Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bertemu kita lagi di dalam penulisan jurnal pengurusan emosi ini. Ini merupakan penulisan jurnal terakhir saya di dalam kursus ini. Pada hari Rabu bersamaan dengan 24 Ogos 2011 yang lepas, saya telah menghadiri kuliah yang ke 5 untuk kursus ini. Kuliah pada kali ini berkaitan dengan emosi dan personaliti seseorang. Kuliah pada kali ini tidak sama seperti kuliah sebelum-sebelumnya kerana kuliah pada hari ini bukanlah berdasarkan kepada nota kuliah seperti kebiasaannya. Kuliah pada hari ini adalah berdasarkan kepada 3 tugasan yang perlu kami lakukan sepanjang kuliah. Tugasan yang pertam ialah kami perlu membaca nota kuliah tentang Teori Psikoanalitic. Kemudian kami perlu mendengar dan menonton klip video pertama yang ditayangkan. Kami dikehendaki untuk mengaitkan apa yang ada dalam video tersebut dengan teori yang telah dibaca. Tugasan yang kedua pula, kami perlu menjawab soal selidik MBTI di mana di akhir ujian tersebut, saya dapat mengetahui kategori personaliti saya dan perlu dibincangkan di dalam jurnal. Tugasan yang ketiga pula, kami perlu menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan membincangkan personaliti yang saya perolehi.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan personaliti, seterusnya melalui video yang disediakan oleh Dr Zamri, video pertama berkenaan dengan jenis personaliti iaitu Type A dan Type B. Seperti yang diperkatakan, ini merupakan pembahagian major yang biasa dilakukan untuk mengetahui jenis personiliti seseorang. Personaliti A merupakan seseorang yang tergesa-gesa seperti dijelaskan dalam video makan, bangun tidur dan memandu dengan cepat, bergegas dalam melakukan sesuatu. Jenis A adalah yang tidak sabar, akan tetapi perbuatannya adalah teratur dan mementingkan kesempurnaan (perfectionist). Terbalik pula dengan Personaliti B yang agak tenang, relax dan cool dalam melakukan sesuatu perkara. Tidak bergegas dan sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu. Jenis ini mudah bersabar dalam menghadapi sesuatu. Jenis Personaliti A dan B ini sering juga dikaitakan dengan sikap panas baran dan penyabar. Melihatkan kepada karekter-karekter yang dipamerkan oleh kedua-dua jenis personaliti, saya boleh dikatakan memegang personaliti jenis B. Bagi saya bergantung kepada situasi, seseorang itu mungkin akan memperlihatkan personaliti jenis A. Video yang kedua pula menceritakan perihal seseorang individu yang berfikir akan hidupnya. Dari kecil dia merasakan hidupnya indah sehinggalah apabila meningkat dewasa semuanya berubah. Pada mulanya saya berpendapat bahawa dia merupakan seorang yang perfectionist kerana dia mementingkan kesempurnaan dalam hidup, inginkan kawan dan masyarakat sekeliling yang baik serta wanita yang boleh menerima dirinya. Sehinggakan dia mahukan wang yang disedekahkan kepada peminta sedekah pun diguna untuk kebaikan. Akan tetapi dia sedar bahawa hidup ini tidak selalunya indah dan akan mengikut kehendak kita. Memang betul kita selalu bayangkan personaliti dan karakter yang baik-baik untuk hadir dalam hidup kita. Tetapi hakikat sebenarnya berkemungkinan sebaliknya. Seperti individu terbabit, di akhir video, dia akhinya faham akan hakikat sebenar kehidupan, walaupun ia tidak mengikut kehendak dirinya, tidak secerah seperti yang diimpikan, tetapi dia tetap jua mengharapkan terdapat sinar diakhirnya. Inilah kehidupan, kita belajar berkenaan emosi dan personaliti. Di luar sana, terdapat berbagai personaliti yang akan kita jumpa dan hadapi tapi bagaimana kita hadapinya? Adakah kita mahukan ianya berubah mengikut corak kemahuan kita ataupun kita sendiri yang fleksible dan boleh berubah mengikut keadaan sekeliling. Walauapapun kehidupan yang kita alami, janganlah kita mudah berputus asa dan sentisalah berfikiran positif mengharap kepada sinar kehidupan di hadapan.
Individu yang mempunyai personaliti Type A, boleh didefinisikan sebagai seorang yang serius dan selalu inginkan kesempurnaan dalam apa jua perkara yang dilakukannya manakala individu yang mempunyai personaliti Type B sangat berbeza, di mana mereka lebih tenang dalam membuat sesuatu keputusan. Terdapat sebuah kajian yang telah dijalankan, di mana melalui kajian tersebut mendapati bahawa seseorang yang mempunyai personaliti Type A mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang sakit jantung. Merujuk kepada diri saya sendiri, saya dapat rasakan saya seorang individu yang berpersonaliti Type B, di mana sepanjang saya membuat keputusan dalam kehidupan saya, saya terlebih dahulu sabar, tenang dan berfikir sejenak sebelum memilih untuk membuat keputusan. Alhamdulillah, setiap keputusan yang telah saya buat selama ini, memberikan kesan yang baik dalam kehidupan seharian saya. Oleh itu, saya lebih suka memilih untuk menjadi seorang yang berpersonaliti Type B.
Untuk personaliti B, personaliti ini merupakan jenis yang lebih tenang dan sabar serta dapat menyesuaikan diri sendiri dalam keadaan yang berbeza. Saya merupakan jenis personaliti ini. Sebagai jenis personaliti B ini, saya tidak mudah risau dan tidak akan berfikiran kelam-kabut apabila menghadapi masalah. Saya akan lebih tenang dan berfikir tentang faktor-faktor yang mencetuskan masalah berlaku dan juga cara-cara untuk mengatasinya. Walaupun personaliti B ini tidak mempunyai kehidupan yang teratur, namun saya sebagai jenis ini senang menyesuaikan diri sendiri dan menanti cabaran yang akan datang.
Bagi tugasan yang ketiga pula, kami menjawab soal selidik Teori Besar Lima ( Big Five Theory) dan mengenalpasti personaliti diri berdasarkan ujian ini. Teori ini terbahagi kepada lima kategori(O,C,E,A,N):
· Openness(keterbukaan) – golongan ini gemar berimaginasi dan sentiasa berwawasan. Mereka yang mempunyai sifat keterbukaan ini juga cenderung untuk mempunyai pelbagai minat yang meluas.
· Conscientiousness (berhati-hati) – golongan ini sangat bertimbang rasa, mempunyai kawalan ransangan yang baik dan juga kelakuan yang bermatlamat. Mereka yang mempunyai sifat berhati-hati ini cenderung untuk menjadi seorang yang teratur dan prihatin terhadap sesuatu perkara.
· Extraversion (peramah) – golongan ini mudah terangsang, suka bergaul gemar berkata-kata, asertif dan juga mempunyai ekspresi emosi yang tinggi.
· Agreeableness (menyenangkan hati) – golongan ini mempunyai sifat amanah, pemurah, baik, berkasih sayang dan lain-lain tingkahlaku yang pro-sosial.
· Neuroticism (agresif) – golongan ini cenderung untuk mengalami ketidakstabilan emosi, kebimbangan, kemurungan ,cepat marah, dan kesedihan.
Personaliti seseorang individu itu dapat dikenal pasti dengan merujuk kepada lima kategori di atas ini. Terdapat lima bahagian dalam ujian ini dan bahagian yang mempunyai markah tertinggi menunjukkan personaliti individu itu. Berdasarkan ujian besar lima ini pula, personaliti saya tergolong dalam golongan agreeableness, golongan ini boleh dipercayai, amanah, pemurah baik dan berfikiran terbuka. Persamaan personaliti saya dan hasil ujian ini ialah saya seorang yang berfikiran terbuka dan saya lebih suka mendengar berbanding berkata-kata. Apabila kawan-kawan saya berkongsi masalah mereka dengan saya, saya akan menjadi pendengar yang baik dan ini menjadikan saya salah seorang yang mudah dipercayai . Semua ujian ini mungkin tidak seratus peratus tepat tetapi mungkin sebahagian daripadanya hampir sama dengan personaliti seseorang itu. Setakat iuni sahajalah ulasan saya pada kali ni. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment