Friday, September 2, 2011

A126900 Zafirah Ainna Raatu- LJ05-Personaliti Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
                Ini merupakan jurnal kelima dan yang terakhir bagi kursus pengurusan emosi ZT2253. Seperti biasa, kuliah telah diadakan pada 24 Ogos 2011, bermula pada jam 2 petang bertempat di dewan kuliah 1. Kuliah pada hari ini berlainan dari kuliah sebelum ini dimana Dr. Zamri telah memberi beberapa tugasan pada hari ini berbanding memberi kuliah menggunakan slide show sahaja. Tajuk pada hari ini adalah sambungan kuliah pada minggu lepas iaitu Teori Psikoanalitik dibawah Teori FKP dan kuliah baru yang bertajuk 'Emosi dan Personaliti'. Sebelum itu, Dr. Zamri telah membuka sebuah video klip lagu bertajuk 'You're Depress' yang menceritakan zaman kanak-kanak dan emosi negative bagi tugasan pertama.
                Untuk tugasan kedua, Dr.Zamri memasang sebuah video lagi mengenai personality seseorang berdasarkan teori-teori yang ada. Video ini mengenai personality type A dan type B. Type A adalah seorang yang memandu dengan laju, bangun awal, selalu hendak cepat, tidak sabar, 'organized', 'perfectionist', sentiasa melihat jam, 'competitive' atau sentiasa bersaing, manakala type B adalah seorang yang tenang, memandu secara berkhemah, 'easy going', makan dengan perlahan, sabar, tidak kelam kabut dan risau, cakap dengan perlahan, tenang dan mempunyai 'pleasant existence'. Orang yang mempunyai personality type A lebih berisiko menghidapi penyakit jantung oleh itu mereka sepatutnya lebih tenang supaya mudah melakukan sesuatu perkara. Selepas video itu, Dr. Zamri telah bertanya kepada semua pelajar jenis personality mereka. Saya mendapati bahawa personality saya adalah type A. Saya akui bahawa saya bukan seorang yang penyabar kerana saya tidak suka menunggu oleh itu saya juga akan menepati sesuatu janji yang dibuat kerana tidak mahu orang lain menunggu saya. Saya juga mahu menyiapkan semua kerja dengan cepat dan teratur. Saya mementingkan kekemasan dan ketepatan sesuatu perkara itu. Pendapat saya mengenai seseorang yang mempunyai personality jenis A lebih berisiko menghidapi penyakit jantung adalah benar. Ini adalah kerana jika seseorang itu terlalu mementingkan sesuatu dan hendak menyiapkan sesuatu dengan teratur sebelum masa yang ditetapkan, mereka lebih rasa tertekan berbanding personality jenis B yang sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
                Selepas itu, video kedua bertajuk Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). Video ini adalah sebuah animasi mengenai jenis-jenis emosi yang diwakili oleh huruf-huruf tertentu. Selepas itu, Dr.Zamri memulakan soal selidik MBTI dalam bentuk slide show. Setiap pelajar diminta menjawab soal selidik ini didalam sehelai kertas. Terdapat empat bentuk emosi dan setiap satu terdapat dua pilihan dan setiap pelajar dikehendaki memilih satu setiap pilihan yang diwakili oleh beberapa soalan. Semasa kaji selidik itu, saya mendapati pilihan pertama saya adalah 'extoverted' iaitu seorang yang 'outgoing', mudah berinteraksi dengan orang lain dan 'assertive'. Pilihan kedua adalah 'sensing' dimana orang tersebut seorang yang praktikal dan lebih suka focus kepada sesuatu yang terperinci. Pilihan ketiga adalah 'thinking' dimana orang ini lebih berpandukan kepada sebab dan logic dalam mengendalikan sesuatu masalah. Pilihan terakhir adalah 'perceiving' iaitu lebih fleksibel dan spontan. Kesimpulannya, saya telah memilih ESTP mewakili huruf-huruf yang telah saya pilih didalam kaji selidik ini. Seseorang yang mempunyai sikap ESTP lebih mementingkan kehidupan luar dan berpandukan pengalaman yang pernah dialami. Mereka juga teruja dengan penglibatan secara berterusan didalam akiviti dan cabaran baru. Selain itu, mereka lebih berpandukan kepada logic dan analitik sesuatu perkara didalam kehidupan mereka dan mempunyai sikap ingin tahu bagaimana sesuatu itu terjadi. Mereka sanggup menghadapi sesuatu cabaran dan menerima kehidupan yang dilalui berbanding mempersoalkan dan mengaturkan kehidupan mereka. Selepas itu, Dr.Zamri meminta setiap pelajar untuk berbincang dengan rakan disebelah mengenai jenis personality masing-masing sementara Dr.Zamri memasang lagu bertajuk 'Right Here Waiting'.
                Seterusnya adalah ujian 'Big Five Personality'. Ujian ini terdiri daripada lima bahagian iaitu bahagian A, B, C, D dan E. Setiap bahagian terdiri daripada beberapa soalan dan setiap pelajar dikehendaki menjawab bergantung kepada nombor-nombor tertentu iaitu seperti:
0-Tidak setuju atau tidak pasti
1-Kurang setuju
2-Setuju
3-Sangat setuju
Selepas itu, markah bagi bagi setiap bahagian ditambah dan bahagian yang mempunyai markah yang paling tinggi mewakili sikap seseorang itu. Bahagian A diwakili oleh 'Openness', bahagian B-'Conscientiousness', bahagian C-'Extraversion', bahagian D-'Agreeableness', bahagian E-'Neuroticism', dan apabila setiap bahagian ini digabungkan membentuk 'OCEAN'. Jika pelajar tersebut mendapat markah tinggi dalam bahagian A iaitu 'Openness', pelajar tersebut lebih gemar kepada kesenian, emosi, cabaran, idea yang luar biasa, imaginasi, sikap ingin tahu dan pelbagai pengalaman. Bahagian B pula iaitu 'Conscientiousness', pelajar tersebut lebih berdisiplin, bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dan sentiasa mengharapkan pencapaian diluar kemampuan orang lain. Pelajar tersebut juga lebih suka merancang berbanding melakukan sesuatu secara tiba-tiba (spontan). Bahagian C diwakili oleh 'Extraversion'. Pelajar ini bersikap positif, gembira dikelilingi oleh orang lain, sentiasa mencuba sesuatu yang baru, tidak menolak peluang yang ada dan jika pelajar tersebut di dalam sebuah kumpulan, mereka lebih suka bercakap dan mengambil perhatian orang lain. Bahagian D diwakili oleh 'Agreeableness'. Pelajar yang mempunyai markah tinggi dalam bahagian ini adalah seorang pelajar yang bersemangat dan sangat berkerjasama, mereka juga mudah berinteraksi dengan orang lain, bertimbang rasa, ramah, pemurah, sentiasa menolong dan sanggup memenuhi permintaan orang lain. Bahagian yang terakhir adalah bahagian E yang diwakili oleh 'Neuroticism' atau emosi yang tidak stabil. Pelajar yang mempunyai emosi seperti ini lebih cenderung untuk bersikap negative seperti marah, murung dan tekanan. Emosi negative ini selalunya terjadi dalam jangka waktu yang lama, ini bermakna pelajar ini sentiasa di dalam keadaan yang sedih atau 'bad mood'. Sikap ini boleh mempengaruhi daya pemikian, membuat sesuatu keputusan dan semasa menghadapi tekanan.
                Selepas ujian ini, saya mendapati saya lebih kepada 'Conscientiousness'. Menurut 'Big Five Test', saya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam menjalankan sesuatu tugas dan suka merancang sesuatu perkara. Saya akui saya lebih berdisiplin, sebagai contoh menepati masa yang telah dijanjikan, jika kuliah bermula pada jam 2 petang, saya akan sampai sebelum jam 2, saya akan pastikan saya sampai pada masa yang ditetapkan dan jika saya lewat, ini bermakna saya mempunyai alasan yang kukuh di atas kelewatan saya itu. Sikap ini dilatih di dalam diri saya sejak kecil lagi oleh ayah saya. Ayah saya adalah seorang yang garang, tegas, sangat mementingkan ketepatan masa, kebersihan dan adab sopan. Disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman hidup saya. Saya dilatih berdikari sejak kecil lagi, sewaktu zaman kanak-kanak saya, pada umur 7 tahun lagi, saya sudah pandai meng'iron' baju sekolah sendiri, melipat baju sendiri. Disebabkan kedua-dua ibubapa saya bekerja, jadi saya diberi kunci pendua untuk pintu rumah saya. Jadi setiap kali balik dari sekolah, saya tinggal berseorangan di rumah. Ibu saya juga pernah bercerita kepada saya, saya boleh tinggal sendiri di rumah sejak umur 6 tahun. Pada waktu itu, ada pekerja yang mahu menyemak lesen televisyen dan terkejut hanya saya yang tinggal di rumah ketika itu sehingga pekerja itu bertanya kepada jiran sebelah rumah saya. Bukan itu sahaja, saya suka merancang sesuatu perjalanan sebagai contoh pada tahun lepas saya dan rakan hendak ke Genting Highland, jadi beberapa hari sebelum bertolak, saya sudah merancang perjalanan ke sana seperti tambang, pengangkutan, waktu bertolak dan sebagainya. Jika saya diberi sesuatu tugas, saya akan berusaha untuk menyiapkan tugasan tersebut pada masa yang ditetapkan, kalau boleh saya tidak mahu melengahkan sesuatu kerja itu.
                Kesimpulannya, selepas menjalani ujian MBTI dan Big Five Test ini, saya lebih mengenali personality diri saya dimana saya tidak sedar sebelum ini. Mungkin ada beberapa kelemahan pada diri saya yang boleh diubah untuk menjadi seorang yang lebih baik berbanding diri saya sebelum ini.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment