Sunday, September 4, 2011

LJo5:jurnal Emosi terakhirku..-->adakah ini PERSONALITI aku??? (AHMAD FAKHZAN ALIAS:A 131587)

Bismillah.
                Assalamualaikum dan salam sejahtera  diucapkan kepada semua pembaca sekalian. Tidak terjangka dek akal ini merupakan LJ05 yang mana adalah jurnal terakhir saya untuk kursus pengurusan emosi ini. Terima kasih diucapkan buat Dr. Zamri kerana telah memberi peluang untuk kami semua pelajar perubatan menulis jurnal selama ini. Seperti biasa jurnal ini akan menceritakan perihal apa yang saya pelajari semasa kuliah emosi. Akan tetapi pada minggu ini, secara jujurnya saya tidak menyertai kuliah dan mendapat pelepasan kerana menguruskan program kolej, 'Majlis Penutup Ihya' Ramadhan'. Walaubagaimanapun, setiap pelajar tetap perlu menyiapkan tugasan ini walaupun bagi yang muslim selesai sudah mengerjakan ibadat puasa dan sedang bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri.
                Kuliah minggu ini bertajuk emosi dan personaliti. Apakah kaitannya? Seperti yang telah dipelajari dari kuliah-kuliah yang lepas, emosi terdiri dari beberapa elemen penting iaitu perasaan dan proses kognitif, perubahan fisiologi dan perubahan tingkah laku. Daripada elemen-elemen ini, apabila dua orang itu berhadapan dengan sesuatu situasi yang sama, berkemungkinan perasaan yang dialaminya sama tetapi mungkin perubahan tingkah laku mereka berbeza. Setiap orang akan ada ekspresi berbeza tentang sesuatu perkara. Inilah yang dikaitkan dengan personaliti. Personaliti individu terbabit amat berkaitan dengan corak eksperisinya terhadap sesuatu perkara. Apa itu personaliti? Personaliti dan perkataan Inggeris person adalah dua perkataan yang berkait rapat. Pada umumnya, personaliti akan memperihalkan seseorang individu tersebut tetapi secara khusus, personaliti adalah sifat-sifat yang ada pada seseorang individu seperti cara ia berfikir, beraksi, berpersepsi dan lain-lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Oleh itu, personaliti akan memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi, dan kognitif seseorang individu. Seperti yang diperkatakan dalam nota kuliah, berpandukan personaliti, kita boleh mengklasifikasikan seseorang itu seperti senyap, pasif, agresif, periang dan sebagainya.
                Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan personaliti, seterusnya melalui video yang disediakan oleh Dr Zamri, video pertama berkenaan dengan jenis personaliti iaitu Type A dan Type B. Seperti yang diperkatakan, ini merupakan pembahagian major yang biasa dilakukan untuk mengetahui jenis personiliti seseorang. Personaliti A merupakan seseorang yang tergesa-gesa seperti dijelaskan dalam video makan, bangun tidur dan memandu dengan cepat, bergegas dalam melakukan sesuatu. Jenis A adalah yang tidak sabar, akan tetapi perbuatannya adalah teratur dan mementingkan kesempurnaan (perfectionist). Terbalik pula dengan Personaliti B yang agak tenang, relax dan cool dalam melakukan sesuatu perkara. Tidak bergegas dan sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu. Jenis ini mudah bersabar dalam menghadapi sesuatu. Jenis Personaliti A dan B ini sering juga dikaitakan dengan sikap panas baran dan penyabar. Melihatkan kepada karekter-karekter yang dipamerkan oleh kedua-dua jenis personaliti, saya boleh dikatakan memegang personaliti jenis B. Bagi saya bergantung kepada situasi, seseorang itu mungkin akan memperlihatkan personaliti jenis A.
                video yang kedua pula menceritakan perihal seseorang individu yang berfikir akan hidupnya. Dari kecil dia merasakan hidupnya indah sehinggalah apabila meningkat dewasa semuanya berubah. Pada mulanya saya berpendapat bahawa dia merupakan seorang yang perfectionist kerana dia mementingkan kesempurnaan dalam hidup, inginkan kawan dan masyarakat sekeliling yang baik serta wanita yang boleh menerima dirinya. Sehinggakan dia mahukan wang yang disedekahkan kepada peminta sedekah pun diguna untuk kebaikan. Akan tetapi dia sedar bahawa hidup ini tidak selalunya indah dan akan mengikut kehendak kita. Memang betul kita selalu bayangkan personaliti dan karakter yang baik-baik untuk hadir dalam hidup kita. Tetapi hakikat sebenarnya berkemungkinan sebaliknya. Seperti individu terbabit, di akhir video, dia akhinya faham akan hakikat sebenar kehidupan, walaupun ia tidak mengikut kehendak dirinya, tidak secerah seperti yang diimpikan, tetapi dia tetap jua mengharapkan terdapat sinar diakhirnya. Inilah kehidupan, kita belajar berkenaan emosi dan personaliti. Di luar sana, terdapat berbagai personaliti yang akan kita jumpa dan hadapi tapi bagaimana kita hadapinya? Adakah kita mahukan ianya berubah mengikut corak kemahuan kita ataupun kita sendiri yang fleksible dan boleh berubah mengikut keadaan sekeliling. Walauapapun kehidupan yang kita alami, janganlah kita mudah berputus asa dan sentisalah berfikiran positif mengharap kepada sinar kehidupan di hadapan.
                Berbalik semula kepada nota kuliah dan tugasan kali ini. Terdapat beberapa cara lagi untuk mengklasifikasikan personaliti. Antaranya ialah Myer Briggs Type Indicator (MBTI). Mengikut rujukan MBTI dikembangkan oleh Katharine Cook Briggs dan puterinya yang bernama Isabel Briggs Myers berdasarkan teori keperibadian Carl Gustav Jung. MBTI bersandar pada empat dimensi utama yang saling berlawanan. Walaupun berlawanan tetapi yang sebetulnya kita memiliki semuanya, hanya saja kita lebih cenderung pada salah satu arah tertentu. Seperti coklat dan aiskrim, mungkin kita mahu kedua-duanya tetapi kita cenderung lebih menyukai salah satunya. Masing-masing ada nilai positif dan negatifnya. Berikut empat skala kecenderungan MBTI;
Extrovert (E) vs. Introvert (I). Dimensi EI melihat orientasi energi kita ke dalam atau ke luar. Ekstrovert bererti jenis pribadi yang suka dunia luar. Mereka suka bergaul, menyenangi interaksi sosial, beraktiviti dengan orang lain, serta berfokus pada dunia luar dan action oriented. Mereka bagus dalam hal berurusan dengan orang. Sebaliknya, jenis introvert adalah mereka yang suka dunia dalam (diri sendiri). Mereka senang menyendiri, merenung, membaca, menulis dan tidak begitu suka bergaul dengan banyak orang.  Mereka mampu bekerja sendiri, penuh konsentrasi dan fokus. Mereka bagus dalam pengolahan data secara internal.
Sensing (S) vs. Intuition (N). Dimensi SN melihat bagaimana individu memproses data. Sensing memproses data dengan cara bersandar pada fakta yang konkrit, praktikal, realistik dan melihat data. Mereka menggunakan pengalaman dan data konkrit serta memilih cara-cara yang sudah terbukti. Mereka fokus pada masa kini dan apa yang sudak terbukti sekarang. Mereka bagus dalam perancangan teknik dan detail aplikasi. Sementara jenis intuition memproses data dengan melihat pola dan hubungan, pemikir abstrak, konsep serta melihat berbagai kemungkinan yang bisa terjadi. Mereka lebih kepada berimaginasi, memilih cara unik, dan berfokus pada masa depan (apa yang mungkin dicapai di masa mendatang). Mereka inovatif, penuh inspirasi dan ideal unik. Mereka bagus dalam penyusunan konsep, idea, dan visi jangka panjang.
 Thinking (T) vs. Feeling (F). Dimensi ketiga melihat bagaimana orang mengambil keputusan. Thinking adalah mereka yang selalu menggunakan logik dan kekuatan analisa untuk mengambil keputusan. Mereka cenderung berorientasi pada tugas dan objektif. Terkesan kaku dan keras kepala. Mereka menerapkan prinsip dengan konsisten. Bagus dalam melakukan analisa dan menjaga prosedur. Sementara feeling adalah mereka yang melibatkan perasaan, empati serta nilai-nilai yang diyakini ketika hendak mengambil keputusan. Mereka berorientasi pada hubungan dan subjektif. Mereka akomodatif tapi sering terkesan memihak. Mereka empatik dan menginginkan harmoni. Bagus dalam menjaga keharmonisan dan memelihara hubungan.
Judging (J) vs. Perceiving (P). Dimensi terakhir melihat darjat fleksibiliti seseorang itu untuk menerima. Judging di sini bukan bererti judgemental (menghakimi). Judging diartikan sebagai jenis orang yang selalu bertumpu pada rencana yang sistematik, serta sentiasa berfikir dan bertindak teratur. Mereka tidak suka hal-hal mendadak dan di luar perancangan. Mereka ingin merancang pekerjaan dan mengikuti rancangan itu.  Mereka bagus dalam penjadualan, penetapan struktur, dan perancangan step by step. Sementara jenis perceiving adalah mereka yang bersikap fleksibel, spontan, adaptif, dan bertindak secara random untuk melihat bermacam peluang yang muncul. Perubahan mendadak tidak masalah dan ketidakpastian membuat mereka lebih berghairah. Bagus dalam menghadapi perubahan dan situasi mendadak.
                Selepas memahami keseluruhan dimensi, keputusan bagi jenis personaliti saya adalah ESTJ, the Guardians. Berikut adalah keputusan ujian; For ESTJs the driving force in their lives is their need to analyze and bring into logical order the outer world of events, people, things. ESTJs like to organize anything that comes into their domain, and they will work energetically to complete tasks so they can quickly move from one to the next. Sensing orients their thinking pragmatic quality. ESTJs take their responsibilities seriously and believe others should do so as well. Mantap! Hal yang dijelaskan di sini ada sedikit sebanyak sama dengan apa yang saya alami dalam kehidupan. Mungkin kerana saya banyak bergiat dalam aktiviti dan banyak tanggungjawab. Apa-apa pun, saya berpendapat sahabat-sahabat sekeliling sesetengah mungkin memahaminya.
                Sebelum berakhir, ada satu lagi ujian personaliti iaitu, The Big Five Model. Menerusi rujukan, Model The Big Five adalah dimensi personaliti yang asas iaitu keterbukaan yang merangkumi tahap keselesaan seseorang terhadap perhubungan. Extrovert adalah tinggi dalam extraversion yang biasanya mesra dan senang bergaul serta menghabiskan masa menikmati perhubungan . Introvert pula lebih suka menyendiri dan kurang menjalinkan perhubungan ,lebih selesa berseorangan. Dimensi kedua ialah persetujuan yang merujuk kepaa kecenderungan individu untuk menerima pendapat orang lain. Orang yang mudah memberi persetujuannya lebih mementingkan harmoni daripada peluang menyuarakan pendapat. Mereka gemar bekerjasama, percaya kepada oranglain. Individu yang tidak ada sifat ini lebih mementingkan keperluan diri berbanding keperluanan orang lain. Dimensi ketiga bersungguh-sungguh. Ia merujuk kepada bilangan matlamat yang fokus oleh seseorang. Seorang yang amat bersungguh-sungguh dan berhati-hati tidak akan mengejar banyak matlamat tepat lebih bertekad. Mereka bertanggungjawab,tidak mudah putus asa, boleh diharap  dan  berorientasikan  kejayaan.  Orang  yang  tidak  bersungguh-sungguh  mudah terpesong dari matlamat dan ia mementingkan kemewahan sahaja. Keempat stabiliti emosi merujuk kepada ketahanan seseorang terhadap tekanan hidup. Orang yang stabil emosi akan bersikap positif, tenang, bersemangat, dan lebih yakin. Manakala golongan yang negative akan mudah cemas, tertekan dan kurang keyakinan. Dimensi terakhir ialah berfikiran terbuka terhadap pengalaman yang merujuk kepada sifat yang terbuka, cukup tertarik dengan sesuatu yang baru dan berinovasi. Imaginative sensitive terhadap artsitik dan berinteletual. Sebaliknya orang yang kurang bersikap terbuka lebih konvensional dan lebih selesa dengan apa yang sudah pun dikenali.
                Selepas membuat ujian, ada 3 markah tertinggi iaitu 11 pada openess, agreeableness dan extraversion. Berikut adalah keterangannya,
Openness
       Appreciate art, emotion, adventure, unusual ideas, imagination, curiosity, and variety of experience. The trait
       intellectually curious, appreciative of art, and sensitive to beauty.
       more creative and more aware of their feelings.
       more likely to hold unconventional beliefs.
 
Agreeableness
       tendency to be compassionate and cooperative rather than suspicious and antagonistic towards others.
       value getting along with others.
       considerate, friendly, generous, helpful, and willing to compromise their interests with others.
       have an optimistic view of human nature.
       believe people are basically honest, decent, and trustworthy.
 
Extraversion
       positive emotions, surgency, and the tendency to seek out stimulation and the company of others.
       enjoy being with people, and are often perceived as full of energy.
       enthusiastic, action-oriented individuals who are likely to say "Yes!" or "Let's go!" to opportunities for excitement.
       In groups they like to talk, assert themselves, and draw attention to themselves
 
Daripada ketiga-tiga jenis personaliti, saya merasakan saya lebih kepada agreeableness kerana mudah bersetuju dalam sesuatu perkara. Apabila berbicara tentang sesuatu, saya merasakan akan terangguk-angguk dan mudah bersetuju dengan pendapat orang lain. Mungkin ini perasaan saya sahaja, berharap kepada rakan-rakan untuk mencerminkan balik personaliti saya ini.
                Memandangkan ini adalah jurnal terakhir, saya sengaja mengarang lebih daripada 1000, hampir 2000 patah perkataan. Dan seperti kebiasaan, saya mungkin merupakan orang yang terakhir menghantar jurnal ini tetapi inshaALLAH masih lagi mengikuti masa yang ditetapkan. Cukup seronok untuk mengarang kata, tetapi sentiasa kekurangan idea. Setakat ini sahaja, semoga apa yang dipelajari dapat sama-sama kita manfaatkan.

No comments:

Post a Comment