Thursday, August 4, 2011

Fw: jurnal 2 (terbaru)



----- Forwarded Message -----
From: KOMATHI KC <komathikc@yahoo.com>
To: "ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com" <ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com>; "tugasan2253@gmail.com" <tugasan2253@gmail.com>
Sent: Thursday, August 4, 2011 1:40 AM
Subject: jurnal 2

                         Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Dr dan terima kasih kerana memberi  peluang untuk saya menyambung jurnal saya bagi hari kedua kuliah. Pada hari ini, kelas bermula dengan satu kuliah (sambungan kuliah  minggu lepas)  diikuti dengan sesi kuiz dan akhirnya diakhiri dengan sebuah kuliah lagi. Kuliah  tajuk baru hari ini ialah Emosi Positif (Gembira,Bahagia & Kasih). Tajuk ini sebenarnya agak menarik perhatian saya kerana ia berkisarkan tentang perasaan positif yang memang wujud dalam diri setiap manusia dan diingini untuk kekal dalam hidup masing -masing.
                          Kegembiraan adalah satu perasaan yang menggambarkan kesenangan,keselesaan  dan kepuasan dalam kehidupan seharian.Terdapat banyak ahli falsafah yang member definisi kegembiraan dalam  konteks masing-masing.Contohnya,yang dibentangkan dalam kuliah oleh Dr. adalah, Plato. Menurutnya,punca kegembiraan adalah  hasil kehidupan yang bermoral dan bermaruah.Pada pendapat saya,konteks ini adalah apa yang diajar dalam agama masing-masing dan saya sedar (selepas kuliah),ajaran agama ini sebenarnya membantu kita untuk mendapat kebahagiaan dalam hidup. Aristotle pula menyatakan kegembiraan adalah sambungan kenikmatan yang kita peroleh dalam hidup manakala, Epicurean memberi  maksud ia adalah  hasil peningkatan nikmat dan pengurangkan sakit yang membawa kesedihan.Mills berkata bahawa gembira adalah kesinambungan semua sifat.Secara konklusinya, Semua falsafah ini mneyatakan gembiara sebagai sesuatu yang kita rasai hasil Daripada sesuatu peristiwa atau pun situasi yang positif jadi,sebenarnya ini menunjukkan buktinya bahawa gembira adalah sesuatu yang positif.
                         Saya juga berasa agak takjub dengan fakta yang mengatakan bahawa negara Asia mempunyai kadar orang yang berasa gembira rendah.Dr juga ada menyatakan tentang sebuah negeri Costa Rica yang terletak di Amerika mempunyai kadar orang paling banyak gembira.Ini adalah antara fakta-fakta yang menarik untuk saya semasa mempelajari topik  ini.
                         Selain itu,gembira juga mempunyai komponennya yang tersendiri.Terdapat 2 faktor dalam hal ini iaitu,faktor jangka masa panjang dan faktor jangka masa pendek.Faktor jangka masa panjang adalah  kegembiraan yang wujud agak lama seperti sejak kanak-kanak lagi.Contohnya adalah kanak-kanak yang suka akan kartun kegemarannya,walaupun sudah meningkat dewasa,dia tetap akan tersenyum apabila melihat kartun itu ditayangkan.Faktor jangka masa pendek pula adalah  kegembiraan yang diperoleh serta merta.Contoh yang selalu dilihat adalah apabila melihat pasangan hidup yang baru mendapat cahaya mata.Jadi,kegembiraan yang sempurna adalah hasil gabungan faktor jangka masa p;anjang dan faktor jangka masa pendek.Freud pula mengatakan bahawa hubungan seseorang dalam alam kanak-kanak dengan ibu bapa dan sekeliling adalah faktor yang akan menentukan kebahagiaan pada masa akan datang.Contohnya,sesorang yang mempunyai  zaman kanak-kanak yang tidak ceria seperti  ibu bapa yang tidak bermoral dan sebagainya kelak akan menjadi seseorang yang bersikap negatif  untuk diri sendiri dan persekitaran.Ini adalah bersesuaian dengan   teori kegembiraan adalah hasil jangka masa panjang (zaman kanak-kanak) dan jangka masa pendek (keadaan persekitaran).
                        Terdapat banyak situasi atau peristiwa yang memberi  impak positif dalaam diri kita dan menurut kuliah Dr,statistik menunjukkan  peratus yang jatuh cinta adalah impak yang paling tinggi.Ini amat mengejutkan saya kerana, melihat peristiwa yang lain seperti kelahiran bayi tidak menunjukkan kadar  yang terlalu tinggi.Seterusnya adalah persoalan yang diungkitkan oleh Dr dalam kuliah iaitu,perkahwinan membawa kebahagiaan atau orang yang gembira mewujudkan perkahwinan yang bahagia.Ini adalah amat menarik.Kedua-duanya adalah betul dan saya rasa gabungannya yang akan membawa kebahagiaan yang sempurna.Tetapi, apa yang pasti adalah perkahminan adalah salah satu faktor  yang membawa kegembiraan. Antara faktor  yang lain ialah  kesihatan yang  bagus,persahabatan yang mulia, kerja yang tidak memberi stress  tahap  maksima,penghayatan agama  serta  rekreasi yang secukupnya.Mengikut satu kajian, orang yang beragama atau lebih kerana  mengamalkannya memiliki kadar stress yang rendah berbanding yang lain.Mereka juga menunjukkan kadar yang rendah dari segi pengambilan dadah,bunuh diri serta lebih yakin terhadap diri sendiri untuk hidup bahagia.mereka juga sangat yakin terhadap diri sendiri.
                       Kasih saying juga adalah salah satu daripada 3 emosi positif yang diperkatakan dalam tajuk ini.Ia adalah perasaan yang lebih daripada suka.Ia adalah suatu perasaan suka yang kuat diiring dengan 3 kualiti iaitu: perasaan seperti terikat,perasaan ambil berat serta kepercayaan.2 orang yang mempunyai perasaan kasih sayang akan ditarik antara satu sama lain oleh tarikan ini.Faktor ini tidak mengira agama dan budaya yang berbeza.Tetapi,untuk menghasilkan tarikan ini,terdapat 3 keperluan yang perlu ada iaitu,  seseorang untuk memulakan perhubungan ini,dalam jarak yang dekat mempunyai kemahiran social yang sesuai untuk meneruskan hubungan ini.Tarikan ini + 3 keperluan boleh dicapai melalui proses 'social penetration'.Ini pula dibahagi kepada dua panjang dan lebar.Lebar adalah sebenarnya jarak tempat tinggal antara mereka berdua serta orang lain yang terlibat dalam hubungan mereka.Panjang pula adalah tahap di mana mereka kenal antara satu sama lain dan berkongsi perasaan masing-masing.          
                       Pakar yang melakukan kajian telah  mengklasifikasikan kegembiraan dalam dua cara iaitu:keputusan bahawa hidup adalah memuaskan dan perasaan positif adalah lebih banyak dari perasaan negatif.Perasaan gembira juga menyatakan tentang minda seseorang yang menggambarkan diri yang bersikap positif dan berdaya untuk melakukan apa-apa sahaja.Selain itu,orang yang gembira juga mempunyai sikap-sikap positif yang lain dalam diri mereka dari yang bersikap negative hasil emosi negatif.Kegembiraan juga tidak dipengaruhi oleh perbezaan jantina dan atau pun kumpulan umur yang berbeza.Tetapi,ada kajian yang menunjukkan rakyat di Negara yang miskin kurang gembira berbanding yang lain.Negara yang bersikap menindas hak rakyat dari segi kebebasan dan politik juga memiliki rakyat yang tidak gembira.Perbezaan dari segi kemajuan ekonomi juga member impak emosi tersebut.Ini adalah faktor dari segi antarabangsa iaitu perbezaan dari segi negara. Tetapi ada pendapat bahawa kekayaan tidak semestinya membawa kebahagiaan
                      Akhir sekali,saya tertarik dengan penutup kuliah tersebut dengan sebuah cerita yang berkisarkan tentang bagaimana seorang kanak-kanak cuba mendapatkan kasih sayang ayahnya dengan membeli masa itu.Saya pernah membaca cerita ini ketika di sekolah menengah.Ia amat memberi  kesan kepada mereka yang mengganggap bahawa duit adalah segala-galanya.
                         "Arahkan wajah Anda menghadap Matahari, maka Anda tak akan melihat bayang-bayang."
HELLEN KELLER
 
                       Pada pendapat saya,apabila membaca ini,ia member maksud tentang menyuruh kita agar bersikap positif dalam diri kita dengan menghadap matahari yang dalam konteks ini menggambarkan cahaya kepada kita seperti perasaan gembira.Bayang-bayang yang diperkatakan di sini ialah emosi negatif yang ada dan jika kita berusaha melihat ke arah positif untuk mendapatkannya maka,kita tidak akan terjejas dengan perkara negative yang kita hadapi sekali gus lupa akannya.
                       Konklusi daripada kuliah hari ini adalah emosi positif yang terbentuk dalam diri kita wujud hasil daripada banyak faktor ataupun situasi yang member kita kepuasan.Selain itu,perasaan seperti gembira,bahagia dan kasih sayang  mempunyai komponennya yang tersendiri yang sebenarnya hanya saya ketahui hari ini walaupun pernah mengalami perasaan ini  beribu-ribu kali sepanjang hidup saya.


No comments:

Post a Comment