A131541 FOONG WAI DIC LJ04 EMOSI + MOTIVASI
Selamat sejahtera kepada Dr. Zamri dan juga rakan rakan. Jurnal ini merupkan jurnal keempat saya untuk kursus pengurusan emosi. Jurnal kali ini adalah berkaitan dengan kuliah pada 17 ogos 2011. Pada hari tersebut, dr zamri lewat ke kuliah kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Kuliah bermula tiga puluh minit lewat. Oleh demikian, kuliah pula berakhir lewat iaitu pada pukul lima petang. Dalam kuliah ini, kami telah diperkenalkan kepada tugasan kedua kami. Kami diberitahu supaya berbincang dengan satu topic yang berkaitan dengan kursus ini dalam kumpulan masing masing. Sebelum kuliah bermula, kami sempat berbincang dengan beberapa topic yang agak menarik teteapi masih belum memuat keputusan untuk memilih topic untuk dijadikan sebagai tugasan kedua kita. Selain daripada itu juga, kami tel diajar untuk menggunakan satu siri dalam power point ynag tidak pernah saya guna sebelum ini. Bukan sahaja kami mempelajari tentang emosi kali ini tatapi kami juga mempelajari tentang software yang lain untuk membuat pembentangan.
Dalam kuliah ini, terdapat dua topik utama yang telah dibincang. Topik yang dibincangkan adalah motivasi dan hubungannya emosi. Apakah maksud emosi? Emosi Ditakrifkan oleh effective tone. Sama ada secara positif atau negatif dan bukannya neutral. Motivasi dianggap sebagai kajian aspek arah dan tenaga tingkah laku. Terdapat empat kmoponen emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan juga tingkah laku berkaitan. Terdapat beberapa teori yang ada kaitan dengan emosi dan motivasi adalah teori baron & logan dan juga teori Lang et al. Dalam teori baron & logan, ia berpendapat bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Manakala lang el al perpendapat bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional. Contoh yang diberi adalah seperti motif pembunuhan kerana ingin mendapatkan duit dan juga disebabkan oleh kebencian. Selain itu, cinta oula akan memeotivasi seseorang itu untuk melibatkan diri dalam tingkahlaku seperti menelefon, memberi hadiah danjuga mendirkan rumah tangga. Walaubagaimanapun, kami tidak boleh berkata bahawa kesemua emosi dalam dunia ini adalah emosi yang memberi motivasi kepada kami.hal ini adalah kerana tida semua keaddaan, emosi akan menjadi pedorong dan tidak semua pendorong berkaitan dengan emosi. Terdapat juga faktor motivasi yang lain seperti keperluan akan memotivasi seseornag itu. Emosi juga merupakan sesuatu keadaan arousal yang melibatkan perubahan muka dan badan, pengaktifan otak, penilaian kognitif, perasaan subjektif, dan kecenderungan ke arah tindakan, semua dibentuk oleh kaedah-kaedah budaya. Emosi juga merupakan tindak balas penyesuaian seseorang. Emosi berkhidmat sebagai tindak balas penyesuaian badan kita kepada peristiwa yang berlakudalam persekitaran dan mereka membantu dalam menyampaikan niat kita kepada orang lain. Selain itu, emosi akan membangkitkan kita untuk bergerak, mengambil tindakan, dan menghadapi cabaran. Motivasi pula melibatkan aspek pemilihan proses (Bickhard 1997)dan motivasi juga menjangkakan apa yang mungkin akan berlaku. Oleh yang demikian, motivasi adalah apa yang membuat seseorang melakukan satu perkara dan bukannya perkara yang lain (Mook, 1996). Terdapat beberapa konsep dan juga teori motivasi iaitu Motivation, Drive dan Incentive. Untuk motivasi, ia mengatakan bahawa faktor dalam dan luar organisma yang menyebabkan sesuatu kelakuan. Drive pula adalah keadaan dalaman atau gerak hati yang mengaktifkan tingkah laku untuk mengurangkan keperluan dan memulihkan homeostasis badan seseorang. Incentive pula merupakan faktor luaran atau matlamat luaran yang akan membuat seseorang itu "tertarik" atau "menolak" sesuatu tingkah laku. Terdapat juga teori tambahan yang lain iaitu, instinct, arousal, humanistic theory dan juga inconscious motivation. Selain itu, kami juga belajar mengenai Teori Fisiologikal. Teori ini menekankan bahawa emosi secara umumnya merupakan produk penghasilan dari otak dan sistem saraf. Pendekatan utama teori ini adalah melalui beberapa sub teori yang lain. The James-Lange Theori oleh William James (1884) dan disokong oleh Carl Lange (1887) membentuk James-Lange Theory. Ereka mangatakan bahawa tindakbalas fisiologi terhadap ransangan menghasilkan emosi. Emosi akan terhasil akibat daripada tindak balas terhadap situasi dan meransang reaksi tubuh. Dalam The Cannon-Bard Theory pula, Walter Cannonmengatakan bahawa sistem organ yang menghassilkan emosi bertindak balas dengan sangat perlahan terhadap ransangan. Tindak balas emosi terhasil dengan cepatnya mengikuti ransangan. Psychobiological Theori yang telah diasaskan oleh Jack Panskepp (1982, 1992). Beliau mengatakan emosi asas berkaitan dengan litar neural dan mejadikan 4 emosi (fear, rage, panic and expectancy) sebagai emosi asas tersebut dimana keempat-empat ini akan bertindak balas antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain-lain emosi.
Seterusnya, kami juga diperkenalkan kepada teori psikobiologi yang mengatakan bahawa emosi berkaitan dengan kombinasi beberapa sistem dalam otak. Sebagai contoh, sistem rage ialah marah, sistem fear ialah ketakutan dan sistem care ialah kasih saying. Walau bagaimanapun ,teori ini mula dipersoalkan oleh orang lain. Selain itu, dalam kuliah ini juga, kami diajar tentang kesan kesilapan di mana kami mengaggap sesuatu perkara (misattribution). Contohnya, Kawan saya tidak di senangi oleh kebanyakan kawan dan kami memahami sikapnya. Oleh itu, dalam setiap konflik-konflik yang berlaku, kawan saya telah dianggap sebagai orang yang mencetuskan konflik ini kerana sikapnya. Sebenarnya, setiap perkara yang berlaku tidak harus dinilai dari satu segi pandangan sahaja kerana mungkin terdapat salah faham yang berlaku. Selain itu, Lazarus juga mengatakan bahawa emosi mempunyai tiga komponen iaitu cognitive appraisals, action impulses dan patterned somatic reaction. Cognitive appraisal mengajar kami cara-cara mengatasi tekanan dengan memikirkan apakah punca dan kaitannya dengan emosi. Selepas memikir cara ,kami seharus bermulantuk mengambil tindakan seperti yang diceritakan dalam acton impulse. Kemudian, kami akan berasa takut dan ingin melarikan diri. Contohnya, apabila anda berdepan dengan pembuli, anda akan mula berfikir cara untuk melawan mereka agar diri tidak dicedera(cognitive appraisals). Selepas itu, kami akan mula berlawan untuk melindungi sendiri (action impulses). Seterusnya , kami akan melarikan diri daripada tempat kejadian dan anda akan mula rasa takut dan berpeluh(somatic reaction). Lazarus juga mengatakan bahawa kami akan memikir cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi untuk mengurangkan tekanan. Contohnya, sebelum peperiksaan kita akan berasa takut dan kita akan memikir cara untuk mengurangkan ketakutan kita. Contohnya, belajar semua taju-tajuk yang telah diajar dan berusaha memujuk sendiri bahawa soalan yang bakal ditanya tidak susah. Menurut Arnold's cognitive appraisal ,seseorang akan mula mengambil tindakan apabila dia telah dipengaruhi atau berada dalam situasi yang sama semula.
Kesimpulannya untuk kuliah ini, sekali lagi saya telah mendapat pengetahuan tambahan yang baru. Ilmu ini tidak dapat diperoleh daripada buku buku teks perubatan. Kesemua ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan kami. Jika kami member perhatian kepada emosi kita, maka kami akan memahami apa yang ingin disampaikan olah para pengkaji emosi ini.