Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua. Jurnal kali ini merupakan jurnal yang terakhir saya tulis bagi Kursus Pengurusan Emosi. Pada 24 Ogos 2011, kami telah menghadiri kelas subjek ZT yang kelima yang bertempat di Kuliah 1. Topik utama dalam kuliah tersebut ialah emosi dan personality. Kuliah hari tersebut tidak sama dengan kuliah minggu yang lepas sebaliknya kuliah pada hari itu amat berbeza dan lebih istimewa jika dibanding dengan kuliah yang lepas. Dr. Zamri telah menyenaraikan tiga tugasan untuk disempurnakan dalam jurnal pembelajaran yang kelima ini.
Dalam kuliah tersebut, Dr. Zamri tidak memberikan kuliah mengenai emosi dan sebaliknya, kami semua dikehendaki membaca slaid dan teks tentang teori psikoanalitikal. Selepas itu, Dr. Zamri menayangkan klip video pada pukul 2 petang dan kami dikehendaki menonton dan mengaitkan teori psikoanalitikal dengan apa-apa yang terkandung dalam video tersebut. Itulah tugasan yang pertama bagi kami. Bagi tugasan yang kedua pula, kami juga perlu menjawab soal selidik MBTI dan mengetahui kategori personaliti masing-masing di akhir ujian tersebut. Tambahan lagi, kami juga ada menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan mengetahui kategori personaliti masing-masing di akhir ujian tersebut sebagai tugasan terakhir bagi kami semua.
Satu video muzik yang berkaitan dengan teori psikoanalitikal telah ditayangkan dan video tersebut bertajuk 'Childhood Experience'. Video tersebut menceritakan tentang pengalaman kehidupan seseorang yang mengalami pelbagai perubahan emosi sejak kecil hingga ke dewasa. Video ini mengisahkan seseorang kanak-kanak yang mempunyai pemikiran yang naif tentang kehidupan. Hal ini adalah amat biasa bagi seseorang kanak kerana bagi mereka, apa-apa masalah yang timbul akan diatasi oleh ibu bapa mereka dan mereka tidak perlu berfikir untuk mengatasinya. Namun, banyak perkara atau keadaan akan berubah dan masalah yang menjadi lebih rumit dan timbul di depan mereka apabila mereka kena mengatasi masalah mereka secara diri sendiri ketika dewasa. Pada masa itu, kebanyakan mereka akan bermula dengan pemikiran negatif. Pada pendapat saya, video yang ditayangkan itu akan dapat membangkitkan semangat seseorang yang sedang mengalami kesusahan. Hal ini adalah kerana video tersebut amat bermakna dan dengan iringan muzik latar belakang tersebut, ia akan menenangkan minda seseorang itu. Dalam video itu, mesej yang ingin disampaikan kepada kami yang menonton adalah perlulah kami sentiasa berfikir positif dan matang apabila kami menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam hidup supaya kami sentiasa berada dalam keadaan yang terkawal.
Menurut Sigmund Freud dalam Psychoanalytic theories, saya mendapat tahu bahawa pengalaman emosi adalah satu proses yang berlaku tanpa kesedaran kita sendiri. Perkara tersebut adalah saya belajari dengan melalui pembacaan slaid dan teks tentang teori psikoanalitikal. Sebagai contohnya, kebanyakan pengalaman sewaktu masa kecil kita adalah secara tidak sedar. Teori ini lebih menekankan emosi-emosi negatif seperti marah, sedih dan kecewa. Mengikut pemahaman saya berdasarkan teori ini, saya sedar bahawa pengalaman kita pada waktu kecil juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi emosi kita. Selain itu, kami juga telah ditayangkan klip video kedua yang berkisah tentang 'Personality Types'. Ia menyatakan bahawa setiap manusia memiliki personaliti yang pelbagai ragam. Melalui video tersebut, saya telah mempelajari dua jenis personaliti iaitu personaliti A dan juga personaliti B.
Bagi personaliti A adalah jenis yang tidak suka membuang masa dan suka menyiapkan semua tugasannya dengan serta merta. Kelakuan ini boleh dilihat melalui sikapnya yang menyaipkan kerja rumahnya dengan cepat sebelum balik rumah dan memandu dengan cepat untuk sampai ke tempat yang ingin pergi dengan secepat mungkin. Pada pendapat saya, orang yang mempunyai jenis personaliti A mungkin mempunyai kehidupan mereka yang lebih teratur tetapi kebanyakan mereka akan kekurangan kesabaran untuk menunggu dan mudah untuk marah atas sikit kelewatan atau perlahanan. Perkara tersebut tidak disukai oleh orang ramai kerana mereka mudah menjadi marah. Mereka juga akan meningkatkan risiko memperoleh masalah sakit jantung dan masalah kesihatan badan kerana kekurangan memberi perhatian atas kesihatan diri sendiri. Manakala, personaliti B adalah bertentangan dengan personaliti yang telah dibincangkan sebelum ini. Orang yang mempunyai jenis personaliti B lebih bersifat kepada tenang, penyabar dan senang untuk mengadaptasikan diri dalam segala situasi. Dengan berdasarkan sifat-sifat yang dinyatakan, saya mengetahui bahawa rupa-rupanya saya mempunyai jenis personaliti B.
Di samping itu, Dr. Zamri telah meneruskan kuliah beliau dengan ujian personaliti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) bagi mengetahui jenis personaliti kami. Menurut MBTI, personaliti dikategorikan kepada empat bahagian seperti yang telah dinyatakan di dalam MBTI® Manual: A Guide to the Development and Use of the Myers-Briggs Type Indicator®. Antaranya ialah: Extraversion atau Introversion, sensing atau intuition, thinking atau feeling, dan judging atau perceiving. Hasil soal selidik personaliti MBTI saya ialah ESFP iaitu extraversion, sensing, feeling, dan juga perceiving. Saya adalah extraversion dan bukannya introversion adalah kerana saya merupakan seorang yang lebih mengemari activiti, suka bergaul dengan dunia luar dan assertive. Seterusnya, sensing adalah perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan personaliti saya kerana orang yang dikatakan sensing itu lebih bersedia untuk memperbaiki kesilapan dan kelemahan diri sendiri. Selain itu, thinking adalah jenis orang yang berfikir secara logic sebelum bertindak atau membuat sesuatu keputusan manakala feeling adalah jenis orang yang bertindak berdasarkan emosi dan juga prinsip-prinsip yang tersendiri. Bagi saya pula, saya adalah feeling dan bukannya thinking. Akhirnya, saya juga adalah perceiving dan bukannya judging kerana saya merupakan jenis orang yang lebih fleksibel dan spontan.
Selepas itu, bagi mengenal pasti personaliti kami mengikut Big Five Theory pula, kami dikehendaki untuk menjawab soal selidik yang terbahagi kepada lima bahagian berdasarkan lima faktornya, iaitu: openness, consientiousness, extraversion, agreeableness, neuroticism ( OCEAN) yang masing-masing terdiri daripada 8 soalan. Melalui pembacaan saya, saya difahamkan bahawa teori Besar Lima tersebut merupakan lima faktor umum atau dimensi ciri personaliti yang dijumpai melalui kajian empirik. Ia lebih merupakan model deskriptif personaliti, bukan teori, walaupun pakar-pakar psikologi telah mengeluarkan beberapa teori untuk menerangkan teori Besar Lima. Selepas menjawab soal selidik tersebut, saya digolongi memiliki sifat agreeableness. Saya bersetuju dengan hasil ini kerana benarlah saya merupakan seorang yang berhati lembut dan mudah berasa simpati kepada orang lain. Contohnya, walaupun saya tahu bahawa terdapat orang yang sentiasa berpura-pura sebagai agen yang bertanggungjawab untuk mendapatkan dermaan untuk orang-orang cacat, namun, saya masih menderma wang untuk mereka kerana saya takut bahawa jika orang itu adalah agen yang benar. Selain itu, saya juga merupakan orang yang optimistic dan sentiasa berpandangan terbuka.
Kesimpulannya, melalui kuliah hari itu, saya dapat belajar banyak pengajaran dan nilai bagi diri sendiri. Saya akan membuat yang terbaik untuk mengatasi segala dugaan dan cabaran dengan apa-apa yang saya pelajari dalam kuliah-kuliah sepanjang semester ini.
Sekian, terima kasih.