Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi saya dapat menghadirkan diri untuk kuliah pengurusan emosi yang keenam ini. Untuk kuliah kali ini, kami diberikan tiga tugas sebagai tugasan kami untuk dikaitkan di dalam jurnal kali ini. Tugas yang pertama adalah kami diminta untuk membaca teori psikoanalitik dan juga menonton satu video yang dipaparkan dan seterusnya kami diminta untuk mengaitkan kandungan yang ada dalam teori dengan video yang dipaparkan. Selain itu kami juga diminta untuk membandingkan teori psikoanalitik ini dengan teori psikobiososial. Manakala bagi tugasan kedua pula, kami diminta untuk menjawab soal selidik MBTI dan membincangkannya. Dan bagi tugasan ketiiga pula, kami diminta untuk menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan seterusnya membincangkan tentang teori masing-masing.
Psikoanalitik teori ialah teori yang mengaitkan pengalaman seseorang dalam keadaan tidak sedar atau tanpa kita sedari. Contohnya seperti pengalaman sewaktu kita kanak-kanak di mana kebanyakan situasi sewaktu kanak-kanak tidak dapat kita ingati kerana tumbesaran kita yang progressif. Seterusnya, video yang kami tonton adalah berkenaan dengan personaliti seseorang sama ada type A atau type B. Dan setelah diamati, saya tergolong dalam individu yang mempunyai personaliti type B. Individu dengan type B merupakan seseorang yang sukakan aktiviti-aktiviti yang tenang contohnya seperti melibatkan diri dengan aktiviti yang melibatkan alam sekitar atau sebagainya. Selain itu, individu ini juga merupakan seseorang yang disenangi, penyabar, tidak mudah risau dan tenang atau dalam bahasa lainnya relax. Individu yang mempunyai personaliti type B ini adalah seseorang yang makan dengan lambat, dan kehadirannya membuatkan situasi menjadi senang dan tenang.
Bagi tugasan yang kedua, di mana kami diminta untuk menjawab soalan MBTI, masing-masing mempunyai personaliti mereka yang tersendiri. Bagi saya pula, personaliti saya dalam soal selidik ini ialah ESFP iaitu Extraverted, Sensing, Feeling dan juga Perceiving. Menurut teori ini, saya merupakan seseorang yang suka hidup melalui pengalaman yang berganda. Personaliti ESFP ini juga merupakan seseorang yang sentiasa berjaga-jaga tentang apa sahaja pekerjaan yang memerlukan perhatian atau sesuatu pekerjaan yang memberikan keseronokan atau hiburan. Tidak dinafikan, saya kadang kala juga sedikit peka dengan apa sahaja pekerjaan yang saya lakukan contohnya seperti kerja-kerja yang melibatkan kumpulan kerana saya suka untuk menyiapkan kerja-kerja kami secara sempurna dan mampu kami lakukan. Di samping itu, menurut teori ini, saya merupakan seseorang yang yang cepat membiasakan diri dengan persekitaran saya. Namun bagi pendapat saya, keadaan ini terpulang kepada situasi yang sedang saya alami kerana kadang kala terdapat beberapa waktu saya seperti pasif dengan persekitaran kerana dikelilingi orang yang pasif dan adakalanya juga saya senang dan cepat menyesuaikan diri kerana dikelilingi oleh orang yang aktif dan berfikiran terbuka.
Selain itu, individu yang mempunyai personaliti ini juga merupakan seseorang yang sukakan kebebasan, baik hati, dan sering bertolak ansur. Personaliti ini juga mempunyai cara untuk berurusan dengan orang ramai dalam bidang yang sama dan tidak mudah untuk mendapat kesukaran semasa berhubungan. Bagi individu ini, pangkat, status, dan kepopularan tidaklah penting apabila mereka bersemuka dan berhubung dengan orang lain. Tidak dinafikan, saya juga bukanlah seorang yang mementingkan pangkat dan status glamer apabila berhadapan dengan orang lain kerana saya berasa janggal dengan keadaan seperti itu. Apa yang penting adalah saya dapat berhubungan dengan baik dengan semua orang. Individu yang mempunyai personaliti ini juga mempunyai cara yang betul untuk mencari jalan bagi memperbaiki sesuatu di tempat kerja mereka. Individu ini sangat suka mengembara, mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi, dan sukakan kepelbagaian. Individu ini lebih tertumpu dan menyukai perbuatan berbanding perkataan, atau dengan kata lain, mereka lebih mementingkan sesuatu yang memerlukan kelakuan berbanding dengan kata-kata. Mereka juga sentiasa berada dalam keadaan gembira selagi semuanya berjalan lancar mengikut arus yang ditetapkan. Individu ini juga sukakan kesederhanaan dan suka melakukan sesuatu pekerjaan dengan cepat. Individu ini juga seorang yang sangat membantu kerana mereka selalunya memberikan cara atau khidmat yang betul kepada orang yang memerlukan. Mereka juga sebenarnya mempunyai keupayaan yang unik dan aneh untuk memberikan respons dalam hal-hal seperti kes kecemasan dan mereka juga mempunyai tindak balas yang agak baik terhadap sesuatu perkara. Tetapi, individu ini juga mempunyai kekurangan iaitu mereka selalu bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu. Keadaan ini sangat bahaya kerana ianya boleh memberi kesan dalam kehidupan seharian individu yang yang mempunyai personaliti ESFP. Tetapi mereka juga sebenarnya cenderung atau lebih terarah untuk mempunyai kemahiran semula jadi seorang pengantara. Individu ini juga biasa dengan alam sekitar serta warna yang pelbagai, tekstur, bunyi, kecantikan dan rasa kesemuanya. Mereka dikatakan agak anggun, ayu dan tangkas ketika bergerak. Mereka juga cintakan keseronokan dan sekiranya sesuatu situasi itu terlalu senyap, mereka boleh menyediakan hiburan ataupun gangguan. Mereka merupakan seseorang yang suka belajar denagn cara memerhati dan seterusnya menjadikan pemerhatian mereka sebagai contoh dan motivasi. Dan seterusnya, mereka suka mengajar menggunakan contoh kerana ianya lebih mudah difahami dan diamati. Dan selalunya perhatian mereka akan terarah kepada apa sahaja yang memberi gambaran kepada deria mereka.
Saya juga seperti yang saya beritahu sebelum ini, merupakan seorang individu yang berpersonaliti ESFP. Dan tidak dinafikan, saya mengakui sedikit sebanyak huraian tentang personaliti ESFP. Setiap karakter ada baik dan buruknya dan bagi saya, apabila saya telah megetahui tentang personaliti saya, saya seharusnya menjadikan peluang ini untuk memuhasabah diri dan cuba memperbaiki apa sahaja yang kurang supaya ianya dapat membantu saya mengurus emosi saya dengan baik.
Seterusnya, bagi tugasan ketiga iaitu tentang Big Five Theory, setelah melakukan soal selidik yang dikemukakan, antara kelima-lima personaliti, saya lebih tergolong dalam kategori 'openness' atau dalam bahasa ibunda kita, keterbukaan. Menurut teori ini, individu yang dalam kategori ini lebih bersifat terbuka dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Mereka tidak terikut-ikut dengan emosi tetapi lebih berfikiran terbuka dalam membuat sesuatu pilihan. Mereka juga dipercayai lebih menghargai seni yang abstrak dan sesuatu yang merangkumi alam sekitar.
Sebagai kesimpulannya, saya tidak nafikan ketiga-tiga emosi yang saya punyai kerana itu adalah diri saya yang sebenar yang mana dahulu saya tidak terlalu mengetahui tentang personaliti diri saya yang sebenar. Namun dengan menghadiri kuliah ini, baru saya ketahui tentang personaliti sebenar saya dan juga personaliti-personaliti yang lain. Setiap personaliti yang ada sebenarnya mempunyai nilai positif dan negatif masing-masing kerana saya percaya tiada seorang pun yang mempunyai personaliti yang sempurna dari segi luaran dan juga dalaman. Seterusnya, apa yang saya ingin tekankan di sini ialah, sebagai seorang manusia, kita haruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan juga orang lain di samping menerima kekurangan diri kita sendiri. Akhir sekali, salam aidilfitri dari saya.
No comments:
Post a Comment