Assalamualaikum dan salam sejahtera, penulisan jurnal kali ini merupakan jurnal ke dua bagi saya setelah tamatnya kuliah kali ini yang bertarikh 3 Ogos 2011. Kuliah kali ini banyak mengisarkan tentang Izard's Innate Facial Expression, Learning & Experience Theories, dan Emosi Positif. Sepanjang kuliah yang telah berlansung selama tiga jam ini amat membantu saya mendalami dan lebih memahami mengenai subjek pengurusan emosi ini. Pada jurnal kali ini, saya akan cuba huraikan serba sedikit tentang kuliah tadi berdasarkan tahap pemahaman saya dan cuba kaitkan dengan diri saya sendiri ataupun pengalaman yang pernah dilalui yang berkaitan dengan pembelajaran kali ini.
Menurut Izard, berdasarkan kajiannya, learning has minor impact on emotional experience yang bermaksud pembelajaran hanya menyumbang kepada pengalaman emosi dalam kuantiti yang sedikit. Hal ini dapat dibuktikan melalui
I. kehadiran ekspresi emosi ketika bayi, marah dan terkejut pada 3 atau 4 bulan, malu dan takut pada 5 atau 6 bulan dan perasaan bersalah hadir ketika usia 2 tahun, tetapi terdapat kritikan di sini bahawa apabila bayi tersenyum bukan bermaksud si dia gembira tetapi terdapat pandangan bahawa senyuman itu merupakan satu bentuk komunikasi.
II. Berdasarkan 'cross cultural studies', suatu gambar atau imej dipamerkan kepada subjek dan subjek hendaklah mempamirkan satu jenis emosi yang berkaitan dengan imij tersebut seperti melihat imej gembira, subjek hendaklah mempamirkan emosi tersebut melalui riak wajah dengan senyuman. Melalui kajian ini didapati kadar persamaan dalam hasil kajian hamper sama bagi 5 buah negara. Walaubagaimanapun terdapat kritikan bahawa kajian ini hanya berkesan kepada golongan yang berpendidikan. Untuk mengatasi isu ini, Izard telah memperluaskan kajiannya ke beberapa buah negara dan mendapati hasil kajian tetap sama.
Ekman telah menyokon kesejagatan mimik muka dengan emosi sejajar dengan apa Izard ingin sampaikan dalam 'cross cultural studies'. Didapati, wajah gembira lebih dominan dikenal pasti dari wajah takut. Di sini saya sangat bersetuju kerana ketika kuiz ekspresi muka yang dijalankan di kuliah tadi, amat sukar bagi saya untuk membezakan wajah takut dengan wajah terkejut kerana kedua-duanya hampir mempamirkan reaksi yang sama dan sangat mudah bagi saya untuk mengenali wajah gembira kerana kegembiraan sering dikaitkan dengan senyuman.
Seterusnya, saya belajar mengenai Learning & Experience Theories. Peranan pembelajaran dan pengalaman ini terbahagi kepada dua iaitu
I. Sudut biologi ( Biological view )
Dari susudut biologi, pembelajaran memainkan peranan yang sedikit dalam peranan emosi. Memerlukan satu situasi sebagai perangsang emosi. Berdasarkan pemahaman saya, perlunya satu situasi bagi seseorang itu untuk memperlihatkan emosinya seperti contoh ketika saya menghadiri kenduri arwah seorang rakan saya, semestinya emosi yang akan dipamerkan adalah emosi sedih. Jadi di sini kita dapat melihat fungi situasi dalam rangsangan emosi. Emosi juga dikatakan bergantung kepada individu itu sendiri sepeti perasaan takut. Setiap individu mempunyai ketakutan pada sesuatu perkara dan diantara individu, perkara yang ditakuti mungkin berbeza-beza dan pada pendapat saya, perkara ini tercetus daripada pengalam mereka sendiri. Saya mula takut pada objek tajam setelah saya melukakan diri dengan tidak sengaja ketika membuka pentup tin dan ketika itu, darah mengalir keluar dengan banyaknya. Setelah insiden itu, saya mengalami perasaan takut pada objek-objek yang boleh melukakan saya. Ketika dalam makmal, saya diminta melukakan tangan untuk mendapat sampel darah bagi ujian jenis darah, tetapi saya mengalami kesukaran dalam melaksankannya dan muka saya mula pucat dan mengigil-gigil kerana terlalu takut perkara yang sama akan terjadi seperti dahulu.
II. Learning Theory View
Menurut teori ini, semua emosi dipelajari. Berdasarkan kajian Miller dan Albert membuktikan bahawa emosi boleh dipelajari.
Dalam dunia perubatan, emosi pesakit juga diambil kira ketika sejarah peasakit diambil semasa pemeriksaan dilakukan. Ketika pembelajan subjek klinikal sains, para doktor meminta kami melihat emosi pesakit itu sendiri semasa pemeriksaan dilakukan kerana dikhuatiri mereka mungkin berbohong atau adakah mereka sedang menahan kesakitan ketika diperiksa dan ini dapat membantu daam melakukan diagnosis. Melalui pengurusan emosi ini, sedikit sebanyak dapat membantu saya memahami emosi dengan lebih mendalam dan diharapkan sepanjang proses pembelajaran ini saya dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari di dalam dunia perubatan demi kesejahteraan pesakit saya pada masa akan datang.
Sekarang beralih kepada emosi positif. Menurut Aristotle, kegembiraan ialah hasil kepada pencarian ke arah keseronokan, manakal menurut Plato, punca kepada kebahagian ialah kehidupan yang baik dan mulia. Berdasarkan kedua-dua tokoh sejarawan ini, saya sangat menyokon apa yang Plato inign sampaikan. Sekiranya kita menjalani kehidupan dengan baik, kita akan peroleh kebahagian dalam hidup tetapi ada juga yang mengatakan bahawa seseorang yang bahagia dapat menjadikan keadaannya ataupun suasana sekelilingnya lebih baik. Pada pandangan saya mengenai isu ini, suasana yang baik merupakan faktor utama dalam mengecapi kebahagian. Sekiranya kita dilahirkan dalam keadaan keluarga yang berpecah belah, bolehkah kita mengecapi kebahagiaan?
Sebelum mengupas dengan lebih lanjut, saya inigi berkongsi suatu cerita. Ahmad (bukan nama sebenar ) merungut-rungut kepenatan setelah disuruh oleh ibunya untuk membersihkan halaman rumah. Ahmad berkata di dalam hati ' ish, kenapalah ibu suruh aku buat semua ini, tak faham ke aku baru balik dari sekolah, penat'. Walaupun begitu, Ahmad tetap melakukan kerja yang diarahkan oleh ibunya kerana tidak mahu bertengkar. Semasa sedang asyik melakukan tugasan itu, terlintas satu idea dan cepat-cepat mencatitkan idea tersebut dalam sekeping kertas. Di dalam kertas itu tertulis seperti berikut :
Upah membersihkan laman : RM 5
Upah pergi ke kedai : RM 2
Upah membuang sampah : RM 2
Upah mencuci pinggan mangkuk : RM 3
Setelah selesai mencatitkan jumlah yang perlu diberikan ibu kepadanya, Ahmad berlari masuk ke dalam rumah untuk diberikan kepada ibunya. Ibunya tersenyum setelah membaca lalu mengambil sekeping kertas lalu mencatitkan sesuatu.
Upah mengandungkan kamu : Percuma
Upah menyusukan : Percuma
Upah menjaga kamu siang dan malam : Percuma
Upah membesarkan kamu : Percuma
Ibu menyerahkan kepingan kertas itu kepada Ahmad. Setelah membacanya, Ahmad menangis lalu meminta maaf kepada ibunya.
Melalui cerita ini, apa yang ingin saya sampaikan ialah bahawa wang bukan segala-galanya. Sama juga seperti apa yang dipelajari hari ini mengenai emosi positif. Wang tidak dapat membantu seseorang dalam mengecapi kebahagian. Tidak dapat dinafikan bahawa harta benda dapat memberikan kebahagian dan kegembiraan, tetapi ianya hanyalah memberi kesan dalam tempoh yang singkat. Semakin kita mengejar kekayaan, semakin kita kehilangan sesuatu yanglebih berharga sekiranya kita tidak pandai membahagikan masa dengan baik.
Sepanjang kuliah pada hari ini, saya telah dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang teori-teori yang berkaitan dengan emosi serta apa itu emosi positif. Pembelajaran kali ini membantu saya mengkaitkan peranan emosi dalam kehidupan seharian dan cuba untuk mempraktikkan apa yang dipelajari dalam bidang yang saya ceburi sekarang
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment