Wednesday, August 31, 2011

A131869 NG YUN FOONG LJ05 Personaliti vs Emosi

Selamat sejahtera kepada pensyarah dan rakan-rakan saya. Kali
ini merupakan kali kelima saya menulis jurnal bagi kursus Pengurusan
Emosi. Jurnal ini juga merupakan tugasan terakhir bagi Tugasan 1 dalam
kursus Pengurusan Emosi. Tajuk jurnal ini ialah 'Personaliti vs
Emosi'.

Sebelum saya menulis tentang personaliti , saya ingin
memulakan jurnal ini dengan topik teori psikoanalitik. Semasa
pembelajaran tentang emosi , kami telah mendapat pengetahuan tentang
emosi bahawa teori yang berorientasikan ciri-ciri fisiologi dan
kognitif mencadangkan pengalaman emosi adalah bersifat sedar atau
conscious. Namun demikian , terdapat pembantahan daripada pihak lain
tentang pernyataan tersebut. Sigmung Freud membantah pernyataan itu
dan mencadangkan bahawa pengalaman emosi adalah satu proses yang
bersifat tidak sedar atau unconscious. Perkara-perkara yang bersifat
tidak sedar adalah seperti emosi , motif dan memori lepas yang kita
tidak perasan tentang kewujudannya tetapi boleh memberi pengaruh
kepada tingkah laku kita. Penekanan teori ini adalah kepada
emosi-emosi negatif. Konflik di paras tidak sedar boleh menyebabkan
emosi-emosi negatif tersebut dialami oleh seseorang. Sebagai contohnya
, seseorang individu yang pernah ditakuti dengan pergerakan badut
dalam alam kanak-kanak , akan tiba-tiba berasa takut apabila melihat
kemunculan badut di sekelilingnya semasa dewasa. Teori psikoanalitik
ini boleh dikaitkan dengan video yang bertajuk 'Childhood Experience'
yang ditunjukkan semasa kuliah. Dalam video tersebut , terdapat
pernyataan-pernyataan seperti berikut yang diberitahu oleh watak utama
itu.

'A long time ago, when I was just a child, I believed that my life was
great and that nothing could ever go wrong. I believed that no matter
how bad things got there was always a light at the end of the tunnel.'

Walaupun , teori psikoanalitik menekankan emosi negatif , tetapi dalam
video tersebut menekankan emosi positif. Semasa zaman kanak-kanak ,
terdapat banyak emosi positif tentang kegembiraan dan kebahagiaan
hidup telah dijadikan memori watak utama itu. Walau bagaimanapun ,
semakin hari semakin berumur dan kemudiannya semakin menuju ke arah
zaman dewasa , watak utama tersebut telah banyak melalui
perkara-perkara yang membawa kepada emosi negatif. Namun begitu ,
perkara yang tidak sedar iaitu memori kanak-kanaknya yang tersimpan
dalam mindanya itu telah menyebabkan pertukaran emosi negatif kepada
emosi positif seperti yang pernah dialami oleh watak utama tersebut
semasa zaman kanak-kanak. Situasi ini dapat dibuktikan dalam
pernyataan berikut yang ditunjukkan pada akhir video tersebut.

'…..A long time ago, when I was just a child, I believed that my life
was great and that nothing could ever go wrong. I believed that no
matter how bad things got there was always a light at the end of the
tunnel. I still believed that.'

Selain itu , personaliti manusia telah dibincangkan
semasa kuliah. Beberapa ujian personaliti telah dijalankan melalui
tayangan slide yang disediakan oleh pensyarah. Antara ujian-ujian
tersebut ialah Personaliti A atau B , ujian Myers-Briggs Type
Indicator(MBTI) dan ujian Big Five Theory. Ciri-ciri personaliti A
atau B telah ditunjukkan dalam bentuk video dan kami telah
menganalisakan personaliti berdasarkan pernyataan personaliti yang
ditunjukkan. Selepas menonton video tersebut , saya mendapati bahawa
saya mempunyai kedua-dua personaliti jenis A dan B.
Pernyataan-pernyataan yang benar-benar mempamerkan personaliti saya
jenis B ialah 'memandu pada halaju yang dihadkan atau kurang' , 'makan
secara perlahan' dan 'bercakap secara perlahan' , manakala
pernyataan-pernyataan yang benar-benar mempamerkan personaliti saya
jenis A pula ialah 'sentiasa dalam keadaan huru-hara' ,
'ketidaksabaran', ' orang yang suka akan kesempurnaan' dan 'sentiasa
melihat ke arah jam atau jam tangan'. Pada pendapat saya , setiap
manusia adalah berbeza dari segi kelebihan dan kelemahan masing-masing
dan seterusnya personalitinya yang mungkin terdiri daripada jenis A
atau B atau kedua-duanya. Cara hidup , cara pemikiran dan keadaan
sekeliling seseorang boleh memberi impak kepada personaliti seseorang
individu. Sebagai contohnya , seorang pekerja yang mempunyai
personaliti jenis B pada mulanya boleh bertukar personalitinya kepada
jenis A sekiranya bekerja dalam keadaan yang menyebabkan tekanan hidup
yang tinggi. Hal ini berlaku kerana pekerja tersebut tidak mahir dalam
menangani stres yang dialaminya.

Di samping itu , ujian MBTI telah dijalankan. Ujian
MBTI ialah satu soal selidik psikometric yang direka untuk mengukur
preferens psikologi manusia dari segi cara pandangan terhadap dunia
dan pemilihan keputusan. Myers dan Briggs telah mengekstrapolasikan
teori MBTI daripada hasil karya Carl Gustav Jung dalm bukunya
Psychological Types (1921). MBTI menyusun beberapa ciri perbezaan
psikologi kepada 4 pasangan atau dichotomies yang menyebabkan jumlah
kombinasi menjadi 16 kemungkinan personaliti dalam ujian tersebut.
Antara dichotomies tersebut ialah extraversion(E)-introversion(I) ,
Sensing(S)-Intuition(N) , Thinking(T)-Feeling(F) dan
Judgement(J)-Perception(P). Berikut adalah maksud atau hasil analisis
bagi kombinasi tersebut.

ISTJ-Duty Fulfiller ESTJ-Guardian
ISFJ-Nurturer
ESFJ-Caregiver ISTP-Mechanic
ESTP-Doer
ESFP-Performer ISFP-Artist
ENTJ-Executive
INTJ-Scientist ENTP-Visionary
INTP-Thinker
ENFJ-Giver INFJ-Protector
ENFP-Inspirer
INFP-Idealist

Melalui ujian ini , saya mendapati bahawa saya ialah duty fulfiller.
Menurut laman web istj.mbti.human-types.com, ISTJ merupakan seorang
yang senyap , serious , bertanggungjawab , suka sesuatu yang teratur ,
sensible , sabar , konservatif dan taat. Pada pendapat saya , ujian
ini akan menghasilkan keputusan atau diagnosis yang berbeza pada masa
yang berbeza. Sebagai contohnya , seseorang gadis mendapat ENTJ
sekarang mungkin akan mendapat ENTP apabila dia membuat ujian ini pada
masa yang lain kerana perubahan di sekelilingnya memberi kesan kepada
perubahan tingkah laku seseorang.

Tambahan pula , ujian Big Five Theory juga dijalankan.
Dalam teori ini , lima faktor telah digunakan , iaitu openness,
conscientiousness, extraversion, agreeableness, and neuroticism.
Akronim bagi lima faktor tersebut ialah OCEAN. Openness (Keterbukaan)
menerangkan apresiasi dan penghayatan seni , emosi , pengembaraan ,
idea luar biasa , penghairanan dan pelbagai pengalaman.
Conscientiousness (kecermatan) merujuk kepada suatu kecenderungan
untuk menunjukkan disiplin kendiri , menjalankan kewajipan dengan
sempurna dan bermatlamat untuk mencapai kejayaan. Pihak yang mempunyai
ciri ini suka membuat perancangan berbanding dengan tingkah laku
spontan. Extraverison (Ekstraversi) pula ialah ciri yang menunjukkan
kuasa , emosi positif dan kecenderungan untuk mencari stimulasi
daripada teman-temannya. Agreeableness(Kesetujuan) menerangkan satu
kecenderungan untuk menjadi compassionate dan bekerjasama dan bukannya
perasaan syak wasangka atau antagonistik terhadap pihak lain.
Neuroticism(Neuroticisme) ialah satu kecenderungan untuk mengalami
emosi negatif dengan mudah seperti emosi kemarahan , kebimbangan atau
kesedihan . Hasil daripada ujian tersebut , saya mendapati saya
mempunyai ciri neuroticisme yang tinggi. Menurut pernyataan
neuroticism , saya mudah diperngaruhi , mempunyai mood yang sentiasa
berubah , mudah mengalami stres dan bimbang tentang pelbagai perkara.
Semasa kuliah , video yang bertemakan lagu 'Right Here Waiting' juga
dikaitkan dengan teori tersebut.

Kesimpulannya , personaliti seseorang bukan sesuatu
yang kekal sama selama-lamanya. Personaliti akan sentiasa berubah
disebabkan oleh cara hidup , perubahan yang berlaku di sekeliling ,
cara pemikiran yang baru , dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment