaranya ialah penghasilan emosi dari organ-organ tertentu berlaku secara lambat berdasarkan rangsangan, emosi selalunya berlaku dengan cepat selepas rangsangsan, dan reaksi fisiologikal terlalu lambat untuk menyebabkan reaksi emosi. Oleh itu, diciptalah teori Cannon-Bard. Menurut teori ini, rangsangan akan melahirkan emosi dan seterusnya baru terdapat reaksi sama ada fizikal ataupun fisiologikal. Mengikut teori fisiobiologikal ulasan Jack Panksepp (1982, 1992), beliau mengatakan bahawa terdapat empat emosi asas iaitu kemarahan, kecemasam, ketakutan, dan kejangkaan. Keempat-empat emosi asas ini dapat berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain. Malangnya, teorinya juga ditentang oleh Magda Arnold (1960) dan James Averill (1982).
Sebagai intiha, emosi memang mempunyai banyak pengaruh dalam kehidupan kita dan merupakan sesuatu yang sangat istimewa kepada saya. mosi juga boleh memotivasikan kita menuju arah pencapaian impian. Disebabkan itu, kita perlu belajar mengawal emosi kita dengan baik supaya hidup minjadi lebih bermakna. Sampai sini sahaja jurnal keempat saya.
Sekian, terima kasih.
A131717 Wong Kin Chun LJ04 Emosi & Motivasi
Setelah selesai dengan penerangan, lecturer memulakan lecture dengan leture pertama: emosi dan motivasi. Menurut Baron & Logan, tahun 1993, emosi adalah tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Begitu juga, emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional, (menurut Lang et al, 1992). Namun, tidak segala emosi akan menjadi motivasi atau dorongan. Tambahan pula, stimulus, kebangkitan fisiologi dan perubahan sikap dan tingkahlaku terhadap emosi atau motivasi adalah subjektif dari sesuatu pengalaman. Theory ini adalah dikaitkan dengan James-Lange theory.
Contohnya, Ahmad seorang pemalas dan tidak ingin melakukan apa-apa pun mahupun pperiksaan dah dekat. Dia tidak pernah berusaha dan asyik berangan-angan dan bermain permainan komputer. Hal demikian kerana cikgunya selalu memarahinya, mengadu dengan ibu-bapanya dan tak pernah melihat kepada kebaikan dan kelebihannya, maka, dia berasa berputus asa dan tidak bermotivasi lagi untuk berusaha kerana dia rasa walaupun telah berjaya, dia tetap akan dipandang rendah. Suatu hari, seorang guru telah memperhatikan perangai Ahmad dan ingin membantunya. Beliau prihatin, berkasih sayang malah bersabar dengan perangai Ahmad. Beliau kian memberikan dorongan kepadanya, serta memberikan bantuan dari segi akedemik, memberikan tuisyen serta sanggup meleter padanya walaupun Ahmad tetap berperangai jahat dan tidak mempedulikan. Akhirnya, Ahmad berasa terharu dan menerima niat baik cikgunya dan berazam akan berusaha untuk mengubah dirinya serta berjaya dalam kehidupannya serta akedemik. Dia tidak berputus asa dan dengan dorongan guru tersebut, Ahmad akhirnya mendapat motivasi berkekalan dan emosinya telah berubah dari yang negatif selalunya misalnya berputus asa dan berperangai jahat kepada emosi yang tabah dan ingin berjaya. Jalaslah bahawa perubahan emosi dan motivasi adalah berlainan dari pengalaman ke pengalaman. Seseorang mungkin bereaksi berlainan dengan pengalaman yang berlainan sekiranya pengalaman tersebut pernah diharungi sebelumnya.
Emosi & Motivasi
Emosi adalah perubahan fisiologi, tingkahlaku untuk bertindak dipengaruhi oleh budaya. Emosi mencetuskan dorongan untuk bertindak. Misalnya, seseorang akan meningkatkan semangat untuk belajar atau bekerja keras setelah bercinta atau berkahwin. Hal demikian kerana hubungan cinta dan perkahwinan akan menyebabkan emosi seseorang lebih positif, maka akan bertindak dengan lebih baik dan berhaluan dan akhirnya berjaya dalam hidup.
Manakala motivasi adalah di mana kita memilih apa tindakan yang bakal dilakukan (menurut Birkhard, 1997)
Konsep-konsep emosi dan motivasi adalah melibatkan drive & incentif.
Drive adalah suatu desakan dalaman yang mengaktifkan tingkahlaku untuk melakukan sesuatu. Contohnya, seseorang yang dikeliling oleh rakan-rakan yang intelectual mahupun bijak dan pandai serta selalu berusaha dalam pembelajaran. Kian lama, dia juga akan terpengaruh dan menjadi seorang yang berusaha walaupun tidak sebijak lain, kerana kejayaan rakan-rakannya akan menjadi dorongan atau 'drive' untuknya berjaya, menjadi suatu inspirasi kepadanya. Sebaliknya, jika rakan-rakannya selalu berputus asa, berperangai endah-tak-endah, akhirnya dia akan turut bertindak sesama rakannya kerana 'drive' untuk berjaya dan 'excel' tidak wujud.
Manakala incentif, adalah suatu matlamat luaran yang 'menolak' atau 'menarik' sesuatu kecenderungan untuk bertindak misalnya wang atau token.
Pada akhir lecture pertama, lecturer telah mengkaitkan bahawa minda tidak dapat dibahagikan kepada dua. Sekiranya ingin melakukan dua perkara dalam waktu yang sama, maka kita tidak akan menyempurnakannya dengan sempurna atau dalam rangka masa yang sama. Saya amat setuju dengan kata-kata lecturer kerana bagi saya, jika melakukan dua perkara dalam jaka masa yang sama, walaupun berjaya menyempurnakannya, tetapi resultnya adalah kurang memuaskan dan kesilapan sering berlaku. Maka, lebih baik saya menumpukan perhatian sepenuhnya dalam suatu perkara sahaja dan setelah selesai, barulah teruskan dengan tugasan seterusnya. Contohnya, jika saya membaca nota-nota kuliah perubatan waktu kuliah ZT, walaupun dapat input daripada kedua-dua sumber pada waktu yang sama, namun, pembacaan sering diputuskan oleh kata-kata menarik daripada lecturer ZT. Hal demikian sebenarnya amat mengganggu dan input adalah bersekat-sekat. Tambahan pula, saya perlu membaca semula nota-nota tersebut selepas kuliah. Oleh itu, terbuktilah bahawa tumpuan perhatian dalam membuat journal waktu lecture ZT adalah lebih baik dibandingkan membuat urusan sendirian ketika lecture tersebut.
Akhir kata, emotion emphasizes arousal (kebangkitan), while motivation emphasizes action (tindakan).
Dalam lecture seterusnya, beberapa theory telah diperkenalkan. Contohnya fisiology theory: di mana emosi adalah product utama dalam otak manusia dan system saraf kita. Seterusnya ialah James-Lang theory (JLT) di mana diusahakan oleh William James pada tahun 1883 dan disokong oleh Carl Lange pada tahun 1887 dan seterusnya mengukuhkan lagi theory tersebut. Menjadikan kepada James-Lange Theory. Mengikut common sense, setelah stimulasi atau situasi berlaku, emosi kita akan berubah dan seterusnya mengwujudkan reaksi tubuh. Contohnya, setelah kita terjumpa cicak mati maka emosi takut akan wujud dan seterusnya jantung kita akan berdebar-debar kuat kerana ketakutan. Namun dalam James-Lange theory, contohnya ialah apabila seorang gadis cantik jelita berlalu di hadapan mata, maka perasaan suka akan wujud dan seterusnya mengwujudkan reaksi tubuh iaitu contact atau menghubungi gadis tersebut.
Theory seterusnya ialah Cannon-Bard theory. Cannon-Bard theory bertentangan dengan James-Lange theory di mana dipercayai bahawa system organ yang membangkitkan response emosi akan berreaksi lebih lambat atau sangat lambat terhadap stimulasi dan suatu situasi.
Dalam fisiological theory pula: Jack Panksepp (1982,1992) menyatakan bahawa emosi asas berkaitan dengan system saraf dan urutan saraf yang tertentu. Beliau mencadangkan rasa takut, gementar dan expectasi adalah tersirat dalam laluan saraf tertentu. Malah, mereka akan berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain.
Namun, terdapat critism daripada Magda Arnold di mana persoalannya adalah system saraf manusia tidak mungkin adalah lokasi tertentu atau specific bagi sesetengah emosi. Begitu juga, James Averil mencadangkan bahawa system saraf yang beku (tentu) tidak akan flexibel untuk bertugas sebagai asas saraf kepada perubahan emosi kerana emosi adalah susah ditentukan.
Terdapat juga empat lagi theory yang berkaitan, iaitu Schacter's Cognitive Labelling theory, Missattribution, Transfer of Excitation dan Cognitive Appraisal theory.
Dalam theory transfer of excitation, satu contoh yang baik dapat mengkaitkan theory ini adalah dari segi kemarahan yang berkekalan. Contohnya dalam wayang The Rise of The Planet of the Ape, Ceaser, iaitu Ape yang mengetuai segala ape lain membalas dendamnya terhadap manusia yang pernah mencederakannya terhadap manusia lain juga. Ceaser amat benci terhadap perangai pengawal yang jahat dan suka mendera puak mereka. Sekian lama, Ceaser turut tidak lagi menyayangi tuannya malah tidak mempedulikannya kerana dia anggap manusia adalah sama dan tuannya juga akan memperlihatkannya sebagai haiwan peliharaan sahaja dan boleh didera. Hal ini menunjukkan bahawa kebencian, kemaraha dan kesedihan dapat dipindahkan dari suatu situasi yang berlainan walaupun tidak berkaitan langsung.
Akhir kata, saya telah mempelajari bahawa emosi boleh menjadi motivasi dan sebaliknya dan juga theori-theori emosi. Kuliah ini amat mengfaedahkan.
A131739 Hii Ching Ching LJ04
Salam sejahtera. Pada hari Rabu yang lalu, saya telah menghadiri kuliah ZT2253 dan ini merupakan jurnal keempat saya.Dalam kuliah hari itu, Dr. Ahmad Zamri Mansor telah menjelaskan tentang tajuk "Emosi dan Motivasi". Selain itu, teori-teori fisiologikal ,kognitif dan psikoalalitif juga diterangkan. Saya telah lebih jelas terhadap perhubungan antara emosi dengan motivasi setelah menghadiri kuliah ini.
Emosi adalah satu nada efektif yang sama ada positif atau negative manakala motivasi adalah satu proses yang menggalakan kita mempunyai arah dan tenaga untuk mencapai sesuatu. Emosi boleh dibahagikan kepada empat komponen, iaitu: perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan. Emosi melibatkan perubahan ekspresi muka dan juga perubahan badan. Ia juga merangsangkan otak dan menghasilkan perasaan dan tindakan. Emosi berfungsi sebagai reaksi badan kita terhadap situasi-situasi yang berlaku sekeliling kita. Emosi membantu kita berinteraksi dengan orang lain. Di samping itu,emosi juga menyediakan diri kita untuk bertindak. Pada pengalaman saya, emosi dapat membantu saya menjaga keselamatan diri sendiri. Contohnya, emosi takut akan meningkatkan kesedaran kita terhadap persekitaran dan membantu kita mempunyai reaksi "fight or flight ". Oleh sebab itu, emosi mempunyai makna yang lebih luas dari perasaaan. Menurut Baron &Logan, 1993, emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi.Selain itu, menurut Lang et al,1992, emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Contohnya, cinta boleh memotivasikan seseorang untuk member hadiah kepada orang yang dia sukai. Sebaliknya, jika seseorang itu mempunyai emosi yang negatif, motivasi yang negative juga akan dihasilkan. Sebagai contoh, kebencian boleh menyebabkan pengaduhan dan pembunuhan.Walaubagaimanapun,emosi tidak menjadi pendorong dalam semua keadaan dan tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi. Misalnya, kita makan banyak kerana kita lapar. Motivasi adalah satu pilihan proses. Motivasi adalah daya penggerak untuk mencapai sesuatu yang mungkin dicapai. Jadi, menurut Mook,1996, motivasi menyebabkan seseorang melakukan sesuatu perkara tertentu. Motivasi juga boleh diterangkan sebagai faktor-faktor dalam atau luar manusia yang menyebabkan dia melakukan sesuatu perkara yang tertentu pada masa yang tertentu. Dorongan pula merupakan keadaan yang menyebabkan tingkah laku seseorang.Insentif adalah factor yang melahirkan motif untuk melakukan sesuatu. Terdapat juga teori-teori seperti teori naluri, teori kebangkitan, teori kemanusiaan.
Dalam teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik pula, beberapa teori fisiologikal seperti James-lang theory dan Cannon's challenge telah diliputi. Teori James-lang merupakan teori yang paling tua yang dikatakan olej Willian James pada tahun 1884.Teori ini disokongi oleh Carl Lang pada tahun 1887 dan selepas ini menjadi teori James-lang. Hypothesis bagi teori ini ialah emosi adalah dirangsangkan oleh reaksi psikologi. Mengikut teori James-lang , situasi->reaksi tubuh ->emosi, bukan situasi -> emosi -> reaksi tubuh. Emosi adalah anggapan perubahan tubuh badan. Misalnya, dalam situasi yang bahaya, jantung kita akan berdebar cepat , kita juga akan berpeluh, kadar pernafasan juga meningkat dan kesan semua ini akan menghasilkan emosi takut.
Dalam teori Cannon-Bard , teori James-lang telah dikritikkan kerana perubahan tubuh badan yang akan merangsangkan emosi bertindak sangat lambat dengan rangsangan .Oleh sebab itu, emosi datang dengan cepat selepas rangsangan. Reaksi fisiologi datang terlalu lambat untuk menhasilkan emosi. Teori ini juga mengatakan bahawa jantung dan perut tidak dapat menghasilkan emosi yang berbagai-bagai. Kadar denyutan jantung, tekanan darah dan proses penhadaman tidak berupay auntuk menentukan mana satu emosi yang sedang dialami. Manusia yang telah menjalani pembedahan pembuangan sistem saraf masih akan menpunyai emosi. Cannon dan Philip Bard mengatakan rangsangan akan menghasilkan impulses dan akan dihantar ke otak dan emosi dan perubahan tubuh badan akan dihasilkan pada masa yang sama. Seseorang akan bertindak kepada sesuatu rangsangan dan mengalami emosi itu pada masa yang sama. Misalnya , jika seseorang takut kepada ketinggian, semasa dia berada dalam tempat yang tinggi, dia akan mengalami emosi ketakutan, akibatnya, seseorang orang itu akan bertindak terhadap ketinggian itu. Jack Panskepp (1982, 1992) telah mengatakan emosi asas berkaitan dengan litar neural dan menjadikan 4 emosi (fear, rage, panic and expectancy) sebagai emosi asas di mana keempat-empat ini akan bertindak balas antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain-lain.
Dalam teori kognitif, Schacter's Cognitive Labeling Theory, misattribution (kesilapan dalam menganggap sesuatu hasil daripada sesuatu yang lain), transfer of excitation dan cognitive appraisal theories telah diliputi. Schacter menerima teori James-lang tetapi beliau telah menambahkan factor kognitif dalam teorinya. Situasi akan mencetuskan reaksi badan dan selepasnya menghasilkan emosi dan penilaian kognitif. Sebagai contoh, apabila kebakaran berlaku, seseorang ibu bukan sahaja akan berasa takut dan berlari untuk menyelamatkan diri sendiri, malah dia akan juga menyelamatkan anak-anaknya. Dia memahami bahawa kebakaran akan membahayakan anak-anaknya. Jadi, dia akan mempunyai tindakan yang lain.Pemikiran akan menyebabkan kita menghasilkan tindakan yang lain.Di samping itu, Schacter's Cognitive Labeling Theory mengatakan bahawa emosi yang seseorang mengalami bukan datang terus daripada rangsangan yang akan menghasilkan respon fisiologi yang sebenar, jadi kadangkala kita akan silap menganggap kebangkitan emosi. Sebagai contohnya, kesilapan dalam menganngap sindrom premenstrual terhasdap wanita selalu berlaku. Masyarakat selalu tersilap anggap bahawa wanita yang marah atau murung berada dalam sindrom ini tetapi sebenarnya wanita itu tidak berada dalam sindrom ini. Kesilapan dalam menganggap sesuatu hasil daripada sesuatu yang lain akan mengakibatkan konflik dan pengaduhan.
Kesimpulannya, kita harus mempunyai pengurusan emosi yang baik kerana emosi boleh menjadi motivasi kepada kehidupan kita. Emosi yang negatif akan mengakibatkan tindakan yang tidak rasional. Emosi kita juga akan mempengaruhi emosi orang lain. Misalnya, jika kita berasa sangat marah, kita mungkin akan bercakap dengan nada yang tinggi dan menggunakan kata-kata yang kasar, kesannya kawan-kawan kita akan mengalami emosi sedih.
Sekian, terima kasih.