Salam sejahtera serta salam satu Malaysia saya ucapkan kepada Dr.Zamri dan pembaca-pembaca jurnal sekalian.Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Dr.Zamri kerana memberi peluang untuk saya mengarang jurnal kedua saya ini yang berkisaran tentang kuliah minggu ketiga. Kuliah ini telah diadakan pada 3 Ogos 2011 bertempat DK1. Saya berasa lebih bersemangat dan yakin pada kuliah ini setelah mempelajari kepentingan emosi pada minggu sebelumnya.
Kuliah ini bermula dengan sambungan pelajaran minggu lepas yang mana berkait dengan konsep 'Izard's Innate Facial Expression' dan 'Learning & Experience Theories'. Teori Izard's Innate Facial Expression menyatakan bahawa emosi itu dalah sesuatu yang semula jadi, di mana pembelajaran hanya memberikan impak yang minima dalam pengalaman emosi.Menerusi toeri ini, dua kajian telah dilakukan terhadap bayi yang baru lahir sama ada mereka pandai bersenyum atau tidak dan kajian rentasi budaya. Contohnya, bayi setelah dilahirkan akan tahu bersenyum, apabila semakin membesar sehingga tiga atau empat bulan akan memiliki perasaan marah dan terkejut, apabila berumur lima atau enam bulan mempunyai perasaan takut dan malu, apabila berumur satu akan pandai berasa puas dan apabila berumur dua tahun mula tahu berasa salah apabila melakukan kesalahan. Semua ini jelas kelihatan melalui ekspresi muka mereka. Namun demikian kajiian ini mendapat kritikan contohnya, apabila kita melihat bayi itu senyum ia taidak semestinya berasa gembira memandangkan bayi menjadikan senyuman sebagai satu medium untuk berkomunikasi dengan masyarakat di sekelilingnya.
Seterusnya, tentang kajian rentas budaya. Ekman telah membuat satu kajian menarik di beberapa buah Negara antaranya ialah Amerika, Brazil, Chile, Argentina dan Jepun. Beliau membuat soal selidik dengan bertanya kepada para responden untuk mengenali emosi yang ditunjukkan dalam pelbagai gambar. Sepertimana kajian berkaitan bayi, kajian ini tidak terlepas daripada kritikan. Kritikan yang iberikan adalah, semua Negara di tempat kajian itu dijalankan merupakan Negara yang maju dan populasi berpendidikan tinggi. Justeru, respondennya dikatakan orang yang berpelajaran dan amat mudah bagi mereka untuk menjawab soalannya itu. Selain itu, Ekman turut mengadakan kajian di beberapa tempat lain seperti Borneo dan New Guinea. Hasilnya, keputusan menunjukkan konsep Ekman terbukti betul. Paul Ekman (1994) menyokong kenyataan bahawa kesejagatan mimic muka dengan emosi. Beliau juga menyatakan ekspresi itu bukanlah seratus peratus semula jadi kerana boleh dipengaruhi oleh pengalaman budaya.Beliau turut mendapat tahu bahawa wajah gembira adalah lebih dominan dan mudah dikenalpasti berbanding wajah-wajah lain. Kajian yang dilakukan oleh Ekman turut mendapat sokongan daripada kajian yang dilakukan oleh Scherer dan Wallbott(1994) yang meneliti kajian meliputi 37 buah Negara dan 5 buah benua di seluruh dunia. Malah mereka mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap serta stabil. Apa yang berbeza hanyalah bagaimana sesuatu emosi itu dialami dan dikawal, bukan bagaimana emosi itu terhasil. Teori terakhir dalam struktur dan ekspresi emosi ialah "Learning & Experience Theories". Teori ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu berdasarkan pandangan biologi dan teori pembelajaran. Dalam pandangan biologi, ianya mengatakan bahawa pembelajaran memainkan peranan yang kecil dalam emosi. Manakala Plutchik pula berkata emosi adalah ekspresi daripada potensi genetic seseorang, belajar untuk mengubahnya. Matsumoto pula mengatakan emosi yang asas adalah sama tetapi terdapat perbezaan yang halus berdasarkan pengalaman budaya. Izard turut berpendapat bahawa setiap emosi mengajar bayi itu akan keadaan sekelilingnya. Malah emosi berlaku disebabkan oleh sesuatu rangsangan. Proses kognitif adalah berbeza mengikut setiap individu. Sememangnya, emosi itu adalah semulajadi dan diperolehi melalui pelajaran. Misalnya, dalam kajian yang dilakukan oleh Miller terhadap tikus, mendapati kesemua tikus itu mempunyai perasaan takut. Dalam kajian yang dijalankan oleh Albert pula menyatakan bahawa perasaan takut boleh diperolehi melalui pembelajaran.
Kuliah diselitkan dengan dengan kuiz yang menarik. Walaupun tidak mendapat markah yang penuh saya masih berasa gembira kerana kuiz tersebut menyeronokkan dan mendidik saya supaya bekerjasama dalam kumpulan. Kuiz ini juga mengingatkan kembali apa yang telah saya pelajari pada minggu lepas. Kemudian kuliah diteruskan dengan tajuk kebahagiaan. Kebahagiaan adalah emosi yang dikategorikan dengan perasaan keseronokan serta kepuasan. Beberapa ahli falsafah seperti Aristottle, Plato, Epicurean, dan Mills telah mengemukakan pandangan masing-masing seperti kebahagiaan adalah hasil satu kepuasan. Kajian yang dilakukan oleh Veehoven (1995) menunjukkan bahawa kebahagiaan setiap Negara adalah berlainan. Menurut Argyle, orang yang tinggal di Amerika Utara, Australia dan Eropah adalah yang paling bahagia. Terdapat dua komponen dalam kebahagiaan (Kozmaa et al,1992) iaitu, jangka masa panjang dan jangka masa yang pendek. Jangka masa panjang adalah kebahagiaan yang berlarutandan stabil dari bulan ke bulan dan tahun ke tahun atau sejak kanak-kanak sehingga kini. Manakala apa yang dimaksudkan dengan jangka masa pendek ialah berdasarkan peristiawa yang berlaku dalam waktu yang singkat seperti mendapat cahaya mata atau gagal dalam peperiksaan . kebahagiaan secara keseluruhannya, adalah jumlah kebahagiaan jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Menurut Freud, hubungan kita dengan kedua-dua ibu bapa semasa kanak-kanak adalah penting untuk menentukan penyesuaian dan kebahagiaan pada sesuatu masa . sumber dari Argyle(1987), jatuh cinta adalah peristiwa yang mempunyai peratus yang paling tinggi dalam mencapai kebahagiaan. Bercakap mengenai kebahagiaan dan perkahwinan, kedua-dua lelaki dan perempuan mencapai kebahagiaan dalam perkahwinan (Vanfossen, 1981). Pasangan yang berkahwin adalah lebih bahagia dari orang yang tidak berkahwin. Factor lain yang dikemukakan olah Argyle selain perkahwinan ialah kesihatan , persahabatan, kerja , rekreasi dan juga penghayatan agama masing-masing. Orang yang beribadat adalah orang yang lebih bahagia dan kurang mengalami depresi. Perkara ini terbukti melalui beberapa kajian yang dilakukan oleh Gallup dan Keith Ward.
Konklusinya, pada kuliah ketiga elemen gembira, bahagia dan kasih telah saya ketahui dengan lebih teliti.Semua orang ingin mencapai kebahagiaan ,sepertimana saya turut kehendaki. Seperti yang kita sedia maklum, emosi positif yang terbentuk dalam diri kita wujud hasil daripada banyak factor ataupun situasi yang meberikan kita kepuasan. Tambahan pula, menerusi kuliah ini saya mendapat tahu bahawa kebahagiaan adalah satu elemen penting dalam sesebuah keluarga dan perkahwinan. Kebahagiaan itu bukannnya datang dengan mudahnya kepada kita tanpa usaha. Seperti kata pepatah Melayu, "Yang bulat tidak akan datang begolek, yang pipih tidak akan datang melayang".
No comments:
Post a Comment