Selamat sejahtera. Pada hari 24 August 2011, saya telah mehadiri kuliah kursus Pengurusan Emosi yang keenam. Kali ini merupakan kali kelima saya menulis jurnal ZT2253 Pengurusan Emosi. Pada hari tersebut, Dr. Zamri telah menyenaraikan tiga tugasan untuk disempurnakan dalam jurnal pembelajaran yang kelima ini. Kami dikehendaki membaca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory, menjawab soal selidik MBTI, menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan menbincangkan personaliti masing-masing. Di samping itu, Doktor Zamri juga menayangkan satu klip video pada jam 2pm.
Melalui video yang ditayangkan di dewan kuliah tempoh hari, video ini menayangkan satu cerita bagaimana seseorang yang ketika zaman kanak-kanaknya ditanam dengan kepercayaan bahawa semua orang di dunia ini adalah baik-baik belaka dan oleh demikian dia juga perlu menjadi seorang yang baik kepada orang di sekelilingnya, namun ketika meningkat remaja, dia mendapati bahawa tidak semua sangkaannya sewaktu kanak-kanak adalah sama dengan realiti masyarakat di sekelilingnya.Dia mula mempersoalkan apakah perlunya lagi untuk dia berbuat baik kepada orang sekelilingnya,perlukah dia untuk mempertahankan sahabat yang mengetawakannya di belakang? perlukah lagi dia untuk memberi sedekah kepada peminta sedekah yang sebenarnya merupakan seorang penipu yang menginginkan wang dengan jalan yang mudah? Namun akhirnya, dia mula faham bahawa dia perlu juga untuk berbuat baik meskipun masyarakat di sekililingnya tidak begitu.Kejahatan tidak semestinya perlu dibalas dengan kejahatan juga.Dia juga mula matang dalam menentukan tingkahlaku yang lebih sesuai dalam beradaptasi dengan keadaan sekeliling.
'If my friend betray me - I'll find the new ones, If the beggar cheat me – I'll still be generous'
Untuk mengaitkan video ini dengan teori psikoanalytic, saya berpendapat video ini telah menayangkan tentang analogi tiga tahap psikik yang diusul oleh Freud.Tahap pertama ialah sewaktu kanak-kanak tersebut merasakan semua orang baik dan dia juga begitu.Pada pendapat saya ini adalah naluri semulajadi manusia.Tahap kedua ialah sewaktu kanak-kanak tersebut menjangkau usia remaja apabila dia mula menyesuaikan kehendak (semua orang baik dan akan melayannya dengan baik) dengan etika masyarakat (realitinya ada orang yang baik dan ada yang tidak).Elemen terakhir adalah apabila dia melalui usia dewasa apabila dia sudah tahu membezakan yang baik dan yang buruk dan membina pendiriannya sendiri (untuk tetap berbuat baik).
Kategori seterusnya dalam Myers-Briggs Type Indicator ialah ( T or F ). T ialah jenis individu yang akan menggunakan logic akal dan sebab musabab untuk selesaikan masalah. Manakala F ialah individu yang akan bergantung kepada nilai peribadi dan emosi dalam menyelesaikan masalah. Untuk kategori ini aku tidak pasti aku dalam kumpulan yang mana satu kerana aku rasa aku dalam kedua-dua kategori tersebut bergantung pada masa dan keadaan. Sukar untuk aku jelaskan disini. Untuk kategori yang terakhir iaitu judging or perceiving (J or P), J ialah individu yang suka mengawal dan suka sesuatu berada dalam keadaan yang tersusun dan berstruktur manakala P pula jenis individu yang fleksibal dan melakukan kerja sesuatu kerja secara spontan. Untuk ini aku akui aku berada dalam kumpulan P kerana dengan ini aku dapat melakukan kerja secara tenang dan hasilnya lebih baik bagi aku. Aku dapat melakukan sebarang kerja tanpa sebaang tekanan.
Seterusnya perkara yang aku rasa menarik untuk aku huraikan ialah The Big-Five Model ( 5 model utama) iaitu:
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Extroversion - tahap keselesaan seseorang terhadap sesuatu hubungan
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Agreeableness - refers to an individual's propensity to defer to others
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Conscientiousness - mengukur tahap kepercayaan
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Emotional Stability - tahap kebolehan seseorang untuk menahan tekanan terhadap mereka
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Openness to Experience - addresses an individual's range of interests and fascination with novelty
Berdasarkan model ini, soalan telah dibagikan kepada lima bahagian di mana bagi setiap bahagian soalan telah dipecahkan lagi kepada soalan yang lebih kecil. Setiap mereka yang mengambil ujian ini hendaklah memberikan markah kepada soalan yang dijawab contohnya
0 = tidak setuju atau tidak pasti
1 = Setuju sedikit
2 = Sederhana setuju
3 = Sangat setuju
Akhir sekali kita akan mengira jumlah markah yang terkumpul untuk mengetahui apa jenis personaliti kita semua.
Memasuki tugasan yang ketiga, iaitu tugasan yang terakhir. Kali ini saya akan membincangkan ujian soal selidik personaliti yang kedua, yang dinamakan The Big Five Theory (Teori Besar Lima). Kedah yang digunakan dalam ujian ini membahagikan soalan kepada lima bahagian. Kelima-lima bahagian ini mewakili personaliti yang tertentu
· A – Openness
· B – Conscientiousness
· C – Extraversion
· D – Agreeableness
· E – Neuroticism (Emotional Instability)
Setiap bahaagian soalan telah dipecahkan lagi kepada soalan yang lebih kecil. Setiap mereka yang mengambil ujian ini hendaklah memberikan markah kepada soalan yang dijawab contohnya
0 = tidak setuju atau tidak pasti
1 = Setuju sedikit
2 = Sederhana setuju
3 = Sangat setuju
Terlebih dahulu, saya akan menceritakan pandangan saya terhadap video ringkas yang telah dipaparkan oleh Dr. Zamri. Video tersebut memaparkan ciri- ciri individu yang mempunyai personaliti Type A dan juga Type B. Individu yang mempunyai personaliti Type A, boleh didefinisikan sebagai seorang yang serius dan selalu inginkan kesempurnaan dalam apa jua perkara yang dilakukannya manakala individu yang mempunyai personaliti Type B sangat berbeza, di mana mereka lebih tenang dalam membuat sesuatu keputusan. Terdapat sebuah kajian yang telah dijalankan, di mana melalui kajian tersebut mendapati bahawa seseorang yang mempunyai personaliti Type A mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang sakit jantung. Merujuk kepada diri saya sendiri, saya dapat rasakan saya seorang individu yang berpersonaliti Type B, di mana sepanjang saya membuat keputusan dalam kehidupan saya, saya terlebih dahulu sabar, tenang dan berfikir sejenak sebelum memilih untuk membuat keputusan. Alhamdulillah, setiap keputusan yang telah saya buat selama ini, memberikan kesan yang baik dalam kehidupan seharian saya. Oleh itu, saya lebih suka memilih untuk menjadi seorang yang berpersonaliti Type B.
Seterusnya, Personality Test, setelah membuat tugasan ini saya agak terkejut kerana saya mendapat personaliti ISTP, di mana personaliti ini lebih cenderung kepada bidang kerja mekanik dan bukannya bidang perubatan yang saya ambil ketika ini. Semasa menyelesaikan tugasan Big Five Personalities pula, hasilnya menunjukkan saya seorang "Agreeableness". Individu yang memiliki personaliti ini boleh dikatakan seorang mempunyai rasa belas kasihan yang tinggi terhadap orang lain atau sesuatu. Dalam erti kata yang lain, individu ini mudah cepat rasa belas kasihan apabila melihat seseorang itu ditimpa kesusahan. Personaliti ini jelas terdapat dalam diri saya di mana sebagai contoh, saya mudah rasa belas kasihan terhadap peminta sedekah yang tidak berupaya daripada segi fizikal lalu saya hulurkan bantuan wang ringgit kepadanya. Kerap kali saya lakukan perkara tersebut apabila ternampak peminta sedekah di kaki lima.
Secara kesimpulannya, setiap daripada kita mempunyai personaliti yang unik dan kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Jika personaliti kita ini mendatangkan keburukan dan tidak menyenangkan orang di sekeliling kita, kita boleh berusaha untuk mengubahnya bagi menyenangkan hati orang lain. Kita hendaklah sentiasa berpesonaliti baik dan terpuji bagi kehidupan yang selesa :)
No comments:
Post a Comment