Assalamualaikum dan slam sejahtera kepada Dr. Zamri dan rakan-rakan. Jurnal pada kali ini merupakan jurnal kelima yang telah saya tulis untuk mengulas kuliah pengurusan emosi pada minngu ini bertarikh 24 Ogos 2011. Kelainan pada kuliah kali ini kerana kami tidak di beri kuliah tetapi di minta untuk melakukan beberapa ujian personaliti. Kami juga diminta untuk mengulas jenis personaliti kami di dalam jurnal kali ini.
Sesi pengkuliahan dimulakan dengan tayangan video berkaitan dengan kehidupan manusia sejak kecil sehingga dewasa. Lagu ini menceritakan perasaan penulis ketika masih kecil dan setelah menjadi dewasa. Pada awalnya penulis menyangkakan kehidupan ini sesuatu yang indah, tanpa masalah. Dia merakan disetiap terowong yang dilalui pasti akan ada cahaya di hujungnya. Jiak kita analisis ayat tersebut, penulis merasakan bahawa di setiap masalah yang timbul pasti akan ada jalan keluarnya dan penyelesaiannya. Tetapi setelah beliau menjangkau usia remaja ternyata segala yang beliau rasakan adalah salah dan tidak tepat. Beliau sedar bahawa tidak semua masalah yang menimpanya ada penyelesaian. Beliau merasa sedikit kecewa dan sedih tetapi akhirnya dia sedar kehidupan ini perlu di teruskan. Antara perkara yang penulis sangkakan ketika kecil ialah semua orang yang beliau temui akan menjadi kawan dan akhirnya beliau sedar bahawa tidak semua dari mereka ingin dan berhak untuk menjadi kawan antara satu sama lain. Kekecewaan ini menyedarkan penulis dan beliau sendiri mengambil keputusan akan terus berkawan walaupun kawan yang beliau cari dan temui akan mengkhianati beliau pada akhirnya. Perkara ini turut menyedarkan saya bahawa hidup ini tidak semudah yang disangka. Banyak cubaan dan ujian yang perlu kita lalui dalam menjadikan diri lebih matang dan sabar selain dapat menguji keimanan kita. Itulah lumrah kehidupan yang perlu dilalui oleh setiap mereka yang hidup. Emosi yang di utarakan dalam lagu ini ialah emosi negatif iaitu sedih.
Sesi kedua kuliah adalah tentang personaliti. Menurut pembacaan yang dilakukan, Erik Erikson menyatakan bahawa terdapat perbezaan dalam pembentukan identiti mengikut jantina dan terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi personaliti individu. Antaranya ialah faktor pengaruh keluarga dan budaya.
Kami diperlihatkan video berkenaan sifat-sifat individu yang mempunyai personaliti type A dan B. Setelah video berakhir kami di minta mengakses diri kami tergolong dalam kumpulan yang mana. saya merasakan saya ialah individu yang mempunyai personaliti jenis B. Walaubagaimanapun saya dapat merasakan kedua-dua personaliti tersebut ada dalam diri saya. Bergantung pada situasi, tempat dan beberapa faktor lain, saya berpendapat bahawa personaliti manusia akan berubah. Ramai di antara kami juga tidak jelas tentang personaliti sebenar mereka. Mungkin ujian yang lebih tepat perlu dijalankan untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik.
Antara sifat individu yang tergolong dalam kumpulan yang mempunyai personaliti jenis B ialah :-
-
Tenang
-
Memandu perlahan dan berhemah
-
Mudah menyesuaikan diri.
-
Makan perlahan
-
Sabar
-
Tidak suka melakukan sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa
-
Bercakap perlahan.
Dr zamri ada menyatakan bahawa personaliti juga boleh ditentukan melalui jenis darah. Oleh itu saya telah membuat beberapa bacaan tambahan di internet tentang perkara tersebut. Antara personaliti individu yang mempunyai darah jenis B ialah :-
Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.
Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.
Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang 'expressive', 'cool' dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar 'mood' seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.
Sumber :- http://kolanorzainul.blogspot.com/2011/03/rahsia-personaliti-dari-jenis-darah.html
Setelah memilih jenis personaliti kami, kuliah di teruskan dengan menjawab soal selidik MBTI. Perkataan MBTI ini membawa maksud MYERS BRIGGS TYPE INDICATOR. MBTI merupakan salah satu soal selidik yang sering digunakan bagi mengkaji personality individu. Terdapat empat dimensi yang diperbincangkan dalam soal selidik ini. Empat dimensi tersebut ialah:-
-
Extraversion dan Intraversion
-
Sensing dan Intuitive
-
Thinking dan Feeling
-
Judging and Perceiving
Hasil menjawab soal selidik ini saya mendapat keputusan ESFP iaitu the performers. Seorang yang extrovert merupakan individu yang gemar bergaul dengan orang ramai, suka bergurau, berfikiran terbuka dan akan merasa sedih apabila ditinggalkan seorang diri. Dan satu kelemahan individu yang bersifat ekstrovert ini ialah mereka suka bertindak tanpa berfikir panjang. Saya merasakan ada benarnya sifat ini dalam diri saya. Saya berasa gembira apabila ada ramai orang dikeliling saya tetapi akan merasa sedih dan bosan apabila saya sendirian.
Seterusnya ialah sensing. Saya suka akan sesuatu yang jelas dan nyata. Sebagai contoh, saya tidak suka bermain teka-teki kerana saya menganggap teka-teki itu adalah sesuatu yang tidak jelas. Kekadang jawapan yang di cari itu tidak logik. Saya juga suka mengimbau kembali pengalaman lampau. Berbeza dengan mereka yang bersifat intuitive. Mereka lebih gemar untuk memikirkan sesuatu yang abstrak dan tidak jelas, gemar berkhayal dan meneka. Mungkin mereka yang mempunyai ciri ini gemar untuk bermain teka-teki tetapi sebaliknya buat mereka yang bercirikan sensing.
Dimensi yang seterusnya ialah thinking dan feeling. Saya memilih feeling. Individu yang tergolong dalam ciri ini adalah seorang yang tidak tetap pendiriannya pada pemahaman saya. Sama seperti saya, saya mudah menukar pilihan saya berdasarkan perkara yang disukai ramai. Mereka juga suka mengambil tindakan berdasarkan perasaan. Berbeza dengan mereka yang bersifat thinking. Mereka lebih gemar berfikir tentang fakta yang logik. Dimensi yang terakhir ialah judging dan perceiving. Saya lebih cenderung kepada perceiving. Melalui pembacaan yang dibuat, individu yang bersifat perceiving ini lebih suka membuat sesuatu tanpa perancangan,mempunyai toleransi dengan tekanan dan perasaan ketika bekerja.
Setelah menjawab soal selidik MBTI dan mengamati personaliti diri, saya semakin jelas dengan personaliti diri sendiri. Mungkin ada benar dan tidak setiap ciri personaliti yang telah disenaraikan tetapi saya pasti kebanyakannya adalah sama dengan ciri yang saya miliki sekarang. Walaubagaimanapun saya tetap merasakan personaliti seseorang akan mudah berubah bergantung pada situasi dan tempat di mana mereka berada. Akhir kata, fahamilah personaliti diri anda sendiri.
No comments:
Post a Comment