Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ini merupakan jurnal kedua saya dalam kursus ZT2253, pengurusan emosi. Pada 3 ogos 2011, seperti biasa kuliah bermula pada jam 2.00 petang yang bertempat di dewan kuliah 1. Dr. Zamri telah memulakan kuliah dengan menerangkan beberapa langkah untuk mendaftarkan nama kumpulan berserta nama ahli kumpulan untuk tugasan 2 yang dilakukan secara berkumpulan.
Selepas itu, Dr. Zamri memulakan kuliah tajuk kedua iaitu mengenai eksperasi wajah. Kuliah ini adalah sambungan dari kuliah sebelum ini yang membincangkan definasi dan struktur asas emosi. Teori Izard menyatakan bahawa eksperasi wajah dan persepsi ke atas sesuatu eksperasi adalah semulajadi atau 'natural'. Emosi juga adalah semulajadi dan boleh dipelajari melalui pengalaman. Sebagai bukti, Izard mengatakan bahawa bayi yang baru sahaja dilahirkan akan tersenyum. Ini kerana beliau mendapati bahawa eksperasi emosi seperti marah dan terkejut boleh dilakukan bayi yang berumur 3 atau 4 bulan, eksperasi malu dan takut pada bayi yang berumur 5 atau 6 bulan, manakala eksperasi rasa bersalah di awal tahun kedua. Bukan itu sahaja, Izard membuat 'cross-cultural studies'. Beberapa kajian telah dibuat di US, Brazil, Chile, Argentina dan Jepun seperti dilakukan oleh Ekman. Paul Ekman (1994) telah menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi. Scherer dan Walbott 1994 telah membuat kajian dan mendapati bahawa terdapat keselarasan bukti di dalam tindakbalas emosi setelah meneliti kajian-kajian yang telah dibuat meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Yang berbeza adalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan. Walau bagaimanapun, eksperasi bayi yang baru dilahirkan boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Terdapat 2 komponen di dalam teori pembelajaran dan pengalaman atau 'Learning & experience theories' iaitu dari segi biologi dan pembelajaran (learning). Dari segi biologi, Plutchik menyatakan bahawa emosi adalah eksperasi secara terus oleh individu tersebut dan boleh dipengaruhi oleh faktor kehidupan individu itu sendiri semasa membesar. Matsumoto telah membuat kajian eksperasi dan keamatan emosi di Caucasian, Afrika Amerika, Asia dan Hispanics dan telah mendapati bahawa asas emosi adalah sama tetapi eksperasi yang dilakukan adalah berlainan. Emosi seperti takut adalah disebabkan oleh pengaktif (activators) yang berlainan di dalam setiap individu, sebagai contoh; hantu, anjing, ketinggian dan juga lipas. Proses kognitif juga berlainan oleh setiap individu. Dari segi pembelajaran(learning) pula, beberapa kajian telah dibuat seperti kajian yang dilakukan oleh Miller dan Albert. Albert mengatakan bahawa seseorang individu itu boleh merasa takut melalui pengalaman hidup yang dijalani. Kesimpulannya, terdapat beberapa evolusi didalam asas emosi seperti yamg dinyatakan oleh Tomkin mengenai tindakbalas wajah; senyum boleh menyebabkan kegembiraan. Manakala Izard mengatakan pengalaman emosi dipengaruhi oleh tindakbalas daripada eksperasi wajah. Biologi dan pembelajaran adalah komponen-komponen yang mempengaruhi teori pembelajaran dan pengalaman( theories on learning and experience).
Selepas kuliah kedua, Dr. Zamri memberi masa untuk para pelajar berehat sambil menunjukkan sebuah video klip. Selepas itu beliau telah membuat satu sesi interaktif dengan mengadakan beberapa kuiz berkaitan kuliah pada minggu lepas dan juga kuliah yang baru sahaja disampaikan. Pelajar dibahagikan beberapa kumpulan kecil yang terdiri dari 2 hingga 3 orang. Kuiz yang pertama mengenai teori emosi dan kuiz kedua mengenai teori Darwin. Kesemua soalan mengandungi 20 soalan dan kumpulan saya hanya mendapat 16 markah.
Selepas itu, Dr.Zamri meneruskan kuliah ketiga yang bertajuk gembira, bahagia dan kasih. Kebahagiaan adalah emosi yang dikategorikan dengan perasaan keseronokan dan kepuasan. Beberapa ahli philosopi seperti Aristotle, Plato, Epicurean dan Mills telah mengemukan pandangan masing-masing seperti kebahagiaan adalah hasil sesuatu kepuasan. Kajian yang dilakukan oleh Veehoven (1995) menunjukkan bahawa kebahagiaan setiap negara adalah berlainan. Menurut Argyle (1987), orang yang tinggal di Amerika Utara, Australia dan Eropah adalah orang yang paling bahagia. Menurut Rim (1993) pula, orang yang efektif dalam mengendalikan strategi lebih senang membuat diri mereka bahagia. Terdapat dua komponen di dalam kebahagiaan( Kozma et al, 1992) iaitu, jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Pada yang dimaksudkan jangka masa panjang adalah kebahagiaan yang berlarutan dan stabil dari bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun atau sejak kanak-kanak sehingga sekarang. Manakala apa yang dimaksudkan oleh jangka masa pendek adalah berdasarkan peristiwa yang berlaku dalam waktu yang singkat seperti mendapat cahaya mata atau gagal dalam peperiksaan. Kebahagiaan secara keseluruhannya adalah jumlah kebahagiaan jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Menurut Freud, hubungan kita dengan kedua ibubapa semasa kanak-kanak adalah penting untuk menentukan penyesuaian dan kebahagiaan pada masa akan datang. Sumber dari Argyle (1987), jatuh cinta adalah peristiwa yang mempunyai peratus yang paling tinggi dalam mencapai kebahagiaan. Bercakap mengenai kebahagiaan dan perkhawinan, kedua-dua lelaki dan perempuan mencapai kebahagiaan dalam perkhawinan (Vanfossen, 1981). Pasangan yang berkhawin lebih bahagia dari orang yang tidak berkhawin. Factor lain yang dikeluarkan oleh Argle, 1987 selain perkhawinan adalah kesihatan, persahabatan, kerja, rekreasi dan juga penghayatan agama (religiosity). Orang yang beragama adalah orang yang lebih bahagia dan orang yang kurang mengalami tekanan. Perkara ini telah dibuktikan dengan beberapa kajian yang dilakukan oleh Gallup dan Keith Ward.
Kasih sayang (love) adalah lebih dari perasaan suka. Terdapat tiga faktor kasih sayang iaitu komitmen, keintiman dan keghairahan. Proses yang membawa dua individu untuk berkasih saying adalah tarikan dalaman (interpersonal attraction). Hubungan romantic adalah individu yang menginginkan hubungan intim, mempunyai hubungan fisikal yang sangat rapat dan mempunyai kemahiran sosial yang mencukupi untuk memulakan dan mempertahankan sesebuah hubungan. Pengkaji mendefinasikan kebahagiaan dalam dua cara; penilaian bahawa hidup adalah kepuasaan dan dominasi oleh emosi positif berbanding emosi negatif. Untuk menjadi positif, ialah mempunyai ilusi positif tentang diri sendiri. Perbandingan individu yang tidak bahagia, individu yang bahagia adalah individu yang kurang didera, kurang mempunyai masalah kesihatan, suka menolong, kreatif, bertenaga, pemaaf dan boleh dipercayai.
Apa yang kita tahu mengenai orang yang gembira adalah tiada perbezaan jantina mahupun umur dalam mencapai kegembiraan. Adakah wang membuatkan orang gembira? Sebagai contoh, Negara yang kaya mempunyai tahap kepuasan dalam hidup berbanding negara yang miskin. Kuliah ini telah berakhir pada jam 4.30 petang.
Disini saya ingin berkongsi sedikit pandangan. Pada kuliah yang kedua mengenai eksperasi emosi. Menurut Izard, emosi adalah sesuatu yang semulajadi dan boleh diubahsuai seiring dengan perkembangan seseorang itu. Bagi saya, tidak semua emosi dapat dieksperasikan melalui wajah, ini bermaksud emosi dapat dieksperasikan melalui perlakuan contohnya seperti keadaan marah, seseorang itu tidak menunjukkan kemarahannya di wajah tapi dengan memukul atau memecahkan barang. Mengapa saya berpendapat sebegini kerana saya sendiri melaluinya. Bukan setiap emosi yang saya alami saya akan mengeksperasikan di muka saya, saya lebih menzahirkan emosi saya dengan perbuatan. Bila saya dalam keadaan marah saya akan menghembas barang-barang sekeliling saya. Disebabkan pembelajaran sepanjang kehidupan saya, sikap ini dapat diubah suai. Kini, bila saya di dalam keadaan marah, saya tidak lagi menghembas barang di sekeliling saya, saya terlebih dahulu berpikir supaya bertenang dan sentiasa berpikiran positif bahawa setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Saya juga akan menarik nafas kemudian hembus selama beberapa minit untuk menenangkan diri saya.
Pada kuliah yang ketiga adalah mengenai gembira, bahagia dan kasih. Semua orang ingin mencapai kebahagiaan, begitu juga diri saya sendiri. Bagi saya, perasaan gembira itu terletak pada diri individu itu sendiri, ini bermakna walaupun keadaan sekelilingnya lebih kepada negative, tapi jika seseorang itu gembira, keadaan yang negative boleh menjadi positif. Bagi saya perkataan bahagia lebih kepada kepuasaan. Manakala kasih pula berkaitan hubungan sesama manusia termasuk antara keluarga, adik beradik dan suami isteri. Setakat itu sahaja yang saya boleh kongsi setakat ini.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment