----- Forwarded Message -----
From: Fatin Aqma <aqmafatin@yahoo.com>
To: "yaxa716yise@post.wordpress.com" <yaxa716yise@post.wordpress.com>
Sent: Monday, September 5, 2011 1:37 PM
Subject: A131749 Nurul Fatin Aqma Binti Ismail
From: Fatin Aqma <aqmafatin@yahoo.com>
To: "yaxa716yise@post.wordpress.com" <yaxa716yise@post.wordpress.com>
Sent: Monday, September 5, 2011 1:37 PM
Subject: A131749 Nurul Fatin Aqma Binti Ismail
-----------------SIAPA SAYA---------------
Assalamualaikum pembuka kata bicara saya dan tak terlambat lagi rasanya untuk saya ucapkan Salam Aidilfitri kepada sahabat-sahabat saya semua dan mohon kemaafan dan keampunan atas kekhilafan diri ini sepanjang kita berkenalan. 24 ogos 2011 adalah kuliah keenam bg pengurusan emosi ini. Tapi, malangnya pada hari tersebut saya tidak dapat menghadirkan diri, kerana menghadiri raptai bagi Majlis Penutup Ihya' Ramadhan. Dan juga, ini adalah jurnal terakhir yang dapat saya coretkan dan kongsi bersama saudara dan saudari semua kali ini. Dan kepada Dr.Zamri, saya minta maaf kerana kali ini memang tersangat-sangat lewat saya hantar jurnal nie. Mood raya tak habis lagi.. Hehehe….. terima kasih kepada rakan-rakan yang menghantar link2 kat facebook, ini memudahkan lagi bagi saya untuk mencari dan membuat tugasan yang telah ditetapkan.
Jurnal saya kali ini adalah berkaitan dengan personality diri. Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut, ingin saya bertanya di sini, adakah sahabat-sahabat semua tahu apa sebenarnya definisi personality itu sendiri..??? bagi sesiapa yang belum mengetahui, InsyaAllah, dapat saya berikan jawapannya. Melalui laman sesawang yang saya rasa dapat dipercayai dan diterima, banyak pendapat berikutan dengan definisi personaliti itu sendiri. Secara umumnya, personaliti adalah ciri-ciri tingkah laku yang ada pada individu, namun begitu, perlu diketahui setiap individu itu mempunyai personaliti yang berbeza-beza. Ia mewakili perwatakan seseorang individu dan dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam situasi-situasi yang tertentu. Menurut Alder (1948) personaliti adalah gaya hidup seseorang. Pada pandangan Gordanpula(1961) pula, personaliti adalah organisasi sistem psikologikal yang dinamik di dalam jiwa individu itu sendiri.tambahan pula, Crow ( 1983 ) menyatakan personaliti adalah perwatakan fizikal, corak pertuturan dan daya penarik yang dimiliki oleh individu itu sendiri. Gage dan Berliner (1984) pula menyatakan personality merangkumki segala aspek tingkah laku manusia kerana ia merupakan motif, sikap, pendapat ,kepercayaan , pemikiran kognitif, emosi dan ciri-ciri seseorang. Menurut Menninger (1930), personaliti ialah apa-apa yang menghuraikan tentang seseorang individu itu sendiri. Definisi ini mengandaikan tentang keadaan biologi dan fisiologi seseorang dan ia dianggap terlalu ringkas. Satu definisi yang boleh dikatakan lebih menyeluruh telah diberikan oleh Waren & Carmichael (1930). Menurut mereka personaliti ialah organisasi dinamik dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuaiannya kepada psersekitarannya. Jadi, diharapkan melalui definisi yang saya lampirkan ini dapat memberi kefahaman kepada sahabat-sahabat semua.
Melalui video yang telah disediakan, kami telah didedahkan dengan jenis-jenis personaliti diri iaitu jenis A dan B yang jarang orang ketahui dan ambil peduli sedalam-dalamnya. saya amat tertarik dengan paparan diakhir video yang menyatakan individu yang mempunyai personaliti jenis A terdedah kepada tekanan yang melampau, serangan jantung dan juga keletihan. Bagi golongan personality jenis A ini, mereka harus dinasihatkan untuk belajar mengurangkan walaupun sedikit sifat-sifat tertentu yang boleh membahayakan kesihatan diri mereka. Namun begitu, apa yang terlintas difikiran saya, ada juga bagusnya mempunyai beberapa ciri daripada peronaliti jenis A. Sebagai contohnya, individu-individu ini menepati waktu sama ada ke kelas, pejabat mesyuarat dan banyak lagi. Disiplin waktu sangat penting dalam hidup dan ini adalah salah satu perkara yang sangat menjadi masalah kepada rakyat Malaysia untuk mereka tepati. Sering juga kita dengar apabila menghadiri sesuatu majlis, ada pihak yang menyatakan inilah 'janji Melayu', selalu je lewat daripada waktu yang telah ditetapkan di dalam tentatif program. Dan saya percaya, bagi mereka yang sangat mementingkan waktu akan merasa sangat kesal akan masa yang telah terbuang begitu sahaja. Selain itu juga, personaliti jenis A ini akan beruasaha dan pastikan segala tugas dapat disiapkan dan diselesaikan pada tarikh yang telah ditetapkan dan tidak bertangguh dalam setiap urusan. Dengan setiap kerja dapat diselesaikan dengan penuh berkualiti dan dapat memuaskan hati semua pihak yang menerimanya.
Saya dapati ciri-ciri personaliti jenis B kebanyakannya wujud dalam diri saya setelah menonton dan menghayati video itu. Selalunya, saya tidak akan berasa takut atau cemas jika saya terlewat sedikit untuk ke kuliah dan dalam menyiapkan kerja, saya lebih suka untuk bersikap tenang walaupun saya tahu masih banyak lagi kerja yang perlu disiapkan. Apa yang saya lakukan ialah, siapkan kerja satu persatu dan tidak hanya menyiapkan separuh jalan dan terus buat kerja lain. Apa yang saya katakan kepada diri saya, 'tak apa, buat je. Jangan risau. InsyaAllah, semuanya akan siap dan selesai '. Saya tidak suka memeningkan kepala saya dengan memikirkan, yang nie xsiap lagi, yang tue pun xsiap lagi. Ini akan menghilangkan konsentrasi saya untuk membuat dan menyelesaikan sesuatu kerja, dan akhirnya satu kerja pun xsiap. Siapa yang akan rugi selepas itu, diri sendiri juga yang akan merasa pahitnya. Dan bagi diri saya, tidak apa untuk menunggu seseorang itu, ada waktunya individu itu terlambat dan ada waktunya individu itu akan pergi awal. Susah untuk saya marah seseorang itu dalam hal seperti ini.
Untuk test MBTI (cognitive style inventory), dalam 10 minit, saya dapat ESFJ. Apa itu..??? pasti sahabat-sahabat nak tahukan. Apa yang saya faham ialah orang ESFJ nie sangat ambil kisah tentang orang-orang sekelilingnya dan berusaha untuk mengharmonikan setiap hubungan yang dijalinkan tanpa ada sebarang sengketa. Individu ini juga sangat serius dalam melakukan apa-apa kerja sekalipun dan percaya orang lain juga membuat kerja dengan betul. Mereka juga sangat suka memberi pertolongan kepada orang yang memerlukannya. Apabila saya reflek semula, ada juga sifat-sifat yang diatas yang ada dalm diri saya. Bagi big five personality test pula, saya dapat personality A iaitu AGREEABLENESS.. golongan yang mempunyai personaliti ini memberi kerjasama dan belas kasihan kepada orang lain dan tidak pula curiga dan buruk sangka kepada mana-mana individu yang tertentu. Mereka juga peramah, suka memberi pertolongan kepada sesiapa yang memerlukan dan boleh bertolak-ansur antara satu sama lain. Selain daripada itu, mereka juga percaya bahawa orang-orang di sekeliling mereka sopan-santun, jujur dan boleh dipercayai. Apabila membaca ciri-ciri yang ada, bagusnya jika semua manusia di dunia mempunyai sifat-sifat yang sebegini. Pastinya tidak akan berlaku pergaduhan dan sengketa antara satu sama lain ataupun antara negara-negara yang berlaku di depan mata kita sekarang ini.
Dengan ini, setelah mencoretkan segala apa yang saya tahu, melalui pertolongan nota kuliah yang diberi, video yang ditayangkan dan poenerangan daripada sahabat-sahabat, akhirnya jurnal ini dapat disiapkan. Namun begitu, ingin sekali saya memohon maaf kepda doctor kerana tidak dapat menyiapkan pada waktu yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa membaca coretan saya. Diharapkan, sahabat-sahabat semua sentiasa mencari ilmu dan menambah segala ilmu yang ada, selagi roh dan jasad masih bersatu dan selagi Allah mengizinkan kita hidup di dunia sementara ini. InsyaAllah……
Sekian, Wassalam……
No comments:
Post a Comment