ANISAH ZAHIRAH BT NOR ARIPIN A126937 Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pensyarah pengurus emosi iaitu Dr.Ahmad Zamri Mansor. Saya juga ingin mengucapkan salam kepada pembaca-pembaca jurnal saya untuk kuliah kedua pengurusan emosi ini. Kuliah pengurusan emosi yang kedua yang diadakan pada 3 ogos 2011 merupakan hari ketiga berpuasa di bulan Ramadhan ini. Saya tidak dapat begitu focus kepada kuliah ini kerana saya berasa sangat mengantuk. Mungkin ini berpunca dari hari ketiga berpuasa yang telah memenatkan saya sedikit dan juga kerana kekurangan tidur. Tetapi saya berasa segar setelah membuat kuiz pengenalan dan kuiz darwin's. Kumpulan saya merangkumi saya, Zafirah Ainaa dan Aimi Fadilah. Setelah membuat kuiz ini, kumpulan saya telah mendapat markah 14 daripada 20. Saya berasa amat gembira kerana walaupun bukan markah penuh tetapi menunjukkan saya telah memahami kuliah-kuliah yang telah diberikan oleh pensyarah. Saya akan cuba belajar bersungguh-sungguh dan belajar lebih lagi untuk kursus pengurusan emosi ini. Kuliah kedua ini bertajuk struktur dan ekspresi emosi. Dari ini, manusia mempunyai beberapa asas emosi. Emosi asas ini bersifat semula jadi. Emosi ini dirasai dan ditunjukkan oleh semua bangsa dan kaum di seluruh dunia. Dengan itu, terdapat beberapa teori yang menyokong pendapat ini iaitu "learning theory" dan "evolutionary/biological theory'. Didalam jurnal pertama saya telah menceritakan 'theory plutchiks dan theory darwins'. Dengan itu, di dalam jurnal ini, saya akan menceritakan tentang teori izard yang dimasukkan dalam kategori evolutionary/biological theory. 'izad's theory menyatakan mekanisma saraf untuk ekspresi muka dan persepsi ekspresi muka adalah semula jadi. Izard menyatakan bahawai emosi adalah semulajadi dan pembelajaran mempunyai impak yang kecil terhadap pengalaman emosi. Ini dibuktikan dari "newborn 'born to smile' studies" dan "cross cultural studies". Saya harus bersetuju dengan kaedah penyelidikan born to smile kerana ia menyatakan yang kewujudan ekspresi emosi adalah dari lahir contohnya kemarahan dan terkejut ditunjukkan dalam umur 3 hingga 4 bulan , malu dan takut dialami pada umur lima hingga enam bulan dan ekspresi kepuasan ditunjukkan pada umur satu tahun. Saya mempunyai beberapa anak buah dan mereka lebih kurang menepati kaedah penyelidikan ini. Didalam cross cultural studies pula, ekman telah menunjukkan gambar kepada beberapa subjek dan subjek itu harus mengenalpasti emosi yang ditunjukkan didalam gambar dan hasilnya terdapat persamaan dalam semua bangsa. Paul ekman menyokong kesejagatan mimic muka dengan emosi dalam seluruh bangsa. Saya juga menyetujui dengan penyata itu kerana semua manusia adalah sama dari sesuatu aspek. Selain itu, scherer dan wallbott menyatakan emosi berbeza dari segi dialami dan dikawal dan bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan. Learning theories merangkumi pendapat dari segi biologi dan pengalaman. Dari segi biologi, emosi diaktifkan oleh beberapa factor dalam seseorang. Seperti saya, saya amat takut terhadap cicak, dengan itu, apabila saya Nampak cicak, emosi saya adalah sangat takut dan untuk kawan saya yang takut pada lipas, dia akan berasa takut apabila terlihat lipas berdekatan. Emosi adalah semulajadi, ekspresi dan factor pengaktif dipengaruhi oleh pembelajaran dan emosi. Dengan itu, learning theory menyatakan bahawa emosi dibelajar oleh manusia. Ini disokong oleh beberapa penyelidikan seperti miller's study dan albert's study. Dengan itu, kesimpulannya ada beberapa perbezaan yang telah dibuat oleh evolutionary theories yang dikategorikan kepada tiga iaitu 'primary emotions','tomkin's facial feedback theory'.dan izard's innate facial expression. Perbezaan kedua dibahagikan kepada dua iaitu the biological view dan the learning theory. Tajuk kedua yang disampaikan oleh pensyarah adalah emosi positif ( gembira,bahagia dan kasih). Happiness atau gembira adalah satu emosi yang dikategorikan oleh perasaan gembira, kepuasan dan keamanan. Happiness ini terdapat banyak "philosophy". Ini merangkumi Aristotle, Plato, Epicurean dan Mills. Kita sebagai manusia akan senyum atau bergelak ketawa sekiranya kita berasa gembira. Terdapat beberapa penyelidikan seperti 'cross cultural studies' dan 'asian cultures'. Penyelidikan ini menunjukkan orang yang paling gembira tinggal di Amerika Utara, Australia dan Europe. Kaedah penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang senang menyesuaikan diri terhadap sesuatu situasi adalah orang yang lebih gembira dan bahagia. Menurut kozma, gembira mempunyai 2 komponen iaitu "long term affective states" dan "short term affective states". "Long term affective states mempunyai latar belakang diri yang sentiasa mempunyai emosi yang agak stabil dari bulan ke bulan atau dari tahun ke tahun manakala "short term affective states" menunjukkan kegembiraan berdasarkan peristiwa terbaru yang berlaku dalam hidup seperti mendapat anak baru atau Berjaya dalam sesuatu peperiksaan. Dengan itu, untuk kita benar-benar gembira, "long term happiness harus bergabung dengan "short term happiness". Saya amat terkejut apabila melihat jatuh cinta membuatkan 78% orang gembira. Saya rasa kasih saying membuat semua orang bahagia dan gembira. Saya amat kagum juga apabila penyelidikan menunjakkan bahawa orang yang sudah berkahwin adalah lebih bahagia daripada yang masih tidak berkahwin. Selain itu, gembira dan bahagia dipengaruhi oleh beberapa factor lain seperti kesihatan, persahabatan, kerja, rekreasi dan tidak lupa juga penghayatan agama. Bagi saya, penghayatan agama amat penting untuk gembira dan bahagia. Kita juga boleh mendapat keamanan hidup. Kesihatan amat penting bagi saya kerana apabila badan sihat, kita juga akan berasa cergas,kuat dan sihat. Persahabatan pula membuatkan kita berasa kasih sayang daripada orang lain dan kita tak akan pernah akan merasa keseorangan. Gallup telah membuat penyelidikan dan hasilnya menunjukkan bahawa orang yang beragama adalah orang yang lebih gembira dan kurang stress. Factor penghayatan agama yang menyebabkan orang yang lebih gembira mempunyai banyak bukti yang menyokong factor itu. Selain itu, kasih sayang adalah lebih daripada perasaan yang menyukai seseorang. Ia membuatkan kita merasa attachment,caring dan kepercayaan. Kasih sayang harus ada pada semua orang. Ia amat penting dalam hidup. Kasih sayang mempunyai tiga factor iaitu komitmen,intimasi dan semangat. Kasih sayang antara manusia mempunyai kuasa yang hebat. Ia boleh membuat seorang lelaki dan seorang perempuan untuk jatuh cinta dan berkahwin. Factor ini mempengaruhi semua manusia dari segi kaum berbeza. Dari kuliah ini, saya telah mempelajari banyak pengajaran. Pada mulanya, saya amat cenderung terhadap kursus ini. Saya selalu berfikir mengapa saya perlu ambil kursus ini dan apa yang boleh saya dapat daripada kursus ini. Selepas hanya dua kuliah dalam pengurusan emosi ini, saya berasa banyak yang saya tidak tahu dalam tajuk emosi ini. Saya amat terkejut terhadap betapa banyaknya penyelidikan, teori terhadap subjek emosi ini. Saya amat menyukai kuliah gembira, bahagia dan kasih ini kerana bagi saya, gembira, bahagia dan kasih sayang amat penting dalam hidup saya dan bagi hidup orang lain. Sekian terima kasih. |
Thursday, August 4, 2011
A126937, ANISAH ZAHIRAH BT NOR ARIPIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment