semulajadikah emosi?
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, 3 haribulan ogos 2011 di dewan kuliah 1, dr zamri telah menyambung kembali kuliah pengurusan emosi tajuk ke 2. Saya duduk de bahagian hadapan sekali agar dapat memberi focus yang lebih baik memandangkan kuliah sebelumnya sahabat-sahabat yang berada disekeliling sangat mengganggu. Pada awalnya terasa janggal kerana duduk terlalu ke hadapan. Tetapi niat di hati untuk belajar, perasaan pelik itu dibiarkan berlalu.
Jadi , kami telah diajar tentang teori izard tentang emosi. Menurut izard, emosi adalah suatu yang semulajadi (innate) , melalui bukti senyuman bayi apabila mereka boleh tersenyum walaupun mereka baru lahir ke dunia. Emosi dipelajari secara tidak langsung apabila kita membesar. Ketika umur kita 3-4 bulan, kita sudah tahu bagaimana untuk marah dan terkejut. Ketika umur kita 5-6 bulan, kita sudah tahu malu dan takut dan ketika kita berumur 1 tahun, kita sudah tahu rasa puas hati bagaimana dan ketika berumur 2 tahun, kita sudah tahu rasa bersalah. Saya melihat anak saudara saya yang kini berumur 8 bulan sudah tahu untuk ketawa dan senyum pada waktu-waktu tertentu, contohnya ketika dia melihat kucing, dia akan gembira. Dan bila dia di jerkah dia akan diam dan dia tahu dia sedang dimarahi, maka dia akan takut dan menangis semasa dia kecil dulu, saya buat apapun dia senyum kerana pada waktu itu dia tidak belajar lagi bagaiman untuk ketawa, marah dan terkejut.
Tetapi ramai orang yang mengkritik teori izard daengan mengatakan bayi yang sedang senyum tidak bermakna dia sedang gembira. Saya agak bersetuju dengan pendapat mereka keran anak sedara saya, walaupun lampinnya basah (bermakna persekitaran tidak menggembirakan), dia masih boleh senyum dan kadang kala ketawa.
Menuruk ekman pula, emosi sejajar dengan mimic muka. Menurut kajian yang telah dia lakukan di US, brazil, chile, argentina dan jepun, ramai orang dapat meneka emosi seseorang hanya melalui mimic muka. Namun begitu, masih ada yang mengatakan bahawa kajian yang dijalankan oleh ekman tidak boleh diterima kerana kajian itu telah dilakukan di pada orang yang terpelajar (literate society). Jadi, ekman terus melakukan kajian di kawasan pedalaman seperti borneo dan new guinea. Tetapi hasil kajian tetap sama! Saya bersetuju emosi berkait rapat dengan mimic muka kita. Sekiranya kita marah, secara tidak langsung muka kita akan berkerut-kerut, jika kita gembira kita akan tersenyum dan jika kita terkejut kening kita akan selalunya terangkat dan mulut kita ternganga.
Emosi sememangnya boleh di ekspreskan di wajah kita, tetapi apa yang membezakan ia adalah bagaimana carakita mengawal emosi kita. Ada orang yang apabila dia marah dia akan menengkin semua orang sekelilingnya, dan ada pula yang akan senyap dan tidak bertegur sapa. Emosi boleh dikawal melalui pengalaman diri. Sekiranya kita sudah biasa hidup dalam keadaan susah dimana duit tiada untuk makan, kita masih boleh bergembira. Berbeza pula pada mereka yang tidak pernah hidup susah. Bila duit untuk makan tiada, dia akan susah hati dan bersedih.
Pemgalaman terdapat 2 sudut pandang yang berbeza, yakni secara pandangan biologi dan pandangan teori pembelajaran. Dari segi biologi, emosi tidak banyak dipengaruhi oleh biologi. Dalam biologi ada activators iaitu situasi yang mengekspreskan emosi. Setiap orang mempunyai activators yang perbeza. Seseorang boleh di takutkan oleh lipas atau hantu atau ketinggian atau juga ular. Lipas, hantu, ketinggian dan ular merupakan activators.
Emosi secara majority adalah suatu proses pembelajaran. Kita akan belajar emosi secara tidak langsung. Contohnya, kita sebelum ini tidak tahu bahawa sekiranya kita ponteng kuliah, kita tidak boleh mengambil pepriksaan. Tapi, bila kita sudah tahu, kita akan takut untuk ponteng kuliah. Disini secara tidak langsung, kita telah belajar untuk takut ponteng kuliah kerana akan di "band" dari mengambil peperiksaan. Saya ada terbaca satu entri di blog "kereta mayat" dimana dia tidak mengajarkan anaknya untuk takut pada hantu. Bila ada iklan atau gambar hantu di kaca tv, dia akan kata itu adalah gambar orang sakit, jadi tak perlu takut. Oleh sebab itu, anaknya berani untuk ke tandas walaupun pada jam 3.00 pagi dan boleh bermain sendirian di ruang tamu pada waktu tengah malam! Anaknya tidak ada perasaan takut pada hantu kerana mereka telah diajar untuk tidak takut pada hantu dan hantu itu hanyalah "orang yang sedan sakit". Orang sekarang kalau mahu anak balik sebelum maghrib, selalu mengkaitkan "nanti hantu dating makan", "nanti hantu datang culik" dan lain-lain. Ini secara tidak langsung menyebabkan anak-anak takut pada hantu melebihi takut pada tuhan mereka. Saya juga teringat kisah seorang ibu yang mengatakan pada anaknya untuk cepa-cepat pakai baju kerana "malu pada Allah". Kalau kita selalu lihat dan dengar, ibu-ibu selalunya kata "cepat pakai baju, malu kat orang". Jadi secara tidak langsung, anak itu akan malu pada Allah kerana telahdiajar begitu sejak kecil.
Jadi secara konklusinya, emosi adalah perkara yang kita akan terus belajar selagi kita masih hidup. Ianya adalah proses pembelajaran secara informal dimana kita akan belajar secara tidak sedar ketika kita di rumah, fakulti, tempat menunggu bas, cafeteria, tandas dan sebagainya.
Selepas kuliah tamat, dr zamri telah mengadakan kuiz. Saya dapat melihat pelbagai emosi pada waktu itu dan kebanyakkannya emosi kawan-kawan saya dan diri saya sendiri adalah takut kerana ramai yang tidak menjangkakan kuiz itu. Tidak kurang juga yang berlagak selamba. Mungkin mereka telah bersedia. Kuiz bermula pada jam 4 petang dimana kuiz itu dibuat secara berpasangan atau triplet. Ada 20 soalan dimana setiap 10 soalan dari kuliah pengenalan emosi dan teori Darwin. Markah yang tertinggi diperoleh oleh satu kumpulan iaitu 18/20. Tahniah saya ucapkan. Saya bersyukur kuiz ini diadakan kerana saya dapat memahami bentuk soalan yang bakal di Tanya dalam peperiksaan. Emosi saya sekarang gembira dan excited. Lagipun selepas tamat kuiz, dr zamri membincangkan jawapan bagi soalan-soalan kuiznya. Banyak perkara mengenai emosi yang dapat saya fahamkan dengan lebih baik selepas kuiz ini. Saya harap kuiz ini dapat diteruskan sehingga habis tajuk kuliah yang terakhir.
Kami juga telah belajar satu perkataan jepun "kuahkarimasin" yang bermaksud, "saya tidak faham", dan juga satu perkataan Filipina "mahalkita" yang bermaksud "saya cintakan kamu". Perkataan yang menarik keran dari segi sebutannya membawa maksud yang amat berbza dari maksud dalam bahasa Malaysia.
Saya dapat merasakan kuliah pengurusan emosi ini sememangnya perkara yang baik kerana banyak perkara tentang emosi yang saya tidak pernah tahu dapat saya pelajari dari kuliah ini. Walaupun suasana di dewan kuliah tidak berapa membantu dangan kebingitan suara-suara pelajar lain, ia tidak akan menjejasjan emosi saya untuk terus bergembira menghadiri kuliah pengurusan emosi yang disampaikan oleh dr zamri.
No comments:
Post a Comment