Setiap hari kita bergerak,berjalan dan berjumpa dengan ramai orang yang pastinya berbagai ragam.Riak-riak wajah mereka juga memberi seribu makna pada kita.Mengapa wajah yang menjadi persoalannya ?Hal ini kerana riak wajah adalah isyarat badan dan petunjuk emosi seseorang yang paling mudah dilihat. Seorang lelaki boleh terpaut hatinya apabila melihat gadis manis tersenyum kepadanya.Ibubapa menjadi lega dan tenang setelah pulang penat bekerja apabila melihat wajah anak mereka.
Menurut teori Izard,emosi adalah sifat semul;ajadi yang telah tertanam dalam diri kita sejak kita kecil lagi.Beliau mengatakan bahawa setiap jenis senyum adalah sama bagi setiap orang di seluruh dunia.Sebagai contohnya,sejak dari bayi kita sudah pandai menangis,marah,ketawa,senyum dan sebagainya.Namun,sebagai persoalannya adakah bayi menangis menunjukkan mereka sedih,mungkin mereka sakit dan apabila bayi senyum adakah mereka menunjukkan bahawa emosi mereka gembira.Ingin saya ulang kembali sedikit cebisan kisah Pak Pandir dan Mak Mandir.Mereka mempunyai seorang bayi.Alkisah mereka tidak tahu suhu air yang sesuai untuk memandikan bayi.Maka mereka berdua menggunakan air yang baru dididihkan untuk memandikan anak mereka.Tatkala merka sedang memandikan anak mereka,kelihatan wajah anak mereka seperti bayi yang digeletek,seperti wajah yang tersenyum.Mereka menyangka anak mereka suka dan gembira lalu mereka terus memandikan anak mereka dengan air panas terbabit.Malangnya akhirnya anak mereka meninggal dunia.Pengajarannya,tidak semestinya apa yang diekspresikan oleh seorang bayi sama emosinya seperti apa yang diekspresikan oleh orang dewasa.
Seterusnya,kuliah pada hari ini menyebut tentang kajian Ekman iaitu riak yang ditunjukkan oleh wajah seseorang itu menunjukkan emosi yang dialami oleh orang tersebut.Kajian juga menunjukkan bahawa wajah gembira yang paling mudah dikenali oleh semua orang.Pada pendapat saya,riak wajah tidak semestinya menunjukkan emosi sebenar yang dialami oleh orang tersebut.Hal ini berlaku apabila seseorang yang menggunakan riak wajahnya dengan tujuan motif yang tertentu.Sebagai contoh,seseorang yang bermuka sedih demi untuk meraih simpati orang ramai sehingga ada yang berpura-pura menangis.Padahal sebenarnya dia tidak sedih.
Seterusnya senyum.Orang yang tersenyum dan kelihatan tenang tidak semesti dalam keadaan yang gembira.Secara fitrahnya,kebanyakan daripada kita akan menyembunyikan emosi sebenar kita daripada diketahui orang ramai.Namun,saya tidak nafikan bahawa kadangkala kita tidak mampu menyembunyikan apa yang kita hadapi dan emosi tersebut mudah terpapar dengan tingkah laku dan riak wajah kita.Mungkin kita tidak sedar apakah riak wajah kita ketika itu namun orang yang berada di sekeliling kita akan mudah perasan seperti kata peribahasa rakan ibarat cermin.Mereka boleh nampak apa yang terpapar pada diri kita dala kita sendiri tidak menyedari.Ingin saya luahkan bahawa pada pendapat saya wajah yang paling tidak menyelesakan dan tidak senang dipandang adalah wajah marah.Entah mengapa,saya dapat rasakan ketika kita marah kdangkala kita tidak dapat mengawal diri dan mungkin secara tidak sengaja kita menyakiti orang lain.
Percayakah anda bahawa kegembiraan tidak semestinya akan terpapar melalui ketawa ? Kalau saya teliti kehidupan saya,saya merasakan bahawa saya jarang sekali ketawa walhal alhamdulillah setiap hari saya berada dalam situasi gembira.Saya hanya mampu tersenyum kerana pada pendapat saya kadangkala belum ada perkara yang mampu membuat saya mudah tertawa walaupun situasi yang menggembirakan dan saya hanya mampu tersenyum.
Senyum dikatakan sebagai alat komunikasi,alat untuk menarik perhatian dan lain-lain lagi.Kadangkala apabila seseorang itu tidak rajin untuk bertegur sapa,cukuplah dengan hanya senyuman sebagai tanda bertegur sapa.Dalam hadis ada menyebut bahawa senyum juga sebahagian daripada bentuk sedekah.Jika kita teliti kembali,mengapa begitu?Ingin saya ilustrasikan situasi apabila kita seringkali terserempak dengan wajah kawan kita yang selalu masam dan tidak senyum,apakah perasaan kita?Ada kemungkinan kita akan tertanya-tanya apakah yang menyebabkan dia bermasam muka apabila kita terserempak dengannya,adakah kita yang mnjadi penyebab?Seterusnya,cuba kita bayangkan kita seringkali terserempak dengan sahabat kita yang selalu tersenyum di hadapan kita.Pasti kita juga akan tersenyum sama,merasa gembira dan senang hati melihatnya.Kadangkala,emosi orang lain juga mampu mempengaruhi emosi kita bukan?
Tambahan lagi,mengikut ''Learning Theory Of View of Experience'',emosi boleh dibentuk dan dipupuk.Saya rasa saya bersetuju dengan teori ini.Sebagai contoh,sifat takutkan cacing tanah.Jika seseorang itu telah dibiasakan dengan cacing tanah sejak kecil dan mempunyai ahli keluarga ataupun adik-beradik yang tidak takutkan cacing tanah,maka dia juga tidak takut akan cacing tanah.Namun,jika sejak kecil lagi dia telah ditakut-takutkan dan diberitakan perihal cacing tanah yang menggelikan,dia akan terdidik untuk takut akan cacing.
Selain itu,dalam kuliah hari ini ada menyebut berkenaan faktor-faktor utama yang menyebabkan kegembiraan iaitu jatuh cinta,lulus periksa atau berjaya dalam peperiksaan,sembuh daripada penyakit serius,dapat anak dan sebagainya lagi.Mengikut beberapa pandangan ahli falsafah,situasi bahagia adalah di mana seseorang itu dapat menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi.Pada saya,perkara ini bertepatan dengan apa yang digalakkan untuk diamalkan di kalangan orang islam iaitu sifat redha dan syukur.Apabila kita mudah merasa senang hati dengan sesuatu keadaan yang sememangnya telah diaturkan oleh ALLAH Taala untuk kita,kita akan mudah merasa bahagia dan senang hati malahan tidak resah.Dan orang yang tidak mensyukuri nikmat yang sedia ada akan mudah ditimpa masalah dan mudah beremosi negative.Mengikut beberapa ahli falasafah,orang yang bahagia ialah dimana emosi positif lebih banyak daripada emosi negative.
Bagi saya ,bahagia adalah sesuatu yang agak subjektif.Istilah bahagia bagi setiap orang adalah berbeza mengikut keadaan yang berbeza-beza.Jika difikir-fikirkan kembali,adakah situasi bahagia yang membuatkan seseorang itu bahagia ataupun orang yang bahagia merasakan sesuatu situasi itu bahagia ?Hmm,ini suatu persoalan yang agak susah untuk dijawab.
Akhir sekali,kuliah ada menyebut kasih sayng mempunyai hubung kait dengan ikatan yang erat,prihatin dan kepercayaan.Apabila,seseorang itu sayangkan seseorang,ikatan perhubungan di antara mereka dilihat begitu rapat.Jika ada berlaku sesuatu mereka akan saling prihatin dan kepercayaan mudah diberi kepada orang yan disayangi.Namun,kasih sayang di dalam hubungan cinta terlarang bias merosakkan diri.Inilah antara contoh situasi yang boleh merosakkan diri.Itulah yang berlaku pada kebanyakan remaja pada masa kini.Apabila sudah terlalu sayangkan teman lelaki,merka merasakan ikatan hubungan antara mereka terlalu rapat.Ini sehinggakan ketika makan,tidur,belajar semuanya teringat kepada si lelaki.Bak kata pepatah,makan tak kenyang,tidur tak lena ,mandi tak basah.Jika ada sesuatu yang berlaku pada si lelaki,si gadis pasti terlalu risau dan pastinya akan prihatin akan makan ,minum dan hari-hari yang dilalui si lelaki walaupun mungkin hanya perkara-perkara kecil seperti selesema,lapar,luka,minggu peperiksaan dan banyak lagi.Seterusnya,kepercayaan diberikan kepada si lelaki.Si gadis percaya dengan si lelaki sehingga ada yang sanggup mendengar pujuk rayu lelaki untuk menggadaikan maruah mereka,meninggalkan keluarga,menyentuh mereka,mengikut si lelaki ke mana-mana dan lain-lain lagi.
Sebagai pengajarannya,apa yang dilihat dari mata pandangan kita tidak mungkin sama dengan emosi sebenar yang dihadapi oleh seseorang itu.Walaubagaimanapun,kita boleh mengambil langkah berhati-hati untuk berhadapan dengan seseorang itu melalui isyarat-isyarat dan riak wajah seseorang itu di dalam menangani sesuatu situasi.Seterusnya,kita haruslah bijak mengawal emosi kita dan pandai mengenal erti kasih sayang yang sebenar agar kita tidak tersilap menggunakan konsep kasih sayang itu sendiri.
No comments:
Post a Comment