Thursday, August 4, 2011

NIK NOR SYAHIRA BT NIK MOHD RASHID A126789


 
NIK NOR SYAHIRA BT NIK MOHD RASHID
A126789

Emosi Positif (Bahagia, Gembira, Kasih)

Tanggal 3hb 8 2011. Kelas ZT yang kedua bermula lagi tepat pada pukul 2.00 petang. Kali ini aku lebih bersedia untuk mendengar kuliah ZT. Berbanding minggu lalu, aku duduk di kerusi belakang memandangkan aku tersilap memberi  pandangan terhadap mata pelajaran ZT. Kali ini aku tidak lagi duduk di belakang. Aku mengajak rakanku untuk duduk di kerusi hadapan. Agar kami dapat lebih menumpukan perhatian terhadap perkara yang hendak disampaikan oleh Dr. Azmi. 

Secara ringkasnya apa yang aku dapat simpulkan daripada pembelajaran kuliah ZT yang kedua adalah mengenai "Izard's Innate Facial Expression". Terdapat dua kajian yang dijalankan dalam teori Izard ini iaitu yang pertamanya adalah bayi yang baru lahir sudah pandai tersenyum dan yang kedua adalah kajian rentas budaya yang menyatakan senyum adalah seragam untuk semua budaya. Namun walaubagaimanapun, terdapat kritikan terhadap kajian yang kedua ini memandangkan kajian ini dijalankan di negara yang terpelajar seperti Eropah, Jepun , Chilled dan sebagainya. Dengan itu, kajian ini juga dijalankan sekali lagi di Negara yang kurang membangun seperti New Guinea.  Walaupun begitu, keputusan kajian tetap sama.

Di bawah Darwin terdapat 2 lagi teori tentang emosi. Yang pertamanya adalah "Learning Theory view of experience " dan yang kedua adalah "Biologycal view of experience". Di dalam "Biological view of experience", Plutchik menyatakan bahawa pembelajaran boleh mengubahsuai emosi. Contohnya emosi ingin tahu boleh mengakibatkan bayi untuk lebih peka terhadap persekitarannya.
Matsumata menyatakan emosi asas adalah sama tetapi cara menzahirkan emosi tersebut adalah berbeza. Contohnya, setiap orang mempunyai perasaan marah namun walaubagaimanapun setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk menangani perasaaan marah tersebut dan hal ini dapat dipengaruhi oleh keadaan persekitaran seseorang dan ilmu pengetahuan seseorang mengenai kemarahan.
Pengalaman ngeri terhadap sesuatu juga boleh mempengaruhi emosi seseorang. Contohnya, jika seseorang itu pernah digigt oleh lipan sehingga menyebabkan dia hamper pengsan maka pada masa yang seterusnya dia akan menjadi fobia atau trauma terhadap lipan. Di dalam biologi, keadaan ini dinamakan sebagai "Entomophobia".

Kognitif manusia adalah berbeza antara satu sama lain. Maka manusia akan memberi respon yang berbeza terhadap stimulasi yang sama. Dalam erti kata mudahnya, lain orang, lain pandangannya.

Ada yang menyatakan persekitaran yang bahagia akan membuatkan seseorang itu bahagia. Dan ada juga yang menyatakan orang yang bahagia boleh mewujudkan persekitaran yang bahagia. Hakikatnya,  kedua-dua perkara ini boleh menyumbangkan kepada kebahagian. Walaubagaimanapun, Allahlah yang menurunkan perasaan bahagia tersebut di dalam diri kita.

"Dialah yang menjadikanmu bisa tertawa dan menangis"(An-Najm:43)

Walaupun kita berusaha untuk menjadi seorang yang sangat positif, menjadikan keadaan dan suasana sangat ceria, janganlah kita lupa pada pemilik kebahagiaan yang sebenar. Mohonlah kepadanya agar kita diberikan jiwa yang tenang dan bahagia.

Aku pernah terbaca sebuah cerita mengenai hati sebesar cawan dan hati sebesar kolam. Ceritanya berbunyi begini. Didalam kelas ada seorang murid bertanya kepada gurunya apakah erti kebahagian. Maka gurunya menyurung sang murid itu menuang air didalam sebuah gelas. Setelah gelas tersebut berisi air, sang guru membawa anak muridnya pergi ke sebuah kolam yang jernih airnya. Sang guru mengeluarkan sepeket garam dari poket begnya. Sang guru menyuruh anak murid tadi memasukkkan 4 sudu garam di dalam gelas dan 5 sudu garam juga ke dalam kolam. Sang murid hanya menurut sahaja arahan gurunya. Setelah itu, sang guru menyuruh sang murid merasa sedikit air didalam gelas dan sedikit air di dalam kolam. Anak murid berteriak dan berkata ,"air di dalam gelas masin cikgu! Dan air di dalam kolam masih tawar" .  Sang guru tersenyum seraya berkata, itulah erti kebahagiaan. Kadangkala manusia diuji dengan beban yang sama, tetapi jika hatinya sebesar kolam, pasti dia tidak akan terasa masinnya ujian tersebut. Namun sekiranya hatinya sebesar cawan, dia pasti merasa betapa masinnya ujian yang menimpanya. Walaubagaimanapun, sentiasalah ingat bahawa Allah memberi ujian sesuai dengan kemampuan hamba-hambanya. Seperti Firman Allah swt:

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....." (2:286)

setelah pukul 3 petang, Dr.Azmi mengadakan kuiz. Nasib baik aku sudah baca nota minggu lepas untuk membuat "reflective writing" dan ia sangat membantu. Namun kuiz kedua aku sangat teruk kerana aku tidak membaca tentang Darwin. Kuiz pertama aku dan rakanku, Shakirah mendapat 9/10 namun kuiz kedua 5/10. Aku agak kecewa dengan keputusan yang diterima tetapi salah aku juga kerana minggu lepas aku hanya main-main dalam kuliah.

Selepas habis main kuiz, Dr.Azmi menyambung kuliah kedua iaitu mengenai "Emosi Positif". Emosi positif tebahagi kepada tiga iatu bahagia, gembira dan kasih. Menyentuh mengenai kebahagiaan, Aristotle berpendapat ia adalah merupakan hasil pencarian kearah kebahagiaan. Plato pula berpendapat ia merupakan punca kehidupan baik dan mulia. Plato lebih berasaskan keagamaan. Manakala  Epicurean pula berpendapat kebahagiaan adalah seronok yang maksima dan derita yang minima. Dan yang terakhirnya Mills menyatakan pendapat beliau kebahagiaan adalah sejauh mana perasaan senang hati memenuhi rasa mereka. Apabila mereka berpuas hati terhadap sesuatu, maka mereka bahagia.

Senyuman merupakan satu alat komunikasi. Apabila kita berjumpa dengan seseorang, jika kita tiada kesempatan untuk menegurnya kerana kesuntukan masa, senyum sudah mencukupi sebagai isyarat kita menghormati kehadiran dia di sisi hidup kita.
Di dalam kuliah tersebut , Dr. Azmi ada menyatakan Costa Rica merupakan negara yang paling gembira. Negara asia merupakan negara yang mempunyai kadar orang gembira yang rendah. Mungkin kerana orang asia suka bersedih dan mempunyai konflik di dalam diri. Sebenarnya semua orang juga tidak boleh lari daripada konflik yang membelenggu. Manusia di Costa Rica juga pasti mempunyai masalah yang sama namun walaubagaimanapun yang membezakan kita semua adalah bagaimana cara kita menhadapi masalah tersebut.

Kozma menyatakan kebahagiaan terbahagi kepada 2 iaitu kebahagiaan jangka masa panjang dan yang kedua adalah kebahagiaan jangka masa pendek. Kebahagiaan jangka masa panjang. Kebahagiaan jangka masa pendek adalah purata perasaan seseorang didalam kehidupannya. Ini membawa maksud , bukanlah seseorang itu tidak pernah menghadapi hari-hari yang sedih sepanjang kehidupannya namun kebahagiaan telah mengatasi segala permasalahan yang pernah dijalani. Keb ahagiaan jangka masa pendek pula ialah merujuk kepada peristiwa yang baru dialami. Contohnya seperti menerima kelahiran anak baru.

Terdapat satu model yang disebut sebagai model aditif.
Kebahagiaan = bahagia jangka masa panjang + bahagia jangka masa pendek
Freud menekankan kebahagian dengan merujuk kepada hubungan anak dengan ibu bapa. Seseorang anak mestilah mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa mereka agar dapat menjalani  kehidupan yang bahagia.
Di dalam agama islam juga menyeru kita untuk sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa , terutamanya adalah ibu.

Allah s.w.t memerintahkan agar kita berbuat baik kepada ibu bapa selepas perintahNya agar menyembahNya dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu sepertimana firmanNya:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.  Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.( al-Isra` 17:23)
Setakat ini, sampai disini sahajalah coretanku.
Sekian terima kasih.
 
A good head and a good heart are always a formidable combination.

No comments:

Post a Comment