Friday, August 5, 2011

A132072 Muhamad Fadzlan Bin Fadzil LJ02 Emosi Dan Ekspresi Wajah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
            Kembali kita dalam penulisan jurnal saya yang kedua untuk kali ini. Penulisan saya kali ini akan lebih memfokuskan berkaitan tajuk kuliah saya pada ZT2253 pada 3 Ogos 2011. Kuliah kali lebih berkisarkan tentang Teori Izard yang mengaitkan ekspresi muka dengan emosi manusia secara langsung dan tajuk kedua kuliah berkaitan dengan emosi dan kebahagiaan. Bagi saya, secara jujurnya kuliah kali lebih menarik dan saya lebih fokus dan mendapat beberapa input berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian saya. Kuliah kali dimulakan dengan sambungan tajuk kuliah minggu lepas yang berkaitan dengan emosi dan teori disebaliknya. Teori Izard merupakan terakhir untuk silibus kami kali. Izard atau nama sebenarnya, Caroll Ellis Izard merupakan seorang ahli psikologi Amerika. Beliau telah mengemukakan teori beliau berkaitan "biology view of experience" dan "learning theory view of experience".
Melalui pandangan biological( biology view of experience), pembelajaran memainkan peranan yang kecil dalam emosi. Berbalik kepada teori Plutchik, beliau ada menyatakan bahawa emosi merupakan ekspresi genetik seseorang secara langsung dan digubah pakai oleh pembelajaran. Namun, Izard mempunyai pandangan lain yang menyatakan bahawa emosi itu muncul pada bulan-bulan pertama kelahiran bayi untuk mempengaruhi tingkah laku bayi tersebut sepanjang proses tumbesarannya. Ransangan dalam setiap individu berbeza telah mempengaruhi perbezaan perkembangan emosi seseorang. Sebagai contoh, perasaan takut. Jika dibandingkan stimuli atau ransangan pelajar perubatan dengan pelajar dalam jurusan berbeza contohnya jurusan pendidikan, apabila mereka melihat dan membelek mayat. Bagi pelajar perubatan seperti kami ini merupaka satu peluang keemasan kami dan sangat berharga kerana ia merupakan salah satu cara pembelajaran kami yang sangat berkesan dan berguna. Pelajar perubatan juga bersa sangat teruja apabila berhadapan dengan mayat seolah-olah mereka menang loteri, manakala berbeza jika dibandingkan dengan peljar-peljar jurusan lain yang majoritinya mempunyai perasaan takut yang memuncak. Ini kerana ransangan dan pendedahan setiap individu berbeza. Ini membentuk emosi semulajadi berdasarkan pengalaman yang telah mereka lalui.
Melalui teori kedua Caroll Ellis Izard atau Izard iaitu teori berkaitan pembelajaran (learning theory view of experience). Teori ini menyatakan bahawa emosi adalah sesuatu yang dipelajari. Teori ini diperkukuhkan lagi oleh Albert dengan menyatakan bahawa perasaan takut dalam diri seseorang manusia itu diperolehinya melalui proses pembelajaran. Melalui pemahaman saya, emosi dan keperibadian seseorang itu dibina dan dijana berdasarkan pengalaman hidup mereka. Miller telah menjalankan satu kajian berkaitan perasaan takut yang wujud dalam diri semulajadi individu. Beliau telah menggunakan tikus sebagai subjek dalam eksperimen ini dengan mengenakan tikus makmal tersebut dengan kejutan elektrik. Dalam kajian ini, tikus itu telah menunjukan perasaan takutnya terhadap kejutan elektrik setelah beberapa kali dikenakan kepadanya. Ini membuktikan emosi boleh terbina berdasarkan pembelajaran atau pendedahan. Bagi saya kajian sebegini mempunyai nilai kemanusiaan yang rendah dan tidak relevan untuk dijalankan sekarang walaupun kajian sebegini membuahkan hasil yang boleh dijadikan sebuah teori baru. Berdasar teori ini juga ada menyatakan bahawa perasaan takut diperoleh melalui proses pembelajaran namun manusia itu sendiri secara genetikal telah bersedia untuk mempelajari perasaan tersebut.
Saya agak tertarik dengan kajian berkaitan "born to smile". Di dalam kajian ini ada menjelaskan bahawa ekspresi muka seperti marah, terperanjat mula muncul dalam jangkaan 3ke 4 bulan kelahiran. Manakala perasaan seperti takut dan malu mula ditunjukkan oleh ekspresi muka bayi pada umur 5 ke 6 bulan. Selebihnya seperti perasaan puas hati dan bertanggungjawab mula ditunjukkan masing-masing pada umur 1 dan 2 tahun. Kajian ini sangat menarik dan unik bagi saya kerana ia mengaitkan kronologi emosi individu dengan perkembangan umur mereka. kadang-kadang saya terfikir sejenak tentang kajian ini, bagaimana cerdik pandai barat dahulu dapat menjalankan kajian sebegini dan membuahkan keputusan kajian yang tepat yang dapat diguna pakai oleh generasi sekarang. Namun begitu, terdapat juga perbahasan berkaitan kajian ini, ada yang berpendapat bahawa senyuman bayi itu sebenarnya tidak membawa maksud bayi tersebut gembira. Ada yang berpendapat senyuman bayi merupakan salah satu cara mereka berkomunikasi. Walaubagaimanapun, Paul Ekman (1994) menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi. Wajah gembira lebih dominan dikenalpasti berbanding wajah takut iaitu masing-masing memegang peratus sebanyak 95-100% dan 54-85% secara rentas budaya. Ini bermakna mimik wajah gembira dan takut individu secara rawaknya adalah sama sahaja dari segi cara ekspretasinya. Kajian ini bagi saya hampir tepat kerana dari mimik wajah seseorang kita dapat meneka emosinya pada masa itu. Kajian-kajian sebegini diperkuatkan lagi dengan kajian oleh Scherer & Wallbott (1994) yang meneliti semula semua kajian berkaitan konsep kesejagatan emosi wajah dengan kajian mereka meliputi 37 negara dan 5 benua seluruh dunia. Hasilnya konsep tersebut adalah mantap dan stabil, yang membezakannya adalah bagaimana emosi itu didalami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan. Sebagai contoh perasaan marah. Ada diantara rakan kita abapila dia marah dia akan menengking orang sekelilingnya, ada yang akan menjerit sekuat hati dan ada juga lebih suka berdiam diri. Ada orang yang gembira akan ketawa terbahak-bahak manakala ada yang apabila gembira dia akan semulajadi tersenyum lebar. Ini kerana emosi yang dizahirkan seseorang bergantung kepada tahap kawalan dirinya sendiri. Emosi sebenarnya boleh dikawal berdasarkan pengalaman diri.
Bagi kuliah yang kedua Dr. Zambri ia berkisar tentang emosi positif iaitu banyak memfokuskan kepada kebahagiaan, kasih sayang dan kegembiraan. Terdapat pelbagai tafsiran yang dibentang oleh ahli-ahli falsafah terkenal  berkaitan kegembiraan dan kasih sayang. Sebagai contoh, Aristotle berpendapat bahawa kebahagiaan merupakan hasil kepada pencarian kea rah keseronokan, manakala Plato pula menyatakan bahawa punca kebahagiaan ialah kehidupan yang mulia. Epicurean turut memiliki pandangannya yang tersendiri, iaitu kebahagiaan wujud dengan memaksimakan kesseronokan dan meminimakan penderitaan. Kajian-kajian telah menunjukkan kebahagiaan berbeza daripada satu negara dengan negara yang lain. Budaya-budaya di Asia, tahap kegembiraan adalah lebih rendah berbanding dengan yang lain, manakala orang yang paling bahagia adalah mereka yang tinggal di Amerika Utara, Australia dan Eropah. Walaubagaimanapun, Dr. Zambri juga mempunyai pandangan beliau sendiri berkaitan kebahagiaan. Beliau percaya bahawa orang yang bahagia itu adalah indididu yang mampu menyesuaikan dirinya dalam setiap keadaan. Pada pandangan saya sebenarnya kebahagiaan ini merupakan sesuatu yang subjektif. Ia tidak diukur oleh aspek sahaja. Kebahagiaan merupakan hasil daripada kepuasan diri kita terhadap sesuatu. Sebagai contoh, jika seseorang itu merasakan wang ringgit dan harta kebendaan dapat membuat dia bahagia, dia akan bahagia dengan cara dan pemikirannya itu. Jika seseorang itu memikirkan ahli keluarganya dapat memberi kebahagiaan kepadanya, kebahagiaan itu akan dating apabila dia bersama keluarganya. Secara konklusinya, definisi kebahagiaan setiap individu berbeza dari segi tahap pemikiran masing-masing. Walaupun begitu, perasaan bahagia merupakan sesuatu yang indah kepada semua individu yang menikmatinya.
Saya ingin menyambung jurnal saya dengan member komen serba sedikit berkaitan kuiz yang dilakukan oleh Dr. Zambri tempoh hari. Pada pandangan saya secara individu, saya merasakan pendekatan beliau dengan menyediakan kuiz kepada pelajar sebagai selingan dalam kuliahnya merupakan sesuatu yang menarik dan secara tidak langsung menjadikan proses pembelajarannya bertambah berkesan. Ini kerana pelajar lebih mudah memberikan tumpuan mereka dengan menjawab soalan berbanding hanya mendengar kuliah sahaja. Di samping itu, kuiz tersebut secara tidak langsung menjadi kayu ukur tahap kefahaman pelajar terhadap tajuk sesebuah kuliah. Secara jujurnya saya merasakan semasa kuiz ini dijalankan saya dapat mengulangkaji subjek pengurusan emosi ini, jika tidak saya sendiri tidak pasti bila agaknya saya akan mengulangkaji subjek tersebut kerana kesibukan untuk mengulangkaji subjek-subjek perubatan saya. Saya berharap Dr Zambri dapat meneruskan kuiz-kuiz sebegini kelak di dalam setiap kuliahnya. Ini kerana ia sangat memberi impak yang berguna kepada setiap pelajar. Setakat ini sahaja jurnal saya buat kali ini, semoga kita bertemu lagi dalam jurnal-jurnal yang akan datang. Terima kasih.
 
 

No comments:

Post a Comment