Thursday, August 11, 2011

A129758 suhaila binti mohd sajali LJ04- emosi negatif dalam diri seseorang

Assalamualaikum. Pada hari ini kuliah kita bertajuk emosi negative dan teori aras adaptasi. Kita sedia maklum bahawa manusia tidak lari daripada cabaran dan masalah. Maka kita selalu mempamerkan emosi negatif yang lahir secara semulajadi yang dicipta oleh Yang Maha Esa. Emosi negative terdiri daripada takut, malu, sedih dan marah. Takut boleh didefinisikan sebagai tindak balas emosi apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang membahayakan diri kita dan dikaitkan dengan kebimbangan. Takut adalah mekanisme untuk hidup dan selalunya bertindak balas terhadap perangsang yang negatif. Takut dikaitkan dengan emosi yang dijelaskan seperti risau, bimbang dan berdebar-debar. Sebagai contoh melalui pengalaman saya di sekolah berasrama penuh. Di hadapan sekolah saya terdapat tanah wakaf yang telah dijadikan tapak perkuburan. Setiap pelajar di sekolah saya sedia maklum akan kawasan sekolah kami yang 'keras'. Guru kami menyatakan sekolah kami telah berpenghuni sebelum ini iaitu makhluk Tuhan selain manusia iaitu yang ghaib. Pada suatu hari, sekolah kami mengadakan pertandingan koir dan acara itu sungguh meriah sekali namun malang tidak berbau, pada waktu malam selepas tamat acara, rakan-rakan saya mengalami histeria yang teruk. Histeria telah berjangkit dari satu dorm ke dorm yang lain. Saya bersyukur walaupun dalam keadaan ketakutan saya masih kuat semangat dan tidak terkena hysteria. Syukur pada tuhan. Pada waktu itu makhluk tersebut menyerang kami dan meraka menyatakn]an kami telah berbuat bising di tempat tinggal mereka. Setelah itu, pihak sekolah tidak lagi melakanakan pertandingan koir. Walaupun sukar untuk mempercayai cerita yang mungkin orang katakana tahyul namun sesiapa yang telah mengalaminya sahaja yang tahu kisah benar yang dirasai meraka termasuklah saya sendiri. Mata kepala saya sendiri melihat kawan saya meracau dan menjerit-jerit tidak tentu arah dan menjadi kuat sehingga senior saya ditendang keras. Pada waktu ti hanya Allah yang tahu jiwa dan perasaan saya. Kami ketakutan sehingga kami membaca surah Al-quran dengan kuat dan kami tidur bersama-sama.
                Ekspresi wajah ketika takut adalah satu daripada mata kita akan  membesar, pupil mata akan membesar, bibir atas akan ternaik ke atas, kening ke dalam, dan bibir merenggang memanjang. Kemudian emosi negatif yang lain adalah malu. Malu adalah perasaan yang sangat kurang menyenangkan atau tindakan yang tidak diterima atau keadaan malu yang dialami oleh kita dan didedahkan kepada orang lain. Paling penting adalah peraasan malu yang melibatkan maruah. Sebagai contoh saya pernah merasai perasaan malu yang teramat. Waktu itu saya masih darjah tiga. Pada waktu rehat saya telah diusik oleh rakan-rakan saya namun saya ingin melawan usikan mereka jadi saya mengejar mereka. Namun, malang tidak berbau, saya telah jatuh dihadapan orang ramai waktu mengejar mereka. Saya berasa sangat malu. Kemudian, bagi menutup perasaan malu, saya hanya tersengih-sengih saja. Malu ada dua jenis iaitu peribadi dan profesional. Antara sebab-sebab malu daripada peribadi seperti dapat ditangkap kerana menipu atau membuat kesalahan, kalah yang teruk dalam pertandingan. Malu secara peribadi selalunya diikuti dengan tersipu-sipu, berpeluh, gementar, tergagap-gagap, dan gelisah. Kadang-kala orang yang malu cuba untuk menutupi dengan tersenyum atau ketawa besar terutamanya di majlis keraian dan beretika.
                Irama sedih seringkali dikaitkan dengan lagu balada. Sebagai contoh, saya amat meminati lagu Dato'  Siti Nurhaliza yang bertajuk Hati Berbisik. Antara bait-bait liriknya adalah seperti
 
 
 malam bertandang
 hati berbisik mengenang
 cerita derita yang daku pendam
 
 kata menguji
 cuba untuk kusudahi
 berulang air mata membasahi
 
 aku kini perlu berdiri
 walau hakikatnya
 pasti kan melukai
 
                Sedih boleh dimaksudkan dengan rasa tiada kebaikan dan kehilangan. Rasa sedih yang keterlaluan menyebabkan seseorang tertekan dan stress dan memerlukan rawatan daripada doctor pakar atau pakar kaunseling. Selalunya apabila seseorang rasa sedih, mereka lebih gemar berdiam diri, kurang bertenaga dan menyendiri. Mereka rasa seperti ingin menyisihkan diri dari komuniti dan tidak bergerak aktif dan lemah. Sebagai contoh melalui pengalaman saya sendiri, saya pernah berasa sedih yang teramat seperti merasakan dunia menjadi kelam iaitu semasa saya mendapat keputusan yang tidak cemerlang UPSR. Saya selalu leka dan malas belajar sewaktu darjah enam namun saya terlalu yakin dan berasa dapat keputusan yang cemerlang tetapi saya hanya dapat 2A3B.  Hati saya hancur dan saya menangis sepanjang hari dan tidak makan. Semasa keputusan UPSR keluar di berita ayah saya memanggil saya dan memberitahu hampir 500 000 pelajar mendapat 5A. ayah juga berkata orang cacat juga Berjaya. Saya rasa sangat tersinggung dengan kata-kata ayah, saya terus masuk ke bilik semula dan menyendiri lagi. Di ruang tamu, ayah tidak habis-habis berleter dan mengatakan saya malas belajar. Sejak dari peristiwa itu, saya bangkit dan berubah, saya belajar bersungguh-sungguh. Sewaktu Peperiksaan PMR hampir menjelang, saya pernah pergi ke kelas pada pukul 7 pagi dan balik lewat 6 petang untuk belajar di sekolah untuk kelas tambahan. Alhamdulillah berkat kesabaran, doa, usaha saya, saya telah mendapat 8A dalam peperiksaan PMR maka rasa sedih terlampau pada waktu UPSR sudah terbalas dengan air mata kegembiraan di tingkatan 3.
                Tanda-tanda sedih adalah seperti tertunduk, badan lemah, sayu, murung, masam dan muram. Dengan kata-kata lain sedih adalah perasaan berlawanan dengan gembira. Merujuk kepada Forgas pada tahun 1992,1994, beliau melakukan kajian dan mendapati orang yang gembira lebih mudah untuk melakukan pemprosesan maklumat dalam waktu yang singkat dan lebih tepat berbanding dengan orang sedih yang memproses maklumat yang dia dapat dengan lambat dan kurang tepat. Isen menyatakan  kebolehan untuk memproses maklumat bergantung pada mood seseorang. Kajian ini dijalankan pada tahun 1987. Berdasarkan kajian seseorang yang mengenalpasti emosi yang diekspreskan, mereka leih mempunyai karakter tambahan untuk menyerlahkan lagi emosi tersebut. Ini dinamakan kesan Halo. Sebagai contoh orang yang sedang merasakan perasaan sedih mungkin menjadi lebih pendiam. Contoh yang lain adalah, orang yang gembira akan mempengaruhi orang sekeliling untuk turut gembira. Orang yang sedih dikatakan lemah dan kurang kebolehan serta orang yang marah dikatakan berkuasa dan  lebih dominan. Ini dinyatakan oleh Keltner pada tahun 1997.
                Buku La Tahzan banyak dijual di pasaran sebagai buku motivasi bagi memulihkan kembali orang yang dalam keadaan sedih untuk bangkit semula dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan semakin diperbaiki. Sebagai contoh, "Goreskan pada dinding hati mu bahawa hari ini adalah milik mu" (La Tahzan).
"Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi kepergianmu, dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatmu. Kamu telah meninggalkan kami semua, pergi dan tak pernah kembali lagi."
                Sebagai konklusi, kita harus sentiasa sabar dan tabah dalam mengharungi cabaran hidup di alam fana.
 

Emosi Negatif

Salam satu Malaysia. Kursus Pengurusan Emosi telah diteruskan pada hari Rabu yang lepas, 10/8/2011 dengan tajuk yang seterusnya, iaitu emosi negatif: takut, malu, sedih dan marah. Pertama sekali, mari kita mengenal makna takut (fear). Takut merupakan tindak balas emosi kepada nahaya yang akan berlaku. Emosi ini berkaitan dengan kebimbangan. Takut adalah satu mekanisme survival yang biasanya berlaku sebagai tindak balas kepada rangsangan negative yang tertentu. Takut berkaitan dengan beberapa tahap emosi termasuk kebimbangan, keganasan dan sebagainya. Misalnya, saya akan berasa takut apabila peperiksaan semakin hampir tetapi saya belum bersedia untuk menghadapinya. Saya juga akan berasa takut apabila keputusan peperiksaan akan diumumkan kerana saya berasa malu apabila keputusan itu agak tidak memuaskan. Perasaan takut dan tahap ketakutan itu sesungguhnya tidak sama bagi semua orang.

Perasaan takut boleh disebabkan oleh sebuah kemalangan yang traumatik. Sebagai contoh, jika seorang kanak-kanak telah jatuh ke dalam sebuah perigi yang dalam, dan menghadapi masalah untuk panjat keluar dari situ, dia mungkin akan menalami ketakutan kepada ruang-ruang tertutup (claustrophobia) atau phobia kepada air (hydrophobia). Walaupun rasa takut sering sekali dikaitkan dengan aspek-aspek atau objek fizikal, manusia juga takut pada konsep-konsep yang lebih abstrak. Sebagai contoh, perasaan takut kehilangan kawalan terhadap sesuatu, sebagaimana seseorang itu takut pada ejekan atau celaan sosial (kritikan, penolakan). Ketakutan jenis ini cenderung untuk tidak mempunyai kesan yang sama fisiologi sebagaimana kebimbangan dunia fizikal yang lebih serta-merta. Walau bagaimanapun, ketajutan ini mempunyai hasil tingkah laku yang sama, dan boleh memjejaskan seseorang individu jauh lebih lama daripada yang biasanya dijangka akan takut pada objek fizikal. Dulu, saya seorang yang takut pada lipas kerana kejadian tidak sedap yang berlaku pada diri saya pada zaman kanak-kanak dulu. Ketika itu, seekor lipas telah terbang dan singgah pada badan saya ketika saya sedang terbaring berehat di rumah. Semenjak kejadian itu jugalah saya telah takut pada lipas disebabkan rasa geli pada masa itu. Akan tetapi, selepas saya masuk zaman dewasa, perasaan takut itu telah hilang.

Seterusnya, saya akan mengulas berkaitan dengan ekspresi wajah seseorang yang berada dalam ketakutan. Ungkapan muka takut termasuk komponen-komponen seperti meluaskan mata seseorang dalam menjangka apa yang akan berlaku seterusnya. Selain itu, pupil seseorang juga akan membesar bagi membolehkan lebih cahaya masuk. Kening seseorang yang berada dalam ketakutan juga akan ke dalam. Bibirnya juga akan terhulur mendatar. Seseorang yang berada dalam ketakutan mungkin akan melalui pelbagai peringkat emosi. Satu contoh baik yang boleh dibuat ialah seekor tikus yang diserang. Ia akan cuba untuk melarikan diri sehingga akhirnya dipenjuru oleh pemangsa. Ketika ini, tikus tersebut akan menjadi berseteru dan seterusnya berjuang kembali dengan pemangsa tersebut dengan sedaya upayanya sehingga ia sama ada berjaya melarikan diri atau ditangkap. Manusia juga boleh menjadi sangat tertekan dengan perasaan takut sehingga mereka mengikut keinginan orang lain begitu sahaja tanpa mengambil berat terhadap input dirinya sendiri. Mereka juga mungkin akan menjadi ganas sehingga mungkin akan membawa maut kepada seseorang. Ini dikatakan sebagai satu tindak balas naluri yang disebabkan oleh paras adrenalin yang meningkat dan bukannya keputusan yang dibuat setelah pemikiran yang sedar.

Topik yang seterusnya ialah perasaan malu. Rasa malu adalah satu tahap emosi tidak menyenangkan yang dialami oleh seseorang apabila perbuatan sosial atau profesional yang tidak boleh diterima telah disaksikan oleh, atau didedahkan kepada orang lain. Pada kebiasaannya, terdapat unsur kehilangan kehormatan atau maruah yang terlibat, tetapi tahap dan jenisnya bergantung kepada keadaan. Rasa malu hanya akan diketahui dan dirasai oleh orang yang mengalaminya. Selain itu, rasa malu baisanya membawa konotasi yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan yang semata-mata tidak boleh diterima dari segi sosialnya, dan bukannya salah dari segi moral. Rasa malu ini juga sangat subjektif, iaitu, sesuatu keadaan yang dikatakan memalukan oleh seseorang individu tidak semestinya akan menjadi memalukan bagi individu yang lain. Misalnya, ada orang yang rasa bahawa ditegur oleh pensyarah adalah memalukan tidak kira apa jua keadaannya. Ini mungkin akan menyebabkan pertelingkahan apabila perbuatan rakannya telah menyebabkannya berasa malu walaupun rakannya itu tidal berfikiran begitu.

Perasaan malu juga boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu personal dan profesional. Perasaan malu jenis personal boleh disebabkan oleh perhatian yang tidak diingini kepada perkara-perkara persendirian atau kecacatan peribadi atau kemalangan. Kadang-kala, perasaan malu ini disebabkan oleh tindakan peribadi, seperti terperangkap dalam satu pembohongan atau membuat sesuatu kesilapan, atau kalah teruk dalam sesuatu pertandingan, dan sebagainya. Seseorang yang tidak ingin mengundang malu pada dirinya sendiri tidak harus melakukan sesuatu yang mungkin akan membawa malu kepada orang lain. Hal ini adalah disebabkan dia sendiri yang mungkin akan terpaksa menanggung perasaan malu itu. Perasaan malu jenis peribadi biasanya dapat dilihat apabila seseorang itu tersipu-sipu, berpeluh, ketakutan, tergagap-gagap, dan gelisah. Kadang-kadang, seseorang yang berasa malu juga akan cuba untuk menutup rasa malunya dengan sebuah senyuman atau dengan ketawa yang teragak-agak, terutamanya ketika berada dalam situasi beretika.

Perasaan malu jenis profesional berlaku terutamanya selepas kenyataan yang menggambarkan keyakinan seseorang telah sengaja tidak dipedulikan. Perasaan malu akan bertambah dalam keadaan yang melibatkan tugasan rasmi atau kemudahan tempat kerja, jumlah wang atau bahan yang banyak, atau kehilangan nyawa manusia. Misalnya, malu kerana tidak terdaya menjalakan tugas dengan sempurna, seperti mana yang mungkin akan berlaku dalam kerjaya seorang doktor perubatan. Contoh yang lain termasuklah dasar keajaan yang telah gagal, pendedahan amalan rasuah atau kelakuan peribadi selebtiti yang tidak beretika, tabiat peribadi yang tidak dapat diterima oleh norma masyarakat atau berhadapan dengan tindakan undang-undang, atau pegawai-pegawai yang tertangkap dalam situasi peribadi serius yang memalukan.

Sekarang mari kita berbincang tentang perasaan sedih. Kesedihan adalah mood yang memaparkan sifat-sifat lemah dan kehilangan sesuatu. Perasaan sedih yang melampau boleh membawa kepada kemurungan yang mungkin memerlukan campur tangan oleh profesional yang berkelayakan dalam usaha menyelesaikannya. Kebiasaannya seseorang yang sedih akan menjadi senyap, kurang bertenaga dan mendiamkan diri. Dia tidak mempunyai keinginan untuk keluar dan menjadi aktif mahupun keinginan untuk bersosial dengan orang lain. Saya akan mendiamkan diri apabila saya sedih kerana tidak ingin meluahkan rasa sedih itu kepada orang di sekeliling dengan begitu sahaja. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada tersilap kata dan membuatkan orang lain berasa sedih juga.

Kesimpulannya, adalah didapati bahawa orang yang bahagia cenderung untuk memproses maklumat dalam tempoh masa yang singkat dan maklumat tersebut lebih tepat berbanding dengan orang yang berasa sedih yang memproses maklumat secara logik, dalam jangkan masa yang lebih panjang dan dengan kurang tepat (Forgas, 1992, 1994). Oleh sebab itu, adalah dinasihati supaya jangan terlalu sedih terhadap sesuatu keadaan atau perkara yang berlaku ke atas diri kita. Kita harus berfikiran positif dan percaya bahawa segala cabaran dan dugaan akan dapat diatasi dengan baik. Jika terdapat sesuatu yang menganggu diri kita, adalah dinasihatkan supaya bertenang dan cuba meluahkan isi hati tersebut supaya lebih senang untuk pulih dan berasa gembira semula. 

A131956 NURKHALEDATUL FALAH BINTI NUZMA ADIL LJ03

     Assalamualaikum dan salam sejahtera
            Bertemu lagi kita pada jurnal kali ini. Dalam jurnal pada kali ini, saya ingin merumus tajuk kuliah pada minggu ini, iaitu Emosi Negatif dan Teori Aras Adaptasi. Emosi negatif merupakan emosi yang mempunyai nilai negatif seperti takut, malu, sedih dan marah. Setiap manusia memiliki emosi-emosi tersebut dan pernah mengalaminya dalam kehidupan sendiri. Setiap emosi di atas telah diulas dengan lebih lanjut dalam kuliah pada minggu ini.
            Takut merupakan tindakbalas emosi terhadap situasi bahaya berkaitan dengan emosi bimbang. Takut juga adalah mekanisma untuk kelangsungan hidup, berlaku bila ada situasi 'negatif'. Emosi ini timbul akibat kejadian yang member kesan trauma seperti 'laustrophobia', 'hydrophobia' dan sebagainya. Walau bagaimanapun, takut mempunyai tahap-tahap yang tertentu. Sekiranya takut itu telah mencapai batas yang tertentu, ia akan bertukar menjadi emosi lain sama ada negatif atau positif. Dalam kehidupan ini, pelbagai contoh dapat dilihat bagimenggambarkan bahawa takut turut mempunyai tahap tertentu. Melalui video yang telah dipaparkan oleh Dr. Zamri, saya dapat melihat bahawa perasaan takut sewaktu peperangan telah hilang bagi mangsa-mangsa atau tahanan pepernangan tersebut. Contohnya, rakyat palestin.Pada awal peperangan atau tawanan, mungkin perasaan takut terhadap mereka yang berkuasa serta bersenjata akan timbul. Setelah perasaan takut itu mencapai batasnya, ianya telah bertukar kepada berani dan agresif.  Penduduk Palestin yang masih kecil turut mempunyai sifat berani memberontak dan menegakkan kebenaran bagi menuntut bela.
            Emosi negatif yang kedua adalah malu. Malu akan wujud apabila seseorang itu melakukan sesuatu yang tidak diterima dalam pekerjaan atau masyarakat atau melakukan sesuatu yang secara sosialnya tidak diterima. Saya pasti setiap orang pasti mengalami atau melakukan sesuatu yang amat melakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Sebagai contoh, memakai baju terbalik semasa sedang berjalan di khalayak ramai. Menurut pengalaman saya sendiri, perasaan malu itu timbul apabila saya tersalah menegur orang yang saya fikir orang itu adalah kawan saya tetapi malangnya orang yang saya itu tidak dikenali. Malu mempunyai dua kategori, iaitu personal dan professional. Malu personal adalah malu apabila perhatian orang lain bertumpu kepada kepada hal-hal peribadi. Sebagai contoh dalam masyarakat kini, apabila seorang wanita atau perempuan yang belum berkahwin tetapi telang mengandung boleh dikatakan sebagai malu personal. Perhatian orang sekeliling akan tertumpu kepada dia dan mengata mengenai kesilapan dirinya. Malu professional pula adalah malu yang melibatkan urusan yang berkaitan dengan pekerjaan. Namun, pada pandangan saya, malu boleh menjadi emosi positif sekiranya ia dipamerkan pada waktu dan situasi yang sesuai.
            Ketiga, emosi sedih. Sedih merupakan perasaan kerugian dan kehilangan di mana jika ianya serius boleh membawa kepada kemurungan serta memerlukan intervensi daripada pakar. Orang yang berada dalam kesedihan akan berdiam diri, tidak bersemangat dan suka asingkan diri mereka daripada bergaul dengan orang lain. Forgas, 1992,1994, mengatakan orang sedih memproses maklumat dengan lebih perlahan dan kurang ketepatan berbanding orang yang gembira. Orang yang sedih juga memerlukan sumber kognitif yang lebih untuk memproses maklumat dengan tepat berbanding dengan orang yang gembira. Melalui pengalaman hidup saya sendiri, apabila saya berada dalam kesedihan, otak saya kurang berfungsi atau berfikir. Sekiranya saya mengulangkaji pelajaran ketika berada dalam kesedihan, saya akan mengambil masa yang lama untuk memahami atau menghafal sesuatu fakta berbanding ketika emosi saya stabil.
            Seterusnya adalah emosi marah. Marah merupakan tindakbalas emosi terhadap kesakitan, ancaman dan sebagainya. Marah boleh diekspresikan secara aktif atau pasif. Maksud diekspresikan secara aktif adalah melalui serangan verbal atau fizikal, manakal secara pasif adalah melalui bermasam muka, perang dingin dan lain-lain. Marah akan bertambah jika kita dapat tahu tindakan yang menyebabkan kemarahan adalah sengaja. Menurut perspektif Islam, kemarahan dianggap satu kelemahan. Namun, apabila seseorang itu berada dalam keadaan marah, segala tindakan atau keputusan yang diambil adalah berdasarkan kemarahan bukan berdasarkan rasional. Tindakan orang yang sedang marah tidak dapat diramal dan boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya tidak dikawal dengan baik. Walau bagaimanapun, setiap manusia adalah berbeza. Saya merupakan seorang yang amat sukar menonjolkan perasaan marah. Sekiranya saya marah pada seseorang, saya akan pendam atau simpan dalam hati. Saya tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaan marah itu terhadap orang yang sepatutnya. Saya tidak mahu hati orang tersebut terluka akibat kemarahan saya. Saya sedar tindakan saya adalah salah kerana narah yang disimpan lama-kelamaan boleh menjadi dendam. Namun, saya tetap tidak mendapat keberanian untuk meluahkan kemarahan saya.
            Setakat itu sahaja bagi kuliah emosi negatif. Kuliah disambung dengan tajuk yang kedua, iaitu teori aras adaptasi. Teori aras adaptasi merupakan konsep asas kita bertindakbalas terhadap keadaan sekeliling. Pada pandangan saya, teori ini mengisarkan mengenai adaptasi diri seseorang terhadap keadaan sekelilingnya. Melalui pengalaman saya, kehidupan pelajar perubatan adalah berbeza dengan kehidupan pelajar perguruan, hospitality dan lain-lain. Sekiranya pelajar dari fakulti lain yang telah sebati dengan kehidupan yang tenang dan agak lapang diberi prluang untuk menjalani kehidupan sebgai pelajar perubatan, mereka akan dapati kehidupan pelajar perubatan amat memenatkan dan sangat padat. Namun begitu, bagi pelajar perubatan yang telah adaptasi dengan kehidupan sebegitu tidak merasakan ianya amat memenatkan dan sangat padat. Pelajar perubatan akan rasa sangat bersyukur sekiranya dapat cuti sem selama dua minggu tetapi bagi pelajar lain dua minggu amat singkat dan tidak cukupu untuk mereka merasakan nikmat cuti. Hal ini kerana aras adaptasi kehidupan pelajar perubatan dan pelajar fakulti lain adalah berbeza.
            Dalam kuliah ini juga saya turut mempelajari mengenai teori proses berlawanan Solomon. Teori ini merupakan hasil ubahsuai Teori Aras Adaptasi yang dipelopori oleh Richard Solomon. Teori ini mengatakan setiap emosi yang dilahirkan akan mengakibatkan terbitnya emosi yang berlawanan. Emosi adalah berpasangan di mana apabila satu emosi dialami, 'pasangannya' akan ditahan. Terdapat dua keadaan dalam teori ini, iaitu keadaan awal dan keadaan berlawanan. Contohnya sewaktu kami, pelajar perubatan tahun dua ingin mengambil darah orang buat pertama kali. Pada mulanya, perasaan takut dan bimbang menguasai diri. Setelah membuat percubaan pada kali pertama, perasaan tersebut bertukar menjadi gembira dan teruja. Dengan adanya perasaan tersebut, kami ingin cuba melakukannya berulang kali terhadap rakan atau keluarga sendiri. Hal ini kerana kami dapati ianya amat menyeronokkan. Contoh ini menunjukkan keadaaan awal di mana perasaan takut dan bimbang menguasai diri dan keadaan berlawanan, iaitu gembira dan teruja ditahan. Setelah keadaan awal dihasilkan, keadaan berlawanan akan muncul dan menggantikan keadaan awal. Melakukan sesuatu pengalaman emosi akan meningkatkan kekuatan relatif emosi yang berlawanan.
            Setakat ini sahaja jurnal saya pada kali ini. Diharap saya dapat mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari melalui kuliah minggu ini dalm kehidupan seharian. Bertemu lagi dalam jurnal yang akan datang. Sekian, terima kasih.
                      

A131543 Chuah Jun Sen LJ03

A 131543 Chuah Jun Sen LJ03

Salam sejahtera dan selamat petang kepada Dr. Zamri. Pada 10 August 2011, saya telah menghadirikan diri pada kuliah yang bertajuk " Emosi Negatif ", "Teori Asas Adaptasi" dan "Teori Solomon". Sebelum kuliah bermula, Dr.Zamri telah membentangkan satu soalan kepada kami dan mahukan kami membuat refleksi pada soalan itu. Soalannya, apakah faktor yang menyebabkan perbezaan antara kekayaan negara-negara di dunia ini? Usia sesebuah negara?  Sebagai contohnya, negara Eygpt yang sudah bersejarah lama di dunia ini namun kekayaan negara Eygpt kalah jika berbanding dengan negara-negara yang tidak berusia begitu lama seperti Brazil . Jikalau bukan usia sesebuah negara penentu kekayaan, adakah bilangan sumber-sumber semula jadi yang meliputi dalam negara-negara? Contohnya, sumber-sumber semula jadi dalam Jepun tidak begitu banyak dan tidak begitu meluas namun negara Jepun berjaya menjadi negara yang agak kaya di dunia ini, fasiliti, kemudahan dan sistem pengangkutan agak maju dan canggih sekali! Contoh lain ialah negara Singapura, walaupun negara ini hanya dilihat sebagai sebiji titik bulat dalam peta dunia, sumber semula jadi agak kurang, tetapi kekayaannya agak mengejutkan negara-negara lain. Kalau bukan bilangan sumber-sumber semula jadi, adakak warna kulit ? Agama dalam negara masing-masing ? Bukan!!!! Apakah yang penentu kekayaan ialah perangai dan sikap rakyat dalam negara masing-masing! Pada pendapat saya, sekiranya rakyat dalam sesebuah negara ada prinsip-prinsip asas sikap yang baik dan rajin berusaha mengejar kemajuan, makanya negara akan terus maju kerana tiada rakyat-rakyat yang malas dan sudi menjadi parasit, pencetus masalah-masalah social yang akan merosakkan keamanan, kemajuan, kejayaan sesebuah negara! Oleh itu, negara tersebut akan terus maju dan berjaya mendapat kejayaan dari segi kekayaan, keamanan, kestabilan dan kekuatan!

Dalam kuliah bertajuk "Emosi Negatif", kami telah didedahkan beberapa emosi seperti emosi takut, emosi malu, emosi sedih dan juga emosi marah. Emosi Takut adalah tindakbalas emosi terhadap situasi bahaya yang berkaitan dengan emosi bimbang. Emosi ini juga bertujuan menyelamatkan kita dalam situasi yang bahaya. Sebagai contohnya, apabila berhadapan dengan ular, dengan perasaan takut dan perubahan fisiologi dalam badan (jantung berdebar-debar), kita akan bermula melarikan diri kerana kami takut pada bisa ular yang akan membawa kemautan. Manakala, jika ketiadaan emosi takut sebagai isyarat untuk diri sendiri, ular itu akan menyerang kita dan kematian akan berlaku. Di samping itu, emosi takut timbul selepas seseorang mengalami sesuatu perkara yang tidak baik dan perkara menyebabkan dia phobia terhadap sesuatu, atau timbul dari segi benda fizikal atau benda yang agak abstrak. Contohnya, semasa kecil, kanak-kanak akan takut terhadap hantu dan tidak suka berada di tempat yang gelap kerana berpendapat hantu akan menyembunyikan di tempat yang gelap. Kesemua ini adalah benda yang abstrak kerana bukan semua orang pernah melihat hantu.

Manakala emosi malu berasal daripada apabila kita telah melakukan sesuatu aksi yang tidak diterima oleh masyarakat dan aksi ini telah didapati oleh ramai. Biasanya, maruah dan juga penghormatan kita akan terjejas. Malu telah dibahagikan kepada malu personal dan malu professional. Contoh bagi malu personal ialah saya tersilap pakai pakaian, pakaian yang saya pakai telah terbalik, dan ini telah menyebabkan kawan-kawan saya ketawa pada saya. Contoh bagi malu professional ialah artis yang mendapat sambutan yang hangat, memberikan imej yang sihat serta aktif telah ditangkap kerana menghisap dadah, dan ini akan membawa kemaluan kepadanya.

Tambahan lagi, emosi sedih ialah perasaan menunjukkan kehilangan. (mood that display feeling of disadvantage and loss). Pada perspektif saya, emosi sedih boleh timbul semasa peristiwa buruk berlaku pada kita seperti penceraian dengan orang kesayangan, tekanan kerja yang besar, melakukan kesalahan. Kadang-kala, emosi sedih akan dicetuskan oleh sekeping gambar yang mempaparkan memori bersama-sama kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa, sesebuah lagu. Lagu " Nothing gonna change my love for you" telah melahirkan emosi saya yang sedih selama 10bulan apabila saya dengar lagu ini kerana pencintaan saya terhadap seseorang perempuan tidak berbunga dan lirik dalamnya seperti "if I have to live my life without you near me, the life would be so empty, the night will be seem so long" telah menyedihkan saya kerana lirik telah memaparkan situasi dalam hati saya. Sedih berkaitan dengan sikap seseorang seperti semasa seseorang berada dalam keadaan sedih, dia akan tidak bertutur dengan orang lain atau menjadi seorang pendiam.

Emosi marah boleh diekspresikan secara aktif atau pasif. Melalui kaedah aktif, serangan verbal telah dilakukan oleh pihak yang marah manakala melalui kaedah pasif, pihak yang marah mungkin akan menunjukkan pendiam, sikap yang aggressive atau tension. Apa yang penting pada seseorang adalah dapat mengawal kemarahannya! Jika tidak dapat mengawal kemarahan sendiri, maka porak-peranda dan huru-hara akan berlaku pada diri sendiri dan orang sekelilingnya. Muhammad s.aw. said, "The strong is not the one who overcomes the people by his strength, But the strong is the one who controls himself while in anger." Beberapa telah diajar untuk mengawal kemarahan sendiri. Langkah pertama, mengakui hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah.Langkah 2, menilai samada situasi ini sesuai untuk anda meluahkan kemarahan atau tidak. Langkah 3, sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, nilaikan adakah anda perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung. Langkah 4, setelah anda bertindak, imbas kembali apa yang telah anda alami dan tindakan anda untuk tujuan membaiki diri.

Seterusnya, Dr. Zamri telah membentangkan kuliah "Teori Aras Adaptasi" kepada kami. Mengikut teori ini, kami bereaksi kepada stimuli berdasarkan tahap adaptasi kami. Setiap orang akan menjalin satu adaptasi terhadap apa-apa jua stimuli automatik. Kalau seseorang hendaklah gembira, dia perlu ada stimuli yang lebih tinggi daripada aras adaptasinya. Sebagai contohnya, apabila saya mendapat keputusan 9As dan 2B dalam percubaan SPM, saya agak gembira kerana sebelum aras adaptasi saya adalah 5As,5Bs dan 1C semasa ujian kedua. Tahap adaptasi saya menjadi tinggi selepas percubaan itu, dan jikalau saya dapat kurang daripada itu saya akan berasa sedih, dan jikalau saya dapat lebih daripada itu saya menjadi gembira. Oleh itu, insan tidak akan puas hati dengan apa yang dia perolehi, apabila orang ada gaji RM 2000, dia akan gembira pada satu tempoh, selepas itu, tahap adaptasinya naik, dia tidak lagi gembira kecuali dia dinaik gaji menjadi lebih daripada RM 2000.

Selepas itu, Dr. Zamri menyampaikan kuliah seterusnya yang bertajuk "Teori Solomon". Teori Solomon merupakan teori ubahsuaian daripada teori adaptasi. Setiap emosi akan menyebabkan emosi yang bertentangan berlaku. Emosi yang bertentangan akan ditahan oleh emosi yang sedang kita berasa. Sesuatu perkara akan mencetuskan emosi pertama dan emosi bertentangan pada satu orang.Makin emosi pertama dirasai, makin kurang emosi bertentangan ditahan. Maksudnya, lama kemudian, emosi bertentangan akan dirasai oleh orang tersebut dan emosi pertama akan hilang atau menjadi lemah dirasai. Contohnya, pada mulanya skydriver berasa lebih takut daripada keseronokan, tapi lama-kelaman, mereka akan berasa keseronokan lebih daripada perasaan takut.

            Secara kesimpulan, dalam kuliah ini saya telah berjaya mempelajari emosi negatif, teori aras adaptasi dan juga teori Solomon. Kesemua ini telah menjelaskan kepada saya bahawa mengapakah sesuatu perasaan akan hilang mengikut masa. Pada pendapat saya, ini adalah satu kebaikan dan juga kelemahan insan. Dengan adanya adaptasi, orang yang sedih kerana kehilangan orang kesayangan dapat sembuh daripada perasaan sedih. Namun, dengan adanya adaptasi, orang yang berbudi kepada kita, mudah kita lupakan dan apabila orang lain membantu kita, kita mungkin akan rasa pertolongannya hanyalah perkara kecil kerana kita sudah biasa ditolong orang. Dengan ini, lahirlah orang yang tidak tahu berbudi dan berterima kasih serta tidak tahu bersyukur kepada apa yang perolehi.

A131864 Selvakumar A/L Murthy Emosi negatif dalam kehidupan manusia

Selamat sejahtera kepada pensyarah pengurusan emosi ZT2253 DR Ahmad Zamri Mansor dan rakan-rakan sekalian. Pada kuliah keempat yang saya telah hadiri, saya diberi penerangan oleh Dr Zamri terhadap emosi yang negative. Sebagaimana yang kita tahu, emosi sebenarnya boleh dibahagikan kepada emosi positif dan emosi negative. Emosi positif telah saya bincangkan pada jurnal yang lepas dan kali ini saya ingin menjelaskan tentang emosi negative yang telah saya pelajari. Pada mulanya terdapat beberapa emosi yang saya ingin tekankan pada pembelajaran kali ini. Antara emosi negative yang penting dipelajari ialah perasaan takut, sedih, malu dan marah. Sebenarnya emosi negative secara kebetulannya memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup seseorang. Ianya boleh menyebabkan kita menjadi lebih agresif atau pun lebih lemah. Semua manusia yang normal sebenarnya melalui emosi negative ini dalam hidup mereka dalam pelbagai situasi dan keadaan yang tidak diingini.


Emosi negative yang pertama dan yang paling penting yang boleh berlaku dalam diri seseorang ialah takut. Semua kehidupan di bumi ini mempunyai perasaan takut terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, pelajar sekolah sering berasa takut sebelum menduduki peperiksaan yang amat penting dalam hidup mereka. jadi takut membawa maksud tindak balas emosi terhadap sesuatu yang berbahaya. Perasaan takut sangat berkait rapat dengan kebimbangan sekundar dengan perkara yang berbahaya. Secara logiknya, semua individu memang berasa bimbang semasa mereka berada dalam keadaan tang menakutkan yang boleh mengancam diri mereka. Di samping itu, takut juga terhasil daripada mekanisme dalam diri manusia secara biologinya. Mekanisme ini di panggil hasil daripada tindak balas simpatetik dalam seseorang di mana ianya berkait rapat dengan tindak balas kepada rangsangan negative yang tertentu. Sebagai contoh yang kita pelajari di fakulti perubatan, tindak balas simpatetik berlaku dengan perubahan dalam badan seseorang di mana badan manusia akan cuba untuk mebuat adaptasi terhadap situasi tersebut sebagai contoh pembesaran salur darah ketika dalam keadaan cemas untuk membanyakkan aliran darah dalam badan kita untuk memberi lebih oxygen kepada organ yang penting. Selain itu, perasaan takut yang negative ini berkait dengan beberapa keadaan  emosi secara serentak termasuk kebimbangan, keganasan dan sebagainya. Perasaan takut ini, tidak hanya wujud begitu sahaja dalam diri individu tersebut. Terdapat beberapa punca ketakutan yang "memupuk" perasaan takut ini. Sebagai punca utama, ketakutan boleh wujud daripada kemalangan atau trauma di mana keadaan yang menjadikan mereka lebih cemas dan berasa takut terhadap ekoran yang akan berlaku seterusnya. Sementara itu, ketakutan adalah sering dikaitkan dengan keadaan fizikal seseorang atau dengan sesuatu perkara atau objek. Dalam kehidupan manusia juga, perasaan takut boleh wujud atas sebab-sebab yang lebih abstrak. Selain sebab itu, punca ketiga ialah, takut kehilangan kawalan. Sebagai contoh, suatu ejekan atau celaan social daripada masyarakat kecil atau pun dalam kumpulan kecil dapat membuatkan seseorang hilang kawalan mereka dan bertindak dengan lebih agresif atau pun membuat keputusan untuk mengagihkan diri daripada kumpulan tersebut. Ketakutan sebegini cenderung tidak mempunyai kesan fisiologi yang sama. Mereka mempunyai hasil tingkah laku yang sama, dan boleh menjejaskan seseorang individu dalam tempoh masa yang lama daripada yang dinantikan hasil daripada ketakutan terhadap objek fizikal.


Perasaan malu ialah emosi negative yang sering terdapat dalam perempuan berbanding lelaki. Tetapi secara kebetulannya perasaan malu itu terdapat dalam semua invididu yang normal dan beremosi. Perasaan malu membawa maksud sesuatu keadaan yang tidak menyenangkan diri kita dalam menangani sesuatu perbuatan. Ianya suatu terhasil daripada perbuatan yang tidak dapat diterima dalam keadaan yang disaksikan atau didedahkan kepada orang lain. Biasanya, keadaan yang memalukan wujud apabila berdepan dengan perbuatan yang dapat mengugat kehormatan atau maruah dikhalayak ramai. Terdapat dua jenis malu yang boleh kita gunakan untuk membezakan keadaan yang memalukan iaitu secara peribadi dan secara professional. Perasaan malu secara peribadi disebabkan oleh perhatian yang tidak diingini terhadap perkara persendirian atau kecacatan yang terdapat pada diri sendiri. Hal ini bermaksud bahawa seseorang rasa terpinggir dan ingin berdiri jauh atas sebab kecacatan diri di mana mereka berasa tidak stabil atau sama status dengan yang lain. Perasaan malu secara peribadi sentiasa dengan gabungan perbuatan iaitu tersipu-sipu, berpeluh, ketakutan, kegagapan dan gelisah. Kadang kala, ada yang suka memastikan bahawa perasaan malu mereka tidak diketahui oleh orang ramai dengan senyuman yang tidak ikhlas pada muka mereka. Manakala secara professional pula berlaku selepas kenyataan yang menyatakan keyakinan dalam sesuatu kurus tanpa mengambil kira terhadap keterangan. Dalam hal ini, malu bertambah besar dalam keadaan yang melibatkan tugas rasmi atau kemudahan tempat kerja, jumlah wang atau bahan-bahan besar, atau kehilangan nyawa seseorang. Secara kebetulannya, perasaan malu ini tidak akan menjalankan tugas harian dengan normal. Contoh antara sebabnya ialah termasuk kegagalan dalam dasar kerajaan, pendedahan amalan rasuah atau keadaan yang tidak beretika. Keadaan yang major ini akan melibatkan seseorang berdepan atas sebab bersalah atau berdepan dengan undang-undang yang memalukan.


Perasaan yang membawa emosi negative yang seterusnya ialah kesedihan.  Kesedihan memang terdapat dalam semua individu tetapi tidak secara berterusan. Kesedihan bermaksud keadaan lemah yang dirasai daripada hati seseorang di mana perkara tersebut tidak menyenangkan mereka dan memberi impak yang tidak elok dan seterusnya boleh menjadikan individu tersebut menjadi lemah dan tidak berkeyakinan lagi. Perasaan yang terpendam yang mendalam ini membawa kepada kemurungan yang mugngkin memerlukan campur tangan professional yang berkelayanan untuk berbincang. Selalunya seseorang yang sedih, menjadi senyap, kurang bertenaga dan meminggirkan diri daripada kumpulan kecil. Individu tersebut juga boleh menjadi tiada keinginanuntuk keluar kemana-mana juga dan bersosial. Kesedihan dalam diri mereka boleh diketahui dalam ekspresi muka mereka dimana mereka suka menundukkan kepala, aktiviti fizikal yang lemah dan kelihatan lemah semangat dalam melakukan sesuatu kerja.  Kesedihan dianggap sebagai perasaan yang bertentangan dengan kebahagiaan. Secara sinonimnya ialah muram, murung, sengsara dan lain lagi.


Selain itu, emosi negative yang penting di sini ialah kemarahan. Perasaan marah terhasil daripada tindak balas mental dan fisiologi yang mengalami kesakitan yang dilihat atau kesusahan atau ancaman daripada luar. Kemarahan wujud hasil daripada tindak balas terhadap persepsi ancaman atas sebab konflik fizikal, ketidakadilan, kecuaian, penghinaan atau pengkhianatan. Kemarahan juga boleh dikategorikan sebagai pasif dan aktif. Dalam kes yang aktif, individu tersebut boleh marah secara lisan ataupun secara fizikal. Ketika keadaan yang pasif pula, ianya sering dilakukan secara tingkahlaku yang pasif, permusuhan atau ketegahan hasil daripada kemarahan atau individu yang bersalah itu. Kemarahan juga boleh merancak apabila berdepan dengan sesuatu keadaan yang menjengkelkan. Bagi mengawal kemarahan ini, fasa ketenang sangat perlu selaras dengan perkembangan fisiologi kemarahan. Badan kita perlu berehat kembali ke keadaan yang tenang apabila faktor kemarahan tersebut berkurangan. Jadi dalam mengendalikan kemarahan dengan cara yang betul, kita harus mengurangkan stress di mana jua kita berada dan sifat untuk memaafkan seseorang itu harus wujud dalam individu tersebut.


Kesimpulannya, emosi negative memang adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan ada dalam semua manusia di bumi ini yang normal dan stabil. Kita haruslah bijak dalam megendalikan emosi kita dalam apa-apa jua keadaan yang berada. Kestabilan daripada segi mental dan fizikal sangat penting dan menjadi perkara yang penting dalam melaksanakan apa jua situasi dengan elok. Terima kasih.

A131512 Chen Ming Jia LJ03

Selamat sejahtera saya mengucapkan kepada Dr. Ahmad Zamri Mansor yang amat kita sayangi dan hormati. Pada 10 Ogos 2011, saya telah menghadiri diri ke kuliah ZT2253  Pengurusan Emosi. Kuliah pada hari ini adalah tentang emosi negatif. Emosi-emosi negatif yang telah dibincang ialah takut, malu, sedih dan marah.

Sebelum memulakan kuliah, Doktor telah menunjukkan sebuah video klip nyanyian yang bertajuk 'Ummi'. Video klip ini menceritakan tentang kasih ibu terhadap anak-anak. Bagi setiap orang, ibu merupakan orang yang paling mulia di dunia. Ibulah yang mendidi, mengajar  kita tentang sifat-sifat baik dan menunjukkan kita ke arah yang betul sejak kecil lagi. Kita boleh berterima kasih kepada ibu dengan menyanyikan lagu ini kepadanya. untuk mengenang jasa ibu. Saya percaya bahawa ibu-ibu bagi setiap orang akan berasa gembira selepas mendengar lagu ini. Selepas video pertama, Doktor juga menunujukkan kita video klip yang kedua. Video klip tersebut menceritakan tentang penderitaan rakyat di negara yang sedang berperang, contohnya negara Palestin. Peperangan telah membawa banyak kesan buruk kepada manusia dan juga alam sekitar. Masyarakat Palestin terpaksa hidup dalam keadaan takut dan sengsara setiap hari dan mereka juga perlu bersiap sedia pada bila-bila masa bahawa nyawa mereka sendiri atau orang yang tersayang akan terkorban akibat peperangan. Mereka juga perlu mengalami kesedihan jika orang yang tersayang mati akibat peperangan. Selepas peperangan, masyarakat Palestin kehilangan tempat tinggal, orang yang tersayang dan juga sebuah negara yang pada mulanya aman dan damai. Selepas menonton video klip tersebut, saya berasa sedih atas perbuatan pihak yang hanya mementingkan diri sendiri dan langsung tidak berperikemanusiaan. Mereka berbuat demikian semata-mata untuk mendapatkan keuntungan bagi diri sendiri. Perbuatan ini telah secara tidak langsungnya mengorbankan nyawa-nyawa yang tidak bersalah. Selepas melihat video tersebut, saya berasa amat bersyukur kerana negara kita tidak berperang. Rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan damai. Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada kaum yang berbeza, kita tetap saling membantu dan bekerjasama.

 

 Selepas itu, Dr. Zamri memulakan kuliah yang bertajuk 'Emosi Negatif' yang merangkumi emosi takut, malu, sedih dan marah. Emosi perasaan takut wujud dalam setiap orang. Perasaan takut wujud pada diri kita apabila kita mula berasa risau, gementar dan juga bimbang. Perasaan takut juga merupakan response semula jadi apabila kita berasa diri berada dalam keadaan yang bahaya. Apabila kita berasa takut, deria kita akan menghantar rangsangan kepada sistem neuron. Kita akan mempunyai reaksi-reaksi yang tertentu untuk menyelamatkan diri. Contohnya, apabila saya berjalan berseorangan pada waktu malam di tempat yang sunyi, jika saya merasai diri diikuti oleh seseorang yang tidak saya kenal, saya akan berasa takut dan saya akan mencepatkan pergerakan saya kerana saya berasa diri berada dalam keadaan bahaya. Dalam hal tersebut, berjalan dengan pantas merupakan response saya. Response-response bagi seseornag yang berasa takut adalah seperti beikut: bulu roma menegak, mata terbeliak, kening ke dalam, bibir atas menuju ke atas dan juga mula berpeluh. Perasaan takut juga akan muncul selepas seseorang itu mengalami kemalangan. Dia akan berasa takut selepas kejadian yang tidak baik telah berlaku pada dirinya. Dia juga akan trauma terhadap kejadian tersebut. Contohnya, saya pernah jatuh daripada tangga pada umur yang kecil dan telah menyebabkan tangan kanan terpatah. Selepas kemalangan tersebut,walaupun kejadian itu telah berlalu, saya tetap berasa takut apabila menggunakan tangga sehingga hari ini.

 

Seterusnya, saya akan membincangkan perasaan malu. Perasaan malu merupakan emosi yang tidak menyenangkan hati kita selepas kita membuat sesuatu yang tidak dapat diterima oleh orang ramai. Perasaan malu ini dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu  "Kemaluan Persendirian" dan juga "Kemaluan Profesional". Perasaan malu secara persendirian biasanya disebabkan oleh tindakan seseorang itu sendiri. Perasaan malu persendirian akan mempunyai reaksi-reaksi seperti tersipu-sipu, berpeluh, tergagap-gagap dan juga berasa gelisah. Kadang-kala, seseorang yang berasa malu akan cuba melindungi perasaan malu mereka dengan berketawa atau bersenyum. Contohnya, apabilah saya hilang kawalan semasa berjalan dan hampir terjatuh, saya akan mula ketawa dan cuba mengalihkan perhatian orang ramai terhadap saya. Manakala perasaan malu professional berlaku apabila seseorang gagal menjalankan tugas dengan baik. Perasaan malu ini selalunya berkaitan dengan kerjaya seseorang. Pada pendapat saya, semua orang tidak dapat mengelakkan diri sendiri daripada perasaan malu. Akan tetapi, seseorang tidak boleh bersifat malu secara keterlaluan. Hal ini demikian kerana, jika seseorang itu bersifat rendah diri secara keterlaluan, dia tidak akan berkeyakinan dalam melakukan segala perkara, seperti memberi pendapat sendiri atau memberi ucapan kepda orang ramai.   

 

Perasaan sedih berlaku apabila seseorang itu berasa kehilangan sesuatu. Perasaan sedih yang amat sangat akan mengakibatkan seseorang menghidapi penyakit mental. Apabial seseorang itu bersedih, dia akan memilih untuk berdiam diri dan dia akan merasa dirinya tidak bersemangat untuk melakukan apa-apa perkara. Dia juga tidak berminat untuk bersosial dan berinteraksi dengan orang lain. Oleh itu, aktivi seharian bagi seorang yang bersedih akan terganggu. Kita mudah untuk mengetahui seseorang itu sedang mengalami kesedihan. Antara tanda-tanda yang akan ditunjukkan oleh seseorang yang bersedih ialah kepala tunduk, menggit bibir dan juga perlahan fizikal. Bagi saya, apabila saya berasa sedih, saya akan meletakkan kerja-kerja di sebelah, merehatkan diri dan selalunya saya akan membuat perkara yang boleh menyebabkan saya berasa gembira. Contohnya, saya akan menyaksikan filem-filem yang mempunyai kesudahan yang baik dan bahagia. Saya juga akan mendengar muzik-muzik yang boleh menenangkan hati saya. Dengan melakukan perkara-perkara tersebut, saya akan menjadi riang dan gembira.

 

Perasaan marah pula merupakan satu psikofisiologikal reaksi terhadap kesakitan dan kesengsaraan. Kemarahan selalunya merupakan reaksi terhadap konflik fizikal, ketidakadilan, keabaian, penghinaan atau pengkhianatan. Selain itu, kemarahan boleh dilauahkan secar aktif atau pasif. Seseorang akan meluahkan perasaan marah secara aktif dengan menggunakan bahasa atau secara fizikalnya. Bagi seseorang yang meluahkan perasaan marah secara pasif, dia tidak akan menunujukkan perasaan marahnya dan tingkah lakunya akan lebih bersifat pasif. Oleh itu, biasanya, orang ramai tidak mudah perasaan seseorang itu sedang marah. Saya merupakan seseornag yang mudah mengalami perasaan marah. Apabila saya berasa marah, saya akan meninnggikan suara saya dan  kadang-kala akan mengeluarkan kata-kata yang akan menyedihkan orang di sekiling saya. Tetapi, saya telah belajar untuk mengawal emosi saya dengan baik sejak kebelakangan ini. Apabila saya berasa marah, saya akan cuba menenangkan hati saya dan berfikir sebelum berkata agar saya tidak lagi melukakan perasaan orang di sekeliling saya.

 

Akhir kata, selepas kuliah ini, saya telah mempunyai ilmu pengetahuna yang lebih tenatang emosi-emosi negatif. Emosi-emosi yang negatif tidak semestinya tidak baik kerana terdapat emosi negatif yang dapat melindunngi kita daripada bahaya. Jika kita pandai menguruskan emosi kita, emosi-emosi tersebut dapat mendorong kita menjadi seseorang yang lebih profesional. Sekian, terim kasih.  

A131858 CHO VI VIEN LJ03

 

 

 

 

 

 

           Selamat sejahtera saya ingin ucapkan kepada Encik Zamri . Kali ini merupakan kali yang ketiga saya menulis ulasan tentang kuliah ZT. Kuliah minggu lepas saya telah belajar tentang emosi positif tetapi kuliah minggu ini saya telah belajar tentang emosi negatif.  Sebelum kuliah bermula, saya telah menyaksikan satu video yang menceritakan tentang kemuliaan seorang ibu yang tidak jemu mendidik an anaknya. Video kedua menceritakan bahawa peperangan telah menyebabkan orang yang  tidak bersalah merana. Saya  berasa peperangan boleh dielakkan jika kedua-dua pihak boleh berbincang dengan aman. Peperangan langsung tidak membawa apa-apa manfaat melainkan kemusnahan yang tiada batas dan akan menyebabkan kemorosotan ekonomi di sesebuah negara itu.

 

            Selepas sesi video , kuliah bermula dengan topik "takut".  Menurut kefahaman saya, ketakutan ini akan wujud apabila seseorang berada dalam keadaan yang berbahaya dan apabila dia berasa keseorangan. Ketakutan merupakan gabungan emosi iaitu kerisauan dan kemurungan. Pada masa kecil, saya hampir lemas ketika bermain di taman tema air dan sampai sekarang saya takut apabila berada di kolam air yang dalam. Saya juga takut akan hantu walaupun saya tidak pernah melalui peristiwa.  Saya juga setuju bahawa seseorang akan hilang kawalan dan mengaktifkan sistem "fight and flight" disebabkan tahap adrenalin bertambah. Contohnya, apabila saya dikejar oleh penjahat, saya akan berlari tanpa menghiraukan apa-apa. Saya telah rasa bahawa saya dapat berlari dengan lebih cepat apabila berada di situasi yang berbahaya berbanding dengan situasi yang biasa.

 

            Emosi negative yang kedua ialah malu. Malu membawa maksud apabila seseorang berasa maruahnya atau air mukanya telah dijatuhkan. Seseorang juga berasa malu apabila dia anggap perbuatannya adalah tidak dapat diterima oleh masyarakat. Malu boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu personal dan professional.  Contohnya personal embarrassment ialah apabila masalah peribadi telah diketahui oleh oarng ramai. Misalnya , apabila saya mendapat keputusan yang kurang memuasakan saya akan cuba tidak berbincang topic ini dengan kawan-kawan kerana saya menganggap perkara ini sangat memalukan. Saya berasa rendah diri apabila mendengar kawan-kawan mendapat keputusan yang cemerlang. Kedua ialah professional embarrassment. Contohnya apabila seseorang tidak ingin mendengar cadangan orang lain di mesyuarat dan menganggap pendiriannya adalah betul. Akhirnya , dia telah meyedari bahawa dia telah salah faham.

 

            Emosi negative yang ketiga ialah kesedihan. Menurut pemahaman saya , kesedihan ialah perasaan yang akan wujud apabila seseorang telah kehilangan sesuatu yang amat berharga dan membawa makna kepadanya. Contohnya apabila saya berasa sedih, saya akan berdiam diri dan tidak ingin bercakap dengan oarng lain kerana saya sedang berfikir cara untuk mengatasa kerisauan saya. Saya juga tidak mempunyai minat untuk keluar dengan orang lain kerana saya ingin berseorangan. Menurut kajian yang telah dijalankan menyatakan bahawa orang yang gembira dapat memproses informasi dengan lebih tepat dan cepat berbanding dengan orang yang dalam kesedihan. Selain itu, menurut Isen, kemampuan seseorang untuk memproses data dan informasi adalah bergantung kepada perasaan. Menurut Halo effect, jika seseorang menujukkan kesedihannya, orang lain akan turut akan menganggapnya sebagai seorang yang lemah dan tidak dapat mengatasi masalah yang dihadapi . Sebenarnya ,saya rasa bahawa seoarang yang berkebolehan dan berpengaruh tidak akan menujukkan kesedihan kerana dia menganggap kesedihan ialah kelemahannya.

 

            Marah merupakan satu emosi yang biasa ditunjuk apabila seseorang mempunyai ketidakpusan hati atau benda yang diingini tidak dapat dicapai.Contohnya  saya akan berasa marah apabila keinginan saya tidak dapat dicapai dan biasanya saya akan pilih passive emotion untuk menunjukkan kemarahan saya. Saya tidak akan menghirau orang tersebut tetapi kemarahan saya hanya berlanjutan selama beberapajam sahaja. Saya tidak suka menyimpan dendam kerana keadaan ini akan menyebabkan saya letih. Saya akan cuba mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut kerana mungkin saya telah salah faham atau salah tafsir. Saya juga akan cuba memikir balik apa sebab saya berasa marah , kenapa marah . Menurut pandangan Islam, kemarahan sebenarnya ialah kelemahan seseoarang. Orang yang kuat bukannya mengawal orang lain dengan kuasanya tetapi adalah seorang yang dapat mengawal kemarahannya.

 

            Seterusnya, kuliah diteruskan dengan Theori Tahap Adaptasi. Theori ini mengatakan bahawa setiap orang mempunyai tahap adaptasi yang tersendiri dan akan memberi respond yang berlainan terhadap persekitaran yang baru dialami. Ia akan meyebabkan kita mengalami pelbagai emosi dalam proses penyesuaian. Contohnya, apabila saya mula memasuki tahun 1 dalam bidang perubatan, saya dapati terdapat banyak benda yang saya harus mengubah, misalnya cara belajar,cara untuk berkomunikasi dengan orang lain dan cara untuk bekerjasama dengan orang lain. Pada mulanya, saya tidak dapat menyesuaikan diri kerana sikap saya yang selalu suka bergantung kepada ibu bapa . Selepas saya berada di universiti, saya rasa banyak masalah harus diatasi sendiri kerana ibu bapa tiada di sisi saya dan mereka tidak dapat membantu saya. Selepas setengah tahun berada di ukm, saya rasa saya sudah pandai berfikir dan dapat membuat keputusan tanpa kehadiran ibu bapa saya.  Selain itu, theory tersebut mengatakan bahawa, apabila seseorang biasa dengan benda yang diperolehi dan akan berasa gembira hanya apabila dia mendapat sesuatu yang lebih bagus. Manusia ialah orang yang tidak tahu kepuasan an selalu menginginkan benda yang lebih baik.

 

            Di samping itu , theory Solomon juga ada mengatakan bahawa setiap emosi juga akan menyebabkan  emosi yang lain untuk wujud. Contohnya, pada mulanya saya menganggap sesi csl sangat meletihkan kerana saya terpaksa menaiki bas ke Cheras untuk sesi tersebut. Kadang-kala ia akan memakan masa sebanyak 4 jam. Walau bagaimanapun, saya mula mendapati sesi ini sebenarnya dapat membantu saya pada masa yang akan datang kerana di sana saya dapat berjumpa dengan pesakit . Melalui sesi tersebut, saya memang dapat menimba banyak ilmu daripada doctor yang bertugas di sana. Selain itu, Solomon juga ada mengatakan bahawa semakin banyak anda menghadapi benda yang anda takuti,semakin kurang ketakutan anda. Saya berasa theory tersebut sangat betul kerana saya pernah melaluinya. Saya masih ingat lagi saya tidak suka belajar Chemistry kerana saya menganggapnya sangat susah. Walau bagaimanapun, apabila saya mula cuba pelbagai soalan dan menghadiri kelas tambahan untuk subjek ini, saya mula berasa bahawa subjek ini sebenarnya bukanlah susah sangat cuma saya tidak berusaha bersungguh-sungguh. Sekarang saya berasa Chemistry ini merupakan subjek yang menyeronokan.

 

            Secara kesimpulannya, kuliah minggu ini sangat menyeronokan kerana banyak emosi-emosi negative telah dibelajari. Emosi –emosi harus dikawal dengan kerana apabila anda membiarkan emosi ini menguasai anda, anda mungkin tidak dapat mengawal diri dan akan membuat perkara atau keputusan yang tidak rasional. Sekain, terima kasih.