A131248
MOHAMAD NORAZRIN BIN MOHD ABAS
personality!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada 24 August 2011, saya telah mehadirkan diri ke kuliah kursus Pengurusan Emosi yang keenam dan kali ini merupakan kali kelima saya menulis jurnal Pengurusan Emosi dan juga yang terakhir. Pada hari rabu yang lepas, Dr. Zamri telah memberi tiga tugasan untuk disampaikan di dalam jurnal pembelajaran yang kelima ini. Kami dikehendaki membuat beberapa aktiviti separti membaca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory, menjawab soal selidik MBTI, menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan menbincangkan personaliti masing-masing. Di samping itu, di permulaan kuliah Doktor Zamri telah menayangkan sebuah klip video .ini ialah tugasan yang diberikan pleh dr.zamri,
tugasan 1 : baca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory. Dengar dan tonton klip video pertama dan kaitkan dengan teori tersebut.
Tugasan 2: jawab soalselidik MBTI. Kemudian bincang personaliti yang diperolehi waktu soalselidik MBTI dalam jurnal kelima.
tugasan 3: jawab soalselidik Teori Besar 5, bincangkan personaliti yang diperolehi dalam jurnal kelima.
Video yang ditayang oleh Doktor Zamri pada kuliah tersebut menerangkan bahawa kita perlu sentiasa berfikiran optimis kepada perkara yang berlaku kepada masyarakat dan alam sekitaar kita. contohnya segala kesusahan dan dugaan yang kita hadapi sepanjang di dunia ini.. Video ini mengisahkan mengenai kemurungan dan kesedihan watak utama dalam bagaimana dia melawan melawan kemurungan. Semakin hari dia membesar, corak pemikiran dia turut juga berubah. Semasa waktu kecil, dia mempercayai bahawa rakannya tidak akan mengkhianati tidak kira dalam pelbagai keadaan, tetapi apabila dia semakin membesar, dia menyedari bahawa keadaan begini telah berubah. Dia juga mempercayai bahawa harapan sentiasa ada dalam apa jua keadaan semasa waktu kecil, tetapi, dia menyedari bahawa bukan segala benda ada penyelesaiannya. Kenyataan sekarang telah berlawanan dengan apa yang gaya pemikiran dia semasa zaman kanak-kanak dan dia berada dalam keadaan keseorangan dan kemurungan. namun dia berfikiran positif dan optimistic. Contohnya, setelah rakan mengkhianatinya diacuba untuk mencari rakan baru. walaupun dia mengetahui bahawa pengemis telah menipunya, dia tetap mendermakan duit dan dia mencari jalan penyelesaian sehingga dapat untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Hal ini demikian kerana dia masih mempercayai bahawa harapan sentiasa ada kepada orang yang sentiasa bersiap sedia mengharungi kehidupan seharian. Video telah mengajar saya cara untuk mengharungi kehidupan seharian. Malah ia mengajar saya supaya sentiasa berfikiran positif atau optimis dalam apa jua dugaan
Di samping itu, kami telah ditayangkan dengan klip video kedua yang berkisah tentang 'Personality Types'. Video tersebut menyatakan bahawa setiap individu memiliki personaliti yang pelbagai ragam. Melalui video tersebut, saya telah mempelajari dua jenis personaliti iaitu personaliti A dan juga personaliti B. Saya mengetahui bahawa orang yang mempunyai personality jenis A tidak suka membuang masa dan sentiasa tergesa-gesa dalam melakukan segala perkara dalam kehidupan mereka. Mereka akan melaksanakan segala aktiviti harian mereka secara tanpa membuang masa. Namun, pada pendapat saya, saya berasa bahawa orang yang mempunyai jenis personaliti A adalah orang yang kurang sabar dan sentiasa mengejar masa dalam kehidupan mereka. Kehidupan yang sedemikian akan mendatangkan banyak masalah secara tidak langsung. Hal ini adalah kerana mereka yang sentiasa sibuk untuk melaksanakan tugasan mereka dan akan mengabaikan kesihatan mereka. Keadaan tersebut akan menyebabkan banyak masalah kesihatan badan mereka. Selain daripada kesihatan, mereka juga akan menyumbang masalah tekanan dan itulah akan menjejaskan pemikiran mereka. Individu yang mempunyai personaliti jenis B adalah bertentangan dengan personaliti yang telah dibincangkan sebelum ini. Orang yang mempunyai personaliti B sentiasa membuat sesuatu dengan perlahan dan tidak mengejar masa. Mereka lebih bersikap santai dan sabar menunggu. Berdasarkan sifat-sifat yang dinyatakan atas, saya mempunyai personality jenis B. Saya selalunya bersikap sabar ketika menhghadapi masalah dan tidak memikirkan penyelesaianya dengan dengan terburu-buru. Saya lebih bersikap santai dalam menjalani kehidupan seharian kerana saya terfikir bahawa kehidupan harus dijalankan secara tenang bukan sahaja demi kesihatan diri malah untuk member kita peluang menghayati kehidupan di dunia ini. Pada pendapat saya juga perbuatan mengejar masa hanya akan membuatkan kita cenderung mengabaikan keluarga dan rakan-rakan kita.
Kategori seterusnya dalam Myers-Briggs Type Indicator ialah ( T or F ). T ialah jenis individu yang akan menggunakan logic akal dan sebab musabab untuk selesaikan masalah. Manakala F ialah individu yang akan bergantung kepada nilai peribadi dan emosi dalam menyelesaikan masalah. Untuk kategori ini aku ialah golongan f kerana selalunya aku selalu membuat keputusan berdasarkan emosi ketika itu . Untuk kategori yang terakhir iaitu judging or perceiving (J or P), J ialah individu yang suka mengawal dan suka sesuatu berada dalam keadaan yang tersusun dan berstruktur manakala P pula jenis individu yang fleksibal dan melakukan kerja sesuatu kerja secara spontan. Untuk ini aku berada dalam kumpulan P kerana dengan ini aku dapat melakukan kerja secara tenang dan hasilnya lebih member kepuasan kepada aku. Aku dapat mengurangkan tekanan ketika membuat kerja terbabit.
Seterusnya perkara yang aku rasa menarik untuk aku huraikan ialah The Big-Five Model ( 5 model utama) iaitu:
· Extroversion - tahap keselesaan seseorang terhadap sesuatu hubungan
· Agreeableness - refers to an individual's propensity to defer to others
· Conscientiousness - mengukur tahap kepercayaan
· Emotional Stability - tahap kebolehan seseorang untuk menahan tekanan terhadap mereka
· Openness to Experience - addresses an individual's range of interests and fascination with novelty
Berdasarkan model ini, soalan telah dibagikan kepada lima bahagian di mana bagi setiap bahagian soalan telah dipecahkan lagi kepada soalan yang lebih kecil. Setiap mereka yang mengambil ujian ini hendaklah memberikan markah kepada soalan yang dijawab contohnya
0 = tidak setuju atau tidak pasti
1 = Setuju sedikit
2 = Sederhana setuju
3 = Sangat setuju
Akhir sekali kita akan mengira jumlah markah yang terkumpul untuk mengetahui apa jenis personaliti kita semua.
Kesimpulanya,mengetahui personality sangat penting bagi setiap individu kerana ia akan membantu kita untuk mengenali diri kita sendiri dengan lebih mendalam.Malahan , ia akan membantu dan memudahkan kita menjalani kehidupan seharian.sekian,terima kasih dan selamat hari raya.
No comments:
Post a Comment