Assalamualaikum dan selamat sejahtera…
Minggu ke-3 untuk kuliah pengurusan emosi membawa saya memahami emosi diri dan cara-cara untuk mengawalnya dengan lebih baik. Tajuk pengurusan emosi pada 3 Ogos 2011 ini ialah Ekspresi Emosi. Untuk tajuk kali ini, saya mempelajari beberapa teori, pandangan dan kajian dari tokoh-tokoh terdahulu berkaitan dengan emosi. Secara ringkasnya untuk kuliah pertama minggu in saya telah mempelajari tentang Izard's Innate facial expression iaitu tentang mekanisma saraf di mana emosi itu natural dan belajar mempunyai impact yang minor terhadap pengalaman. Salah satu buktinya ialah studi tentang bayi yang baru lahir yang di katakan mempunyai sifat semulajadi iaitu senyum atau dalam erti kata lain 'born to smile'. Selain dari itu studi tentang budaya juga telah di jalankan dan di dapati bahawa emosi adalah seragam dalam semua budaya.
Dalam kuliah ini juga, ada ditekankan tentang emosi dari segi biologi iaitu emosi di tonjolkan apabila terdapat rangsangan seperti sesuatu situasi. Sebagai contoh, perasaan takut dirangsang oleh pelbagai jenis rangsangan yang berbeza bagi setiap individu yang berbeza. Proses kognitif adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang lain. Pandangan-pandangan tentang emosi ini telah di sokong dengan beberapa teori dan kajian seperti Miller's study dan Albert's study. Dalam Miller's study, kajian yang dilakukan mendapati bahawa ketakutan tiada asas dalam biologi. Kajian yang telah dijalankan adalah seperti kejutan elektrik terhadap tikus dan hasilnya ialah tikus tersebut mempelajari rasa takut tersebut iaitu ia akan mengekspresikan perasaan atau rasa takutnya untuk kali kedua ia dikenakan kejutan elektrik. Dalam Albert's study pula, menunjukkan bahawa manusia juga boleh memperoleh atau merasa takut melalui proses pembelajaran. Menurut Albert rasa takut ini dipelajari tetapi manusia secara genetiknya lebih bersedia untuk rasa takut terhadap sesuatu benda berbanding dengan makhluk lain.
Selain itu juga, beberapa perbandingan telah di buat tentang konsep emosi ini berpandukan beberapa teori yang telah dipelajari sebelum ini. Yang pertama adalah perbandingan bagi teori evolusi di mana 3 teori di bandingkan iaitu emosi primari, Tomkin's facial feedback theory dan Izard's innate facial expression. Emosi adalah sesuatu hasil genetic dalam kejadian awal manusia.
Untuk emosi primari terdapat beberapa emosi asas iaitu yang pertama ialah keturunan dalam karakter bagi universal spesis. 3 karakter yang di nyatakan iaitu semulajadi, menyeluruh dan perasaan unik. Selain itu, dalam emosi primari ini juga membincangkan tentang struktur emosi (Plutchik), 3 bahasa, tindak balas adaptif dan juga dimensi ( intensiti, persamaan, kutub). Teori kedua dalam teori evolusi ( emosi primary) ialah Tomkin's facial feedback theory. Dalam teori ini, emosi di kategorikan sebagai sifat atau pergerakan wajah. 9 emosi di aktifkan oleh spesifik rangsangan dari persekitaran dan ekspresi wajah yang di rangsang. Teori terakhir yang dibandingkan ialah Izard's innate facial expression. Teori ini membincangkaan tentang mekanisma neural untuk ekspresi wajah adalah semulajadi atau natural. Selain itu, pengalaman emosi diaktifkan melalui sensori tindakbalas dari wajah. Ekspresi wajah juga boleh menyebabkan subjektif emosi contohnya senyuman boleh melahirkan rasa gembira.
Perbandingan kedua adalah tentang teori berdasarkan pembelajaran dan pengalaman. Pembelajaran dan pengalaman penting dalam mengekspresikan emosi. Dalam perbandingan ini, terdapat dua pandangan iaitu dari segi biologi dan juga teori pembelajaran. Dari segi biologinya, mempelajari emosi memainkan peranan yang minor. Kesan pembelajaran mempengaruhi kekerapan di mana pelbagai emosi diekspreskan. Emosi juga dikatakan natural, sebagai individu yang membesar, pembelajaran mempengaruhi emosi. Setiap orang dilahirkan mempunyai perasaan marah tetapi beljar untuk mengekspresikannya mengikut cara masing-masing. Contohnya sesetengah orang lebih selesa untuk memendamkan marahnya dan hanya melahirkan wajah manis untuk meredakan kemarahannya, bagi sesetengah orang yang lain pula, mengskspresikan marahnya dengan menjerit atau mencampakkan barang. Dalam teori pembelajaran pula semua emosi dikatakan dikenali dari pembelajaran. Rasa takut tiada dalam asas biologi. Ketakutan di perolehi melalui satu proses pembelajaran. Rasa takut dipelajari tetapi manusia secara genetiknya lebih bersedia untuk merasa takut dengan sesuatu berbanding dengan makhluk lain.
Secara keseluruhannya bagi tajuk pertama kuliah ini ialah emosi dilahirkan atau ditunjukkan melalui ekspresi muka atau dalam bentuk lain berbeza dari satu individu dengan individu lain.
Sekarang saya ingin mengulas atau membincangkan sedikit tentang apa yang telah dipelajari dalam tajuk kedua dalam kuliah ini iaitu emosi positif seperti gembira, bahagia, dan kasih. Kegembiraan adalah satu komponen emosi yang dikategorikan sebagai perasaan seronok, suka dan puas hati. Ini menggambarkan kepentingan keseluruhan di mana manusia hidup dengan perasaan gembira. Pandangan tokoh-tokoh terdahulu seperti Aristotle; kegembiraan adalah satu pencapaian dalam rasa suka. Bagi tokoh Plato pula, sumber untuk kegembiraan ialah mempunyai standard moral yang tinggi. Selain itu, Epicurean menyatakan bahawa kegembiraan diperolehi dengan meningkatkan rasa senang hati atau suka dan mengurangkan rasa sakit. Bagi Mills pula, kegembiraan adalah bersesuaian dengan semua tingkah laku.
Pelbagai perkara dapat membuatkan kita bahagia dan gembira. Bagi saya sendiri, saya berasa gembira sekiranya segala usaha saya dalam pembelajaran membuahkan hasil seperti lulus dengan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Kebahagiaan yang saya ingini adalah mempunyai keluarga dengan ikatan kasih sayang yang kukuh dan dapat menghabiskan masa lapang bersama-sama. Saya juga mempunyai impian untuk mengecapi kegembiraan akan datang iaitu untuk mendapat ijazah dalam jurusan perubatan ini dan mencapai cita-cita yang diimpikan selama ini. Saya juga ingin merasa kebahagiaan dalam berumahtangga pada masa akan datang.
Dalam tajuk kedua kuliah ini, ada dinyatakan tentang kajian berkaitan dengan kegembiraan. Cross culture studies adalah salah satu kajian yang dijalankan menunjukkan kegembiraan berbeza dari satu negara dengan negara yang lain. Budaya orang Asia dinyatakan mempunyai kegembiraan kendiri yang rendah dari yang lain. Orang yang paling gembira dikaji adalah orang Amerika Utara, Australia dan Eropah.
Orang yang gembira adalah seseorang yang dapat sesuaikan diri dengan persekitaran dan keadaan. Terdapat dua komponen dalam kegembiraan iaitu kegembiraan jangka panjang dan jangka pendek. Untuk kegembiraan jangka panjang bermaksud kegembiraan yang berterusan dari bulan ke bulan, tahun ke tahun. Iaitu dari zaman kanak-kanak hingga sekarang. Bagi kegembiraan jangka pendek pula bermaksud kegembiraan yang disekat atau di selangi dengan perkara yang menyedihkan seperti gagal dalam peperiksaan. Saya ingin mengaitkan pernyataan ini dengan pengalaman saya sebagai seorang pelajar perubatan yang telah gagal dalam peperiksaan akhir tahun satu dan terpaksa mengulang tahun, bagi saya sekiranya saya tidak dapat mengawal emosi sedih dan kecewa saya pada waktu itu kemungkinan besar saya tidak lagi berada di sini menulis jurnal atau melakukan aktiviti sebagai pelajar perubatan. Mungkin saya telah berhenti atau menukar jurusan. Pengawalan emosi adalah sangat penting supaya kita tidak menyesal di kemudiaan hari.
Seterusnya, kegembiraan dan kebahagiaan juga di kaitkan dengan perkahwinan, agama, kasih sayang yang di perolehi dari orang sekeliling. Kadang kala wang juga dapat memberikan kebahagiaan kepada seseorang kerana ia memberikan kepuasan hati dalam hidup.
Dalam kuliah kali ini, saya telah menjawab beberapa soalan kuiz yang diberikan di antara kuliah yang pertama dengan yang kedua. Kuiz ini meningkatkan kecerdasan otak saya untuk berfikir dan mengingat kembali pembelajaran sebelum ini.
Akhir kata, emosi adalah sesuatu yang dapat dikenalpasti melalui ekspresi muka dan cara mengekspresikannya adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang lain.
Sekian.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya sedang mencari bahan untuk penyelidikan untuk bidang tugas saya .. banyak juga maklumat disini .. terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletesama2.. semoga bermanfaat
Delete