Friday, September 2, 2011

A131844 MOHD HAFIZUDDIN BIN MOHD ZAYADI LJ05 PERSONALITI???

Assalamualaikum w.b.t.
Pada mulanya, saya ingin memohon maaf kepada dr.zamri kerana tidak dapat menhadiri kuliah yang lepas. walaupun begitu, saya telah mebuat surat pelepasan, diharap dr.zamri dapat menerima sebab saya terlepas kuliah tersebut. Namun saya telah melihat nota-nota kuliah itu, dan cuba memahami apa yang boleh melalui kuliah tersebut. Pada kuliah itu juga saya difahamkan kami perlu membuat beberapa tugasan. Tugasan tersebut adalah seperti berikut:-
·         tugasan 1 : baca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory. Dengar dan tonton klip video pertama dan kaitkan dengan teori tersebut.
  
·         tugasan 2: jawab soalselidik MBTI. Kemudian bincang personaliti yang diperolehi waktu soalselidik MBTI dalam jurnal kelima.
 
·         tugasan 3: jawab soalselidik Teori Besar 5, sama seperti tugasan 2, bincangkan personaliti yang  diperolehi dalam jurnal kelima.
 
Pertama, perbincangan mengenai Psychoanalytic Theory. Secara fisiologi dan kognitifnya, kesemua teory yang membincangkan mengenai emosi mengatakan bahawa emosi adalah proses dalam sedar. Namun begitu, seorang pemikir masa dahulu yang bernama Sigmund Freud menyanggah pendapat ini dengan menegaskan bahawa emosi ialah sesuatu yang dialami oleh seseorang dalam keadaan luar sedar. Apakah yang dikatakan dengan 'luar sedar'? Ianya bermaksud sesuatu emosi, motif, dan memori masa lalu yang kita tidak sedari namun mereka boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang.  Kebanyakkan daripada kita tidak dapat mengingati sebahagian besar perkara yang berlaku semasa zaman kanak-kanak mereka. Sebagai contoh dua orang remaja lelaki yang sedang bermusuhan berkemungkinan tidak mengingati sebab mengapa mereka bertengkar antara satu sama lain. Apa yanag mereka tahu, setiap kali bertemu dan bertentang mata perasaan kurang senang dengan secara tiba-tiba menyusup kedalam dada dan menimbulkan perasaan marah. Ini kerana permasalahan antara mereka diransang oleh satu perasaan luar sedar dan memori yang kuraang jelas. Penekanan teori psikoanalitik juga lebih terarah kepada emosi-emosi negative terutamanya perasaan marah dan bimbang. Seperti contoh yang telah saya nyatakan, perasaan marah dan bimbang disebabkan berlakunya konflik di paras luar sedar. Di bawah pengaruh ini, seseorang mungkin secara tiba-tiba berasa bimbang dan marah tanpa sebab yang jelas.
 
 
Seterusnya, kita akan berbincang pula mengenai tugasan yang kedua iaitu penentuan personality melalui ujian ataupun soal selidik MBTI. Terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan asal-usul ujian soal selidik ini. MBTI atau secara lengkapnya Myers-Briggs Type Indicator merupakan soal selidik psikometrik yang dicipta untuk mengukur psikologi manusia dalam menghadapi kehidupan dan dalam membuat pilihan. MBTI ini dibangun dan diasaskan oleh Katharine Cook Briggs bersama-sama dengan anak perempunnya, Isabel Briggs Myers. Ibu dan anak ini mencipta MBTI ketika Perang Dunia ke-2 dengan kepercayaan bahawa pengetahuan tentang jenis personaliti akan membantu kaum wanita dalam memilih jenis pekerjaan yang paling sesuai dengan mereka ketika zaman peperangan tersebut. Ujian soal selidik ini mengkategorikan lapan karakter kepada empat bahagian. Setiap satu kategori terdiri daripada dua karakter yang berlawanan.
 
·         Kategori pertama(E/I)   : Pilihan antara Extraversion(E) dan Introversion(I)
·         Kategori kedua(S/N)     : Pilihan antara Sensing(S) dan Intuition(N)
·         Kategori ketiga(T/F)     : Pilihan antara Thinking(T) dan Feeling(F)
·         Kategori keempat(J/P)  : Pilihan antara Judging(J) dan Perceiving(P)
 
      Hasil daripada kombinsi empat huruf yang telah ditentukan, ianya akan membentuk jenis personaliti seseorang itu. Melalui ujian tersebut, gabungaan huruf yang menggambarkan personaliti saya ialah ENFP- The Inspires. Secara amnya, mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan suka untuk meneroka perkara luar yang dianggap sebagai satu medan yang membuka peluang-peluang emas. Mereka juga mempunyai minat yang tinggi untuk mencuba dan terlibat dengan sesuatu yang baru contohnya mencari rakan yang baru, mencari idea baru serta lain-lain aktiviti yang baru bagi mereka. Sangat bertimbang-rasa dan mengambil berat akan kebajikan orang-orang disekeliling mereka. Golongan ENFP sentiasa bertenaga, bersemangat dan menjalani kehidupan yang spontan dan ringkas. Makan bagi setiap huruf- ENFP- adalah seperti yang diatas. Namun apakah huraian disebalik huruf-huruf tersebut. E atau pun Extraversion menggambarkan seseorang bertindak dahulu dan memikirkan akibat daripada tindakan tersebut kemudian. Hubungan dengan dunia luar merupakan sesuat yang penting kerana mereka tidak boleh hidup dalam keadaan bersendirian. N ataupun Intiution bermaksud mereka yang berfikir lebih kearah masa hadapan dan lebih kreatif. F ataupun Feeling menggambarkan mereka yang cepat dipengaruhi oleh emosi sekeliling. P ataupun Percieving, mereka yang di dalam golonga ini boleh menggandakan hasil kerja mereka dalam keadaan yang genting contohnya apabila tarikh akhir sesuatu tugasan sudah semakin hampir, mereka akan berfikir dan bekerja dengan lebih baik.
 
       Memasuki tugasan yang ketiga, iaitu tugasan yang terakhir. Kali ini saya akan membincangkan ujian soal selidik personaliti yang kedua, yang dinamakan The Big Five Theory (Teori Besar Lima). Kedah yang digunakan dalam ujian ini membahagikan soalan kepada lima bahagian. Kelima-lima bahagian ini mewakili personaliti yang tertentu
 
·         A – Openness
·         B – Conscientiousness
·         C – Extraversion
·         D – Agreeableness
·         E – Neuroticism (Emotional Instability)
 
      Setiap bahaagian soalan telah dipecahkan lagi kepada soalan yang lebih kecil. Setiap mereka yang mengambil ujian ini hendaklah memberikan markah kepada soalan yang dijawab contohnya
 
0 = tidak setuju atau tidak pasti
1 = Setuju sedikit
2 = Sederhana setuju
3 = Sangat setuju
 
Sebelum saya pergi ke bahagian ketiga, saya tidak berkesempatan untuk mengambil ujian personality. Saya akan cuba untuk mengambilnya nanti setelah dr. zamri ada uploadkan web untuk mengambil ujian tersebut. 
     Tamat sudah bahagian tiga. Sebelum saya mengakhiri jurnal ini, disini saya ingin menceritakan serba sedikit megenai tentang perbezaan antara type A personality dan type B personality. Mengikut kefahaman saya, mereka yang tergolong dalam personaliti jenis A kurang mempunyai kehidupan social kerana sentiasa dalam keadaan terburu-buru dan mengejar masa. Golongan ini juga mempunyai tahap kesabaran yang kurang dan sangat kompetitif. Manakala personaliti jenis B pula, mereka lebih tenang dan relax. Mereka lebih suka menikmati dan melakukan sesuatu tanpa tergesa-gesa. Tahap kesabarab mereka juga lebih tinggi. Berbanding dengan jenis B, personaliti jenis A lebih mudah dan cenderung untuk menghidap penyakit jantung dan darah tinggi.Oleh itu, mereka seharusnya belajar untuk mengawal emosi dan meguruskan kehidupan dengan lebih baik supaya segalanya lebih teratur.
Wassalam…
Selamat hari raya!!! Maaf zahir batin
 
 

No comments:

Post a Comment