Sunday, August 28, 2011

A131322 MOHAMAD IHSANUDDIN BIN ROSDI LJ05 PERSONALITI MENGIKUT MBTI

Assalamualikum dan salam sejahtera. Untuk kuliah Pengurusan Emosi Modul ZT yang ke 6 ini, yang sebenarnya tiada kuliah yang disampaikam oleh Dr Zamri, tetapi kami yelah mendapat aktiviti lain yang dijalankan untuk menggantikan kuliah pada kali ini. Kami diberikan tugasan untuk melakukan satu kuiz yang dinamakan sebagai Myers Briggs Test indicator (MBTI).  Aktiviti kedua pula kami telah diberikan pengetahuan tentang personaliti kami setelah kami melakukan ujian tersebut. Walaupun ianya kedengaran agak janggal, namun saya akan mengupasnya sedikit demi sedikit tentang apa yang dimaksudkan dengan Myers Briggs Test tersebut.
Pada mulanya, kami disajikan lagu yang menceritakan kisah seorang manusia yang pada usianya yang semakin meningkat yang  mula meragui akan segala perbuatan baiknya ataupun segala impian yang dikejarnya selama ini adalah sia-sia. Beliau berpendapat pengorbanannya untuk menjadi seorang yang baik tidak akan mendapat manfaat sama sekali.
Emosi boleh disebabkan oleh situasi. Apabila sesuatu perkara berlaku, kita akan meluahkan perasaan kita pada saat itu dengan emosi yang berbagai. Personaliti boleh dibahagikan oleh jenis A dan B. Jenis A menunjukkan seseorang itu seorang yang sentiasa gopoh dalam melakukan sesuatu gerak kerja, senang marah ketika berbicara,bercakap dengan kuat, dan boleh dikategorikan sebagai seorang yang lebih bersikap agresif.  
Manakala Jenis B pula, seseorang itu sentiasa tenang dalam melakukan aktiviti, memandu dengan cermat, senang berurusan, makan dengan perlahan, bersabar,  tidak sentiasa dalam keadaan tergesa-gesa, bercakap dengan perlahan, tidak terlalu formal, berkeyakinan, dan tidak salah jika dikategorikan sebagai seorang yang pasif.
MBTI pula merupakan cara terbaik untuk menunjukkan dan memahami jenis personaliti dan jenis fisiologikal kita yang dikaji oleh golongan professional yang menjumpai kaedah yang sesuai untuk mengkategorikan jenis-jenis personaliti ini. Kita juga boleh membuat kajian sendiri dengan melayari laman web ini www.aptinternational.org dan memahami sendiri bagaimana kajian ini boleh dilakukan.
Untuk menentukan personaliti seseorang yang semulajadi melalui kaedah MBTI ini kebiasaannya agak sukar kerana dipengaruhi oleh pembelajaran sepanjang hayat. Persoalannya adalah adakah personaliti kita itu terbit kerana kita mempelajarinya ataupun itu adalah personaliti semulajadi kita. Untuk itu, kita boleh memandang balik bagaimana personaliti kita sebelum umur kita mencecah 12 tahun sebanyak mungkin. Hal ini kerana seawal kita berumur 3 tahun, teras pemikiran kognitif seseorang itu sudahpun ditetapkan walaupun otak kita terus membenarkan sedikit perubahan sehinggalah seseorang itu sudahpun mencapai umur baligh ataupun matang. Selepas umur matang seseorang, pembelajaran  terus mempengaruhi teras personaliti kita, dimana sesetengah orang pembelajaran ini menguatkan lagi kecenderungan personaliti mereka yang tersendiri, tetapi ada juga yang mendapat pelbagai jenis personaliti dalam satu masa.
Setiap soalan daripada empat soalan kesemuannya di dalam CSI Inventory ini mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama adalah keterangan secara menyeluruh untuk pilihan yang diinginkan. Manakala bahagian kedua pula adalah sepasang kenyataan. Gunakan kedua-dua bahagian untuk membentuk cadangan yang lebih mendapat pilihan seseorang itu.
Untuk soalan yang pertama, apakah kitaran tenaga yang paling selari dalam diri seseorang itu? Hal ini kerana setiap orang mempunyai dua wajah, dimana satu terdedah kepada benda yang mencangkupi kegiatan luar seperti keghairahan,masyarakat dan terhadap benda-benda. Yang kedua pula, terdapat juga manusia yang lebih terdedah kepada kegiatan dalaman yang melibatkan buah fikiran, minat, idea dan imaginasi. Walaupun dua perkara ini adalah sangat berbeza sekali tetapi ianya adalah lumrah dalam kehidupan seseorang. Oleh itu, ada orang yang akan mendapat skor Extraverted (E) ataupun Intraverted (I), yang mana akan mendominasi personalitinya di dalam kelakuan masing-masing. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri personaliti Extraverted mahupun Intraverted silalah layari laman web www.PersonalitiPathways.com untuk menentukan ciri-ciri anda sendiri.
       Untuk soalan yang kedua pula berbunyi seperti berikut, bagaimanakah cara memahami seperti berikut adalah lebih secara semulajadi? Bahagian Sensing (S) di dalam otak kita mengesan pandangan, bunyi,bau dan semua jenis perangsang yang ada dan nyata. Manakala bahagian Intuitive (N) pula lebih kepada memahami,menganalisa dan membentuk keseluruhan jenis maklumat yang direkodkan. Iannya mengambil kira segala jenis kemungkinan, termasuklah mencari dan menjengah masa hadapan. Iannya sangat berwawasan dan konseptual. Walaupun semua orang menggunakan kedua-dua jenis cara tersebut untuk menerima sesuatu kenyataan, setiap dari kita kebiasaannya lebih cenderung untuk menggunakan salah satu cara berbanding cara yang satu lagi. Maklumat cirri-ciri itu boleh juga didapati melalui laman web yang saya lampirkan di atas.
Soalan ketiga pula bertanyakan bagaimanakah cara untuk menghukum sesuatu perkara oleh setiap orang dengan cara yang berbeza? Bahagian Thinking (T) menganalisa maklumat secara terperinci, dan berlandaskan beberapa fakta ataupun teori, menyusun dan membentuk kesimpulan dengan sistematik. Bahagian ini adalah cara yang paling semulajadi dalam diri seseorang. Bahagian Feeling (F) pula membentuk keputusan yang sejenak dan berorientasikan keadaan sekeliling, lebih kepada mengikut perasaan, kesan terhadap sesuatu perkara itu, dan nilai-nilai estetika. Bahagian ini merupakan cara yang subjektif terhadap sesetengah orang.
Soalan keempat pula lebih kepada merumuskan apakah tindakan seseorang terhadap keadaan luar? Semua orang menggunakan proses Judging (J) dan Perceiving (P) untuk menyimpan maklumat,menyusun buah fikiran dan membuat keputusan dan menguruskan kehidupan.
Judging (J) lebih mendekati keadaan dunia luar dengan strategi dan berlandaskan menguruskan keadaan seseorang, bersedia dan membuat keputusan serta mencapai matlamat. Perceiving (P) pula lebih kepada menerima sahaja hukuman daripada keadaan dunia luar dengan mengadaptasi situasi itu, lebih bertoleransi, bersifat lebih terbuka dan cenderung untuk menerima peluang baru dan bersedia untuk mengubah strategi asal mereka.
Setelah selesai menjawab kesemua soalan-soalan tersebut, seterusnya pilihlah bahagian manakah yang lebih mendominasi kehidupan kita dan membuat empat kotak yang dinamakan 4 Personality types letters. Isilah kesemua kotak tersebut dengan jawapan yang telah anda bagikan sebentar tadi. Kalau hendak dibahagikan, terdapat 16 jenis personaliti yang akan dapat diceritakan kesemuannya berdasarkan jawapan yang dibahagikan di dalam kotak personaliti itu. Dan setiap jawapan itu akan membentuk personaliti yang tersendiri.
Bagi diri saya sendiri pula saya telah mendapat jawapan ENFJ. Untuk ENFJ, kualiti yang paling menyerlah di dalam kehidupannya adalah seorang yang senantiasa aktif dan suka untuk mengambil berat akan seseorang yang lain serta mempunyai keinginan yang kuat untuk membawakan keharmonian di dalam setiap perhubungannya. Personaliti ENFJ kebiasaannya akan lebih bersifat terbuka dan menarik perhatian orang terhadap segala kelakuannya. Mereka lebih suka untuk menerima sesuatu perkara dengan mengikut perasaan berdasarkan benda baru dan kemungkinan yang boleh diterima akal, oleh itu orang yang mempunyai personaliti ENFJ sesuai untuk bekerja di dalam sektor asas kemanusiaan dan berupaya untuk mencungkil potensi yang ada dalam diri seseorang. Orang seperti ini akan sentiasa mengambil berat akan seseorang yang lain dan prihatin terhadap perkembangan dunia dan beusaha untuk menyelesaikan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh. Jika dilihatkan, ada sesetengah daripada ciri-ciri itu yang menunjukkan diri saya dan setengah lagi memang bercanggah sama sekali. Kerana dari sudut saya memandang sesuatu perkara tidaklah semuanya berasaskan logik semata-mata mahupun mengikut perasaan saya sendiri. Saya turut mengambil kira beberapa faktor yang mungkin sudah sedia ada ataupun diterima pakai oleh generasi yang sebelum ini dan iannya hanya berlaku mengikut situasi atupun mengikut kesan yang mungkin turut menimpa diri saya sendiri. Oleh itu, amatlah tidak praktikal jika saya ingin menolak hipotesis teori personaliti ini mentah-mentah dan amatlah tidak wajar jika saya menerimanya bulat-bulat. Hal ini berlaku mungkin kerana mungkin saya juga keliru dengan personaliti diri saya yang sebenarnya ketika menjawab soalan mengenai MBTI itu ataupun kedaifan diri saya sendiri yang masih tidak mengenal diri saya sendiri. Sekian sahaja daripada saya, terima kasih.        
 

Muhamad Fadzlan bin Fadzil A132072 LJ05 - Emosi dan Personaliti

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mungkin masih belum terlambat untuk saya ucapkan salam Ramadhan kepada semua pembaca yang beragama Islam, semoga Ramadhan tahun ini menjadi titik permulaan bagi nadi perubahan diri kita. Sekali lagi kita bertemu kembali dalam jurnal penulisan saya yang kelima dan mungkin ini merupakan penulisan jurnal terakhir saya bagi subjek  ZT2253, Pengurusan Emosi pada tahun ini. Sebelum bibir mengukir kata, sebelum madah membuka bicara, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada pihak Dr. Ahmad Zamri kerana ketidakhadiran saya pada kuliah beliau yang lepas pada tarikh 24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan 1432 Hijrah. Hal ini kerana saya bersama sama beberapa orang rakan perubatan saya terlibat dalam menguruskan sebuah majlis bertemakan Ramadhan di kolej kami iaitu Majlis Penutup 'Ihya Ramadhan yang telah dilangsung dengan jayanya pada malam hari kejadian itu juga. Oleh hal demikian, saya disini ingin berterima kasih kepada Dr. Zamri kerana kesudian beliau member pelepasan kepada pihak kami.
Saya telah difahamkan oleh beberapa orang rakan saya mengenai tajuk kuliah pada miggu ini yang berkisarkan tentang emosi, personaliti dan tingkahlaku. Saya sempat mentelaah nota-nota yang telah disediakan oleh beliau dan melakukan beberapa pembacaan bagi mendapatkan gambaran dan idea dalam penulisan saya untuk kali ini. Saya difahamkan bahawa Dr. Zamri juga telah memainkan sebuah klip video yang bertajuk " The Chilhood Experience." Namun malangnya saya tidak berkesempatan menonton video tersebut berikutan talian internet kawasan saya kurang memuaskan. Namun, mendengar apa yang diceritakan oleh rakan-rakan saya, apa yang saya dapat simpulkan daripada klip video tersebut ialah mentaliti kita berubah mengikut peredaran masa. Jika ketika kecil, kita fikirkan jalan-jalan kehidupan semuanya indah-indah belaka tanpa langsung tidak terlintas difikiran liku-liku yang tersisip sepanjangnya. Namun semakin kita meniliti dewasa, kita mula sedar akan perihnya kehidupan ini dan kepahitan dalam hidup ini menjadi pedoman kepada kita malah menjadi warna corak dalam penceritaan diari hidup kita. Kematangan menjadikan kita lebih berfikir baik dan buruk dengan lebih rasional dan menjadikan kita lebih memahami dunia dalam erti yang sebenar dan lebih bermakna.
Dalam kuliah yang lepas juga kami dikehendaki menjalankan satu tugasan iaitu mencari hubungan diantara klip video tersebut yang mana saya tidak pernah menontonnya walaupun sekali dengan "The Psychoanalytic Theory". Saya akan cuba melakukan perkaitan ini berdasarkan pemahaman berlandaskan pembacaan saya sebelum ini. Berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Sigmund Freud, peristiwa sewaktu zaman kanak-kanak, begitu juga pengalaman adalah penting sekali. Pada zaman kanak-kanak, kita seringkali hanya memikirkan tentang indahnya kehidupan dan jarang mengenal erti kepayahan hidup. Dengan kematangan dan pengalaman kita setakat ini, kita sebenarnya harus menyedari dan belajar untuk memahami erti kehidupan dunia yang sebenar dan bagaimana permainan dunia ini dimainkan oleh jejari kita sebagai pengemudinya sepanjang permainan. Walaupun kita terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan halangan dalam hidup, kita tidak seharusnya mempunyai sikap mudah berputus asa kerana sedarlah wahai teman masih ada insane dimuka bumi ini yang lebih dreita berbanding kita sekarang. Kita seharusnya mengambil sikap sentisa berfikiran positif dalam menangani semua permasalahan yang timbul. Sikap kecewa, bermasam muka, sedih dan berputus harap seharusnya perlu dijauhi dalam hidup bagi meningkatkan produktiviti kehidupan kita.
Sebelum mengupas dengan lebih lanjut perkaitan diantara emosi denagan personaliti manusia, saya sekali lagi ingin menyatakan tiga komponen asas dan utama dalam emosi iaitu perasaan, perubahan tubuh yang sangat berhubung rapat dengan sistem saraf badan dan kecenderungan tindakan yang mempunyai intensiti yang berubah-ubah mengikut keadaan. Secara zahirnya, manusia dilihat  seakan-akan sama diluar mata pandangan kasar manusia namun secara batinnya manusia berbeza dari segi reaksi emosi walaupun pada peristiwa yang sama dialami oleh dua insane yang berbeza. Sebagai contoh insan A berasa tersangat teruja dengan kehadiran Syawal namun terdapat juga sekumpulan insane berduka mengenangkan Ramadhan yang makin menuju pada pengakhirannya memberi peluang kepada Syawal yang bakal menjelma. Perbezaan sebegini mempunyai kaitan yang kuat dengan personaliti yang dimiliki oleh individu. Oleh itu, emosi sangat berguna dalam menilai personaliti seseorang individu. Berbalik kepada personality. Personaliti pula sebenarnya merupakan kombinasi kepelbagaian psikologikal individu yang digunapakai untuk mengklasifikasikan dan mentafsir seseorang individu dalam erti bentuk sikapnya samada seseorang itu seorang yang pendiam, aggresif, peramah atau sebagainya. Menurut indikasi yang dijalankan didalam kajian Myer-Briggs Type Indicator, individu telah diklasifikasikan kepada 4 kumpulan personaliti. Antaranya ialah "Extraversion" (E) yang menggambarkan orang yang gemar bergaul dengan dunia luar, manakala "Introversion" (I) pula membincangkan tentang individu yang suka hidup dalam dunia sendiri. Seterusnya, personaliti dikaitkan dengan cara seseorang itu memutuskan sebarang keputusan, sama ada berkeputusan mengikut logiknya seperti dinyatakan dalam personaliti jenis "Thinking" (T)  ataupun berdasarkan kepada situasi dan orang yang terlibat seperti dalam personaliti jenis "Feeling" (F). Akhir sekali, personaliti yang berdasarkan struktur, iaitu sama ada ingin menerima sesuatu seadanya ataupun selalu mengambil initiatif untuk mencari maklumat dan pilihan yang lain; "Judging (J) atau Perceiving (P)".
                Selain klip video pertama yang telah saya nyatakan diatas, kami juga telah dihidangkan dengan klip video yang kedua yang berkisarkan tentang "Personality Types."  Bagi klip video ini, saya beruntung kerana dapat menonton dan menikmatinya kerana rakan saya ada memuat turun di dalam komputer peribadinya. Setiap manusia mempunyai ragam mereka yang tersendiri dan ini yang membezakan mereka dengan individu yang lain. Ragam ini juga membezakan kembar seiras dengan pasangannya.  Kita seharusnya bersabar dengan kerenah rakan-rakan kita kerana manusia sebenarnya ibarat kepingan jigsaw yang saling melengkapi sesama sendiri. Kita tidak mampu berdiri sendiri tanpa dipangku oleh manusia yang lain. Oleh itu, tuhan menciptakan manusia berpasangan untuk saling melengkapi dalam hidup. Terdapat dua jenis personaliti yang berjaya saya pelajari di dalam kuliah yang singkat melalui ruangan maya ini, iaitu type A dan type B. Seseorang yang berpersonaliti jenis A selalu melakukan sesuatu perkara dengan pantas. Golongan ini termasuklah orang yang suka makan dengan laju dan memandu kenderaan melebihi had kelajuan. Mereka dikaitkan dengan sikap agresif dan tegas. Antara sifat-sifat yang lain ialah mereka sering tergesa-gesa, bersikap teratur, mengejarkan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu tugasan dan memerhatikan jam kerana takut masa dihabiskan dengan melakukan perkara yang sia-sia. Individu yang mempunyai "Type B Personality" adalah bertentangan dengan personaliti yang telah dibincangkan sebelum ini. Individu ini lebih bersifat kepada tenang, penyabar dan senang untuk mengadaptasikan diri dalam apa jua keadaan. Selain itu, mereka mengikuti had laju kenderaan yang telah ditetapkan, tidak tergopoh-gopoh sewaktu makan, tidak mudah risau dan sering dalam keadaan yang tenang atau relaks. Pada pandangan saya, kedua-dua jenis personaliti ini mempunyai kontraindikasinya antara satu sama lain. Tidak semua cirri-ciri yang terdapat didalam jenis A itu buruk dan tidak semua jenis B itu baik diamalkan. Bagi saya setelah meneliti cirri-ciri yang terdapat didalam kedua-dua jenis personaliti ini saya merasakan saya mempunyai personaliti kombinasi kedua-duanya. Saya tidak mempunyai kecenderungan kepada mana-mana spesifikasi berikut.  Selain didedahkan dengan "Myer-Briggs Type Indicator" kami turut didedahkan dengan " The Big Five Model" yang membahagikan personaliti kepada "extraversion", "agreeableness", " conscientiousness" , " neuroticism" dan " openness." Setelah meneliti ciri-ciri yang terdapat didalam setiap pembahagian ini dan melakukan soal selidik yang dijalankan, saya mendapati saya mempunyai personaliti type A dan tergolong dalam kumpulan "agreeableness." Berdasarkan teori ini, individu yang berpersonaliti seperti berikut mempunyai sifat "agreeableness" yang tinggi seperti seorang yang peramah, mudah berkerjasama dan berdedikasi yang tinggi. Tambahan pula, mereka juga merupakan orang yang optimistik dan sentiasa berpandangan terbuka. Namun dibenak fikiran saya, masih terfikir adakah begini sebenarnya diriku? Sehingga detik penulisan ini pun saya masih musykil atas kesahihan soal selidik ini. Tapi biarkan sahaja kerana ia hanya teori semat-mata.
                Kesimpulannya, kita seharusnya lebih memahami personaliti kita. Ini penting dalam menilai kekuatan dan kelemahan diri kita bagi tujuan penambahbaikan di masa akan datang. Kita jugan seharusnya bersyukur bukan sahaja dengan kelebihan yang dimiliki malah kelemahan diri kerana semua komponen inilah menjadikan kita berbeza dan istimewa berbanding individu yang lain. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca setiap penulisan yang dikeluarkan oleh saya. Akhir kata, salam lebaran dari saya. Moga Syawal tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran.

A131740 LAU CHIN LJ05

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Ulasan berikut merupakan ulasan jurnal reflektif yang kelima mengenai hasil pembelajaran saya pada 24 Ogos 2011. Pada hari tersebut, Dr. Zamri tidak memberikan kuliah mengenai emosi. Sebaliknya, kami semua dikehendaki membaca slaid dan teks tentang teori psikoanalitikal. Seterusnya, Dr. Zamri menayangkan klip video pada pukul 2 petang. Kami dikehendaki menonton dan mengaitkan teori psikoanalitikal dengan apa yang terkandung dalam video tersebut. Selain itu, kami juga perlu menjawab soal selidik MBTI dan mengetahui kategori personaliti masing-masing di akhir ujian tersebut. Tambahan lagi, kami juga ada menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan mengetahui kategori personaliti masing-masing di akhir ujian tersebut.

 

Melalui pembacaan slaid dan teks tentang teori psikoanalitikal, saya mendapat tahu bahawa Sigmund Freud (orang yang mencipta teori tersebut) telah membuat hipotesis bahawa pengalaman emosi adalah satu proses yang berlaku tanpa kesedaran kita sendiri. Dalam kata lain, kita tidak akan menyedari dengan jelas segala emosi, motif, dan pengalaman yang lepas, tetapi benda-benda tersebut akan mempengaruhi perbuatan kita. Kebanyakan pengalaman sewaktu masa kecil adalah secara tidak sedar. Walaupun begitu, teori tersebut menekankan emosi-emosi negatif terutamanya, contohnya seperti kebimbangan dan kemarahan. Kita rasa bimbang dan marah kerana konflik itu berlaku pada paras yang kurang kesedaran.

 

Kemudiannya, Dr. Zamri telah menayangkan satu klip video yang bertajuk 'Childhood Experience'. Video ini mengisahkan seseorang kanak-kanak yang mempunyai pemikiran yang naif tentang kehidupan. Fenomena tersebut sebenarnya adalah sangat biasa kerana pada zaman kanak-kanak, kita biasanya tidak sentiasa risau disebabkan jarang menghadapi pelbagai masalah dan cabaran. Segala masalah biasanya diatasi oleh ibu bapa sendiri. Akan tetapi, keadaan sekeliling akan berubah apabila kita menjadi dewasa. Masalah yang dihadapi akan bertambah banyak dan rumit. Fenomena tersebut kadangkala akan mempengaruhi pemikiran dan personality seseorang secara negatif sekiranya individu tersebut tidak dibimbing secara betul, seperti mana yang berlaku pada watak dalam video tersebut. Dia telah menyuarakan kekecewaan dengan orang di sekelilingnya dan berfikiran secara negative bahawa orang yang berada di sekelilingnya adalah kebanyakannya tidak boleh dipercayai.

 

Daripada video tersebut, teori psikoanalitikal dapat diaplikasikan kerana watak berkenaan mengalami pengalaman lepas yang secara tanpa kesedarannya, telah mempengaruhi perbuatan dan pemikirannya ( iaitu susah dan tidak ingin mempercayai orang di sekelilingnya lagi). Emosinya adalah negative (iaitu kekecewaan). Pada pendapat saya, perbuatan dan pemikiran watak tersebut adalah salah dan hanya akan merugikan diri sendiri, sama ada dalam aspek fizikal atau mental. Pemikiran negative tersebut hanya akan menyumbang kepada kewujudan masalah kemurungan dan seterusnya akan secara tidak langsung membawa kesan negative terhadap kesihatan badannya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengalaman dikhianati adalah perit dirasai. Akan tetapi, pengalaman tersebut sebenarnya merupakan ujian yang diberikan oleh Tuhan yang bertujuan untuk membimbing kita untuk menjadi lebih tabah lagi apabila menghadapi cabaran yang lagi besar pada masa akan datang. Pendek kata, kita harus sentiasa berfikir secara positif supaya lebih rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

 

Selepas itu, Dr Zamri menayangkan satu lagi video yang mengenai Personality Type A dan Type B. Melalui video tersebut, saya difahamkan bahawa orang yang mempunyai personality jenis A sentiasa tergesa-gesa dalam melakukan apa jua dalam kehidupan mereka. Segala aktiviti harian dilaksanakan secara tanpa membuang masa dan efisien. Pada pendapat saya, individu yang mempunyai personality tersebut biasanya kurang sabar menunggu dan ingin mencapai sesuatu dengan cepat. Walaupun kehidupan mungkin akan lebih teratur dan masa digunakan secara efisien, tetapi personality tersebut mungkin juga akan meningkatkan risiko memperoleh masalah sakit jantung kerana pada zaman moden sekarang, kebanyakan orang asyik sibuk mengejar masa dan kurang memberi perhatian terhadap amalan pemakanan yang sihat. Personaliti tersebut akan menyumbang lagi masalah stres, dan seterusnya membawa impak yang lagi negative terhadap kesihatan badan kita. Individu yang mempunyai personality jenis B pula sentiasa membuat sesuatu dengan perlahan dan tidak mengejar masa. Mereka lebih bersikap santai dan sabar menunggu. Saya mempunyai personality jenis B. Saya suka membuat kerja secara perlahan tetapi teliti, dan saya tidak perlahan sehingga melengahkan masa. Saya lebih bersikap santai kerana saya berfikir bahawa kehidupan harus dijalankan secara relaks demi kesihatan diri dan perbuatan mengejar masa hanya akan membuatkan kita cenderung mengabaikan orang di sekeliling yang mengambil berat terhadap kita dan juga membuatkan kita miss out benda-benda yang perlu dinikmati dan dihargai.

 

Selain tayangan video, Dr Zamri telah mengemukakan soal selidik MBTI (Myers Briggs Personality Test) untuk kami semua menjawab. Penilaian adalah berdasarkan beberapa kriteria, iaitu Extraversion or Introversion, sensing or intuition, thinking or feeling, dan judging or perceiving. Kriteria yang saya capai adalah extroversion, sensing, feeling, dan  judging. Daripada hasil soal selidik tersebut, saya mendapat tahu bahawa saya memiliki personality ESFJ, iaitu merupakan caregivers. Mengikut analisis mengenai personality ESFJ, saya difahamkan bahawa individu yang memiliki personality tersebut biasanya amat mengambil berat dan prihatin terhadap orang di sekelilingnya dan sentiasa berusaha membawakan harmoni dalam setiap hubungan mereka dengan orang lain. Selain itu, mereka juga bertindak dalam usaha membantu orang yang susah dan berusaha menyempurnakan tugas yang diamanahkan. Mereka juga sentiasa prihatin terhadap kejadian dan hakikat yang berlaku, dan bertindak memberi bantuan dan sumbangan. Di samping itu, mereka juga bersikap serius dalam kerja dan percaya bahawa setiap orang memang harus mempunyai attitude sedemikian.

 

Selain soal selidik MBTI, kami juga dikehendaki menjawab soal selidik Teori Besar Lima. Melalui pembacaan saya dalam internet, saya difahamkan bahawa teori Besar Lima tersebut merupakan lima faktor umum atau dimensi ciri personaliti yang dijumpai melalui kajian empirik. Ia lebih merupakan model deskriptif personaliti, bukan teori, walaupun pakar-pakar psikologi telah mengeluarkan beberapa teori untuk menerangkan teori Besar Lima. Menurut Dr. John A. Jhonson, secara umumnya ciri-ciri personality seseorang individu boleh dikategorikan kepada 5 sifat asas dan mengikut sesuatu konsep yang dikenali sebagai OCEAN. Kelima-lima sifat tersebut adalah : (O) Openness, (C)Conscientiousness, (E) Extroversion, (A) Agreeableness, dan (N) Neuroticism. Setelah membuat soal selidik tersebut, saya mendapat tahu bahawa saya memiliki sifat Agreeableness. Saya amat bersetuju dengan hasil ini kerana saya mengakui bahawa saya memang mempunyai minat untuk membuat analisis terhadap orang dan saya seorang yang berhati lembut. Saya mudah berasa simpati terhadap kesusahan orang lain dan lebih-lebih lagi, saya juga mudah tersentuh dan menangis apabila watak dalam filem yang ditontoni itu ditimpa nasib malang dan mengalami pelbagai kesusahan. Saya juga sentiasa bersedia mendengar suara hati kawan yang sedih menghadapi masalah. Tambahan lagi, saya juga takut diasingkan oleh orang lain. Oleh itu, saya sentiasa menjaga perasaan orang lain apabila berinteraksi dan berkomunikasi supaya tidak menyinggung perasaan mereka, walaupun secara tidak sengaja.

A131885 NORSHARIMA BINTI AHMAD JAMIL

  
                Assalamualaikum dan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada Dr. Zamri dan rakan-rakan yang beragama Islam manakala salam sejahtera dan selamat bercuti saya ucapkan kepada rakan-rakan lain. Akhirnya tibalah kita semua kepada penulisan jurnal yang terakhir untuk kursus ini. Terima kasih saya ucapkan kerana dapat sekali lagi ataupun buat pertama kalinya kepada Dr. Zamri dan rakan-rakan sekalian kerana sudi meluangkan masa untuk membaca jurnal saya yang terakhir ini. Jurnal kali ini lebih memfokuskan kepada aspek personality kami sendiri dan kuliahnya juga tidak dijalankan mengikut tempoh kebiasaannya dimana kami dibenarkan pulang awal kerana sudah hamper cuti dan kebetulan di malam harinya kami mempunyai program kolej.
                Sebelum kita melangkah lebih lanjut mengenai topic personality, saya berasakan bahawa kita perlu tahu makna sebenar personality itu sendiri. Personality juga dikenali dengan nama "peribadi" yang membawa maksud suatu kualiti yang sudah sedia ada wujud di dalam diri setiap individu terbabit bagi melayakkan dirinya digelar seorang insan. Personality juga merupakan salah satu cabang psikologi yang mana digunakan untuk mengkaji keperibadian seseorang individu terbabit. Melalui aspek psikologi, personality merupakan satu kumpulan emosi, pemikiran, dan juga perlakuan seseorang yang begitu unik bagi individu itu sendiri. Pada hakikatnya, personality itu sendiri memainkan peranan yang penting dalam mencerminkan karektor atau sifat seseorang individu itu sendiri. Oleh itu segala perilaku sama ada baik mahupun buruk sebenarnya menunjukkan siapakah diri kita yang sebenarnya dan akan memberi impak kepada pandangan orang luar terhadap diri kita sendiri. Personality itu bukan sahaja berpaksikan kepada keperibadian seseorang sahaja teteapi ia merangkumi aspek atau factor-faktor seperti biologi, psikologi dan juga sosiologi.
                Melalui kuliah yang telah diberikan, ujian yang selalu digunakan untuk menganalisi personality seseorang itu adalah berdasarkan kepada Myers-Briggs Type Indicator. Berdasarkan indicator ini, individu itu diklasifikasikan sama ada ekstrovert atau introvert iaitu sensing or intuitive (S or N), thinking or feeling (T or F), and judging or perceiving (J or P). Mengikut apa yang say abaca baru-baru ini, ekstrovert adalah berdasarkan kepada persekitaran manakala introvert adalah lebih kepada diri sendiri. Antara ciri-ciri yang dikalsifikasikan dalam ekstrovert ialah bebas daripada perasaan malu, konservatif, peramah, berminat dengan sukan, dan sebagainya. Manakala melalui introvert pula ialah mudah bimbang, lebih radikal, suka bekerja sendirian, sukar bergaul, suka membaca dan sebagainya.
                Dalam aspek psikologi, ada lima factor yang dipanggil sebagai LIMA UTAMA iaitu lima factor umum atau ciri personality yang telah ditemui melalui kajian empiric. Lima fktor ini merupakan model deskriptif untuk personality dan bukannya model teori. Ini semua saya baca melalui internet. Menurut Dr. John A. Jhonson, secara umumnya, cirri-ciri personality bagi seseorang individu itu dapat dibahagikan kepada 5 aspek ataupun sifat penting iaitu mengikut konsep OCEAN. Sifat asas yang pertama ialah OPENESS TO EXPERIENCE iaitu membawa maksud memiliki sikap yang terbuka. Sifat asas yang kedua pula ialah CONSCIENTIOUSNESS yang membawa maksud mempunyai kesedaran. Sifat asas yang ketiga pula ialah EXTROVENT iaitu bersifat social atau suka bergaul. Sifat asas yang keempat pula ialah AGREEABLE iaitu berpendapat sama ataupun senang untuk mencapai persetujuan. Sifat asas yang terakhir ialah NEUROTICISM iaitu bersifat neurotikatau dengan kata lain mempunyai sedikit gangguan emosi.
 Bagi golongan yang berada dalam kumpulan Opennes to experience , individu terbabit mempunyai sikap mahupun minda yang lebih terbuka terhadap sebarang idea yang diberikan mahupun sebarang pendapat. Golongan ini juga mempunyai peluang untuk menimba suatu pengalaman yang baru. Dalam kata lain dunia ini merupakan tempat untuk mereka menambah ilmu mereka yang telah sedia ada dan setiap sesuatu yang mereka pelajari akan mereka gunakan dengan sebaik mungkin dan manfaatkannya ke jalan yang benar. Golongan ini pada dasarnya memiliki sifat ingin tahu yang sangat tinggi dan begitu mendalam. Bagi golongan pakar sifat ini adalah bagus , sihat dan tampak lebih matangdari aspek pemikiran dan juga tindakan mereka. Selain itu, melalui kajian yang telah dibuat, golongan ini lebih cenderung untuk memasuki bidang pekerjaan sepert polis, bahagian pemasaran, dan juga jualan.

         Golongan yang termasuk dalam sifat Conscientiousness memiliki nilai kesedaran yang sangat tinggi iaitu individu dalam golongan ini begitu berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan. Cirri ini lebih merujuk kepada individu yang memiliki kesedaran yang merangkumi aspek kehidupan sehariannya, persekitaran mahupun masyarakat sekelilingnya. Di sini dapat saya sisipkan beberapa cirri yang dimiliki oleh golongan ini iaitu boleh dipercayai, sanggup berkerja keras untuk sesuatu, menepati masa, kemas dari aspek kerjanya, berdisiplin, bercita-cita tinggi dan mempunyai atau suka kehidupan yang teratur ataupun dengan kata lain ialah sistematik. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, kesedaran kita terletak pada lateral belakang otak kita dan dikatakan individu yang memiliki kesedaran tinggi memiliki bentuk kepala yang seakan kubah atau dome-shaped , manakala orang yang memiliki kesedaran yang kurang memiliki bentuk kepala seakan bujur atau oval-shaped.

Untuk aspek Extrovent pula, individu yang termasuk dalam golongan ini adalah biasanya bersikap positif dan juga penuh bertenaga. Bagi golongan ini, mereka begitu berminat terhadap orang lain atau persekitaran mereka berbanding dari diri mereka sendiri. Mereka ini menganggap dunia ini sebagai tempat untuk mereka bermain. Sekiranya berada dalam kumpulan mereka gemar bercakap , menilai diri mereka sendiri dan mendapat atau menarik perhatian orang. Opposite bagi kumpulan ini ialah introvent yang memiliki kurang daripada segala aspek yang dimiliki oleh extrovent anataranya ialah kurang bertenaga, suka bersendiri dan kurang berhubung dengan masyarakat sekeliling.

Golongan Agreeable ialah terdiri daripada individu yang memiliki ciri yang mana mereka menghargai perhubungan diantara orang ramai. Mereka ini selalunya lebih bersikap berperikemanusiaan, peramah, suka menolong, dermawan, dan sanggup berkompromi dengan orang lain walaupun kemungkinan kepentingan mereka tergugat itu tinggi.Individu yang kurang mempunyai sifat ini meletakkan kepentingan diri sendiri terlebih dahulu daripada bergaul dengan orang ramai . Mereka tidak mengambil peduli tentang masalah orang lain dan tidak ambil kisah akan pandangan orang ramai tentang diri mereka. Kadang- kala mereka berprasangka terhadap motif orang lain dan ini membuatkan mereka bersifat wasangka , tidak berkerjasama dan kurang peramah.

Sifat yang terakhir pula ialah Neuroticism iaitu merujuk kepada golongan yang biasanya berpandangan negatif atau mempunyai masalah dalam mengatasi emosi mereka. Antara sifat yang dimiliki oleh golongan ini ialah kemarahan, kemuraman (depression), ketakutan atau kebimbangan pada sesuatu isu. Individu dalam golongan ini lebih berpotensi bertindak mengikut perasaan atau secara beremosi terhadap sesuatu perkara itu. Selalunya golongan ini akan kelihatan lebih tertekan ketika menghadapi perkara mahupun situasi yang menyukarkan.
                Semasa melakukan ujian ini saya telah mendapati bahawa saya tergolong dalam kumpulan Conscientiousness dan nyata bahawa ia sama dengan personality saya. Saya memang begitu memetingkan disiplin, sistematik dan sebagainya. Jarang saya akan melakukanyang sebaliknya melainkan benar-benar terpaksa. Walaupun ada sesetengah kejian mengatakan bahawa sifat ini akan menunjukkan bahawa individu terbabit adalah golongan yang membosankan tetapi saya sangat menyenangi personality saya ini keranasaya bukan sahaja memiliki sifat ini sahaja tetapi sifat ini lebih mendominasi daripada yang lain. Mengikut markah yang saya peroleh, O (16), C(20), E(13), A(19), dan N(9). Ini menunjukkan bahawa angkanya adalah agak seimbang, jadi saya bukanlah dalam golongan yang membosankan. Itu adalah keseluruhan apa yang telah saya pelajari pada hari tersebut.